Portugal layak ke
perlawanan akhir walaupun bermain bola sepak secara rileks tanpa
pedoman. Tiada identiti khas seperti Sepanyol dengan tika-takanya, Belgium
dengan teras yang dibina berdasarkan barisan pemain bintang mereka, Itali dengan gugusan Catenaccio, Belanda
dahuluuuuuu dengan Total Football, England pula...?
Selepas Cristiano Ronaldo melempar microfon seorang wartawan ke dalam tasik, dia telah banyak berubah perangai. Dalam satu temubualnya dengan seorang lagi wartawan yang lain, juga ketika Ronaldo sedang berjalan di tepi tasik, beliau dengan tenang menjawab soalan wartawan tersebut.
"Sudah tentu ia sangat bagus jika kami tidak perlu bertembung dengan mereka (Perancis). Tambahan pula dengan kelebihan mereka selaku tuan rumah. Tetapi selepas melihat usaha mereka menewaskan Jerman. Kami terpaksa akur dan redha menerima takdir ini. Heh!!"
"Sudah tentu ia sangat bagus jika kami tidak perlu bertembung dengan mereka (Perancis). Tambahan pula dengan kelebihan mereka selaku tuan rumah. Tetapi selepas melihat usaha mereka menewaskan Jerman. Kami terpaksa akur dan redha menerima takdir ini. Heh!!"
Sebagai rekod, Portugal tidak pernah menewaskan Perancis sejak kali terakhir melakukannya pada tahun 1975. Dahsyat bukan?
Tentu sebahagian daripada kita masih ingat pada kejohanan Piala Eropah 2000, ketika nama Figo dan Zidane sedang menghiasi era bola sepak millenium, kedua pasukan ini telah bertemu dalam satu perlawanan epik yang berakhir dengan keputusan berpihak kepada Perancis 2-1. Empat tahun selepas itu pada 5 Julai 2006, mereka bertemu sekali lagi pada Piala Dunia di Jerman. Ketika itu Perancis menang tipis 1-0.
Setakat ini Perancis sudahpun menjaringkan 13 gol berbanding Portugal dengan 8 gol. Ini menunjukkan mereka adalah
pasukan pilihan untuk memenangi gelaran juara Piala Eropah malam ini.
Dedier Deschamps pastinya akan
menurunkan Hloris yang akan dilindungi secara berjemaah oleh Sagna, Koscielny, Umtiti dan Evra bagi menepis segala asakan daripada Nani dan juga Cristiano Ronaldo. Di bahagian
tengah pula kita akan saksikan pertembungan klasik antara William Carvalho, Adrien, João Mário dan Renato Sanches dengan gandingan elit dari Perancis
yang terdiri daripada Pogba, Matuidi dan Sissoko. Sementara
itu tugas berat buat Griezmann, Payet dan Giroud kerana mereka perlu berhadapan dengan Pepe dan Fonte yang terkenal
dengan corak permaianan yang keras.
Kita tahu Perancis mempunyai banyak kelebihan kerana beraksi sebagai tuan rumah. Namun kita tidak boleh menidakkan peluang Portugal dalam perlawanan akhir ini.
Mereka memiliki permain
terbaik dunia, Cristiano Ronaldo. Pemain veteran seperti Nani dan Quaresma pula diadun dengan baik bersama pemain muda seperti Renato Sanches dan Raphaël Guerreiro. Jadi secara realistiknya mereka mempunyai kualiti pemain
yang mampu melakukan impak dalam perlawanan akhir ini. Cuma
persoalannya sekarang ialah mampukah ia dilakukan?
Mungkin ini adalah peluang
terbaik buat Portugal yang mana kita semua tahu terlalu bergantung
kepada Cristiano Ronaldo. Adakah kita akan melihat kejuaraan Piala Eropah
yang pertama akan dirangkul oleh Portugal?
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...