Sunday, October 7, 2012

Perihal Ranking FIFA Malaysia



Salam..sebenarnya ada antara entri ini sudah aku tampalkan di dinding muka buku. Cuma kawe mahu menambah sedikit sebanyak info dan ayat supaya ia menjadi lebih sopan dan cantik gamaknya. Cadangan dan maklumat aku ini mungkin hanya ibarat seekor semut yang berjalan di atas pasir. Kalau dari jauh memang tak kelihatan. Tetapi jika dilihat dengan kanta pembesar, Insya'allah akan nampak semutnya. Walaubagaimanapun, takkan dapat ku lawan cermin mata Soltan Bola yang telus mulus itu.


Soltan Bola ni kalau dia bijak, dia boleh wujudkan satu kejohanan tahunan seperti Pestabola Merdeka. Menjenamakan semula kejohanan ini dengan menebalkan muka mencari penaja-penaja besar seperti Air Asia, Genting, Pelita Nasik Kandar dan seumpamanya. Dengan tajaan besar, maka pasukan-pasukan terbaik akan terpancing untuk menyertainya. Cukup dengan pasukan yang rankingnya setakuk dua takuk atas dari Malaysia (Malta,Barbados,Yaman). Kalau menang boleh tingkatkan ranking. Kemudian jemput pengadil-pengadil yang hebat seperti Howard Webb. Selepas 3 tahun kejohanan ini akan setaraf dengan Piala Kirin Jepun yang diadakan setiap 2 tahun. Siapa-siapa yang lapor, boleh makan nasik kandar. Mamak gembira, bolasepak Maju. Ok?


Mungkin ada betolnya idea kawe di atas itu. Jika mahu tahu lebih lanjut, sila rujuk cara-cara pengiraan ranking FIFA di bawah ini. Ranking FIFA dikira seperti berikut:

P = M x I x T x C bersamaan:

M (Points for Match)
Win (3), Draw (1), Lose (0)
Win on penalties (2), Lose on penalties (1)
I (Importance of Match)
Friendly match (1.0), Fifa World Cup qualifier or Confederation-level qualifier (2.5), Confederation level final competition or FIFA Confederations Cup (3.0) and FIFA World Cup competitions (4.0)
T (Strength of Opposing Team)
T = (200 – ranking position of opponent)/100, where #1 team and #150 team are assigned the value of 200 and 50 respectively
C (Strength of Confederation)
Confederations are UEFA/CONMEBOL, CONCACAF, AFC/CAF and OFC. The strength factor is between 1 and 0.85 and is based on the number of victories by teams belonging to the Confederation at the last 3 FIFA World Cups



With the points calculated over a four year period (last 48 months), games played more recently are given more emphasis through applying a series of weightings; last 12 months (x1), 12-24 months (x0.5), 24-36 months (x0.3) and 36-48 months (x0.2).- sumber FIFA -


Sudah jelas bukan bagaimana cara ranking FIFA dikira? Yang bahasa Inggeris tu kenalah sendiri fahamkan. Aku pun tak berapa yakin nak kupas berdasarkan tulisan. Dengan molot bolehlah kot.


Namun begitu, Rajagopal dan Safee Sali tetap mempertahankan bahawa ranking FIFA adalah tidak penting. Berdasarkan kedudukan terkini, Filipina berada pada ranking ke-147 manakala Malaysia pula 162. Adakah ini bermakna Filipina akan memenangi Piala Suzuki tahun ini? Berdasarkan persembahan pada kejohanan sebelumnya, saya akan mengatakan ia tidak akan mungkin berlaku. Jelas sistem ranking bukanlah penentu untuk semua faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi semasa, contohnya seperti kelebihan beraksi sebagai tuan rumah, atau keupayaan Harimau Malaya untuk bermain dalam tekanan baracuda yang melampau. Ataupun mungkin kesan daripada kurang tidur disebabkan keluar malam membelikan rakan sepasukan 'penadol' dan pemain terlalu letih dengan aktiviti 'photoshoot' tepi kolam. Jadi sekiranya saya adalah anda, saya tidak akan menggunakannya sebagai sumber tunggal maklumat untuk membuat pertaruhan di beberapa laman web 'bookies' di internet.


Tetapi adakah sistem ranking yang digunakan FIFA ini bertujuan khusus atau ia hanya fakta seperti 100 Artis Janda Wanita Paling Menarik atau Selebriti Singapura Paling Semak Di Malaysia? Jawapannya adalah sangat mudah...ranking adalah amat penting! FIFA menggunakan sistem ranking ini untuk menentukan kedudukan ketika undian dijalankan bagi sesuatu pertandingan, yang akhirnya bermakna pasukan seperti Filipina kelak adalah kurang berkemungkinan untuk menghadapi pasukan terbaik di Asia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia atau Olimpik. Bagi Piala Suzuki pula mereka tidak perlu lagi melalui pusingan kelayakan. Ini bermakna mereka mempunyai lebih tinggi peluang untuk maju ke peringkat akhir pertandingan utama.

Kepentingan ranking FIFA ini hanya FAM sahaja yang memahaminya. Orang lain jangan nak sibuk-sibuk bagitau FAM pasal kepentingan menjaga ranking FIFA. Oleh itu, marilah kita semua menyokong pasukan galah panjang Malaysia. Ini kerana untuk melihat Malaysia layak ke Piala Dunia adalah sama seperti menunggu sukan galah panjang dipertandingkan di Olimpik. Tiada penghujung...

Thursday, October 4, 2012

Ranking Malaysia Jatuh:Siapa Aruba?



Yo!!!!hahahahahahahaha...kali ini entri kawe pendek dan simple. Malas nak berkias-kias..kawe mau berkongsi sedikit info tentang pasukan yang sebenarnya payah nak dicari. Jika FAM malas nak buat kerja rumah, mari sini baca dan ambil tahu pasukan apa yang berada di atas Harimau Malaya. Mari kita hiburkan diri mengenali pasukan rankingnya yang berada di atas Malaysia a.k.a Harimau Pahang..opppppsss...


Pasukan Bolasepak Aruba. (154 ranking FIFA)


Pasukan Bolasepak Aruba. Berdiri dari kiri:  Eric ABDUL (GK),Carlos QUANDT,Francois CROES,Theric RUIZ,Juan VALDEZ,Raymond BATEN. Depan dari kiri: Rensy BARRADAS,Roman APARICIO,Frederick GOMEZ,Erik SANTOS,Jean Luc BERGEN.


Pasukan bolasepak Aruba kali terakhir dilihat terkandas dalam perlawanan pre-kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 selepas tewas kepada St. Lucia dalam penentuan penalti 5-4. Sebelum itu kedua pasukan telah terikat secara aggregat 6-6 selepas perlawanan yang diadakan secara timbal balik. Perlawanan yang sengit ini dilangsungkan di padang kanak-kanak Mindoo Philips Park dengan bersaksikan penonton seramai 500 orang termasuk makcik 'cleaner' dan pakcik tukang potong rumput. 


Aksi mengerikan bertemu St. Lucia yang diadakan di belakang rumah Michael Lowe.


Di bawah ini sedikit rekod Piala Dunia dan Piala Emas mereka. Namun tidak kelihatan pula rekod kelayakan sukan Olimpik. Tidak seperti Malaysia yang angkuh dengan rekod 2 kali layak ke Olimpik. Ada kemungkinan besar Aruba tidak mempunyai skuad bawah umur mereka dan hanya memiliki skuad senior. Agaknyalaaaa...(nak sedapkan hati).

Rekod Piala Dunia

1930 to 1986 – Tidak mengambil bahagian (Sebahagian daripada Netherlands Antilles)
1990 to 1994 – Tidak mengambil bahagian
1998 to 2014 – Tidak layak

Rekod Piala Emas

1991 – Tidak mengambil bahagian
1993 – Menarik diri
1996 to 2003 – Tidak layak.
2005 – Menarik diri
2007 – Tidak mengambil bahagian
2009 – Tidak mengambil bahagian
2011 – Tidak mengambil bahagian


Berdasarkan kajian juga pasukan Aruba tidak mempunyai Liga yang banyak seperti Malaysia. Liga mereka terbahagi kepada 2 divisyen. Divisyen pertama ialah Aruban Division di Honor ataupun dikenali juga sebagai Campeonato AVB Aruba Bank yang mula ditubuhkan pada 1960. Manakala diviyen 2 mereka pula ialah Aruban Division Uno. Dibawah ini senarai 10 pasukan yang beraksi dalam Campeonato AVB 2011/12.

-SV Britannia (Piedra Plat)
-SV Bubali (Noord)
-SV Dakota (Oranjestad/Dakota)
-SV Deportivo Nacional (Palm Beach)
-SV Estrella (Santa Cruz)
-SV Independiente Caravel (Angochi)
-SV Juventud Tanki Leendert (Tanki Lender)
-SV La Fama (Savaneta)
-SV Racing Club Aruba (Oranjestad)
-SV Riverplate (Oranjestad)



Bagi pendapat saya. Aruba ialah sebuah pasukan bolasepak yang sopan dan sederhana. Mereka tidak mempunyai Liga sebesar Liga Malaysia. Mereka juga tidak mempunyai kelengkapan kompleks sukan berkelas dunia seperti yang kita miliki di Bukit Jalil. Aruba juga tidak mempunyai menteri yang bijak pandai seperti Menteri Buih. Mustahil juga mereka mempunyai sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil. Namun apakah puncanya ranking mereka naik mencanak mengatasi Malaysia? Oh saya tahu...Aruba tidak mempunyai Soltan Bola.

Datuk, ranking tak pentinglaaaaaa....


Wednesday, October 3, 2012

Preview: Separuh Akhir Piala Malaysia 2012




Separuh Akhir 1
PM SF 1 - Oktober 05, 2012 (Jumaat)
Singapura vs ATM
Std. Jalan Besar.

Separuh Akhir 2
PM SF 2 - Oktober 11, 2012 (Khamis)
ATM vs Singapura
Std. Selayang.



Salam Separuh Akhir...Sebelum Singapura MENG-GAJAH-GAJAHKAN pasukan Pahang, ada cakap-cakap kosong kedengaran bahawa tahun ini Pahang mampu melangkah ke Final dan seterusnya menjulang Piala Malaysia buat kali yang ke-3. Namun Singapura dengan angkuh menutup terus angan-angan indah peminat pasukan Pahang dan mencampakkannya jauh ke dalam muzium. Moga ia kekal tenang di sana. 

Singapura boleh dikelaskan sebagai pasukan yang ampuh apabila beraksi di gelanggang sendiri. Musim ini hanya Kelantan, Terengganu dan Johor F.C sahaja yang berjaya menewaskan Singapura di Stadium Jalan Besar. Sementara itu jurulatih mereka, V.Sundramoorthy pula sudah sebati dengan bolasepak Malaysia bagaikan berulang-alik dari Singapura ke Kelantan hanya menaiki Honda EX5 sahaja. Itulah antara punca kenapa Singapura begitu mantap walaupun kali terakhir menjejakkan kaki di dalam Liga Malaysia pada tahun 1994.


Pernah bermain untuk Kedah pada 1989-1990


Lawan Singapura bukanlah calang-calang pasukan. Bolehlah dikatakan pasukan ATM ini sebagai pasukan Malaysia C. Ini kerana hampir separaruh daripada pemain pasukan ATM pernah ataupun sedang mewakili pasukan Harimau Malaya. Pada suku akhir, ATM telah membinasokan juara bertahan Nogori Sembilan ataupun lebih dikenali di utara Itali sebagai pasukan Nesmilan. Kemeja merah jambu Azraai Khor sudah tidak bertuah lagi nampaknya. 


B.Sathianathan mungkin boleh mempercayai tuah sekiranya memiliki Hairuddin Omar, makanya pasukan itu akan menjulang Piala Malaysia di penghujung musim. Tetapi mempercayai perkara tahyul seperti ini adalah tidak baik. Sebab itulah pasukan ATM berhabis jutaan ringgit untuk membina sebuah skuad yang mantap dan bukannya hanya bergantung pada tuah daripada Hai-O sahaja. Pertemuan menentang Singapura ini adalah ujian sebenar kepada projek besar-besaran ini. Mohon jangan hampakan Ayu Raudah.


Ayu Raudah tidak akan menangis lagi....

Separuh Akhir 1
PM SF 1 - Oktober 06, 2012 (Sabtu)
Kelantan  vs Selangor
Std. Sultan Muhammad

Separuh Akhir 2
PM SF 2 - Oktober 12, 2012 (Jumaat)
Selangor vs Kelantan


Apa akan berlaku apabila dua pasukan hebat bertemu? Bagaikan pertemuan antara Manchester United lawan Liverpool,  sudah pasti ia alan dipenuhi adegan yang mengerikan. Kelantan layak ke separuh akhir selepas terpaksa berhempas pulas menewaskan pasukan Abe Jib iaitu Felda United. Ternyata pasukan Kelantan masih kepenatan selepas melalui jadual perlawanan yang padat. Kekurangan ini perlu diatasi segera oleh anak didik Bojan Hodak sebelum pertemuan menentang  Selangor. 

Bojan Hodak ketika muda remaja. Tapi tetap botak..


Kelantan juga sangat bertuah memiliki Mat Ghaddar dalam pasukan mereka. Pemain ini bijak menggunakan peluang dan musim ini seringkali menyelamatkan pasukan Kelantan dari kekalahan memalukan. Bahagian tengah dijana mantap oleh gandingan emas iaitu Shaakir dan Piya. Manakala Nurul Azwan dan Nor Farhan pula kelihatan merbahaya apabila melakukan serangan dari kiri dan kanan pasukan Kelantan. Sementara itu, Khairul Fahmi masih gah mengawal gawang setelah menegok sedozen air 100 plus setiap kali sebelum permainan bermula. 


Selangor pula ternyata pasukan yang sangat hebat terutamanya apanila musim ini berada di bawah bimbingan Irfan Bakti. Sentuhan Irfan benar-benar menjadi dan terbukti beliau antara jurulatih yang berkaliber. Ditambah pula dengan  kemantapan ketua pasukan Safiq Rahim yang mengemudi barisan tengah serta Bosko Balaban tajam dihadapan gol, ini bermakna MISI 33 kini sudah berada sebelah tangan dalam genggaman 'Red Giant'. 

Tetapi apa yang menarik ialah permusuhan antara Mat Ghaddar, Amri dan Bunyamin Omar. Sudah pasti 3 orang pemain ini akan menjadi tumpuan utama setiap penonton. Samada tolor Ghaddar akan menjadi telur Dadar. Hanya masa yang akan menentukannya. Seperti yang sudah tertulis di dalam kamus purba Kelantan "Setiap kali kedua pasukan ini bertemu, Sudah pasti akan ada pergaduhan". Ia adalah hakikat yang perlu diterima oleh setiap pihak. Ini kerana pada akhir pertarungan hanya akan ada satu pasukan MERAH yang akan berdiri megah.










Tuesday, October 2, 2012

EP 2:UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012/13





Group A
Porto vs Paris Saint-Germain


Ini adalah ujian sebenar Porto apabila mereka akan bertemu PSG dalam perlawanan kedua kumpulan A. Aksi meyakinkan dari pemain tengah mereka iaitu Lucho Gonzalez, Joao Moutinho dan Steven Defour telah membantu mereka memungut 3 mata dalam pertemuan pertama menentang Dinamo Zagreb. Gandingan 3 pemain ini dijangka mampu untuk mengimbangi kekuatan pasukan PSG yang dipenuhi begitu ramai pemain bintang.
Kehadiran pemain tengah yang berusia 31 tahun ini dalam pasukan Porto amat penting sekali.

PSG sememangnya terdesak untuk menjuarai CHAMPIONS LEAGUE musim ini. Pasukan mereka mempunyai kekuatan menyeluruh bermula daripada posisi penjaga gol sehinggalah ke hujung barisan serangan. Membelasah Dynamo Kiev 4-1 pada perlawanan yang lepas membuktikan kehadiran PSG pada kali ini perlu diberi perhatian. Thiago Silva, Alex, Pastore dan Zlatan adalah penjaring gol pada pertemuan itu. Porto akan menghadapi laluan yang berliku.
Zlatan, Pastore dan Alex antara tonggak penting Ancelotti musim ini. Mereka akan terus menggegar Eropah.


Ramalan : Porto 1-2 Paris Saint-Germain


Sementara itu antara perlawanan lain yang menarik yang berlangsung pada 4 October 2012 :2.45 AM ialah:

Kumpulan A
Dynamo Kiev vs Dinamo Zagreb

Kumpulan B
Arsenal FC vs Olympiakos Piraeus
FC Schalke 04 Montpellier Herault SC

Kumpulan C
Zenit vs AC Milan
Anderlecht Malaga

Kumpulan D
Manchester City vs Borussia Dortmund
Ajax vs Real Madrid CF




Group G
Benfica vs FC Barcelona


Benfica akan melayani kunjungan pasukan teragung dunia Barcelona dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan G setelah hanya mampu seri pada perlawanan pertama menentang Celtic. Kedua-dua pasukan sedang berada dalam prestasi terbaik mereka di dalam liga domestik apabila masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah. Tetapi pasukan Barcelona tetap dilihat mempunyai peluang untuk menewaskan Benfica berdasarkan kekkuatan yang mereka perolehi.


Golongan pemudi Barca ini semakin menjadi-jadi kehebatannya.

Benfica masih lagi mengharapkan sentuhan Pablo Aimar yang boleh digelar veteran pada usia 32 tahun. Namun barisan serangan Benfica sedikit tempang apabila akan turun tanpa penyerang berbisa mereka iaitu Osca Cardozo. Pertahanan mereka juga akan kehilangan Luisao selepas pemain tersebut masih digantung perlawanan. Anak buah Jorge Jesus akan mengahadapi tugas sukar berhadapan Barcelona di gelanggang mereka sendiri.


Ramalan : Benfica 1-3 Barcelona


Antara perlawanan lain yang turut dijadualkan pada 3 October 2012 :2.45 AM  ialah:

Kumpulan E
FC Nordsjælland vsChelsea FC
Juventus vs Shakhtar Donetsk

Kumpulan F
Valencia CF vs LOSC Lille Métropole
FC BATE Borisov vs FC Bayern München

Kumpulan G
Spartak Moscow vs Celtic

Kumpulan H
CFR Cluj vs Manchester United
Galatasaray vs Sporting Braga

Monday, October 1, 2012

Pemain Terbaik September 2012.

La Liga
Isco - Malaga



Full name:Francisco Román Alarcón Suárez
Date of birth:21 April 1992 (age 20)
Place of birth:Benalmádena, Spain
Height:1.76 m (5 ft 9 1⁄2 in)
Playing position :Attacking midfielder

Secara tiba-tiba menarik perhatian kelab besar dari Eropah selepas jaringan gol beliau dalam aksi Champions League menewaskan Zenit. Malaga membeli Isco dari Valencia pada Julai 2011. Namun selepas Isco mencuri perhatian banyak pasukan, Malaga dengan segera beradang melanjutkan kontrak beliau yang sedia akan tamat pada 2016 nanti. 'Attacking Midfielder' pasukan bawah 23 tahun Sepanyol ini sedang menjengah peluang beraksi dalam pasukan utama negara tersebut.

Serie A
Hernanes - Lazio





Full name:Anderson Hernanes de Carvalho Andrade Lima
Date of birth:29 May 1985 (age 27)
Place of birth:Aliança, Brazil
Height:1.80 m (5 ft 11 in)
Playing position:Midfielder

Beliau adalah tipikal pemain tengah Brazil. Boleh menjana serangan dan menjaringkan gol apabila diperlukan. Menolak perpindaha ke AC Milan dan Barcelona semata-mata ingin mahu kekal bersama Lazio musim ini. Sudah menjaringkan 4 gol secara keseluruhan setakat artikel ini ditulis. Banyak membantu Klose dalam mencari gol buat Lazio. Dalam usia 27 tahun, inilah masa kemuncak dalam karier beliau.

Bundesliga
Lewis Holtby




Full name:Lewis Harry Holtby
Date of birth:18 September 1990 (age 22)
Place of birth:Erkelenz, West Germany
Height:1.76 m (5 ft 9 1⁄2 in)[1]
Playing position:Midfielder

Pemain tengah berusia 22 tahun ini disenaraikan antara 5 pemain muda yang harus ditonton aksinya dalam UCL 2012/13 musim ini. Terbukti Jerman tidak pernah ketandusan bakat. Telah menjaringkan 3 gol setakat ini dalam Bundesliga. Turut beraksi cemerlang ketika berdepan Olimpiakos dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Champions League. Namun perlu lebih meningkatkan aksi ketika menentang pasukan atasan seperti Bayern Muninch.


Liga Perdana Inggeris
Phil Jagielka
 
 
 
Full name:Philip Nikodem Jagielka
Date of birth :17 August 1982 (age 30)
Place of birth:Sale, England
Height:1.83 m (6 ft 0 in)[2]
Playing position:Centre back
 

Pada usia 30 tahun, beliau masih lagi mantap dan kebal. Punca kepada keselesaan Victor Anichebe dan Fellaini berleluasa di barisan serangan menjaringkan gol untuk pasukan Everton. Berjaya melakukan satu bantuan gol untuk pasukan Everton setakat ini dan merupakan tulang belakang pasukan Everton yang menghuni tangga ke 3 Liga.  Mungkin satu rahmat buat beliau apabila John Terry mengumumkan persaraan dari arena antarabangsa. Semoga berjaya!!!
 
 
Ligue 1
Zlatan Ibrahimovic



Full name:Zlatan Ibrahimović
Date of birth:3 October 1981 (age 30)
Place of birth:Malmö, Sweden
Height:1.95 m (6 ft 5 in)[1]
Playing position:Striker


Tujuh jaringan gol Zlatan untuk PSG dalam saingan Ligue 1 setakat ini membuktikan belian adalah antara penyerang terbaik di dunia ketika ini. Sudah berusia 30 tahun tetapi aksinya seakan-akan baru sahaja berusia 20 tahun. PSG banyak bergantung kepada beliau untuk mendapatkan gol. Pengaruhnya di atas padang juga amat penting dalam usaha PSG menawan Perancis dan Eropah secara 'total' musim ini. Ibracadabra pasti boleh.



Thursday, September 27, 2012

EP4 : Fokus Bola Eropah 2012

SERIE A ITALY: PERLAWANAN 6
Juventus vs AS Roma




Juventus masih dengan rekod tanpa kalah mereka. Persembahan mantap daripada Arturo Vidal, Mirko Vucinic dan Fabio Quagliarella membolehkan mereka menguasai Serie A dengan selesa ketika ini. Ketiga-tiga mereka sudah mengumpul 15 gol setakat ini. Asamoah juga mempamerkan aksi hebat apabila diturunkan dalam kesebelasan utama Juventus. Selain itu, tiada keraguan pada prestasi Pirlo yang semakin tua walaupun bekas rakan sepasukan beliau, Zvonimir Boban menyarankan agar Pirlo bersara dari arena antarabangsa untuk lebih fokus kepada Juventus.


AS Roma ketika ini berada di tangga ke-6 liga dengan mengumpul 8 mata. Musim lepas kedua-dua pertemuan mereka dimenangi oleh Juventus. Namun kali ini Roma boleh mencabar Juventus kerana mereka memiliki beberapa pemain mantap yang boleh mengubah permainan secara tiba-tiba. Balzaretti boleh dikatakan pertahanan kiri terbaik di Italy pada ketika ini dan kehadirannya memantapkan lagi pertahanan Roma. Totti kekal sebagai nadi penting untuk Roma bersama-sama De Rossi. Manakala Znedek Zeman juga boleh menurunkan Lamela dan Oswaldo untuk menjahananmkan Buffon.


Mampukan Roma meleburkan rekod tanpa kalah Juventus yang akan beraksi sebagai tuan rumah pada pertemuan ini? Kita doakan perlawanan menarik akan dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan ini.


Ramalan: Juventus 2-0 Roma

LIGA PERDANA INGGERIS : PERLAWANAN 6
Arsenal vs Chelsea

Rindu aksi seperti ini.

Kedua-dua pasukan masih lagi belum mengalami kekalahan dalam saingan liga setakat ini. Arsenal di tangga ke-5. Manakala Chelsea gah di persada liga dengan 13 mata. Pertemuan musim lepas di Emirates berakhir dengan keputusan seri 0-0.


Arsenal kelihatan lebih mantap dibarisan serangan walaupun ketiadaan Van Persie. Diaby membuktikan beliau mampu menggantikan Song. Manakala Carzola pula sentiasa merbahaya apabila beliau memegang bola. Namun kegoyahan kawalan zon di barisan pertahanan Arsenal mungkin boleh dieksploitasikan oleh Chelsea.


Mata, Harzard dan Oscar membuktikan mereka bertiga boleh bermain bersama dan memberi ancaman kepada pasukan lawan. Hanya yang bermasalah sekarang ini ialah Torres dan pertahanan Chelsea yang mudah hilang fokus. Inilah masalah utama yang perlu segera diatasi oleh pasukan Chelsea.


Ramalan: Arsenal 1-2 Chelsea FC
LA LIGA SPAIN: PERLAWANAN 6
Sevilla vs Barcelona



Barcelona dengan 15 mata maksimum selepas 5 perlawanan. Sevilla juga dengan rekod tanpa kalah mereka dan telah mengumpul 11 mata untuk menduduki tangga ke 4 La Liga. Sevilla berjaya menewaskan Real Madrid tempohari hasil jaringan pemain tengah berbangsa Jerman, Piotr Trochowski. Gandingan Rakitic dan Navas pula memudahkan tugas Negredo untuk menjaringkan gol bagi pasukan Sevilla. 4 gol setakat ini dari Negredo sudah pasti merisaukan peminat pasukan Barcelona.


Bagi Barcelona pula, kejayaan menewaskan Sevilla kelak akan mengukuhkan kedudukan mereka di dalam La Liga.  Rasanya mereka tiada masalah besar unutk melakar kejayaan pada hujung minggu ini. Hubungan cinta antara Messi dan David Villa kembali mekar selepas mereka berdua menafikan berlaku perselisihan antara mereka. Mereka juga memiliki Sanchez, Fabregas dan Song yang bila-bila masa sahaja boleh di panggil beraksi dalam pasukan utama. Namun masalah kecederaan pertahanan tengah Barca (Pique) mungkin merencatkan sedikit perancangan Vilanova.


Sevilla mungkin boleh mengejutkan anak buah Vilanova dengan ketiadaan pertahanan yang mantap dalam pasukan Barcelona itu. Mascherano yang tidak berapa nak tinggi itu amat tidak sesuai beraksi sebagai pertahanan tengah.


Ramalan: Sevilla 1-3 FC Barcelona

BUNDESLIGA : PERLAWANAN 6
F. Düsseldorf vs Schalke 04


Huntelaar bergaya comel...konon

Sesungguhnya pasukan Dusseldorf adalah sangat misteri. Kembali ke Bundesliga selepas 15 tahun terpelosok di bawah liga utama Jerman. Ketika ini menduduki tangga ke-5 (2013–14 UEFA Europa League play-off round) dengan rekod tanpa kalah dan mengumpul 9 mata. Satu mata dibelakang Schalke 04. Mempunyai barisan pemain yang terhad bakatnya. Namum tumpukan perhatian kepada Ken Ilsö dan Dani Schahin yang mampu memberi ancaman ke kubu penjaga gol Schalke 04, Lars Unnerstall.


Bagi Schalke 04 pula, mereka wajib menang ke atas pasukan yang baru sahaja naik divisyen ini. Perlawanan terakhir mementang Mainz, mereka menang 3-0 dan Lewis Holtby serta Farfan berjaya melakukan jaringan gol. Huub Stevens juga masih yakin dengan kemampuan Huntelaar dan sudah pasti penyerang pasukan Belanda itu diturunkan untuk menjaringkan seberapa banyak gol menentang Düsseldorf  ini.

Elemen kejutan memang selalu berlaku di dalam Bundesliga. Pertemuan pasukan ke-4 dan 5 ini semestinya menarik untuk ditonton bersama keluarga angkat di Bagan Lalang.


Ramalan: F. Düsseldorf 0-2 Schalke 04




Tuesday, September 25, 2012

BPL: Epik Pergaduhan Yang Tiada Kesudahan



Salam Haji yang bakal tiba..setelah hampir sebulan liga bolasepak Eropah bermula, sudah mula kedengaran sayup-sayup dari jauh suara pekikan dan lolongan dari peminat bolasepak di Malaysia. Seperti yang kita semua ketahui, rakyat Malaysia begitu minat dengan bolasepak Eropah terutamanya dari England. Adakah ini semua dek kerana negara kita adalah bekas jajahan British yang maha loghat perangainya itu? Kenapa kita tidak meminati Liga Jepun dan Portugal seperti asyiknya kita menonton aksi 'diving' pemain-pemain Manchester United di dalam kotak penalti? Persoalan ini juga saya letakkan dalam kepala otak anda semua kerana pilihan jawapan ada pada kamu.



Di Malaysia ini boleh dikatakan penyokong Liga Inggeris adalah yang terpaling ramai. Payah kita nak melihat atau mendengar anak muda bergaduh bercerita tentang hancur lodohnya ketika ini pasukan AC Milan. Atau apakah konflik sebenar dalam pasukan Real Madrid? Jarangya sama seperti kita mendengar lelaki berkahwin empat. Jarang-jarang...Jikalau adapun yang bercerita bolehlah dikatakan 20% sahaja dari tajuk perbualan topik bolasepak harian mereka. Bayangkan pemain Liga Perdana Inggeris seperti Michu pun boleh menjadi tajuk perbualan, sedangkan aksi cemerlang Mandzukic langsung tak terkeluar dari molot mereka semua. Itulah dahsyatnya penangan BPL ini.


Apa yang lebih menarik juga, kita semua bukan sahaja mengetahui siapa isteri dan aweks pemain bolasepak BPL, malahan juga mengetahui nama pengadil yang saban minggu membuat aksi-aksi sarkis di tengah padang. Kita juga turut mengetahui pasukan kegemaran pengadil tertentu dan hal seperti ini sudah pasti menjadi isu besar sekiranya berlaku keputusan yang mencurigakan di atas padang. Perkara seperti ini amat berbeza di Malaysia. Kita hanya mula mengenali seseorang pengadil itu selepas beliau ditangkap akibat rasuah. Ini pun boleh dikira suci daripada ditangkap akibat khalwat dengan isteri orang. Eh, itu bukan pengadil ek??? Itu penjada gol kebangsaan ek?Ek?Ek?



Permainan cantik? Itu mungkin jawapan yang kurang tepat. Yang adapun pasukan yang bermain cantik di BPL sekarang ini sudah 7 tahun kempunan piala. Kempunannya mereka bagaikan unta padang pasir yang dahagakan air zam-zam. Tidak seperti Barcelona dan Real Madrid yang bermain cantik seiring dengan kejayaan yang mereka perolehi. Manakala pasukan paling bersejarah di England pula hanya gah dengan kejayaan silam mereka dan masih yakin mampu buat 'comeback' dari ketinggalan 3 gol. Inilah antara mimpi indah yang tak kesampaian dan kadangkala ia boleh menjadi bahan ejekan rakan sepermainan yang bercakap ikut sedap 'molot' ajek. Jangan sampai ada yang jadi tajuk depan Harian Metro sudahlah...



Selain itu ada juga 'molot-molot' sumbang yang bangga dengan kejayaan mereka selepas pasukan 'kesayangan' dibeli oleh saudagar arab lalu membiaklah secara tiba-tiba puak biru cair di arena bolasepak BPL tempatan. Saya tidak marahkan mereka sekiranya umur mereka adalah sekitar 7 ke 12 tahun. Tetapi yang menjadi pelik adalah jika umur mereka adalah 20 tahun ke atas. Celah mana 'pulok' mereka semua menyorok ketika Darius Varsell dan Paul Dickov mula mencari keserasian di antara mereka? Atau kenalkah puak biru cair ini kepada Ali Benarbia dan Marc-Vivien Foe? Jika tidak kenal, maka serupalah mereka semua ini seperti peminat hoki menonton sukan kayak. Tiada faedah, tiada hasil.



Kita tidak boleh dipaksa atau memaksa seseorang itu untuk memilih pasukan kegemaran masing-masing. Namun kita boleh membuat pilihan bijak supaya tidak nampak sangat kebodohan yang ada pada diri kita. Dimanakah letaknya maruah jika menang sesuatu perlawanan hanya atas ehsan pengadil? Apakah makna indahnya permainan bolasepak jika saban musim hanya mampu menjadi pelengkap 'big 4'? Apa sangatlah yang ada pada kejayaan sejarah silam sedangkan ia hanya layak mejadi tontonan di History Channel? Seronok sangatkah menjadi pasukan kaya raya yang dibenci?


Jika anda semua menghayati hasil tulisan diatas, ia merupakan secebis sindiran dan cacian halus yang mungkin boleh meninmbulkan pergaduhan. Pergaduhan yang berpanjangan. Pertengkaran molot yang tiada penamatnya. Jika tidak mahu 'dihanjeng-hanjengkan', maka berlalulah kamu pergi menyokong Liga Samoa. Sebab itulah entri kali ini bertajuk BPL: Epik Pergaduhan Yang Tiada Kesudahan.




Saturday, September 22, 2012

EP 3:Fokus Bola Eropah 2012



Schalke 04 vs Bayern Munich


Pendahulu Liga, Bayern  Munich akan ke Veltins Arena untuk bertembung dengan pasukan tempat ke-4 Bundesliga ketika ini iaitu Schalke 04. Kedua-dua pasukan masih belum kalah dalam 5 perlawanan terakhir mereka. Ini membuktikan pertembungan mereka akan menjanjikan sesuatu yang menarik.


Schalke 04 dalam 5 perlawanan terakhir mereka termasuk UEFA Champions League telah menjaringkan sejumlah 14 gol. Manakala Bayern Munich sudah mengumpul sebanyak  18 gol. Dari segi statistik serangan memang kelebihan berpihak kepada pasukan Bayern Munich. Namun Schalke 04 juga tidak kurang hebatnya dengan Papadopoulos mantap di pertahanan serta gandingan Farfan dan Huntelaar yang semakin serasi dan mendatangkan bahaya kepada pihak lawan mereka.


Sangat menarik untuk melihat bagaimana kedua pasukan ini bertarung selepas mereka mengharungi perlawanan Champions League pada pertengahan minggu. Huntelaar dan Schweinsteiger akan menjadi penentu kepada pasukan mana yang akan memenangi pertemuan ini.


Ramalan : Schalke 04 1 - 1 Bayern Munich.



Liverpool vs Manchester United



Panas dan membara. Itulah yang boleh diibaratkan pertemuan antara dua pasukan yang bermusuh sejak King Kenny belum tumbuh misai lagi. Kini dengan persengketaan terkini berpunca dari cinta tak berbalas Evra kepada Suarez. Sebenarnya tidak susah untuk memilih siapa pemenang dalam pertembungan penuh sejarah ini. Manchester dengan barisan pemain baru yang hebat, boleh menenggelamkan Liverpool hanya dalam sekelip mata sahaja. Tetapi harus diingat Liverpool seakan-akan masuk hantu apabila bertemu pasukan 'Red Devils' ini.


Prestasi Rodgers akan kurang memberansangkan. Kekurangan sengat dibahagian pertahanan menunjukkan itu adalah kelemahan ketara mereka. Nampaknya Liverpool hanya mengharapka Suarez untun menghuru-harakan Manchester United. Bagi Alex Ferguson pula, tiada apa yang perlu dirisaukan ketika ini kerana para pemain mereka berada dalam prestasi terbaik dan memuaskan. Namun aksi menentang Galatasaray tempohari ada meninggalkan gusar di hati beliau.


Pertemuan berat sebelah ini semestinya akan dimenangi oleh pasukan Syaitan Merah. Ya! Hanya ada satu merah sahaja!!!

Ramalan : Liverpool 2 -3 Manchester United.



Thursday, September 20, 2012

Bakor line menjelang Suku Akhir Piala Malaysia 2012




Pahang vs Singapura :25 September 2012 (Selasa)




"Saya setuju 100% yang pasukan gajah duduk peliharaan Soltan Sola akan tundok kepada Singa yg pora2.. 'Ibarat gajah liar mamai tersusuk pelali'..Ramalan saya pula Singapora 4 Pahang 0" - Saudara Yassir Zain Peminat Tegar bolasepak era Semi Pro.



"Dahulu saya tak paham kenapa Zed Zaidi begitu benci pada Aaron Aziz. Namun kini saya sudah mengerti kenapa. Mereka sangat semak dan Pahang mesti mengalahkan Singapora 3-1."- Attaphol Buspakom bekas pemain import Pahang tahun 1989-91 dan 1994-96.
 
 
Johor FC vs Selangor :25 September 2012 (Selasa)
 
 
"Jodoh Johor FC dan Selangor sangat kuat. Bagaikan Fazura dan ehem-ehem itu..Tetapi kali ini Johor FC tidak akan tewas mudah kepada pasukan Misi 33 yang tak berapa nak ada tuh. Johor FC akan menang 2-0." - Hassan Miskam Lagenda Bolasepak Johor dan Selangor.



"Memang benar ada pepatah Acheh menyebut 'Don't mess with the tempe eater'. Tapi saya tak sangka pula ia menyerap masuk kedalam badan Wak Amri Yahyah. Kalau macam ginilah gayanya, memang kompem Selangor menang 3-2." - Tony Cottee pemain import Selangor yang dibenci.
 
 
ATM vs Negeri Sembilan :28 September 2012 (Jumaat)
 
 
"Kami ada kereta kebal dan Hairuddin Omar. Dengan penggunaan teknik nano Hai-O, Insya'allah kejayaan milik kami. Menentang Nogori amat mudah bagi kami bagaikan perlawanan bertemu kelab Divisyen 5 Timur Leste." - Pesara Ashkar memberi komen angkuh.
 
 


 
 
"Kenangan manis melihat Ayu Raudah turun ke Stadium Paroi sambil terkinja-kija bersorak akan kami ingat sampai bila-bila. Namun tiada yang lebih manis apabila melihat Ayu Raudah menangisi kekalahan pasukan suaminya selepas pertemuan menentang Nogori nanti." - Shukor Adan bermadah lembut dalam bahasa ibunda.
 
 
KL Felda vs Kelantan :29 September 2012 (Sabtu)



"Jangan tak tahu yang kami ada pemain hebat yang bakal membuat pasukan Kelantan menggigil lutut apabila mendengar namanya. Ya!!Fakri Saarani adalah orangnya. Mempunyai beliau didalam pasukan Felda adalah sama seperti memiliki Messi dalam pasukan Argentina. Tiada bezanya. Felda menang 4-0." - Makcik Felda Bera mengulas dalam nada bongkak .
 
 
 
 
 
"Kami ada bakat sehebat Mat Yo dan Indra Putra. Kami ada rupa sekacak Khairul Fahmi dan Mat Ghaddar. Mengalahkan pasukan sayor seperti Felda dan seterusnya menjuarai Piala Malaysia hanya akan menjadikan pasukan Kelantan sehebat Liverpool. Huh!!!!." Halim Napi bekas penjaga gol Terbilang Kelantan..

Tuesday, September 18, 2012

Pilot:UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012/13




Real Madrid CF  vs Manchester City FC
Siaran Langsung Astro 817

( 2:45 AM ) 19 September 2012


Real Madrid sedang berada dalam prestasi terburuk mereka. Ketinggalan 8 mata kepada Bacelona selepas hanya 4 perlawanan adalah malapetaka buruk bagaikan ribut pasir disiang hari buat Mourinho. Manakala Manchester City pula mahu membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah kuasa baru bolasepak dunia dengan berTUANkan duit semata-mata.. Pertembungan menarik antara kedua-dua Juara Liga ini pasti akan meninggalkan kesan sejarah kepada bolasepak dunia...kononyalaaaa..
REAL MADRID

Casillas
Arbeloa, Ramos, Pepe, Marcelo
Alonso, Khedira

Ozil, Modric, Cristiano Ronaldo
Benzema

 
 
MANCHESTER CITY

Hart
Maicon, Kompany, Lescott, Clichy

Yaya Toure, Barry
Silva, Nasri
Tevez, Aguero
 
 
 
 
 
 
Chelsea FC vs Juventus
Siarang Langsung Astro 817

( 2:45 AM ) 19 September 2012
 
Tiada yang lebih agung daripada perlawanan ini yang menemukan antara Juara Bertahan UCL 2011/12 dan Juara Serie A musim lepas. Prestasi semasa membuktikan kedua pasukan ini adalah hebat dan mantap. Chelsea sedang memimpin Liga Perdana Inggeris dengan mendahului Manchester United yang tak berapa 'power' dengan 1 mata. Manakala Juventus dengan selesa menduduki tangga pertama Serie A ketika ini bagaikan Firaun di atas tahktanya. Barangsiapa terlepas menyaksikan perlawanan ini bermakna mereka kekurangan rukun hidup dalam bolasepak.
 
 
 

FC Bayern München vs Valencia CF
Siaran Langsung Astro 810

( 2:40 AM ) 20 September 2012


Valencia bukanlah lawan yang mudah bagi Bayern Munich. Namun barisan pemain Bayern yang hebat dan berstatus bintang mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk menjinakkan Valencia. Mandzukic tidak boleh berhenti menjaringkan gol pada ketika ini akibat daripada kehebatan yang tak terbendung. Kehadiran Schweinsteiger di bahagian tengah pula sudah pasti akan mendatangkan gusar kepada anak buah Mauricio Pellegrino. Hanya penjaga gol Valencia sahaja iaitu Diego Alves yang menjadi harapan mereka kerana berjaya merekodkan 2 perlawanan tanpa bolos ketika bersama pasukan Brazil. Hobin Bayern Hobin!!!

Monday, September 17, 2012

Preview Suku Akhir Piala Malaysia 2012.



Salam..saingan Piala Malaysia telah masuk peringkat suku akhir. Percaya atau tidak...semua pasukan ramalan saya untuk mara ke suku akhir adalah tepat belaka kecuali Felda United dan Pahang. Tak percaya? bole baca disini (http://hadriegas.blogspot.com/2012/08/piala-malaysia-2012.html). Lupakan Van Persie dan 'kehebatan' Liverpool buat sementara. Ada yang lagi penting ketika ini iaitu Piala Malaysia. Walaupun jadual suku akhir berserabut akibat terserentak dengan Piala AFC dan Piala Sultan Selangor, namun ia tidak menghalang FAM yang hebat merombak jadual menjadi sangat teratur dan memuaskan semua pihak. Memang benar FAM pakar dalam membuat rombakan.


Mari kita lihat analisis dan peluang satiap pasukan yang layak ke sukuk akhir pada Piala Malaysia 2012 ini. Mampukah Azraai Khor pergi lebih jauh? Ataupun Sang Singa 12 kembali menjadi juara selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1994? Semuanya akan terjawab kelak. Mari kita nantikan bersama...


Pahang lawan Lions XII FC


Ini bukan Pahang ketika era 90-an dahulu dimana Zainal Abidin Hasan mendatangkan gerun kepada pemain Singapura dengan wajah negronya. Namun peningkatan yang ditunjukkan Pahang FA amat mengkagumkan. Sejak terpelosok ke Liga Perdana, anak buah Dollah Salleh kini sudah insaf. Pembangunan pemain-pemain muda juga mula dipandang serius oleh Soltan Bola. Hasilnya kini mereka sedang dalam proses memburu kejuaraan Piala Malaysia yang ke-3. Ya hanya yang ketiga. Amat berbeza dengan Singapura yang sedang mencari Piala Malaysia mereka yang ke-25 untuk dibawa ke seberang tambak.


Azamuddin Akil aka Alex..tiada pertalian persaudaraan dengan Najib Razak.


Pahang dalam misi penting menewaskan Singapura kerana sudah pasti seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang bontot Soltan Bola. Namun mengharapkan Pahang menewaskan Singapura adalah sama seperti menyimpan angan-angan menunggu Liverpool menewaskan Real Madrid. Ia amat mustahil untuk dilakukan pada zaman ini. Singapura amat mantap di semua posisi terutamanya apabila mereka beraksi di Jalan Besar. Tetapi mereka juga bukanlah pasukan yang kebal. Oleh itu, Pahang wajib mengambil kesempatan sepenuhnya keitika bermain di Darul Makmur. Sekiranya semua berjalan lancar, tidak mustahil Pahang akan ke Separuh Akhir selepas kali terakhir muncul di pentas Final pada 1997.


Ramalan Guru Silat Gayong: Singapura layak ke separuh akhir.


Johor FC lawan Selangor


Wak Am THE TEMPE WARRIOR.

"Don't mess with the tempe eater"...mungkin itulah kata-kata azimat yang sentiasa dipegang oleh Amri Yahyah. Bagaikan Perwira Tempe yang mengamuk sakan. Selepas digantung 3 perlawanan beliau kembali dengan paru-paru baru lagaknya. Membantu Selangor yang hampir terkelucai layak ke suku akhir dengan penuh bergaya. Itulah dia Amri Yahyah. Namun yang pasti individu yang paling lega ialah semestinya Irfan Bakti. Beliau sememangya tidak mahu melihat Selangor menamatkan musim ini tanpa piala. Dengan bakat terhad yang dimiliki Selangor ketika ini, pencapaian mereka setakat ini boleh dikatakan terpuji. Terpuji sangaaaaaat....


Johor FC pula secara konsisten telah layak ke suku akhir untuk kesekian kalinya. Pencapaian yang amat hebat untuk sebuah pasukan berstatus kelab. Pencapaian seperti inilah yang membuatkan Roman Riquelme menawarkan diri untuk beraksi dengan Johor FC dan bukannya Johor FA. Jika diambil kira prestasi semasa ketika ini, Johor FC boleh menewaskan Selangor. Itupun sekiranya para pemain Johor FC mengamalkan pemakanan tempe secara kerap menjelang pertemuan dengan Selangor ini. Mampukan MISI 33 dilaksanakan? Atau Johor FC akan membuat kejutan pada edisi kali ini?



Ramalan Cikgu Sandaran: Selangor menewaskan Johor Fc.


KL Felda United FC lwn Kelantan



Pasti panas pertemuan ini nanti...


Kebangkitan pasukan KL Felda United ini tiada kena mengena dengan kenaikan Saham Felda Global Ventures yang mencanak-canak bagaikan pucuk kadok terkena cahaya mentari pagi. Alangkah manis sekiranya Felda memenangi pertemuan ini. Sudah pasti ramai pakcik makcik Felda akan melonjak kegembiraan meraikannya. Farderin Kadir merupakan nadi penting pasukan Felda. Jika beliau mula menjaringkan gol, maka Kelantan dalam keadaan bahaya. 


Kekuatan Kelantan sudah diketahui oleh semua umat Malaysia. Mungkin inilah masanya untuk mereka menambah koleksi Piala Malaysia yang ke-2. Kuasa bolasepak baru ini perlu membuktikan mereka boleh mengimbangi pasukan ketika bermain dalam banyak kejohanan musim ini. Masalah kecederaan dan kepenatan tidak boleh dijadikan alasan sekiranya mereka terkandas di peringkat ini. Bojan Hodak sudah bersedia mengukir 'treble'  dalam lipatan sejarah bolasepak Kelantan.

Ramalan Makcik Felda: Kelantan mara ke Separuh Akhir.


ATM lwn Negeri Sembilan

Dahulu "Musuhnyo Habis Binaso"....



Percayakah anda ATM pernah menjadi Naib Juara Piala Malaysia sebanyak 2 kali? Kini dengan transformasi penuh yang mereka tekah lakukan, tidak mustahil mereka akan bergelar Juara pada 2012 ini. Mencilok Hairuddin Omar dan beberapa pemain negeri sembilan yang lain adalah satu tindakan bernas serta bijak bagaikan otak Sang Kancil. Mungkin Sathianathan boleh menjadikan Hairuddin Omar sebagai pemain pertama yang memenangi dan menjaringkan gol di Perlawanan Akhir Piala Malaysia 4 kali berturut-turut.


Namun ATM bukanlah menghadapi lawan semudah Liverpool. Juara bertahan, Negeri Sembilan pasukan yang sangat misteri apabila tiba di kancah Piala Malaysia. Mereka sangat memahami cara untuk memenangi Piala Malaysia tepat pada waktu dan ketikanya. Untuk menenewaskan Negeri Sembilan memerlukan kepakaran seperti Pep Guardiola. Azraai Khor adalah seorang jurulatih yang tenang dan gandingannya dengan 'Ketua Peragut' Shukor Adan pastinya mendatangkan gerun kepada sesiapa jua yang menentang mereka. Pertembungan yang sangat menarik untuk dilihat dan disaksikan bersama sahabat handai di kedai mamak.


Ramalanku benar belaka: ATM melakar kejutan terbesar menewaskan Juara Bertahan.


Perlawanan Suku Akhir pertama Piala Malaysia 2012.


21 Sep 2012 | Jumaat 

Pahang vs Lions XII - Stdm Darulmakmur
Johor FC vs Selangor - Stdm Jcorp P.Gudang

28 Sep 2012 | Jumaat

Felda Utd vs Kelantan - Stdm Hang Jebat
ATM vs N.Sembilan - Stdm MP Selayang

Perlawanan Suku Akhir kedua Piala Malaysia 2012. 

26 Sep 2012 | Rabu

Lions XII vs Pahang - Stdm Jln Besar
Selangor vs Johor FC - Stdm Shah Alam

2 Okt 2012 | Selasa 

Kelantan vs Felda Utd - Stdm Sultan Muhammad IV
N.Sembilan vs ATM - Stdm STAR Paroi