Mula-mula kita semua boleh
rileks bila dengar Aidil Zafuan dan Safiq Rahim bersara. Tak payah nak hairan sangat
pun. Ramai pemain pernah melakukannya.
Perlukah kita menggelabah tetek kerana pool talent footballer Malaysia yang berskala kecil? Jangan risau. Kita ambil contoh mudah Iceland pun dah cukup. Kapasiti rakyat kecil tapi ramai yang handal dek kerana strategi ampuh mereka. Malaysia pula menggunakan pelan dan strategi yang macam mana?
Selepas Aidil dan Safiq bersara, siapa pula nak ganti
mereka ni? Bagi plan jangka pendek, secara peribadi aku berpendapat Shahrom Kalam, Khairul Helmi
boleh dipertimbangkan untuk posisi pertahanan tengah. Nasir Basharuddin,
Brendan Gan, Baddrol Bakhtiar, Hafiz Kamal, Nazmi Faiz boleh digilap
lagi untuk menjadi pengganti natural Safiq Rahim. Boleh jugak pilih Gary
Steven, Shakir Shaari kalau mereka ni kerap bermain untuk pasukan kelab
mereka. Walaupun nama-nama yang aku cadangkan tu tidaklah sama
peranannya di atas padang seperti Safiq. Tapi jika kena pada taktikal dan
plannya, memang bukan satu masalah yang besar. Nampak handal jugak aku punya pandangan ni.
Apa kebaikan daripada persaraan mereka?
Secara dasarnya ia akan memberi peluang kepada
pemain lain. Pemain lain ye. Bukan pemain muda. Kau sebutkan pada aku
siapa pemain muda yang berpotensi gantikan Aidil dan Safiq. Siapa?
Muda yang aku maksudkan
adalah seperti Marcus Rashford dan Renato Sanches. Itu baru bukti pemain
muda bersedia tampil amek peranan pemain tua seperti Rooney dan
Ronaldo ataupun Nani. Mungkin berbeza posisi. Tapi influence dalam
padang amat penting dalam sesebuah pasukan bola sepak. Dan kita akui
influence Aidil dan Safiq amat besar kepada pasukan Malaysia sekalipun
bermain bola sepak gaya gampang.
Apakah pula keburukkannya wahai saudara sekalian?
Selepas Aidil dan Safiq,
muncul pula Kunanlan dan Amirulhadi mengumumkan persaraan beliau. Kenapa hanya pemain
JDT sahaja yang berbuat demikian? Apabila orang mula menyebut perihal
ini di media sosial, kita mula terasa seperti ada sesuatu yang sedang
berlaku di belakang tabir. Yang kita sendiri tidak tahu. Adakah akan
wujud negara baru? Adakah institusi FAM sedang dicabar satu kuasa baru?
Adakah ini keburukkannya
apabila rumor mula beterbangan di sana sini? Berapa banyak perkataan 'adakah' yang aku nak guna ni. Makin tak sedap pulak susunan ayat aku.
Beginilah...aku berpendapat ia menjadi perkara buruk apabila keadaan ini berlaku secara tidak normal. Tidak normal kerana bersara secara berjemaah seperti mana yang dilakukan oleh Messi dan Mascherano serta beberapa pemain lain yang cuba-cuba untuk melakukan benda yang sama. Seakan-akan ada maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada seseorang. Adakah ia mesej kepada Tengku Bola Malaysia? Tengku Bola tahu ke tidak perkembangan ini ye? Aaaah..Malaysia kalah 10 - 0 pun dia buat selamber jek. Apa adahal bila pemain tonggak bersara serentak. Ye tak?
Beginilah...aku berpendapat ia menjadi perkara buruk apabila keadaan ini berlaku secara tidak normal. Tidak normal kerana bersara secara berjemaah seperti mana yang dilakukan oleh Messi dan Mascherano serta beberapa pemain lain yang cuba-cuba untuk melakukan benda yang sama. Seakan-akan ada maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada seseorang. Adakah ia mesej kepada Tengku Bola Malaysia? Tengku Bola tahu ke tidak perkembangan ini ye? Aaaah..Malaysia kalah 10 - 0 pun dia buat selamber jek. Apa adahal bila pemain tonggak bersara serentak. Ye tak?
Aku tiada masalah dengan
persaraan mereka semua ni. Malahan ia adalah rahmat untuk kita
berpeluang melihat pemain lain pula yang menyarung jersi kebangsaan. Apa
yang pasti perkembangan ini menarik untuk kita semua nilai dan saksikan
bersama secara sihat dan bukannya secara bertelagah.
Ramalan: Apabila Maradona,
Pele, Zidane pencen. Kita dapat lihat berpuluh pemain bangkit sehingga
mendapat gelaran New Maradona, New Pele, New Zidane. Adakah kita akan
dapat menengok New Aidil? Pemain bola sepak yang berkahwin dengan artis,
bercerai dan naik turun tangga mahkamah?
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...