Friday, December 16, 2011

Rombak lagi???


Ade yg menggelar beliau Bapa Pembangunan Bolasepak

FAM oh FAM..kenapa kurangkan lagi team dlam liga super musim depan?semua sedia maklum memang FAM suka rombak struktur liga.Macam mane nak naik kan KELAS liga M kalo team dalam liga semakin berkurang?adekah semua orang2 dlam FAM tak pernah study?

Apa faedahnya bila bilangan team dikurangkan?betolkah bila banyak game dlam semusim,sesebuah pasukan itu akan keletihan bila akhir musim?Team2 negeri dlam liga M (tak semua) mesti bergembira dgn pengurangan ini sebab alasan "pemain kami keletihan" apabila kalah sering disuarakan segelintir jurulatih. Kalau taknak keletihan,sesebuah pasukan mesti mempunyai skuad yg besar.Jika nak mempunyai skuad yang besar,pasukan negeri mesti ade akademi bola dalam setiap peringkat umur.Untuk menubuhkan akademi bolasepak yg mantap dan menghasilkan produk2 yg 'berguna' memerlukan pengurusan yang MAHA hebat dan rajin. So?sape yg salah?
   
My Team - kenapa berhenti?

Berikut adalah jumlah pasukan yg pernah beraksi dlam Liga Perdana/Super.


1982-1984 16 pasukan
1985 17 pasukan
1986-1987 16 pasukan
1988 17 pasukan
1989 9 pasukan
1990-1993 10 pasukan
1994 16 pasukan
1995-1997 15 pasukan
1998 12 pasukan
1999 10 pasukan
2000-2001 12 pasukan
2002 14 pasukan
2003 13 pasukan
2004-2006 8 pasukan
2007-2008 13 pasukan
2009-2011 14 pasukan

Jumlah pasukan juga sering berubah-ubah. Pada 2004, perubahan drastik dilakukan oleh FAM dengan membenarkan hanya 8 pasukan bertanding di Liga Super. Manakala 16 lagi pasukan bersaing di Liga Perdana yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Selepas tiga musim FAM sekali lagi mengubah jumlah pasukan kepada 13 pasukan. Pada musim 2008, FIFA mengkritik format liga yang digunakan FAM. FAM menerima kritikan tersebut dan mereka menambah jumlah pasukan kepada 14 pasukan.

Kesimpulannya...kalau 'Kepala' diatas pun sering pening dan tunggang-langgang,macamane yg di bawah ni nak berjalan dengan betol? Semenjak beliau menjadi Presiden FAM pada 1984, kita tidak pernah layak ke sukan olimpik pun sejak 1984-2012(1980 last layak tapi boikot). Manakala Piala Asia pula, kita gagal layak sejak 1984-2010(2007 layak sebab tuan rumah). Takmau sembang pasal Suzuki Cup/Sukan Sea ye...sebabnya kita mesti ade target yg lebih tinggi. Kalau setakat syok sendiri dgn liga M kita,tukar format setiap tahun (konon tunjuk concern laaaa) lebih baik suruh orang lain yg layak jadi pemimpin.

Orang2 sukan yg bijak pandai ni biasenya akan cepat dicantas ataupun diorang sendiri malas nak layan karenah manusia2 pelik dalam FAM ni. Kalau bijak sikit besuara dlam atau lua FAM mesti kena 'pancung'. Dan terbaru, Tan Sri Anuar Musa. Berapa lamakah dia akan bertahan dgn visi beliau dalam FAM ni?

Jawatan Sepanjang Hayat = Presiden FAM Sultan Haji Ahmad Shah 1984-....?

Perlukah lelaki seperti ini menjadi Presiden FAM - gambar hiasan..hehehehe-


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...