Showing posts with label COpa. Show all posts
Showing posts with label COpa. Show all posts

Wednesday, June 13, 2018

Mesir Melawan Uruguay.


Mesir Melawan Uruguay. 

Mesti ramai yang teruja nak menengok aksi Mohammad Salah di pentas dunia selepas beliau menggegar 'scene' bola sepak dengan dahsyat sekali sepanjang musim lepas. Ya, bukan kita sahaja. Malahan Uruguay (baca Fernando Muslera) juga berharap Salah dapat cergas bagi beraksi dan bertempur 'kaki ke kaki' dengan mereka.

Arkib lama menyatakan Uruguay pernah menewaskan Mesir dalam satu-satunya pertembungan mereka pada Ogos 2006 dengan jaringan 2 - 0 di Alexandria. Rekod pertemuan Uruguay dengan pasukan dari Afrika di Piala Dunia juga amat baik (1 menang, 2 seri). Bagi Uruguay tentunya 13 penampilan di Piala Dunia dan menjuarainya sebanyak 2 kali (1930 & 1950) adalah ramuan sedap untuk menewaskan pasukan seperti Mesir.

Selain itu jangan dilupa juga Uruguay mempunyai Cavani dan Suarez. Cavani muncul sebagai penjaring terbanyak peringkat kelayakan dengan 10 gol. Manakala Suarez pula terlibat secara langsung dalam 7 gol daripada 13 yang dijaringkan di Piala Dunia (5 gol, 2 bantuan gol).



Salah jelas adalah tunggak pasukan Mesir apabila dia menjaringkan 5 gol daripada 8 yang telah Mesir lakarkan. Tetapi selain daripada Salah, kepakaran Hector Cuper juga amat ditagih dalam perlawanan pertama ini meskipun aa adalah Piala Dunia yang pertama bagi Cuper. Errrmmmmss...masih segar dalam ingatan kejayaan beliau membawa Mesir ke Perlawanan Akhir Piala Afrika 2017. Mampukah beliau mengejutkan Uruguay pula?

Ramalan: Mesir gagal menang dalam 6 perlawanan terakhir mereka sebelum ini. Ia adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan mungkin membezakan tahap keyakinan kedua pasukan ini. Sementara itu Uruguay pula kelihatan lebih mantap dan berkemampuan muncul pemenang dalam perlawanan ini. Satu gol sudah cukup buat Uruguay mendapat 3 mata dalam perlawanan pertama mereka. Tidak banyak. Mesir 0 - 1 Uruguay.


Friday, January 19, 2018

Piala Dunia 2018: Uruguay.



Piala Dunia 2018: Uruguay.

Nama Uruguay bukanlah asing dalam bola sepak dunia. 13 penampilan Piala Dunia dengan 2 gelaran menjadi sandaran mereka. Mereka juga tidak pernah ketinggalan bermain di Copa America sejak penjenamaan semula kejohanan tersebut pada tahun 1975. Apa lagi yang perlu kita tahu tentang pasukan Uruguay ini menjelang sepak mula Piala Dunia 2018? Di sini aku terangkan beberapa perkara buat pedoman kita semua selaku pencinta bola sepak. Bacalah dengan berlapang dada dan penuh kesederhanaan.


1. Ketika zaman awal tertubuhnya organisasi bola sepak antarabangsa ataupun bersamaan dengan sebelum Perang Dunia Kedua, Uruguay adalah kuasa bola sepak dunia sebenar yang tidak terkalahkan. Malang sekali hari ini dan saat ini mereka bukan lagi kuasa besar, namun masih lagi sebuah lawan yang merbahaya jika tidak diberi perhatian yang serius.

2. Dominasi awal mereka dibuktikan dengan memenangi pingat emas Olimpik pada tahun 1924 dan 1928. Oleh kerana Uruguay adalah pasukan terbaik era mereka, Uruguay telah diberi keistimewaan untuk menganjurkan kejohanan Piala Dunia 1930 yang pertama. Ia juga sempena keraian 100 tahun kemerdekaan mereka. Selain itu juga Uruguay sanggup menanggung segala perbelanjaan pasukan yang bersaing. Tersenyum simpul FIFA dengan perangai murah hati Uruguay masa ni.

3. Malang sekali banyak pasukan dari Eropah memboikot Piala Dunia yang pertama ini dek kerana masalah masa perjalanan yang agak panjang. Kesian betul..masa ni manalah nak ada kapal terbang canggih. Nak merentas Lautan Atlantik menggunakan kapal laut ataupun bot mahunya makan 3 minggu. Hanya Perancis, Yugoslavia, Romania dan Belgium sahaja yang cekal hati bertolak ke Uruguay untuk menyepak bola di Piala Dunia 1930. Piala Dunia kemudiannya tetap diteruskan dengan 13 pasukan secara keseuluruhan turun beraksi. Seperti dijangka juga Uruguay dengan mudah memenangi perlawanan akhir mengatasi Argentina dengan skor 4-2. Sayur.

4.  Oleh masih berkecil hati dengan perangai boikot beberapa pasukan daripada benua Eropah, Uruguay tidak menyertai dua kejohanan Piala Dunia yang berikutnya pada tahun 1934 di Itali dan 1938 di Perancis. Namun begitu mereka kembali dengan penuh bergaya pada tahun 1950 apabila melakukan kejutan paling terbesar dalam sejarah kejohanan dengan menewaskan Brazil di Estadio do Maracana untuk menjulang trofi Piala Dunia mereka yang kedua. Kejayaan ini dikenali sebagai 'Maracanazo'. Fuuuuuh.

5. Pasukan Uruguay pada ketika itu terdiri daripada Juan Schiaffino, Omar Miguez, Victor Andrade, Roque Maspoli di posisi penjaga gol dan si pertahanan Obdulio Varela. Selepas zaman gemilang ini, Uruguay masih lagi berjaya melahirkan pemain seperti Enzo Francescoli pada era 70-an dan juga Alvaro Recoba yang mempunyai statistik PES untuk ketepatan sepakan percuma pada nilai 90. Sedap betul guna Recoba  masa ni kalau ada sepakan percuma.



6. Meskipun mempunyai sejarah cemerlang sekitar tahun 1954 dan 1970, Uruguay akhirnya mengalami zaman kejatuhan mendadak. Pada edisi yang berikutnya Uruguay jarang muncul di pusingan akhir Piala Dunia. Selepas gagal layak ke Piala Dunia 1994 dan 1998, skuad yang dikenali dengan nama Le Celeste ini membuat penampilan di Piala Dunia 2002 Korea/Jepun. Namun mereka tersingkir di peringkat kumpulan apabila menduduki tempat ke-3 kumpulan A di belakang Denmark dan Senegal. Yang tercorot adalah Perancis. Hihi..

7. Sekali lagi Uruguay gagal mara ke Piala Dunia 2006 di Jerman selepas mereka ditumpaskan oleh Australia dalam satu perlawanan 'play-off'. Malang. Pada penampilan ke-11 mereka di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, satu kebangkitan ditunjukkan oleh Uruguay. Ia seolah-olah telah mengembalikan semula era terdahulu mereka apabila berjaya menduduki tempat ke-4. Siapa boleh melupakan sensasi Diego Forlan apabila beliau mengaut pulang anugerah Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan.

8. Kesinambungan ini dicantikkan lagi dengan kehandalan mereka menjulang Copa América pada tahun 2011 di bumi Argentina. Seperti yang kita tahu Uruguay telah menewaskan Paraguay dengan skor 3-0. Bagai seperti yang dijangka oleh semua pihak, secara keseluruhannya Luis Suárez telah terpilih sebagai pemain terbaik Copa América 2011.

9. Namun begitu sejak Copa América 2011, Uruguay telah berjuang untuk mengulangi kecemerlangan mereka di Argentina dan Afrika Selatan. Juara Piala Dunia sebanyak 2 kali ini telah sekali lagi mengalami penurunan prestasi secara mendadak sejak memenangi Copa America 2011. Ciaaaan. Mujur mereka masih mampu layak ke Piala Dunia 2018 dan berjaya menduduki tempat kedua di belakang pasukan Brazil. Ia sekaligus merekodkan penampilan mereka yang ke-13 di Piala Dunia. Hebat. Manakala Edinson Cavani pula muncul sebagai penjaring terbanyak pusingan kelayakan dengan menyumbat 10 gol.




10. Pada pendapat peribadi akulah, kekuatan utama pasukan Uruguay ketika ini adalah barisan serangannya. Si Tuan Jurulatih, Oscar Tabarez akan mempunyai pelbagai pilihan barisan serangan seperti Luis Suarez (Barcelona), Edinson Cavani (PSG), Diego Rolán (Malaga) dan Abel Hernandez (Hull City).

11. Pasukan Uruguay asuhan Oscar Tabarez boleh mengerah yang terbaik daripada Cavani dan Suarez. Walaupun ketika ini mereka bukanlah pada prestasi yang terbaik, tetapi ia masih mampu mendatangkan gusar kepada pertahanan pasukan Russia, Mesir apatah lagi Arab Saudi. Kedua mereka ini adalah wajah utama bola sepak Uruguay untuk tempoh sedekad yang lepas. Duo berbiso ini mempunyai sokongan yang mapan di belakang mereka dengan Diego Codin dan Sebastián Coates mengawal benteng dengan kemas lagi kukuh. Selain Fernando Muslera yang kebal di palang gol.

12. Seperti yang aku cakap tadi, Cavani dan Suarez adalah wajah utama bola sepak Uruguay untuk tempoh sedekad yang lepas. Ini dikuatkan lagi dengan statistik bahawa kedua pemain ini secara berjemaah sudah menjaringkan hampir 90 gol sejak tahun 2007. Tidak hairanlah mereka ini masih boleh dikatakan antara penyerang paling berbahaya dalam kejohanan ini. Cakap-cakap di Uruguay mengatakan mereka berdua ini tidak ubah seperti jelmaan Khalid Jamlus dan V. Saravanan di zaman kemuncaknya. Sama ada betul atau tidak kenyataan ini pun aku tak tahu.

13. Luis Suarez hari ini masih diakui antara penyerang terbaik di dunia. Jika tidak kerana masalah tabiat menggigit sana, mengkokak sini, beliau pasti menjadi calon utama anugerah Ballon d'Or. Lincah, licik menggelecek dan tenang bak anjeng di depan gol serta mampu memberikan impak segera dalam sesuatu perlawanan yang penting. Ini adalah antara senjata merbahaya milik beliau. Memegang status sebagai penjaring terbanyak Uruguay dengan 49 gol, Suarez mungkin akan bermain di sebelah kanan atau kiri dalam sistem serangan 3 serangkai tetapi masih bebas berlegar-legar di atas padang juga persis seekor anjeng.


14. Edinson Cavani pula adalah penyerang yang lasak dan masih bertenaga walaupun pada usia 30 tahun. Cavani sehingga hari ini membuktikan harga perpindahan mahalnya ke PSG adalah logik dan berbaloi. Pada usia sebegini juga masih ada kelab bola sepak elit Eropah yang mahukan tandatangan beliau. Suarez dan Cavani jika kena pada adunan taktikalnya, jika tepat pada tuah harinya akan menjadikan setiap pasukan di dunia ini seperti kelab bola sepak biasa-biasa yang tidak mempunyai penaja dan stadium sendiri. Siapa tahu ini adalah peluang terakhir untuk kita melihat gandingan ini di pentas dunia?

15. Antara lain kekuatan pasukan Uruguay itu sendiri bagi aku ialah jurulatih Oscar Tabarez. Pengalamannya mengawal selia pasukan Uruguay ini sejak tahun 2006 perlu dicemburui oleh Nelo Vingada. Siapa pulak Vingada ni? Adeeeeeeh...

16. Di atas kertas para pengkaji bola sepak tidak bertauliah telah bersepakat yang Uruguay mampu melepasi peringkat kumpulan bersama pasukan tuan rumah, Russia. Sementara itu Arab Saudi akan dijadikan pasukan belasahan dan nasib Mesir pula masih misteri. Itu jangkaan awal di atas kertas statistik. Malangnya bola sepak dimainkan di atas padang dan segala kemungkinan boleh berlaku.

Tuesday, July 1, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Brazil vs Colombia


Prebiu Piala Dunia 2014: Brazil vs Colombia 

Saturday, July 5, 2014 4:00 AM 

Cerita kehebatan Colombia pada Piala Dunia 204 kali ini telah tersebar di seluruh dunia. Kini mereka berjaya ke suku akhir buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Colombia. Kegembiraan ini turut dikongsi oleh Lagenda Colombia, Carlos Valderrama. Komen beliau ketika ditemubual oleh seorang wartawan majalah sukan di gerai berger milik isterinya. 

"Abang ingat lagi masa tahun 1994 dulu ramai yang menjangkakan Colombia akan menang Piala Dunia. Tapi masa tu abang dengan Higuita telah memadam impian seluruh rakyat Colombia. Kami sangat menyesal ketika itu. Abang yakin Piala Dunia 2014 ini, Colombia boleh pergi lebih jauh ke hadapan. Tambahan pula abang perati James Rodríguez ni main sebijik macam abang muda-muda dulu." 

Valderrama juga menambah sebelum menutup gerai berger isterinya hari ini lebih awal dari biasa dek kerana mahu pulang menengok siaran langsung Piala Dunia. 

"Apa yang abang perasan ada kemerosotan ketara dalam corak permainan Brazil ni. Dan sekiranya Colombia berjaya julang Piala Dunia 2014 ini kami akan dedikasikan kejayaan ini khas buat Andreas Escobar." Kata Valderrama lagi sambil mengesat air mata di pipinya akibat tidak dapat menahan sebak. 

Kita sudah lihat bagaimana menggelabahnya Brazil hendak menewaskan Chile. Jika bukan kerana tuah Julio Cesar pada hari tersebut, seluruh Brazil sudah pasti akan kecewa. Neymar, Fred dan Oscar kelihatan hilang punca apabila melihat barisan pemain Chile yang menentukan arah tuju permainan sama ada ingin bertahan ataupun menyerang. Dunia kini sudah tahu yang pasukan Brazil boleh ditewaskan dengan terdedahnya beberapa kelemahan dan kepincangan dalam skuad Scolari ini. Oleh itu setiap pemain Brazil perlu melipatgandakan usaha jika tidak mahu malu di laman sendiri.

Mengikut rekod kedua pasukan telah bertemu sebanyak 25 kali. 15 perlawanan telah dimenangi oleh Brazil dan Colombia hanya merekodkan 2 kejayaan sahaja. Baki 8 lagi perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Manakala rekod jaringan juga lebih berpihak kepada Brazil dengan sejumlah 55 gol telah dijaringkan oleh mereka. Sementara Colombia hanya menyumbat 11 gol sepanjang kedua pasukan ini bertemu.

Sudah tentu rekod silam ini tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur nasib pasukan Colombia pada perlawanan ini. Mereka dengan bergaya menendang bekas Juara Dunia, Uruguay keluar dari pusingan 16 pasukan terbaik. Aksi James Rodríguez pula semakin memikat. 5 gol daripada 4 perlawanan ketika ini meletakkan dirinya selaku pendahulu penjaring terbanyak kejohanan. Pertahanan mereka yang diketuai Mario Yepes juga bermain dengan kemas. Hanya bolos 2 gol sahaja dalam 4 perlawanan. Jika mereka berjaya menewaskan Brazil, sejarah sekali lagi bakal tercipta dengan kemaraan mereka ke peringkat separuh akhir.

Kesimpulannya siapa yang akan memenangi saingan ini?

Brazil sudah pasti akan bermain dengan lebih baik lagi berbanding ketika menewaskan Chile. Namun mereka akan tewas dari segi skil dan kemahiran yang lebih memihak kepada pasukan Colombia. James Rodríguez juga akan menjaringkan gol dalam perlawanan ini sekaligus menghantar Brazil ke lembah kekecewaan.

Pemain Tumpuan Brazil : Neymar Jr.
Pemain Tumpuan Colombia : James Rodríguez
Ramalan : Brazil 2-3 Colombia

Wednesday, October 16, 2013

Kelayakan Piala Dunia 2014



7 lagi pasukan berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Brazil 2014. Kini 21 pasukan dengan rasminya akan bertanding di kejohanan yang berprestij tersebut. Malangnya ia tanpa kehadiran pasukan Harimau Malaya. Sayu rasanya di hati ini. Ada 11 lagi tempat yang perlu direbutkan. Dibawah ini senarai pasukan yang berjaya layak malam tadi dan juga pagi ini.


Russia

Menjuarai kumpulan F dengan mengumpul 22 mata meninggalkan pasukan Portugal di tempat kedua (21 mata). Ini adalah penampilan ke-10 mereka. Kali terakhir muncul pada tahun 2002. Pencapaian terbaik mereka ialah di tempat ke-4 pada tahun 1966.

Bosnia and Herzegovina
Negara yang  merdeka pada tahun 1992 ini berjaya melayakkan diri buat kali pertama dalam Piala Dunia selepas menjuarai kumpulan G. Gol jaringan Vedad Ibisevic telah membawa mereka ke Brazil tahun depan. Walaupun berkongsi jumlah mata dengan pasukan Greece, namum kelebihan jaringan ternyata berpihak kepada mereka (30 gol).

England

Setelah melalui satu kempen yang kurang konsisten, England akhirnya layak apabila menjuarai kumpulan H. Ini memberikan mereka penampilan ke-14 untuk bekas Juara Piala Dunia 1966. 

Spain

Penyandang juara seperti yang diramal berjaya meletakkan diri mereka ke Brazil tahun depan. Penampilan yang ke-14 ini bolehlah dikatakan agak susah untuk direalisasikan kerana mereka terpaksa menunggu sehingga hari yang terakhir.

Chile

Chile layak buat kali kedua berturut-turut  selepas kehadiran mereka yang menggemparkan pada edisi 1998. Pada edisi 2010, pasukan mereka masih muda. Namun kali ini mereka sudah cukup matang dan bersedia memberikan senyuman manis kepada Ivan Zamorano dan Marcelo Salas. 

Ecuador

Ini adalah penampilan yang ketiga untuk Ecuador. Pencapaian terbaik mereka adalah pada tahun 2006 apabila layak ke pusingan-16 pasukan terakhir. Mereka layak setelah hanya mendahului Uruguay dengan perbezaan jaringan sahaja.

Honduras

Ini juga adalah penampilan ketiga buat Honduras. Hanya berjaya menempatkan diri di peringkat kumpulan sahaja pada edisi tahun 1982 dan 2010. Selamat berjaya buat Honduras!!!

  
8 pasukan dari benua Eropah akan diundi dan bermain menentang sesama mereka pada 15 dan 19 November 2013 untuk mencari 4 lagi pasukan yang akan bermain di Brazil tahun depan.
  • Portugal 
  • Greece
  • Croatia
  • Ukraine
  • France
  • Sweden
  • Romania
  • Iceland


Manakala 2 pasukan lagi akan ditentukan peluang mereka seperti dibawah ini,

1st leg: 13–14 Nov 2013
2nd leg: 20 Nov 2013

AFC 5th place vs CONMEBOL 5th place | Jordan vs Uruguay

CONCACAF 4th place v OFC winner | Mexico vs New Zealand

Saturday, October 12, 2013

Kelayakan Piala Dunia 2014

Lukaku


Tanggal 11 Oktober 2013, sebanyak 4 lagi pasukan berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2014. Jerman, Belgium, Switzerland dan Colombia mengiringi  Brazil, Jepun, Australia, Iran, Belanda, Itali, United States, Costa Rica, Korea Selatan serta Argentina.

Belgium kembali menjengah pentas Piala Dunia selepas kali terakhir layak 12 tahun lalu. Dua gol dari Lukaku ketika menewaskan Croatia 2-1 di tempat lawan membuktikan pasukan ini memang berhak berada dalam 'top 5' pasukan pilihan Piala Dunia 2014. Berikut adalah rekod pasukan Belgium dalam kempen Piala Dunia yang lepas.

1st round  - 1930, 1934, 1938, 1954, 1970, 1998
2nd round - 1982, 1990, 1994, 2002
Quater Final - N/A
Semi Final - 1986
Withdrew - 1950
Do Not Qualify - 1958, 1962, 1966, 1974, 1978, 2006, 2010


Seperti yang dijangka, pasukan Jerman juga berjaya menempatkan diri dalam kejohanan ini tahun depan selepas dengan jayanya menewaskan Ireland 3-0 hasil jaringan Sami Khedira, Andre Schurrle dan Mesut Ozil. Apa yang jelas di sini ialah, aksi cemerlang mereka ketika bersama pasukan kelab berjaya diterjemahkan pula apbila turun mewakili pasukan kebangsaan mereka. 

Sementara itu, pasukan Switzerland menjadi negara Eropah ke-5 yang layak ke Piala Dunia 2014 setelah menang 2-1 ke atas Albania hasil gol daripada pemain Bayern Munich Xherdan Shaqiri dan Michael Lang. 

Bagi pasukan Colombia pula, mereka berjaya menjadi pasukan ke-3 dari Amerika Selatan yang layak ke Piala Dunia selepas mengikat pasukan Chile 3-3 dalam satu perlawanan yang penuh dramatik. Pasukan bimbingan Jose Pakerman ini ketinggalan 3 gol pada separuh masa pertama sebelum Teofilo Gutierrez dan Radamel Falcao (2 gol) menyelamatkan pasukan mereka. Berikut adalah senarai 14 pasukan yang telah layak ke Piala Dunia 2014


TEAMCONFEDERATIONLAST APPEARANCEBEST PERFORMANCE
BrazilConmebol2010Winners
ArgentinaConmebol2010Winners
ColombiaConmebol1998Round of 16
NetherlandsUefa2010Runners-up
ItalyUefa2010Winners
BelgiumUefa2002Fourth place
GermanyUefa2010Winners
SwitzerlandUefa2010Quarter-finals
JapanAFC2010Round of 16
AustraliaAFC2010Round of 16
IranAFC2006Group stage
South KoreaAFC2010Fourth place
Costa RicaConcacaf2006Round of 16
USAConcacaf2010Third place

  

Tuesday, March 19, 2013

Kelayakan Piala Dunia 2014

AMERIKA SELATAN
 
 
 
OCEANIA
 
 
 
CONCACAF
 
 
 
EROPAH
 
 
 
ASIA
 

AFRIKA
 



 

Tuesday, January 8, 2013

FIFA 2012 World XI vs Mata Pena Si Hitam XI

FIFA 2012 World XI
 
CASILLAS

DANI ALVES
SERGIO RAMOS
PIQUE
MARCELO

XABI ALONSO
XAVI
INIESTA

MESSI
FALCAO
CRISTIANO RONALDO
 
 
Mata Pena Si Hitam XI
 
Gianluigi Buffon
 
Philipp Lahm
Giorgio Chiellini
Matt Hummels
Jordi Alaba

Yaya Toure
Andrea Pirlo
 
Cristiano Ronaldo
Lionel Messi

Zlatan Ibrahimovic
Radamel Falcao

Tuesday, July 26, 2011

Footballer of the Month:Luis Alberto Suárez



Díaz Luis Alberto Suárez (sebutan Bahasa Sepanyol: [lwiz 'swares]: lahir 24 Januari 1987), biasanya dikenali sebagai Luis Suarez, pemain bola sepak antarabangsa Uruguay yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool sebagai penyerang. Suarez juga bermain untuk pasukan kebangsaan Uruguay. Beliau dikenali sebagai 'El Pistolero' (Gunner). Suarez membesar di Salto bersama-sama dengan enam beradik, dengan seorang ibu tunggal. Pada tahun 2005, beliau memulakan kerjaya profesional di Montevideo untuk kelab Nacional. Abangnya,Paolo Suarez-Nya juga seorang pemain bola sepak profesional.



Dia berpindah ke Belanda untuk kelab Eredivisie iaitu Groningen pada tahun 2006 pada usia 19 tahun, sebelum berpindah ke Ajax pada tahun 2007. Beliau memberikan impak yang besar di kelab Amsterdam sebagai penyerang sokongan dengan penyerang utama yang pada mulanya menjadi Klaas-Jan Huntelaar, kemudian Marko Pantelić, dan kemudian Mounir El Hamdaoui. Berikutan kedatangan pengurus Martin Jol di Ajax dan perpindahan Thomas Vermaelen ke Arsenal pada tahun 2009, Suarez telah dilantik menjadi kapten kelab. Suarez berpindah ke Liverpool dengan harga € 26.5 juta pada bulan Januari 2011, dengan secara rekodnya menjadi pemain kelab yang paling mahal.

 
Pada tahun 2010, Suarez dinamakan sebagai Pemain Belanda Tahunan Terbaik, setelah berakhir musim itu sebagai penjaring terbanyak di Eredivisie dengan 35 gol dalam 33 perlawanan liga (49 gol dalam semua pertandingan). Pada 5 Ogos 2010, Suarez menjadi bapa, dengan isteri yang mempunyai seorang anak perempuan bayi di Barcelona. Juga pada tahun 2010, Suarez menjadi ahli kumpulan pilihan pemain yang mempunyai rekod menjaringkan lebih daripada 100 gol untuk Ajax dalam perlawanan yang kompetitif, menyertai pemain seperti Johan Cruyff, Marco van Basten, Dennis Bergkamp dan Klaas-Jan Huntelaar.  Pada 2011, Suarez menjaringkan empat gol untuk Uruguay memenangi copa América 2011 yang baru berlalu 2 hari yang lepas. Beliaa juga dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan. Saksikan jaringan beliau di Perlawanan Akhir Copa America 2011 bertemu Paraguay dengan keputusan 3-0.












Thursday, July 14, 2011

Copa America 2011 Suku Akhir


Quarter-finals Copa America 2011


Saturday, July 16, 2011

a) Colombia v Peru  at Mario Alberto Kempes Stadium

b) Argentina v Uruguay  at Brigadier Gral. Estanislao López Stadium


Sunday, July 17, 2011

c) Brazil v Paraguay Ciudad de La Plata Stadium

d) Chile v Venezuela Estadio del Bicentenario Stadium

Monday, July 11, 2011

Messi di mana?


ARGENTINA memulakan kempen Copa America dengan dua keputusan seri dan langsung tidak kelihatan seperti pasukan yang mampu menamatkan kemarau kejuaraan dua dekad, tetapi Lionel Messi bertegas mereka akan bangkit dan mara ke suku akhir.


Messi yang dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia sekali lagi terbukti handal sepanjang musim ini ketika menyarung jersi Barcelona, tetapi apabila bersama Argentina, kehebatannya seakan tenggelam dengan pasukan itu sekadar seri ketika menentang Bolivia dan Colombia.

Kegagalan memenangi aksi final berturut-turut ke atas musuh ketat, Brazil, membayangi siri kekecewaan Argentina dalam kempen Copa sejak 1993, dan dengan kejohanan kali ini berlangsung di laman sendiri, tekanan semakin memuncak buat Messi dan rakan sepasukan.

Namun Messi yakin pasukannya mampu bangkit menjelang perlawanan bertemu Costa Rica di Cordoba, hari ini.

“Saya yakin dan bersedia untuk cabaran seterusnya,” kata Messi yang kemampuannya bersama skuad kebangsaan mula dipersoalkan. “Pasukan ini akan layak dan saya berkeyakinan penuh.”

Dalam satu perlawanan persahabatan Mac lalu, Costa Rica mengikat Argentina dengan keputusan seri tanpa jaringan – keputusan yang perlu dielakkan Argentina – andai mahu mara ke suku akhir.

Bekas jurulatih Argentina, Alfio Basile, yang mengendali pasukan itu menjuarai kejohanan 1993, memberitahu: “Satu tragedi jika kami tidak layak ke suku akhir. Tetapi kami mampu memenanginya.”

Basile turut menuntut jurulatih sekarang, Sergio Batista membuat perubahan besar jika dirasakan perlu.

“Saya terfikir untuk menukar sistem,” kata Batista yang mungkin akan menggandingkan Messi dan Gonzalo Higuain, serta memasukkan Sergio Aguero dan Angelo di Maria yang bakal menyaksikan Carlos Tevez dan Ezequiel Lavezzi kembali ke bangku simpanan.

Saksikan esok Argentina vs Costa Rica (Live at 811 and 831 Astro)

*kredit to Sokernet.