Showing posts with label Laos Lauk. Show all posts
Showing posts with label Laos Lauk. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Prebiu Piala AFF Suzuki: Malaysia vs Laos



Salam Suzuki...Semasa Malaysia tewas siri perlawanan persahabatan, Rajagopal mejadikan Itali sebagai contoh...katanya "Itali seringkali tewas semasa perlawanan persahabatan apa....Tetapi apabila tiba kejohanan sebenar...humang ai hebat bebenor...". Tetapi hendak dijadikan ceritanya lebih menarik, Malaysia tewas pula perlawanan pertama menentang Singapura. Namun Rajagopal tidak panik seperti K Devan mahupun B. Sathianathan. Rajagopal dengan tenang berkata..." Kami adalah Sepanyol versi Malaysia. Kami tewas perlawanan pertama, dan akan bangkit semula menjadi Juara Piala AFF Suzuki. Pulaaaaaaaak dah....


Real Madrid 4, Barcelona 6....


Adakah Rajagopal tidak perasan kedudukan moral pemain beliau berada pada tahap terbawah ketika ini ? Biar sesiapa pun yang turun  bermain, sudah pasti tidak akan dapat memberikan aksi cemerlang. Baik yang ditengah padang, mahupun yang duduk menggigit kuku di bangku simpanan. Manakala pemain-pemain Laos pula kini dalam keadaan bersedia 190% untuk melakar kejutan ke atas Malaysia selepas berjaya memucatkan muka Indonesia seketika. 


Apakah yang perlu dilakukan oleh Rajagopal dengan tempoh singkat menjelang pertemuan dengan Laos? Ceramah motivasi? Memberi kebebasan berjumpa keluarga atau kekasih tersayang? Malangnya bukan itu semua yang perlu dilakukan...Rajagopal perlu melakukan beberapa rombakan kerana dalam kejohanan pendek seperti ini, 3 mata adalah umpama nyawa dalam permainan "metal slug".


Berikut adalah cadangan rombakan besar-besaran tahap hanjeng menjelang pertemuan mementang LAOS esok:


Penjaga Gol: Farizal Marlias


Gugurkan Khairul Fahmi yang sedang pening memikirkan taktikal malam pertama beliau menentang Leuniy. Inilah masanya Farizal Marlias membuktikan gelaran Sofi Jikan adalah hak mutlak milik beliau seorang sahaja. Ketika ditanya kepada Farizal Marlias sama ada beliau bersedia jika diturunkan mementang Laos nanti. Beliau menjawab dengan sambil tersenyum nipis..."Ya sedia!!!"



Cinta 3 segi..


Pertahanan: Zubir Azmi, Aidil Zafuan, Fadli Shas, Mahali Jasuli.


Azmi Muslim dan Bunyamin Umar adalah kegemaran Rajagopal. Inilah 2 orang pemain yang beliau ingin bawa pada Piala Suzuki 2010 tetapi mereka tercedera. Manakala Mahali Jasuli dan Zubir Azmi pula adalah kegemaran Ong Kim Swee. Nampak tak? Haaaaa...Gantikan sahaja Bunyamin Umar yang nampaknya gagal menyerap semangat pejuang-pejuang Palestin dengan Mahali Jasuli Si Barracuda yang lebih gagah perkasa itu. Mahali Jasuli adalah pemain yang telah menjulang Pingat emas Sukan Sea 2009 dan 2011, Piala AFF Suzuki 2010 dan terbaru Newspaper Cup 2012.


Azmi Muslim juga perlu redha melihat Zubir Azmi mengambil tempatnya sekiranya tidak mahu nama beliau menjadi 'trending' hangat di twitter. Sementara itu Aidil Zafuan dan Fadli Shas wajar dikekalkan kerana kekalahan kepada Singapura tempohari adalah bukan 100% kesalahan beliau. Mungkin keserasian yang lebih mantap dapat dibentuk dari 3 orang pemain Harimau Muda ini iaitu Fadli Shas, Mahali Jasuli dan Zubir Azmi.


Tengah: Fakri Saarani, Gary Steven, Badrol Bahktiar, Wan Zack Haikal.


Fakri Saarani lebih hebat daripada Khyril Muhaimin. Kenapa? Kerana Fakri Saarani tidak menjerumuskan Felda United ke Liga Perdana. Fakri Saarani juga lebih hebat daripada S. Kunalan. Kenapa? Kerana Fakri Saarani mendapat tawaran kelab portugal sedangkan S.Kunalan akan bermain untuk Selangor musim hadapan. Selain itu S. Kunalan kelihatan jelas tersalah acara. Beliau sepatutnya terlibat dalam acara pecut 100 meter.


Safiq Rahim pula bukannya Badri Radzi. Mudah sahaja. Sudah sampai masanya Gary Steven dan Badrol Bahktiar digandingkan. Beri kebebasan kepada Badrol Bahktiar untuk menyerang dan Gary Steven akan menjadi pemain tengah bertahan menggantikan Amar Rohidan yang hilang dalam serangan todak dari temasik tempohari. Manakala Wan Zack Haikal patut diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama kerana "dia kenal pemain Singapura" dan juga beliau adalah pemain muda terbaik Liga S 2012.


Serangan: Nor Shahrul, Hazwan Bakri.


Tiada salahnya menggugurkan Safee Sali kerana gandingan beliau dengan Mat Yo seakan-akan baru sahaja 5 minit berkenalan. Adalah lebih mulia sekiranya Hazwan Bakri diberi peluang beraksi bersama Mat Yo. Ini kerana pihak lawan pun langsung tidak mengetahui corak permainan Hazwan Bakri yang amat misteri itu. Maka akan lebih mudahlah peluang Malaysia untuk menjaringkan gol. Di sini jelas bahawa taktik Indonesia membangangkan Safee Sali kelihatan berjaya selepas pemain itu berkasi di sana selama 2 tahun.


Ini adalah Hazwan Bakri. Budak yang buat hatrik ketika menentang Sri Lanka.


 
Rajagopal perlu mengorbankan "favoritisme" buat seketika dan pilih pemain yang benar-benar mahu beraksi sepenuh jiwa raga untuk Harimau Malaya. Ini semua perlu dilakukan agar jawatan beliau tidak diambil terlebih awal sebelum eksperimen Piala Asia 2015 pula bermula. Hati-hati Datuk...dah ada yang mengintai tu....


Rombakan besar-besaran perlu dilakukan. Jika pada 2010 dengan selamba hanjeng Rajagopal melakukan rombakan selepas tewas 5-1 kepada Indonesia pada perlawanan pertama. Kenapa tidak pada kali ini? Sekali lagi kawe menyeru agar sokongan tidak berbelah bagi diberikan kepada skuad Harimau Malaya ini. Laos akan menjadi Lauk. Percayalah...

Ulang siaran....Haram tak panik...tabik!!!!

Friday, November 23, 2012

Piala Suzuki 2012 Kumpulan B: LAOS

 
 
LAOS
 
 
Laos atau dalam bahasa yang lebih molek dan manis ialah Lauk. Ya sememangnya lauk. Kehadiran Laos di Kota Kuala Lumpur adalah untuk melengkapkan jadual dan menghormati jemputan AFF. Namun mereka sudah pasti akan cuba mencatatkan keputusan mengejut apabila bertemu 3 gergasi Asia Tenggara yang lain.
 
 
Sudah pasti Laos akan menjadi "tukang restu" antara pasukan Singapura, Malaysia dan Indonesia untuk layak ke perinkat seterusnya. Sesiapa yang mampu mencatatkan kemenangan besar ke atas Laos nanti sudah pasti akan mempunyai banyak kelebihan untuk layak ke peringkat seterusnya.
 
 
Pada 2010 mereka berjaya mengikat Thailand 2-2 dan akibat daripada ini Thailand gagal layak ke separuh akhir dan Malaysia berjaya menyelit di celah-celah itu. Apa-apa pun kita amat berharap Laos akan bolos banyak gol ketika bertemu Malaysia dan mempunyai semangat juang Jepun apabila beraksi menentang Singapura dan Indonesia.
 
 
Rekos Kejohanan:
 

Bermain: 40 perlawanan.
Menang: 10 perlawanan.
Seri: 7 perlawanan.
Kalah: 23 perlawanan.
Jaringan: 48 gol.
Bolos: 127 gol
Kemenangan terbesar: 6-1 vs Timor Leste (2010)
Kekalahan terbesar: 0-11 vs Singapore (2007)
 

Penjaga gol:

SENGATHIT SOMVANG
SENGPHACHAN BOUNTHISANH
SOUKTHAVY SOUNDALA
SOUVANPHENG PHANTHAVONG
 

Pertahanan:

CHANTHALA PHETTHAVANH
KHAMLA PINKEO
KHAMPOUMY HANEVILAY
KOVANH NAMTHAVIXAY
ODIEN SYHARLAS
OLE BOUSAATH
SAYCHON KHUNSAMNAM
SAYNAKHONEVIENG PHOMMAPANYA
SOUKSAMAY MANHMANYVONG
SOUSADAKONE LIEPVISAY
THENTHONG PHONSETTHA
THOTNILATH SIBOUNHUANG
 
 
Tengah:


CHANTHAPHONE WAENVONGSOTH
DAONEUA SIVIENGXAY
KEOVIENGPHETH LITHIDETH
KETSADA SOUKSAVANH
KHANLAYA SYSOMVANG
KHONESAVANH SIHAVONG
KHOUNTA SIVONGTHOG
PHATTHANA SYVILAY
PHONEPASEUTH SYSOUTHAM
SIBOUNHUANG THOTNILATH
SOMPONG MANIVANH
SOUKAPHONE VONGCHIENGKHAM
VIENGSAVANH SAYYABOUN
VILAYOUT SAYYABOUNSOU
 
 
Serangan:
KHAMPHENG SAYAVOUTTHI
KHANTHAVONG SITTHIDETH
KITA SYSAVATH
SOPHA SAYSANA
VISAY PHAPHOUVANIN
XAISONGKHAM CHAMPATHONG
 
 

Jurulatih: KOKICHI KIMURA (Japan)
 
Comel