Showing posts with label Di Mana Mereka?. Show all posts
Showing posts with label Di Mana Mereka?. Show all posts

Friday, February 9, 2018

Di mana mereka? Diego Tristan.







Di mana mereka? Diego Tristan. 

Dunia bola sepak pernah menyajikan kita dengan aksi hebat penyerang terbaik dunia antaranya seperti Bebeto, Romario, Dwight Yorke, Andy Cole, Thierry Henry, David Trezeguet, Raul, Fernando Morientes, Alessandro Del Piero dan Filippo Inzaghi.


Tetapi ingatkah anda pada nama Diego Tristan? Tidak? Maafkan saya...ini bermakna anda adalah seorang yang masih hijau dalam arena bola sepak dunia. Tidak mengapa. Mari kita sama-sama menyelusuri dan mengenali serba sedikit profil pemain yang bernama Diego Tristan ini.


PENGENALAN


Lama sebelum wujudnya Diego Costa yang berwajah tua kerepot, dunia bola sepak awal era 2000 pernah dihiasi dengan kelincahan aksi Diego Tristan di hadapan gol sehinggakan beliau digelar sebagai 'The Slippery Lizard'. Namun begitu, lain pula ceritanya dengan bola sepak Malaysia ketika itu yang lebih banyak melahirkan penyerang berjenis 'The Sleepy Lizard'. Tak apalah, kita abaikan sahaja kisah mereka ini buat sementara.


Sepanjang tempoh singkat kemahsyuran Diego Tristan, beliau telah membantu Deportivo La Coruña - pasukan agong daripada Sepayol ketika itu memenangi kejuaraan Copa del Rey dan Supercopa de España pada tahun 2002, serta kejayaan mara ke peringkat separuh akhir Champions League musim 2004. Siapa boleh melupakan kejayaan dramatik Deportivo pada laga suku akhir ketika menewaskan AC Milan? Walaupun watak utama masa itu adalah seorang lagi lagenda iaitu Walter Pandiani, namun nama Diego Tristan kekal terpalit dalam sejarah Champions League sebagai antara anggota pasukan 'fairy tales' yang dibimbing oleh Javier Irureta.



PERMULAAN KARIER


Pemain kelahiran La Algaba ini adalah hasil produk program pembangunan pemain muda dari Real Betis. Diego Tristan yang pada mulanya bermain untuk Real Betis B telah berpindah ke pasukan RCD Mallorca B dan menghabiskan musim 1998/1999 di Divisyen Segunda. Hanya selepas semusim di liga kedua Sepanyol, masuk sahaja musim 1999/2000, Tristan berkelana pula ke pasukan RCD Mallorca yang mana di sinilah bermulanya perangai rajin menyumbat gol beliau.



Tanggal 12 September 1999, Diego Tristan mendapat peluang pertamanya untuk bermain dalam La Liga apabila diturunkan dalam perlawanan antara RCD Mallorca dengan CD Numancia. Tamat sahaja musim 1999/2000, Diego Tristan merekodkan 18 gol dalam 35 penampilan pertamanya di pentas La Liga.


Media Sepanyol mula memuji-muji kehebatan beliau dan juga memasang angan-angan pemain ini turut akan mampu memperkuatkan jentera serangan pasukan negara Sepanyol.


HAMPIR MENJADI GALACTICOS


Perkhabaran tentang kehebatan Diego Tristan ini mula menarik minat pasukan utama di La Liga. Dan seperti biasa Real Madrid-lah yang paling terkedepan dalam perihal memancing pemain-pemain bintang. Tambahan pula Real Madrid baharu sahaja tewas dalam perebutan takhta La Liga bagi musim 1999/2000. Maka pemain baru yang hebat perlu cepat dibawa ke Real Madrid.


Presiden Real Madrid ketika itu, Lorenzo Sanz dengan segera cuba mendapatkan Diego Tristan bagi menambah koleksi penyerang The Galacticos yang sudah pun memiliki Raul dan Fernando Morientes.Tamak haloba betol.


Namun malangnya perpindahan ini tidak berjaya dilaksanakan apabila Florentino Perez melangkah sebagai Presiden di Bernabeu dan memulakan legasi pemerintahannya di Real Madrid. Apa yang jelas Florentino Perez sudah ada nama pemain yang ingin dibawanya ke Bernabeu iaitu siapa lagi kalau bukan Luis Figo. Jadi, dengan kadar segera nama Diego Tristan tercicir dari senarai pembelian pasukan Real Madrid.


Melihat pada peluang yang terhidang lagi lazat ini, juara bertahan La Liga ketika itu, Deportivo muncul dengan bidaan £8 juta yang mana ia dilihat sebagai antara pembelian berbaloi dalam sejarah bola sepak moden. Diego Tristan kemudiannya membina repustasi beliau sebagai pemain nombor 9 yang lengkap, pakar dalam memecah pertahanan lawan, skill bola sepak yang tinggi dan kepantasan serta ketangkasan menjaringkan gol yang tak terbendung.


MESIN GOL


Musim pertama (2000/2001) Diego Tristan di Deportivo dibayangi oleh kehebatan seorang lagi penyerang power nak mampos iaitu Roy Makaay. Walaupun begitu beliau masih mampu menjaringkan 19 gol dalam 29 penampilannya di atas padang. Dan ini merupakan satu statistik yang hebat. Dengan pantas juga namanya menjadi sebutan di serata dunia.


Pada musim 2001/2002, Diego Tristan telah mencapai kemuncak dalam kariernya sebagai pemain bola sepak. Beliau menyudahkan kempen musim tersebut dengan merekodkan 21 gol dalam 35 aksi di La Liga serta 6 biji gol di pentas Eropah. Ia sekaligus membolehkan beliau menjulang trofi Pichichi pada penghujung musim tersebut.







Kecemerlangan beliau pada musim ini menarik perhatian José Antonio Camacho si ketiak basah untuk memanggil beliau masuk ke dalam skuad Sepanyol bagi kejohanan Piala Dunia Korea Selatan/Japan 2002. Diego Tristan sempat muncul dalam 2 perlawanan pembukaan menentang Slovenia dan Paraguay. Kedua-dua perlawanan dimenangi Sepanyol dengan skor 3-1. Sedih sekali pada perlawanan kedua ketika menentang Paraguay beliau telah tercedera dan tempatnya diambil oleh Morientes untuk digandingkan dengan Lagenda Raul Gonzalez.


Maka bermulalah kerjayanya yang penuh dengan kecederaan...


KECEDERAAN BERULANG


Selepas kecederaannya di Piala Dunia itu, aksi Diego Tristan 'sudoh tak serupo mulo'. Ada sahaja sakit yang beliau hadapi. Walaupun selepas Roy Makaay meninggalkan Deportivo untuk bermain dengan Bayern Munich, Diego Tristan masih tidak mampu mengulangi kehebatan lampaunya. Paling kesian pernah pada musim 2003/2004 beliau hanya mampu bermain 10 perlawanan penuh sahaja untuk Deportivo. Abang sedih dik. Soooob...soooob...


Diego Tristan kemudiannya menyudahkan enam musim bersama Deportivo La Coruña dengan 78 gol dalam 177 perlawanan. Hebat betul.


Selepas itu beliau ada juga menyepak bola di kelab bola sepak lain seperti Mallorca (2006-07), Livorno (2007-08), West Ham United (2008-09), dan Cádiz (2009-10). Namun nama 'The Slippery Lizard' semakin hilang ditelan zaman dek kerana kecederaan berulang yang sering dialami serta kehidupan tidak tentu hala beliau di luar padang.


Pada tahun 2010 Diego Tristan telah mengumumkan persaraannya dari bola sepak dan Cadiz adalah pasukan terakhir yang diwakilinya. Ternyata 6 musim beliau di Deportivo adalah yang paling gemilang dalam kariernya. Dengan Deportivo banyak sejarah mereka cipta bersama. Jika kita lihat kedudukan La Liga hari ini, pastinya susah untuk dipercayai Deportivo pernah mendatangkan gerun kepada lawan mereka di serata Eropah. Hari ini Deportivo bergelut dengan zon relegasi. Kesian.


DI MANA TRISTAN?


Diego Tristan dahulunya seorang pemain bola sepak yang merbahaya sekiranya cergas kini sudah bertukar wajah seolah-olah mengalami obesiti dah gout.


Sekitar bulan Mac 2016, beliau muncul dengan badan berisi ketika perlawanan persahabatan untuk pasukan veteran Atlético Algabeño. Berdasarkan sumber juga Tristan adalah salah seorang anggota kejurulatiahan untuk pasukan pelapis kelab amatur yang berpengkalan di Andalusia ini. Meletop-letop 'socmed' masa ni seperti tidak percaya melihat kegemukan pada badan Diego Tristan.






PENGAJARAN


Mungkin ini adalah antara kisah dongeng tipikal seorang pemain bola sepak yang hebat namun dihalang oleh kecederaan dan juga kegagalan membendung populariti. Jika Diego Tristan berjaya mengawal kehidupannya, siapa tahu nama beliau sudah sebaris dengan Raul, Ronaldo ataupun paling tidak Morientes.


Tetapi bagi saya ia masih satu pengakhiran yang mulia jika kita hendak bandingkan dengan terjun ke landasan keretapi.


Sunday, October 8, 2017

Di Mana Mereka: Gareth Barry.

Di Mana Mereka: Gareth Barry.

Ramai daripada kita tahu yang Gareth Barry hari ini bermain di West Brom Albion. Beliau juga baru sahaja secara rasmi menjadi pemain yang mencatatkan penampilan terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris. Dengan rekod sebanyak 632 penampilan, beliau berjaya mengatasi lagenda Manchester United - Ryan Giggs. Sebagai info tambahan nak bagi panjang tulisan ini - Ryan Giggs sebelum ini memintas rekod David James.

Gareth Barry memulakan kariernya dengan Aston Villa pada tahun 1998. Di sinilah dia menempa nama sebagai antara pemain tengah terbaik di England. Bukan di dunia. Merasalah juga beliau Piala Kejuaraan Intertoto pada tahun 2001. Entah piala apelah nama macam syarikat perjudian ajek.

Namun malang sekali kewujudannya dalam kem bola sepak England sentiasa dibayangi dengan kelincahan Frank Lampard dan Steven Gerrard. Walau macam mana power mak nenek sekalipun aksi Barry untuk Aston Villa, namanya dalam pasukan England adalah bukan yang pertama. Gagal.

Walaubagaimanapun kelibat beliau secara tiba-tiba didambakan untuk kelab Manchester Biru. Mungkin untuk melengkapkan kuota pemain tempatan berbangsa Inggeris maka City pun membelanjakan £12 Juta untuk khidmatnya selama 5 tahun.

Seperti biasa barangsiapa yang berpindah dari kelab cap ayam kepada kelab kaya raya mestilah akan dikecam. Tidak ketinggalan juga Barry si Lagenda Villa. Kata-kata nista seperti mata duitan, kacang lupakan kulit segera menjadi zikir di bibir pendukung setia pasukan Aston Villa. Tetapi Barry tenang membalasnya dengan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim 2011-12 berserta Piala FA pada musim sebelumnya.

Kebanjiran pengurus di Manchester City bermakna pemain juga perlu ditukar ganti. Barry akhirnya dipinjamkan ke Everton Football Club pada musim 2013-14. Semusim selepas itu beliau menjadi pemain tetap di Everton dan mengumpul 131 penampilan. Piala kejuaraan tiada. Kesian.

Kini dia bermain untuk pasukan West Bromwich Albion dan bercadang untuk meneruskan kerja sebagai pemain bola sepak sehingga berusia 40 tahun. Tak cukup lagi ke simpanan KWSP dia ni?

Sementara itu Barry juga ada mendedahkan bahawa senaman yoga menjadikan dirinya kekal cergas dan bertenaga. Selain tidak merokok dan menjauhkan diri daripada lorong pelacuran.

Apabila ditanya kepadanya perlawanan manakah yang menjadi kegemaran beliau? Begini jawapannya sambil menekup mulut.

"Perlawanan paling sedap sudah tentu ketika kami Manchester City berkenduri gol menewaskan Manchester United 6-1. KahKahKah."


Tuesday, December 27, 2016

Di Mana Mereka? Alpay Ozalan.



Di Mana Mereka? Alpay Ozalan.


Sungai Angkat, Disember 2016.

Nik Shukor membuang pandangan ke sungai yang mengalir deras itu. Angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu begitu menenangkan. Air sungai cetek yang mengalir jernih menjadikannya salah satu daya penarik, apatah lagi disapa angin sepoi-sepoi bahasa tatkala menikmatinya dengan rokok daun dan tembakau China.

"Sedap betol melepak ponteng kelas dekat sungai ni ek?"

Ku Raimi - rakan ponteng kelas Nik Shukor laju menyedut rokok daun sehingga berlubang kedua belah pipinya pesuk ke dalam. 

Nik Shukor masih memandang jauh ke arah sungai yang mengalir deras itu. Dia kemudiannya berkata-kata dalam nada tertib.

"Sungai Angkat kita ni mengingatkan aku kepada Sungai Rhine. Nama Rhine ini berasal daripada bahasa Celt, iaitu Renos yang membawa maksud mengalir. Perkataan ini dipercayai menjadi asas kepada kata kerja Inggeris 'to run', kata kerja Jerman 'rinnen' dan juga perkataan Yunani, 'rhëin'. Semuanya membawa maksud yang sama iaitu mengalir. Perkataan ini juga dikaitkan dengan satu pepatah kuno Greek yang membawa erti semuanya mengalir, tiada jua yang kaku."

Ku Raimi terlopong mendengar huraian panjang lebar sahabatnya itu. Setahu dia mereka hanya menghisap tembakau biasa yang disumbat di dalam daun. Risau dengan perangai Nik Shukor yang seperti semakin hilang akal, Ku Raimi berhajat untuk menukar tajuk.

"Aku nengok kau ni pagi petang siang malam bercakap pasal bola. Tapi sampai sekarang aku tak tahu pemain kegemaran engkau. Sebenarnya kau minat siapa ek dalam arena bola sepak dunia ni? Takkanlah kau hanya taksub pada Hadi Awang aje?"

Pertanyaan Ku Raimi dibalas dengan satu renungan tajam dari Nik Shukor. Nik Shukor kemudiannya berdiri sambil mencekak pinggang. Dibibirnya masih melekat rokok daun yang kecil kepulan asapnya.

"Alpay Ozalan." Ringkas dan penuh yakin jawapan yang Nik Shukor berikan kepada Ku Raimi.

"Kenapa?"

"Aku masih ingat aksi mantap dia semasa Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun. Pada akhir kejohanan namanya tersenarai dalam 'All-star team' untuk barisan pertahanan bersama-sama Sol Campbell, Fernando Hierro, Hong Myung-bo dan Roberto Carlos. Turki juga turut menamatkan kejohanan tersebut di tangga ke-3 yang mana ia adalah pencapaian terbaik mereka sepanjang zaman.

Karier kelabnya bermula di Besiktas dengan dua kejuaraan Piala Turki serta satu Juara Liga Super Turki. Alpay kemudiannya berpindah ke Aston Villa pada tahun 2000 dengan nilai 10.5 Juta Euro. Walaubagaimanapun kehidupan bola sepaknya di England penuh dengan kenangan pahit.

Dia pernah mengalami kecederaan seawal gandingannya bersama Olof Mellbeg di bahagian pertahanan tengah Aston Villa. Kecemerlangannya bersama Turki pada Piala Dunia 2002 tidak menghalang Graham Taylor untuk membekukan punggung Alpay di bangku simpanan Villa Park. Hubungannya dengan peminat Villa juga tidak berapa baik termasuklah pernah di boo semasa memanaskan badan ketika perlawanan pertamanya pada musim 2003-2004 menentang Charlton. Dia kemudiannya menjaringkan gol pada perlawanan tersebut dan meraikannya dengan isyarat jari di mulut seolah-olah menyuruh penyokong Villa menutup mulot mereka. Diam.

Tetapi insiden ketika perlawanan kelayakan Piala Eropah 2004 pada awal Oktober 2003 antara Turki dengan England mengubah nasib Alpay apabila dia segera dicop sebagai musuh nombor satu di England. Ini semuanya gara-gara perangai dia menganjeng Beckham yang gagal menyempurnakan sepakan penalti. Pergaduhan seterusnya melarat sehingga ke dalam terowong. Kesan dari kemarahan umat England tersebut, kontraknya bersama Aston Villa ditamatkan pada 23 Oktober 2003."

Ku Raimi terlopong lagi besar mulotnya mendengar huraian panjang lebar serupa buku sejarah sahabatnya itu. Dia berhajat untuk bertanyakan soalan terakhir kepada Nik Shukor.

"Di mana Alpay Ozalan sekarang?"

Nik Shukor membakar hujung rokok daunnya dengan mancis sebelum menjawab soalan Ku Raimi.

"Dia sekarang adalah pengurus pasukan Eskişehirspor yang mana pasukan ini sudahpun relegasi ke TFF First League Turki untuk musim 2016-20017. Pasukannya kini di tangga kedua selepas mengharungi 16 perlawanan."

Ku Raimi mengangguk perlahan seoalah berpuas hati dengna jawapan itu. Petang itu Nik Shukor meneruskan kerja melepaknya dengan Ku Raimi sambil ditemani rokok daun dengan tembakau China dalam suasana yang paling harmoni dan penuh semangat juang.

Wednesday, December 7, 2016

Di Mana Mereka? Luke Chadwick.






Di Mana Mereka? Luke Chadwick.

1999 | Padang Latihan Trafford, Manchester.

“Kau okay ke Chad?” Aku melihat wajah sahabatku itu hari ini lebih muram dari biasa.

“Aku okay je. Cuma risau entah dapat ke tidak aku masuk dalam senarai utama pasukan kita ni. Kau nengoklah si Beckham tu. Entah berapa lama lagi dia nak main dekat sini. Kalau dia tak pindah. Maknanya aku pun mereputlah dekat bangku simpanan ni.

Dengan perlahan aku mengangguk. Selesai mengikat tali kasut bola Adidas Predator, aku melakukan sedikit senaman regangan. Dari jauh aku lihat Beckham, Butt, Neville sedang bergurau senda sebelum latihan bermula. Di sudut yang lain pula Nistelrooy sedang berbisik penuh muslihat bersama Jaap Stam. Entah mendelah yang mereka berdua rancangkan.

2001 | Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia.

“Kuang ajor ko Chad. Berani kau skor lawan team negara aku ek?”

Secara bergurau aku melempar Adidas Predator aku. Chadwick mengelak pantas. Kasut aku terpelanting hampir terkena Alex Ferguuson. Mujur Barthez yang tangkas melakukan balik kuang segera menangkap kemas kasut bola tersebut. Barthez mengangkat kening sebanyak 3 kali sebagai tanda riak.

“Rileeekslah bro..negara kau ni lemah sangat. Senang jek kita skor 6 gol. Tak berbalas pulak tu. Aku hampir-hampir tukar posisi dengan Barthez tadi kau tau? Hahaha.”

Lain macam aku nengok kegembiraan Chadwick hari ni. Mungkin kerana dapat merasai nikmat bermain dan menjaringkan gol.

2004 | Cafe Beermoth, Manchester.

“Aku kena pindah main dengan West Ham ni. Bos tak mahu sambung kontrak aku. Jadi aku ke London nanti free transfer jek. Ermmmms.”

Chadwick melemparkan satu pandangan jauh yang penuh maksud tersirat. Arak Boddingtons masih tidak berusik di dalam gelasnya. Entah apalah yang dikesalkan. Sedikit sebanyak mungkin aku boleh faham. Aku sendiri pun musim depan akan berangkat ke Pohang Steelers. Susah jadi pemain dari Asia ni kalau nak kekal lama bermain di Eropah. Lebih-lebih lagi jika di England. Susah nak cari belacan dengan cencalok. Aku kalau makan asam pedas mesti kena ada dua benda ni.

2016 | Umm al Afa’I, Qatar.

“Terima kasihlah jemput aku datang rumah ko ni ye. Mewah jugak idup kau sekarang ek?”

“Alhamdulillah..rezeki anak-anak. Dekat Liga Stars Qatar ni depa bayar mahal jugak kalau hang dari negara luar macam Eropah atau Amerika Selatan. Untuk orang Asia macam aku ni kira sedap jugaklah gaji. Lagipun setiap minggu aku dapat berlaga keting dengan Pak Arab. Kalau aku main Liga Malaysia setakat lawan dengan Safiq Rahim jek buat ape? Hah? Kau pulak Chad macam mana idup kau sekarang?”

“Sekarang aku dah setel down jadi jurulatih akademi dengan tempat asal aku Cambridge. Penat woih aku main dengan macam-macam kelab. Dari West Ham ke Stoke ke Norwich ke Majlis Perbandaran MK. Huh! Tak larat aku nak senaraikan.”

Aku hanya tersenyum nipis seperti bibir Tasha Shila. Sahabatku Luke Chadwick masih tidak banyak berubah. Cuma tulangnya sudah mula penuh dengan isi. Makan sedap barangkali. Aku keluarkan telefon pintar dari poket. Aplikasi FotMob aku buka dan terus aku cari kedudukan terkini carta Liga Perdana Inggeris. Aku usulkan skrin telefon kepada Chadwick.

“Cuba kau nengok kedudukan liga ni. Amacam? Power tak Fellaini?”

“Kahkahkahkahkahkah.”

Terbahak-bahak Chadwick ketawa. Habis tersembur air teh tarik yang diminumnya. Petang itu aku dan Chadwick berbual-bual tentang insiden kasut bola terbang ke kepala Beckham dan kontroversi perpindahan mengejut Jaap Stam. Apabila tersebut nama Moyes dan Van Gaal, kami berdua bertambah berdekah.

“Kahkahkahkahkahkah.”

Debu Qatar tidak dapat menghalang kami untuk terus mentertawakan Manchester United.

Saturday, October 1, 2016

Di Mana Mereka? Claude Makélélé.



Di Mana Mereka? Claude Makélélé.

Julia Exora adalah seorang wedding planner. Dia kaya dan cantik. Memiliki potongan badan seperti seorang ahli gusti wanita WWF - mendiang Chaiyna namun berwajah manis persis Mira Filzah. Senyumannya ayu dengan muncung bibirnya seperti tikus mondok apabila berselfie dengan telefon pintarnya iPhone Tujuh.

Julia Exora juga adalah seorang perempuan yang sempoi bak ang. Di dalam hidupnya hanya ada fesbuk, mee siput dan bola sepak. Ya, bola sepak. Saban minggu dia akan menghabiskan masanya berjam-jam untuk terus-terusan menonton perlawanan bola sepak terutamanya yang melibatkan pasukan Chelsea. Ya sekali lagi. Julia Exora meminati Chelsea kerana nilai sentimentalnya pasukan power itu yang begitu rapat dengan hatinya. Julia juga bukannya seperti Reem Shahwa yang gemarkan Liverpool.

Malam ini Julia melangok di hadapn tivi. Awal-awal lagi dia menolak ajakan sahabatnya Suhana untuk menguli tepung bersama membuat cup cake perisa red valvet.

Tepat jam 10 malam siaran perlawanan antara Chelsea 7menentang Middlesbrough pun bemula dengan ulasan berapi-api dari pengulas di stesyen televisyen tersebut. Berapi nak mampos macam ceramah perniagaan seorang doktor palsu yang berbadan gempal comel dan hitam pula wajahnya.

Sementara itu Julia masih tenang memehatikan liuk lentok ayunan larian setiap pemain bola sepak yang sedang beraksi di tengah padang. Jiwanya menjadi kacau apabila terlihat punggong Eden Hazard berayun ke kiri dan kanan. Risaukan dosa masturbasi, Julia segera melafazkan zikrullah di hujung bibirnya yang merah.

Namun matanya masih tertarik dengan aksi N'kolo Kante. Bentesannya kemas dan lembut bagaikan adunan gula kapas yang dijual di Fun Fair sebelah jambatan Muar. Terus secara tidak langsung Julia teringatkan kepada seorang lagi bekas pemain Chelsea iaitu Makelele.

“Manelah Makelele sekarang ek?” Julia bermonolog sendirian sambil tangannya laju menyuap buah rambai muda ke dalam mulut. Dahinya berkerut. Masam.

Makelele ialah pemain yang dilahirkkan di Zaire. Keterbukaan negara Perancis dalam menerima imigran amat mendatangkan kesan positif kepada pasukan bola sepak mereka. Aksi hebat beliau sendiri membolehkan wujudnya istilah Makelele roles dalam kamus bola sepak moden. Kalau dekat Malaysia kita ada K. Reuben roles. Peranan bangang yang membolehkan beliau menyabit semua kaki termasuk pengadil. Begitulaaaaah.

Jarang sekali nama pemain bola sepak diabadikan untuk terma bola sepak itu sendiri. Satu contoh yang paling popular ialah sudah tentu The Cruff Turn. 

Kariernyya paling menyerlah adalah ketika bermain untuk pasukan Real Madrid dan kemudiaannya Chelsea. Sejumlah 13 jenis piala kejuaraan dijulangnya sepanjang tempoh 8 tahun.

Ketika sudah hanpir mahu bersara beliau kembali ke Perancis untuk bersama pasukan PSG. Selepas 3 tahun beliau dilantik menjadi pembantu pengurus pasukan PSG.

Pada 2014 beliau mencuba nasibnya sebagai pengurus pasukan bola sepak dengan menjadikan Bastia sebagai permulaan karier pengurusannya.

Malang sekali kurang daripada 6 bulan menjadi pengurus beliau telah dipecat. Ia adalah berikutan kekalahan yang dicatatkan oleh Bastia semasa menentang Guingamp. 

Awal tahun 2016 pula Makelele dilantik menjadi pengarah sukan bagi pasukan AS Monaco. Juga tidak mempunyai jodoh yang panjang akhirnya Makelele diceraikan pada Jun yang lepas oleh pihak pegurusan pasukan AS Monaco. Malang betol perjalanán karier pengurusan beliau.

Mengalir air mata Julia apabjla membaca perjalanan karier pengurusan Makelele yang tidak semeriah ketika beliau masih bergelar sebagai pemain. 

Kerana terlampau leka menengok internet di telefon pintarnya. Julia terabaikan aksi hebat Chelsea yang sedang membelasah lawannya tanpa ihsan. Julia menggelengkan kepalanya seperti tidak percaya dengan skor yang dilihatnya.

Matanya yang bundar kembali fokus kepada satu figura baru yang susuknya saling tak tumpah seperti Makelele.

“Ade jugak penganti Makelele. Takdelah aku rindu sangat ke dia nanti.” Kata Julia di dalam hati sambil tangannya laju menyuap buah rambai ke dalam mulut. Dahinya kembali berkerut. Masam yang amat. Comel macam tikus mondok.

Saturday, August 27, 2016

Di Mana Mereka? Juan Sebastian Veron.


Di Mana Mereka? Juan Sebastian Veron.


Wajah uzur penuh kedut Rahmat tidak menghalang dirinya daripada menyedut asap rokok Saat sehingga kempong pipinya. Sehingga nampak tulang rahangnya. Semakin ke penghujung rokoknya, semakin laju pula hisapannya. Saaaaap...saaaap...puuuuus...Saaaaap...saaaap...puuuuus...

Kerusi malasnya berayun perlahan di hadapan anjung yang dibinanya sendiri. Susunan rumah kampung yang rapat dan mesra tetangga menjadikan pemandangan jerlus terlihat kepada anjung rumah jiran hadapan. 

Mat Jambang - jiran Rahmat begitu berkobar mengibarkan bendera Argentina walaupun hari ini sudah masuk bulan kemerdekaan bagi negara Malaysia.

"Woih! Argentina la woih! Ape bendeee Malaysiaaaa" Sergah Mat Jambang pada satu hari dengan rambutnya yang kuning. Mat Jambang memang berperangai cilake. Kalau dia mengejek orang tak apa. Kalau dia kena ejek orang, habis satu kampung dia sembang baktinya sebagai ketua pasukan kompang Kampung Telangi.

Rahmat sediakala tahu jirannya itu meminati Argentina. Pemain yang paling Mat Jambang gemari ialah Juan Carlos Veron. Sambil ralit menghisap rokok, Rahmat terimbas kembali ingatannya pada Veron - pemain ysng terkenal dengan gelaran Si Ahli Silap Mata.

Mungkin karier Veron di Lazio adalah yang paling sukses sekali di Eropah. Pada musim 1999-2000 Lazio dengan suntikan kewangan tiada terhad mereka telah berjaya menjulang kejuaraan Serie A dan UEFA Super Cup.

Lazio pada musim itu dibarisi ramai pemain ternama. Sergio Coceicao, Pavel Nedved, Dejan Stankovic, Simone Inzaghi, Alen Boksic, Fernando Couto, Roberto Mancini, Sinisa Mihajlovic, Matias Almeyda, Alessandro Nesta, Diego Simeone, Marcelo Salas, Fabrizio Ravanelli, dan siapa lagi kalau bukan Juan Sebastian Veron. Sungguh meriah perjalanan bola sepak Veron di Lazio.

Walaupun begitu, kemeriahan Veron di Lazio tidak dapat diteruskan ke Liga Perdana Inggeris. Dari Lazio ke Manchester beliau memegang pangkat perpindahan pemain paling mahal di British. Veron kemudiannya dijual separuh harga kepada pasukan Chelsea. Secara jumlahnya selama tiga musim di England, hanya satu kejuaraan liga yang menjadi miliknya. Satu statistik yang menyedihkan bagi pemain yang bernama besar seperti beliau.

Namun sekembalinya beliau ke Itali sebagai pemain pinjaman untuk Inter Milan, ia bagaikan pelangi yang muncul di pagi hari selepas pepatung selesai bersenggama di atas kuntuman bunga ros merah. Wangi dan menyegarkan. Dua musim bersama Inter beliau memenangi 2 Copa Italia, Supercoppa Italiana dan juga Serie A 2005/06 selepas Juventus dilucut dari kejuaraan tersebut.

Veron kemudiannya menghabiskan sisa-sisa kariernya di Estudiantes untuk 6 musim lagi sehinggalah beliau dilantik menjadi Presiden kelab tersebut. Begitulah Veron. Tidak pernah berehat daripada bola sepak. Ini bezanya bola Malaysia dan Argentina. Patutlah Mat Jambang terlalu mencintai Argentina.
 
Saaaaap...saaaap...puuuuus...Saaaaap...saaaap...puuuuus...Rahmat terus menghembus asap rokoknya sehinggalah matahari terbenam di celahan ufuk barat.

Monday, July 25, 2016

Di Mana Mereka? Hernan Crespo.

Aku mengambil tempat duduk di bangku panjang yang diperbuat daripada kayu jati, betul-betul menghadap taman permainan. Sekumpulan kanak-kanak sedang bergembira bermain bola sepak. Aku terseyum nipis. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh budak-budak. Berpeluh berhujan di atas padang bola. Bukannya berteleku atas katil melayan Pokemon-Go.

Pistol manik, liquid paper dan sebatang coki-coki aku keluarkan satu persatu daripada poket baju kot yang aku pakai lantas semua barang tersebut aku susun aturkan di sebelah kanan aku. Sekeping majalah sukan aku ambil daripada poket sebelah kiri baju kot aku. Secara cermat aku memulakan pembacaan dengan ditemani hiruk pikuk jeritan kanak-kanak yang sedang berseloka gembira. Kini aku berasa lebih tenang.

Secara tiba tiba aku dapat rasakan ada sesuatu sedang menghampiri aku. Ia betul-betul sedang cuba mendekati muka aku. Aku campak ke tepi majalah sukan. Serentak itu juga bola yang sampai dari arah depan aku sambut menggunakan dahi. 1,2,3,4,5..aku mula menimang bola tersebut dengan kepala, kaki, lutut dan rusuk kiri.

"Acik, boleh pulangkan bola kami."

Seorang kanak-kanak berbadan gempal rambut kerinting dan hitam kulitnya sedang berdiri di hadapan aku seakan merayu meminta dipulangkan bolanya. Tak sampai hati aku menengok muka sayu budak berpakaian jersi Liverpool itu, lalu aku berhenti menimang bola tersebut.

"Nah bola kamu. Awak minat bola?"

"Ya. Minat sangat. Idola saya Safee Sali."

Aku menjadi geram. Kedua penumbuk aku kepalkan sepadu mungkin.

"Kah..kah..kah..taklah acik. Takkan saya bodo sangat minat Safee Sali. Setahun pun cuma dapat main first eleven 3 kali. Gila mende main bola macam gitu. Kalau acik nak tahu saya meminati Hernan Crespo. Salah seorang lagenda Argentina."

Aku mengangguk kepala perlahan. Bagus selera budak ni. Cerah masa depan. Budak tersebut pun berlalu ke arah rakannya semula. Aku kembali duduk di atas bangku sambil termenung jauh memikiran di manakah Hernan Crespo berada sekarang.

Crespo yang aku tahu sepanjang 19 tahun kariernya telah menjaringkan sejumlah 300 gol. Karier antarabangsanya bersama Argentina pula berakhir dengan 35 gol sekaligus menjadikan dirinya sebagai pemain ketiga penjaring terbanyak Argentina di belakang Messi dan Batistuta.

Beliau turut bermain dalam tiga Piala Dunia iaitu pada tahun 1998, 2002 dan 2006. Kerjayanya besama kelab pula bolehlah dikatakan sebagai sukses. Crespo bermain untuk River Plate, Lazio, Parma, Chelsea, AC Milan dan Inter Milan. Kejayaan berjaya diperolehinya apabila bersama setiap pasukan yang diwakili tersebut. Begitu juga secara individu apabila pelbagai anugerah seperti penjaring terbanyak serta seringkali berada dalam kesebelasam impian bagi kejohanan yang beliau turut serta.

Pada 5 Julai yang lepas Hernan Crespo sudahpun melangkau usia 41 tahun. Hari ini Crespo, Giggs, Scholes dan Ronaldinho sedang membanting tulang di arena Futsal. Kini Crespo turun bermain sebagai 'marquee player' dan juga jurulatih untuk pasukan Kolkata yang beraksi dalam Liga Perdana Putsal di India. Inilah serba sedikit karier penuh warna-warni seorang lagenda bola sepak Argentina yang juga pernah digelar sebagai Valdanito.

Aku kembali melontarkan pandangan penuh salju ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bergembira bermain bola sepak di taman permainan tadi. Sebilah pisau Rambo aku keluarkan dari sisi kasut but sebelah kanan. Perlahan-lahan aku toreh sebaris ayat di atas kerusi panjang jati tempat aku labuhkan pinggul yang mantap ini.

'Batisuta Was Here'. - Senyum. Manis.


Posted via Blogaway

Tuesday, April 12, 2016

Di Mana Mereka? Nedved & Nesta.




Di Mana Mereka? Nedved & Nesta.

Pada awal musim 2015/2016.

"Engkau takkan dapat memiliki segalanya ketika engkau masih muda wahai anak mudeeee," kata Nedved.

"Itulah sebabnya saya mengatakan kepada Pogba untuk tidak terlalu bergaya dengan pelbagai warna dan corak rambut di atas padang. Tetapi dia perlu lebih komitmen untuk Juventus apabila turun bermain," tambah legenda dari Republik Czech tersebut.

Begitulah serba sedikit pesanan Lagenda Juventus, Pavel Nedved pada awal musim ini kepada Paul Pobga agar terus berpijak di bumi yang nyata dan fokus dalam mempertingkatkan permainannya.

Siapalah kita hendak menutup mulut Nedved. Beliau semasa zaman mudanya adalah seorang pemain yang hebat. Tidak perlu diceritakan secara panjang lebar lagi. Yang terbaru beliau dilantik sebagai Duta Chinese Super League bagi mengantikan David Beckham.

Biarpun beliau tidak berupaya menakluk dunia sebagai pemain namun beliau kekal sebagai seorang panglima yang pernah gah menakluk Eropah suatu ketika dahulu.

Pada 1 September 2015, Nesta telah dilantik sebagai ketua jurulatih Miami FC, yang mana akan mula beraksi di North American Soccer League April 2016 ini.

Namun secara tiba-tiba namanya dikaitkan dengan pasukan kebangsaan Itali. Ini selepas Antonio Conte bersetuju melepaskan jawatannya selepas Euro 2016 bagi skuad Azurri untuk pergi ke Stamford Bridge melatih sebuah kelab teragung lagik tidak terkalahkan di London nun sana yang damai lagi permai.

Walaubagaimanapun jurulatih Miami FC dan bekas pertahanan AC Milan - Alessandro Nesta, belum memikirkan sebarang perancangan untuk melatih pasukan kebangsaan Itali. Nesta turut mengaku hanya fokus pada kariernya sebagai jurulatih kelab Amerika Serikat tersebut.

"Sekarang saya melatih Miami, untuk melatih skuad Azurri saya harus banyak belajar," kata Nesta sambil tangan kanannya menggosok perlahan dahinya yang berkerut seribu.

"Saya akan nengok dulu apa yang terjadi, masih awal lagi untuk berkata tentang pasukan Itali," kata Nesta yang masih tidak mahu tergesa-gesa memutuskan kariernya.

Tahun ini Nedved berusia 43 tahun. Manakala Nesta pula 40 tahun. Inilah kedudukan karier mereka sekarang. Bagaimana pula dengan pemain Malaysia yang setara usia dengan mereka? Sebagai contoh Azman Adnan (44 tahun) dan Azrul Amri Burhan (40 tahun) yang pernah popular dan pawer suatu ketika dahulu. Di Mana Mereka? Azman Adnan dan Azrul Amri Burhan. Hah?
Sumber : The Complete Encyclopedia of Football.


 

Monday, November 9, 2015

Di mana mereka? Juninho Paulista.

Di mana mereka? Juninho Paulista.

Dia berdiri pegun di hadapan tugu Wilf Mannion sambil membetolkan baju kot Abu Dhabi-nya dengan tertib. Angin sejuk Yorkshire benar-benar membuatkan bulu romanya naik mencanak bagaikan pucuk ubi mencari mentari. Tangan kanannya meraba-raba poket baju kot di sebelah kanan. Lalu sebatang vape dikeluarkan dengan penuh gaya. Punat vape ditekan dan mulutnya laju menyedut wap air perisa ND - Nora Danish. Maniiiis yang amat. Sedaaaap. Sesekali matanya hitamnya hilang naik ke atas meninggalkan mata putih sahaja. Begitulah nikmatnya menyedut aroma Nora Danish. Belum lagi menyedut orangnya.

Morgan Jones masih tidak berkelip memandang tugu Wilf Mannion - seorang lagenda bola sepak dari pasukan Middlesbrough ataupun lebih mahsyur dengan panggilan Boro. Wilfred "Wilf" James Mannion adalah penyerang berbangsa Inggeris yang bermain lebih 305 untuk pasukan senior Boro. Beliau juga pernah beraksi untuk pasukan antarabangsa England dalam hayatnya sebagai seorang pemain bola sepak. Sebagai mengenang jasanya sebuah tugu telah dibina. Ia merupakan lambang kemegahan buat pasukan yang berpengkalan di bahagian utara Yorkshire ini.

Namun Morgan tidak pernah sempat pun melihat aksi Wilf Mannion. Apa yang terimbas dalam ingatannya adalah kira-kira 20 tahun lalu ketika Middlesbrough menandatangani Juninho Paulista. Jika hari ini ia sudah menjadi perkara yang  amat membosankan untuk melihat pemain dari Brazil datang bermain bola sepak di England. Tetapi ia amat berbeza pada tahun 1995 apabila Juninho Paulista datang ke liga utama England yang mana ia adalah satu perkara yang amat besar ketika itu.

Bryan Robson yang baru sahaja membawa Boro naik divisyen telah membeli pemain kecil molek yang berketinggian 5' 5" ini untuk beraksi di Teesside. Dan ia adalah satu pembuka jalan kepada kemasukan pemain-pemain luar terutamanya dari Brazil ke dalam Liga Perdana Inggeris. Pada musim berikutnya Juninho beraksi pula dengan Ravanelli yang berambut putih. Punyalah meluap-luap semangat peminat bola sepak Boro apabila melihat nama besar ini secara tiba-tiba sebaris dengan pemain suam-suam kuku seperti Robbie Mustoe dan Craig Hignett.

Bolehlah dikatakan ini sebagai zaman kegemilangan di Teesside.

Keberkesanan aksi Juninho di atas padang dan ramahnya beliau bermain bola sepak jalanan dengan anak-anak tempatan membuatkan beliau lebih dekat di hati peminat Boro.

Malangnya setiap yang manis pasti akan berakhir jua. Pada tahun 1997, Middlesbrough tersingkir dari divisyen utama Liga Inggeris selepas dalam musim yang sama tewas pada dua perlawanan akhir iaitu Piala Liga dan Piala FA. Juninho menangis teresak-esak kerana gagal mengekalkan Middlesbrough dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Dalam masa yang sama dia turut memikirkan nasibnya selepas ini dalam pasukan utama Brazil.

Demi mendapatkan tempat dalam pasukan utama Brazil untuk ke Piala Dunia 1998, Juninho telah berpindah ke Atletico Madrid. Namun malang tetap menimpa beliau. Pada 1 Februari 1998, ketika aksi liga menentang Celta Vigo, Juninho mengalami kecederaan selepas bertembung dengan pemain pertahanan, Michel Salgado yang mana menyebabkan beliau patah tulang kering. Juninho seterusnya berehat selama enam bulan dan terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia 1998 yang berlangsung di Perancis.

Benar kata pepatah 'kalau dah jodoh, takkan ke mana'. Pada tahun 1999 beliau telah kembali ke Boro sebagai pemain pinjaman dari Atletico Madrid untuk tempoh setahun sahaja. Beliau memperolehi status sebagai pemain kekal untuk Boro pada tahun 2002 selepas dua tahun bermain di Brazil untuk pasukan Vasco da Gama dan Flamengo.

Dalam dua musimnya di Riverside ini, beliau sempat membantu Boro menjulang kejuaraan Piala Liga pada tahun 2004. Malangnya ia masih tidak cukup untuk mengekalkan beliau di Teesside dek kerana kecederaan berulangnya sejak daripada kakinya disabit oleh Michel Salgado.

Juninho juga dilaporkan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa menjulang Piala Liga bersama Boro adalah lebih agung daripada kejuaraan Piala Dunia 2002 milik beliau. Semangat kecintaan yang menebal terhadap kelab bola sepak Middlesbrough ini menjadikan Juninho amat disayangi oleh peminat Boro. Buktinya pada tahun 2007 beliau diundi oleh peminat Boro sebagai pemain terbaik mereka. Dan sehingga ke hari ini beliau masih kekal sebagai lagenda dan ikon di Teesside.

Selepas itu Juninho turut bermain di Celtic, Palmeiras, Sydney FC dan Ituano FC, kelab pertama beliau semasa remaja. Juninho menggantung kasut bolanya secara kekal pada tahun 2010. Kini beliau adalah Presiden bagi kelab Ituano FC.

"Apa yang abang menungkan tu?"

Lamunan panjang Morgan terhenti apabila disapa oleh Nora Danish, isteri ketiganya yang disuruh menetap di utara Yorkshire ini.

"Tidak ada apa sayangku. Sekadar mengimbau kenangan silam. Bukankah kita perlu belajar daripada sejarah untuk memperbaiki masa depan kita?" Morgan tenang mengembalikan soalan semula kepada isteri ketiganya itu. Dia menanggalkan topinya lalu menampakkan rambutnya yang kuning.

"Mari kita balik rumah bang." Ajak Nora Danish sambil mengusap manja jambang suaminya yang agak lebat itu.

"Haaa yolah sayangku. Jom."

Sebelum berlalu pergi, sempat Morgan memandang sayu ke arah Stadium Riverside. Kini pasukan Middlesbrough berada di tangga ke-4 Liga Kejuaraan. Mungkin musim depan peminat Boro dapat menonton kembali pasukan mereka beraksi di Liga Perdana Inggeris sambil ditenami lagenda mereka, Juninho Paulista yang duduk di kerusi VIP.

Juninho Paulista kekal sebagai antara nama besar dalam sejarah 139 tahun kewujudan kelab bola sepak Middlesbrough.


Posted via Blogaway

Sunday, August 16, 2015

Di Mana Mereka? Gary Mabbutt.

Di Mana Mereka? Gary Mabbutt.

Jika disebut nama Gary Mabbutt secara spontan ketika aku sedang makan mee goreng mamak dengan teh ais, nescaya akan tersembur semua makanan tersebut dari mulut munggil aku ni. Ini kerana aku mengakui tidak pernah mendengar nama beliau sebelum ini. Ia membuktikan aku masih hijau dalam arena bola sepak seantero dunia meskipun mula berjinak-jinak secara serius sejak tahun 1993 lagi.

Secara tiba-tiba aku tiada ilham untuk menulis entri Di Mana Mereka? Punyalah banyak pemain bola dalam muka bumi ni. Tapi kalau tengah kering idea, tetap kontang sampai ke sudah.

Munculnya nama Gary Mabbutt ini daripada seorang sahabat media sosial, Yassir Zain namanya. Aku mendapat info orangnya hitam manis serta menjadi kegilaan ramai anak dara. Aku rasa cukup setakat itu sahaja aku ceritakan berkenaan beliau.  

"Gary Mabbutt. Sebab gaya dia ala-ala Mehmet Durakovic."

Ringkas sahaja jawapan Yassir Zain dalam aplikasi WhatApp yang bermastautim di Mountain View, California tersebut.

Setelah aku kaji secara mendalam. Gary Mabbutt ini menghidap kencing manis rupanya. Pada April yang lepas beliau baru sahaja selesai menjalani satu pembedahan besar-besaran yang berkaitan dengan penyakit ini.

Dalam satu temubual beliau ada berkata, "Mesti engko tak pernah jangka atlit macam aku ni boleh kena kencing manis bukan? Aku nasihatkan engko pergi jumpa doktor cepat-cepat kalau mula terasa pelik-pelik pada kaki engko."

Mabbutt mula dikesan menghidap kencing manis pada usia 17 tahun. Pada 1982 beliau menjadi pemain pertama yang menghidap kencing manis yang mewakili pasukan Tiga Singa.

Karier bola sepak beliau bersama Spurs bolehlah juga dikatakan amat membanggakan. Menjuarai Piala UEFA 1984 dan juga Piala FA England pada tahun 1991 selaku ketua pasukan. Beliau bersara pada tahun 1997 selepas mengalami kecederaan kaki yang mana menamatkan tempoh 16 tahunnya bersama Spurs. Setakat hari ini beliau merupakan pemain kedua paling lama yang pernah beraksi untuk pasukan dari London itu.

Selepas bersara daripada arena bola sepak selaku pemain, beliau juga tidak boleh berkhidmat selaku jurulatih atas keterbatasan yang beliau alami kesan daripada penyakit kencing manisnya yang kronik.

Jadi Gary Mabbutt banyak menghabiskan hayatnya dengan kerja-kerja amal. Pada Piala Dunia 2010 di Afrika, beliau merupakan antara duta pilihan dalam kejohanan tersebut. Selain itu juga beliau merupakan duta bagi pasukan Tottenham Hotspur dan FA England.

Selesai sahaja aku menulis entri ini, aku hempaskan segelas air sirap bandung bersoda ke lantai sebagai peringatan kepada diri aku akan betapa pentingnya menjaga kesihatan. Risau aku semakin menjadi-jadi apabila mendapat tahu tahun lepas sahaja seramai 2.6 Juta penduduk Malaysia menghidap kencing manis.

Engkau tak risau ke?

Semoga Gary Mabbutt sihat sejahtera hendaknya dan mampu menyampaikan mesej kesihatan kepada seluruh anak bangsa dunia.


Posted via Blogaway

Friday, July 24, 2015

Di Mana Mereka? Pecah Penjara.

Pecah Penjara

Di Mana Mereka?

Kali ini aku bawakan khas Di Mana Mereka? Sebuah pasukan power yang pernah wujud sekitar 2007 - 2008. Terimalah dengan hati terbuka.

Gombak

Azan Aminuddin telah menerima tawaran pasukan Arsenal dengan meninggalkan kelab lamanya Pulau Pinang FC.

Perth Australia

Zamzahari mengumumkan persaraannya dari arena bolasepak dan sedang giat mendapatkan lesen kejurulatihan di Australia besama Abbas Saad dan Alaister Edwards.

London

Arsenal telah membeli wonderkid dari kelab Luton FC iaitu Farouk Fahmey. Power.

Jerman

Redza kekal dengan kelab Jerman Werder Breman walaupun godaan datang melanda dari pasukan Chelsea dan Man City.

Malaysia

Sapik menerima dengan tenang perpindahan ke kelab Turki, Galatasaray dan menolak tawaran Liverpool sebanyak 40 Juta.

Barcelona

Matt Key menolak tawaran Man City bulat-bulat untuk terus kekal dengan Barcelona.

BMI

Izhan kekal di BMI selaku Pengarah Sukan UniKL Bmi gamaknyer.

London

Ricardo Ricerd menolak pindahan 80 Juta ke Manchester City dan Barcelona semata-mata mahu kekal dengan Arsenal.

Johor

Hadrie menolak tawaran lumayan dari Real Madrid mentah-mentah untuk kekal besama Johor FC. Malangnya Johor FC ditutup oleh TMJ.

Kajang

Suhairi akhirnya berkahwin dan hidup bahagia di kajang.

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Wednesday, July 1, 2015

Di mana mereka? Francesco Toldo.

Di mana mereka? Francesco Toldo.

15 tahun yang lalu...

29 June 2000 ; Amsterdam ArenA - Amsterdam.

Toldo hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat pertahanannya yang paling kacak Zambrotta dilayangkan kad kuning kedua sekaligus menghantarnya pulang lebih awal ke bilik persalinan. Dengan hanya 10 orang pemain, Italy sedikit pincang. Manakala Belanda berleluasa menguasai permainan.

Selang 4  minit selepas itu Belanda diberikan sepakan penalti dek akibat terlalu bertahan. Pengadil dari Jerman, Markus Merk menganugerahkan Belanda sepakan penalti selepas mendapati baju Patrick Kluivert ditarik oleh seorang lagi pertahanan muda kacak bergaya Itali iaitu Alessandro Nesta, di dalam kotak penalti.
Beberapa pemain Itali mengaruk seperti kerasukan polong. Takdir seolah-olah tidak berpihak kepada Azzurri. Kapitan Maldini dan Fabio Cannavaro mula mengerumuni Markus Merk. Entah apa yang dicarutkan pun tidak jelas didengar. Pemain veteran Demetrio Albertini meletak tangan di kepala tanda kehampaan. Hanya itu yang beliau mampu lakukan ketika ini. Entah berapa kali agaknya dia terpaksa melalui situasi seperti ini bersama Itali.

Toldo turut serta bersama Luigi Di Biagio, Alessandro Del Piero yang cuba untuk bertikam lidah dengan Markus Merk. Sementara itu Markus Merk buat muka selamba sambil hujung kasutnya menguis-nguis rumput. Tangan kirinya diangkat, tanda keputusan penalti itu telah muktamad,

Dari satu sudut yang lain Nesta masih terkejut dan kebingungan. Sambil membetulkan getah ikatan rambutnya dia bersiul-siul kecil melagukan rentak Cindai supaya hatinya tenang apabila teringatkan senyuman manis Siti Nurhaliza. Takdelah dia rasa bersalah sangat.

Sementara itu para pemain Belanda hanya memerhatikan gelagat pasukan Itali yang tidak tentu arah.

"Padan muko," bisik Edgar Davids yang berkaca mata kepada Dennis Bergkamp yang kemudiannya berlalu ke tepi padang untuk berbincang sesuatu dengan jurulatih Frank Rijkaard. Frank Rijkaard pula kelihatan masih tenang, dia masak sangat dengan taktikal bertahan pasukan Itali. Ya, salah satu seni dalam bola sepak yang boleh memakan tuan. Sempat juga Rijkaard menjeling rakan sejawatnya Dino Zoff yang kelihatan masih meminta penjelasan dari pegawai perlawanan di tepi padang.

Del Piero berlari kencang ke arah Toldo apabila melihat kapten Belanda sendiri, Frank de Boer yang akan mengambil sepakan penalti tersebut. Segera dia mendekatkan kepalanya dengan Toldo.

"Deme terobang jek sebelah kiri. Jangan ghiso. Teman yakin bebenor kali ini teman betol."

"Ha yolaaah," balas Toldo ringaks. Debar di hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Frank De Boer meletakkan bola dengan cermat dan mengambil beberapa langkah ke belakang. Dengan penuh yakin dia berlari lalu menendang bola ke kanan gawang. Toldo yang percaya dengan Del Piero terbang ke kirinya lalu menepis bola keluar. Serentak dengan itu, Toldo melompat-lompat kegembiraan kerana berjaya menyelamatkan sepakan penalti De Boer.

Para pemain Itali berkerumun memeluk Toldo. Yahooooooooooooooo!!! Puas!!! Gawang Itali terselamat seketika buat masa ini daripada dibocori.

Krinnnnnnggggggggggg!!!!

Jam loceng berbunyi.

"Mimpi lagi aku rupanya."

Toldo melangkah longlai ke bilik air untuk mandi. Dia masih dibayangi zaman kegemilangannya. Pertemuan dengan Belanda itu adalah antara kemuncak dalam kariernya. Dia turut menyelamatkan satu lagi penalti daripada Patrick Kluivert dalam masa sebenar perlawanan. Dengan hanya 10 orang pemain Itali berjaya menewaskan Belanda juga dalam sepakan penalti dengan skor 3-1. Sekali lagi Toldo cemerlang menepis sepakan Bosvelt dan De Boer. Manakala sepakan Stam tinggi melangit.

Dengan kejayaan membawa Itali keperlawanan akhir, Toldo berjaya menempatkan diri dalam kesebelasan pilihan untuk Kejohanan Eropah 2000 tersebut meskipun tewas secara sadis kepada Perancis di perlawanan akhir yang juga penuh emosi dan tragis.

Selesai mandi dan bersiap lebih kurang, Toldo membancuh kopi dan mengambil beberapa keping biskut mentega untuk dijadikan sarapan buat mengalas perutnya yang kebulur. Sebatang cerut Colombia dikeluarkan dari kotak. Cerut dinyalakan dengan api serentak dilakukan bersama sedutan. Asap berkepul-kepul mula memenuhi ruang anjung tempatnya bersarapan. Dia termenung jauh. Termenung memikirkan apalah nasibnya selepas ini.


Posted via Blogaway

Saturday, April 11, 2015

Di mana mereka? Diego Tristan.

Di mana mereka? Diego Tristan.

Haaaa...Anda kenal pada Diego Tristan? Tidak? Itu bermakna anda adalah seorang yang masih hijau dalam arena bola sepak dunia. Tetapi sebelum apa-apa, izinkan saya menidurkan anak-anak dan isteri saya terlebih dahulu.

............................Okeh Done!!!

Dekat mane kita berhenti tadi? Ha ye...Diego Tristan.

Lama sebelum  wujudnya Diego Costa yang berwajah tua kerepot, dunia bola sepak awal era 2000 pernah dihiasi dengan kelincahan aksi Diego Tristan di hadapan gol sehinggakan beliau digelar 'The Slippery Lizard'. Lain pula ceritanya dengan bola sepak Malaysia ketika itu yang lebih banyak melahirkan penyerang berjenis 'The Sleepy Wizard'. Abaikan sahaja kisah mereka ni.

Sepanjang tempoh singkat kemahsyuran Diego Tristan, beliau telah membantu Deportivo La Coruña - pasukan agong daripada Sepayol ketika itu memenangi Copa del Rey dan Supercopa de España pada tahun 2002, serta kejayaan mara ke peringkat separuh akhir Champions League musim 2004. Siapa boleh melupakan kejayaan dramatik Deportivo menewaskan AC Milan ketika itu? Walaupun watak utama masa itu adalah seorang lagi lagenda iaitu Walter Pandiani, namun nama Diego Tristan kekal terpalit dalam sejarah Champions League sebagai antara anggota pasukan 'fairy tales' yang dibimbing oleh Javier Irureta.

Mari kita imbas serba sedikit berkenaan latar belakang Diego Tristan.

Dia mula mencipta nama dengan  RCD Mallorca apabila menjaringkan 18 gol dalam 35 penampilannya pada musim 1999/2000. Presiden Real Madrid ketika itu, Lorenzo Sanz dengan segera cuba mendapatkan Diego Tristan bagi menambah koleksi penyerang The Galacticos yang sudah pun memiliki Raul dan Fernando Morientes. Namun perpindahan ini tidak berjaya dilaksanakan apabila Florentino Perez melangkah sebagai Presiden di  Bernabeu dan memulakan legasi pemerintahannya di Real Madrid.

Selepas itu Deportivo muncul dengan bidaan  £8 juta yang mana ia dilihat sebagai antara pembelian berbaloi dalam sejarah bola sepak moden. Diego Tristan kemudiannya membina repustasinya sebagai pemain nombor 9 yang lengkap; pakar dalam memecah pertahanan lawan, skill bola sepak yang tinggi dan kepantasan serta ketangkasan menjaringkan gol.

Musim pertama Diego Tristan di Deportivo dibayangi dengan kehebatan seorang lagi penyerang pawer iaitu Roy Makaay. Tetapi beliau masih mampu menjaringkan 19 gol dalam 29 penampilannya di atas padang. Musim 2001/2002 pula dia menyudahkan kempen dengan merekodkan  21 gol dalam 35 aksi di La Liga serta 6 biji gol di pentas Eropah. Ia sekaligus membolehkan beliau menjulang trofi Pichichi pada penghujung musim tersebut.

Kecemerlangan beliau pada musim ini menarik perhatian José Antonio Camacho si ketiak basah untuk memanggil beliau masuk ke dalam skuad Sepanyol bagi kejohananPiala Dunia Korea Japan 2002. Malangnya beliau tercedera ketika kejohanan berlangsung dan gagal membuat penampilan bersama skuad La Furia Roja pada ketika itu.

Diego Tristan kemudiannya menyudahkan enam musim bersama Deportivo La Coruña dengan 78 gol dalam 177 perlawanan. Selepas itu beliau ada juga menyepak bola di kelab bola sepak lain seperti Mallorca, Livorno, West Ham dan Cádiz. Namun nama 'The Slippery Lizard' semakin hilang ditelan zaman dek kerana kecederaan berulang yang sering dialami serta kehidupan tidak tentu hala beliau di luar padang.

Mungkin ini adalah antara kisah dongeng tipikal seorang pemain bola sepak yang hebat namun dihalang oleh kecederaan dan juga kegagalan membendung populariti. Jika Diego Tristan berjaya mengawal kehidupannya, siapa tahu nama beliau sudah sebaris dengan Raul, Ronaldo ataupun paling tidak Morientes.

Tetapi ia masih pengakhiran yang mulia jika kita hendak bandingkan dengan terjun ke landasan keretapi.


Posted via Blogaway

Friday, March 27, 2015

Di Mana Mereka? Gaizka Mendieta.

Di Mana Mereka? Gaizka Mendieta.

Aku sedang menonton perlawanan bola sepak tidak bermaya antara Yaman dengan Malaysia yang membawa kepada satu persoalan kenapa kita gagal melahirkan pemain tengah bertaraf dunia?

Ingatan aku pantas memainkan aksi kemas Gaizka Mendieta di atas padang. Pasukan Malaysia bukan sahaja tiada pemain sehandal Gaizka Mendieta, malahan sepandir Joey Barton dan cikai macam Guti pun kita tiada. Nak menangis jugak kalau difikirkan perihal ini secara mendalam.

Pernah pada satu ketika semasa zaman keagungan Kelab Bola Sepak Valencia, terdapat satu susuk individu berbakat yang menyepak bola di situ. Beliau tidak lain tidak bukan ialah Gaizka Mendieta.

Walaubagaimanapun ada  beberapa pemain lain yang tidak kurang hebatnya yang beraksi di sisi beliau seperti Santiago Cañizares, Claudio López, Miguel Ángel Angulo, Kily González, Adrian Ilie, John Carew, Roberto Ayala, Rubén Baraja dan Pablo Aimar. Kesemua pemain berbakat ini diadun secara sebati oleh Héctor Cúper dalam membentuk sebuah pasukan yang terampil dan berdaya saing sekitar tahun 2000 hingga 2001 yang mana menyaksikan pasukan ini melangkah ke perlawanan akhir Champions League secara berturut-turut dengan Gaizka Mendieta sebagai teraju utama pasukan.

Dalam kamus bola sepak Gaizka Mendieta lebih berperanan sebagai 'combative midfielder' yang sentiasa berada dalam radar menjaringkan gol di sekitar kotak penalti. Beberapa kualiti yang ada pada dirinya juga jika kita lihat boleh menjadikan beliau seorang pemain terbaik dunia pada masa tersebut. Mungkin sebab itulah dia dinamakan sebagai Pemain Tengah Terbaik Eropah sebanyak dua kali. Jadi sekiranya kita celik bola sepak, pemain seperti inilah yang wajar dijadikan idola, bukannya seperti Steven Gerrard mahupun Safiq Rahim.

Berbalik kepada zaman kegemilangan Valencia, pasukan asuhan Héctor Cúper ini bermain sangat cantik. Lama sebelum tiki-taka dilahirkan, Valencia sudah memukau dengan hantaran pendek dan pantas. Larian kencang Kily González disulam dengan ketenangan Ruben Baraja serta kebijaksanaan Mendieta memudahkan tugas menjaringkan gol sama ada buat John Carew mahupun Claudio López.

Ramai yang mengakui antara penyebab kehebatan Valencia pada ketika itu adalah kerana dengan kehadiran Gaizka Mendieta. Mendieta ni pulak kalau sekali pandang, nampak macam Tua Lembik. Dan itulah sebabnya pihak lawan mudah 'disunat' oleh beliau dek kerana tertipu dengan wajahnya yang lemah tak bermaya.

Kegemilangan Mendieta bersama Valencia telah menarik minat Lazio untuk menjadikan beliau sebagai pemain termahal dunia pada tahun 2001. Selepas meninggalkan Valencia dan bersama Lazio, kehidupan bola sepak Mendieta berubah secara drastik. Daripada seorang pemain bintang kepada seorang pemain yang boleh kita katakan sebagai sampah. Antara sebab utama ialah corak permainan bola sepak Itali yang amat tidak serasi dengan jiwa Mendieta. Selepas hanya semusim, dia dipinjamkan pula ke Barcelona.

Karier Mendieta seakan kembali bersinar apabila dia beraksi untuk Middlesbrough dengan membantu pasukan ini menjulang Piala Liga atau kini dikenali sebagai Piala Capital One. Walaupun begitu beberapa siri kecederaan memaksa Mendieta bersara daripada menyepak bola pada usia 33 tahun.

Gaizka Mendieta adalah antara contoh pemain yang jangan sesekali kita berani pandang dia dengan hanya sebelah mata. Dia akan sentiasa diingati sebagai seorang pemain tengah yang serbah boleh, berkemahiran dalam menyerang dan mempunyai bentesan yang kemas serta bekemampuan mencipta gol untuk rakan sepasukan serta dirinya sendiri. Gila.

Valencia Maestro - Gaizka Mendieta akan sentiasa berada dalam senarai antara pemain tengah terbaik dunia yang pernah mewarnai kancah bola sepak era millennium.


Posted via Blogaway

Sunday, February 15, 2015

Di Mana Mereka? Alexi Lalas.

Di Mana Mereka? Alexi Lalas.

18 June 1994 | 23:00 PM.

Pagi sebelumnya aku telah bersengkang mata bagi menonton pertembungan antara juara bertahan Piala Dunia 1990, Jerman dengan pasukan berjersi hijau macam gampang dari Amerika Selatan iaitu Bolivia. Perlawanan ini berakhir dengan keputusan 1-0 berpihak kepada Jerman selepas jaringan sulung daripada Jürgen Klinsmann memberikan 3 mata kepada Die Mannschaft.

Perlawanan kedua berlangsung di Pontiac Silverdome yang mana merupakan kali pertama dalam sejarah Piala Dunia perlawanan diadakan secara 'indoor'. Ia melibatkan pasukan tuan rumah Piala Dunia 1994 iaitu Amerika Syarikat yang menanti cabaran daripada Switzerland. Kalau nak diikutkan memanglah tak power nak mampos kedua pasukan ini pada waktu itu. Aku bangun pun semata-mata nak nengok tim tuan rumah beraksi. Khabarnya ini adalah pasukan bola sepak terbaik yang pernah Amerika Syarikat miliki. Dan juga dalam masa yang sama aku ingin mentertawakan Amerika sekiranya mereka tewas. Almaklumlah..sentimen Asal Bukan Amerika amat menebal ketika ini. Sekarang ni lainlah..main golf dengan Amerika..mintak petisyen pun dengan Amerika. Macam gampang. Tapi itu cerita lain. Abaikan.

Mata aku semakin mengantuk sehinggalah secara tiba-tiba aku terpandang satu susuk pemain yang berbeza penampilan imejnya daripada pemain yang lain. Sekali imbas macam beruk kuning. Wajahnya dipenuhi jambang yang keperang-perangan. Juga rambutnya yang panjang menambah imej 'rock star' pada dirinya. Aku tertanya-tanya di dalam hati, dari mana pula si Bora Milutinovic kutip pemain ni?

Rupa-rupanya itu adalah Panayotis Alexander Lalas ataupun lebih dikenali sebagai Alexi Lalas. Budak punk yang dilahirkan di Birmingham, Michigan, Amerika Syarikat. Dia antara pemain penuh warna-warni dalam Piala Dunia 1994 selain daripada Jorge Campos dengan jersi kain percanya, rambut kembang Valderrama dan juga Maradona dengan cerita dadahnya.

Perlawanan pertama pasukan Uncle Sam ini berakhir dengan keputusan seri 1-1. Alexi Lalas yang ditemubual selepas perlawanan tersebut ada berkata...

"Teman aje memang tak pernah main dalam stadium penuh dengan umat seramai 70 ribu ni. Inilah kali pertama dalam idup teman selepas bergelar pemain bola sepak professional."

Aku juga masih ingat sekitar 1998, aku ada meminta seorang rakan untuk menyenaraikan 11 pemain terbaik pilihannya. Dan aku terlihat nama Alexi Lalas ada dalam senarainya. Aku tersenyum kerana bangga ada juga yang sependapat dengan aku.

Selain daripada penampilan uniknya, Alexi Lalas juga mengukir sejarah sebagai pemain pertama daripada Amerika Syarikat yang berjaya bermain dengan pasukan dalam Serie A Itali iaitu Calcio Padova. Namun karier beliau bersama pasukan Los Angeles Galaxy adalah yang paling diingati dengan kejayaannya merangkul gelaran Juara Piala CONCACAF, Piala Lamar Hunt dan Juara Liga MLS sebelum bersara pada tahun 2002. Hari ini beliau menjadi pengulas dan penganalisis bola sepak di rangkainan tivi sukan terkemuka iaitu Fox Sports.

Sepanjang hayatnya sebagai pemain, dia memang dikenali sebagai seorang pemain pertahanan yang mengutamakan keupayaan fizikal dan ketahanan mental tahap tertinggi sambil dihiasi wajah 'rock star' beliau. Jadi, bila sekarang ni aku nengok wajah pemain pertahanan yang bermuka licin tanpa bulu, aku kadangkala cepat berasa mual.

Alexi Lalas, dia bukan beruk kuning di lapangan hijau. Tetapi 'rock star' yang sentiasa menghiburkan peminatnya dengan gayanya yang paling manis dan menawan.


Posted via Blogaway

Friday, February 6, 2015

Di Mana Mereka? Carlos Roa.

Di Mana Mereka? Carlos Roa.

Lama sebelum Argentina menghidangkan kita dengan aksi daripada keeper kodi bernama Sergio Romero, mereka terlebih dahulu menarik perhatian dunia dengan Carlos Roa yang nyanyok. Namun ia berbeza dengan Sergio Romero kerana nyanyok di sini bukannnya daripada segi aksi, tetapi apabila dia meramalkan dunia akan kiamat pada 1 Januari 2000. Bukankah nyanyok tak patut di situ?

Walaupun begitu kehadirannya dalam Piala Dunia 1998 meninggalkan kesan yang mendalam apabila beliau tidak bolos dalam aksi di peringkat kumpulan sebelum menjadi hero ketika pertemuan menentang England dengan menyekat sepakan penalti David Batty. Malangnya kemaraan Argentina dalam edisi 1998 ini direncatkan oleh Belanda selepas itu apbila tewas dengan skor 1-2.

Apa yang mengejutkan ialah apabila Carlos Roa mengumumkan persaraannya setahun selepas itu pada usia 29 tahun dengan alasan kiamat akan mampir pada 1 Januari 2000. Dipercayai juga ketika itu beliau menolak deretan tawaran daripada kelab kebanyakannya daripada pasukan yang beraksi di Liga Sepanyol.

Walaubagaimanapun lebih kurang setahun selepas itu, dengan perasaan malu-malu berikutan ramalan kiamatnya yang tidak menjadi, beliau kembali semula ke Real Mallorca untuk menghabiskan sisa baki kontraknya. Malangnya kariernya agak merosot selepas itu dan beliau berpindah ke pasukan Divisyen Kedua Sepanyol, Albacete Balompié.

Dugaan terbesar dalam hidup Carlos Roa datang menjengah beliau apabila dirinya disahkan menghidap kanser prostat. Setahun lebih jugaklah dia menerima rawatan selepas menjalani pembedahan. Selepas pulih, beliau turun ke padang untuk mewakili pasukan Olimpo de Bahía Blanca di Argentina dan bersara sepenuhnya semusim selepas itu.

Pada tahun 2010 pula beliau dilantik sebagai penolong pengurus untuk pasukan Club Sportivo Ben Hur yang beraksi di dalam liga entah divisyen mende entah di Argentina.

Kini sudah 2015 dan kiamat tidak berlaku seperti yang Carlos Roa ramalkan. Namun ia pasti akan berlaku. Hanya Allah yang mengetahui bila ketika waktunya. Kita semua selaku manusia yang hina ini? Haruslah bertaubat selalu.


Posted via Blogaway

Friday, January 30, 2015

Di Mana Mereka? Juninho Pernambucano.

Di Mana Mereka? Juninho Pernambucano.

Setelah hampir mencecah 2 tahun segmen Di Mana Mereka? tidak bersiaran, kini ia kembali. Entah semangat bomoh manalah yang datang menujah aku di pagi Jumaat yang mulia ni sehingga secara tiba-tiba menjadikan aku teragak nak tulis semula segmen Di Mana Mereka?

Siapakah pemain pilihan? Hekeleh...kat tajuk atas tu kan dah tulis. Lagik mau tanya ye dak?

Ya, Juninho Pernambucano. Nama penuh beliau ialah Antônio Augusto Ribeiro Reis Jr. Hambek engko. Nama panjang macam gini kalau dekat Malaysia masa nak buat Mykid, mesti kena sound dengan pegawai JPN "Panjangnyerrr name anaaaak".

Pesara bola sepak berbangsa Brazil ini dikenali sebagai antara pengambil sepakan percuma terbaik di dunia lama sebelum munculnya nama Safiq Rahim dalam kamus bola sepak Ultras Malaya.

Timbul juga beberapa persoalan sama ada David Beckham, Andrea Pirlo, Zico ataupun Juninho Pernambucano sendiri yang merupakan pengambil sepakan percuma paling power di muka bumi ini. Tapi kalau dah Andrea Pirlo pun mintak tunjuk ajar daripada Juninho pada Piala Dunia 2014 sebelum menentang England, macam mana kita hendak menidakkan keupayaan pemain yang telah membawa 7 kejuaraan Ligue 1 secara berturut-turut kepada Olympique Lyonnais ini?

"Juninho ada kabor pada teman, hanye 3 jari kaki saje yang kena sentuh bola masa nak nyepak tu. Bukanye semua sekali..." jawab Pirlo dengan penuh perasaan sampai gugur jambangnya.

Untuk rujukan setakat tahun 2012, Juninho sudahpun menjaringkan 75 gol melalui sepakan percuma, 44 gol daripadanya ketika merekodkan 100 jaringan buat Olympique Lyon dalam sejumlah 350 perlawanan yang beliau sertai. Berbelit betol aku nak menulisnya. Engkorang paham tak?

Walaupun begitu kariernya dengan pasukan Brazil biasa-biasa ajek. Melakukan penampilan pertama pada 1999, bermain sejumlah 40 perlawanan dan menjaringkan 6 gol untuk The Selecao. Dia juga turut terlepas untuk beraksi pada Piala Dunia 2002 dan Copa America 2004. Menyedihkan.
 
Juninho bersara daripada bermain untuk pasukan Brazil selepas tamatnya Piala Dunia 2016 manakala berhenti sepenuhnya daripada bola sepak professional pada 2 February, 2014. Sejak 2013 Juninho berkomentar di stesen berita sukan Brazil, Rede Globo.

Juninho juga pernah berpesan...."We all work hard and fight for the team. There are no stars here.”


Posted via Blogaway

Friday, November 8, 2013

From Kelantan With Love: Piya



Aku sudah selesai misi menjejak Titus James. Segala persoalan sudah terjawab. Tetapi biarlah aku simpan sahaja ia dalam rekod pengkalan data milik peribadi aku. Buat masa ini, aku mahu menenangkan fikiran.

Kelantan. Itulah destinasi pilihan aku untuk merehatkan otak. Bukannya apa, aku dengar cerita di negeri ini ramai bakat bola sepak yang hebat-hebat belaka. Dia punya ramai sehinggakan lebih separuh skuad bola sepak Kelantan musim ini telah selamat dipancing oleh pasukan lain.

Dahulu ada yang menggelar negeri ini sebagai 'Kilang Bola Sepak' dek kerana sistem pembangunan bakat muda mereka yang sistematik dan teratur. Pernah juga ada khabar angin mengatakan yang suatu masa dahulu ade tertulis tentang sejarah orang Kelantan berlawan bola dengan orang Viking. Sama ada ia betul atau bohong, tak dapat pula aku mengesahkannya.

Kali ini aku tidak mahu menaiki teksi. Makin klise pulak aku rasa bila kerap sangat aku mengembara menggunakan teksi. Jadi aku memilih untuk berkeretapi. Aku bertolak menaiki keretapi dari KL Sentral tepat pada jam 10.30 malam dan duduk di kerusi bernombor 5D iaitu kerusi yang menyebabkan perjalanan aku menjadi gostan.

Bras ! Bras ! Bras ! Bras ! - isyarat keretapi akan mula bergerak....
 
"Assalamualaikum," sapa seorang brader kopiah lantas mengejutkan lamunan aku yang sedang leka memerhatikan makwe cun naik keretapi di kaca tingkap.
 
"Waalaikumussalam," aku membalas di dalam hati.
 
Aku kecilkan kangkang dan brader kopiah mula melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah aku. Saat itu aku dapat merasakan seperti pengembaraan aku yang baru bermula ini takde 'ong'. Kenapa mesti brader kopiah? Mengapa bukan makwe cun yang berasal dari Kelantan yang mahu pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tercinta?
 
Keretapi mula bergerak perlahan-lahan melewati stesen KL Sentral dan terus maju di dalam kegelapan malam Kuala Lumpur yang terang. Pandai pula keretapi ni jalan perlahan dalam kawasan bandar. Aku membuat keputusan untuk tidak menjadi peramah dan cuba melelapkan mata, hanya meninggalkan brader kopiah membuat hal sendiri.

Aku terlena. Kadang-kadang pada satu ketika aku merasakan keretapi meluncur sangatlah laju. Tidak pernah aku mengalami keadaan gostan yang laju sebegini rupa. Pukul 11.45 malam aku tersedar dari tidur. Perut terasa sedikit lapar. Aku melihat kanan aku. Brader kopiah di sebelah sedang bersandar hanyut dibuai mimpi. Barangkali sedang mimpi naik haji di Pulau Pinang. Di belakang aku kedengaran sepasang laki-laki dan perempuan remaja sedang berbisik asmara. Aku biarkan sahaja mereka berdua kerana kerambit aku telah diberikan pada Titus James semasa di Perancis.

"Tidak!!!!!," jerit brader kopiah sebelah aku secara tiba-tiba. Mata hitamnya hilang naik ke atas. Kini hanya mata putih yang kelihatan. Brader kopiah berperangai seperti dirasuk.

"Kenapa kau ganggu aku? Akukan dah bagi kau makan steak kambing dengan air guava. Apakah itu tidak mencukupi?," tegas brader kopiah dalam keadaan menjerit.

"Aku lapaaaaaaar. Aku haus daraaaaah. Arrgggggggggh!!!!!," suara yang lebih garau kini menguasai diri brader kopiah.
 
Aku menjadi separa kaget. Tetapi selaku antara 5 pelajar terbaik Darjah Khas Sekolah Agama Jalan Naib Long, sedikit sebanyak masih ada lagi ilmu agama dalam diri ini. Aku menadah tangan sambil membaca ayat 3 Qul. Selesai bacaan aku lepaskan hembusan selembut bayu tanpa bau ke muka brader kopiah.
"Abang mimpi Kelantan kalah Piala Malaysia. Abang mengigau," kata brader kopiah.

Cilake. Nak mimpi apenyer lagi. Dah memang kalah pun. Komen aku di dalam hati sahaja. Takut melukakan hati brader ni pulak.
 
Brader kopiah memperkenalkan dirinya sebagai Dimitre Kalkanov. Dia rupanya peminat setia pasukan Red Warriors dan menjadikan Piya sebagai pemain kegemarannya. Lima belas tahun dulu Dimitre Kalkanov kali pertama melihat Piya bermain bola sepak di atas padang latihan TNB Kelantan.

“Memang cita-cita Piya nak jadi pemain bola sepak. Ayah dia dulu juga merupakan pemain bola sepak dan pernah bermain untuk pasukan TNB Kelantan. Ketika itu, era semi-pro. Setiap kali ayah dia ada perlawanan, Piya pasti akan pergi untuk menonton."

Aku keluarkan biskut kelapa daripada beg sandang aku. Laju aku mengunyah biskut tersebut akibat kelaparan. Sambil telinga aku terus menangkap setiap baris ayat yang Dimitre Kalkanov lafazkan.

"Piya juga tidak pernah ketinggalan untuk menyaksikan ayahnya beraksi. Dari situlah muncul minat untuk dia bermain bolasepak. Piya selalu bercakap mengenai bagaimana dia mahu menjadi pemain bolasepak ternama dan memberi makan kepada keluarganya,” kata Dimitre Kalkanov lagi.

Tiba-tiba aku terbayangkan keadaan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan, terutamanya di kawasan yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok. Sebelah kiri jalan sana ada sekumpulan pemuda Siam sedang melepak hisap rokok sambil main terup. Lagu Loi Loi Kratong berkumandang dari mini compo second hand mereka. Aku bajet dalam poket masing-masing mesti ada pisau lipat.

Kawasan Sungai Golok ni memang kawasan mereka. Bukan boleh suka-suka masuk, bahaya. Lebih kurang macam masuk kawasan perkampungan pendatang Filipina di Sabah iaitu di daerah Tawau dan Sandakan. Ia ibarat menempah maut. Silap-silap kena kerat. Kalau nasib baik sikit, kena kahwin dengan perempuan Filipina. Memang Pangako Sayo.

"Pada tahun 2002, ketika Piya berumur 20 tahun, beliau telah menyertai pasukan Milo Kelantan sebelum dipanggil menyertai pasukan Liga Simpanan pada tahun 2003 dibawah bimbingan jurulatih, Anizan Daud. Pada tahun 2004, beliau telah diserapkan ke dalam pasukan senior untuk bermain dalam Liga Malaysia. Pada tahun 2005, Piya menyertai pasukan TNB Kelantan selama semusim sebelum menyarung jersi JPS Kelantan pada tahun 2006."

Aku masih lagi menyunyah biskut kelapa. Kepingan yang keberapa pun aku tak pasti. Sempat aku menjeling ke belakang melihat pasangan dua sejoli tadi bermesra. Gampang betul anak muda zaman sekarang.

"Ketika bersama JPS Kelantan, Piya telah berjaya membantu pasukan itu menjuarai Liga FAM sekali gus layak ke Liga Perdana. Permainan Piya bersama pasukan JPS Kelantan telah menarik minat pasukan PDRM yang menagih khidmat beliau. Pada tahun 2007, beliau telah menyarung jersi pasukan PDRM dan berjaya membantu pasukan itu muncul juara liga perdana," tambah Dimitre Kalkanov panjang lebar.

Aku lebih gemar menjadi pendengar ketika ini. Maklumlah, bukan senang nak dapat peluang dengar penglipurlara percuma macam ni.

“Piya memang berbakat dan sungguh komited untuk mengubah nasib keluarganya. Kadang-kadang bila abang lalu di padang latihan, abang nampak Piya masih berlatih seorang diri. Sampai jam 10 malam pun dia masih berlatih menendang bola ke dinding batu.”
 
Aku terharu. Terfikir juga, kalaulah ada 11 pemain macam Piya di Johor, aku yakin bolasepak JDT boleh pergi lebih jauh. Tapi....

“Piya main bola macam nyawa mamat tu bergantung kat bola.”
 
Aku tenung mata Dimitre Kalkanov dengan mendalam. Berfalsafah pula mamat ni.

"Macam mana dia boleh dapat nama Piya ye bang?," satu soalan melegakan suasana tegang aku lontarkan pada Dimitre Kalkanov.

"Nama Piya ni sebenarnya diberi oleh seorang bekas jurulatihnya semasa dia bermain di Padang Bank. Ini kerana sekitar tahun 1994, ada seorang pemain Colombia, Faustino Asprilla yang cukup tersohor di zaman itu. Jurulatih beliau kata, nama “PIYA” ni sesuai dengan saya. Dari hari tu, sehinggalah hari ini, “PIYA” itu melekat dan sinonim dengan diri Badri Radzi."

"Oooooo...gitu. Abang rasa kenapa Piya tak mahu pindah JDT ye?," soal aku penuh bergaya.

“Lu bagi tau gua, bro. Mamat bola mana yang nak main dengan kelab lemah, macam JDT? tanya Dimitre Kalkanov pada aku. Tiba-tiba dia bertukar kata ganti diri.

Aku tak jawab, sebab aku bukan pemain bola. Tulis kat Mata Pena Hitam ni pun tak dibayar gaji. Malam itu aku dan Dimitre Kalkanov turut berborak sikit pasal ekonomi, politik dan enjin keretapi. Perbualan yang rancak makin lama makin kencang dan tatkala itu makin sedap jugalah keretapi ini membelah hening malam. Mendengar bunyi rail keretapi bergesek, mata aku menjadi semakin segar dan bugar. Aku masih tak dapat bayangkan apa akan terjadi pada kembara solo aku jika susuk selain Dimitre Kalkanov yang duduk di sebalah aku malam ini.

TAMAT.

Thursday, October 24, 2013

From Paris With Love: Fiksyen Ranjau Menjejak Titus James.




Kabooom!!

Pintu bilik ditutup rapi. Aku pulang ke bilik hotel dengan penuh ceria selepas melepak dengan Baggio dan Maldini. Suasana senja di Florence memang mengasyikkan. Sedang aku leka melihat matahari terbenam di Sungai Arno, pintu bilik aku diketuk beberapa kali.

Ketika aku membuka pintu, tiada sesiapa di luar melainkan sebuah beg kecil berbentuk kotak empat persegi. Aku menoleh ke sebelah kiri dan kanan. Setelah mendapati tiada sesiapa pun di situ, barulah aku berani mencapai beg itu. Tatkala dibuka sahaja, terdapat sekeping tiket kapal terbang dan juga nota yang turut sama disertakan. Nota tersebut berbunyi.

"Paris sungguh indah menjelang senja. Merupakan kota romantis dan eksotis. Titus James Palani permata beharga yang makin dilupakan"

Nampaknya aku ditugaskan untuk menjejak Titus James Palani. Kali terakhir aku dengar cerita pasal dia ialah apabila Shebby Singh mempelawa Titus James untuk sesi percubaan bersama Blackburn Rovers. Aku tidak mahu guna perkataan Misi dalam tugasan ini. Sebabnya siapa yang guna perkataan Misi ni kebanyakannya akan berakhir dengan melingkup. Semacam ada satu sumpahan pula.

Titus James, suatu masa dahulu adalah budak remaja berusia 12 tahun yang menjadi tumpuan satu Malaya dek kerana kehebatannya menimbang bola tanpa rasa ragu. Aku masih ingat lagi kata-kata seorang sahabat aku, Kudin.

"Apabila aku sudah akil baligh nanti, aku nak jadi Titus James"

Aku yang ketika itu mempunyai kecerdikan 5 tahun kehadapan berbanding rakan sebaya yang lain hanya mampu tersenyum mendengar cita-cita si Kudin. Begitulah betapa hebatnya penangan fenomena Titus James. Mujur masa beliau muncul, belum ada artis yang kemaruk nak berkahwin dengan pemain bola. Kalau ada..entahlah apa akan jadi pada budak yang berasal dari Brickfield, Kuala Lumpur ini.

Mula-mula aku sampai di lapangan terbang antarabangsa Charles de Gaulle, aku tahan teksi Peugeot 406. Aku memang dah pasang niat dari Malaysia lagi nak naik teksi ni. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan filem Taxi. Filem Taxi yang aku maksudkan ialah filem yang asal buatan Perancis tu dan bukannya yang ditiru oleh Hollywood. Cuma bezanya teksi Peugeot 406 ini ialah, ia jenis yang standard punya.

Pemandu teksi tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Pascal Cygan. Bermuka bengis dan berkepala botak. Wajahnya mirip bekas pemain pertahanan sebuah kelab bola sepak dari London. Aku cuba berteka-teki di dalam hati sahaja. Tapi tidak berani bertanya secara mulut ke mulut.

Masuk dalam teksi, sejurus aku menutup pintu kereta...

"Ya abanglah pemain pertahanan Arsenal yang 'flop' tu. Kau tak payahlah nak tahan-tahan gelak. Abang dah lali dengan caci maki orang ramai. Padahal bukan abang saja yang 'flop'. Wiltord, Jeffers pun bangang jugak. Tapi balik-balik nama abang jugak yang naik."

Menerusi cermin pandang belakang sahaja dia berkata-kata kepada aku. Renungan matanya tajam menikam kalbu. Tiba-tiba emosi pula orang tua ni. Aku terus tersengih-sengih mendengar luahan emosi si Pascal Cygan tadi. Aku cakap nak pergi Nanteuil, nak tengok rumah Titus James. Jarak Nanteuil dari Paris ada dalam 389 kilometer lebih kurang.

Dalam perjalanan, Pascal Cygan, si pemandu teksi yang juga bekas pemain Arsenal, bertanya tujuan aku bertandang ke Perancis. Aku pun dengan peramahnya berceritalah serba sedikit kepada beliau.

"Oh begitu rupanya. Abang pun kenal Titus James ni. Kalau tak silap, Nanteuil FC ni kelab kelima yang dia wakili selepas Le Havre, Quevilly, Meaux dan juga Villenoy. Dulu masa dia baru sampai sini, dia duduk dekat Rouen, rumah sepupu belah mak abang punya jiran. Kalau tak silap abang nama dia Francis Herbert. Francis Herbert dengan isteri dia, Slyvaine Wairin juga khabarnya jadi keluarga angkat Titus masa tu." - begitu mesra Pascal Cygan menceritakan perihal ringkas berkenaan Titus James.

Aku terdiam. Pandanganku dilontarkan jauh ke luar teksi. Sekawan bison yang berlari-lari di bahu jalan seolah-olah sedang mengejar teksi membuatkan diriku seperti di dalam satu percutian mewah. Biasanya pemandangan sebegitu hanya terdapat di Taman Negara Yellowstone. Entah macam mane bison boleh muncul di sini pun aku kurang periksa.

"Betol ke zaman gemilang Titus adalah semasa dia beraksi dengan kelab Villenoy?" - soal aku lagi kepada Pascal Cygan dengan kemas dan cerdas.

Pascal Cygan tidak terus menjawab. Diseloknya poket pakaian seragam, lalu sebiji 'chewing tobacco' dikeluarkan. Dibuka sarungnya dan beliau mula menyambung cerita sambil mengunyah laju.

"Ya memang betol. Titus masa tu adalah ketua pasukan bawah 18 tahun kelab Villenoy. Dia juga penjaring terbanyak pasukan dengan 16 gol. Pada hujung musim pula, Villenoy menamatkan kedudukan di tangga ke-5 liga di Paris. Satu pencapaian yang bolehlah dikatakan hebat bagi seorang pemain Asia Tenggara"

Mata aku semakin layu akibat keletihan melalui perjalanan yang jauh. Kini teksi kami sudah menginjak melalui kota Orleans. Aku lihat bangunan lama klasik masih berdiri teguh di kiri dan kanan jalanraya. Kagum melihat keutuhan struktur bangunan lama yang masih gah berdiri. Apabila teringatkan Terengganu, aku termalu sendiri sambil menggeleng kepala perlahan.

"Creeeeeeeeeeeeeet" - Teksi berhenti mengejut.

Dekat tiga jam berkereta akhirnya aku selamat sampai di Nanteuil tempat bertapaknya kelab yang diwakili oleh Titus James ketika ini. Dari sini untuk menjejak rumah Titus James tidak sukar. Sebut saja nama Titus James dan semua orang kenal anak muda ini. Ternyata 'Black Pearl from Brickfield' ni memang besar pengaruhnya di Perancis.

Aku bertanya pada seorang anak remaja, Steve Marlett yang sedang menimbang bola di kaki lima. Bandannya yang berpeluh dan tidak berbaju aku abaikan. Aku nekad menghampirinya.

Setelah memperkenalkan diri dengan serba mantap, aku ceritakan segala-galanya tentang tujuan aku ke sini. Tentang tugasan aku menjejak Titus James, kegilaan aku terhadap Chelsea dan bagaimana rindunya rakyat Malaysia kepada Titus James ini membawa aku terbang jauh ke Perancis dari Itali, walaupun dekat-dekat raya Deepavali ni susah nak dapat tiket sebenarnya.

"Oooh..pahamlah saya kenapa abang datang ke sini. Tapikan bang, kenapalah agaknya Malaysia selalu jek abaikan pemain berbakat yang main luar daripada Liga M? Ape hebat sangat ke Liga Malaysia tu? Tengok macam Wan Kuzain Wan Kamal, sekarang ni dah wakil USA bawah 17 tahun. Tak rasa ralat ke terlepas pemain berbakat macam ni?"

Satu soalan dari Marlett yang seakan-akan cuba bermain dengan emosi aku. Aku beristighfar bertalu-talu sambil memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada anak muda ini. Dengan semangat yang padu, aku lontarkan senyuman semanis tebu sambil menjawab.

"Dulu tahun 2005 kita dah panggil Titus berlatih di bawah bimbingan Bertalan Bicskei. Tapi masa ni dia tak cergas. Masa 2008 pulak, dia tidak menjawab panggilan Sathianathan untuk bermain menentang Chelsea atas alasan permit kerja. Jadi sebenarnya memang sudah ada usaha untuk membawa pulang Titus James ni. Cuma masanya sahaja belum tahu." - kemas aku melontarkan jawapan kepada Steve Marlett.

“Sebenarnya kitorang dekat Perancis ni pun tak berapa berkenan kalau Titus main untuk Malaysia. Bukannya ada faedah pun. Rosaklah reputasi pemain sehebat Titus kalau turun bermain untuk negara yang berkedudukan di tangga ke-160 FIFA. Kami semua dekat Perancis ni kira berterima kasih jugalah sebenarnya pada Malaysia sebab melahirkan bakat sehebat Titus. Meriah sikit liga kitorang”

Tidak mahu bertekak panjang, aku pun meminta arah jalan menuju ke rumah Titus James. Dari Marlett aku diberikan petunjuk ke rumah keluarga Titus. Belok kanan, belok kiri, jalan lurus, jalan bengkang-bengkok, semua ada. Sebelum aku beredar Marlett sempat bertanya soalan cepu mas.

“Bro, bila Malaysia nak layak ke Piala Dunia?”

Aku memilih untuk berdiam diri. Soalan macam tu biarlah FAM yang jawab.

Selepas beberapa minit berjalan dan beberapa batang rokok dihabiskan. Eh, maksud aku orang lain di tepi jalan yang aku ternampak hisap rokok, aku tak hisap rokok, akhirnya aku tiba juga di rumah Titus James.

Aku lihat habis basah baju aku dengan peluh. Berpeluh itu memang satu nikmat, tapi angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengenai wajahku ini lebih memberi nikmat kepadaku.

Aku lihat jam di tanganku. Tepat jam 4 petang aku tiba di hadapan rumah Titus James. Aku menunggu di luar dengan penuh mantap. Titus melangkah keluar dari rumahnya dengan sebuah senyuman manis dilontarkan kepadaku.

"Jemputlah masuk. Makanan dah lama terhidang"

Ramahnya Titus James umpama sudah bertahun mengenali diri ini. Aku melangkah penuh tertib ke dalam rumahnya. Di dalam hati aku masih lagi berharap agar susuk ini pulang berbakti kepada negara satu hari nanti.

TAMAT.
 
Nota: Selamat Hari Besday Soltan Bola. Tahniah pada Datuk Jamal dan Datuk Rossa. Kahkahkah...