Tuesday, December 10, 2013

Sukan Sea 2013 : Malaysia 2 - Brunei 0.




1. Malaysia turun dalam misi memburu hatrik menentang Brunei pasukan yang baru sahaja beberapa tahun bebas daripada penggantungan FIFA. Perlawanan diadakan di Stadium Zeyar Thiri bersebelahan dengan Thaikchaung yang terletak di Mandalay, Myanmar. Lokasinya berlatitude - 19°53'43.27" dan berlongitude - 96°14'52.94". Manakala kapasitinya ialah 30 ribu.

2. Siaran langsung di dua saluran, TV9 dan Astro Arena. Di TV9 macam biasa Abu Bakar Atan sementara di Astro Arena ianya Shaukei Kahar. Kalau nak ulasan bola tipikal Malaysia yang syok sendiri, ada fakta luar biasa dan gelak-gelak mestilah layan TV9. Kalau mahu ulasan bola gaya macho, berinformasi tak bertempat dan penuh kritikan pun syok sendiri maka boleh layan Astro Arena. Aku layan dua-dua sekali.

3. Melihatkan nama K. Reuben dan Izaaq Faris dalam kesebelasan utama, aku jadi sedikit debar.

4. Selepas 30 minit perlawanan berlangsung, aku mendapat sms daripada sepupu aku yang berbunyi "Izaaq Faris ni memang jelmaan Fakri Saarani". Aku tersenyum nipis.

5. Minit ke 31, Rozaimi berjaya menjaringkan gol selepas berpuluh kali mencuba.

6. Brunei melepaskan begitu banyak peluang gol pada separuh masa pertama dan kedua. Ini membuktikan pasukan Harimau Muda adalah mangkuk, manakala pasukan Brunei membawa status mangkuk berayun.

7. Corak permainan anak buah Ong Kim Swee pada separuh masa kedua sama seperti pada separuh masa pertama iaitu tendang ikut arah telor. Pemain tengah nampaknya rajin turun ke bawah membantu pertahanan tetapi sebaik bola berjaya dirampas semua lebih suka berlari-lari anak naik ke atas. Berat telor gamaknya. Barisan serangan pula nampaknya lebih mengambil sikap tunggu dan lihat. Jawabnya entah sampai ke bila setakat tunggu dan lihat bola sajalah kerja mereka.

8. Cuma kelebihan Harimau Muda ialah mereka tidak ada Safee Sali dan Safiq Rahim. Di situ Ong Kim Swee sudah 76% selamat daripada caci maki. 

9. Mujur pada minit ke-70 muncul Asri Chu Chu (ingat habis comel la nama tu) menjaringkan gol kedua. 

10. Secara keseluruhan melihatkan corak permainan anak buah Ong Kim Swee, bolehlah saya cadangkan kita tutup sahaja FAM. Jika inilah gayanya, hancor lodohlah gamaknya.

11. Malaysia menang 2-0 dan mungkin ada yang sudah terlupa sedikit betapa pentingnya untuk Presiden FAM letak jawatan. Tapi aku tidak lupa.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...