Sunday, June 24, 2012

Euro 2012 Preview Match 28 Quarterfinal:England vs Italy

MATCH 28 - KIEV OLYMPIC STADIUM, UKRAINE
                                England
v
25/6 2:45*
Italy


Bolasepak glamor bertemu bolasepak rasuah. Kedua pasukan sedang berada dalam prestasi terbaik namun masih belum mampu membuktikan mereka boleh menjadi juara dalam Euro kali ini. England telah mengejutkan ramai pihak apabila mereka menjuarai kumpulan D. Itupun setelah Perancis ditewaskan oleh Sweden. Pada peringkat kumpulan England telah memungut 7 mata hasil daripada 2 kejayaan menewaskan Sweden dan Ukraine serta satu seri menentang Perancis. Tentunya kehadiran semula Rooney sedikit sebanyak membantu usaha England untuk mara lebih jauh lagi dalam kejohanan kali ini. Dengan adanya Rooney maka England sudah mempunyai 3 orang penyerang yang telah menjaringkan gol iaitu termasuk Welbeck dan Caroll. 


Gandingan duo yang berambut 'HEBAT'


Steven Gerard mempamerkan aksi sebenar seorang kapten. Keupayaannya mencipta peluang gol ketika mereka benar-benar memerlukan amat dikagumi. Mengawal bahagian tengah dengan sempurna serta seringkali membuat hantaran silang yang merbahaya merupkan punca kepada kejayaan England setakat ini. Apa yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana hendak memantapkan pertahanan mereka ketika menghadapi sepakan penjuru mahupun percuma. Ini kerana amat jelas ia adalah kelemahan England ketika ini. 


Wayne Rooney menunjukkan kehadirannya pada edisi kali ini dengan menjaringkan gol kemenangan tunggal ketika bertemu Ukraine. Beliau dijangka akan memulakan perlawanan dengan berganding bersama Welbeck. Di samping itu, Young dan Milner yang kurang efektif akan dikekalkan kerana Pakcik Roy mahu memasukkan Walcott dan Chamberlain bagi menyuntik sedikit kelainan sekiranya keadaan mula mendesak England untuk mencari gol. Parker dan Gerrard setakat ini berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Begitu juga dengan Terry dan Lescott yang berjaya memberi perlindungan secukupnya kepada Joe Hart.




Skuad Azzurri layak ke suku akhir dengan berbekalkan satu kemenangan dan dua keputusan seri. Keputusan seperti ini dilihat belum cukup untuk membuktikan mereka adalah antara pencabar utama kejohanan. Balotelli dan Cassano akan berganding semula selepas Di Natale gagal menyerlah ketika diberi peluang beraksi pada pertemuan dengan Ireland. Mereka juga amat bergantung kepada gerakan 'set pieces' untuk mendapatkan gol. Manakala pertahanan mereka beraksi cemerlang di samping aksi tangkas Buffon melindungi gawang Itali.


Gerrard vs Pirlo

Namun apa yang paling dinanti ialah pertembungan antara Pirlo dan Gerrard di bahagian tengah padang. Ia akan menjadi buah mulut setiap peminat bolasepak di seluruh dunia. Kebijaksanaan mereka berdua merencana gerakan buat pasukan masing-masing akan menjadi penentu kepada kejayaan Itali mahupun England. Mereka juga akan memastikan penyerang berbisa Rooney dan Balotelli untuk menghasilkan gol dari gerakan yang mereka cipta. Tetapi saya rasa sedikit nasib dan tuah akan dimiliki England untuk mereka menewaskan Itali. England 2 - Itali 1 (selepas masa tambahan).


ENGLAND

Hart
Johnson, Terry, Lescott, Cole
Milner, Gerrard, Parker, Young
Rooney, Welbeck

ITALY


Buffon
Abate, Barzagli, Bonucci, Balzaretti
De Rossi, Pirlo, Marchisio
Montolivo
Balotelli, Cassano


Barisan kemungkinan ENGLAND vs ITALY


FINAL RESULT : ENGLAND 2 - ITALY 4 (Penalty after 0-0)

Saturday, June 23, 2012

Euro 2012 Preview Match 27 Quarterfinal:Spain vs France

MATCH 27 - DONBASS ARENA, UKRAINE
                                   Spain
v
24/6 2:45*
France


Juara bertahan Sepanyol bertemu pasukan bukan pilihan ketika pra-kejohanan iaitu Perancis. Sememangnya ini boleh dikategorikan sebagai perlawanan agung. Sepanyol seperti dijangka dengan mudah melepasi peringkat kumpulan umpama mengopek kulit pisang...kemas dan cantik. Cuma sedikit meragukan adalah 'tiki-taka football' yang digunakan mereka kadangkala hampir-hampir menjerat diri sendiri. Sebagai contoh ketika bertemu Croatia. Sepanyol seolah-olah tumpul dalam mencari gol kerana begitu asyik bermain hantaran bolasepak sesama mereka. Mereka patut berterima kasih kepada Casillas yang melakukan banyak aksi menyelamatkan gawang gol Sepanyol daripada bolos.


Iniesta =  Penting

Pentingnya Iniesta kepada Sepanyol adalah umpama pentingnya Najib Razak kepada Malaysia. Tiada Iniesta maknanya tewaslah Sepanyol. Setakat ini beliau sedang berada pada tahap terbaiknya. Nampaknya Iniesta sudah bersiap sedia 100% untuk menyekolahkan barisan pemain Les Blues. Ada kemungkinan Del Bosque akan kembali menyenarikan Fabregas sebagai penyerang selepas Torres kelihatan terkial-kial mencari gol untuk pasukan Sepanyol. Menggunakan formasi 4-3-3 sebagai senjata mereka, sudah pasti ia akan menyukarkan Perancis untuk mencuri bola dari kaki pemain Sepanyol.



Spain 1- Croatia 0

Melihat bagaimana Perancis dijinakkan Sweden mencerminkan bahawa mereka bukanlah pasukan yang kebal. Rekod 23 perlawanan tanpa kalah mereka lebur begitu sahaja di hujung kaki Seb Larson dan Zlatan Ibra. Menjelang pertemuan dengan Sepanyol, mereka akan kehilangan khidmat Mexes. Sudah semestinya ia akan memberi kesan yang besar kepada aksi keseluruhan barisan pertahanan Perancis. Sebenarnya bukanlah mahu menidakkan kemampuan barisan pertahanan Perancis, tetapi sudah pasti mereka terutamanya Debuchy akan menghadapi masalah dengan kelincahan Iniesta dan Silva.

Abang Besor dari Arsenal ini penentu masa depan Perancis malam ini.


Les Blues dijangka akan mengekalkan formasi 4-5-1 dengan beberapa perubahan permain akan dilakukan oleh Blanc pada malam ini. Koscielny akan menggantikan Mexes yang menerima penggantungan satu perlawanan. Evra pula akan masuk untuk tempat Clichy bagi menyuntik kelebihan pengalaman di posisi bek kiri. Manakala Jeremy Menez menggantikan Ben Arfa kurang efektif dan Yohan Cabaye akan kembali merampas posisinya daripada M'Villa.

Kesimpulannya di atas kertas Sepanyol kelihatan mempunyai kelebihan berbanding Perancis. Ternyata selepas Perancis tewas kepada Sweden, mereka kelihatan seperti pasukan sederhana sahaja berbanding pada pernulaan kejohanan yang mana seolah-olah Perancis adalah pasukan yang sukar ditewaskan. Dengan Portugis sedang menunggu mereka di separuh akhir, semangat mahu membunuh Cristiano Ronaldo pastinya sedang meluap-luap dalam jiwa setiap pemain Perancis dan Sepanyol. Kedua pasukan akan bertarung sehingga 90 minit sahaja. Kemenangan akan diukir oleh pasukan Sepanyol. Sepanyol 2 - Perancis 0.     




SPAIN

Casillas
Arbeloa, Ramos, Pique, Alba

Busquets, Alonso
Iniesta, Xavi, Silva
Fabregas
FRANCE

Lloris
Debuchy, Koscielny, Rami, Evra

Cabaye, Diarra
Menez, Nasri, RiberyBenzema



Barisan kemungkinan Sepanyol - Perancis


FINAL RESULT: SPAIN 2 - FRANCE 0.

Friday, June 22, 2012

Euro 2012 Preview Match 26 Quarterfinal:Germany vs Greece

MATCH 26 - PGE ARENA, POLAND
                           Germany
v
23/6 2:45*
Greece



Salah satu pasukan pilihan kejohanan, Jerman akan berhadapan dengan Greece yang melakukan kejutan ke atas Russia untuk layak ke suku akhir. Namun Greece akan menghadapi perlawanan ini tanpa aksi kapten yang berinspirasi mereka iaitu Karagounis yang menerima penggantungan perlawanan setelah menerima dua kad kuning. Ini menjadikan misi Greece menewaskan Jerman semakin mustahil. Tetapi seperti yang kita semua tahu, Greece terkenal dalam melakukan kejutan ketika mereka benar-benar terdesak untuk menang.


Mario Gomez memang power!!!!

Sementara itu bagi Jerman pula selepas melepasi halangan kumpulan maut dengan 9 mata maksimum sudah cukup dan jelas membuktikan mereka mampu menewaskan Greece. Pada ketika ini, penjaring terbanyak kejohanan Mario Gomez sedang berada pada tahap terbaiknya. Bayangkan beliau mempunyai 4 cubaan tepat ke arah gol dan 3 daripadanya menerjah jaring. Statistik seperti ini sudah cukup untuk mendatangkan gerun kepada barisan pertahanan Greece.



Dengan tenang Jerman menewaskan Denmark 2-1.


Bagi pasukan Greece pula, barisan pertahanan mereka sudah menunjukkan prestasi yang sangat meningkat. Mereka berjaya mengekang Russia yang gemar bermain secara serangan. Sudah tentu Jerman akan melalui satu tempoh yang menyukarkan pada perlawanan ini. Paling menyerlah adalah penjaga gol kedua Greece yang diberi peluang beraksi iaitu Michalis Sifakis yang mana telah berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos selama 160 minit. Tetapi jurulatih Fernando Santos perlu memberi fokus pada barisan serangan mereka kerana setakat ini penyerang utama mereka Samaras masih tidak menjaringkan gol walaupun bermula sebagai kesebelasan utama dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan.

Bolehkah mereka mengulangi mimpi indah 2004?


Kekentalan barisan pemain Greece akan diuji oleh kemantapan pasukan Jerman yang kelihatan lengkap di setiap posisi. Jerman walaupun sejak beberapa dekat ini melahirkan ramai bakat muda, namun mereka masih ketandusan kejuaraan utama selepas kali terakhir memenangi Euro 1996. Mungkin kini adalah masa yang paling sesuai untuk mereka menghadiahkan kejuaraan buat rakyat Jerman. Setelah Jerman bertarung selama 90 minit menentang Greece, mereka akan berjaya mengatasi pasukan tersebut dengan keputusan Jerman 3 - Greece 0.





GERMANY

Neuer
Boateng, Hummels, Badstuber, Lahm

Khedira, Schweinsteiger
Muller, Ozil, PodolskiGomez
GREECE

Sifakis
To'sidis, Pa'poulos, K Pa'poulos, Tzavelas
 
Katsouranis, Maniatis
Salpingidis, Fotakis, SamarasGekas


Barisan Kemungkinan Jerman - Greece


FINAL RESULT: JERMAN 4 - GREECE 2.

Thursday, June 21, 2012

Euro 2012 Preview Match 25 Quarterfinal:Czech Rep vs Portugal

MATCH 25 - NATIONAL STADIUM, POLAND
               Czech Republic
v
22/6 2:45*
Portugal



Pertemuan ini merupakan ulangan suku akhir Euro 1996 yang mana ketika itu Czech telah melakukan kejutan untuk mara sehingga ke perlawanan akhir namun tewas kepada Jerman. Umpama merealisasikan pepatah dahulu kala "Kalau dah jodoh tidak ke mana", kini mereka dijadualkan bertemu sekali lagi. Pada edisi kali ini, kedua pasukan mempunyai persamaan apabila tewas di perlawanan pembukaan. Namun atas semangat juang tinggi Czech dan Protugal masing-masing memenangi perlawanan kedua dan ketiga peringkat kumpulan seterusnya layak secara merit ke suku akhir.



Pemain-pemain Czech meraikan kejayaan menewaskan Poland sekaligus layak ke suku akhir.

Persiapan Czech untuk berhadapan Portugal sedikit terganggu apabila kapten mereka Rosicky masih dibelenggu kecederaan tendon achilles. Pemain kelab Arsenal yang terlepas perlawanan menentang Poland ini juga telah pulang ke Prague untuk merawat kecederaannya. Tempat beliau diganti oleh Daniel Kolar dan nampaknya dia masih perlu menggatikan Rosicky pada pertemuan menentang Portugal nanti.


Pasukan Czech kali ini lebih banyak bergantung pada gerakan yang dimulakan dari sebelah sayap. Selassie dan Limbersky akan sentiasa naik ke atas untuk membantu Jiracek dan Pilar melakukan serangan serta gerakan mencari gol. Baros dan Kolar pula akan menyerang dari bahagian tengah. Manakala Hubschman dan Plasil akan beraksi di bahagian tengah bertahan. Sementara itu, Kadlec dan Sivoc akan menjadi benteng terakhir bersama-sama Petr Cech bagi memastikan pasukan mereka tidak dibolosi gol.

Pemain Terbaik Dunia Mingguan


Antara pemain yang perlu diberi perhatian untuk pasukan Republic Czech ialah Petr Jiracek. Beliau merupakan wira yang menjaringkan 2 gol secara berturut-turut untuk Czech. Pemain kelab Wolfsburg ini mejaringkan gol pertama yang cantik ketika menewaskan Greece 2-1 dan  beliau kemudiannya menjadi penjaring gol tunggal kemenangan bertemu pasukan tuan rumah Poland. Hasil daripada 2 kejayaan perlawanan ini telah membawa Czech mengemudi kumpulan A sebagai juara.


Adakah ini generasi emas 2012?

Skuad bimbingan Paolo Bento ini merupakan pasukan yang amat liat untuk ditembusi. Tetapi kebimbangan mengenai jentera serangan mereka pada dua aksi peringkat kumpulan terjawab apabila Ronaldo meledak 2 gol ketika menentang Belanda. Aksi Nani dan Postiga juga perlu dipertajamkan jika mereka ingin mengatasi Czech. Manakala bahagian pertahanan pula sangat jelas apabila mereka lemah dalam pertarungan bola di udara. 3 gol yang mereka bolos ialah berpunca dari gerakan bola udara pasukan lawan. Pepe dan Bruno Alves perlu bekerja keras untuk mengelak daripada perkara ini berulang lagi.

Gerakan tanpa bayang dari Ronaldo


Portugal mempunyai kelajuan yang cukup untuk memerangkap Czech terutamanya apabila memiliki Ronaldo dalam pasukan mereka. Begitu juga dengan Czech yang lebih menyerlah dalam gerakan dari bahagian sayap mereka. Dijangka mereka akan mempamerkan corak permainan berhati-hati sambil menunggu bahagian sayap membuat gerakan ke arah gol. Pertarungan ini akan berlansung dalam keadaan penuh dramatik dan sedikit kualiti akan berpihak kepada Portugal untuk memenagi perlawanan ini. Czech 1 - Portugal 2.


CZECH REPUBLIC

Cech
G. Selassie, Sivok, Kadlec, Limbersky 
Hubschman, Plasil
Jiracek, Kolar, Pilar
Baros

PORTUGAL

Rui PatricioJoao Pereira, Alves, Pepe, Coentrao
 
Meireles, Veloso, Moutinho
Nani, Postiga, Ronaldo



Barisan kemungkinan Czech dan Portugal


FINAL RESULT: CZECH 0 - PORTUGAL 1.

Tuesday, June 19, 2012

Euro 2012 Preview Match 23 and 24

MATCH 23 - DONBASS ARENA, UKRAINE
                               England
v
20/6 2:45*
Ukraine


Entah apa tuah yang menimpa pasukan England pun kita tidak tahu. Adakah Pakcik Roy mempunyai mandrem yang maha kuat? Entahlaaaa..tetapi setakat ini tuah sentiasa berpihak kepada mereka. Setiap strategi yang dirancang menjadi. Sesiapa sahaja yang diturunkan Roy mampu memberikan kejayaan kepada mereka. Pertarungan terakhir kumpulan D bertemu Ukraine merupakan kayu pengukur skuad pilihan Roy untuk kali ini. Berita baik adalah kembalinya Wayne Rooney ke dalam kesebelasan England selepas tempoh penggantungannya tamat. Namun ketika Carroll dan Welbeck sedang berada pada prestasi terbaiknya, sudah pasti berita penambahan Rooney ini dianggap satu lagi rahmat. 

Peluang terakhir Ukraine membuktikan sesuatu


Ternyata Ukraine mempunyai skuad yang bersemangat tinggi ditambah pula kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri. Sudah pasti peluang seperti ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mereka. Mereka masih lagi bergantung kepada kuderat Sheva untuk menjaringkan gol walaupun beliau tidak berada pada tahap kecergasan yang baik. Jurulatih Ukraine, Oleh Blokhin ijangka tidak akan mengubah kesebelasan utama mereka. Ukraine akan bermain mati-matian dengan menerapkan taktik serangan sehingga pertahanan mereka akan terdedah pada peluang England untuk menjaringkan gol. Jelas England akan memenangi pertarungan ini kerana bermain untuk seri akan membawa bahaya kepada mereka.Namun sekiranya Ukraine berjaya menjaringkan gol dahulu, maka peluang lebih terbuka untuk mereka. Ramalan...England 2 - Ukraine 1. 

    

Ukraine 0 - France 2

FINAL RESULT: ENGLAND 1 - UKRAINE 0.

MATCH 24 - KIEV OLYMPIC STADIUM, UKRAINE
                                Sweden
v
20/6 2:45*
France

Cuba lagi Sweden

Sweden sepatutnya sudah layak ke suku akhir dengan begitu selesa. Manakan tidak, mereka mendahului lawan dalam kedua-dua perlawanan awal kumpulan D. Mempunyai kelebihan satu gol ketika bertemu Ukraine, namum telah dikejutkan oleh pasukan tuan rumah itu untuk tewas 2-1. Kemudian mereka sekali lagi mendahului pula England 2-1, tetapi akhirnya tewas 3-2. Dengan hanya beharap kepada Ibrahimovic untuk menjaringkan gol, beban itu terlalu berat untuk dipikul oleh beliau secara individu. Berdasarkan rekod, Sweden hanya pernah menang 4 dari 17 perlawanan dan 5 seri menentang Perancis. Menurunkan kesebelasan barisan yang hampir sama sebelum ini, Sweden juga amat tajam dalam gerakan 'set-pieces' dan ia perlu diambil perhatian oleh Perancis. 


Sweden 2 - England 3

Sangat menarik untuk membandingkan skuad Perancis kali ini dengan skuad 2000 kerana keduanya seakan-akan mempunyai persamaan. Namun kali ini Lauren Blanc berjaya membentuk satu skuad yang mantap sehingga mampu mencipta rekod 23 perlawanan tanpa kalah. Dalam pertemuan ini mereka hanya memerlukan satu mata sahaja untuk layak ke suku akhir. Walaupun penyerang utama mereka Benzema masih lagi belum menjaringkan gol, namum pemain-pemain lain seperti Cabaye, Nasri, Jeremy Menez dan Ribery mampu berbuat demikian. Boleh dikatakan Perancis tidak memiliki sebarang masalah untuk menang perlawanan ini kerana mereka akan turun beraksi tanpa tekanan. Perancis 3 - Sweden 1.


FINAL RESULT: SWEDEN 2 - PERANCIS 0.

Monday, June 18, 2012

Euro 2012 Preview Match 21 and 22

MATCH 21 - PGE ARENA, POLAND

Croatia
v
19/6 2:45*

Spain


Croatia berjaya memberikan aksi penuh inspirasi pada kempen Euro kali ini apabila memperolehi satu kemenangan menentang Ireland dan seri ketika bertemu Italy. Namun kali ini mereka akan diuji oleh pasukan Sepanyol yang bukan mudah-mudah alang. Tetapi sekiranya Croatia mampu mengulangi aksi mantap sebelum ini, maka Sepanyol akan mendapat halangan besar untuk layak ke suku akhir. Penyerang tinggi lampai Wolfsburg, Mario Mandzukic merupakan pemain yang perlu diberi perhatian. Dengan bahagian tengah dikemudi oleh Modric, ia sudah pasti dapat menyaingi corak permainan 'tiki-taka' pasukan Sepanyol. Memulakan perlawanan ini sebagai 'underdogs' akan membolehkan Croatia memberikan aksi tanpa tekanan seperti mana yang telah direncanakan oleh jurilatih mereka Slaven Bilic.


Sejauh mana Croatia mampu pergi?

Menjadi pasukan pilihan bukan suatu beban yang mudah untuk dipikul Sepanyol. Mungkin ramai yang mengatakan seri sudah cukup buat Sepanyol, namun itu bukan sifat sebenar mereka yang sentiasa mendambakan kesempurnaan dalam bolasepak. Ketika ini Torres sudah pasti menjadi pilihan utama sebagai penyerang utama selepas mengembalikan aksi cemerlangnya yang dirindui oleh semua peminat Sepanyol.  Kemungkinan besar Torress akan dibantu oleh Santi Carzola dan Juan Mata kerana Del Bosque bercadang ingin merehatkan Iniesta dan Silva. Dengan menyedari hanya kemenangan yang akan menjamin kedua pasukan ini layak ke suku akhir, sudah pasti perlawanan ini akan dipenuhi dengan aksi serang-menyerang yang penuh dramatik. Bakat dari Sepanyol akan mengatasi semangat dari Croatia. Sepanyol 2 - 1 Croatia.



Spain 4 - Ireland 0


MATCH 22 - STADION MIEJSKI (POZNAN), POLAND

Italy
v
19/6 2:45*

Ireland


Gergasi Eropah, Itali akan bertemu Ireland dalam perlawanan diatas kertas yang lebih memihak kepada pasukan Azzuri itu. Juara Dunia 4 kali ini berada pada tangga ketiga kumpulan C dan hanya kemenangan 3 mata sahaja menjamin tempat ke suku akhir sambil berharap perlawanan antara Croatia dan Sepanyol memihak kepada mereka. Andrea Pirlo masih lagi kunci kepada kejayaan Itali setakat ini. Namun sedikit menghampakan adalah barisan serangan mereka yang terdiri daripada Cassano dan Balotelli. Mereka sering gagal menterjemahkan peluang yang dicipta kepada jaringan gol. Sudah semestinya Prandelli perlu melakukan perubahan di barisan hadapan sekiranya mahukan kejayaan berpihak kepada Itali.

Sampai jumpa lagi Ireland

Seperti yang diketahui Ireland sudah pun tersingkir dari kejohanan. Namun penyokong mereka menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi ketika kebanyakan penyokong negara lain sibuk membaling mercun dan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman, 'The Irish Fans' pula berdiri menyanyi sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan kebangsaan mereka. Bagi ketua pasukan Robbie Keane pula, dia akan beraksi pada pentas besar terakhir sebagai dalam kariernya sebagai pemain kebangsaan dan sudah tentu dia tidak mahu tewas dalam pertemuan ini. Tetapi berdasarkan persembahan semasa, Itali dijangka akan mudah menewaskan Ireland. Itali 2 - Rep Ireland 0.


Sunday, June 17, 2012

Euro 2012 Preview Match 19 and 20

MATCH 19 - METALIST STADIUM, UKRAINE
                          Portugal
v
18/6 2:45*
Netherlands


Pening juga hendak meramalkan nasib Belanda pada Euro kali ini. Mereka seolah-olah memilih jalan sukar yang berliku untuk layak ke suku akhir. Sebagai contoh, saya terpaksa menelan kata-kata caci nista terhadap Greece apabila mereka layak ke suku akhir berdasarkan undang-undang 'head-to-head'. Mungkin Belanda masih mempunyai peluang sekiranya berjaya mengalahkan Portugal dengan jaringan yang besar. Manakala turut mengharapkan Denmark ditewaskan Jerman. Selepas itu Belanda, Denmark dan Portugal akan terikat dengan 3 mata dan perbezaan jaringan diperlukan untuk memilih satu slot ke suku akhir bagi menemani Jerman. 


Selamat tinggal????

Portugal pula tidak akan sewenangnya menyerah diri kepada Belanda. Ini kerana mereka juga mahu layak secara merit dan bermaruah. Dengan aksi Ronaldo yang dibawah tahap sebenar, beliau sudah pasti ada sesuatu yang ingin dibuktikan kepada seluruh pengkritiknya yang menyamakan aksi beliau dengan Fakri Saarani. What the??? Walaupun Ronaldo gagal mejaringkan gol setakat ini, skuad Portugal masih mempunyai ramai lagi pemain yang boleh berbuat demikian. Mengikut ramalan pakar bolasepak, Belanda tidak akan mempuyai sebarang peluang untuk layak ke suku akhir walaupun sebesar zahrah. Namun saya memilih sebaliknya. Dengan Belanda terdesak mencari 3 mata, perlawanan ini akan dimenangi oleh Belanda 3 - Portugal 1.

                                                  
          Portugal 3- Denmark 1

                                            
FINAL RESULT: PORTUGAL 2 - BELANDA 1

MATCH 20 - ARENA LVIV, UKRAINE
                         Denmark
v
18/6 2:45*
Germany



Denmark sedang berada pada prestasi terbaik mereka setelah hampir-hampir mengikat seri ketika bertemu Portugal. Mantap bertahan dan mempunyai barisan serangan yang tajam membuktikan mereka adalah pasukan yang matang dan boleh bersaing dengan pasukan kelas 'A' yang lain. Peluang masih ada untuk Denmark mara ke suku akhir sekiranya mereka berjaya mengejutkan Jerman, itupun memerlukan jaringan yang besar. Namun ia tetap bergantung kepada keputusan perlawanan antara Portugal dan Belanda. Sekiranya Portugal menewaskan Belanda, Jerman, Portugal dan Denmark akan terikat dengan 6 mata. Maka perbezaan gol akan diambil kira. Tetapi sekiranya Denmark dan Portugal seri, maka Portugal akan layak ke suku akhir berdasakan rekod pertemuan dengan Denmark yang memihak kepada mereka. Sebab itulah hanya kejayaan 3 mata sahaja yang mampu membantu Denmark ke suku akhir.


Mampukah mereka layak??
Sementara  itu bagi Jerman pula, seri sudah mencukupi bagi mereka, namun saya yakin bukan seri yang mereka cari. Kejayaan menduduki tangga pertama kumpulan B akan membawa mereka bertemu dengan Greece yang menduduki naib juara kumpulan A. Amat sukar untuk menidakkan kebolehan pasukan Jerman ketika ini. Mereka benar-benar berada di landasan tepat untuk menjadi juara. Buat masa ini, kalau ada pun pasukan yang boleh menewaskan mereka adalah Sepanyol. Itu pun belum tentu lagi. Berdasarkan prestasi semasa, Jerman akan mudah menewaskan Denmark dan seterusnya mereka akan menanti siapa wakil kumpulan B yang akan menemani mereka.

Jerman 2 - Belanda 1


FINAL RESULT: JERMAN 2 - DENMARK 1

Euro 2012 Khas: SEPANYOL TAK GENTAR

Wajah-wajah HERO 2012- gambar diambil dari FB seorang rakan (Saffuan Salleh)


Sudah terang lagi bersuluh, ternyata Sepanyol adalah pasukan terpaling mantap dan hebat. Ketika Belanda terkial-kial untuk menewaskan Denmark. Sepanyol pula dengan aksi sebelah mata sahaja menewaskan Ireland 4-0 dan seterusnya menghantar pulang Ireland ke kampung halaman mereka nan permai. Sebelum itu, kita dapat lihat bagaimana bersusah payahnya Itali menghadapi cabaran Sepanyol. Walaupun begitu Sepanyol sudah memberi peluang kepada Itali terlebih dahulu apabila sengaja meletakkan Fabregas yang hebat sebagai penyerang. Namun Itali masih gagal menewaskan Itali.


Torres dan Fabregas bergilir-gilir menjalankan tugas sebagai penyerang yang amat mudah bagaikan makan kacang kuda.


Gambar dibawah ini menceritakan segala-galanya. Dapat dilihat bagaimana bersusah-payah Itali hendak merantai pergerakan hanya seorang pemain Sepanyol. Tetapi mujur Torres bermurah hati dan tidak mahu menghampakan pencinta bolasepak rasuah dari Itali. Beliau dengan sengaja mensia-siakan peluang jaringan gol supaya peminat Itali tidak pulang hampa.


Zapin dari Sepanyol....ewah...


Kini Sepnayol sudah bersedia untuk mengahadapi siapa sahaja di suku akhir. Jika bertemu England, kemungkinan besar Reina akan diturunkan bagi menjaga hati peminat bolasepak England. Namun sekiranya bertemu France, tiga orang pemain dibawah ini akan menjadi pemain pertahanan. Apa ada hal? Kami POWER dan BERHAK ANGKUH!!!

Tiga serangkai Xavi, Iniesta dan Silva


Saturday, June 16, 2012

Euro 2012 Preview Match 17 and 18

MATCH 17 - STADION MIEJSKI (WROCLAW), POLAND
                    Czech Republic
v
17/6 2:45*
Poland



Czech berjaya menghidupkan sisa-sisa peluang layak ke suku akhir selepas menewaskan Greece dalam aksi yang penuh mendebarkan. Kali ini akan berdepan tuan rumah Poland yang menunjukkan prestasi di bawah jangkaan. Czech merupakan pasukan pilihan untuk menewaskan Poland berdasarkan kemampuan mereka menjinakkan Greece sedangkan Poland hanya mampu seri bertemu pasukan tersebut. Ada suatu perkara yang membimbangkan adalah aksi Petr Cech yang seperti sudah kehilangan fokus. Namun diperingkat ini, sudah semestinya Rosicky 'and co' akan mengeluarkan segala pengalaman yang ada untuk mengatasi tuan rumah Poland.

Czech akan mara ke suku akhir

Setakat ini Poland masih tercari-cari kemenangan pertama meskipun mempunyai kelebihan beraksi sebagai tuan rumah. Mereka perlu memenangi perlawanan ini jika ingin menyelamatkan maruah rakyat Poland. Namun berdasarkan prestasi semasa apabila terpaksa berhempas pulas untuk seri dengan Greece dan Russia, perjalanan Poland mungkin tamat di sini sahaja. Barisan pemain muda Poland masih tidak mempunyai kestabilan untuk beraksi pada tahap tekanan tinggi seperti Euro ini. Mungkin dalam masa 2 tahun lagi mereka akan menjadi pesaing di peringkat dunia mahupun Eropah. Selamat jalan diucapkan buat tuan rumah Poland. Dijangkakan perlawanan panas ini berakhir dengan Czech 2 - Poland 0.



FINAL RESULT: CZECH 1 - POLAND 0.

MATCH 18 - NATIONAL STADIUM, POLAND
                                Greece
v
17/6 2:45*
Russia



Sangat jelas Greece masih dihantui generasi emas 2004. Walaupun memiliki semangat juang yang tinggi, namun ia tidak cukup untuk membantu mereka layak ke suku akhir. Penjaga gol Chalkias telah tercedera ketika perlawanan bertemu Czech dan digantikan dengan Sifakis. Selain daripada itu, Greece akan menurunkan barisan pemain yang sama seperti perlawanan kedua tempohari. Mereka akan bermain mati-matian untuk menghidupkan saki baki peluang untuk layak ke suku akhir. Namun kelemahan barisan pertahanan Greece sudah mesti akan dirobek oleh Russia yang terkenal dengan taktik serang balas yang sangat pantas.


Russia akan mengetuai kumpulan A ke suku akhir
Semifinalis Euro 2008 ini mampu pergi lebih jauh lagi dalam edisi kali ini berdasarkan corak permainan yang mereka pamerkan. Russia tidak akan melakukan banyak perubahan unutk pertemuan ini. Malafeev akan ditugaskan mengawal gawang. Ignashevich dan Berezutskiy akan bermain di pertahanan  tengah sambil diapit oleh Zhirkov dan Anyukov. Shirokov dan Arshavin pula akan beraksi di bahagian sayap. Manakala Denisov dan Zyrynov akan mengawal bahagian tengah Russia. Tanggungjawab menjaringkan gol akan diletakkan di bahu penyerang mantap Dzagoev sambil ditemani oleh Kerzhakov. Perlawanan ini akan dilansungkan serentak dengan perlawanan Czech bertemu Poland. Russia dilihat tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengatasi Greece. Mereka akan meduduki tempat pertama kumpulan A setelah menewaskan Greece. Greece 1 - Russia 3.



FINAL RESULT: GREECE 1 - RUSSIA 0.