Thursday, November 22, 2012

Senarai Skuad 2013: Selangor, Kelantan, Sime Darby.

 
 
Pemain Selangor 2013

Penjaga Gol:

Norazlan Bin Razali (26 tahun)
Md Sharbinee Allawee Bin Ramli (26, Terengganu)
Mohd Fairul Azwan bin Shahrullai (25)

Pertahanan:

Mohd Nasriq Bin Baharom (25)
Mohd Asraruddin Putra Bin Omar (24)
Ramez Dayoub (28, Lebanon)
Adib Aizuddin Bin Abd Latif (26)
Mahalli Bin Jasuli (23 Harimau Muda A)
Mohd Fairuz Bin Abdul Aziz (27 Sime Darby FC)

Tengah:

Mohd Bunyamin Bin Umar (24)
Mohd Fitri Shazwan Bin Raduwan (24)
Gurusamy Govandar a/l Kandsamy (23)
Kunanlan a/l Subramaniam (26, Negeri Sembilan)
Abdul Shukur Bin Jusoh (23, Terengganu)
Kavi Chlevan a/l Vivekanathan (23, Harimau Muda A)
Veenod a/l Subramaniam (24, USM FC)
Mohd Raimi Bin Md Nor (24, Felda United FC)
Solihin Bin Kanasian Abdullah (29)

Penyerang:

Mohd Amri Bin Yahyah (30)
Francis Forkey Doe (26, Liberia, Terengganu)
Muhammad Afiq Bin Azmi (24, Kuala Lumpur)
Muhammad Ramzul Zahini Bin Adenan (25, Kelantan)
Wan Mohd Hoesne Bin Wan Hussain (25)
 
 
 
 
Pemain Sime Darby FC 2013
 
Penjaga Gol:

25 Redzuan Harun (34 tahun),
22 Sufian Abdul Rahman (34, Kelab Terdahulu: Felda United FC),
1 Kamarul Affendi Abdul Rahim (25, Perak)

Pertahanan:

4 Bashahrul Abu Bakar (22, Harimau Muda),
15 Yosri Derma Raju (30, Sarawak),
6 Hasmarul Fadzir Hassan (26, Selangor),
17 Khairi Zainuddin (34, Perak),
21 Prabakaran Kanadasan (22),
5 Arif Ismail (26),
3 Faizal Nasir (26, PKNS FC),
2 Amirul Azmi (20)

Tengah:

18 Juzaili Samion (31, Felda United FC),
14 Goran Perak (25, NK Osijek),
8 Shukur Saidin (21),
13 Asrol Ibrahim (26),
12 Famirul Asyraf Sayuti (23, Selangor),
23 Ravindren Krishnan (23, Sarawak),
7 Fahrul Razi Kamaruddin (26, Perak),
16 Fazrul Hazli Mohd Kadri (23, Perak),
19 Firdaus Faudzi (25, Felda United FC)

Penyerang:

10 Karlo Primorac (28, NK Istra 1961),
20 Fadzli Saari (29, T-Team FC),
9 Yusof Zainal Abidin (27),
24 Syafiq Jamal (25, Perak),
11 Zamri Chin (27, Johor FC)


 
Pemain Kelantan 2013


Penjaga Gol:

Khairul Fahmi Che Mat, Sharizan Ismail, Norhadi Ubaidillah

Pertahanan:

Azizi Matt Rose, K. Nanthakumar, Nik Shahrul Azim, Obinna Nwaneri, S. Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin, Rizal Fahmi Rosid, Mijo Dadic, Tuan Muhammad Faim, Zairul Fitree Ishak @Ise, Abdul Aziz Ismail.

Tengah:

Mohd Zamri Ramli, Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi @Piya, Mohd Norfarhan Muhammad @ Paan, Indra Putra Mahayuddin, Emmanuel Okine

Penyerang:

Keita Mandjou, Mohamad Aris Zaidi, Khairul Izuan Salahuddin, Zairo Anuar Zalani, Mohd Faiz Subri, Danny Antwi

Piala Suzuki 2012 Kumpulan B : SINGAPURA

Pada 2010..Bosnia, England, Nigeria, Serbia..ini betol-betol 1 Singapore!!!

SINGAPURA-pura


Sebelum Indonesia terhegeh-hegeh "meng-Endonkan" umat Belanda. Aktiviti pengimportan pemain asing seperti ini telah dipelopori oleh tidak lain dan tidak bukan ialah Singapura. Seperti mengaplikasikan slogan "1 Singapura, Negara Didahulukan Piala Diutamakan"  mereka seperti biasa dengan selamba hanjeng menunda angkatan importnya ke Piala AFF.


Imbas kembali pada 2010 mereka telah menyenaraikan Aleksandr Duric dari Bosnia, Agu Casmir dari Nigeria, Mustafic Fahrudin dari Serbia, Precious Emuejeraye dari Nigeria dan Daniel Bennett dari England. Mereka ini masih dikekalkan pada 2012 cuma yang tiada ialah Precious Emuejeraye dan diganti dengan import China Shi Jiayi dan Qiu Li.


Apa yang sedikit melucukan ialah walaupun Indonesia meniru Singapura untuk mengimport pemain asing, namun populasi Indonesia ialah 47 kali ganda lebih besar daripada Singapura. Jelas di sini pasukan bolasepak Indonesia dan Singapura sama sahaja naik bangangnya. Mujur Malaysia cerdik.



                                                        Masih mengekalkan formula lapok..


Jurulatih Avramovic semakin pasti memilih Shahril Ishak sebagai ketua pasukan. Satu-satunya anak watan Singapura yang asli. Baihakki Khaizan pula akan bergandingan di bahagian pertahanan tengah dengan warga England, Daniel Bennett yang kini telahpun berusia 34 tahun. Ini adalah penampilan ke-6 Si Tua ini selepas kali pertama membuat penampilan pada 2002. 


Manakala Isa Halim (Singapura), Shi Jiayi (China) danMustafic Fahruddin (Serbia) akan menjana bahagian tengah pasukan ini. Melengkapkan bahagian serangan ialah Khairul Amri yang bermain untuk Lions 12 serta Si Tua Bangka  Aleksandar Duric yang menjangkau usia 42 tahun.



Harapan terakhir pemain tempatan Singapura Shahril Ishak dan Si Tua Bangka Duric

Rekod Kejohanan:

Juara: 1998, 2004 and 2006/7
Bermain: 40 perlawanan
Menang: 22 perlawanan
Seri: 11 perlawanan
Kalah: 7 perlawanan
Jaringan: 78 gol
Bolos: 36 gol 
Kemenangan Terbesar: 11-0 vs Laos(2007)
Kekalahan Terbesar: 0-4 vs Malaysia (2002)




Penjaga Gol:

IIzwan Mahbud, Hyrulnizam Juma'at, Joey Sim.



Pertahanan: 

Baihakki Khaizan, Daniel Bennett, Shaiful Esah, Irwan Shah, Safuwan Baharudin.



Tengah:

Hariss Harun, Hafiz Rahim, Firdaus Kasman, Isa Halim, Shahril Ishak, Fazli Ayob, Zulfahmi Arifin, Mustafic Fahrudin, Shahdan Sulaiman, Shi Jiayi.


Serangan:
Qiu Li, Fazrul Nawaz, Aleksandar Duric, Khairul Amri


Jurulatih: Avramovic Radojko (Serbia)


*Senarai akhir 22 pemain akan dihantar sehari sebelum kejohanan bermula.

Wednesday, November 21, 2012

Piala Suzuki 2012 Kumpulan B : INDONESIA

 
 
Analisis kali ini hanya untuk kumpulan B sahaja yang melibatkan pasukan Harimau Malaya. Indonesia, Singapura dan Laos adalah pasukan yang mesti ditewaskan oleh Harimau Malaya. Namun mampukah kita selepas beberapa siri perlawanan persahabatan yang tidak menunjukkan sebarang petanda yang kita mampu mempertahankan kejohanan serantau ini?
 
 
Ramai yang menyangka Harimau Malaya sudah bertukar menjadi 'Ulat Gonggok'. Namun tak kurang juga yang masih menyimpan sedikit perasaan sayang kepada pasukan ini dan yakin Harimau Malaya akan "bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula". Tetapi jika kita tidak mahu menyokong Harimau Malaya, takkan pula kita nak menyorak untuk pasukan Singapura yang tidak original itu.
 
 
Oleh itu mari kita kenali pasukan lawan Malaysia di dalam kumpulan B ini.  Dipersembahkan...INDONESIA!!!!!!
 
 
 
 
INDONESIA
 
 
Pasukan Indonesia pada kali ini amat berbeza dengan barisan yang ada pada 2010 dahulu. Hanya 3 pemain sahaja dari skuad 2010 yang dikekalkan iaitu Bambang Pamungkas, Irfan Bachdim dan Oktovianus Maniani. Selebihnya adalah kombinasi terbaik pemain mereka daripada LPI dan LSI. Kali ini mereka hadir dengan tanpa tekanan daripada peminat Ultras Endon selepas konflik hancor lodoh yang melanda PSSI.
 
 
Dengan tekanan yang minima ini, mereka berharap dapat menunjukkan kekuatan sebenar walaupun hanya sempat mengadakan 2 perlawanan persahabatan sahaja menentang Timur Leste dan Cameroon. Menang 1-0 denga Timur Leste hasil jaringan pemain tua mereka Bambang Pamungkas. Manakala seri dengan Cameroon Muda 0-0. Berdasarkan keputusan ini, boleh dikatakan pasukan Garuda berada pada landasan yang betul.
 
 
Masih berharap pada Si Tua Bambang.
 
 
Nil Maizar baru sahaja beberapa bulan menjadi jurulatih pasukan Garuda ini. Bekas pemain kebangsaan Indonesia ini mempunyai misi besar untuk mengembalikan semula maruah mereka di Asia Tenggara. Masih bersandarkan format lama iaitu menaturalisasikan rakyat luar menjadi warga negara Indon sebagai antara usaha demi mencapai kejayaan segera. Setakat ini mereka sudah berjaya "meng-Endonkan" dua pemain Belanda iaitu pemain tengah, Tonnie Cussel, 29, dan penyerang, Jhonny van Beukering, 29. Dan pada ketika entri ini ditulis, mereka sedang rakus "meng-Endonkan" pemain pertahanan Belanda, Raphael Maitimo.
 
Mampukah Indon memecahkan 'telor' tidak pernah memenangi Piala Suzuki ini? Atau mereka akan tersangkut di Separuh Akhir buat kesekian kalinya? Marilah kita sama-sama tunggu pencapaian pasukan yang amat dibenci ini.
 
 
Rekod Kejohanan:
 
Naib Juara: 2000, 2002, 2004 dan 2010
Bermain: 44 perlawanan
Menang: 24 perlawanan
Drawn: 7 perlawanan
Kalah: 13 perlawanan
Jaringan: 123 gol
Bolos: 59 gol
Kemenangan terbesar:  13-1 vs Philippines (2002)
Kekalahan terbesar: 1-4 vs Thailand (2000-Peringkat Kumpulan) dan 1-4 vs Thailand (2000-Akhir)
 

Penjaga Gol:
 
ENDRA PRASETYA SUPRAPTO
I MADE WIRAWAN
SAMSIDAR
WAHYU TRI NUGROHO
 
 
Pertahanan:
 
DIEGO ROBBIE MICHIELS
FACHRUDDIN
HAMKA HAMSAH
HANDI RAMDHAN
HENGKI ARDILES
NOPENDI
NOVAN SETYA SASONGKO
RAPHAEL GUILLERM EDUARDO MAITIMO
 
 
Tengah:

AHMAD BUSTOMI
BERNARDUS VALENTINUS TELAUBUN
CORNELES SEGIUS GEDDI
ELIE AIBOY
FIRMAN UTINA
HENDRA ADI BAYAUW
JAJANG PALIAMA MUJIANTO
MUHAMMAD NUR ISKANDAR
OCTOVIANUS MANIANI
RASHYID ASSAHID BAKRI
TAUFIQ
TONNIE HARRY CUSELL
VENDRY RONALDO MOFU
WAHYU WIJIASTANTO
 
 
Serangan:
 
AGUNG SUPRIYANTO
ANDIK VERMANSAH
ARTHUR DANIEL IRAWAN
BAMBANG PAMUNGKAS
IRFAN HAARYS BACHDIM
JHONNY RUDOLF VAN BEUKERING
PATRICH STEFANUS WANGGAI
RACHMAT SYAMSUDDIN LEO
SAMSUL ARIF MUNIP
 

Jurulatih: NILMAIZAR
 
 
*Senarai akhir 22 pemain akan dihantar sehari sebelum kejohanan bermula.

Sunday, November 18, 2012

Nama Gelaran Pemain Bolasepak Paling Mengerikan


Nama gelaran pemain bolasepak memang tidak asing lagi di Malaysia. Antaranya Zaq-One, Mat Yo, Hai-O, Awe dan Mie Yeh sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Namun apa yang menggeletek tali pusat ialah nama-nama gelaran atau panggilan ini turut dicetak di belakang jersi mereka. Ini sesuatu perkara yang tidak akan berlaku di Eropah dan ia hanya terdapat di Malaysia.


Walaupun FAM dan persatuan bolasepak negeri seringkali berkokok melaungkan bahawa Liga kita ini professional, perkara seperti ini masih berlaku. Mungkin ada yang berpendapat perkara ia tidak salah. Ya memang tidak salah. Cuma ia seakan-akan perbuatan tidak matang dan jersi pasukan negeri itu menjadi seperti baju-T kanak-kanak bermain bola di waktu petang. Renung-renungkanlah.... 


Di bawah ini dibawakan beberapa pemain bolasepak antarabangsa dengan nama gelaran yang boleh dikatakan mengerikan. Tak dapat dibayangkan andai ia diletakkan di bekakang jersi mereka. Mari kita saksikan bersama....

Frank Ribery



Pemain sayap Perancis, Franck Ribery adalah salah seorang pemain yang paling berbakat dalam generasinya. Walau bagaimanapun, nama samaran beliau "Muka Parut" adalah mungkin salah satu yang paling hina pernah ditemui.




Thomas Gravesen


Sesiapa yang pernah menyaksikan pemain ini beraksi bersama Everton ketika pertengahan era 2000 akan menghargai tema, "all-action Thomas Gravesen,"  Namun itu adalah paggilan yang lebih suci daripada nama gelaran beliau iaitu "Shrek".



Wayne Rooney



Wayne Rooney pemain terhebat Engkand juga pernah digelar "Shrek". Namun kini sesetengah orang mula memanggilnya "The Khinzir." Keji tak?



Ronaldinho


Tiada siapa dapat menidakkan bakat yang dimiliki beliau. Walau bagaimanapun, Ronaldinho mendapat gelaran kasar ditujukan kepadanya apabila dia digelar "Jar Binks Jar," nama watakdalam film Star Wars.




Saturday, November 17, 2012

Fokus Bola Eropah 2012




Bundesliga
FC Nürnberg vs FC Bayern München

17 November 2012: 10.30 PM.

Nurnberg bukanlah lawan sebenar Bayern jika diambil kira kekuatan di atas kertas. Tewas minggu lepas kepada Mainz 2-1 minggu lepas, malam ini pasukan Dieter Hecking akan mengalami sedikit perubahan dalam kesebelasan utama untuk memperbaiki kedudukan ke-16 liga mereka. Sementara itu Bayern Munich masih lagi memegang rekod pertemuan dengan Nurnberg di Bundesliga yang mana mereka tidak pernah kalah sejak perlawanan ke- 20 pada musim 2006-07 season, yang mana mereka ketika itu tewas 3-0 di tempat lawan.


Dengan hanya Boateng yang berada dalam senarai kecederaaan, semakin pasti Van Buyten akan berpasangan dengan Badstuber di bahagian pertahanan tengah. Manakala posisi tengah pula Bayern akan mempetruhkan Luiz Gustavo menggantikan Javi Martinez yang masih kepenatan selepas perlawanan persahabatan Sepanyol menentang Panama tempohari. Toni Kroos akan bergandingan dengan Mario Mandzukic di barisan serangan untuk merobek gawang Nurnberg.


Pemain Fokus:

Raphael Schäfer
Raphael Schäfer
POSITION:Goalkeeper
SQUAD NUMBER:1
GAMESGOALSYCRC
8010
Franck Ribéry
Franck Ribéry
POSITION:Midfielder
SQUAD NUMBER:7
GAMESGOALSYCRC
7310



Ramalan: 

FC Nürnberg 0 - 3 FC Bayern München





Barclays Premier League
West Bromwich Albion vs Chelsea FC
November 17, 2012 11:00 PM


Setakat ini Steve Clark melakukan kerja yang baik di WBA. Namun malangnya mereka tidak boleh menurunkan Lukaku pada pertemuan ini kerana syarat-syarat pinjaman dalam kontraknya. 'The Baggies' juga akan turun tanpa Ben Foster. Manakala Chelsea juga turut akan kehilangan aksi John Terry dan Frank Lampard yang masih lagi mengalami kecederaan. Namun sedikit berita baik apabila David Luiz dan Ashley Cole dijangka pulih pada masanya dan akan beraksi pada perlawanan ini.


Ramalan: 

West Bromwich Albion 0-2 Chelsea FC




Serie A
Juventus  vs Lazio
November 18, 2012 1:00 AM


Juventus akan melayan kunjungan Lazio tanpa pemain terbaik mereka Anrea Pirlo. Berdasarkan rekod pertemuan yang lepas, sememangnya Juventus memiliki banyak kelebihan. Lazio tidak pernah menang dalam 15 percubaan mereka menentang Juventus. Berdasarkan persembahan semasa juga Juventus yang menerajui Serie A ketika ini akan pasti dapat menewaskan Lazio yang berada di tangga ke-5 liga.

Ramalan:

Juventus 2-0 Lazio





La Liga
Real Madrid CF vs 
Athletic de Bilbao

November 18, 2012 5:00 AM


Real Madrid duo Cristiano Ronaldo dan Mesut Ozil disahkan cergas untuk pertemuan menentang Athletic Bilbao selepas pulih dari kecederaan ketika bertemu Levante hujung minggu lalu. Sami Khedira (paha) dan Karim Benzema (pangkal paha) telah kembali berlatih dan disahkan akan beraksi bagi pertembungan ini, tetapi Gonzalo Higuain dan Marcelo masih diketepikan.

Manakala Athletic pula akan turun tanpa perkhidmatan pemain tengah mereka Ander Herrera dan Oscar de Marcos, yang kedua-duanya digantung. Selain itu, Inigo Perez dan Borja Ekiza juga masih lagi dengan masalah kecederaan buku lali dan mungkin tidak dapat diturunkan.


Ramalan:


Real Madrid CF 4-0 Athletic de Bilbao

Friday, November 16, 2012

10 Mutiara Kata Rajagopal




Tersingkirnya Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menjadikan kita terpaksa menunggu 4 tahun lagi untuk memasang cita-cita menyaksikan Harimau Malaya beraksi di pentas dunia. Tetapi Rajagopal ada pendapatnya sendiri.

“Kita tidak tewas, kita seri sahaja, saya bangga dengan pemain saya, mereka main dengan sangat aggresif...”

 

Pada 4 June 2012, pasukan Harimau Malaya telah seri 0-0 dengan Filipina di Shah Alam, juga yang kedua menentang pasukan sama tahun ini. Buat pengetahuan semua, pasukan Filipina ini dahulunya adalah lauk makan malam buat pasukan Malaysia.

“Saya berbangga dengan pemain saya. Mereka dapat mencipta 15 peluang walaupun tiada jaringan berjaya dilakukan. Ini adalah kelemahan yang sudah saya kenalpasti..”

 

Berikut pula adalah komen Rajagopal selepas kalah kepada Vietnam pada 11 September 2012 di Shah Alam. Ini merupakan perlawanan pertama menentang Vietnam dalam rangka persiapan Piala Suzuki 2012.

"Ini merupakan suatu kesedaran yang bagus untuk pemain-pemain kita. Saya tidak berapa risau kerana saya tahu bila pemain kita akan bersedia..."

 

Datuk K Rajagobal ketika ditanya adakah dia akan tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mahu dia meletak jawatan jika Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, yang akan bermula dari 24 November hingga 22 Disember ini dengan selambanya telah menjawab.

“Mereka boleh cakap apa saja. Saya hanya mengikut sasaran ditetapkan oleh majikan (FAM) iaitu skuad kebangsaan perlu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015. Jika gagal, saya sendiri akan letak jawatan...”

 

Dalam temubual yang sama juga, Rajagopal dengan angkuhya bersuara menyatakan pendirian tegasnya.

“Jurulatih mana yang berjaya seperti saya? Mereka boleh bandingkan dengan mana-mana jurulatih kebangsaan sebelum ini, siapa yang pernah bawa Malaysia meraih kejuaraan seperti kejayaan kita menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan SEA 2009 selepas kali terakhir 1989 serta menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama sejak 1996?”

 

Pada 4 October 2012, ranking yang dikeluarkan FIFA menunjukkan Malaysia jatuh enam tangga di kedudukan 162 (163 ketika entri ini ditulis) dunia berkongsi tempat dengan Singapura.

"Ranking hanyalah kedudukan yang membabitkan angka..."

 

Ketika semakin hampir Piala Suzuki 2012. Rajagopal masih tenang bagaikan ikan lumba-lumba yang berenang-renag  di Laut China Selatan.

“Saya akan terus bereksperimen demi mendapatkan kesebelasan yang terbaik apabila tiba kejohanan sebenar...”

 

Selepas tewas 2 perlawanan berturut-turut kepada Thailand dan Vietnam, serta hanya mampu seri dengan Hong Kong, Rajagopal yang berulang kali beralasan seperti kelihatan semakin terdesak.

“Bertemu Bangladesh, tiada lagi alasan kerana ia aksi persahabatan terakhir. Kita benar-benar kena bangkit dan perlu betul-betul bersedia untuk menghadapi saingan sebenar Piala Suzuki AFF...”



Sudahlah pahit, kelat pulak tu...inilah ibaratnya apabila Harimau Malaya hanya mampu seri sahaja dengan pasukan Rangking 171 dunia iaitu Bangladesh yang mana negaranya lebih hebat dalam sokan Kabbadi. Apa pula komen Rajagopal dengan keadaaan ini ketika hanya 4 hari sahaja lagi sebelum kejohanan bermula.


“Saya tidak boleh janjikan kejuaraan. Tiada apa yang pasti dalam kehidupan dan dalam bola sepak anda tidak boleh beri jaminan. Saya tidak pernah berjanji sebelum ini dan tidak akan melakukannya.”



Malaysia tewas perlawanan pertama Piala Suzuki 2012 kepada Singapura 3-0. Ini reaksi Rajagopal...


"Saya jangka kita tewas 1-0 ataupun seri menentang Singapura. Saya langsung tidak menjangkakan kita kalah dengan jaringan 3-0."

 

Thursday, November 15, 2012

Nasihat

Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.

Sekitar Perlawanan Persahabatan


Malaysia (1) vs Hong Kong (1)


Selepas tewas 2 perlawanan berturut-turut, Harimau Malaya sekali lagi gagal menang walaupun beraksi di Shah Alam. Seperti biasa Rajagopal menurunkan barisan pemain kepercayaannya. Malaysia Berjaya mendahului satu gol di hadapan hasil jaringan Safee Sali yang menerima hantaran Andrea Pirlo Malaysia, Amar Rohidan. Namun selepas Hong Kong bermain dengan 10 orang pemain, Harimau Malaya masih gagal menggandakan gol. Mereka sebaliknya bolos saat-saat akhir pada minit ke 88 hasil kesilapan Aidil dan Khairul Fahmi. Seri 1-1 sama dengan Hong Kong adalah keputusan yang tidak boleh diterima dan tak masuk dek akal.


Sweden (4) vs England (2)




Tiada apa yang istimewa apabila Roy Hodgson membariskan Leon Osman dan Steven Caulker dalam kesebelasan utama menentang Sweden. Ternyata Zlatan adalah nadi bagi pasukan Sweden. Secara bersahaja Zlatan memusnahkan England dengan 4 gol jaringannya. Ini temasuk gol sepakan gunting dari kawasan 25 yang begitu menakjubkan. Zlatan bukan sahaja berjaya menyekolahkan kem pasukan England secara keseluruhannya, namun juga menunjukkan kepada barisan serangan England terutamanya Wellbeck yang perjalanan beliau masih jauh lagi untuk bergelar pemain terbaik dunia.




Italy (1) vs France (2)


El Shaarawy adalah sensasi terbaru Itali. Tetapi ia tidak cukup untuk memberi kejayaan kepada pasukannya dalam pertemuan menentang Perancis ini. Beliau membuka jaringan gol pada minit ke-35 selepas menerima umpanan cantik dari Montolivo. Gol ini hanya bertahan selama 2 minit sahaja apabila Valbuena menyamakan keadaan hasil gerakan solo dari sebelah kiri Perancis. Selepas menggelecek 3 pertahanan, beliau dengan tenang menewaskan Lloris dengan sepakan lencong yang sangat menarik. Gomis melengkapkan malam indah buat Deschamps dengan jaringan gol pada minit ke-67.




Keputusan Utama Yang Lain

Brazil 1 -1 Colombia
Thailand 5 – 0 Bhutan
Saudi Arabia 0 -  Argentina 0
Austria 0 – Ivory Coast 3
Netherlands 0 – 0 Germany 0
Chile 1 – 3 Serbia
Turkey 1 - 1 Denmark

Russia 2 – 2 USA



Rep. Czech 3 – 0 Slovakia



Romania 2 – 1 Belgium



Panama 1 – Sepanyol 5


Poland 1 – Uruguay 3





Untuk lebih lagi video..sila ke....

Wednesday, November 14, 2012

10 Hari Lagi: Dan Raja masih bergurau senda.




Salam Suzuki..Hanya tinggal 10 hari sahaja lagi kejohanan terulung di Asia Tenggara, Piala Suzuki akan memulakan aksinya. Pasukan kesayangan kita, Harimau Malaya telah melakukan satu persediaan yang boleh dikatakan antara yang paling rapi dalam sejarah FAM. Kali ini tiada lawatan sambil belajar di bumi salji..mahupun bersiar-siar di Fraser Hill seperti suatu ketika dahulu di era 80-an. Dengan status sebagai juara bertahan dan gergasi baru Asia Tenggara, pasukan lain di rantau ini berlumba-lumba hendak menguji kita. Keterujaan mereka untuk menewaskan Harimau Malaya adalah umpama terujanya peminat Metallica mahu memijak muka Justin Bieber. Penuh rakus...
 
 
Kalah...dah kalah...
 
 
Sepanjang persediaan kita ini, pasukan Harimau Malaya telah mengalami 2 kekalahan kepada Vietnam dan Thailand. Seperti yang kita tahu, kedua pasukan ini adalah pencabar utama dalam Piala Suzuki nanti.  2 kekalahan inilah yang membuatkan ramai peminat bola di Malaysia naik hangen dan aura jahat yang tersembunyi selama ini menjelma keluar dari kepala hotak mereka. Puncanya kerana kekalahan ini muncul tanpa diundang dan ia  hanya tidak sampai sebulan sebelum kejohanan akan bermula. Sedangkan sebelum ini keputusan perlawanan pasukan Malaysia masih boleh dalam dikatakan dalam keadaan terpuji. Terpujila jugak....
 
Antara siri pelawanan persahabatan Malaysia ialah (hanya melibatkan tahun 2012) :
 
Oktober 2012
Menang dengan Hong Kong 3-0
 
Jun 2012
Menang dengan Singapore Aggregate 4-2

Jun 2012
Seri dengan Filipina 0-0

April 2012
Menang dengan Sri Lanka 6-0

Februari 2012
Seri dengan Filipina 1-1.
 
 
Nah!! Kita tak pernah  kalah pun sebelum tewas kepada Thailand dan Vietnam. Kenapa mahu mengamuk? Macamlah tidak pernah tengok pasukan Malaysia kalah. Perlu diingat juga kedua pasukan ini bukanlah 'se-sengal' Malaysia. Mereka telah melakukan pelbagai persiapan rapi. Bukan sahaja setakat beberapa orang manusia berkumpul dalam 2 masa minggu di Wisma FAM, kemudian berlatih berlari-lari menyepak bola. Pasukan negara mereka juga tidak ghairah mengadakan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab England. 
 
 
Dengan mengambil kira kekuatan Liga mereka dan kedudukan ranking FIFA, kekalahan ini adalah perkara biasa sahaja bagi kawe. Ini adalah hakikat sebenar tahap kekuatan terkini pasukan Harimau Malaya. Seperti biasa selepas kalah, ranking kita akan jatuh dan setiapkali itulah juga orang bijak pandai di FAM memaklumakan bahawanya ranking tidak penting. Yang penting apa? Poket mereka barangkali...
 
 
Bangladesh umpan sakti.
 
Bukan setakat pekerja import sahaja..maruah perlu dipertahankan
 
Selepas kalah 2 perlawanan dan teruk dikritik oleh pakar bolasepak bertauliah di luar sana, pihak FAM berjaya membawa sebuah pasukan lemah ke Tanah Melayu untuk dijadikan sebagai 'lauk'. Apakah perlunya perlawanan menentang pasukan yang berada 8 tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA ini? Ini kerana sudah jelas Rajagopal memberitahu kita bahawa anak buahnya sengaja menyimpan kekuatan supaya tidak dihidu oleh seteru lain di AFF nanti. Atau bahasa yang lebih molek, simpan kuku.


Pelbagai persoalan bermain di benak kepala hotak sesetengah dari kita...Mampukah kejayaan membelasah Bangladesh 5 hari sebelum kejohanan bermula, mampu memberikan kejayaan apabila bertemu Singapura kelak? Inikah pemangkin semangat yang diperlukan ketika Harimau Malaya kelihatan semakin nazak untuk mencari momentum kemenangan? Hanya Rajagopal sahaja yang mengenal Manikam.
 
 
Dalam keadaan terdesak ini, sudah pasti Rajagopal akan menurunkan kesebelasan utamanya untuk perlawanan menentang Hong Kong dan Bangladesh. Apakah akan terjadi sekiranya pemain utama ini cedera? Mampukah Shakir dan Gary bekerjasama dengan kabutnya seperti pelawananan menentang Thailand apabila Safiq Rahim cedera kelak? Mintak situasi seperti ini dijauhkan selalu...
 
 
Buang 4, 2 masuk.
 
 
Mungkin semua maklum bahawa posisi yang bermasalah untuk pasukan harimau malaya ketika ini adalah bahagian tengah. Namun masalah ini masih lagi tidak diselesaikan oleh Rajagopal. Terkini, 4 orang pemain digugurkan iaitu Nik Sharul, Young Kuong, Rizal Fahmi dan Amir Taj. Mereka ini wajar digugurkan berdasarkan kekurangan pengalaman antarabangsa dan aksi terhad dalam liga musim 2012 ini.
 
 
Namun apa yang lebih mengejutkan Rajagopal telah memanggil seorang pertahanan Irwan Fadli dan penyerang Hazwan Bakri sebagai ganti. Adakah ini senjata rahsia yang selama ini cuba disorokkan oleh beliau? Pemilihan Hazwan Bakri, penjaring hatrik ketika membenam Sri Lanka 6-0 ternyata tepat ketika barisan serangan Malaysia kelihatan amat tumpul walaupun pada hakikatnya penyerang kita tidak mendapat bola secukupnya dari bahagian tengah.
 
 
Tetapi apakah relevannya Irwan Fadli dipanggil? Bukankah pertahanan kiri sudah ada Zubir dan Azmi Muslim? Pertahanan tengah pula Rajagopal telah memiliki Faizal Muhammad, Fadli Shas, dan Aidil Zafuan. Jika Irwan Fadli yang berumur 31 tahun boleh dipanggil atas kapasiti persembahan mantap musim ini, kenapa pemain lain yang seangkatan beliau seperti Indra Putra (31), Amri Yahyah (31), Shukor Adan (33) dan Hairuddin Omar (33) boleh terlepas pandang begitu sahaja? 
 
 
Mungkin kawe terpengaruh dengan teori pasukan Jerman yang masih percaya pada Klose walaupun bakat muda mereka melambak-lambak bagaikan tukang urut Thai di Damansara Utama. Tetapi jika Rajagopal boleh menjadikan Itali sebagai persamaan dengan Malaysia, iaitu pasukan yang lengit sebelum sesuatu kejohanan bermula, namum mengganas bak kereta Ferrari di Litar Lumba apabila tiba kejohanan sebenar. Jadi tidak salah rasanya faktor usia dilonggarkan sedikit dalam pemilihan pemain kebangsaan. 
 
 
Kasih Neelofa dan Ong Kim Swee... 
 
 
Gadis misteri Neelofa pernah berkata "Lofa ambil semua kritikan peminat ini sebagai pemangkin semangat untuk Lofa menjadi artis yang lebih baik dan mantap". Mantap dari segi apa tidak pula dapat saya huraikan di sini. Takut terlajak pula. Tetapi inilah yang sepatutnya dilakukan Rajagopal. Menyerap segala kritikan dengan tanpa melibatkan pemain sedikit pun.

Kekuatan tangan Neelofa diterjemahkan di dalam sukan tinju


Ia pernah dilakukan oleh Si Samseng Mourinho yang seringkali bergaduh dengan wartawan tidak kira di mana jua beliau berada. Hasilnya pelbagai kejayaan telah beliau miliki. Bezanya Mourinho memiliki pemain berkelas dunia, sedangkan Rajagopal hanya ada sekumpulan pemain bolasepak yang beraksi dalam Liga yang seringkali bertukar formatnya.


Tanpa kita sedari...seorang Lelaki Cina dari Melaka yang tiada kaitan dengan Hang Tuah mahupun Hang Li Po sedang memantau rapi situasi ini. Beliau memiliki ramai bakat muda dalam 'poketnya'. Dan ia hanya menunggu masa sahaja untuk mengganas. Rajagopal sendiri pun tanpa segan silu meminjam beberapa orang anak didik beliau. Ya, Ong Kim Swee semakin hampir untuk diangkat sebagai 'Datuk' yang baru.


Tammmmat...



 
 
 
 

Friday, November 9, 2012

Menjelang Piala Suzuki: 6 Sebab Kenapa Malaysia Tak Perlu Panik


Terlampau mantap


1. Ini adalah barisan terkuat yang pernah kita ada.
 
 
 
Ramai yang tidak sedar bahawa edisi 2012 pada kali ini pasukan Harimau Malaya memiliki barisan terkuat dalam sejarah. Tidak seperti pada tahun 2010, kita kehilangan khidmat beberapa pemain penting akibat kecederaan seperti Aidil Zafuan (Lutut), Zaquan Adha (Lutut), Badrol Bahktiar (Hamstring), Azmi Muslim (Hamstring) dan Bunyamin Omar (Hamstring). Namun begitu, kesemua mereka pada hari ini berada dalam skuad Rajagopal serta dalam kondisi terbaik. Jadi, apa lagi yang mahu dirisaukan? Semestinya Rajagopal amat mengenali pemain beliau.
 
 
2. In Rajagopal We Trust.
 
 
Seperti mana Arsenal mempercayai Arsene Wenger sehingga 7 tahun tidak memiliki sebarang trofi, begitulah juga kita perlu mempercayai Rajagopal. Percaya atau tidak pada tahun 2010 Rajagopal telah memanggil Amri Yahyah hanya semimggu sebelum berlepas ke Jakarta. Amri telah menyertai skuad Harimau Malaya tanpa perlu menghadiri latihan pusat ketika itu. Selepas itu anda tahu apa impak beliau...
 

 
Selepas kalah 5-1 kepada Indonesia dan seri 0-0 dengan Thailand, hanya kemenangan besar bertemu Laos akan membawa Malaysia ke perimgkat seterusnya. Ketika ini muncul sebuah entiti tempe tua dari Tanjung Karang mencuri perhatian. Amri menjaringkan gol awal pada minit ke-4 sebelum menambah koleksi peribadi beliau pada minit ke-41 dalam kemenangan besar 5-1 ke atas Laos. Ternyata ia merupakan perintis kepada kejayaan Harimau Malaysia.
 
 
 
Jangan terkejut jika Rajagopal sekali lagi melakukan 'kerja gila' demi menyelamatkan maruah Harimau Malaya.
 
 
 
Paling menyerlah disaat-saat genting
 
 
3. Fakri Saarani senjata rahsia.
 
 
Sepanjang persediaan menghadapi Piala Suzuki 2012 ini terdapat seorang pemain yang paling menyerlah. Beliau adalah Fakri Saarani. Ramai yang merpersoalkan kemampuan beliau termasuk aku. Tetapi apa yang jelas, Fakri adalah senjata rahsia yang perlu digunakan apabila keadaan semakin terdesak. Hero Kebangsaan ini berjaya menjaringkan gol ketika bertemu Hong Kong serta memberikan aksi terpuji ketika menentang Thailand. Mendapat tawaran kontrak dari kelab divisyen 3 Portugis, Atletico Sport Clube Reguengos adalah perkara biasa bagi beliau. Beliau tidak seperti sesetengah pemain yang kecoh dengan kontrak 1 Juta sedangkan aksi di tengah padang tunggang langgang.

Inikah simpan kuku yang dimaksudkan?
 
 
 
4. Kekuatan Malaysia masih rahsia.

Setelah kalah 2 perlawanan berturut-turut menentang Vietnam dan Thailand, Rajagopal masih berterusan menegaskan bahawa pasukannya sedang 'menyimpan kuku'. Ternyata taktik ini sangat berbaloi. Pasukan yang akan kita tentang seperti Indonesia dan Singapura pula pasti pening kenapa bangang sangat Malaysia ini walaupun memegang status sebagai juara bertahan. Namun apa yang pasti, situasi ini juga membuatkan kepala otak peminat bolasepak Malaysia penuh dengan tanda tanya. Bak kata Najwa Latiff  "Banyak persoalan yang berada di minda...Banyak tanda tanya dan juga kata kerja..pui betol lah!!!!"



Cuit rehat ini boleh digunakan sepenuhnya oleh Piya untuk menjaga gerai nasik lemak.

 
5. Tidak perlu Piya.
 
Walaupun boleh dikatakan semua warga Malaysia berada dalam keadaan kelam kabut ketika ini dengan mula menyebut-nyebut nama Piya. Tetapi kem di Wisma FAM masih tenang..setenang dugong berenang di lautan gamaknya. Apa perlunya Piya yang mengetuai Kelantan menjuarai treble ketika Harimau Malaya mempunyai Amar Rohidan? Seorang pemain berkaliber yang membawa Kedah jatuh ke Liga Perdana dengan penuh bangganya...? Nampaknya Rajagopal mahu mengulangi sejarah silam.
 
 
Pada 2010 ramai yang mempertikaikan kenapa pemain senior yang bagus ketika itu, Indra Putra tidak dipanggil. Dalam situasi yang mendesak Rajagopal masih tenang serta yakin dengan barisan pemain pilihannya. Keyakinan inilah yang telah memberikan kejuaraan Piala Suzuki sehingga difahamkan ramai pengutuk tegar sebelum itu hampir-hampir terjun dari Plaza Masalam. Sadis sungguh...
 
 
6. Harimau Malaya tidak kepenatan.
 
 
Satu lagi kelebihan kita ialah pemain Harimau Malaya tidak kepenatan dan terlindung daripada mengalami kecederaan. Bayangkan pasukan lawan kita nanti iaitu Singapura telah ke Jepun untuk bertemu Shimizu S-Pulse iaitu Naib Juara J. League Cup 2012. Latihan sambil belajar ke Jepun itu akan di ikuti dengan perlawanan bertemu Filipina di Cebu. Kemudia pasukan Singapura ini akan pulang semula untuk bertemu pasukan Pakistan. Fuuuhh...amat memenatkan. Tetapi adakah ia berbaloi?

 
Manakala Malaysia pula dengan tenang mengatur perlawanan persahabatan menentang Vietnam serta Thailand dan itupun hanya untuk tewas secara terhormat dalam kedua-dua perlawanan tersebut. Tahniah...

Thursday, November 1, 2012

Kebangkitan Bolasepak Johor - Adakah Ia Keterujaan Jangka Pendek?




Salam Satu Johor!!! Sejak dua menjak ini memang rancak perbualan tentang khabar bertiup dari Selatan Tanah Air. Khabar yang bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa..tapi ia lebih kepada angin ribut taufan umpama Taufan Sandy yang melanda kota New York. Kerancakan Johor memborong pemain bintang bukan sahaja dari Malaysia, namun seluruh dunia juga menjadikan suasana samakin menarik untuk dilihat. Jika ditanya kepada saya tentang pembelian pemain bintang ini, saya masih tidak setuju. Seorang lelaki perlu tetap pendirian. Ye Tak?? Semuanya boleh dibaca di link di bawah ini:

 
 
 
Bagi pendapat peribadi kawe pula, ada sedikit keraguan dan ketidakselesaan dengan perkembangan situasti ini. Tidak setuju bukan bermakna kita derhaka (itulah padahnya bila Soltan masuk sukan, tak boleh nak tegur langsung). Namun mungkin ada beberapa rakyat Johor yang rindukan kebangkitan Bolasepak Johor seperti era 90-an dahulu amat teruja dengan keadaan ini. Pepatah Johor Jambi ada menyebut "Setiap yang berlaku ada baik dan buruknya. Cuma masa sahaja yang akan menentukan."
Kita tolak dahulu isu dari mana datangnya duit yang berkoyan-koyan untuk membeli pemain bintang di Malaysia seperti Aidil Zafuan dan Zaquan Adha. Pemain Sepanyol Danial Guiza. Menawarkan Khairul Fahmi dengan RM 3 Juta serta masih tegar memancing Mat Yo dengan gaji yang lumayan. Jika inginkan kejayaan, wang harus dikeluarkan. Dari celah manapun ia, biarlah menjadi rahsia. Yang penting bukan duit poket Nur Fazura.
Jika ingin bicara secara rasional, mari kita kaji baik dan buruk tentang perkembangan ini. Namun perlu diingat...Ini adalah pendapat peribadi saya secara terbuka. Dan ia bukannya datang dari Uncle Seekers serta Hasan Miskam mahupun Abbas Saad. Mari kita saksikan bersama kisah ini....
 
 
 
Cerita Indah

 
Kali terakhir kejayaan bolasepak negeri Johor ialah pada 1991 ketika menjuarai Piala Malaysia mereka yang ke-2. Kali pertama pada tahun 1985. Selepas itu kelibat pasukan Johor sekadar suam-suam hanjeng sahaja. Kehadiran mereka dalam kancah bolasepak tempatan sekadar memenuhi kuota melengkapkan jadual liga. Keadaan menjadi lebih teruk selepas pasukan Johor FC secara konsistennya menyuntik pengaruh dalam darah warga Johor dengan menggunakan sengat Jengking a.k.a JKing.


Apabila mucul Tengku Mahkota Johor (TMJ) dengan visi dan strateginya, maka bagi sesetengah rakyat Harimau Selatan, mereka mula percaya bahawasanya ERA KEGEMILANGAN BOLASEPAK JOHOR sudah kembali. Turut dikhabarkan beberapa anak muda yang selama ini sibuk menyokong Selangor juga akan pulang ke Larkin supaya lebih mudah untuk menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka saban minggu. Seronoklah minah-minah kilang kat JB tu...


Kehadiran pemain bintang dari serata Malaysia seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Azmi Muslim, Muslim Ahmad dan Khairul Fahmi menambah kegembiraan di wajah tua Ervin Boban. Selain itu, keadaan semakin ceria buat Rizal Sukiman untuk bersembang tentang bolasepak Johor bersama rakan karibya Rusdee Sulong selepas TMJ turut membawa Danial Guiza ke dalam pasukan Johor. Hasan Miskam tak usah cakaplah, terlompat-lompat beliau mendengar khabar gembira ini.


Setiap kali perlawanan diadakan, stadium akan sentiasa dipenuhi dengan kehadiran peminat tegar bolasepak Johor. Semuanya datang untuk melihat sendiri aksi wira meraka dengan lebih dekat lagi. Kutipan tiket semakin memberansangkan. Astro pula semakin kerap menayangkan perlawanan yang melibatkan Johor. Jualan baju dilaman sesawang dan juga kedai berdaftar PBNJ membuatkan kantung persatuan tidak pernah kering. Kesannya semakin banyak penaja yang berminat menaja pasukan Johor seperti Maxis dan Fazura Holding.
 
 
Semangat yang membuak-buak ini memberikan kejayaan buat Johor menjuarai semua Piala dan kejohanan yang diadakan di Malaysia. Pada tahun berikutnya, Johor akan bermain dalam Piala AFC dan peluang untuk menjadi Juara semakin cerah dengan kredibiliti pemain yang mereka miliki. Maka semua rakyat Johor pun bergembiralah dengan kejayaan ini. Hip Hip Hoorraaay!!!!


Mimpi Ngeri


Pada awal proses ambil alih TMJ dalam PBNJ, kontroversi sudah pun berlaku. Ada cakap-cakap yang mengatakan tindakan ini sebagai memusnahkan pembangunan bolasepak. Ini kerana sebuah persatuan bolasepak yang secemerlang Johor FC terpaksa dikorbankan dek kerana idea ego mahukan kejayaan segera ini. Organisasi pentadbiran dalam Johor FC diubah suai kononnya untuk mengelakkan daripada masalah seperti lewat pembayaran gaji dapat dihindari. Tetapi bukankah Johor FA sendiri yang bermasalah dan bukannya Johor FC?


Maka terjadilah perkara seperti ini..."Johor FC Jadi Johor dan Johor Jadi Johor FA" Hanya kerana hendak memastikan Johor berada dalam Liga Super, pertukaran ini dilakukan. Di sini akan menguji sejauh mana kredibiliti pemimpin-pemimpin di FAM. Jika FAM bersetuju, maka ia jelas merupakan satu langkah ke belakang ketika FAM sibuk melaungkan usaha mereka mengkopratkan Liga Malaysia. Bagi situasi ini, marilah kita sama-sama nantikan...


Andaikata pasukan Johor tidak memenangi satu pun Piala musim hadapan. Adakah TMJ masih berminat melibatkan diri dalam bidang ini? Stadium pun hanya akan penuh sekiranya sesebuah pasukan itu mara sampai ke Separuh Akhir (kecuali Kelantan). Penjualan jersi pula tidak berapa menjadi kerana ia lebih dipelopori oleh penjual-penjual gerai di luar stadium. Tidak ada juga syarikat-syarikat yang berminat untuk menaja Johor. Ketika ini persoalan mula bermain di benak kepala "celah mana pulak nak korek duit ni? Fazura Holding ke?"


Hendak dijadikan lebih parah apabila pasukan Pahang pada penghujug tahun 2013 telah dibeli oleh seorang saudagar Genting. Semua pemain bintang Johor berpindah ke Pahang. Desas-desus ketika itu juga menyebut Guus Hiddink akan dibawa masuk oleh Soltan Bola untuk mengembalikan kegemilangan bolesepak Pahang. Fandi Ahmad turut dilantik menjadi pembantu Guus Hiddink. Manakala Petr Cech turut melahirkan rasa minatnya untuk kembali bekerjasama dengan Guus Hiddink.


Johor kehilangan semua pemain bintang mereka. Akibat daripada kerakusan ini mereka juga turut terlupa untuk membangunkan bakat pemain-pemain muda. Skuad Piala Presiden pula tidaklah sehebat mana untuk mengambil alih peranan sebagai skuad utama. Mahu atau tidak mereka terpaksa menyerapkan pemain piala presiden ke dalam skuad utama. Malangnya pada hujung musim 2014 mereka tersingking ke Liga Perdana dan bermain bersama pasukan Johor FA.


Keadaan menjadi haru-biru...TMJ mengumumkan perletakan jawatannya kerana ingin lebih fokus kepada Fazura Holding. Johor kembali ditadbir oleh orang-orang 'hebat' dalam bolasepak. Dan bolasepak Johor kembali murung dan hilang seperti yang pernah berlaku kepada pasukan MPPJ suatu masa dahulu. Amat mengerikan mimpi ini....


Kesimpulan


Yang mana satukah akan menjadi kenyataan? Adakah akan lahir pemain-pemain berbakat dari negeri Johor seterusnya mewakili Malaysia dan membawa negara kita layak ke Piala Dunia 2058 secara merit? Mampukah Johor menjadi kuasa bolasepak baru yang hanya bergantung kepada pembelian pemain bintang tanpa mempedulikan pembangunan akar umbi yang mana lebih baik untuk masa hadapan? Saya ulang semula pepatah Johor Jambi tadi "Setiap yang berlaku ada baik dan buruknya. Cuma masa sahaja yang akan menentukan."