Lukaku |
Tanggal 11 Oktober 2013, sebanyak 4 lagi pasukan berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2014. Jerman, Belgium, Switzerland dan Colombia mengiringi Brazil, Jepun, Australia, Iran, Belanda, Itali, United States, Costa Rica, Korea Selatan serta Argentina.
Belgium kembali menjengah pentas Piala Dunia selepas kali terakhir layak 12 tahun lalu. Dua gol dari Lukaku ketika menewaskan Croatia 2-1 di tempat lawan membuktikan pasukan ini memang berhak berada dalam 'top 5' pasukan pilihan Piala Dunia 2014. Berikut adalah rekod pasukan Belgium dalam kempen Piala Dunia yang lepas.
1st round - 1930, 1934, 1938, 1954, 1970, 1998
2nd round - 1982, 1990, 1994, 2002
Quater Final - N/A
Semi Final - 1986
Withdrew - 1950
Do Not Qualify - 1958, 1962, 1966, 1974, 1978, 2006, 2010
Seperti yang dijangka, pasukan Jerman juga berjaya menempatkan diri dalam kejohanan ini tahun depan selepas dengan jayanya menewaskan Ireland 3-0 hasil jaringan Sami Khedira, Andre Schurrle dan Mesut Ozil. Apa yang jelas di sini ialah, aksi cemerlang mereka ketika bersama pasukan kelab berjaya diterjemahkan pula apbila turun mewakili pasukan kebangsaan mereka.
Sementara itu, pasukan Switzerland menjadi negara Eropah ke-5 yang layak ke Piala Dunia 2014 setelah menang 2-1 ke atas Albania hasil gol daripada pemain Bayern Munich Xherdan Shaqiri dan Michael Lang.
Bagi pasukan Colombia pula, mereka berjaya menjadi pasukan ke-3 dari Amerika Selatan yang layak ke Piala Dunia selepas mengikat pasukan Chile 3-3 dalam satu perlawanan yang penuh dramatik. Pasukan bimbingan Jose Pakerman ini ketinggalan 3 gol pada separuh masa pertama sebelum Teofilo Gutierrez dan Radamel Falcao (2 gol) menyelamatkan pasukan mereka. Berikut adalah senarai 14 pasukan yang telah layak ke Piala Dunia 2014
TEAM | CONFEDERATION | LAST APPEARANCE | BEST PERFORMANCE |
Brazil | Conmebol | 2010 | Winners |
Argentina | Conmebol | 2010 | Winners |
Colombia | Conmebol | 1998 | Round of 16 |
Netherlands | Uefa | 2010 | Runners-up |
Italy | Uefa | 2010 | Winners |
Belgium | Uefa | 2002 | Fourth place |
Germany | Uefa | 2010 | Winners |
Switzerland | Uefa | 2010 | Quarter-finals |
Japan | AFC | 2010 | Round of 16 |
Australia | AFC | 2010 | Round of 16 |
Iran | AFC | 2006 | Group stage |
South Korea | AFC | 2010 | Fourth place |
Costa Rica | Concacaf | 2006 | Round of 16 |
USA | Concacaf | 2010 | Third place |
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...