Showing posts with label Italia. Show all posts
Showing posts with label Italia. Show all posts

Tuesday, June 28, 2016

Piala Eropah 2016: Suku Akhir



POLAND vs PORTUGAL| Friday 1 July 2016 | 3:00am

Sejak Jakub Blaszczykowski kembali bermain untuk Poland beliau sudah menjadi pembekal kepada 3 gol terakhir pasukan tersebut dengan satu bantuan gol dan 2 jaringan daripada sumbangan beliau sendiri. Kesudahannya Poland berjaya melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Switzerland melalui sepakan penalti dalam perlawanan yang lepas untuk bertemu dengan pasukan Portugal.

Portugal pula terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Croatia. Pada perlawanan tersebut Ronaldo dan Nani gagal menjaringkan gol. Namun muncul seorang lagi pemain tua iaitu Quaresma yang menyelamatkan maruah timnas Portugal. Satu perkara yang kita semua nampak ialah Renato Sanchez perlu diberikan peluang bermain sekiranya Portugal bercita-cita mahu melangkah ke Separuh Akhir.

Ramalan: Aku memilih Poland untuk menang 2 - 1.


 WALES vs BELGIUM | Saturday 2 July 2016 | 3:00am

Wales dan Belgium menepati ramalan aku untuk terus mara ke Suku Akhir. Wales dalam satu aksi membosankan berjaya menumpaskan Northen Ireland. Lawan mereka seterusnya ialah Belgium - pasukan ranking nombor dua dunia ketika ini. Namun begitu 3 perlawanan terakhir kedua pasukan ini berakhir dengan 2 keputusan seri dan satu kemenangan berpihak kepada Wales iaitu ketika kempen kelayakan Piala Eropah pada 12 Jun 2015 yang lalu.

Sementara itu Belgium pula semakin menunjukkan potensi sebenar mereka. Eden Hazard membuktikan yang dirinya masih lagi antara pemain terbaik dunia masakini. Mula timbul cakap-cakap yang Belgium akan menyembelih Wales untuk layak ke Separuh Akhir. Walaubagaimanapun apa yang pasti Belgium telah memenangi 3 perlawanan berturut-turut setelah Fellani dibuang dari kesebelasan utama. Kau nak bukti apa lagi?

Ramalan: Belgium menang 3-0.



JERMAN vs ITALI | Sunday 3 July 2016 | 3:00am

Jerman belum bolos dalam Piala Eropah 2016. Buffon juga belum bolos. Dua rival terulung Eropah ini akan bertembung sesama sendiri dalam satu lagi perlawanan super bumper blockbuster yang kita sendiri pun masih tak tahu pasukan yang mana satukah akan muncul sebagai pemenang.

Sebagai rekod kedua pasukan telah bertemu sebanyak 33 kali. Itali mencatatkan 15 kemenangan, Jerman pula 8. Manakala 10 perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Kali terakhir mereka beradu tenaga adalah pada bulan Mac yang lepas dengan keputusan perlawanan 4-1 berpihak kepada pasukan Jerman.

Perlawanan kali ini dijangka akan lebih sengit. Jika Itali berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu, maka tugas sukar menanti Low dan seluruh pemain Jerman. Haaaissshhh..susah betol nak mengagak pasukan mana yang akan mara ke separuh akhir nanti.

Ramalan: Jerman menang dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua pasukan seri 2-2 dalam masa penuh permainan.


PERANCIS vs ICELAND | Monday 2 July 2016 | 3:00am

Haaaaa...dunia telah melihat bagaimana England - sebuah negara kuasa bola sepak dunia telah dilondehkan oleh Iceland. Bersediakan kita untuk menengok pasukan tuan rumah Perancis pula menyerah panji kepada Iceland The Frozen One?

Pada kempen kali ini Iceland agak tajam di hadapan gol. 29 percubaaan mereka menghasilkan 6 jaringan gol. Sedangkan Perancis juga menjaringkan 6 gol. Namun ia adalah hasil daripada 72 cubaan gol. Ini bermakna Perancis agak segan di hadapan pintu gol walaupun berderet peluang yang terhidang. Adakah Giroud punca segalanya? Hah?

Rekod pertemuan kedua pasukan ini tidaklah banyak mana. 11 perlawanan berlaku antara mereka dengan Perancis memenangi 8 daripadanya. 3 lagi berkesudahan dengan keputusan seri.

Susah untuk kita terima hakikat sekiranya Perancis yang beraksi sebagai tuan rumah ini bakal tersingkir keluar seawal peringkat suku akhir. Namun dalam hati kecil kita juga mahu melihat pasukan kerdil yang berjiwa besar seperti Iceland ini untuk mara dengan lebih jauh lagi.

Ramalan: Perancis 3 - 1 Iceland

Tuesday, April 12, 2016

Di Mana Mereka? Nedved & Nesta.




Di Mana Mereka? Nedved & Nesta.

Pada awal musim 2015/2016.

"Engkau takkan dapat memiliki segalanya ketika engkau masih muda wahai anak mudeeee," kata Nedved.

"Itulah sebabnya saya mengatakan kepada Pogba untuk tidak terlalu bergaya dengan pelbagai warna dan corak rambut di atas padang. Tetapi dia perlu lebih komitmen untuk Juventus apabila turun bermain," tambah legenda dari Republik Czech tersebut.

Begitulah serba sedikit pesanan Lagenda Juventus, Pavel Nedved pada awal musim ini kepada Paul Pobga agar terus berpijak di bumi yang nyata dan fokus dalam mempertingkatkan permainannya.

Siapalah kita hendak menutup mulut Nedved. Beliau semasa zaman mudanya adalah seorang pemain yang hebat. Tidak perlu diceritakan secara panjang lebar lagi. Yang terbaru beliau dilantik sebagai Duta Chinese Super League bagi mengantikan David Beckham.

Biarpun beliau tidak berupaya menakluk dunia sebagai pemain namun beliau kekal sebagai seorang panglima yang pernah gah menakluk Eropah suatu ketika dahulu.

Pada 1 September 2015, Nesta telah dilantik sebagai ketua jurulatih Miami FC, yang mana akan mula beraksi di North American Soccer League April 2016 ini.

Namun secara tiba-tiba namanya dikaitkan dengan pasukan kebangsaan Itali. Ini selepas Antonio Conte bersetuju melepaskan jawatannya selepas Euro 2016 bagi skuad Azurri untuk pergi ke Stamford Bridge melatih sebuah kelab teragung lagik tidak terkalahkan di London nun sana yang damai lagi permai.

Walaubagaimanapun jurulatih Miami FC dan bekas pertahanan AC Milan - Alessandro Nesta, belum memikirkan sebarang perancangan untuk melatih pasukan kebangsaan Itali. Nesta turut mengaku hanya fokus pada kariernya sebagai jurulatih kelab Amerika Serikat tersebut.

"Sekarang saya melatih Miami, untuk melatih skuad Azurri saya harus banyak belajar," kata Nesta sambil tangan kanannya menggosok perlahan dahinya yang berkerut seribu.

"Saya akan nengok dulu apa yang terjadi, masih awal lagi untuk berkata tentang pasukan Itali," kata Nesta yang masih tidak mahu tergesa-gesa memutuskan kariernya.

Tahun ini Nedved berusia 43 tahun. Manakala Nesta pula 40 tahun. Inilah kedudukan karier mereka sekarang. Bagaimana pula dengan pemain Malaysia yang setara usia dengan mereka? Sebagai contoh Azman Adnan (44 tahun) dan Azrul Amri Burhan (40 tahun) yang pernah popular dan pawer suatu ketika dahulu. Di Mana Mereka? Azman Adnan dan Azrul Amri Burhan. Hah?
Sumber : The Complete Encyclopedia of Football.


 

Tuesday, May 28, 2013

Juara Liga Serata Eropah

Berikut adalah senarai JUARA LIGA SERATA EROPAH

BUNDESLIGA - BAYERN MUNICH



TURKISH SUPER LIG - GALATASARAY.






SERIE A - JUVENTUS.





BARCLAYS PREMIER LEAGUE - MANCHESTER UNITED




LIGUE 1 - PARIS SAINT GERMAIN




EREDIVISIE - AJAX AMSTERDAM




LA LIGA - BARCELONA




Portuguese Premier League - F.C Porto


 

Wednesday, November 14, 2012

10 Hari Lagi: Dan Raja masih bergurau senda.




Salam Suzuki..Hanya tinggal 10 hari sahaja lagi kejohanan terulung di Asia Tenggara, Piala Suzuki akan memulakan aksinya. Pasukan kesayangan kita, Harimau Malaya telah melakukan satu persediaan yang boleh dikatakan antara yang paling rapi dalam sejarah FAM. Kali ini tiada lawatan sambil belajar di bumi salji..mahupun bersiar-siar di Fraser Hill seperti suatu ketika dahulu di era 80-an. Dengan status sebagai juara bertahan dan gergasi baru Asia Tenggara, pasukan lain di rantau ini berlumba-lumba hendak menguji kita. Keterujaan mereka untuk menewaskan Harimau Malaya adalah umpama terujanya peminat Metallica mahu memijak muka Justin Bieber. Penuh rakus...
 
 
Kalah...dah kalah...
 
 
Sepanjang persediaan kita ini, pasukan Harimau Malaya telah mengalami 2 kekalahan kepada Vietnam dan Thailand. Seperti yang kita tahu, kedua pasukan ini adalah pencabar utama dalam Piala Suzuki nanti.  2 kekalahan inilah yang membuatkan ramai peminat bola di Malaysia naik hangen dan aura jahat yang tersembunyi selama ini menjelma keluar dari kepala hotak mereka. Puncanya kerana kekalahan ini muncul tanpa diundang dan ia  hanya tidak sampai sebulan sebelum kejohanan akan bermula. Sedangkan sebelum ini keputusan perlawanan pasukan Malaysia masih boleh dalam dikatakan dalam keadaan terpuji. Terpujila jugak....
 
Antara siri pelawanan persahabatan Malaysia ialah (hanya melibatkan tahun 2012) :
 
Oktober 2012
Menang dengan Hong Kong 3-0
 
Jun 2012
Menang dengan Singapore Aggregate 4-2

Jun 2012
Seri dengan Filipina 0-0

April 2012
Menang dengan Sri Lanka 6-0

Februari 2012
Seri dengan Filipina 1-1.
 
 
Nah!! Kita tak pernah  kalah pun sebelum tewas kepada Thailand dan Vietnam. Kenapa mahu mengamuk? Macamlah tidak pernah tengok pasukan Malaysia kalah. Perlu diingat juga kedua pasukan ini bukanlah 'se-sengal' Malaysia. Mereka telah melakukan pelbagai persiapan rapi. Bukan sahaja setakat beberapa orang manusia berkumpul dalam 2 masa minggu di Wisma FAM, kemudian berlatih berlari-lari menyepak bola. Pasukan negara mereka juga tidak ghairah mengadakan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab England. 
 
 
Dengan mengambil kira kekuatan Liga mereka dan kedudukan ranking FIFA, kekalahan ini adalah perkara biasa sahaja bagi kawe. Ini adalah hakikat sebenar tahap kekuatan terkini pasukan Harimau Malaya. Seperti biasa selepas kalah, ranking kita akan jatuh dan setiapkali itulah juga orang bijak pandai di FAM memaklumakan bahawanya ranking tidak penting. Yang penting apa? Poket mereka barangkali...
 
 
Bangladesh umpan sakti.
 
Bukan setakat pekerja import sahaja..maruah perlu dipertahankan
 
Selepas kalah 2 perlawanan dan teruk dikritik oleh pakar bolasepak bertauliah di luar sana, pihak FAM berjaya membawa sebuah pasukan lemah ke Tanah Melayu untuk dijadikan sebagai 'lauk'. Apakah perlunya perlawanan menentang pasukan yang berada 8 tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA ini? Ini kerana sudah jelas Rajagopal memberitahu kita bahawa anak buahnya sengaja menyimpan kekuatan supaya tidak dihidu oleh seteru lain di AFF nanti. Atau bahasa yang lebih molek, simpan kuku.


Pelbagai persoalan bermain di benak kepala hotak sesetengah dari kita...Mampukah kejayaan membelasah Bangladesh 5 hari sebelum kejohanan bermula, mampu memberikan kejayaan apabila bertemu Singapura kelak? Inikah pemangkin semangat yang diperlukan ketika Harimau Malaya kelihatan semakin nazak untuk mencari momentum kemenangan? Hanya Rajagopal sahaja yang mengenal Manikam.
 
 
Dalam keadaan terdesak ini, sudah pasti Rajagopal akan menurunkan kesebelasan utamanya untuk perlawanan menentang Hong Kong dan Bangladesh. Apakah akan terjadi sekiranya pemain utama ini cedera? Mampukah Shakir dan Gary bekerjasama dengan kabutnya seperti pelawananan menentang Thailand apabila Safiq Rahim cedera kelak? Mintak situasi seperti ini dijauhkan selalu...
 
 
Buang 4, 2 masuk.
 
 
Mungkin semua maklum bahawa posisi yang bermasalah untuk pasukan harimau malaya ketika ini adalah bahagian tengah. Namun masalah ini masih lagi tidak diselesaikan oleh Rajagopal. Terkini, 4 orang pemain digugurkan iaitu Nik Sharul, Young Kuong, Rizal Fahmi dan Amir Taj. Mereka ini wajar digugurkan berdasarkan kekurangan pengalaman antarabangsa dan aksi terhad dalam liga musim 2012 ini.
 
 
Namun apa yang lebih mengejutkan Rajagopal telah memanggil seorang pertahanan Irwan Fadli dan penyerang Hazwan Bakri sebagai ganti. Adakah ini senjata rahsia yang selama ini cuba disorokkan oleh beliau? Pemilihan Hazwan Bakri, penjaring hatrik ketika membenam Sri Lanka 6-0 ternyata tepat ketika barisan serangan Malaysia kelihatan amat tumpul walaupun pada hakikatnya penyerang kita tidak mendapat bola secukupnya dari bahagian tengah.
 
 
Tetapi apakah relevannya Irwan Fadli dipanggil? Bukankah pertahanan kiri sudah ada Zubir dan Azmi Muslim? Pertahanan tengah pula Rajagopal telah memiliki Faizal Muhammad, Fadli Shas, dan Aidil Zafuan. Jika Irwan Fadli yang berumur 31 tahun boleh dipanggil atas kapasiti persembahan mantap musim ini, kenapa pemain lain yang seangkatan beliau seperti Indra Putra (31), Amri Yahyah (31), Shukor Adan (33) dan Hairuddin Omar (33) boleh terlepas pandang begitu sahaja? 
 
 
Mungkin kawe terpengaruh dengan teori pasukan Jerman yang masih percaya pada Klose walaupun bakat muda mereka melambak-lambak bagaikan tukang urut Thai di Damansara Utama. Tetapi jika Rajagopal boleh menjadikan Itali sebagai persamaan dengan Malaysia, iaitu pasukan yang lengit sebelum sesuatu kejohanan bermula, namum mengganas bak kereta Ferrari di Litar Lumba apabila tiba kejohanan sebenar. Jadi tidak salah rasanya faktor usia dilonggarkan sedikit dalam pemilihan pemain kebangsaan. 
 
 
Kasih Neelofa dan Ong Kim Swee... 
 
 
Gadis misteri Neelofa pernah berkata "Lofa ambil semua kritikan peminat ini sebagai pemangkin semangat untuk Lofa menjadi artis yang lebih baik dan mantap". Mantap dari segi apa tidak pula dapat saya huraikan di sini. Takut terlajak pula. Tetapi inilah yang sepatutnya dilakukan Rajagopal. Menyerap segala kritikan dengan tanpa melibatkan pemain sedikit pun.

Kekuatan tangan Neelofa diterjemahkan di dalam sukan tinju


Ia pernah dilakukan oleh Si Samseng Mourinho yang seringkali bergaduh dengan wartawan tidak kira di mana jua beliau berada. Hasilnya pelbagai kejayaan telah beliau miliki. Bezanya Mourinho memiliki pemain berkelas dunia, sedangkan Rajagopal hanya ada sekumpulan pemain bolasepak yang beraksi dalam Liga yang seringkali bertukar formatnya.


Tanpa kita sedari...seorang Lelaki Cina dari Melaka yang tiada kaitan dengan Hang Tuah mahupun Hang Li Po sedang memantau rapi situasi ini. Beliau memiliki ramai bakat muda dalam 'poketnya'. Dan ia hanya menunggu masa sahaja untuk mengganas. Rajagopal sendiri pun tanpa segan silu meminjam beberapa orang anak didik beliau. Ya, Ong Kim Swee semakin hampir untuk diangkat sebagai 'Datuk' yang baru.


Tammmmat...



 
 
 
 

Monday, October 1, 2012

Pemain Terbaik September 2012.

La Liga
Isco - Malaga



Full name:Francisco Román Alarcón Suárez
Date of birth:21 April 1992 (age 20)
Place of birth:Benalmádena, Spain
Height:1.76 m (5 ft 9 1⁄2 in)
Playing position :Attacking midfielder

Secara tiba-tiba menarik perhatian kelab besar dari Eropah selepas jaringan gol beliau dalam aksi Champions League menewaskan Zenit. Malaga membeli Isco dari Valencia pada Julai 2011. Namun selepas Isco mencuri perhatian banyak pasukan, Malaga dengan segera beradang melanjutkan kontrak beliau yang sedia akan tamat pada 2016 nanti. 'Attacking Midfielder' pasukan bawah 23 tahun Sepanyol ini sedang menjengah peluang beraksi dalam pasukan utama negara tersebut.

Serie A
Hernanes - Lazio





Full name:Anderson Hernanes de Carvalho Andrade Lima
Date of birth:29 May 1985 (age 27)
Place of birth:Aliança, Brazil
Height:1.80 m (5 ft 11 in)
Playing position:Midfielder

Beliau adalah tipikal pemain tengah Brazil. Boleh menjana serangan dan menjaringkan gol apabila diperlukan. Menolak perpindaha ke AC Milan dan Barcelona semata-mata ingin mahu kekal bersama Lazio musim ini. Sudah menjaringkan 4 gol secara keseluruhan setakat artikel ini ditulis. Banyak membantu Klose dalam mencari gol buat Lazio. Dalam usia 27 tahun, inilah masa kemuncak dalam karier beliau.

Bundesliga
Lewis Holtby




Full name:Lewis Harry Holtby
Date of birth:18 September 1990 (age 22)
Place of birth:Erkelenz, West Germany
Height:1.76 m (5 ft 9 1⁄2 in)[1]
Playing position:Midfielder

Pemain tengah berusia 22 tahun ini disenaraikan antara 5 pemain muda yang harus ditonton aksinya dalam UCL 2012/13 musim ini. Terbukti Jerman tidak pernah ketandusan bakat. Telah menjaringkan 3 gol setakat ini dalam Bundesliga. Turut beraksi cemerlang ketika berdepan Olimpiakos dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Champions League. Namun perlu lebih meningkatkan aksi ketika menentang pasukan atasan seperti Bayern Muninch.


Liga Perdana Inggeris
Phil Jagielka
 
 
 
Full name:Philip Nikodem Jagielka
Date of birth :17 August 1982 (age 30)
Place of birth:Sale, England
Height:1.83 m (6 ft 0 in)[2]
Playing position:Centre back
 

Pada usia 30 tahun, beliau masih lagi mantap dan kebal. Punca kepada keselesaan Victor Anichebe dan Fellaini berleluasa di barisan serangan menjaringkan gol untuk pasukan Everton. Berjaya melakukan satu bantuan gol untuk pasukan Everton setakat ini dan merupakan tulang belakang pasukan Everton yang menghuni tangga ke 3 Liga.  Mungkin satu rahmat buat beliau apabila John Terry mengumumkan persaraan dari arena antarabangsa. Semoga berjaya!!!
 
 
Ligue 1
Zlatan Ibrahimovic



Full name:Zlatan Ibrahimović
Date of birth:3 October 1981 (age 30)
Place of birth:Malmö, Sweden
Height:1.95 m (6 ft 5 in)[1]
Playing position:Striker


Tujuh jaringan gol Zlatan untuk PSG dalam saingan Ligue 1 setakat ini membuktikan belian adalah antara penyerang terbaik di dunia ketika ini. Sudah berusia 30 tahun tetapi aksinya seakan-akan baru sahaja berusia 20 tahun. PSG banyak bergantung kepada beliau untuk mendapatkan gol. Pengaruhnya di atas padang juga amat penting dalam usaha PSG menawan Perancis dan Eropah secara 'total' musim ini. Ibracadabra pasti boleh.



Wednesday, September 5, 2012

Jiwa Muda Totti.



Masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat si tua Totti dengan aksi cemerlang ketika dengan bersahaja menundukkan Inter Milan 3-1 hujung minggu lepas. Ketika semua mata tertumpu pada jaringan hatrik Van Persie dan kisah sedih Ronaldo. Totti masih dengan kaki emasnya yang kacak bergaya mencorakkan gol untuk AS Roma. TERBAIIKKK!!!






Tuesday, August 28, 2012

Pemain Terbaik August 2012


Kwadwo Asamoah

Date of Birth:    Dec 9, 1988 (Age 23)
Place of Birth: Accra, Ghana
Nationality: Ghana
Height:         178 cm.
Weight:         76 Kg.
Position:         Midfielder
Squad No:       22

Watak penting setakat ini untuk Juventus. Meneruskan aksi cemerlang ketika perlawanan pembukaan Piala Super. Asamoah sekali lagi membantu Juventus menewaskan Parma 2-0 dan menjadi pemain terbaik dalam  perlawanan itu.



Eden Hazard

Date of Birth: Jan 7, 1991 (Age 21)
Place of Birth: La Louviere
Nationality: Belgium
Height: 170 cm.
Weight: 69 Kg.
Position: Midfielder
Squad Number: 17


Beroleh 3 anugerah pemain terbaik perlawanan berturut-turut untuk Chelsea. Merupakan pemain baru paling berbaloi dalam skuad Chelsea untuk musim 2012/13. Satu gol sudah dimilikinya dan lebih banyak yang terbaik akan muncul dari kaki Hazard.




Arda Turan

Date of Birth: Jan 30, 1987 (Age 25)
Place of Birth: Estanbul
Nationality: Turkey
Height: 176 cm.
Weight: 74 Kg.
Position: Midfielder
Squad Number: 11


Beliau menjaringkan gol pada perlawanan pertama menentang Levante. Arda Turan kemudiannya membantu Atletico Madrid membelasah Athletic Bilbao 4-0. Beliau masih tetap dengan pendiriannya mahu kekal bersama A.Madrid dan menolak semua spekulasi perpindahanya. 





Marco Reus

Date of Birth: May 31, 1989 (Age 23)
Place of Birth: Dortmund
Nationality: Germany
Height: 180 cm.
Weight: 74 Kg.
Position: Midfielder
Squad Number: 11


Musim lepas antara pemain terbaik dalam Bundesliga. Membuat penampilan sulung bersama Borussia Dortmund dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke 11' ketika bertemu Werder Bremen. Menerima anugerah pemain terbaik untuk perlawanan tersebut.

Saturday, August 11, 2012

Piala Super TIM Itali: Juventus vs Napoli



Buat kali ketiga Piala Super Itali berlangsung di negara China dengan Stadium Nasional Beijing menjadi pilihan. Perlawanan kali ini diselubungi dengan isu skandal rasuah bolasepak Itali yang kembali menghantui minda peminat bolasepak sejagat. Kesan daripada skandal ini, jurulatih Juventus telah digantun 10 bulan. Namun pemain Juventus menerimanya dengan redha dan hati terbuka.


Juventus bertemu Napoli dalam keadaan bumi Beijing dilimpahi hujan lebat. Tetapi ia tidak menghalang setiap pemain mempamerkan aksi-aksi menarik mereka. Juventus mempertaruhkan barisan pertahanan mantap yang diketuai oleh Buffon, Lucio, Bonucci dan Berzagli. Manakala Napoli masih yakin dengan barisan serangan tajam mereka sejak dari musim lepas lagi dengan sandaran kekal diberikan kepada Hamsik, Cavani dan Pandev. 


Napoli dengan cemerlang mendahului perlawanan pada minit ke 27' hasil daripada jaringan Cavani yang cantik melepasi perangkap offside pasukan Juventus sebelum dengan cemerlang menewaskan Buffon ketika hanya berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol berpengalaman tersebut. Ternyata penyerang yang menjadi sasaran Chelsea ini sangat berbisa apabila berada di hadapan gol.


Tersentak dengan jaringan itu, Juvetus mula mengatur serangan dengan lebih tersusun lagi. Hasilnya Kwadwo Asamoah berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 37'. Asamoah telah melakukan voli cantik selepas menerima hantaran dari Arturo Vidal. Tetapi percayakah anda Napoli adalah pasukan yang liat untuk ditewaskan? Sekali lagi Napoli dihadapan pada minit ke 41' dengan Goran Pandev menjadi penjaring selepas kesilapan Bonuccin ketika hentak mengeluarkan bola dari kawasan gol Juventus. Tamat separauh masa pertama dengan Juventus 1- Napoli 2.


Separuh masa kedua Juventus pantas membuat pertukaran dengan memasukan Vucinic menggantikan Matri yang kelihatan gagal mempamerkan aksi terbaiknya. Hasilnya Vucinic nyaris-nyaris menyamakan kedudukan pada minit ke 47' apabila cubaannya terkena tiang. Vucinic sekali lagi mempunyai peluang gol pada minit ke 57' namun aksi cemerlang De Sanctis menafikan Juventus untuk mendapatkan gol penyamaan.


Hujan semakin lebat dan Juventus semakin terdesak untuk menyamakan kedudukan. Sekurang-kurangnya kejayaan Juventus ini akan dapat mengubati kesedihan skandal rasuah yang melanda mereka. Usaha kental Vucinic yang tidak mengenal erti jemu akhirnya berhasil apabila berjaya menghadiahkan sepakan penalti selepas dikasari Fernandez di dalam kotak penalti. Vidal telah diberi kepercayaan untuk menyempurnakan penalti tersebut. Pada minit ke 70' kedudkan menjadi Juventus 2 -  Napoli 2. Perlawanan  semakin sengit dan mendebarkan.


Keganasan juga berlaku seiring dengan kerancakkan perlawanan. Kesannya Goran Pandev dilayangkan kad merah pada minit ke 85'. Manakala Zuniga pula dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke 90'. Jurulatih Napoli Walter Mazzarri juga turut diarahkan keluar padang selepas membantah keputusan pengadil tersebut. Perlawanan 90' minit tamat dan teruskan dengan masa tambahan. Napoli mula bermain dengan 9 orang dan ini sebanyak mengganggu rentak mereka.


Ternyata Juventus berjaya mengambil kesempatan dari kekurangan Napoli ini apabila mereka buat pertama kalinya mendahului dalam perlawanan ini selepas sepakan percuma Pirlo ditanduk sendiri oleh Christian Maggio pada minit ke 97'. Napoli semakin lumpuh apabila Vucinic akhirnya berjaya menjaringkan gol ke-4 pada minit ke 100. Jelas taktik Napoli yang terlalu awal mengeluarkan Hamsik dan Cannavaro memakan diri mereka sendiri. 


Akhirnya hujan lebat di bumi Beijing menjadi saksi kejayaan Juventus menjulang Piala Super Itali  edisi 2012/2013. Mereka telah menunjukkan bagaimana cara terbaik untuk memenangi perlawanan walaupun sudah ketinggalan pada awalnya. Juventus 4 - Napoli 2. Tahniah buat Juventus!!!


Sunday, August 7, 2011

AC Milan 2-1 Inter Milan [Piala Super Itali 2011]


Wesley Sneijder menjaringkan gol untuk Inter Milan dalam Supercoppa Itali, tetapi tidak mampu untuk mengelakkan mereka kalah kepada musuh lama AC Milan 2-1 di Beijing. Zlatan Ibrahimovic menyamakan kedudukan terhadap bekas kelabnya, sebelum Kevin-Prince Boateng menjaringkan gol kemenangan dengan 22 minit sebelum tamat permainan.

AC MILAN

32 Christian Abbiati (G)
33 Thiago Silva (CD-L)
13 Alessandro Nesta (CD-R) 
4 Mark Van Bommel (DM)
19 Gianluca Zambrotta (LB)
20 Ignazio Abate (RB)
27 Kevin-Prince Boateng (AM)
10 Clarence Seedorf (LM)
8 Gennaro Gattuso (RM)
70 Robinho (CF-L)
11 Zlatan Ibrahimovic (CF-R)

Substitute

25 Daniele Bonera (SUB) 
99 Antonio Cassano (SUB)
1 Marco Amelia (SUB)
23 Massimo Ambrosini (SUB)
28 Urby Emanuelson (SUB)
76 Mario Yepes (SUB)
7 Pato (SUB)




Saturday, March 13, 2010

Fokus Worl Cup:Italy dan tempe goreng

Fokus kali in yg sempat di kaji adlah beberapa player italy yg di piliholeh ahli panel kami.Antaranyer...Giuseppe Rossi telah bersama2 luca toni menjadi penjaring terbanyak dlm kelayakan aitu.selain mereka,striker yg bole mencuri slot ke SA ialah..Boriello,Pazinni,Iaquinta dan Gilardino...Cassano ,Balotelli,Di Natale,Quagliarella dan Simone Pepe...Di bawah ini details mengenai Rossi dan Toni.

Giuseppe RossiFebruary 1, 1987 (1987-02-01) (age 22)
Place of birth :Teaneck, New Jersey, United States
Height :1.73 m (5 ft 8 in)
Playing position :Second striker
Current club Villarreal
Number 22
Youth career
2000–2004 :Parma
2004–2006 :Manchester United
2005–2007 :Manchester United 5 (1)
2006 : Newcastle United (loan) 11 (0)
2007 : Parma (loan) 19 (9)
2007-Now : Villarreal 67 (25)
National team
2003 Italy U-16 5 (3)
2003–2004 Italy U-17 14 (6)
2004–2005 Italy U-18 3 (0)
2006–2008 Italy U-21 22 (11)
2008– Italy 13 (3)

Luca Toni lahir pada 26 May 1977 (1977-05-26) (age 32)
Place of birth :Pavullo nel Frignano, Italy
Height :1.96 m (6 ft 5 in)
Playing position :Striker
Current club AS Roma

Next is Posisi Keeper.Dah hampir pasti Encik Buffon akan bejaya.Di ekori rapat Mochetti dan De Sanctis.Gianluigi Buffon (born 28 January 1978 in Carrara),is an Italian FIFA World Cup and UEFA Cup-winning goalkeeper who plays for Serie A club Juventus and the Italian national team. He is considered by some fans and experts to be one of the greatest goalkeepers of all time.He was named the Serie A Goalkeeper of the Year a record eight times.
He was named by Pele as one of the 125 greatest living footballers in the world.

Personal information
Full name: Gianluigi Buffon
Date of birth: 28 January 1978 (1978-01-28) (age 32)
Place of birth: Carrara, Italy
Height :1.91 m (6 ft 3 in)
Playing position :Goalkeeper
Current club :Juventus Number 1
Youth career
1991–1995 Parma
Senior career
1995–2001 :Parma 168game
2001–Now :Juventus 268game
National team
1995–1997 Italy U-21 12game
1997–Now Italy 100game
Posisi nadi utk italy jugak ialah medfield.Antara yg konpem mndapat tempat ialah de rossi,Pirlo,Camonaresi..di ikuti oleh Marchisio,Gatusso,Ambrosini,Perotta dan Montilivo.Fokuskami ialah Daniele De Rossi, Cavaliere Ufficiale OMRI (born 24 July 1983 in Lido di Ostia, Rome) is an Italian World Cup-winning footballer who plays as a midfielder for Serie A club Roma and the Italian national team.

De Rossi is nicknamed by the Roma fans as Capitan Futuro (Future Captain).This is a double entendre for his high probabality as heir-apparent to Francesco Totti's captain armband. This is mainly due to their common Roman heritage and shared dedication to be one club men. He is well noted for his ability to shoot from distance.

Personal information
Full name :Daniele De Rossi
Date of birth :24 July 1983 (1983-07-24) (age 26)
Place of birth :Lido di Ostia, Rome, Italy
Height :1.84 m (6 ft +1/2 in)
Playing position:Midfielder Club information
Current club Roma
Number 16
Youth career
1997–2000 Ostiamare
2000–2003 Roma
Senior career 2001– Now:Roma 211game (25gol)
National team
2001 :Italy U-19 3game
2002 :Italy U-20 4game
2003–2004 :Italy U-21 16 (3gol)
2004–Now :Italy 52game (8gol)
Pilihan anda??hehe..marilah kiter same2 tggu tengok sape yg akan di pilih oleh encik Lippi
selepas kempen menguciwakan Euro 2008 aritu.Ape2 punnn...OlaAzuurrrri Tempe!!!


Wednesday, July 16, 2008

Si bongkak ke Inter Milan


Mourinho kembali lagi!!!tapi kini di Serie A plak.Sebaik beliau dtg ke Inter,semua bekas2 player teringin join beliau di sana.Ini termasuklah lampard,carvalho,drogba dan essien.Tp player yg sedia ade di Inter pun hebat2 belaka.Mourinho pun dulu teringin sgt bekerja dgn Adriano,Zlatan dan lain2 star Argentina yg melambak dlm Inter ni.Aku pun konpius.

Mourinho dtg dgn reputasi tinggi.Sume piala beliau dah menang.tapi kalo ikut kelab,dgn Chelsea dier tak mng Champions League pun.So,nilah target sebenar Inter season ni.Diorang dah menang 3kali serie A berturut2.Mungkin dah jemu dan mula target eropah plak. Mourinho pun terus mencari player2 yg layak utk menggalas tugas ni.Di senaraikan player2 yg di mahukan beliau megikut nafsu serakahnyer..

  • Lampard,Drogba and Essien
  • Safee Sali (ade score gol cantik baru2 ni)
  • Hassan Miskam..(korang ingat tak??)
  • Ervin Boban dan Abas Saad (coaching staff-bancuh air glukosa)

Monday, July 14, 2008

Italy..Lippi bersatu kembali..


Marcelo Lippi sudah pun di lantik menjadi Manager Italy utk sekali lagi.Ini sumenyer di sebabkan si donadoni yg gagal mmbawa italy memenangi double setelah menjuarai Piala Dunia 2006 di German aitu. Ahli panel kami seperti biasa membuat kajian atas kegagalan Italy di euro 2008 bulan lepas.Kita saksikan.

  • Tiadanyer hero2 tua yang dah senja seperti totti,nesta,maldini,inzaghi,cannavaro
  • Pembalasan Tuhan ke atas Materazzi yg buruk perangainyer itu
  • Donadoni yg tiada pengalaman d peringkat antarabangsa sbgi manager
  • Toni???Kegagalan yg amat sbb langsung tak menyerlah spt d bundesliga
  • Kedegilan Italy FA utk melantik Wan Jamak Wan Hassan dan Dollah Salleh sbgi coaching staff italy.Tgkla kesanyer..
Transfer Talk - Johor PG tolak tawaran Van der Sar utk bermain di Piala Malaysia
- Trump bida MyTeam £800 Mil.