Thursday, December 1, 2011

R.Surendran & Famirul Asraf

Surendran a/l Rasiah
Kembali ke pangkuan Selangor
Pemain yg berumur 29 tahun kelahiran Perak ini adalah bekas pemain Selangor pada musim 2009 dan 2010. Beliau menjaringkan 22 gol untuk Selangor dlm 2 musim tersebut. Pada 2011 beliau berhijrah ke Pahang. Namun masalah kecederaan turut menghantuinya. Selepas itu, Kelantan mendapatkan khidmat beliau sbg pemain pinjaman utk aksi Piala Malaysia. Satu perkara yg merisaukan adalah masalah kecederaan beliau yg seringkal berulang akan membantutkan usaha Selangor untuk mendapatkan lebih piala musim ini.

Famirul Asraf bin Sayuti

Pemain yg berasal dari Kelantan ini baru sahaja berusia 22 tahun pada 17 November yg lalu. Beraksi mantap sehingga menarik perhatian Dollah Salleh sepanjang 2 musim bersama skuad Pahang. Famirul Asyraf Sayuti juga turut disenaraikan dalam 29 pelatih yang membarisi skuad negara menghadapi kelab bola sepak EPL, Chelsea pada 21 Julai lepas.

Gol Famirul ketika Pahang tewas 3-2 kepada Selangor musim 2011

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...