Friday, October 18, 2013

Berita FA Selangor.

 
 
Aku mendapat berita terkini perihal FA Selangor (FAS) yang khabarnya mereka telah membuat permohonan rasmi kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menambah peruntukan tahun hadapan. Permohonan telah dibuat semasa mesyuarat jawatan kuasa pro-league selangor malam tadi melalui wakil Menteri Besar Selangor, yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut.
 
FAS memohon penambahan sebanyak RM3 juta dari jumlah  RM7.5 juta yang diberi oleh kerajaan negeri sebelum ini. Jika penambahan diluluskan, dengan jumlah rm10.5 juta, FAS yakin dapat membentuk pasukan super league yang mantap, selain daripada hal-hal development.
 
FAS juga khabarnya telah menerima laporan post mortem dari kesemua jurulatih mengenai kegagalan memenangi sebarang piala tahun ini. Pada masa yang sama, FAS sedang berusaha untuk mendapatkan penajaan pihak swasta bagi liga musim hadapan. Difahamkan juga, FAS sedang menyelesaikan perihal 'kedudukan' pemain-pemain yang masih berminat untuk kekal di Selangor dan juga penolong-penolong jurulatih. selain itu, khabarnya, FAS ada perancangan tersendiri dalam menambah dana persatuan. Semuanya akan diketahui hujung tahun ini.

4 comments:

  1. Seriusnya artikel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sesekali kena serius jugak. bila aku melawak dalam penulisan, dikatakan sampah pulak..apa apa pun terimakasih sbb sudi baca dan komen.

      Delete
  2. dorang ni taknak swastakan ke? harap je negeri maju..mentaliti still nak mintak orang suapkan..aiyaaa

    ReplyDelete
  3. ler.. cari la sponsor lain.. takkan nak harap 1 pihak je. apa da

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...