Kemeriahan BPL Bukan Untuk Ballon d'or.
Ayda Jebat dengan bibir nipisnya pernah bersenandung di dalam lagu dengan nada kelam kabut:
"Jaaaangan-jaaaangan kau terburu-buruuuu. Jaaaaaangan-jaaaaangan pandai menghukumku..Tunggu..Jangan cepat nak laywbewl ku..."
Begitulah juga bagi sesetengah peminat bola sepak di Malaya yang melabelkan Liga Perdana Inggeris (BPL) adalah yang terbaik di muka bumi. Mungkin ada benarnya kerana ia tidaklah dimonopoli oleh sesebuah kelab sahaja. Sebagai contoh di Sepanyol ia adalah pertembungan antara Real Madrid dan Barcelona. Cuma akhir-akhir ini sahaja Atletico Madrid mula mencuri peluang menyelit di antara dua kelab El Classico itu. Di Jerman kita ada Bayern Munich dan Borussia Dortmund. Di Perancis pula dikuasai oleh Paris Saint Germain. Cuma di Serie A buat masa ini ia akan menyedihkan sedikit dengan pelbagai isu yang melanda liga di negara tersebut. Yang itu kita kena kaji dikesempatan yang lain pula.
Bagi aku pula secara kasarnya Liga Perdana Inggeris musim ini adalah antara musim yang terbaik pernah aku saksikan sepanjang usia 32 tahun aku. Selain daripada keterjunaman pasukan Chelsea ke lembah kehinaan, aksi terumbang-ambing pemain Liverpool untuk memahami gegenpressing serta Van Gaal yang ghout. Kita juga disajikan dengan persembahan mantap beberapa pasukan yang selama ini 'bawah hanjeng'. Antaranya West Ham, Leicester City, Crystal Palace dan Watford. Selain itu ada antara penyerang handalan dunia semakin tumpul di hadapan gol. Manakala penyerang tidak popular mula mencuri tumpuan dan mungkin juga tempat ke Piala Eropah 2016 bersama pasukan negara masing-masing. Inilah warna-warni BPL yang bukannya dimonopoli oleh satu atau dua pasukan sahaja bagi setiap musim.
Pertengahan minggu ini kita akan disajikan dengan beberapa pertembungan menarik. Antaranya ialah perlawanan melibatkan Newcastle dan Manchester United. Pada laga pertama kedua pasukan ini hanya mampu seri tanpa jaringan. Berdasarkan rekod, Manchester United hanya tewas sekali sahaja dalam 12 pertemuan terakhir di St. James' Park. Mungkin statistik awal ini mampu menambah keyakinan kepada pemuja Syaitan Merah di serata alam yang semakin membenci Van Gaal. Boring juga sebenarnya bila The Red Devils mula bercakap pasal pengurus imaginasi mereka setiap minggu. Pada hal Val Gaal itu adalah jodoh dari syurga buat Manchester United. Kencing manis lembam macam pun dia adalah pengurus semasa yang perlu diberi sokongan. Lainlah kalau Rafa Benitez. Itu lain ceritanya.
Manchester City pula akan mengadap Everton sekali lagi selepas tewas dalam aksi Piala Carling minggu lepas. Jika diperhatikan secara mendalam semacam ada yang tidak kena pada barisan pertahanan pasukan Manchester City selepas ketiadaan Kompany. Ingin saya tegaskan nama-nama seperti Otamendi, Mangala mahupun Demichelis masih tidak mendatangkan gerun kepada barsian penyerang yang bermain di BPL.
Keberantungan City kepada Aguero untuk menyumbat gol bagi pasukan mereka juga kadangkala mengehadkan peluang bagi pemain lain untuk menyerlah. Tetapi City sepatutnya tidak perlu panik serupa minah rempit share berita pasal makwe kena culik dekat facebook. Ini kerana dengan barisan pemain yang mereka miliki sebenarnya tiga mata boleh menjadi milik mereka. Cuma suka aku mengingatkan bahawa Everton masih pasukan yang terbaik di Liverpool. Ini fakta yang tidak boleh kita semua sangkal lagi. Tidak percaya? Bandingkan sahaja statistik antara Lukaku dengan Lewanbenteke. Hah? Nampak tak?
Di Anfield pula akan berlangsung pertemuan antara Liverpool dan pendahulu liga, Arsenal. Bagi The Kops ia merupakan bala yang datang secara bertimpa-timpa. Ini kerana Liverpool terpaksa menentang Arsenal dalam keadaan pasukan mereka berdepan dengan masalah kecederaan pemain pada tahap nazak. Ya, walaupun Arsenal turut menghidapi sindrom yang sama, tertapi ia tidaklah seteruk yang sedang dialami oleh Liverpool. Terbaru ia melibatkan Coutinho dan Lovren. Mereka berdua ini menyertai senarai panjang pemain yang sedang cedera di Liverpool - Origi, Sturridge, Henderson, Ings, Skrtel dan Sakho (sekadar menyebut beberapa sahaja).
Menengok kepada prestasi semasa pasukan Arsenal ini menjadikan aku berasa bangga dengan si tua Wenger. Wenger membuktikan dirinya masih relevan di Arsenal dan juga BPL. Sekurang-kurangnya selepas BPL kehilangan Alex Ferguson dan Mourinho, kita masih mampu menatap wajah tua Wenger setiap minggu. Secara peribadi aku masih belum nampak kredibiliti pengurus lain untuk menghiburkan kancah BPL. Dulu aku ingatkan Moyes boleh jadi modal hiburan. Namun jodohnya dengan BPL tidak panjang. Ciaaaan..
Perlawanan terkhir untuk aksi ke-21 ini adalah antara Spurs dan Leicester. Jika Spurs menang, maka mereka akan menghampiri Arsenal. Jika Leicester menang pula, maka Arsenal tidak akan semakin selesa di persada liga. Tidak dapat dipastikan sama ada Jamie Vardy dapat turun beraksi dalam perlawanan ini. Jika tidak, Leicester yang sudah gagal menjaringkan gol dalam 3 perlawanan terakhir mereka ini akan menemui kesukaran apabila bertandang ke White Hart Lane.
Namun apa yang pasti Harry Kane sudah tentu akan membuat kemunculan. Kane yang ada sekarang bukanlah Kane yang wujud pada awal musim ini yang selalu tidak berfungsi di atas padang dan sering gagal menjaringkan gol. Walaupun agak lambat mendapat sentuhan gol, Kane sudah menjaringkan 11 gol dalam kesemua 20 penampilan liganya setakat ini. Dia (Kane) tidak perlu sentuhan yang banyak untuk menjaringkan gol. Kadang-kadang satu sentuhan sahaja sudah cukup. Sedangkan pemain lain yang setaraf dengannya memerlukan dua atau tiga sentuhan sebelum menjaringkan gol. Sebagai contoh Lewanbenteke yang lembab di dalam kotak penalti.
Apa dia abang kakak? Chelsea? Ya ada...mestilah ada..
Pasukan Chelsea pula seperti biasa akan bermain dengan penuh tertib dan berhati-hati apabila dijadual menentang West Brom Albion dalam pertemuan yang heboh dilabelkan sebagai MINGGU KEBANGKITAN CHELSEA.
Jikalau Chelsea menang kita perlu eksyen dan berlagak. Jikalau kalah pula, kita sambung kutuk JDT. Simple.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...