Sunday, August 5, 2012

Piala Malaysia 2012

Dan lagi..Logo baru..


Kumpulan AKumpulan BKumpulan CKumpulan D
A1 Lions XII
B1 Kelantan
C1 PerakD1 Selangor
A2 PKNS FCB2 TerengganuC2 Negeri SembilanD2 PBDKT T-TEAM
A3 Johor FCB3 KedahC3 Felda United FCD3 Sarawak
A4 Johor FAB4 ATMC4 Sime Darby FCD4 Pahang




Salam bolasepak sedunia. Rasanya macam lambat sahaja analisis ini dicoretkan. Tetapi kira baguslah daripada tiada langsung. Khamis lepas diadakan undian Piala Malaysia dengan penuh meriah sambil dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah berbuka puasa dan tidak seperti majlis resmi biasa di FAM yang hanya menghidangkan karipap pusing makcik kiah dan mee hun goreng serta teh tarik. Seperti biasa FAM telah mengumumkan bahawasanya Piala Malaysia 2013 nanti mempunyai format baru. Rombakan format sudah menjadi darah daging sejati buat FAM. Namun yang peliknya..Presiden FAM tidak pula dirombak-rombak..OMBAK RINDU BETOL!!!


Berbalik pada tajuk asal, Piala Malaysia 2012. Mari kita selami setiap kumpulan berikut dan kaji peluang mereka dalam edisi kali ini. Siapa yang akan gembira di akhir kejohanan ini? Jurulatih mana yang akan melompat kegirangan bagaikan Roberto Di Matteo? Haaaa...mari kita saksikan...


KUMPULAN A

Tersangatlah syahdunya di hati apabila melihat pasukan yang ditempatkan bersama Singapura ini. Boleh dikatakan ia adalah laluan mudah untuk pasukan 'pendatang asing' itu. Johor FA akan menjadi belasahan dalam kumpulan ini kerana kegagalan mereka membida Roman Requelme untuk saingan Piala Malaysia. Manakala PKNS dan Johor FC akan bertarung merebut satu lagi slot untuk ke suku akhir mengiringi Singapura. Namum begitu, sedikit kualiti yang dimiliki pasukan Johor FC berbanding PKNS akan membolehkan mereka layak bersama Singapura ke suku akhir. Ini kerana disebabkan Johor FC memperolehi 2 kemenangan ke atas PKNS dalam saingan Liga Super musim ini. 

Pasukan yang dibenci ini kembali dengan membawa keangkuhan ke dalam Piala Malaysia pula..

Juara: Singapura 
Naib Juara: Johor FC


KUMPULAN B

Kumpulan ini kononnya dilabel sebagai kumpulan maut. Tetapi bagi saya agak mudah untuk meramal pasukan mana yang akan pergi ke suku akhir. Kelantan semestinya pilihan utama untuk memeruskan survival mereka ke suku akhir di dalam kumpulan ini. Cuma yang agak misteri ialah pasukan gerangan manakah yang akan menemani Kelantan? Musuh jiran mereka iaitu Terengganu sepatutnya boleh merebut tempat kedua, namun dengan kehadiran ATM dalam kumpulan ini, saya yakin peluang Terengganu akan berlalu begitu sahaja bagaikan dedaunan keguguran hendaknya. Kehadiran pasukan Kedah pula sekadar melengkapkan jadual kejohahan dek kerana prestasi mereka yang sangat merudum sepanjang musim ini. 

Mantap yang amat!!!!

Juara: Kelantan 
Naib Juara: ATM



KUMPULAN C

Maafkan saya buat peminat pasukan Perak. Saya terpaksa memilih Negeri Sembilan sebagai pasukan yang akan menjuarai kumpulan C ini. Ini kerana Negeri Sembilan sangat pakar di dalam selok belok perjuangan di Piala Malaysia. Walaupun tidak diberikan harapan, pasukan penyandang juara ini mampu mengulangi pencapaian musim lepas. Paling tidak pun akan layak sejauh separuh akhir. Pasukan Felda dan Sime Darby pula sudah pasti akan mencuba sebaik mungkin untuk membawa maruah pasukan kelab dalam Piala Malaysia ini dengan lebih jauh lagi. Walaupun pahit, saya tetap yakin dengan kemampuan Sime Darby untuk mengirringi Negeri Sembilan ke suku akhir. Go Go Go!!!

Juara: Negeri Sembilan
Naib Juara: Sime Darby


Suatu masa dahulu...juara liga FAM tanpa kalah..


KUMPULAN D

Selangor, Pahang dan Sarawak telah mengembalikan memori kita pada awal 90-an dahulu ketika mana nama  Khairul Azman, Mazelan Wahid dan Azman Adnan seringkali meniti di bibir peminat bolasepak hampir pada setiap minggu. Kini keadaan sudah berubah..Safiq Rahim, Azamuddin Akil dan Zamri Morshidi pula yang menjadi sebutan ramai. Sekarang juga sudah muncul sebuah kelab yang tidak asing lagi dalam kancah bolasepak tempatan iaitu T-team.  Ini sebenarya kumpulan maut kerana kekuatan serta kelemahan mereka lebih kurang setara sahaja. Pengalaman pemain untuk beraksi cemerlang pada peringkat tertinggi dalam tekanan yang maha dahsyat akan membantu pasukan masing-masing untuk mara lebih jauh lagi dalam Piala Malaysia 2012 ini. 

Misi ini diteruskan lagi....

Juara: T-team
Naib Juara: Selangor

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...