Sunday, July 1, 2018

Croatia Melawan Denmark

Croatia Melawan Denmark

Croatia mara dari kumpulan yang bolehlah dikatakan maut juga yang terdiri daripada Nigeria, Argentina dan Iceland. Mereka dengan cemerlang menang dalam kesemua perlawanan dan mengumpul 9 mata maksima - sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah penglibatan Croatia di Piala Dunia.

Kini semangat juang pemain Croatia semakin memuncak dan mencanak naik. Skuad kali ini sudah bersedia menyerap roh pasukan emas Croatia 1998 yang berjaya mendapat tempat ketiga ketika itu. Hari ini Rakitic, Modric, Lovren dan Perisic bergabung sedap dengan anak muda seperti Ante Rebic, Mateo Kovacic serta Marcelo Brozovic. Lawan mereka nanti di Nizhny Novgorod Stadium (tempat Croatia menumpaskan Argentina) ialah pasukan Denmark.

Denmark sama seperti Croatia yang mahu mengulangi kehebatan di Piala Dunia 1998 apabila mereka mara sejauh peringkat suku akhir. Sekali lagi Denmark berharap kepada kudrat Christian Eriksen untuk mencorak serangan dan menjaringkan gol untuk mereka. Ya, kepada Eriksen sahajalah mereka berharap. Mungkin sebab ini Denmark hanya mampu merekodkan 2 gol sahaja semasa peringkat kumpulan.

Mengikut kajian rambang, kedua pasukan akan bermain dalam formasi yang sama 4-2-3-1 dengan meletakkan Mario Mandzukic dan Pione Sisto sebagai penyerang tunggal pasukan masing-masing. Pertarungan bahagian tengah akan memperlihatkan berpihak kepada pasukan Croatia. Inilah kunci kejayaan mereka dalam pertemuan ini.

Laluan takdir Croatia di Piala Dunia nampaknya akan berpihak kepada mereka dan dijangka akan mudah menewaskan Denmark. Croatia 3 - 1 Denmark.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...