Monday, June 18, 2018

Belgium Melawan Panama

Belgium🇧🇪 Melawan Panama🇵🇦.
11.00 PM (MYT).

Memang agak mengerikan melihat apa yang berlaku kepada Jerman🇩🇪, Brazil🇧🇷 dan juga Argentina🇦🇷. Tetapi inilah nikmat kemuncak bola sepak sebenar. Terima kasih kepada Mexico🇲🇽 Iceland🇮🇸 dan Switzerland🇨🇭.

Bagaimana pula nasib Belgium hari ini? Mampukah Panama pula menunjukkan kepada dunia bahawa mereka juga boleh melakukan kejutan luar akal? Statistik atas kertas semestinya berpihak kepada Belgium. Namun tiada apa yang mustahil dalam bola sepak.

Jika Belgium tidak cepat menjaringkan gol dan terhegeh-hegeh macam Jerman, pastinya Panama akan menghukum mereka. Walaupun begitu aku masih cuba bersikap realistik dengan memilih Belgium untuk menang dalam pertemuan ini. Belgium 4 - 1 Panama.


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...