“Perlukah Chelsea mula berlagak?”
Satu suara ghaib secara tiba-tiba berbisik merdu di telinga aku yang comel ini. Lebih mendatangkan berahi ialah suara tersebut tak ubah seperti suara Elizabeth Tan yang pelat dalam berbahasa Melayu. Knock knock tok tok.
“Perlukah Chelsea mula beelagak? Disember sudah datang. Tahun baru bakal menjelma.”
Apabila masuk kali kedua, semakin panjang pula bisikan tersebut. Aku yang tengah sedap mengait baju sejuk untuk Raya Krismas yang bakal menjelang segera meninggalkan kerja tersebut. Berdiri. Aku pandang kiri dan kanan. Lalu aku duduk kembali dengan dua kaki disilangkan dan diletak secara kurang ajar di atas meja. Tiada siapa pun yang ada berhampiran aku. Suara siapakah tadi? Berkerut dahi aku memikirkan apekah petanda yang cuba disampaikan oleh sang suara ghaib tersebut. Suara ahli sihir dari Itali ke? Mustahil.
Ya, aku tahu Chelsea adalah pasukan yang tak terkalahkan ketika ini di Liga Perdana Inggeris. Chelsea bukan seperti Manchester United yang masih percaya pada bakat Fellaini yang katanya hanya mempunyai rambut lebat tanpa otak. Chelsea bukan seperti Liverpool yang mempunyai penjaga gol pandir seperti Karius. Bukan juga seperti Manchester City yang membariskan sepasukan sarkis di bahagian pertahanan mereka.
Chelsea adalah pasukan paling ampuh ketika ini. Courtois adalah penjaga gol kelas dunia yang tangkas. Gandingan Luiz dan Cahill semakin mantap. Pemain lain seperti Azpili, Alonso, Moses, Willian, Pedro, Matic, Kante – mendengar nama-nama ini sahaja boleh mmebuatkan telur penyokong Spurs termasuk ke dalam kerandut. Itu belum lagi aku sebut nama Costa dan Harzard. Mahu tercirit dibuatnya.
Menjelang tahun baru dan Raya Krismas ini Chelsea merasakan hanya pasukan Arsenal adalah saingan mereka. Lagipun umum mengetahui pasukan Arsenal adalah juara liga setiap bulan Disember akhir tahun. Jika Arsenal memintas Chelsea pun tidak mengapa. Akhir musim kelak Arsenal tetap hanya mampu menduduki tempat ke-4.
Setakat ini pula Chelsea sudah melalui 9 perlawanan tanpa kalah. Ia sekaligus mengulangi pencapaian pada musim 2007 dan 2005 – ketika Chelsea menjuarai Liga Perdana.
Jadi perlukah Chelsea mula berlagak? Kau pulak rasa macam mana?
Monday, December 12, 2016
Perlukah Chelsea Mula Berlagak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...