Tuesday, March 13, 2012

Batistuta Penyelamat Bolasepak Johor-Satu Lagi Projek Nadir Bumi




Salam Bolasepak,jangan terkejut dengan tajuk yang ganas lagi maha mengerikan itu.Adapun kehadiran Batistuta ke bumi Johor adalah untuk misi khas projek pembangunan kamikazi dalam bolasepak Johor dan bukannya untuk menetap terus di kampung asalnya di Parit Sulong.Maka semakin ramaila yang gembira dengan kehadiran beliau.

Mungkin ada baiknya usaha murni membawa warga Argentina ini.Namun saya ada sedikit ragu dengan rekod beliau sebagai seorang jurulatih atau pakar bolasepak.Ini kerana dunia bolasepak seringakali dihidangkan dengan pemain yang cermerlang namun dalam bidang kejurulatihan amat mengecewakan sekali.Tapi ini bukanlah terjadi pada semua pemain.Sebagai contoh ialah Maradona yang cemerlang dalam permainan namun gagal dalam bidang kejurulatihan.  

Amat pelik juga kenapa pakar bolasepak seperti Philippe Troussier(Omar namanya selepas memeluk agama Islam) tidak dijemput dalam projek ini.Kejayaan beliau membimbing Jepun dari 1998-2002 membuktikan beliau sudah masak dengan selok belok tempe goreng dan nasik ambang.Mungkin kerana beliau mahu menumpukan masa bersama keluarga dan melaku ibadah barangkali.Tapi kawe suka betol dengan Claude Le Roy...mungkin kini beliua sudah tua yang amat.  

Selain itu,Fandi Ahmad lagenda Singapura turut terlibat sekali dalam projek ini.Ini juga dikira bagus.Tapi kalau dipanggil bekas-bekas pemain Johor yang lain turut serta seperti Nasir Yusof,Khalid Shadan,Ervin Boban,Abas Saad tak lupa juga Hasan Miskam mungakin boleh memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencontohi kejayaan mereka semua ini.  

Ehem ehem..takmaula komen banyak sangat nanti takut ada yang marah dan terasa hati pulak.Apa yang nak ditegaskan ialah,sikap pemain mestilah berubah seiring dengan perubahan pengurusan.Jangan pula baru main Piala Presiden dah sibuk nak cari bookie.TMJ dan pasukannya meletakan sasaran satu tahun untuk memenangi sebijik piala.Marilah kita semua tunggu.  

Akhir kata...   "Saya tak kisah kalau ada 10 Neloofa dekat Malaysia ni.Tapi 10 Neloofa tu mestilah tak boleh melebihi KEPOWERAN 1 Fazura saya"



1 comment:

  1. fandi ahmad tu buat taik...buang je dia nmpk sgt JOHOR tk boleh lepas dari bayang2 spore

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...