Mengikut kajian dari tahun 2012 sehingga 2014, sebuah tempat bernama Liverpool telah mencatatkan rekod seramai 116 orang manusia mati kerana kesalahan pengambilan dadah. Manakala bagi musim 2014/15 pula seramai 278 umat Liverpool dibawa ke Hospital Besar atas masalah dadah dan yang berkaitan dengannya. Ini bersamaan dengan 58 orang dari 100,000 penduduk - yang tertinggi di England. Hanya di Liverpool. Bukan London, bukan Manchester. Hanya di Liverpool. Ini adalah fakta dan bukan cerita rekaan.
Dahulu seorang pujangga tua berjambang kuning dari Gunung Ledang pernah berkata.
"Sebelum game bola jangan sesekali berani isap dadah. Jika isap membawa padah."
Selepas itu si pujangga tua berjambang kuning dari Gunung Ledang ini mengulanginya dalam bahasa Inggeris pula.
"You should not dare to suck the drug before the football game. It is danger."
Cilake jugek dah macam guna google translate pulak. Aku dengar amanat ni pun masa dalam mimpi aku selepas selesai solat Maghrib. Macam nak percaya, macam tidak. Bukannya apa takut jelmaan syaitan pulek. Tetapi selepas menonton sendiri perlawanan antara Liverpool dan Manchester Biru Cair, aku menjadi percaya akan mimpi ini.
Sedara-sedari sekalian, cikebum cikebum, itulah yang dilakukan oleh Ragnar Klavan, Joël Matip, Alberto Moreno dan seorang lagi pertahanan tahap MSSD pasukan Liverpool FC - Alex Arnold. Apakah signifikannya semua ini?
Jika bukan angkara dadah, masakan mereka berperangai khayal melepaskan 5 gol sekaligus tanpa rasa malu. Sepatutnya selepas perlawanan menentang Manchester City hari tu, adalah lebih afdal dilakukan ujian air kencing ke atas mereka berempat ini. Dan kita semua masih ingat apa yang berlaku kepada Mamadou Sakho. Tapayalah kita pergi jauh bercerita tentang masalah taktikal Klop dan kekhilafan sang pengadil. Kad merah mak nenek Mane dan segala hal berkaitannya. Puncanya adalah dadah. Dadah adalah musuh negara. Bukan sahaja di Malaysia, malahan juga England. Bermain bola sepak di bawah pengaruh dadah ni akibatnya sangat buruk. Sebagai contoh pasukan bola sepak Malaysia juga pernah melepaskan 10 gol gaya isap dadah.
Tidak mengapalah. Kita doakan pasukan Liverpool insaf dan segera bertaubat. Mereka pun akan melayan kunjungan Sevilla dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Champions League pada hari Rabu ni nanti. Moga perkara yang baik-baik sahaja mengunjungi Anfield. Amiiiiiiiiiiiiin.
Sementara itu, Alvaro Morata setakat ini sudahpun menjaringkan 3 gol dan 2 bantuan gol dalam 3 penampilannya di Liga Perdana Inggeris. Punyalah power. Okay itu ajek aku nak kabor.
Nota Bola: Jika sesiapa mahukan ulasan mingguan berat sebelah lebih ke arah kem Manchester United, sila ke laman fb Ahmad Arieff Atan. Dia punya pasallah buat aku semangat nak menaip semula secara konsisten. Tapi aku musykil, masa Moyes dengan Van Gaal jaga Manchester United dulu sahabat aku ni lepak mana?
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...