Dari Kaki Ke Pena Hitam: SUKMA Yang Longlai.
Hari ini kita tapayana
ulang cerita pasal kalah 3-0 lepas tu mengungkit hal kejayaan dua tahun
yang lalu. Tak kisahlah kau nak cakap ape. Kalah tetap kalah. Yang kalah
akan kena maki. Yang menang kita rai. Sedangkan pasukan yang menang pun
kadangkala kita maki sehingga bergegor rumah syaitan. Bukankah benar
begitu wahai sedara sedari sekalian?
Okaylah..tutup hal itu. Aku nak cerita sikit perihal Sukma yang baru lepas. Ape? Sukma? Bukan Sukma Darmawan ye..
Mesti ramai yang tidak tahu bahawa
Sukma baru sahaja beberapa hari meninggalkan kita. Sukma adalah Sukan
Malaysia yang dilangsungkan secara dwi tahunan. Kali ini Sarawak
terpilih sebagai tuan rumah. Selama seminggu dari 23 sehingga 31 Julai
sebanyak 382 acara dipertandingkan di dalam 24 jenis sukan. Dalam tempoh
ini sebanyak 6 rekod kebangsaan berjaya dipecahkan. Macam mana aku
boleh tahu semua ini? Mungkin barangkali sebab aku handal dan berwibawa.
Engkau orang pula mengaku
sahajalah yang kau mula ambil tahu pasal Sukma kali ini selepas ada
pemecahan rekod yang dilakukan oleh atlit lumba lari. Bola sepak pun
sama. Selepas keluar berita bergaduh sepak terajang, barulah media buat
liputan. Jadilah modal untuk berita barang sehari dua ye tak? Tahu tak
pasukan Perak berjaya mempertahankan pingat emas mereka dalam acara bola
sepak?
Bagaimana pula dengan nasib
sukan sukan yang lain? Sukan yang tiada kontroversi dan suam suam kuku?
Sukan yang santun dan tertib seperti jimnastik berirama dan acara
terjun wanita? Wajarkah kita biarkan Farah Ann Hadi versi anak muda
muncul subur menggebu tanpa perhatian yang jitu secukupnya?
Sejak beberapa dekad ini
aku merasakan Sukma sudah semakin dipinggirkan. Jika adapun liputan,
namun hipsternya dan tahap tarikannya tidak sampai ke hulu hati. Ia amat
berbeza ketika aku masih kecik dahulu. Sekitar tahun 90-an barangkali.
Sukma ketika itu sangat dinanti dan ditunggu-tunggu. Semangat kenegerian
akan meluap luap dalam tempoh seminggu. Kadangkala apabila terjumpa
makwe Kelantan di jalanan yang putih gebu pun kita sanggup melempar
najis hanjeng ke arahnya. Begitulah meriahnya semangat kenegerian Sukma
suatu ketika dahulu. Sekarang? Haprak.
Perkara ini perlu dikaji
oleh pihak yang berkaitan dengan Sukma. Bagaimana hendak menarik minat
orang ramai datang ke stadium bola, balapan trek, lapang sasar, pusat
akuatik, velodrome dan gelanggang badminton. Sedangkan acara yang
dipertandingkan pun kita kurang pasti, macam mana pula kita nak menuju
ke tempat acara yang dipertandingkan?
Haaa..inilah baik buruk
yang perlu dipermolekkan serta diperkemaskan oleh mereka yang
menggunakan duit dan dana rakyat (serba sedikit) untuk penganjuran sukan
yang semakin kurang perhatian ini. Janganlah kira asalkan dapat buat
penganjuran sahaja sudah melepasi KPI. Kena ambil kira juga sambutan
dari penonton di lapangan acara, rating penonton di televisyen ataupun
trending di media sosial. Takkan ini pun aku nak kena ajar?
Ramalan: Aku rasa orang
ramai sekarang dah tapeduli pasal sukan lagi. Mungkin depa lagi sedap
menengok rancangan realiti bodo macam Mentor, Gegar Vaganza dan Khai Bahar.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...