Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, May 10, 2013

From Bangladesh With Love: Fiksyen Sukan 1 Malaysia



Aku baru balik dari Bangladesh, barang dalam beg pun belum punggah lagi. Pergi Bangladesh untuk study budaya dan cara kerja warga Bangla ini di sana. Maklumlah makan gaji dalam sektor kerajaan ini lain macam sikit. Kerahan tenaga dia mengalahkan orang kerja cuci bontot kuali. Aku disuruh berjumpa dengan seorang warga Bangladesh bernama Ebraheem Yali yang pernah hidup senang di Malaysia. Dia ini kerjanya sekarang bawa teksi.
 
Mula-mula sampai di lapangan terbang antarabangsa Dhaka, aku dah nampak satu susuk tersengih-sengih dari jauh. Aku syak inilah Ebraheem Yali. Yang bestnya muka dia ni sebijik macam seorang ahli politik yang suka lompat parti di negara aku, Malaysia. Mungkin betul kata orang, "ade 7 individu wajah seiras kita".
 
Masuk dalam teksi, aku terus menyandarkan badan. Punyalah selesa. Tambang teksi yang mahal memang tidak menjadi masalah kerana semuanya ditanggung. Dalam perjalanan, Ebraheem Yali, si pemandu teksi, bertanya tujuan aku bertandang ke Bangladesh. Nak kata balik kampung beraya, macam bukan.
 
"Abang tengok muka hang ni macam kenai ja. Asai mana?"
 
"Johor", aku jawab sepatah, badan pun masih penat.
 
"La awat hang tak habaq awai-awai! Abang pernah mai Kodiang dulu, dekat doploh tahun dah dok kerja cari makan sana. Mesia lagu mana la ni? Madey dok jadi PM lagi ka?"
 
Dalam hati aku berkata, wah fasih betul Bangla ni berbahasa loghat utara. Aku pun menjelaskan satu -persatu perihal politik semasa Malaysia kepada dia. Dia pun terangguk-angguk dan kadangkala terbahak-bahak apabila aku menyebut nama Hishamuddin dan Shabery Chik. Entah kenapa pun aku tak tahulah.
 
Aku pun tanpa melengahkan masa, terus mengajukan soalan pertama aku kepada Ebraheem Yali.
 
"Apa yang kita boleh lakukan dengan 40K orang pendatang Bangladesh? Ke mana harus mereka tujui untuk meneruskan survival mereka di Malaysia yang serba maju itu? Memangkah pun sudah. Nak diserapkan dalam projek mega Barisan Nasional pun belum ada lagi yang sesuai rasaya," panjang lebar aku tanya dia.

"Untuk menjawab persoalan tentang Bangladesh ni, kita perlu berfikir cara Bangladesh." tenang Ebraheem Yali menepis soalan aku tadi walaupun tanpa jawapan jitu. Kini loghat utaranya sudah hilang.
 
"Ramai yang tak tahu bakat Bangla bukan hanya terhad kepada isi minyak, kira harga makanan dan membancuh simen. Bakat kami lebih besar dari itu. Bangla ni kalau kita pupuk dia betul-betul, mereka mampu menggoncang dunia tau."

Aku yang mendengar hanya mampu tersenyum sambil menggeleng-geleng kecil. Masa tu aku terpikir juga, celah mana yang Bangla ni mampu menggoncang dunia? Pakai baju pun petak-petak. Setahu aku kalau Neelofa tu memang betullah mampu menggoncang bukan setakat dunia, malah iman yang rapuh ini pun belum tentu mampu bertahan. (walaupun Neelofa pakai baju petak-petak macam Bangla).
 
"Bukan Neelofa fokus kita. Bangla adakah agenda utama kita,"

Selamber Ebraheem Yali mencelah lamunan aku yang sedang membayangkan Neelofa berbaju kemeja petak tanpa butang. Hebat firasat Bangla ni.

"Abang kalau berbicara memang takkan lari dari topik sukan terutamanya bola sepak. Bukankah elok mempergunakan baka baik dari Bangla untuk kemajuan sukan bola sepak negara kamu tu. Mengikut ranking FIFA tekini pun ranking Bangladesh atas dari Malaysia. Dok gitu?."

"Memanglah bang, tapi abang ada apa-apa idea tak nak merealisasikan cadangan tu?," tanya aku dengan sopan sambil-sambil mengintai jalan raya sekitar Dhaka yang berlobang-lobang. Dalam hati aku..macam Shah Alam.

Lama jugak abang Ebraheem Yali berdiam diri. Diturunkan tingkap kereta. Lalu sebatang rokok Gauloises dikeluarkan dan dia menghulurkan sebatang kepada aku. Aku tolak dengan sopan, tak merokok. Ebraheem Yali geleng kepala dan menyalakan sebatang untuk dirinya.

Asap tembakau hitam Syria bercampur dengan tembakau Turki mencucuk hidung. Macam best, aku kata dalam hati. Aku minta sebatang. Ebraheem Yali sengih macam kambing. Ini rokok Jean Paul Sartre dan Albert Camus, rugi kalau tak try. John Lennon pun hisap menatang ni.

"Apa susah. Kat Malaysia ada macam-macam program 1 Malaysia. BR1M lah, KRIM lah. Apa kata wujudkan saja satu dasar baru. BKB1M"

"Hape tu bang?"

"Bantuan Kahwin Bangla 1 Malaysia. Kahwinkan jejaka kacak Bangla dengan baka-baka comei dari Malaysia. Kalau dapat mek klate macam Neelofa lagik bagus. Nah!! Cukup 40 tahun kemudian, Malaysia sudah boleh main Piala Dunia. Lagipun alang-alang dah kena kencing dengan Soltan Bola 40 tahun, hang tunggulah lagi 40 tahun sebelum menuai benihnya."

Ternyata ilmu abang ni penuh di dada. Aku terharu. Terfikir juga, kalaulah ada menteri bola yang cerdik macam abang Ebraheem Yali ni di Malaysia, aku yakin bolasepak kita pun boleh maju. Ini tidak, semuanya gila jawatan. Baru memang Sukan Sea, Suzuki dah dapat pangkat Datuk. Player pulak main bola sebab nak pakai kereta bukan nasional, lepas tu kahwin dengan artis kat Siam. Apa barang?

Balik nanti aku nak usulkan pada Menteri Sukan yang baru. Kalau Menteri Buih kekal jawatan lagi, pun akan aku cadangkan pada beliau. Maklumlah 40K tu ramai. Boleh bahagi-bahagi ke sukan hoki, kriket. Aku tengok kawasan sekitar. Hujung jalan sana sekumpulan pemuda Bangla sedang melepak hisap rokok sambil main terup. Muzik Hindi dendangan Udit Narayan berkumandang dari mini compo second hand mereka. Sebelah kiri jalan pula tidak ketinggalan juga yang sedang bermain kabadi. Kini satu jek yang terlintas dalam kepala otak aku. EMAS OLIMPIK MALAYSIA yang pertama dalam genggaman.

Tuesday, August 2, 2011

Sudah 9 Bulan

Isteri tersayang dah mengandung 9 bulan. hehehe..skang sedang menanti hari. Mengikut ramalan doktor, lebih kurang 26-28 Ogos 2011 baby kami akan keluar..hehehe.Perasaan pun amat gembira.Yang tak best bila ade kat opis.huh!semua rasa nak lempang jek.Kalau duk umah seronok sentiasa.Kenapala ek...

Raya tahun ni memang best sebab tambah orang baru dlm family kami..hehe..mau collect duit raya bebanyak utk baby keciiik yg kua tu nanti..Hari ini nak pegi opis isteri bukak pose dgn dier.Kami cuti sejak Khamis 28 July 2011.So, melambakla keje isteri saya agaknyer..keje is borrrrring...

Okaylah...dah dekat time ni..lepas asar,berambus teruuuuuuuuuuuuuuuuuuus...ke KLCC..

Thursday, November 18, 2010

K.A.H.W.I.N

Aku semakin hampir mau kahwin..itu saje yg mahu di katekan...huhuhu...

Thursday, January 14, 2010

My Besday and Eniveseri 4th year of us...

Assalammualaikum...13 and 14 januari setiap tahun mmg best.13 adlah besday hadri dan 14 adlah eniveseri hadri dan cik feeza...hehe..tahun ni dpt adiah spek mata ray ban dr cik feeza..bape hargenyer pun taktau .yg penting best..hehe..last year wallet bonia pun aku suke sbb wallet aku dah koyak rabak masa tuh.. Cik feeza membeli sepotong kek dan kami makn di KFC jek..lokasi adlah rahsia..hehehe...besau keknyer...cokelat itam..

Tengah2 nak baca kad yg feeza bagi..tokne plak call and wish besday..syahdunyer..huhu...terima kasih ye...
Inilah rupe kek kami..hehehe...nampak sedap dan menyelerakan..nyam2..laponyer...
Hepi sesangat tahun ni..tahun lepas2 pun hepi..terima kasih banyak kepada semua yg wish ek..
terutamanyer mak,abah,nana,tokne,mokteh sekeluarga...kpd cik feeza...moga impian kite di makbulkan ALLAH...Luv u soooo much...jom makan...










Tuesday, September 8, 2009

Pengalaman pertama..

Ape yg membuatkan kiter happy??

Setelah aku melalui pengalaman pertama ni,baru aku tau banyak perkara yg bole membuatkan aku happy.Sambil aku menaip blog ni di temani klips video gavin rossdale(forever you may run).
kadangkala kiter kena kejar ape yg kiter mau.jgn biarkan ia lari..mungkin inilah kegembiraan yg paling dasyat utk kite..aku dah mengalaminyer..aku dpt sesuatu yg membuatkan aku happy..

Ape yg kiter mau sebenarnyer...??
Ini adlah sesuatu yg aku belum capai lagi..aku blum puas???aku blum dpt ape yg aku mau.
Aku rasa mcm tak logik jek ape yg aku mau ni..aku blum ade pengalaman pertama mendapatkan ape yg aku mau..sampai biler harus menunggu??

Aku sdg tertekan...hehehe...tp aku bersyukur banyak dgn ape yg ade skang ni.cume aku kdg2 takde masa utk diri sendiri dan meggembirakan diri sendiri..i need time..lalu aku pun duduk di bawah pohon yg hanya tinggal ranting ni...tak baiiiiiiiiiiiiik tau..






Tuesday, July 21, 2009

Prison Break Tamat...



Sungguh sedih aku bila siri kegemaran kini sudah tiada lagi.Tak dinafikan Prison Break memberi kesan mendalam dlam hidup aku.Dari gaya botak scofield sampailah aku hampir2 merompak benk.Tp aku mane ade abg dlm penjara.Tak pasal2 aku kena sumbat kat penjara pudu. Antara aksi2 ngeri yg di tiru dari PB ialah...Membotakkan kepala sperti Scofield...Berbisik di telinga rakan "I'm not Michael Scofield...memegang poket selua alang dan masuk bersama2 ke dalam TTL(ala2 T-Bag).. Tapi paling influence adalah menubuhkan pasukan bolasepak yg bernama Penjara Penjara.
Lagik manis team ni mara dgn jayanyer.Layak sampai separuh akhir yg bukanlah target asal kami semua..

Begitulah kesan PB pd aku..maybe jugak pd rakan2 lain..Timeksaih sbb tak jemu2 melayan PB walaupun smpai season 4 citer dier kamin tak mantap.Tp sbgai peminat setia,kiter kena support mereka jgak walaupun dr jauh..
Sepanjang 4 season ni mesti ade watak2 yg meningalkan kesan dlm hati kite..semoga mereka kekal dlm ingatan...huhuhu...sedih2...

Thursday, July 16, 2009

"HapPy Eniveseri"

14hb JULY 2009 adlah eniveseri kami yg ke 3tahun 6 bulan...
Hepi eniveseri kepada kami..
Moga kekal selamanyer...Amiiiiin...



Kek yg d beli oleh Cik Feeza...

Saturday, March 7, 2009

Takziah..

Al-Fatihah buat Zaine bt. Ahmad,bonda kepada Nursyafeeza bt. Mazlan.Beliau telah pergi meninggalkan keluarga tercinta pd 4 Mac 2009 pada usia 51 Tahun.Semoga rohnya di tempatkan di syurga.Amiiiiiiiiiiiiiiiiin..