Piala Dunia 2014: Ecuador
Pengenalan
Kira-kira 15.5 Juta penduduk negara Ecuador bergembira pada tanggal 15 Oktober 2013 meraikan kejayaan mereka layak ke Piala Dunia buat kali ke-3 dalam tempoh 12 tahun. Seluruh Quito bercahaya dengan sorakan keriangan. Pelangi seakan-akan menyinari setiap kepala warga Ecuador.
Ya, mereka layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil dan ia wajib disambut dengan penuh riang. Walaupun begitu, Presidennya Rafael Correa masih tenang dengan tidak gopoh memberikan pangkat Datuk dan sebidang tanah kepada setiap pegawai, jurulatih dan pemain pasukan Ecuador.
Mereka layak beraksi di Brazil selepas menduduki tempat ke-4 dalam pusingan kelayakan Zon Amerika Selatan dengan mendahului Uruguay hanya melalui perbezaan gol. Tanggungjawab sebenar mereka adalah untuk melepasi peringkat kumpulan yang terdiri daripada Perancis, Honduras dan Switzerland.
Manakala pencapaian terbaik mereka pada edisi 2006 iaitu layak ke pusingan 16 pasukan tebaik wajar diulangi ataupun dalam bahasa bola sepak perlu diperbaiki. Dengan kedudukan rangking FIFA di tangga ke-23, pasukan ini perlu diperhatikan secara teliti kerana kemampuan mereka amat luar biasa.
Jurulatih: Reinaldo Rueda.
Rueda adalah seorang cerdik pandai dalam pelajaran. Ini dibuktikan apabila dia telah memiliki Master dari Universiti Cologne, Jerman. Dia kemudiannya menyambung pelajaran bersama FIFA dan UEFA untuk melayakkan dirinya terlibat dalam bola sepak. Kejayaan beliau membawa Honduras layak ke Piala Dunia 2010 buat pertama kali selepas 28 tahun adalah yang termanis dalam kariernya.
Dia juga pernah melatih beberapa kelab di Colombia antaranya Independiente Medellín, Deportivo Cali dan Cortuluá.
Sebagai seorang pemain pula dia hanya mampu bermain untuk kelab amatur sahaja. Kesiaaaan.
Ketua Pasukan: Antonio Valencia.
Jika kita duduk minum petang dan menyebut nama pemain ini, sudah pasti perbualan kita tidak akan ada tamatnya. Pelbagai kejadian pahit manis maung masam masin telah beliau lalui. Seperti kebanyakan kanak-kanak yang gilakan bola sepak, Valencia tidak dapat lari daripada menyepak bola dengan berkaki ayam. Dan dari situ bermulalah hidupnya dengan bola sepak.
Sirah hidupnya menceritakan bagaimana Valencia yang memulakan kariernya dengan pasukan El Nacional akhirnya membawa dirinya berkelana ke Eropah dan sehingga kini mewakili kelab terhebat dalam sejarah Manchester United.
Setakat ini dia telah menjaringkan 8 gol daripada 68 penampilan antarabangsanya bersama Ecuador.
Pemain Bintang: Édison Méndez.
Siapa Edison Mendez? Beliau bukan sekadar pakcik tua yang berusia 35 tahun yang boleh engkorang abaikan. Dia adalah salah seorang lagenda dalam pembikinan untuk Ecuador. Kekuatan kaki kanannya adalah senjata utama beliau.
Edison Mendez telah bermain dengan pelbagai kelab dari Ecuador, Mexico, Netherlands, Brazil dan Colombia. Melihat pengalamannya sahaja sudah amat menggerunkan.
Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: Felipe Caicedo.
Tahukah enkorang yang Felipe Caicedo juga pernah melalui zaman kegelapan? Sama dengan Hairuddin Omar sekarang ni? Ya..pada tahun 2008 semasa dia bermain untuk Manchester City di bawah pengurusan Mark Hughes beliau hanya mampu beroleh 27 penampilan sahaja. Manakala selainnya dia hanya dipinjamkan ke kelab Sporting CP, Málaga dan juga Levante.
Ini lah yang dinamakan 'hidup ni kekadang di atas kekadang di bawah' dan itulah yang berlaku pada Felipe Caicedo. Pada usia hanya 25 tahun, dia perlu menyerlahkan potensi sebenarnya demi memacu Ecuador pergi jauh dalam Piala Dunia 2014.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...