Thursday, July 19, 2012

Siapa Johor FA di mata Riquelme?



Ahhhhhh sudah...projek 'nadir bumi' apakah ini? Selepas Johor diributkan dengan isu Batistuta dan Uncle Seekers yang misteri, kini demam Roman Riquelme pula datang menjengah warga Malaysia. Bagaikan wabak 'selsema hanjeng' yang bisa mendatangkan mudarat kepada sesiapa jua yang mempercayainya..Dulu kita disajikan dengan berita kehadiran Gabriel Batistuta. Namun buat masa ini beliau masih tidak kelihatan di pekan Segamat membeli-belah di Jakel atapun di Bandar Tangkak bersiar-siar mencari kain untuk dibuat pakaian raya pada Raya Syawal nanti. Adakah ini omong kosong untuk menarik minat rakyat Johor kembali memenuhi stadium menonton bola sepak selepas hanyut dengan lambakan hiburan di Danga Bay? Peminat bolasepak Johor masih menantikan kelibat Gabriel Batistuta dan bukannya Fazura. Klik link di bawah ini untuk melihat senarai carta organisasi Johor FA yang terbaru. Di mana Batistuta?


Berbalik pada kisah Riquelme pula...umum sudah mengetahui betapa gempaknya 'resume' beliau di peringkat kelab dan kebangsaan. Tak perlulah kita senaraikannya. Adakah Johor FA mampu berdiri setaraf dengan  Barcelona, Villareal dan Boca Juniors? Bolehkah Johor FA memberi kepuasan maksimum kepada Riquelme sekiranya bermain hanya dalam Liga Perdana (musim depan Johor FA ganti Johor FC kot dekat Liga Super)? Adakah Riquelme berjaya membantu 10 orang 'kanak-kanak' lain menyepak bola dengan betul? Berapa pula bayaran gaji beliau? Itu adalah antara 0.55% sahaja persoalan yang timbul daripada isu Riquelme ini. Mari kita kupas satu persatu mengikut pendapat peribadi saya sendiri.


Johor FA vs Barcelona, Villareal dan Boca Juniors.


Perbezaan pasukan di atas bagaikan langit dan bumi. Baik dari segi fasiliti mahupun kualiti pasukan yang dimiliki mereka. Sedikit menyedihkan kalau kita melihat nama-nama pemain Johor FA untuk musim hadapan kerana tidak ramai yang terkenal seperti pada era 90-an dahulu. Nama-nama seperti Hasan Miskam, Nasir Yusof, Khalid Shahdan, Liew Kim Tu mahupun Omar Salim sudah cukup menjadi tarikan untuk Alistair Edward dan Abbas Saad turut sama mewakili Johor ketika itu. Riquelme pasti akan berkerut seribu sekiranya ditanya sama ada mengenali Fauzi Kasim ataupun tidak. Dan saya cukup pasti ramai rakyat Johor juga akan berkerut sejuta apabila mendengar nama tersebut.

Apa yang sepatutnya perlu dilakukan oleh Johor FA adalah menjadi kuasa bolasepak Malaysia selama mana yang boleh dan kemudian barulah bermimpi untuk membeli Mesut Ozil ataupun Mario Balotelli. Bayangkan pasukan negeri Kelantan yang 'power' pun tidak perlu membuat pembelian mewah seperti ini kerana organisasi mereka cukup mantap dari setiap aspek. Sila kukuhkan kedudukan dalam Liga, jadilah juara Piala Malaysia 5 kali berturut-turut dan saya pasti Johor FA akan menguasai pentas ASIA. Ketika itu Shinji Kagawa sendiri yang menawarkan diri untuk bermain dengan pasukan Johor FA.


Kepuasan Nafsu Bolasepak Riquelme.



Pemuda di Argentina dan juga Brazil kebanyakannya mahukan keseronokan ketika bermain bolasepak. Macam mana hendak seronok kalau rakan sepasukan bermain bola ala-ala main congkak? Perkara ini berlaku pada setiap pasukan negeri dan Malaysia. Ketepatan hantaran dan kejituan rembatan tidak dimiliki oleh ramai pemain di Malaysia. Maka tidak hairanlah sekarang ini Safee Sali kelihatan 'bodoh' apabila bermain untuk Malaysia tetapi maha cerdik ketika bersama Pelita Jaya. Perkara yang sama ini akan turut berlaku pada Riquelme. Beban yang beliau pikul akan bertambah berat dan kesudahannya beliau akan menjadi bosan serta mula mencari alasan untuk meninggalkan pasukan Johor FA. Jangan salahkan saya kalau tragedi Tony Cottee berulang kembali.


Gaji Mahal? Takde hal.


Paling-paling busuk pun mesti Riquelme meminta gaji sebanyak RM1 JUTA. Memang agak murah kalau hendak dibandingkan dengan gaji Didier Drogba dan Nicholas Anelka di Shanghai Shenshua. Tetapi alangkah lebih molek sekiranya Johor FA dapat membuat satu-dua pembelian berkualiti. Sebagai contoh Ervin Boban ataupun Daren Stewart adalah antara import terbaik yang pernah mereka miliki. Membayar pemain luar dengan harga yang melampau hanya untuk beraksi dalam Liga yang  diubah formatnya setiap tahun adalah sesuatu perkara yang gila. Bolasepak di Malaysia adalah tempat yang kurang baik untuk membuat pelaburan perniagaan. Jadikan Malaysia seperti Jepun, kemudian baru kita fikir macam mana mahu mengaut keuntungan daripada penjualan jersi pemain bintang yang dibeli. 


Kesimpulan 


Secara jujurnya memang tidak salah kalau mahu membeli Riquelme. Cuma keadaan Liga Malaysia dan pasukan Johor FA itu sendiri yang tidak berapa nak ada itulah yang menjadi masalahnya. Sekiranya Liga M berada pada Kelas A, semua ini akan menjadi logik dan tidaklah nampak seperti lawak 'karoot komedia' yang hanya muncul seminggu sekali menggeletek tali pusat peminat bolasepak di Malaysia. Setakat ini sahaja dahulu bicara saya tentang bolasepak Johor. Iya saya orang Johor..sama juga macam Mawi..WORLD!!!

20 comments:

  1. pantek ko..menjahanamkan orang sahaja

    ReplyDelete
  2. Baru nak buat pembaharuan..... dah macam2.... hebat manusia macam kau ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembaharuan?apa jadik sejak Johor menang Piala malaysia 1991?Kenapa sejak 10 tahun yang lalu Johor du terperap kat Liga Perdana? Kenapa sepanjang tempoh malap tu takde sekor pun warga Johor ke stadium utk sokong team negeri ni?Ingat..Johor FC dan Johor FA dulu adalah pasukan yang berbeza..kini semuanya dah duduk satu panji yang sama kesan dari kebijaksanaan Tengku Bola.

      Delete
  3. Gua sokong 100% pandangan dan pendapat lu bro...pokok pangkalnya...itulah kenyataan sebenarnya....

    ReplyDelete
  4. kau duduk je situ diam2. Tak nak sokong dah, tapi nak menjatuh pulak. Bodoh!

    ReplyDelete
  5. ape pon bro... ko kene berfikir di luar kotak... ko ni masih dalam kotak... itulah kejutan bro.. nak berjaya... kene bertindak... nampak tak logik dan gila kan??? tapi sudah 2 pemain dunia tanda tangan contrak bro... jgn tahu kutuk sahaja... tapi punyai lah sikap... tunggu dah lihat.. bila tak terjadi baru kutuk... PBNJ tak leh umum kan sepenuhnya selagi tak 6 dicember... MCM NI KE BOLA SEPAK NAK MAJU... ASIK DUK BERCAKAP TAK BERTINDAK....

    ReplyDelete
  6. bawa pemain dari luar... yg mahal dan tak masuk akal... tu strategy bro... gua nak cakap ngn lu bro... lu pergi england.. tanya johor FA dia kenal x... lu pergi asia tengara cukup la... tak kenal bro... Johor FA baru nak bawak masuk... bukan kata singapore ngn indon dah tahu Johor ni... thailand dan banyak negara lain dah tahu... baru cakap nak bawak masukb bekas2 pemain dunia main sini bro... kalau dah masuk mcm mana?? org luar akan banyak kenal malaysia terutama Johor la.. maka perkembangan bola sepak malaysia lebih pantas berkembang... aku bagi contoh la bro.. beckham sebelum masuk RED BULL FC ... org kenal ke kelab tu?? beckham masuk baru tahu... DROGBA ngn ANELKA masuk sheng shua club... lu kenal ke kelab tu sebelum ni?? tak tahu kan.. sekrang lu sebut2 bro... ni aku cerita satu aspek jer bro... banyak lagi aspek.. lu fikir la sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://hadriegas.blogspot.com/2012/12/berfikir-di-luar-kotak-cara-tengku-bola.html

      Delete
  7. kalo nk aksi setanding dengan bayaran.. belilah robot je senang.. konsisten sepanjang mase.. pe bende arr bebual nk compare barcelona dgn johor.. macam kanak-kanak tadika laa.. untuk pengetahuan.. itu lah risiko pembelian pemain.. kalo bagus.. bagus lahh.. kalo da xbagus fired je arr cari lain.. ape susah.. Fernando Torres tu punyelah star.. tapi masuk chelsea tak jadi ape pon.. ade paham?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang jelas dengan terma "kalo nk aksi setanding dengan bayaran.. belilah robot je senang"???apa maksud tuan/puan sebenarnya?



      Delete
  8. akekekekekeke...ade2 saje lah ko ni hadrone kesondre!!!

    ReplyDelete
  9. biarkn la dye nak kasik pndpt, smue org ade hak nak kasik pndpt masing2kan....
    yg pnting smue sokong useha TMJ utk naikkn smule jenama JOHOR ni ...

    ReplyDelete
  10. Bro. Saya masih membaca ni pada tahun 2016. Kata2 bro mmg bijak. Sekarang johor dah membuktikan betapa hebatnya johor di mata peminat bola malaysia dan asia. Tahniah, dan perspektif bro dalam bola sepak memang hebat. Saya fan selangor, tapi amat kagum dengan kejayaan johor.

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...