1. Malaysia turun menentang Vietnam dalam misi wajib menang demi melengkapkan hegemoni bolasepak Malaysia dalam Sukan Sea selama 4 tahun.
2. Pasukan yang dikemudi oleh Ong Kim Swee, bekas pemain Projek Barcelona 1992, juara Piala FA 1995 dan Liga-M 1996 bersama Sabah dan antara pemain yang bermain dalam tahun 1995 untuk Malaysia menentang Flamengo yang berkesudahan 1-1, sangat memerlukan 3 mata untuk membawa mereka ke Separuh Akhir.
3. Seawal 11 minit permainan - Rozaimi terlepas satu peluang gol, Izham Tarmizi menepis cubaan gol dari Vietnam. Ia adalah bayangan awal perlawanan ini amat sengit.
4. Pada minit ke-13 Thamil Arasu pula terlepas peluang menjaringkan gol. Sepakan angin beliau lepaskan dengan penuh geliga.
5. Setelah aku selidik, kawasan sebelah Zubir Azmi paling banyak kali bocor. Bahagian tengah tak hidup sangat mungkin kerana Nazmi Faiz tak masuk lagi. Manakala serangan Malaysia jelas tumpul. Paling power pun penjaga gol Izham Tarmizi.
6. Selesai 45 minit perlawanan. Kedudukan gol ialah 0-0. Malaysia bermain unik. Rentak sumbang dan tiada 'posession' dapat diberikan dalam bentuk peratusan. Kabur. Semua main tendang 2,3 kali, bertukar pegangan, sepak 2,3 kali, dapat kat pemain lawan pulak, tendang bola janji clear, kene serang balik untuk 30 saat. Tendang keluar! selesai. Ambik nafas pun tak sempat. Passing tak berapa nak tepat. Itulah kisahnya.
7. Separuh masa kedua bermula. Malaysia bermula bangang dan garang. Aksi kucar kacir dan berterabur disajikan secara bergilir-gilir.
8. Sekali lagi aku perhatikan pemain Malaysia bila dapat bola terus nak hantar ke atas. Sebagai contoh Pemain A membuat hantaran ke hujung padang, Pemain B mengejar sampai putus napas. Ikut mata kasar, tiada seorang pemain pun di dunia ini yang mampu mengejar bola hantaran Pemain A tersebut, sebab terlalu laju dan jauh. Bola terkeluar, Pemain B berhenti berlari kira-kira 10 meter dari bola dan berpusing sambil angkat ibu jari memberi tanda 'bagus' kepada Pemain A. Pemain A ni ingat power sangat ke penyerang kau tu?
9. Seperti biasa secara tiba-tiba tuah rezeki datang membantu. Pemain yang bernama comel, Ashri Chu Chu menyumbat gol pada minit ke-81 selepas hantaran lintang Saarvindran dari sebelah kanan gagal menemui Thamil Arasu (macam biasalah). Ashri yang tidak dikawal melepaskan rembatan kencang menggunakan kaki kirinya.
10. Vietnam menjadi gila. Mereka menyerang bertubi-tubi sehingga tiada pemain pertahanan yang berkawal di kawasan mereka. Satu kesilapan berlaku dan Malaysia melancarkan serangan balas secara serta merta. Hasilnya Saarvindran menjaringkan gol kedua dengan tenang dan cermat pada minit ke-89. Malaysia mendahului 2 gol dihadapan.
11. Thamil Arasu hanya dikeluarkan oleh Ong Kim Swee pada minit ke 90. Punyalah sayangnya beliau pada Torres Malaysia ni. Dari situ kita boleh lihat Thamil Arasu tidak sepatutnya diletakkan di atas PADESTAL. Dia lebih layak diletakkan diatas bahu jalan sahaja.
12. Izham Tarmizi menghadiahkan Vietnam gol saguhati pada masa kecederaan. Keputusan akhir Malaysia 2 - Vietnam 1. Malaysia akan bertemu Indonesia di Separuh Akhir. Amacam? Power?
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...