Dari Kaki Ke Pena Hitam: Berlagak.
Selepas tiga perlawanan
Liga Perdana Inggeris musim, aku rasa sudah sampai masanya untuk Chelsea mula
berlagak. Tiga kemenangan dalam tiga aksi yang amat mantap sudah cukup memberikan senyuman manis
kepada seluruh warga pencinta Chelsea. Dengar khabar seoarang penyokong lama Chelsea yang sudah murtad ke AC Milan turut sedang berkira-kira mahu mendukung Chelsea semula lebih-lebih lagi apabila David Luiz turut kembali ke Stamford Bridge. Bagaikan siri pulang ke gagang bersama-sama gambir dan kapur.
Biarlah apa orang nak kata, detiknya sudah
tiba. Kita berhak dan mampu meneruskan perangai berlagak ini tanpa perlu
bergambar dengan kereta mewah.
Bila sebut tentang kereta
mewah,aku terus teringat kepada pasukan yang sedang hangat dengan hal
pendrive. Khabarnya sudah makin mengarut cerita pendrive ni sekarang.
Sampaikan lipas pun tak percaya dengan perkembangan terkini perihal
pendrive ni.
Mulanya muncul figura
paling agung dari selatan tanah air yang begitu yakin dengan pendrivenya
yang mampu menyelamatkan bola sepak Malaysia. Makanya wujudlah golongan
pengampu yang menganggap ini adalah peluang terbaik untuk perubahan
dalam lanskap bola sepak Malaysia. Habis dikongsinya serata laman maya kenyataan berlagak
panjang lebar pemimpin tersebut. Bila SPRM mintak pendrive tersebut,
dimarahnya pula dengan berkata "Ini pendrive saya, biar saya selesaikan
ikut cara saya". Maka bersoraklah seluruh Malaysia yang yakin perubahan
mampu dilihat dalam tempoh terdekat. Manakala aku pula masih rileeeeeeeks
makan nasik.
Dalam pada waktu yang sama
Exco dalam FAM pun berkecamuk. Mula timbul cerita akan ada yang meletak
jawatan. Dan akan ada individu baru yang menyertai FAM. Sudah ada yang
berbisik seronok yang perjalanan pendrive itu semakin menuju ke sinar
kejayaan. Bukannya terpelosok ke lohong hitam. Namun yang sedapnya ia adalah 'false alarm'. Tengku Bola yang
tidak hadir Mesyuarat Agung pada hari tersebut masih kekal sebagai Presiden FAM tak terkalahkan sehinggalah ke pemilihan seterusnya. Maka harapan kini kian mereput.
Tidak lama kemudian
perjalanan pendrive pun menuju ke tangan KBS. Ya, kementerian yang tidak
perasan 100 juta mereka sudah diselewengkan. Masa ni aku sudah rasa lain macam.
Nak menangis pun ada. Nak mengamuk pun ada.
Menteri KBS pun rileks
mintak masa sehingga hari Jumaat (hari ini) untuk kaji 279 muka surat
isi kandungan pendrive tersebut. Dan jika ada bukti penyelewengan,
beliau sendiri akan serahkan kepada SPRM. Nampak? Kau tak perasan lagi ke kena tipu dengan mereka semua yang berpangkat ni?
Entah apelah nasib kita
sebagai rakyat biasa yang asyik kena tipu oleh pelbagai pihak. Pusing
sana pusing sini. Sampailah mereput bola sepak Malaysia.
Ramalan: Sikit jek aku sempat cerita pasal berlagak. Yang selebihnya cerita kita semua kena tipu.
tatahan tu bila page pengampu dia dok update gambar dia dgn editing tahap cap ayam.
ReplyDeletedahtu tulis panjang2 sape je nak baca kecuali pengampu dia.