Saturday, September 27, 2014

Maaf Andai Kelab Bola Sepak Liga Inggeris Yang Engko Sokong Tak Sempurna.



Maaf Andai Kelab Bola Sepak Liga Inggeris Yang Engko Sokong Tak Sempurna.


Tradisi murni tewas kepada Aston Villa pada laga keempat diteruskan lagi dengan tertib. Liverpool tewas pula kepada West Ham minggu lepas dengan cara 'tak sempat bernafas dah gol'. Ini disebabkan mereka bolos seawal minit kedua dan ketujuh hasil jaringan daripada Winston Reid dan Diafra Sakho. Mungkin alasan bermain di UCL boleh digunapakai sehingga membolehkan Liverpool kalah 3 perlawanan setakat ini dan menempatkan mereka di tangga ke-11 liga. Macam mana ni? Nak lawan Real Madrid ni woih!

Inilah dia Liverpool. Baru sekali main hari Rabu malam dah kelam kabut hari Sabtu. Pembelian baru pula masih tidak banyak membantu pasukan ini. Daripada beli Lallana, adalah lebih baik beli anjing ajek. Boleh jugak buat gigit rakan sepasukan kalau main macam bangang. Balotelli pula setakat ini tiada apa yang istimewa jika kita mahu membandingkannya dengan Suarez. Tetapi kelab 'funny' macam Liverpool memang perlukan 'comedian' macam Balotelli. Saling lengkap melengkapi. Walaubagaimanapun...Sekurang-kurangnya LIVERPOOL MAIN UCL OKAY DAN MUSIM LEPAS NOMBOR DUA BIARPON SEBELUM NI BERAPA LAMA TAK MERASA MAIN UCL DAN TOP 4 OKAAAAY!!!!

Minggu lepas kita sudah lihat bagaimana Lampard menjaringkan gol untuk Manchester City ketika berhadapan dengan bekas pasukannya yang POWER NAK MAMPOS iaitu Chelsea. Menengok Lampard menjaringkan gol melawan Chelsea ni macam terserempak bekas makwe dekat Pavillion sambil pegang tangan pakwe baru. Tapi ia juga satu perkara yang amat membanggakan ditambah pula dengan Lampard yang memilih untuk tidak meraikan gol tersebut. Jangan kita bandingkan dengan perangai Adebayor dan Van Persie. Kelas mereka sangat berbeza kerana Chelsea sentiasa menerapkan sifat hormat menghormati sesama insan. Sangat mulia. Bak kata pepatah kuno kaum Mayan..."You cant hate Frank Lampard. Cannot. He is a legend."

Chelsea dan Manchester City malam ini masing-masing akan mengadap Aston Villa dan Hull City. Chelsea dijangka tiada masalah untuk memungut 3 mata apabila bertemu Villa di Stamford Bridge walaupun ada ura-ura akan kembalinya si Benteke dalam kesebelasan Paul Lambert. Manakala Hull City mungkin akan mengikat keputusan seri dengan Manchester City. Inilah yang dinamakan nikmat dalam bola sepak.

Semasa aku menengok Liverpool tewas kepada West Ham, aku ingatkan Liverpool secara perlahan-lahan sedang cuba menggantikan Manchester United untuk menjadi bahan lawak mingguan. Rupa-rupanya jangkaan aku jauh meleset. Manchester United berlawak pula dengan kalah kepada Leicester City 5-3. Ya  Leicester City. Pasukan yang dengar ceritanya lawan budak melayu yang belajar dekat sana pun kalah. Nampaknya Kluivert cuma bagi satu muka surat saja pada Van Gaal.

Aku cadangkan pemuja Manchester United yang dalam gua tu terus Ashabul Kahfi sampai habis musim. Senang. Tiada harapan palsu. Dahlah UCL tak main, kalah pulak tu. Orang melayu kelas menengah panggil bangang bertingkat. Nasihat aku secara ikhlas kepada Van Gaal, daripada beli Di Maria, Falcao, Herrera, Rojo, Shawa apa semua, baik beli kerusi je susun banyak banyak depan pintu gol.

Sekiranya Manchester United tewas kepada West Ham malam ini, pemuja mereka boleh bukak cerita MH17 dengan MH370. Paling koman pun borak pasal jerebu. Takpun sembang pasal Akademi Fantasia. Sekurang-kurangnya Akademi Fantasia 'menuju puncak'. Boleh buat iktibar. Cuma aku harap mereka ni berhentilah agungkan sejarah, salahkan pengadil. Sebab makin nampak dia punya 'trend' ke arah pasukan yang melingkup.

Arsenal lawan Spurs pulak aku rasa nanti Welbeck akan sekali lagi menjaringkan gol. Percayalah. Heh!

Friday, September 19, 2014

Nota Yang Kluivert Simpan Tu Dia Tulis Formasi 4-4-2!!!!


Akhirnya Van Gaal berjaya mendapatkan buku nota taktikal yang Kluivert pegang sepanjang Piala Dunia 2014 tempohari. Rupa-rupanya dia tulis 4-4-2 ajek. Punyalah susah payah Val Gaal guna formasi pandir sehinggakan kalah 4-0 kepada pasukan Majlis Perbandaran MKDons. Dengar cerita ini baru satu muka surat sahaja yang Kluivert bagi pada Val Gaal. Ada lagi 40 muka surat yang belum didedahkan dan kita sudah lihat bagaimana QPR menjadi mangsa pertama Manchester United (juga seperti apa yang aku tulis sebelum ini). Sebagai rekod juga, kali  terakhir United gagal memenangi tiga perlawanan awal liga ialah pada musim 2007-08. Mereka menang pada perlawanan keempat dan kemudiannya menjuarai Liga pada musim tersebut. Jaga-jaga. 

Kemenangan besar Manchester United kepada QPR menandakan Liga Perdana Inggeris baru sahaja bermula buat pendukung setia pasukan mereka. 'Theatre of Dream' seolah-olah baru sahaja selesai proses renovasi dan keterujaan memuncak hingga ke tahap paling maksima. Sejak dari itu aku mula nampak budak-budak Manchester ni sembang sedap sikit. Kalau tidak sebelum ni asyik sembang pasal Menteri Besar Selangor jek tak habis-habis. 

Minggu ini mungkin Leicester City akan menjadi mangsa seterusnya. Dan aku secara peribadi menantikan perkembangan Daley Blind yang mana pada penampilan pertama beliau minggu lepas berjaya merekodkan 107 hantaran tepat daripada 112 hantaran yang dilakukan sepanjang 90 minit permainan. Ini membuktikan kenapa Van Gaal bersungguh-sungguh mahu mendapatkan beliau dan juga pemain mutasi nadir bumi yang lain seperti Di Maria, Rojo dan juga Ander Herrera. 

Dalam bola sepak sudah pasti ada naik dan turunnya. Tetapi tidak buat pasukan Arsenal. Turun dan terus menjunam nasib mereka. Jika rekod 6 perlawanan sebelum ini diambil kira, pasukan Arsenal hanya mampu menang sekali ketika bertemu Besiktas (kelayakan UCL), memperlolehi 4 keputusan seri dan terbaru tewas kepada Borussia Dortmund. Kini sudah ada ura-ura yang mengatakan Ozil perlu direhatkan. Ini kerana pada musim lepas dia berjaya melakukan 6 bantuan gol dalam 10 penampilan awalnya bersama Arsenal. Manakala musim ni Ozil kelihatan seringkali hilang punca apabila berada di atas padang. 

Begitu juga perihalnya denga Alexis Sanchez. Figura ini mula tertanya-tanya kenapa hidupnya kini berakhir dengan bermain bola bersama Welbeck? Sedangkan tidak lama dahulu dia hampir setiap minggu berlaga bahu dengan Lionel Messi. Namun itulah bola sepak yang sudah pasti ada naik dan turunnya. Tetapi tidak buat pasukan Arsenal yang turun dan terus menjunam ke lembah yang paling keji. 

Pasukan mana pula yang akan meneruskan kesuraman Arsenal minggu ini? Kita serahkan tugas itu kepada Aston Villa yang juga minggu lepas seperti dijangka menumpaskan Liverpool. Jika dilihat pada kedudukan liga, Aston Villa kini berada ditangga kedua dengan 10 mata hasil daripada 3 kemenangan dan satu keputusan seri. Buat pengetahuan semua pasukan Aston Villa juga masih belum tewas musim ini. Cuma Paul Lambert mungkin perlu gusar dengan barisan serangannya kerana mereka tidak melakukan satu pun percubaan gol ke atas pasukan Liverpool pada separuh masa kedua ketika menewaskan pasukan tersebut di Anfield. 

Liverpool pula minggu ini akan menghadapi West Ham yang baru sahaja seri 2-2 ketika bertemu dengan Hull City. Seperti biasa juga Liverpool berperangai macam Pakatan Rakyat. Kalau dengar gaya sembang, macam semua piliharanraya boleh memang. Begitu juga Liverpool, macam semua perlawanan mereka boleh menang. Tetapi kejayaan menewaskan kelab Ludogorets dalam saingan UCL bolehlah dikatakan menjadi tonik buat persediaan menentang West Ham. Apa yang menarik dalam perlawanan ini ialah selain kita dapat menengok aksi Balotelli yang mudah jatuh, kita tumpukan perhatian juga kepada penyerang Wes Ham iaitu Enner Valencia yang berbangsa Ecuador. 

Apa dia adik-adik? Chelsea? Ya ada...mestilah ada.. 

Umum mengetahui Chelsea adalah pasukan yang berbeza dengan Manchester United kerana Chelsea tidak kalah kepada Swansea di laman sendiri. Dan Chelsea juga bermain bola sepak di pertengahan minggu. 

Pada laga kelima ini Chelsea akan menjadi pelawat kepada Manchester City dalam perlawanan yang kita takkan lihat pemain menahan bola macam muslimah dan tiada Welbeck yang tahan bola macam Batistuta, tapi sepak tinggi macam Azizol Kamaluddin.

Mungkin ada molot dan suara sumbang berkata "Eh? Lawan Schalke 04 dekat Stamford Bridge pun seri jek..Ape bende?" 

Sesungguhnya mereka tidaklah mengetahui bahawasanya memilih jalan yang sukar itu terlalu banyak hikmahnya. Jadi..hanya mereka yang istimewa sahaja akan sentiasa tenang dan rileeekssss. Amacam? Power tak?

Thursday, September 11, 2014

Perihal Songkok Welbeck Jangan Buat Bahan Senda Gurauan


Perihal Songkok Welbeck Jangan Buat Bahan Senda Gurauan

Kira-kira sebulan yang lalu pasukan Arsenal berjaya menewaskan Manchester City 3-0 dalam perlawanan perisai komuniti. Ketika itu Arsenal turun tanpa kelibat Danny Welbeck. Minggu ini mereka bertemu lagi di Stadium Emirates London. Dan sudah pastinya dengan kehadiran The New England Golden Boy ataupun lebih manis kita panggil The Next Henry - Danny Welbeck. Entah apalah malangnya nasib Manchester City minggu ini apabila terpaksa bertemu dengan Arsenal dan Danny Welbeck yang sedang berada di prestasi terbaiknya. 

Welbeck yang ada sekarang bukanlah Welbeck yang wujud pada 2009 yang selalu tidak berfungsi di atas padang dan sering hilang songkok dan otak ketika berlari.  Welbeck yang baru sahaja seminggu berlatih dengan pasukan Arsenal ini (Ya baru seminggu!!) adalah dalam proses menjadi pemain terbaik England bagi generasinya. Dia (Welbeck) tidak perlu sentuhan yang banyak untuk menjaringkan gol. Kadang-kadang satu sentuhan sahaja sudah cukup. Kalau menggunakan tumit pula. Dia boleh menjaringkan gol di bawah kesedaran dirinya sendiri. Sedangkan pemain lain yang setaraf dengannya memerlukan dua atau tiga sentuhan sebelum menjaringkan gol. Gandingan Welbeck - Sanchez minggu ini ibaratnya macam gadingan Soon Kit - Beng Kiang. Amat berbisa. 

Sebenarnya Welbeck sudah 8 tahun bermain dengan England bermula dari tahun 2006 lagi (bawah 17, 18, 19 dan 21 tahun). Tetapi selepas Steven Gerard bersara ni, Welbeck sudahpun berjaya menyumbat 2 gol ketika aksi menentang Switzerland bagi kelayakan Piala Eropah 2016. Menyaksikan kini beliau mengumpul 10 gol antarabangsa dalam 28 penampilan untuk pasukan senior England. Sekali lagi aku tertanya-tanya. Adakah selama ini England yang bangang ke Welbeck yang bangang? Atau Gerrard? 

Tak perlulah kita mentertawakan Arsenal dengan pembelian Welbeck ini. Sebenarnya Liverpool lagi teruk. Ada Gerrard. Tapi Manchester United lagilah jahanam. Ada Van Gaal. 'Flamboyant striker' macam Welbeck ni adalah jenis pemain yang bercita-cita tinggi. Dia tak nak habiskan karier di kelab bangang dan mahu segera menawan Eropah. Dan aku yakin perpindahannya ke Arsenal ini adalah jalan pilihan yang betul. Yang paling penting dalam kontrak tidak boleh halang Welbeck daripada bermain dengan memakai songkok. Heh!! 

Di pihak Manchester City pula, kalah kepada Stoke City pada malam merdeka yang lalu adalah malapetaka besar buat mereka. City akan sedikit tempang dengan ketiadaan Jovetic yang dipercayai cedera dan ini  meninggalkan Pallegrini  kepada pilihan sama ada Sergio Aguero dan Edin Dzeko selaku penyerang utama pasukan yang cergas dan bebas cedera. Ini kerana City telahpun menghantar Alvaro Negredo ke Valencia manakala John Guidetti ke Celtic. Semoga berjaya diucapkan kepada City dalam menghadap Arsenal kelak.
 
Pertarungan 'Top of The Table' antara Chelsea dan Swansea adalah perlawanan wajib tonton buat mereka-mereka yang dahagakan menonton cara bola sepak itu dimainkan dengan penuh seni dan keterujaan yang tinggi. Tidak perlu aku ulas di sini. Engkorang tontonlah sendiri dan nikmatinya dengan tenang. 

Sementara itu Liverpool yang berada di tangga ke-5 akan menjadi tuan rumah kepada Aston Villa yang kini menduduki tangga ke-3 liga. Apa-apa yang melibatkan Liverpool buat masa ini aku takde selera nak ambil tahu. Macam membazir masa aje ulas pasukan yang tiada arah tujuan ni. Nanti-nantilah..aku nak layan Youtube Konsert Akademi Fantasia ni. 

Manchester United pula akan menentang QPR. Pada perlawanan yang lepas, United hanya mampu seri 0-0 dengan Burnley. Ya, Burnley yang mana hanya membelanjakan £45 Juta ke atas yuran perpindahan pemain sejak tahun 1882. Sedangkan Manchester United pula melunaskan £196 Juta pada musim perpindahan ini untuk membawa masuk Angel Di Maria, Luke Shaw, Ander Herrera, Marcos Rojo, Daley Blind dan Radamel Falcao. Steady betul Van Gaal ni. Nampaknya QPR mungkin akan menjadi mangsa pertama Manchester United musim ini. Kalau tidak...siaplah budak-budak Manchester United kutuk pasukan diorang sendiri. Habis tu nanti kita nak buat mende pulak?

Thursday, August 28, 2014

Everton Pasukan Yang Terbaik Di Liverpool. Tahu tak?


Everton Pasukan Yang Terbaik Di Liverpool. Tahu tak?

Fakta sudah tertulis mengatakan keseluruhan skuad Majlis Perbandaran MK Dons bernilai £235,000. Jumlah ini adalah kurang daripada gaji mingguan Wayne Rooney. Bayangkan kalah 4-0 pulak lepas tu. Mane nak tarok muka jika balik ke rumah, jiran tetangga mula menyindir "Dahle tak main Champions League, tak main Carling pulak dah, banyak gila masa free engko ek...Bolehlah engko mula berkebun terung dengan cili depan rumah waktu petang-petang".

Jadi....ayat-ayat penyedap hati seperti "We will return to Champions League" wajar diberhentikan dengan kadar segera kerana "You can't even play in Capital One Cup woih!". Sebab itulah betapa pentingnya menjadi POWER.

Apakah pulak definisi POWER sebenarnya? Mengeluarkan 'cincin' dari anu? Menonton drama Rindu Awak 200% sehingga tamat dan kemudiannya solat Maghrib cecepat sebelum iklan pertama Buletin TV3 menjengah? Berebut jawatan Ketua Tingkatan? Ataupun berjaya membuat pembelian rekod bola sepak British dengan yuran perpindahan £59.7 Juta dalam hari yang sama tewas kepada pasukan liga tahap ketiga? Tak POWER...semua tu tak POWER. Ape dia? Berkabung? Lagiiiilah tak POWER.

Yang POWER adalah mengumpul 6 mata daripada 2 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan bukannya hanya satu mata dalam 2 aksi yang kurang bermaya walaupun ia sebenarnya menepati status selaku pasukan bawahan liga. Ya. Spurs, Chelsea dan Swansea setakat ini berjaya mengumpul 6 mata maksima dan sedang tertib memimpin barisan liga. Aku tak berminat nak sembang pasal Manchester City. Malas. Jadi aku namakan Eric Dier, Cesc Fabregas dan Gylfi Sigurdsson sebagai individu yang menjadi kunci kepada kePOWERan Spurs, Chelsea dan Swansea. Apa dia? Tak setuju? Lantak engko. Engko boleh pilih Danny Welbeck. Aku ok jeeeeee..

Siapa Eric Dier? Begitulah persoalan pertama aku apabila pemain ini menjadi pertahanan pertama yang menjaringkan dua gol secara berturut-turut dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris. Dier baru sahaja berusia 20 tahun dan pemain muda England ini nampaknya mempunyai masa depan yang cerah sekiranya Mauricio Pochettino dapat mengulangi resepi musim lepas yang mana memperlihatkan kebangkitan anak tempatan seperti Adam Lallana, James Ward-Prowse, Nathaniel Clyne, Jay Rodriguez dan Jack Cork. Dan hari ini sudah mula juga kedengaran suara-suara terlebih keyakinan daripada pendukung Lilywhites apabila mereka dengan berhaja berkata "Who needs Diego Costa when you have Eric Dier?".

Perlawanan ketiga buat Spurs minggu ini ialah melayan kunjungan Liverpool di White Hart Lane. Alaaaah..Liverpool yang kalah 3-1 dengan Manchester City tu. Alaaah..yang dapat gol ehsan dari Zabaleta tuuuu...Oleh itu marilah kita berdoa supaya dihidangkan aksi penuh dramatik sebagai hadiah kemerdekaan Malaysia yang ke-57 dan bukannya aksi berat sebelah serta tidak bernafsu daripada kedua-dua pasukan ini.

Menengok kepada kehebatan Fabregas hari ini membuatkan aku sayu hati mengenangkan kedegilan Arsene Wenger. Bagi aku Arsene Wenger sepatutnya beli sahaja Fabregas sebelum Piala Dunia itu hari. Lepas tu jual Aaron Ramsey, Jack Wilshere dengan Oxlade-Chamberlain ke JDT. Ish..degil betol orang tua ni. Tiga-tiga pemain ni main macam bongok. Ramsey main perasan macam dah berstatus bintang sangat, Wilshere pulak otak dia bekerja dengan lambat manakala Chamberlain seringkali kelihatan gugup dan gelojoh macam nampak Anzalna atas padang.

Hendak menyesal pun tidak berguna. Fabregas kini terus mara dengan telah pun mencipta 3 bantuan gol dalam 2 perlawanan setakat ini. Walaupun Everton adalah pasukan terbaik di Liverpool ditambah pula dengan kehadiran bekas penyerang Chelsea iaitu Lukaku dan Eto', aku masih optimis meramalkan Fabregas tidak akan mempunyai kesulitan minggu ini untuk mengulangi aksi mantapnya sekali lagi. 

Kembalinya semula Gylfi Sigurdsson ke Swansea musim ini merupakan seribu rahmat buat pasukan yang bergelar The Swans ini. Melakukan dua bantuan gol dan menjaringkan satu gol - sudah cukup untuk memadam memori duka beliau musim lepas ketika masih bersama Spurs. Sigurdsson dan Swansea kelihatan tidak mempunyai sebarang masalah besar minggu ini apabila menjadi tuan rumah kepada pasukan yang berada di tangga ke-12 liga iaitu West Bromwich Albion. Aku menjangkakan Swansea akan beroleh 3 mata pada perlawanan ini.

Itu sahajalah setakat ini. Ingat ye..kalah menang tu memanglah adat permainan. Tapi kalau asyik kalah ajek lebih baik berhenti main bola. Pergi jual cendol dekat sebelah kedai kain. Heh!!

Nota tambahan: Selamat datang diucapkan kepada Di Maria dan Balotelli. Ini ke pemain yang nak diharapkan untuk menjulang kejuaraan liga? Hah? Lagik satu aku nak tanya. Van Gaal punya kontrak dekat Manchester United ni berapa tahun? Aku mencadangkan kontrak dia ni diikat sampai mati.

Thursday, August 21, 2014

Chelsea Terpaksa Melangkah Sebagai Hero


Apa macam? 

Seperti biasa ada saje member aku yang bertanya soalan-soalan penuh gaya kepada aku. Kali ini soalannya mudah dan berbunyi seperti ini. 

"Chelsea selaku pasukan yang POWER NAK MAMPOS ni boleh ke 'In Drogba we trust'? Atau Drogba sebenornyer adalah seekor Kaldai Tua Tunggangan Mourinho?" 

Sekali imbas penggunaan perkataan kaldai tu semacam menjurus kepada perbualan politik. Tapi aku rilekkksss..Aku jawab balik pada member aku tadi macam gini. 

"Kita tak perlu risau. Adalah lebih baik kita 'In Costa we trust' pulak. Kalau nak lagi inzal, engko trust ajek pada Torres. Apa mau susah pening kepala? Semua pemain dalam Chelsea pun dah dilahirkan POWER.

Kejap, aku nak suap anak aku makan..... 

Okeh sambung balik. Apa yang jelas, selepas tamatnya perlawanan pertama bagi semua pasukan di Liga Perdana Inggeris. Aku secara peribadi merasakan masih Jauh lagi Manchester United hendak mencapai tahap Top 4. Dan yang lebih menarik lagi ialah pendekatan wasatiyyah yang digunakan oleh penyokong Red Devils ini. Dahulu, perkara yang paling sukar bagi mereka ialah menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Namun musim lepas David Moyes berjaya mengubah pemikiran gaya kuno ini. Dan kita semua wajar bersyukur. Tiada lagi sumpah seranah seperti... 

"Mampus la tahun ni aku sokong QPR!" atau "Louis van Gaal ni tak malu ke nak biarkan kita jadi fans yang pertama masuk gua musim ni??" atau "Pengadil bangang buta maca Kayu Tas!!" 

Pemuja Red Devils mula memahami konsep kalah dan menang ini adalah merupakan suatu lumrah dalam kehidupan dan juga pertandingan bola sepak. Islam mengajar kita untuk redha dan bersifat tenang, berjiwa besar, wasatiyyah dan bersikap rasional dalam menerima setiap keputusan sama ada memihak kepada kita ataupun sebaliknya. 

Perlu diingat, bola sepak bukan sahaja sekadar menguji kekuatan dan kehebatan fizikal tetapi lebih jauh lagi ia membina hubungan ukhuwah serta silaturrahim demi perpaduan ummah sejagat. Heh!! Dah rasa macam Doktor Ostad Done pulak. 

Chelsea, Manchester City, Arsenal, Liverpool dan tidak ketinggalan juga Spurs semuanya mengutip 3 mata dalam perlawanan pertama. Untung nasib Manchester City dan Liverpool akan ditentukan di Etihad Stadium apabila keduanya bertembung sesama sendiri minggu ini. Chelsea yang POWER akan dengan tenang melayan kunjungan Leicester City. Manakala umat London akan disajikan pertemuan dua pasukan mereka iaitu Spurs dan QPR di White Hart Lane. Sunderland sudah bersedia mencurah garam buloh diluka pemuja Red Devils. Sementara di Goodison Park pula akan mempersembahkan aksi hebat antara Everton dan Arsenal yang semput di Istanbul ketika bertemu Besiktas. 

Sekali lagi aku nak tanya..Apa macam? 

Nota kutip: Yang power sebenarnya ialah Kluivert, bukan Van Gaal. Buku kecik 555 taktikal sebenar ada pada Kluivert, dia sorok dalam seluar keje dia.

Tuesday, August 19, 2014

LVG also the record breaker!!!


MORE TO COME!!!!

DAVID MOYES - The Record Breaker! Part II


Walaupun dah terlambat, aku nak jugak senaraikan rekod-rekod yang Moyes telah pecahkan ketika hayat beliau di Manchester United. Mampukah LVG mempertahankan record ini?

  • First defeat at home to West Brom since 1978
  • First defeat at home to Everton since 1992
  • First defeat at home to Newcastle since 1972
  • First ever defeat at home to Swansea
  • Three consecutive defeats for the first time since 2001
  • First league loss to Stoke since 1984
  • First ever loss to Greek opposition
  • First ever first-minute league goal conceded at Old Trafford in the Premier League
  • 11 League defeats - most in Premier League era
  • Liverpool and City at the double - United lost home and away to Liverpool and Manchester City - their two fiercest rivals - this season. This had never happened before Moyes took charge.
  • Lowest Premier League points total - United cannot match the 77 points they accumulated in the trophyless 2004-05 campaign, when they finished third.
  • Lowest finish since 6th in 1991 - United could yet record their worst domestic season since the 1989-90 campaign, when they finished 13th. Alex Ferguson did, at least, win his first trophy in the FA Cup.
  • Everton's first league double over United since 1969 -Moyes' departure has galvanised the Goodison club, who will finish above United for the first time since 1990.

Friday, August 15, 2014

Joe Hart atau Willy Caballero? Siapa lagi 'Ye Tak Ye' Sebenarnya?


"Keeper City ni kutip dari mane?"

Secara bersahaja member aku bertanya selepas Willy Caballero bolos 2 gol kepada Arsenal dalam separuh masa pertama aksi Piala Perisai Komuniti 2014 tempohari.

Ya, jika dilihat sekali imbas persembahan figura botak ini seperti kurang Vitamin C. Tapi jika dua kali imbas, memang dia lebih power dari Sharbinee Allawee sebenarnya.

Namun alasan ketiadaan Kompany dan Zabaletta di bahagian pertahanan mungkin boleh digunapakai. Walaupun kedengaran seakan-akan alasan budak bola MSSD.

Adakah Caballero akan diturunkan sekali lagi apabila Manchester City melangkah ke perlawanan pertama bagi mempertahankan Kejuaraan Liga Perdana mereka? Hanya Manuel Pellegrini sahaja yang tahu jawapan ini.

Umum mengetahui yang hubungan mesra antara Caballero dan Pellegrini sudah terjalin agak lama. Pada Februari 2011, Pellegrini adalah individu yang bertanggungjawab membawa Caballero ke Malaga daripada pasukan Elche. Jelas sekali Pellegrini secara diam-diam menyukai Caballero apabila sekali lagi mengajak pemain ini untuk bersama-samanya dengan pasukan Manchester City pula, yang mana kelab telah bersetuju mengeluarkan £4.4 Juta bulan lepas semata-mata untuk melihat mereka bolos 3 gol kepada pasukan yang entah apa-apa dalam perlawanan pembukaan Piala Perisai Komuniti 2014.

Musim lepas Pellegrini pernah membenci Joe Hart apabila merehatkan pemain ini selepas berlakunya beberapa insiden tak patut. Antaranya membenarkan penyerang BERWIBAWA DUNIA, Fernando Torres menjaringkan gol lewat permainan buat Chelsea ketika aksi di Stamford Bridge pada Oktober yang lepas.  Tempat Hart selepas itu diambil alih secara tertib oleh Costel Pantilimon - yang kini sudah bersama pasukan Sunderland. Adakah perkara ini akan berulang sekali lagi?

Manchester City akan turun sebagai pelawat apabila bertemu Newcastle minggu ini. Dengan kemasukan lewat pemain yang bermain di Piala Dunia seperti Martín Demichelis, Pablo Zabaleta, Sergio Agüero, Vincent Kompany, Bacary Sagna dan Fernandinho, mampukah City memungut 3 mata sulung mereka?

Apa yang aku boleh simpulkan secara peribadi di sini ialah, tahun ini akan menjadi sukar buat Manchester City mengulangi kejuaraan liga mereka seperti musim lepas. Ini kerana Manchester United kelihatan akan lebih baik dari musim lepas, Arsenal yang entah apa-apa sudah bertambah kuat, Chelsea pula seperti biasa POWER NAK MAMPOS dan semestinya Liverpool yang mencuba-cuba mencuri perhatian dengan membeli beberapa pemain kelas kedua dari Southampton.

Apa lagi yang kita mahukan? Liga penjajah sudah bermula. Semua umat yang berdarah Inggeris diminta bersama meyemarakkan lagi liga berprestij dunia ini.

SEPAK MULA dan SEPAK MUKA bermula SEKARANG. Heh!

Wednesday, August 6, 2014

Macam mana nak tahu Liga Malaysia semakin terkebelakang dan syok sendiri?



Suatu ketika dahulu sekitar awal 90-an semasa Liga Malaysia belum bertukar menjadi sarkis sepenuhnya seperti sekarang, ramai pemain antarabangsa Australia yang bermain sebagai pemain import. Antaranya Alistair Edwards, Mehmet Duraković dan siapa yang tidak kenal pada wira Tok Gajah iaitu Alan Davidson. Mereka ini semuanya adalah pemain kebangsaan Australia ketika hayat mereka masih aktif menyepak bola di Malaysia.

Okay. Berbalik kepada tajuk dan persoalan asal. Macam mana nak tahu Liga Malaysia semakin terkebelakang dan syok sendiri?

Anak si Alan Davidson ni iaitu Jason Davidson baharu sahaja menandatangani kontrak bersama pasukan Liga Perdana Inggeris iaitu West Bromwich Albion. Dari sini kita dapat lihat betapa lakunya pemain Australia masakini di arena bola sepak antarabangsa. Boleh juga dikatakan rata-rata pemain pasukan Australia yang beraksi di Piala Dunia tempohari beraksi dengan kelab-kelab yang berada di sekitar Eropah ketika pemain Malaysia hanya mampu mewakili pasukan Pasukan Syok Sendiri I dan II dan mungkin juga nanti III. Siapa tahu?

Zaman sudah berubah. Dan kini tiada lagi pemain bertaraf antarabangsa yang mahu menjengah Liga Malaysia. Kalau ada pun hanyalah yang sudah bertaraf ayam pencen dan manusia buangan. Memang kita semakin jauh ketinggalan. Satu realiti yang masih tidak mampu ditelan oleh sesetengah daripada kita yang kekal optimis dengan barisan kempimpinan baru dalam FAM. 

Kalau ditanya kepada aku? Jawapannya bola sepak Malaysia takkan ke mana-mana. Percayalah.

Monday, July 14, 2014

Piala Dunia 2014 : Jerman 1 - Argentina 0.

Piala Dunia 2014 : Jerman 1 - Argentina 0

"We started this project ten years ago and what has happened today is the result of many years' work, starting with Jurgen Klinsmann. We've made constant progress, we believed in the project, we worked a lot and, if any group deserves it, it's this team. We've always played good football and I believe that over this tournament, over seven matches, we've shown the best performances of any of the teams here in Brazil. The boys have also developed a team spirit which is unbelievable." - JOACHIM LOW -

Negara hebat seperti Jerman pun menunggu sehingga 24 tahun untuk kembali menjulang Piala Dunia. Brazil juara Piala Dunia lima kali pula menjadi tuan rumah hanya untuk disingkirkan dengan cara yang amat memalukan. Argentina dengan barisan pemain berbakat yang diketuai oleh Messi mempamerkan persembahan kurang bermaya sepanjang kejohanan dan hanya semangat membawa mereka ke perlawanan akhir juga terpaksa menerima hakikat kemarau Piala Dunia mereka kini mencecah 32 tahun. Manakala pasukan Belanda pula kekal menjadi pasukan elit yang layak menjadi juara Piala Dunia tetapi masih tidak mampu menjulang piala teragung ini.

Itu belum lagi aku cerita perihal bekas-bekas Juara Piala Dunia seperti Itali, Sepanyol, England dan Uruguay yang pulang awal dalam keadaan paling keji.

Jika melihat nasib pasukan daripada Asia pula, kita boleh mengagak di mana letaknya kedudukan sebenar pasukan bola sepak Malaysia atau lebih dibanggakan dengan nama Harimau Malaya. Jepun, Korea Selatan, Iran dan Anak Angkat Asia-Australia, kesemua wakil Asia ini terkandas di peringkat kumpulan. Ini petanda bola sepak negara kita masih jauh terkebelakang ketika negara kecil, miskin, mundur, sibuk dengan perang mula mempamerkan corak permainan penuh bertenaga. Sebagai contoh Algeria dan Costa Rica yang membuktikan kepada kita bahawa bola sepak lebih daripada sekadar duduk di atas kerusi empuk sambil meneguk segelas air nyaman di dalam pejabat yang berhawa dingin. Melihat pasukan Bosnia dan Iran di Piala Dunia saja sudah membuatkan aku termenung jauh memikirkan apa virus sebenar yang ada dalam bola sepak Malaysia.

Di Malaysia pula menteri sukannya adalah daripada negeri yang tidak akan bermain dalam Piala Malaysia 2014. Di Malaysia juga ada banyak pasukan yang dinaungi oleh seorang individu ataupun satu persatuan yang bermain dalam liga dan pertandingan yang sama. Di mana intergriti bola sepak Malaysia sebenarnya?

Bila bercakap tentang Piala Dunia, bagaikan kita sudah menjadi Juara 10 kali. Penuh ghairah. Tetapi itulah romantiknya rakyat Malaysia dan Piala Dunia. Setiap 4 tahun berpusu-pusu dengan negara angkat masing-masing. Tidak terkecuali juga aku. Sampai bila harus begini? Adakah sehingga kita melihat pasukan Somalia dan Bosnia bermain di Perlawanan Akhir Piala Dunia 2054 barulah kita mula merasa cemas?

Bilakah kita akan mampu untuk bersorak dan melihat pasukan Malaysia di Piala Dunia sebenarnya?

Aku tinggalkan pelbagai soalan untuk kita semua fikir dan untuk Tengku Bola jawab. Dan aku yakin 4 tahun lagi kita akan kembali bersama-sama pasukan angkat masing-masing untuk menonton Piala Dunia Russia 2018.

Sekian.

Abang Hadristuta.
Kampung Tualang Tiga.
8: 02 AM | 14 Julai 2014.

Saturday, July 12, 2014

Prebiu Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014: Jerman vs Argentina


Prebiu Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014: Jerman vs Argentina

Monday, July 14, 2014  | 3.00 AM

Perlawanan akhir Piala Dunia 2014 menemukan dua gergasi bola sepak dunia iaitu Jerman dan Argentina. Ini merupakan pertemuan ketiga mereka dalam pentas akhir Piala Dunia. Pada Piala Dunia 1986, Argentina menewaskan Jerman 3-2. Empat tahun kemudian di Italia 1990, Die Mannschaft menebus kembali kekecewaan mereka dengan menundukkan Argentina 1-0 hasil jaringan penalti Andreas Brehme selepas Rudi Voller jatuh dalam kotak penalti dengan cara yang amat mencurigakan. Selepas 24 tahun kedua pasukan ini ditakdirkan untuk bersemuka kembali dalam perlawanan akhir yang semestinya menjanjikan penuh debaran dan aksi.

Argentina menyahut seruan Jerman selepas menewaskan Belanda 4-2 dalam penentuan sepakan penalti. Ketika penentuan penalti Sergio Romero telah menjadi wira Albiceleste apabila menyelamatkan 2 sepakan pasukan Belanda. Sebelum kejohanan beliau adalah 'the weakest link' dalam skuad Argentina. Namun status beliau daripada seorang pemain 'todi' berubah menjadi hero hanya dalam satu malam sahaja merupakan sesuatu kejutan. Tevez yang baru nak mula tergelak dekat rumah pun tiba-tiba diam seribu bahasa apabila Argentina memenangi pertarungan sepakan penalti.

Lionel Messi. Ermmmmsss..Bagi aku minum sirap limau kejap. Okeh. Walaupun jelas Messi kerapkali hilang di atas padang. Tetapi nampaknya Argentina masih percaya individu ini adalah Messi-ah mereka dengan pemain ini seolah-olah secara individu memacu Argentina ke perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

Messi ketika ini masih lagi mencari golnya yang kelima dalam kejohanan ini selepas kali terakhir menjaringkan gol ketika pertemuan dengan Nigeria di peringkat kumpulan. Saingan Messi nanti tidak lain dan tidak bukan ialah Thomas Muller yang juga dalam misi memintas ataupun menyamai jaringan enam gol milik James Rodriguez. Nah!! Pentas akhir sudah terbentang luas untuk Messi dan Muller bagi membuktikan mereka adalah pemain terbaik dalam kejohanan kali ini. Ulasan selanjutnya tentang kedua pemain ini akan berada di bawah.




Pasukan Jerman menempah tiket ke perlawanan akhir dengan penuh gaya. Menewaskan Brazil dengan skor 7-1. Ramai yang terkedu. Tak kurang juga berbuih mulut terkena sawan dek kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa pasukan Brazil begitu mudah diratah. Tetapi sesiapa yang mengenali Jogi Low, pastinya langsung tidak hairan dengan keputusan seperti ini. Tambahan pula apabila menentang pasukan seperti Brazil.

Joachim Low ada sejarah manis apabila bertemu dengan Argentina sejak 2006 lagi. Ketika menjadi pembantu Klinsmann, beliau menyaksikan pasukan Jerman menewaskan Argentina 4-2 dalam penentuan penalti di Suku Akhir Piala Dunia 2006. Manakala empat tahun yang lalu Low membimbing Jerman memalukan Argentina 4-0 juga pada pusingan suku akhir.

Adakah Jogi Low mampu mengukir satu lagi kenangan manis menentang Argentina di Maracana? Sekaligus menjadi negara pertama dari benua Eropah yang menjulang piala teragung ini di bumi Amerika Latin ketika seluruh umat Brazil pastinya berdiri teguh di belakang Argentina yang dalam misi menyelamatkan maruah CONMEBOL.

Jerman mampu menjadi negara pertama dari benua Eropah yang menjulang Piala Dunia di bumi Amerika Latin kerana mereka adalah sebuah pasukan yang berada pada kelasnya yang tersendiri. Mereka menjadi pasukan pertama yang menjaringkan tujuh gol dalam laga separuh akhir dalam sejarah Piala Dunia. Dan ketika ini mereka merupakan pilihan utama untuk muncul juara buat kali pertamanya sejak tahun 1990. Rekod lain turut dicipta oleh Miroslav Klose apabila individu ini menjadi pejaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dengan 16 gol. Pada usia 36 tahun, ini mungkin Piala Dunia yang terakhir buat dirinya. Nampaknya Klose bersedia untuk mengakhiri kariernya dalam cara yang penuh bergaya.

Tiada sesiapa yang boleh menidakkan kehebatan Jerman dalam melakukan hantaran serta merencana gerakan cantik sesama mereka. Ketika menewaskan Brazil, kadangkala kelihatan pemain Jerman bergaduh sesama sendiri untuk menjaringkan gol. Berebut-rebut bak kata orang. Tetapi bergaduh dalam cara yang positif. Cara yang membolehkan Thomas Müller melengkapkan 10 jaringannya hasil daripada dua kejohanan Piala Dunia yang telah dia sertai setakat ini. Ya, Thomas Müller inilah yang mana bakatnya mula-mula dicungkil oleh Lim Teong Kim, bekas jurulatih remaja Bayern Munich's seorang manusia berbangsa Malaysia. Sekiranya Jerman menjulang Piala Dunia dan Muller muncul penjaring terbanyak kejohanan, sudah mesti Lim Teong Kim akan menjadi individu yang paling gembira.

Sebut pasal Lim Teong Kim ni, terus aku teringat pada Raisyyah Rania. Baik aku pergi bukak puasa dahulu.




Done With Iftooooor!!!! Mari kita sambung lagi prebiu berdasarkan posisi pula. Jom!

Penjaga Gol.


Reputasi Manuel Neuer sebagai salah seorang penjaga gol tebaik dunia telah mencanak naik di bumi Brazil dan ianya semakin terserlah ketika pusingan kalah mati. Selain daripada berkemampuan melakukan aksi menyelamat bertaraf dunia, penjaga gol Bayern Munich ini juga mampu beraksi sebagai 'sweeper-keeper'. Ia terbukti ketika menentang Algeria apabila dia kerap kali naik ke atas membantu barisan pertahanannya. Kadangkala kita boleh lihat Jogi Low menggeleng-geleng kecil memikirkan aksi berani mati dari penjaga golnya ini. Neuer juga menafikan cubaan gol dari Karim Benzema pada laga suku akhir. Dan apabila menentang Brazil...

"Kami nampak Neuer ada 3!!!" - begitulah kata Fred selain daripada "Aku main mane ni? Aku main mane ni?"...secara berkali-kali.

 

Macam yang aku cakap sebelum ini, Sergio Romero adalah 'the weakest link' buat Argentina. Dia hanyalah penjaga gol 'backup' buat pasukan AS Monaco sepanjang musim lepas. Mungkin kali ini rezeki berpihak kepada beliau. Tiga perlawanan tanpa bolos dalam pusingan kalah mati berjaya beliau lakukan. Tetapi cabaran sebenar  Romero adalah apabila berdepan dengan barisan serangan Jerman yang klinikal

Pada posisi ini kelebihan berpihak kepada pasukan Jerman.

Pertahanan

Pertahanan pasukan Jerman lebih tersusun selepas Joachim Low meletakkan kembali Philip Lahm bermain di posisi pertahanan kanan pada aksi menentang Perancis. Matt Hummels pula membuktikan dia bukan hanya memiliki wajah yang kacak, tetapi beliau juga adalah 'steady anchor' di posisi pertahanan tengah pasukan Jerman. Mampukah mereka kali ini menyerap asakan daripada Messi dan rakan-rakan?

Sebelum bermulanya kejohanan Piala Dunia 2014, posisi pertahanan pasukan Argentina merupakan antara masalah utama mereka. Mungkin kerana tidak setara dengan kekuatan di bahagian serangan. Tetapi mereka sekarang tidak melepaskan gol selama 330 minit dalam pusingan kalah mati - termasuk masa tambahan. 'The back four' yang terdiri daripada duo Manchester City, Pablo Zabaleta dan Martin Demichelis telah berjaya membuatkan penyerang Belanda, Arjen Robben dan Robin van Persie terpinga-pinga pada pertemuan yang lepas. Kadangkala Arjen Robben seperti sedang mencari jarum emas di atas padang, kejap-kejap jatuh, kejap-kejap jatuh.

Juga pada posisi pertahanan ini masih berpihak kepada pasukan Jerman.

Tengah
Haaa..ini adalah kekuatan pasukan Jerman. Bagaimana lancarnya enjin kereta buatan Jerman, begitulah juga licinnya bahagian tengah mereka beroperasi. Bastian Schweinsteiger dan Sami Khedira ditugaskan untuk bertahan secara kemas. Sementara itu, Toni Kroos dan Mesut Ozil pula diberi kebebasan untuk menyerang namun masih ada hadnya iaitu menyerang menggunakan akal. Jika mereka mampu bermain secara efisyen dan klinikal dihadapan gol, pastinya amat sukar buat Argentina menangani mereka.

Bagi Argentina pula mereka masih berharap yang Angel Di Maria akan pulih sebelum sepak mula perlawanan ini. Aksinya memecah benteng pertahanan dari sebelah sayap amat dirindui ketika ini. Ketika menentang Belanda, Albiceleste kelihatan bergelut dalam melakukan serangan. Manakala pemain tengah bertahan Javier Mascherano diyakini akan menjadi kunci untuk mengekang pasukan Jerman dari menyerang secara berleluasa.

Walaupun pahit, aku masih merasakan posisi tengah akan turut menjadi milik Jerman.

Serangan

Jerman memiliki Miroslav Klose, penjaring terbanyak Piala Dunia setakat ini dengan 16 gol. Dan juga Thomas Muller yang sudahpun merekodkan 10 jaringan dalam 2 penampilan di Piala Dunia.

Tetapi Argentina mempunyai Messi. Empat golnya semasa peringkat kumpulan mengingatkan kita kenapa beliau adalah individu yang menjadi pemain terbaik dunia sebanyak empat kali. Walaupaun memiliki Sergio Aguero dan Gonzalo Higuain, Messi masih merupakan kunci utama kejayaan pasukan Argentina. Jika Argentina mahu menewaskan Jerman, Messi harus mencipta gol. Tidak kiralah sama ada untuk dirinya mahupun rakan sepasukan yang lain.

Buat pertama kalinya hati aku memlih Argentina untuk memenangi pertarungan di posisi ini.

Pemain Tumpuan Jerman : Thomas Müller


Penjaring kedua terbanyak ketika ini di belakang James Rodriguez (6 gol). Sebuah akhbar Inggeris ada menulis "Muller covered the most ground in the World Cup (68.8 kilometers)". Ini kerana dia mampu untuk bermain dipelbagai posisi bergantung kepada keperluan pasukannya. Dan Muller sendiri menggelarkan dirinya sebagai 'tukang interpretasi ruang' dan bukannya penyerang tradisional yang hanya menunggu bola di kaki dan menyepak tonjol dengan rambut pekannya. Adakah anugerah kasut emas tahun ini akan menjadi milik Muller?

Pemain Tumpuan Argentina : Lionel Messi


Apa lagi yang aku perlu katakan tentang pemain ini? Messi seolah-olah mempunyai gam pada sepasang kakinya. Dia secara bersahaja boleh memilih sama ada untuk menghantar bola kepada rakannya ataupun menjaringkan gol secara individu. Tekanan sebagai pemain berjersi nombor 10 sudah dapat Messi tangani dengan baik sekali. Kini dia dalam proses mengulangi legasi yang telah Maradona tinggalkan. Dan setakat ini Messi kelihantan berjaya melakukannya dengan cemerlang. Lapan gol telah dijaringkan oleh Argentina, dan empat daripadanya adalah milik Messi membuktikan betapa pentingnya pemain ini kepada  Albiceleste.

Ramalan: Jerman 3-1 Argentina

Secara kasarnya aku merasakan Jerman akan menang. Mereka hadir ke Piala Dunia ini dengan status sebagai pasukan kedua terbaik dalam ranking FIFA. Susah untuk kita menidakkan fakta bahawa pasukan Jerman adalah yang terbaik ketika ini. Mereka menjaringkan gol dari segenap posisi yang mana menjadi kelebihan utama buat Jerman.

Kemudian kita ambil kira pula pasukan Argentina yang terpaksa bermain lebih 30 minit ketika menewaskan Belanda. Manakala Jerman pula bermain sehari sebelum itu dan tidak terlampau keji sekiranya kita katakan Jerman bermain bola sepak sebenar hanya dalam tempoh 45 minit pertama ketika menewaskan Brazil.

Sebenarnya tidak patut untuk kita menafikan peluang Argentina dalam perlawanan ini. Walaupun Jerman tidak tewas sepanjang kempen Piala Dunia kali ini (Argentina juga tidak tewas), mereka pernah seri 2-2 dengan Ghana serta menang dengan skor 1-0 dalam dua perlawanan bertemu Amerika Syarikat dan Perancis. Sekiranya Argentina ingin mengejutkan Jerman, ia adalah lebih daripada sekadar bergantung harap kepada Messi.

Sekian..Selamat Menonton!!! Seperti biasa 'Majulah Bola Sepak Untuk Semua Kecuali Malaysia'.

Wednesday, July 9, 2014

Prebiu Tempat Ketiga/Keempat Piala Dunia 2014: Brazil vs Netherlands.


Prebiu Tempat Ketiga/Keempat Piala Dunia 2014: Brazil vs Netherlands

Sunday, July 13, 2014  | 4.00 AM

Brazil tewas kepada Jerman dalam aksi Separuh Akhir melalui cara yang amat memalukan. Sejak Piala Dunia 1994 aku sudah mula membenci Brazil. Tapi benci-benci aku pun takdelah sampai melompat bersorak menengok Brazil dibelasah 7-1. Dan aku masih ada perasaan sedih melihat kekalahan sebegini rupa. Sayu pilu. Lagi-lagi apabila kamera televisyen mula memfokus wajah hiba peminat Brazil yang menistiskan air mata di dalam stadium. Negara Brazil secara tiba-tiba menjadi negara paling sedih di dunia pada pagi sembilan julai dua ribu empat belas. 

Scolari wajar menyalahkan dirinya sendiri. Ketika mereka memerlukan gol. Hanya wajah Fred kelihatan di atas padang sebagai penyerang harapan. Mereka ada Ronaldinho, Robinho, Pato, Coutinho, Kaka dan Lucas Moura. Tetapi di mana pemain ini semua? Kali terakhir Fred menyentuh bola adalah ketika sesi memanaskan badan sebelum perlawanan. Apabila masuk sahaja ke dalam padang, Fred seolah-olah hilang pedoman. "Aku main mane? Aku main mane?" Soal Fred berkali-kali kepada Scolari.

Kenapa pula aku sebut Ronaldinho? Ya, mungkin pemain ini sudah berusia 34 tahun. Tetapi mungkin amat berguna sekiranya keadaan mendesak terutamanya jika Brazil mahukan gol dari kedudukan 'set-piece'. Lihat sahaja Miroslav Klose yang sudah berumur 36 tahun. Dua tahun lebih tua dari Ronaldinho. Apa yang Klose dah buat? Menjaringkan satu gol dan sekaligus meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia setakat ini.

Apabila Brazil sudah dibelasah, muncul cakap-cakap mengatakan ketiadaan Neymar dan Thiago Silva adalah punca utama. Tak kurang juga yang menjerit di kedai mamak "Penjaga gol Queen Park Rangers boleh la bolos tujuh!" Sekali dengar macam alasan budak-budak sekolah. Tidakkah mereka sedar pemain terbaik mereka masih ramai yang tidak dipanggil? João Miranda dan Filipe Luís dari Atletico Madrid antara pemain yang dibiarkan duduk di rumah memotong rumput dan memanjat pokok petai. Menengok corak permainan David Luiz sahaja kita sudah tahu kenapa Chelsea dan Mourinho senang-senang melepaskan pemain ini ke PSG. Dan aku yakin pengurusan PSG sedang mencari-cari resit untuk mengembalikan semula Luiz ke Chelsea.

Dante? Ermmms...kalau aku yang jadi Thiago Silva. Aku masuk padang, aku terajang perut si Dante ni laju-laju. Main bola serupa Jimi Hendrix.

Ada satu ketika aku terpikir mungkin James Rodriguez sedang menjerit-jerit di depan televisyen di rumahnya "Kalau macam gini, baik bagi kami jek main". Tapi semuanya sudah terlambat. Brazil lebih layak memalukan dirinya sendiri di hadapan 200 juta umat mereka. Sekali imbas jika kita melihat jumlah jairngan, mungkin kita menyangka Kedah, jika tidak pun mungkin Arab Saudi yang sedang dibelasah Jerman. Kini hanya tempat ketiga yang akan menjadi pengubat duka buat pasukan Brazil. Manakala kekalahan Brazil kepada Jerman akan selamanya menjadi sejarah memalukan buat Brazil, dan bahan menganjing untuk semua anggota negara CONMEBOL. 

Lawan Brazil tidak lain dan tidak bukan ialah pasukan Belanda. Belanda tewas kepada Argentina dalam satu perlawanan yang mana memaksa pendukung setia bola sepak bangkit awal pagi untuk 'pray' for GAZA sambil menonton aksi membosankan. Manakala pemboikot Mekdi sedang asyik nyenyak tidur kerana siangnya akan berdoa di dada facebook. 

Ternyata Belanda tanpa pemain Surinam pada perlawanan ini ibarat Neelofa tanpa pengilat kuku. Langsung tidak berbisa dan mengancam. Belanda sebenarnya amat terhutang budi kepada pemain Surinam apabila pasukan ini menewaskan Argentina pada Piala Dunia 1998. Dan semua itu kini hanya tinggal memori. 

Pada pertemuan dengan Argentina, Belanda bermain dengan sangat negatif dan terlalu banyak bertahan. Jika menyerang sekalipun hanyalah untuk mendapatkan 'off-side'. Sesekali Van Persie seolah-olah seperti sedang beraksi untuk kejohanan Piala Filippo Inzaghi. Tiada kreativiti dalam melakukan serangan sehingga perlawanan menjadi amat bosan. 

Dalam keadaan perlawanan berakhir dengan keputusan kosong-kosong dan kepenentuan penalti, hanya mereka yang kurang waras sahaja percaya laga ini adalah separuh akhir sebenar. Bola sepak adalah hiburan. Hiburan memerlukan gol. Inikah Van Gaal yang dikatakan kaya dengan taktikal? Hantar bola pun sangkut, memang sesuailah Belanda dijodohkan untuk bertemu Brazil. Mujur aku bukan FIFA. Kalau aku jadi FIFA, awal-awal lagi aku dah suruh pasukan Belanda berhenti main dan balik hotel.

Kali ini tiada magis dari Van Gaal apabila dia sudahpun menggunakan kesemua pemain simpanannya dan bergantung harap kepada Cillessen untuk menyelamatkan air muka penyokong pasukan Oranje. Dan apabila melihat bahasa tubuh Cillessen sahaja aku sudah tahu yang beliau bukanlah satu pilihan tepat untuk menjadi hero sepakan penalti. 

Belanda akhirnya tewas. Tiada siapa yang menyangka mereka boleh mara sejauh ini. Namun pasukan Belanda kekal sebagai sebuah pasukan elit yang masih gagal menjulang Piala Dunia. Sekurang-kurangnya untuk 4 tahun lagi. Selamat bertembung buat Brazil dan Belanda. 

Pemain Tumpuan Brazil : Fred, Ramires, Hulk.
Pemain Tumpuan Netherlands : Tim Krul, Huntelaar.
Ramalan: Brazil 3-1 Netherland.

Piala Dunia 2014: Brazil 1- Jerman 7

Susah untuk kita memahami perasaan rakyat Brazil ketika ini.

Sedih, duka, terluka, malu..semuanya bercampur baur. Sebati.

Tapi ada satu cara untuk kita rasa apa yang umat Brazil sedang alami.

Kita minta FAM bida untuk Piala Dunia 2030. Amacam ready? Go!

Tuesday, July 8, 2014

Prebiu Separuh Akhir Piala Dunia 2014: Netherlands vs Argentina


Prebiu Separuh Akhir Piala Dunia 2014: Netherlands vs Argentina

Thursday, July 10, 2014 | 4:00 AM

Berjayakah Messi membawa Argentina ke persada akhir Piala Dunia buat pertama kalinya sejak tahun 1990? Ataupun mampukah Belanda meletakkan diri mereka 'back-to-back' dalam perlawanan akhir pada Isnin hadapan? Semuanya akan terjawab selepas tamatnya pertarungan dua gergasi bola sepak dunia ini pada peringkat separuh akhir yang akan berlangsung di Arena Corinthians, São Paulo.

Argentina akan turun tanpa kelibat pemain tengah penting mereka iaitu Angel Di Maria yang disahkan cedera. Dan kini timbul pula spekulasi yang aksinya bersama Argentina pada kempen Piala Dunia kali ini akan tamat lebih awal daripada yang dijangkakan.

Ini bermakna Alejandro Sabella akan bergantung sepenuhnya kepada Messi bagi mencorak serta menjaringkan gol untuk pasukan Albiceleste ini. Cuma mereka mungkin bernasib baik dengan adanya Gonzalo Higuaín yang seolah-olah bertemu kembali dengan sentuhannya sepertimana aksinya sepanjang musim lepas bersama Napoli. Selain itu, kem Argentina juga menerima berita baik tentang Sergio Aguero yang sudah mula turun berlatih dan berkemungkinan akan sembuh sepenuhnya serta dapat diturunkan untuk menentang Belanda.

Pasukan Belanda pula tidak ada apa-apa kerisauan di bahagian serangan mereka. Duo mereka Robin van Persie dan Arjen Robben setakat ini amat sukar untuk dihentikan. Kehebatan Robben juga terserlah ketika pertemuan dengan Costa Rica yang mana beliau berjaya melakukan 85 peratus hantaran dan 5 cubaan ke arah gawang. Sekali lagi Arjen Robben akan digunakan sebaik mungkin oleh Van Gaal dalam usaha mereka menewaskan barisan pertahanan Argentina yang terdiri daripada Zabaleta, Garay dan Demichelis. 

Walaupun Argentina dan Belanda memiliki barisan serangan yang boleh kita katakan setara mantapnya, pertembungan kedua pasukan ini mungkin akan ditentukan berdasarkan kemampuan mereka menguasai posesi bola. Ketika Belanda mendominasi permainan menentang Costa Rica, Oranje telah menguasai 67 peratus posesi bola. Sementara itu bagi Argentina pula yang berhempas pulas menewaskan Belgium, mereka hanya mampu menguasi bola sebanyak 46 peratus sepanjang permainan.

Jika Belanda sekali lagi berjaya menguasai bola secara total, mereka mungkin berjaya mendiamkan Messi sepanjang 90 minit permainan. Dengan ketiadaan Di Maria yang sentiasa bergerak dibelakangnya mengatur serangan, mungkin agak sukar buat Argentina apabila berdepan dengan pasukan Belanda. Yang mana kita juga tahu ini adalah perlawanan pertama buat Argentina melibatkan pasukan yang berprofil tinggi dalam Piala Dunia 2014 ini.

Pemain Tumpuan Belanda : Arjen Robben
Pemain Tumpuan Argentina: Lionel Messi
Ramalan : Belanda 2- 1 Argentina

Monday, July 7, 2014

Prebiu Separuh Akhir Piala Dunia 2014: Brazil vs Germany


Prebiu Separuh Akhir Piala Dunia 2014: Brazil vs Germany 

Wednesday, July 9, 2014 | 4:00 AM
 
1. Perlawanan antara Brazil-Germany adalah pertembungan dua pasukan terkuat dalam kejohanan pada kali ini. Brazil dalam misi menjuarai kejohanan ini di tanah air mereka sendiri. Manakala Jerman pula memburu tahkta Piala Dunia dunia mereka yang ke-4 selepas kali terahkhir menjulang trofi ini pada tahun 1990 (ketika aku masih di tadika).

2. Sejak runtuhnya tembok Berlin, pasukan Brazil telah bertemu Jerman sebanyak 9 kali dan memenangi 5 perlawanan daripadanya serta kalah dalam 2 pertemuan. Baki 2 perlawanan lagi menjadi milik Jerman.

3. Satu tragedi telah menimpa pasukan Brazil apabila pemain bintang mereka Neymar mengalami kecederaan patah tulang punggung ketika laga suku akhir menentang Colombia tempohari dan akan tersisih baki Piala Dunia 2014 ini. Hendak dijadikan lagi sadis, kapitan mereka Thiago Silva juga turut digantung satu perlawanan kerana penerimaan kad kuningnya dalam aksi yang sama. Pada pertemuan dengan Colombia, Thiago Silva telah menjaringkan gol pada minit ke-7 yang mana merupakan gol terpantas buat pasukan Brazil sejak Piala Dunia 2006. 

4. Sekali lagi kredibiliti dan kepakaran jurulatih Brazil Luiz Felipe Scolari akan diperlukan untuk mencungkil yang terbaik daripada Hulk dan Oscar bagi menjelmakan aksi hebat mereka di atas padang. Dan juga mencurahkan keyakinan kepada Dante, pertahanan yang berumur 30 tahun yang mungkin akan diturunkan buat pertama kalinya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Thiago Silva. 

5. Sebagai rekod juga, Luiz Felipe Scolari tidak pernah tewas dalam aksi di Piala Dunia ketika membimbing pasukan Brazil yang mana beliau juga adalah individu yang sama menjulang kejayaan bersama Selecao pada Piala Dunia 2002.

6. Mampukah pasukan Brazil mempertahankan rekod 41 perlawanan tanpa kalah mereka di medan sendiri? Dengan kekalahan terakhir yang mereka alami ialah pada tahun 2002 kepada pasukan Paraguay, kira-kira 12 tahun yang lalu. 

7. Sementara itu kem Jerman nampak lebih tenang selepas kejayaan menewaskan Perancis. Kemunculan semula Mats Hummels memang sejuta rahmat buat Joachim Low apabila pemain tersebut menjaringkan gol tunggal perlawanan yang membawa Jerman ke separuh akhir yang ke-13 buat Die Mannschaft. Seperti yang kita tahu juga, mereka telah mara ke perlawanan akhir sebanyak 6 kali sejak Piala Dunia 1966. 

8. Pasukan Jerman sekali lagi akan mengharapkan pemain mereka seperti Thomas Muller, Mario Gotze dan Mesut Ozil untuk menekan dan menghuru-harakan pertahanan pasukan Brazil. Dan sekiranya penyerang Lazio, Miroslav Klose menjaringkan gol dalam perlawanan ini, beliau akan menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia meninggalkan ikon Brazil, Ronaldo. Mereka berdua kini terikat bersama pada kedudukan 15 gol. 

9. Berikut ialah keputusan 3 pertemuan terakhir kedua pasukan:

  • Persahabatan Antarabangsa, Ogos 2011 | Jerman 3 (Schweinsteiger, Gotze, Schurrle) Brazil 2 (Robinho, Neymar).
  • Piala Konfederasi, Jun 2005 | Jerman 2 (Podolski, Ballack) Brazil 3 (Leite 2, Ronaldinho),
  • Persahabatan Antarabangsa, September 2004 | Jerman 1 (Kuranyi) Brazil 1 (Ronaldinho).
10. Siapa yang boleh melupakan aksi klasik pada perlawanan akhir Piala Dunia 2002, ketika Brazil menjulang Piala Dunia ke-5 mereka menewaskan Jerman 2-0 sekaligus menjadikan pasukan Selecao sebagai pemenang paling banyak untuk piala teragung ini.

11. Entah siapa yang akan memenangi perlawanan ini gamaknya. Mari kita memerah otak secara mendalam. 

Pemain Tumpuan Brazil: David Luiz
Pemain Tumpuan Germany : Thomas Muller
Ramalan : Brazil 2-2 Germany (Brazil menang penentuan sepakan penalti 3-2)

Thursday, July 3, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Netherlands vs Costa Rica




Prebiu Piala Dunia 2014: Netherlands vs Costa Rica

Sunday, July 6, 2014 |4:00 AM 

Perlawanan ke-60 Piala Dunia 2014 ini adalah aksi yang ke-4 bagi peringkat Suku Akhir. Ia menemukan dua buah pasukan yang tidak pernah bertembung antara satu sama lain sebelum ini - Belanda dan Costa Rica. Belanda layak selepas menewaskan Mexico pada penghujung minit permainan. Manakala Costa Rica pula mengecewakan Greece dalam penentuan sepakan penalti setetah keduanya terikat dengan jaringan satu sama.

Belanda memulakan kempen Piala Dunia dengan aksi mantap dan pada 3 perlawanan awal peringkat kumpulan pasukan Oranje seolah-olah sukar untuk ditewaskan. Sejak itu ramai yang merasakan sudah tiba masanya untuk Belanda muncul Juara Piala Dunia buat pertama kalinya dalam sejarah sekaligus melengkapkan hagemoni mereka dalam kancah bola sepak dunia. 

Namun begitu, pengembaraan indah mereka hampir sahaja diragut dengan penuh rakus oleh pasukan Mexico. Sudahlah Mexico yang menjaringkan gol terlebih dahulu hasil gerakan menarik Dos Santos. Si Van Persie pulak seperti hilang akal apabila melihat segala cubaan ke arah gol dipatahkan oleh barisan pemain Mexico tak kiralah sama ada penjaga gol mereka, Guillermo Ochoa mahupun barisan pertahanan mereka yang diketuai oleh Rafael Marquez. 

Tetapi semangat juang pasukan Belanda tidak pernah luntur dan mereka bangkit menjaringkan gol pada minit ke-88 hasil dari cubaan dari Wesley Sneijder yang menerjah jaring. Belanda kemudiannya menjaringkan satu lagi gol melalui sepakan penalti oleh Klaas Jan Huntelaar pada minit ke-94 selepas Arjen Robben dijatuhkan dalam kotak penalti. Dua gol ini membolehkan Belanda layak ke suku akhir untuk berdepan dengan Costa Rica yang kini mula digelar sebagai The Giant Killer. 

Umum sudah mengetahui bagaimana persembahan Costa Rica apabila bertemu pasukan yang mempunyai status lebih gah daripada mereka. England, Uruguay dan Itali semuanya tidak mampu mengalahkan Costa Rica. Tetapi jika kita lihat pertemuan dengan Greece pula mereka seperti sudah kembali ke fitrah asal. Menjadi kelam kabut dan hilang punca. Mujurlah aksi Keylor Navas sangat cemerlang ketika penentuan sepakan penalti dan membawa Costa Rica mara ke suku akhir buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak mereka. 

Belanda tidak sepatutnya menjadikan keputusan perlawanan Costa Rica dengan Greece sebagai rujukan sebelum laga kedua pasukan ini. Sebaliknya mereka perlu melihat semula bagaimana 3 bekas Juara Dunia dikuburkan oleh Costa Rica sebelum ini.

Dan macam biasela..aku merasakan yang Costa Rica mungkin mampu bertahan habis-habisan untuk menangkis segala serangan pasukan Belanda. Walaubagaimanapun ketahanan mereka akan ditamatkan jua oleh Belanda yang mana akhirnya Oranje akan menang perlawanan ini dengan skor 2-0. 

Pemain Tumpuan Netherlands : Wesley Sneijder
Pemain Tumpuan Costa Rica: Bryan Ruiz
Ramalan : Netherlands 2-0 Costa Rica

Prebiu Piala Dunia 2014: Argentina vs Belgium






Prebiu Piala Dunia 2014: Argentina vs Belgium

Sunday, July 6, 2014 |12:00 AM
 
Argentina dan Belgium dipertemukan selepas kedua pasukan ini dipaksa berhempas pulas menewaskan lawan masing-masing dalam masa tambahan. Argentina-Belgium pernah 4 kali bertemu sebelum ini. Tiga perlawanan dimenangi oleh Argentina dan satu lagi berpihak kepada Belgium. Sejumlah 14 gol dijaringkan di antara mereka. Argentina menjaringkan 10 gol. Manakala Belgium pula berupaya menyumbat 4 gol sahaja. 

Sepanjang kempen Piala Dunia kali ini kita nampak pasukan Argentina terlalu bergantung kepada Messi. Malangnya Messi  gagal mendapat sokongan secukupnya dari rakan sepasukan yang lain. Kadangkala hantaran cantik Messi gagal dibaca dengan baik oleh pemain lain. Ditambah pula dengan aksi longlai secara konsisten dari trio Gonzalo Higuain, Ezequiel Lavezzi dan Sergio Aguero (cedera) yang mana setakat ni beraksi di bawah tahap sebenar mereka. 

Belgium pula walaupun beraksi kurang baik dalam peringkat kumpulan. Mereka telah menunjukkan taring sebenar mereka ketika menewaskan Amerika Syarikat dengan tidak henti-henti menyerang ke kubu Uncle Sam tersebut. Jika tidak kerana Tim Howard, Belgium mungkin boleh menamatkan permainan dalam masa 90 minit sahaja. 

Senjata Argentina terletak pada Messi. Sementara bagi Belgium pula kelebihan mereka ialah memiliki sejumlah pemain yang boleh menjaringkan gol tanpa perlu bergantung kepada individu tertentu. Dan perlawanan kedua pasukan ini akan menjadi sangat kompetitif kerana mereka akan berusaha mendapatkan gol untuk melindungi pertahanan mereka yang kurang ampuh. 
 
Pemain Tumpuan Argentina : Angel Di Maria
Pemain Tumpuan Belgium : Romelu Lukaku
Ramalan : Argentina 3-2 Belgium

Wednesday, July 2, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: France vs Germany


Prebiu Piala Dunia 2014: France vs Germany

Saturday, July 5, 2014 |12:00 AM
 
Prebiu kali ini akan disampaikan dalam bentuk 'point'. Aku nak tengok jauh mana dia boleh pergi. 

1. Dua bekas Juara Dunia Jerman dan Perancis akan bertembung dalam satu aksi Super Blockbuster untuk perlawanan pertama peringkat suku akhir Piala Dunia 2014. 

2. Jerman mara ke suku akhir selepas menumpaskan Algeria dalam masa tambahan dengan menjaringkan 2 gol berbalas 1. Dalam perlawanan ini Jerman lebih agresif dengan menguasai bola lebih daripada 60 peratus serta melakukan 22 percubaan tepat ke gawang. Dan Jerman juga ketika ini sudah merekodkan 31 cubaan ke arah gol dalam dua perlawanan yang mereka telah harungi. Inilah statistik yang perlu diperhatikan serta dikaji secara mendalam oleh Didier Deschamps.
 
3. Ketika menewaskan Algeria, Jerman menunjukkan yang mereka tidak hanya bergantung harap pada Thomas Muller untuk menjaringkan gol. André Schürrle dan Mesut Özil berjaya membuktikannya. Sekiranya ini berterusan berlaku, Jerman tidak perlu risau kerana ramai lagi pemain boleh memberikan kejayaan kepada Die Mannschaft. 

4. Pasukan Perancis pula layak ke suku akhir dengan menumpaskan Nigeria 2-0 hasil jaringan Paul Pogba dan gol sendiri dari Joseph Yobo. Sekarang ini sedang heboh mengatakan bahawa yang Paul Pogba sudah berjaya menjelmakan roh Patrick Viera ke dalam dirinya dengan cemerlang. Melupakan kita terus kepada figura yang bernama Abou Diaby

5. Secara keseluruhannya ia adalah persembahan mantap dari pasukan Perancis yang masih lagi belum tewas dalam kejohanan kali ini. Pertahanan mereka juga sangat padu dengan hanya melepaskan 2 gol sahaja setakat ini. 

6. Namun begitu lawan mereka kali ini adalah Jerman yang jauh lebih hebat berbanding pasukan yang telah mereka tentang baik dalam peringkat kumpulan mahupun kalah mati (Nigeria). 

7. Jerman - Perancis adalah dua pasukan yang bermain bola sepak dengan penuh gaya dan berseni serta tahu bila masa yang sesuai untuk menjaringkan gol. Kelebihan inilah yang memberi faedah kepada semua penonton yang gilakan gol. 

8. Jerman dijangka akan lebih mendominasi penguasaan bola yang mana akan menyusahkan pasukan Perancis untuk memberi saingan sepanjang 90 minit permainan.
 
9. Pemenang akan ditentukan dalam masa 90 minit permainan sahaja. Tiada masa tambahan ataupun penalti. 

10. Aku merasakan pasukan Jerman akan menang dan mara ke Separuh Akhir sekali lagi buat kali ke-13 dan ini merupakan satu rekod untuk kejohanan Piala Dunia. 

11. 'Jangan pernah menafikan kewujudan Jerman' merupakan ungkapan kuno yang tidak akan wujud tanpa sebab yang kukuh. Ini adalah Piala Dunia mereka yang ke-17 dan Jerman akan kekal sebagai model terulung sebagai sebuah pasukan yang konsisten. RIP Perancis. 

Pemain Tumpuan France : Paul Pogba
Pemain Tumpuan Germany : Thomas Muller
Ramalan : France 1-2 Germany

Tuesday, July 1, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Brazil vs Colombia


Prebiu Piala Dunia 2014: Brazil vs Colombia 

Saturday, July 5, 2014 4:00 AM 

Cerita kehebatan Colombia pada Piala Dunia 204 kali ini telah tersebar di seluruh dunia. Kini mereka berjaya ke suku akhir buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Colombia. Kegembiraan ini turut dikongsi oleh Lagenda Colombia, Carlos Valderrama. Komen beliau ketika ditemubual oleh seorang wartawan majalah sukan di gerai berger milik isterinya. 

"Abang ingat lagi masa tahun 1994 dulu ramai yang menjangkakan Colombia akan menang Piala Dunia. Tapi masa tu abang dengan Higuita telah memadam impian seluruh rakyat Colombia. Kami sangat menyesal ketika itu. Abang yakin Piala Dunia 2014 ini, Colombia boleh pergi lebih jauh ke hadapan. Tambahan pula abang perati James Rodríguez ni main sebijik macam abang muda-muda dulu." 

Valderrama juga menambah sebelum menutup gerai berger isterinya hari ini lebih awal dari biasa dek kerana mahu pulang menengok siaran langsung Piala Dunia. 

"Apa yang abang perasan ada kemerosotan ketara dalam corak permainan Brazil ni. Dan sekiranya Colombia berjaya julang Piala Dunia 2014 ini kami akan dedikasikan kejayaan ini khas buat Andreas Escobar." Kata Valderrama lagi sambil mengesat air mata di pipinya akibat tidak dapat menahan sebak. 

Kita sudah lihat bagaimana menggelabahnya Brazil hendak menewaskan Chile. Jika bukan kerana tuah Julio Cesar pada hari tersebut, seluruh Brazil sudah pasti akan kecewa. Neymar, Fred dan Oscar kelihatan hilang punca apabila melihat barisan pemain Chile yang menentukan arah tuju permainan sama ada ingin bertahan ataupun menyerang. Dunia kini sudah tahu yang pasukan Brazil boleh ditewaskan dengan terdedahnya beberapa kelemahan dan kepincangan dalam skuad Scolari ini. Oleh itu setiap pemain Brazil perlu melipatgandakan usaha jika tidak mahu malu di laman sendiri.

Mengikut rekod kedua pasukan telah bertemu sebanyak 25 kali. 15 perlawanan telah dimenangi oleh Brazil dan Colombia hanya merekodkan 2 kejayaan sahaja. Baki 8 lagi perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Manakala rekod jaringan juga lebih berpihak kepada Brazil dengan sejumlah 55 gol telah dijaringkan oleh mereka. Sementara Colombia hanya menyumbat 11 gol sepanjang kedua pasukan ini bertemu.

Sudah tentu rekod silam ini tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur nasib pasukan Colombia pada perlawanan ini. Mereka dengan bergaya menendang bekas Juara Dunia, Uruguay keluar dari pusingan 16 pasukan terbaik. Aksi James Rodríguez pula semakin memikat. 5 gol daripada 4 perlawanan ketika ini meletakkan dirinya selaku pendahulu penjaring terbanyak kejohanan. Pertahanan mereka yang diketuai Mario Yepes juga bermain dengan kemas. Hanya bolos 2 gol sahaja dalam 4 perlawanan. Jika mereka berjaya menewaskan Brazil, sejarah sekali lagi bakal tercipta dengan kemaraan mereka ke peringkat separuh akhir.

Kesimpulannya siapa yang akan memenangi saingan ini?

Brazil sudah pasti akan bermain dengan lebih baik lagi berbanding ketika menewaskan Chile. Namun mereka akan tewas dari segi skil dan kemahiran yang lebih memihak kepada pasukan Colombia. James Rodríguez juga akan menjaringkan gol dalam perlawanan ini sekaligus menghantar Brazil ke lembah kekecewaan.

Pemain Tumpuan Brazil : Neymar Jr.
Pemain Tumpuan Colombia : James Rodríguez
Ramalan : Brazil 2-3 Colombia

Monday, June 30, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Belgium vs United States


Prebiu Piala Dunia 2014: Belgium vs United States 

Wednesday, July 2, 2014  | 4:00 AM 

Pada suatu petang di Warong Nasik Lemak Janda Lopa ketika semua penduduk Kampung Buaya sedang menunggu waktu berbuka puasa. Dari jauh kelihatan dua orang sahabat karib - Taruddin dan Idlan Khozim sedang bermuzakarah secara serius. 

"Engko tau tak Taruddin, pagi nanti Belgium akan bertemu dengan Amerika Syarikat. Ini adalah pertemuan ke-5 mereka yang mana Belgium telah menang 4 perlawanan. Manakala Amerika pulak hanya menang 1 perlawanan sahaja..." 

Belum pun sempat Idlan Khozim menghabiskan ayatnya, Taruddin pantas menjawab sambil melakukan balik kuang dari meja yang menyediakan lauk nasik campur, terus mendarat tepat di atas bangku plastik di depan Idlan Khozim. 

"Sebanyak 13 gol telah dijaringkan antara mereka. Belgium menyumbat 8 gol. Manakala Amerika hanya 5 gol." 

Berderau darah Idlan Khozim melihat aksi sahabatnya itu. Sambil mengeluarkan rokok sekotak dan mancis dari poket seluarnya, Idlan Khozim menambah. 

"Pasukan Amerika kali ini banyak dipengaruhi dengan semangat kepimpinan dari Jürgen Klinsmann. Hasilnya engko tengok perlawanan peringkat kumpulan diorang. Walaupun tewas, tetapi pasukan Amerika menunjukkan tahap persembahan yang tinggi di atas padang. Berkat usaha diorang, dapat jugak layak ke pusingan 16 pasukan terbaik dan bertemu pula dengan Belgium yang mana di atas kertas lebih kuat berbanding Amerika. Tapi bola sepak bukannya dimainkan di atas kertas. " 

Huraian panjang lebar Idlan Khozim terhenti apabila Janda Lopa mula menghidang air untuk berbuka puasa. Sirap Bandung Cincau dan Tembikai Laici menjadi pilihan mereka berdua. Kini terhidang di atas meja dua jenis air yang berasap-asap dengan ais. Idlan Khozim jadi tak tenang. Manakala Taruddin buat-buat muka penat berpuasa sebelum menambah bicara tentang pasukan Belgium pula. 

"Belgium ni pulak yang aku tengok masih lagi tercari-cari rentak mereka dalam kejohanan kali ni. Setakat ini Belgium gagal memenuhi jangkaan pakar bola sepak kerana aksi mereka kurang meyakinkan dan masih jauh dari potensi sebenar mereka. Tambahan pula Belgium berada dalam kumpulan H yang rata-rata pasukannya tidak menunjukkan aksi bola sepak yang sebenar. Ini berbeza dengan pasukan Amerika yang diletakkan dalam kumpulan yang mana pasukannya hebat-hebat belaka serta memberi cabaran dari segi teknikal dan taktikal." 

"Engko rasalah Taruddin, antara Belgium dan Amerika mana satu yang akan menang pagi karang?"

Soal Idlan Khozim kepada Taruddin sambil matanya tak henti-henti memandang Sirap Bandung Cincau ais dihadpannya. Dan bila-bila masa sahaja lagi Azan akan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib dan berbuka puasa bagi Kampung Buaya serta kawasan yang sewaktu dengannya.
 
"Sebagai seorang yang mula bermain bola sepak mewakili Kampung Buaya pada usia 10 tahun, aku menjangkakan Amerika Syarikat akan meneruskan corak permainan bola sepak yang berkualiti tinggi sehingga membuatkan Belgium terkial-kial untuk menyamai tahap persembahan pasukan Uncle Sam tersebut. Dan Amerika boleh menewaskan Belgium dengan skor 2-1 sekaligus membawa mereka mara ke suku akhir." 

Idlan Khozim tiba-tiba bersemangat mendengar kata-kata dari Taruddin itu. Dia berdiri seraya bersorak... 

"Hidop Uncle Sam!!!  Hidop Uncle Sam!!! Hidop Uncle Sam!!!"

Jemaah Warong Nasik Lemak Janda Lopa yang lain terpinga-pinga melihat perangai Idlan Khozim. Ada yang menggenggam penumbuk malahan ada yang hendak mengeluarkan lembing tapi dihalang rakan yang lain menggunakan isyarat mata. Mengenangkan beberapa saat sahaja lagi hendak berbuka puasa, mereka buat tak tahu sahaja.

Manakala Taruddin dan Idlan Khozim masih lagi ketawa berdekah-dekah sehinggalah matahari terbenam.

Pemain Tumpuan Belgium : Marouane Fellaini
Pemain Tumpuan United States : Jermaine Jones
Ramalan : Belgium 1-2 United States