Saturday, June 30, 2018

Sepanyol Melawan Russia.

Sepanyol Melawan Russia.

16, July 2018.
The Tipsy Pub, Luzhniki.

"Beer Sir?"

"Maaf. Saya tak minum. Bagi saya teh tarik satu kurang mani. Eh, kurang manis."

Pelayan bar tersebut berlalu dengan muka pelik.

"Teh tarik siaaaap!"

Sehelai surat khabar diletak bersebelahan dengan teh tarik yang dipesan.

Aku membelek setiap inci kertas tersebut. Penuh warna merah. Terpampang di dada akhbar dengan tulisan hitam pekat.

"Sepanyol Juara Piala Dunia 2018!!!"

Tangan dikepal erat. Bibir terukir senyum. Dengan nafas tenang aku lega tanda kesyukuran.

Hari ini. 1, July 2018.

Sepanyol adalah pasukan yang paling layak untuk menyingkirkan tuan rumah Russia. Aku tidak mahu bercakap banyak tentang perlawnan ini. Sepanyol dah tentu-tentu akan menang. Sepanyol 4 - 0 Russia.

Friday, June 29, 2018

Perancis Melawan Argentina.


Perancis Melawan Argentina.

Kira-kira 20 tahun yang lalu Perancis berjaya muncul sebagai juara Piala Dunia pada edisi 1998 yang juga ketika itu beraksi sebagai tuan rumah. Nama-nama seperti Zinedine Zidane, Fabien Barthez, Bixente Lizarazu, Emmanuel Petit, Lilian Thuram dan Youri Djorkaeff antaranya menjadi basahan bibir setiap peminat bola sepak ketika itu. Namun selepas 20 tahun kejayaan ini, pasukan Perancis masih kekal hidup dalam kenangan silam. Sendu.

Hari ini mereka akan bertemu Argentina. Dengan barisan pemain yang muda dan penuh harapan. Paul Pogba, Kylian Mbappe, Raphael Varane, N'Golo Kante, Thomas Lemar, Ousmane Dembele, Griezmann dan Penyerang Terbaik Dunia – Giroud sudah bersedia untuk menghantar Messi dan seluruh pasukan La Albiceleste pulang bersama Maradona dan kokain.

Dalam pertemuan ini Perancis adalah pilihan untuk menewaskan Argentina. Selepas melihat aturan pemain Jorge Sampaoli, aksi Mascherano yang huru-hara, Higuain yang tumpul serta keberantungan yang terlampau ke atas Messi – ia adalah kenyataan pahit yang perlu ditelan oleh seluruh bangsa Argentina yang berdarah Malaya.

Ketidakstabilan pasukan Perancis dalam aksi ketika bertemu Denmark dan Australia tidak perlu diulangi. Mereka perlu mengawal bahagian tengah dan pantas dalam melakukan serangan balas seperti Croatia untuk memerangkap Argentina. Jika terlewa barang sejenak, hantaran maut dari Ever Banega kepada Messi pastinya akan membunuh mereka.  Perancis 2 - 1 Argentina.

Uruguay Melawan Portugal




Uruguay Melawan Portugal

Si Juara Eropah, Portugal akan bertemu Uruguay buat pertama kalinya dalam sejarah Piala Dunia. Uruguay hari ini berbangga dengan 3 kemenangan yang mereka perolehi pada peringkat kumpulan. Tiada rekod bolos yang dicatatkan. Ini petanda kurang baik buat Portugal yang bolos 4 gol dalam 3 aksi sebelum ini. Rapuh betul.

Kini seantero dunia berbuih mulut melabelkan perlawanan ini adalah antara Suarez dan Ronaldo. Kenapa tidak? Suarez telah menyumbat 7 gol sepanjang penampilannya di Piala Dunia sejak edisi 2010. Manakala Ronaldo sudah menjaringkan 4 gol di Piala Dunia 2018. Hebat bukan?

Selain daripada itu kita tumpukan perhatian juga kepada penjaga gol Uruguay-Muslera dan juga pertahanan kental-Diego Codin. Mereka berdua secara berjemaah melindungi gawang Uruguay dari dibolosi. Cavani yang masih gagal menjaringkan gol pula ibarat harimau yang terluka. Bila-bila masa sahaja dia bersedia untuk mengganas.

Bagi pihak Portugal mereka mempunyai Rui Patricio yang gemar melakukan aksi menyelamat yang kritikal dan penting di hadapan gol. Manakala bahagian tengah Portugal tenang dikawal oleh Joao Moutinho. Jika Quaresma diberi peluang bermain, bersedialah kita untuk melihat lebih banyak trivela di atas padang nanti.

Tuan-tuan yang dikasihi sekalian. Fokus utama nanti sudah tentulah 'battle of the bastards' antara Pepe dan Suarez. Syaitan Pepe dan Suarez Si Anak Anjeng pastinya menjanjikan aksi, drama dan kelincahan carutan tanpa batas. Layangan kad, gigitan anjeng, makan studs bola akan menjadi hiasan sampingan dalam perlawanan ini. Bersedialah.

Selepas Portugal bersungguh-sungguh menjaringkan gol semasa bertemu Sepanyol, mereka kembali ke fitrah asal seperti Piala Eropah dengan hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja ketika bertemu Maghribi dan Iran. Berbanding Uruguay, persembahan mereka 'meletop' dalam perlawanan terakhir dengan menewaskan pasukan tuan rumah, Russia 3-0. Ini membuktikan barisan serangan mereka sudah mula menemui sentuhan di samping pertahanan Uruguay yang kental tanpa bolos.

Secara peribadi aku berpendapat Uruguay hanya akan berada dalam bahaya sekiranya Suarez dan Cavani menjadi tumpul dan Ronaldo menjadi pemain pertama menjaringkan gol di antara mereka bertiga. Mungkin juga Portugal akan bermain lebih baik jika Uruguay dapat mendahului mereka - keadaan yang sama seperti bertemu Sepanyol.

Pertarungan sengit dengan gusti dan laga keting menjadi penyeri. Mungkin ada pemain yang akan mendapat kad merah. Tamat 90 minit kedua pasukan akan terikat dengan keputusan seri 2-2. Mengheret perlawanan ke masa tambahan seterusnya ke penentuan sepakan penalti. Muslera dan Rui Patricio akan menjadi penentu kejayaan pasukan masing-masing. Akhirnya Portugal yang akan menang sepakan penalti dengan keputusan 4-3.  

Thursday, June 28, 2018

England Melawan Belgium | Panama Melawan Tunisia


England Melawan Belgium | Panama Melawan Tunisia

England dan Belgium yang sudah layak ke pusingan kalah mati akan berlaga keting sesama mereka. England hanya perlukan seri untuk menjuarai kumpulan G berdasarkan kelebihan jaringan. Manakala Belgium pula memerlukan 3 mata penuh untuk mengatasi England.

Sementara itu Panama dan Tunisia yang sudah tersingkir pula akan turun dalam perlawanan melengkapkan jadual. Kesian.

England 2 - 3 Belgium
Panama 0 - 2 Tunisia

Jepun Melawan Poland | Senegal Melawan Colombia

Jepun Melawan Poland

Jepun berpeluang menjadi satu-satunya pasukan Asia yang layak ke pusingan kalah mati sekiranya menewaskan Poland pada malam ini. Berdasarkan rekod silam pula Jepun menang dalam 2 pertemuan ke atas Poland. Mereka menang 5-0 pada tahun 1996 dan 2-0 pada tahun 2002. Jika segalanya berjalan lancar untuk pasukan Jepun, ada kemungkinan mereka sekali lagi akan berjaya merekodkan kemenangan ke atas pasukan Poland.

Poland yang sudah tersingkir berpeluang menjadi pengacau dalam kumpulan H ini. Robert Lewandowski pastinya mahu menamatkan kempen Piala Dunia 2018 ini dengan jaringan gol selepas beliau ketandusan melakukannya dalam 2 perlawanan sebelum ini. Boleh ke tak boleh ni?

Jepun bukanlah pasukan yang gemarkan keputusan seri dan akan memastikan 3 mata menjadi milik mereka. Aku yakin mereka akan mara dan yang akan menanti Jepun nanti ialah England ataupun Belgium. Japan 2 - 1 Poland.

Senegal Melawan Colombia

Senegal dan Colombia adalah dua pasukan yang menghiburkan dalam Piala Dunia 2018 ini. Sedih juga apabila salah satu daripada mereka akan terkorban malam ini.
Kemenangan ataupun seri akan melayakkan Senegal ke peringkat seterusnya. Sekiranya tewas, mereka perlu bergantung kepada keputusan pertemuan antara Jepun dan Poland pula.

Colombia memerlukan 3 mata. Namun seri juga sudah memadai buat Colombia, tetapi mereka berharap pula yang Poland akan menang ke atas Jepun. Rumit nak mampos.

Oleh kerana tikam aku selalu tak tepat, makanya aku memilih kedua pasukan ini akan seri dengan skor Senegal 2-2 Colombia. Lantaklah siapa yang layak pun. Hah!

Wednesday, June 27, 2018

Serbia Melawan Brazil | Switzerland Melawan Costa Rica



Serbia Melawan Brazil

Seri sebenarnya sudah cukup untuk pasukan Brazil. Tetapi lawannya adalah Serbia, pasukan yang kuat fizikalnya serta berdaya saing. Tetapi jika diukur persembahan Serbia ketika menentang Switzerland, masih banyak kelemanhan yang boleh dieksploitasikan oleh pemain-pemain Brazil yang serba samba.

Oleh itu, dengan adil dan realistiknya Brazil dirasakan akan menang dalam perlawanan ini. Serbia 0 - 3 Brazil.

Switzerland Melawan Costa Rica

Switzerland dan Costa Rica akan bertembung buat kali ketiga dalam kejohanan besar yang mana sebelum ini kedua-dua pasukan berhasil merekodkan 1 kemenangan di antara mereka. 

Seperti ada yang tidak kena dengan Costa Rica pada Piala Dunia kali ini selepas mereka beraksi mantap pada 4 tahun lalu di Brazil. Awal pagi nanti, seperti yang diramal oleh seluruh bookie, Costa Rica mungkin akan tewas sekaligus pulang dengan gagal memungut sebarang mata.

Sementara itu pula, Switzerland yang bermain hebat ketika menentang Brazil dan Serbia hendaklah wajib menewaskan Costa Rica. Jika tidak nahaslah jawabnya. Switzerland 2 - 0 Costa Rica

Mexico Sweden | Korea Selatan Jerman




Mexico Melawan Sweden | Korea Selatan Melawan Jerman

Mexico, Sweden dan Jerman semuanya masih berpeluang untuk meloloskan diri ke peringkat seterusnya. Manakala Korea Selatan pula berdepan misi menyelamatkan air muka dan maruah. Bermakna perlawanan terakhir kumpulan F ini dijamin sedap dan mendebarkan. Jangan lupa terpacak depan tivi dengan remote di tangan sebelum jam 10.00 malam.
Dalam antara 3 pasukan tersebut Mexico hanya memerlukan seri sahaja. Sedangkan lawan mereka Sweden turut boleh berpuas hati dengan keputusan seri andainya Jerman tewas kepada Korea Selatan - yang mana agak mustahil berdasarkan prestasi semasa kedua pasukan.

Bagi pertemuan antra Mexico dan Sweden, aku merasakan Mexico mempunyai sedikit kelebihan di barisan serangan kerana pemain seperti Chicharito, Carlos Vela dan Hirving Lozano sangat merbahaya apabila mereka mula bergerak mencari gol. Kepantasan serangan balas yang dimulakan Andres Guardado dan Hector Herrera serta kecekapan Ochoa melakukan aksi menyelamat merupakan antara kunci Mexico telah berjaya dalam 2 perlawanan sebelum ini.

Sweden pula kelihatannya buat masa ini tidak mampu menandingi semangat perjuangan Mexico dan Salma Hayek walaupun mereka berkelebihan dari segi fizikal. Ketika pertemuan dengan Jerman, mereka seolah-olah cepat berpuas hati selepas mendahului perlawanan. Perangai ini perlu diubah segera tambahan pula akan berdepan dengan pasukan se-mobil Mexico.
Nampaknya pasukan Jerman sudah bertaubat. Mereka tidak menggunakan Ozil serta Khedira dan akhirnya menang ke atas Sweden. Menjelang pertemuan dengan Korea Selatan pula aku harap Draxler akan direhatkan. Jika 3 nama ini tidak bermain, Jerman akan mudah menewaskan Korea Selatan. Percayalah.

Mexico 2 - 1 Sweden
Korea Selatan 0 - 3 Jerman

Tuesday, June 26, 2018

Nigeria Melawan Argentina | Iceland Melawan Croatia





Nigeria Melawan Argentina
 
Selepas Nigeria menewaskan Iceland, aku berpendapat Nigeria seolah-olah memberi nyawa kepada Messi dan Argentina. Nyawa yang akan makan tuan. Tuan itu adalah Nigeria sendiri.

Secara peribadi aku hendak sangat menengok Argentina kalah dan mereka bertaubat daripada bergantung harap kepada Messi seorang sahaja. Berambus dari Russia dan mula muhasabah diri serta melakukan pembangunan pemain bola sepak terutamanya untuk posisi penjaga gol. 

Bahagian pertahanan mereka sebenarnya masih mempunyai Mammana, Musacchio, Funes Mori yang sudah biasa berlaga keting dengan pasukan dari Eropah namun tidak dibawa ke Russia. Tapi tulah..Mercado, Tagliafico, Otamendi, Acuna, Salvio, Rojo pun bermain serupa anak anjeng walaupun semuanya beraksi di Eropah. Ini semua mesti salah Jorge Sampaoli. Beliau aku nengok seolah-olah tiada idea dan kering akal taktikal bola sepak. Heh!

Inilah masa terbaik Nigeria untuk membalas dendam dan menewaskan Argentina selepas 4 pertemuan di pentas Piala Dunia sebelum ini (1994, 2002, 2010, 2014) semuanya berpihak kepada La Albiceleste. Prestasi semasa berpihak kepada pasukan Nigeria. Manakala moral pemain Argentina berada pada tahap paling bawah. Nigeria 3 - 2 Argentina.


Iceland Melawan Croatia
 
Aku mungkin antara sebilangan peminat bola sepak yang mahukan Iceland melakukan banyak kejutan dalam Piala Dunia kali ini. Mereka berjaya seri dengan Argentina, tetapi malangnya tewas pula kepada Nigeria. Kini mereka perlu menewaskan Croatia dengan beza gol yang besar dan dalam masa yang sama berharap Argentina menang tipis ke atas Nigeria. Begitulah rumitnya kumpulan maut ini.

Bagi Croatia pula keputusan seri sahaja sudah cukup. Mereka yang sudah layak mungkin akan merehatkan beberapa orang pemain utama. Jadi inilah satu-satunya peluang Iceland untuk mendapatkan 3 mata.

Ilmu bola sepak Gunong Ledang aku merasakan Iceland akan menang perlawanan ini dengan skor Iceland 1 - 0 Croatia. Tetapi ia tidak cukup untuk membawa mereka ke peringkat seterusnya. Nigeria akan mengiringi Croatia untuk ke peringkat 16 pasukan terbaik dari kumpulan D.

Denmark Melawan Perancis


Denmark Melawan Perancis

Menengok kepada pasukan Denmark dan Perancis yang hanya memerlukan seri dalam perlawanan terakhir kumpulan C ini membuatkan aku tersenyum sinis. Tambahan pula kedua pasukan datangnya dari Eropah. Tiba-tiba aku terhidu konspirasi masin. Takpelah, kita lupakan dahulu perihal konspirasi ini.

Megikut rekod FIFA, kedua pasukan ini pernah bertemu 2 kali di pentas Piala Dunia. Perancis menang pada tahun 1998 dengan skor 2-1. Manakala Denmark menewaskan Perancis 2-1 pada edisi Piala Dunia 2002. Untuk laga kali ini pula milik siapa gamaknya?


Perancis ternyata memerlukan kelibat dua orang pemain Chelsea yang handal iaitu Kante dan Giroud untuk memacu mereka pergi jauh dalam Piala Dunia kali ini. Dan mungkin juga malam ini kita akan dapat melihat Nabil Fekir bermain dalam kesebelasan utama menggantikan Antoine Griezmann yang masih terkial-kial di dalam Piala Dunia ini.

Bagi Denmark pula mereka terlalu berharap kepada kehebatan Eriksen dalam menjaringkan gol serta kehandalan Andreas Christensen (pemain Chelsea power) dan Schmeichel untuk menghidar gawang mereka daripada dibolosi.

Rasanya tiada tekanan yang dihadapi oleh kedua pasukan kerana dengan keputusan seri sahaja sudah mampu membawa mereka ke peringkat 16 pasukan terbaik. Raja tilik berpendapat Denmark 1 - 1 Perancis.

Australia Melawan Peru



Australia Melawan Peru
 
Sekali lagi ia menemukan dua pasukan buat pertama kalinya dalam sejarah FIFA. Australia perlu sedar yang mereka perlu segera berhenti bergantung harap kepada sepakan penalti dan Jedinak. Tiga mata juga tidak cukup untuk mereka. Ia perlu disertakan dengan kemenangan besar ke atas pasukan Peru. Boleh atau tidak Australia menjadi pasukan pertama dari Asia yang layak ke pusingan 16 pasukan terbaik pada Piala Dunia 2018 ini?


Malam ini Australia akan turun tanpa kelibat bekas pemain import Negeri Sembilan, Andrew Nabbout yang tercabut bahunya. Tempat beliau akan diganti oleh Tomi Juric. Sementara itu Daniel Arzani mungkin akan menggantikan Robbie Kruse dibahagian sayap kiri selepas cemerlang ketika menentang Denmark.

Sementara itu, Peru pula bukanlah lawan yang mudah. Walaupun masih gagal memungut sebarang mata, mereka tetap berjaya mempamerkan prestasi dan persembahan yang membanggakan. Ini mungkin salah-satu kelebihan mereka dalam perlawanan ini. Tambahan pula mereka akan beraksi tanpa sebarang tekanan berbanding lawan mereka Australia.


Kemungkinan besar Peru akan turun bermain tanpa pemain berpengaruh mereka Jefferson Farfan yang tercedera ketika pertemuan dengan Perancis.

Rumusannya, Australia perlukan 3 mata untuk perlawanan ini dan mara ke pusingan seterusnya. Namun dalam masa yang sama berharap Perancis mampu menewaskan Denmark. Dengan rasa rendah diri aku merasakan Australia akan mendapat 3 mata dalam pertembungan ini. Australia 2 - 1 Peru.

Monday, June 25, 2018

Uruguay Russia | Mesir Arab Saudi

Uruguay Melawan Russia
10.00 PM (MYT)

Berita kejayaan Uruguay dan Russia layak ke pusingan 16 pasukan terbaik sudah terpampang di merata media masa, tidak kira sama ada yang tempatan mahupun antarabangsa. Tak kurang juga ada yang memerli bahawa perlawanan ini akan menjadi hambar dek kerana kedua-dua pasukan sudah pun berada dalam zon yang amat selesa. Jika perlawanan menjadi sengit sekalipun adalah kerana disebabkan kedua pasukan mahu menjadi juara kumpulan A.

Uruguay dan Russia pernah bertemu sebanyak 8 kali sebelum ini. Russia menang 6 daripadanya, Uruguay menang sekali dan seri sekali. Begitulah statistik 'head to head' mereka.

Menjelang laga terakhir peringkat kumpulan ini aku dapat merasakan yang Russia akan bermain dengan lebih baik atas faktor selaku tuan rumah. Rekod jaringan pasukan Russia dengan 8 gol dan hanya bolos 1 gol dalam 2 perlawanan sebelum ini wajar diambil kira.

Tugas sukar menanti Suarez dan Cavani yang kelihatannya masih tidak berapa menyengat sejak Piala Dunia ini bermula. Russia 3 - 1 Uruguay.

Arab Saudi Melawan Mesir.
10.00 PM (MYT)

Aaaaahhhh...tentu sekali ini adalah perlawanan pelengkap jadual. Arab Saudi dan Mesir perlu mencari kemenangan bagi membela maruah mereka di Piala Dunia. Takkanlah nak pulang dengan tangan kosong tanpa kemenangan. Ye tak?

Seluruh dunia bookie berpendapat bahawa kurang tumpuan akan diberikan kepada pertembungan kedua pasukan ini. Namun begitu, berdasarkan keupayaan keseluruhan pasukan, aku yakin Mesir akan pulang dengan 3 mata dan Arab Saudi sekali lagi bernasib malang di Piala Dunia. Arab Saudi 0 - 2 Mesir.


Iran Portugal | Maghribi Sepanyol

Iran Melawan Portugal
Maghribi Melawan Sepanyol.
2.00 AM (MYT)

Terus terang sebenarnya Iran dan Maghribi bermain cemerlang dalam Piala Dunia 2018 ini. Jika mereka berada dalam kumpulan yang sama dengan Jerman, Argentina atau Brazil, sudah tentu pasukan tersebut terkincit kekalahan. Heh!

Iran boleh melakar kejutan paling besar di Piala Dunia sekiranya mereka menang ke atas Portugal awal pagi nanti. Manakala keputusan seri akan memberikan Portugal peluang untuk layak ke peringkat seterusnya. Namun halangan terbesar Iran adalah Ronaldo dan Rui Patricio. Lain daripada itu boleh diabaikan sahaja. Mampukah Ronaldo sekali lagi membawa kejayaan kepada Portugal?

Bagi pasukan Sepanyol pula, tiga mata adalah perkara wajib untuk mereka lunaskan. Sangat tidak patut andai waima satu mata sekalipun dicicirkan oleh Sergio Ramos dan seluruh pasukan Sepanyol. Juara kumpulan menjadi sasaran anak buah Fernando Hierro. Jika tidak, ketiak itamlah jawabnya.

Iran 0 - 1 Portugal
Maghribi 1 - 4 Sepanyol.


Sunday, June 24, 2018

Poland Melawan Colombia.



Poland Melawan Colombia.

Berdasarkan arkib, ini adalah pertembungan kompetitif pertama bagi Poland dan Colombia. Baik Colombia mahupun Poland, kedua mereka memerlukan 3 mata selepas kempunan tewas dalam aksi pertama Kumpulan H. Menang atau pulang.

James Rodriguez mungkin akan turun bermain bagi membantu Radamel Falcao di barisan serangan. Kelibat Juan Cuadrado yang sangat berkesan dalam aksi sebelum ini dengan Jepun juga amat ditagih. Manakala barisan pertahanan mereka nampak boleh diharap dengan kehadiran Yerry Mina (Barcalona) dan Jeison Murillo (Valencia). 

Menarik untuk kita saksikan bagaimana Colombia mahu mengekang kemaraan Lewandowski dan rakan-rakan yang sudah membuak-buak semangatnya untuk menyumbat gol bagi pasukan Poland.
Perlawanan ini rasanya akan berlaku dalam keadaan sengit. Keputusan seri memadai untuk mereka. Poland 1 - 1 Colombia.

Jepun Melawan Senegal


Jepun Melawan Senegal

Jepun dan Senegal menang dalam perlawanan pertama mereka. Jepun berjaya mengejutkan Colombia. Manakala Senegal pula menewaskan Poland. Tiada siapa menjangka kedua pasukan ini berjaya menang dalam laga pertama mereka. Sekiranya salah satu antara mereka mendapat 3 mata malam ini, peluang untuk mara ke pusingan 16 pasukan semakin cerah. 



Sekali lagi tumpuan akan diberikan kepada Shinji Kagawa dan Sadio Mane yang akan memikul amanah negara masing-masing. Namun aku lebih tertarik dengan daya kerja Yuya Osako dan Mbaye Niang dalam aksi sebelum ini. Kedua pemain ini mampu menjadi penentu kejataa kepada pasukan masing-masing.

Jepun adalah pasukan yang paling degil di Asia. Senegal pula berkelebihan dari segi kualiti pemain yang mereka miliki. Jadi, keputusan seri adalah yang paling sesuai untuk mereka. Jepun 2 - 2 Senegal.

England Melawan Panama



England Melawan Panama
 
England dan Panama akan bertemu buat pertama kali dalam sejarah bola sepak mereka. Maknanya tiada statistik bagi 'head-to-head' untuk kedua pasukan. Oleh itu, hanya berdasarkan timbang tara bola sepak mengikut prestasi terkini, England tidak akan berdepan sebarang masalah untuk menewaskan Panama malam ini. Sekaligus mengiringi Belgium untuk ke pusingan seterusnya. 


Malam ini England dijangka akan turun tanpa kelibat Dele Alli yang tercedera ketika perlawanan menentang Tunisia tempohari. Mungkin tempatnya akan diambil alih oleh Loftus Cheek. 



Atau mungkin juga kita akan dapat melihat aksi Rashford dan juga Jamie Vardy. Melihat kualiti pemain yang England miliki berbanding Panama, bolehlah dikatakan mereka akan menang mudah dalam perlawanan ini. England 3 - 0 Panama.


Saturday, June 23, 2018

Belgium Tunisia | Korea Melawan Mexico | Jerman Sweden.

Wahbi Khazri dan Eden Hazard
Belgium Melawan Tunisia
8.00 PM (MYT)

Belgium boleh menempah tiket ke pusingan 16 pasukan terbaik sekiranya mereka menewaskan Tunisia pada aksi malam ini. Pada perlawanan yang lepas, Belgium tidak mengalami sebarang masalah untuk menewaskan Panama dan mereka dijangka sekali lagi akan mendapat laluan mudah dan beroleh 3 mata pada malam ini.

Tunisia pula menganggap perlawanan ini cukup penting. Tiga mata menjadi buruan mereka. Namun ia agak mustahil. Paling tidak pun mereka berharap untuk tidak dimalukan Belgium dengan tewas dalam jumlah gol yang besar.

Belgium dan Tunisia pernah bertemu sebanyak 3 kali sebelum ini. Belgium menang 1 kali, Tunisia juga menang 1 kali dan seri 1 perlawanan. Aksi kedua pasukan dijangka berat sebelah dan tidak kompetitif dek kerana Belgium kelihatan terlalu ampuh jika hendak dibandingkan dengan Tunisia.

Selepas ditenung secara mendalam, aku merasakan Belgium akan menewaskan Tunisia dengan skor 3 - 0. Belgium 3 - 0 Tunisia.

Son dan Chicharito

Korea Selatan Melawan Mexico
11.00 PM (MYT)

"Bangkitlah Son!"

Seperti Messi dan Ronaldo, Son Heung Min juga memikul amanah seluruh umat Korea Selatan dalam Piala Dunia ini. Beliau mengakui kegagalan Korea Selatan dalam perlawanan pertama adalah berpunca daripadanya. Steady dan berani. Mampukah Son mengubah nasib Korea dalam perlawanan kedua ini?

Mexico pula pada ketika ini berada dalam prestasi terbaik mereka selepas berjaya menewaskan Jerman dengan penuh bergaya. Sekiranya barisan serangan pasukan Mexico yang diketuai oleh Chicharito tidak mensia-siakan peluang di hadapan gol, pasukan El Tricolor ini akan muncul pemenang dan pemungut 3 mata dalam pertembungan yang dijangka sengit ini.

Rumusannya aku berpendapat yang pasukan Korea Selatan akan cuba membawa perlawanan ini ke satu tahap yang lebih tinggi. Namun perjuangan mereka akan ditamatkan oleh Mexico dengan 2 gol tanpa balas. Korea Selatan 0 - 2 Mexico.

Toni Kroos dan Emil Frosberg
Jerman Melawan Sweden.
2.00 AM (MYT)

Khedira yang bermain bola serupa berok semasa bertemu Mexico masih sempat mentertawakan netizen yang berseloroh tentang penempahan tiket kapal terbang awal Jerman selepas mereka tewas kepada Mexico tempohari. Manakala bekas lagenda Jerman, Miroslav Klose pula mengatakan tekanan hanya akan membuatkan pasukan Jerman menjadi semakin kuat. Heh! Takpe..kita tunggu dan nengok sahaja apa akan jadi kepada mereka apabila bertemu Sweden nanti.

Sweden pula sudah pasti akan berusaha untuk mengambil kesempatan ke atas kerapuhan barisan pertahanan Jerman. Mereka akan turun tanpa tekanan dan ini merupakan kelebihan awal buat anak buah Janne Anderson.

Emil Forsberg (RB Leipzig), Ludwig Augustinsson (Werder Bremen), Albin Ekdal (Hamburger SV), dan Marcus Berg (bekas pemain Hamburger SV) pastinya akan menggunakan pengalaman mereka beraksi di Liga Jerman untuk menyaingi barisan pemain terkemuka pasukan Jerman.

Berdasarkan persembahan semasa, aku memilih Sweden untuk menang dalam perlawanan ini dan seterunya layak ke pusingan 16 pasukan terbaik. Pesta gol akan berlaku. Jerman 2 - 3 Sweden.

Friday, June 22, 2018

Brazil Costa Rica | Nigeria Iceland | Serbia Switzerland

Brazil  Melawan  Costa Rica
8.00PM MYT

Ramai yang berkata Piala Dunia akan hambar tanpa Brazil. Apabila Brazil ada dan tidak menang malahan terkial-kial beradu tenaga dengan Switzerland, orang yang sama jugalah yang mentertawakan Brazil. Kesian.

Malam ini Brazil akan mengadap Costa Rica - pasukan yang tewas kepada Serbia dalam pertama. Mengikut rekod ini adalah pertemuan ke-3 bagi kedua pasukan di pentas Piala Dunia. Semuanya berpihak kepada Brazil - Piala Dunia 1990 (1-0), 2002 (5-2).

Seperti biasa memang tak logik jika Brazil tewas kepada Costa Rica. Mereka dijangka akan menang selesa ke atas pasukan asuhan Oscar Ramirez dengan skor Brazil 2 - 0 Costa Rica.






Nigeria  Melawan  Iceland
11.00PM MYT

Sudah terang lagi bersuluh, pasukan Iceland bukanlah pasukan bola sepak biasa-biasa. Kalau biasa-biasa, elok sahaja panggil mereka Argentina.

Perlawanan sebelum ini Iceland berjaya mengikat Argentina dengan keputusan seri. Dari segi teknikal dan taktikal pasukan Iceland sudah banyak meningkat. Menjelang pertemuan dengan Nigeria, mereka mula disebut-sebua bakal memungut 3 mata.

Nigeria perlu lebih berhati-hati kerana lawan mereka Iceland adalah pasukan yang kuat berdaya saing dan tidak mengenal erti lelah. Jadi, dalam perlawanan ini Nigeria rasanya akan tewas tipis dengan skor Nigeria 0 - 1 Iceland.

Serbia  Melawan  Switzerland
2.00AM MYT

Selepas perlawanan pertama, susah untuk aku memilih pasukan mana yang akan muncul pemenang dalam petemuan kedua pasukan ini. Oleh itu secara ringkas satu keputusan seri yang adil untuk mereka. Serbia 1 - 1 Switzerland.

Wednesday, June 20, 2018

Portugal Maghribi | Uruguay Arab Saudi | Iran Sepanyol

Portugal🇵🇹 Melawan Maghribi🇲🇦.
8.00PM (MYT)

Jika persembahan perlawanan pertama diambil kira, Portugal dijangka akan mudah menewaskan Maghribi. Ditambah pula dengan prestasi Cristiano Ronaldo yang sedang memuncak, Portugal ternyata adalah pasukan yang lebih berhak mendapat 3 mata. Ia sekaligus akan mencerahkan peluang mereka ke peringkat seterusnya.

Sejujurnya aku tidak nampak apa kelebihan Magribi untuk mengatasi pasukan Portugal. Oleh itu dengan nafas turun naik aku memilih Portugal untuk menang dalam perlawanan ini. Portugal 3 - 0 Maghribi.

Uruguay🇺🇾 Melawan Arab Saudi🇸🇦
11.00PM (MYT)

Piala Dunia 2010 menyaksikan Suarez menahan bola dengan tangan untuk menyelamatkan pasukannya. Empat tahun lepas di Brazil, dia menggigit Chiellini. Adakah Piala Dunia 2018 ini Suarez akan membawa basikal secara lepas tangan dan masuk ke dalam padang lalu melanggar semua pemain lawan? Aaaahhhh..mungkin juga ia akan berlaku. Ini kerana gila Suarez amat sukar dijangka.

Benci macam mana pun kepada Suarez, aku terpaksa redha yang perjuangan Arab Saudi akan tamat pada malam ini. Mereka akan menjadi pasukan ketiga dari delegasi negara IOC selepas Mesir dan Maghribi yang akan pulang awal. Uruguay 2 - 0 Arab Saudi.

Iran🇮🇷 Melawan Sepanyol🇪🇸.
2.00AM (MYT)

Setiap yang baik pasti akan tamat juga akhirnya. Itulah yang akan berlaku kepada pasukan Iran apabila bertemu Sepanyol. Dari segi kemampuan pasukan dan pemain, Iran kelihatan ketinggalan kepada Sepanyol dari segenap aspek. Entah apa strategi yang Carlos Queiroz gunakan untuk menahan kemaraan pasukan Sepnyol nanti.

Sepanyol adalah pasukan TERBAIK di muka bumi. Mereka adalah calon utama pilihan aku untuk menjadi JUARA PIALA DUNIA 2018. Oleh itu, dengan penuh keyakinan aku merasakan Sepnyol akan menang selesa ke atas Iran. Iran 0 - 4 Sepanyol.


Tuesday, June 19, 2018

Poland Melawan Senegal

Poland🇵🇱 Melawan Senegal🇸🇳
11.00PM (MYT).

Dari Tangkak ke Bahau membawa ke Cherating semuanya heboh memperkatakan tentang siapakah yang lebih hebat antara Sadio Mané dan Robert Lewandowski. Dek kerana ini adalah pertemuan sulung kedua pasukan ini, ramai yang masih keliru hendak memilih sama ada Mane ataupun Lewandowski yang akan menyerlah.

Lewandowski sekali lagi menjadi penjaring terbanyak Bundesliga buat kali ketiga apabila menjaringkan 29 gol dalam 41 perlawanan. Beliau juga menjaringkan 16 gol dalam 10 aksi kelayakan ke Piala Dunia Rusia 2018. Katanya beliau sudah berikrar untuk melupakan kegagalannya di Piala Eropah 2016 apabila hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja.

Mane juga tidak kurang hebatnya, 10 gol di Champions League termasuk di perlawanan akhir menjadi ukuran kemampuannya menjelang laga kedua pasukan malam ini. Dengan asuhan Aliou Cisse, Mane dan seluruh skuad Senegal pastinya berkobar-kobar mahu mengulangi saat manis Piala Dunia 2002.

Jadi, untuk perlawanan ini aku memilih Senegal untuk menang tipis. Inilah masa terbaik buat Diafra Sakho, Idrissa Gueye, Cheikh Kouyate, Keita Balde, Mame Diouf dan Mbaye Niang mengukir sejarah baru buat bola sepak Senegal. Poland 2 - 3 Senegal.


Colombia Melawan Jepun

Colombia🇨🇴 Melawan Jepun🇯🇵.
8.00PM (MYT).

Akhirnya tiba giliran Colombia beraksi - pasukan paling menghiburkan di Piala Dunia 2014.   Bezanya tahun ini kita berpeluang melihat aksi bekas penyerang Chelsea, Radamel Falcao. Beliau akan dibantu oleh James Rodriguez. Kebetulan juga James dan Falcao berada pada prestasi terbaik musim lepas. Selain mereka berdua Davinson Sánchez juga akan menjadi pemain penting dalam pertemuan ini.

Jepun pula masih mengharapkan magis daripada Shinji Kagawa dan pengalaman Keisuke Honda untuk memacu kempen Piala Dunia mereka. 4 tahun lepas Jepun pulang dari Brazil dengan tanpa pungutan mata. Kesian.

Berdasarkan rekod Colombia berjaya menewaskan Jepun 4-1 di Piala Dunia 2014. Dan malam ini sekali lagi ia akan berpihak kepada pasukan Colombia. Colombia 2 - 0 Jepun.