Pengenalan
Australia layak ke Piala Dunia buat pertama kalinya pada tahun 1974. Selepas itu mereka secara berturut-turut layak pada edisi 2006, 2010 dan terkini 2014. Manakala pasukan Malaysia pula, sejak dari Piala Dunia edisi 1974 hinggalah membawa kepada edisi 2014. Juga dari zaman televisyen tidak canggih serta hitam putih, hinggalah ke zaman facebook, twitter dan istagram, pasukan bola sepak Malaysia hanya banyak berlegar-legar dengan senang hari dalam lingkaran Sukan Sea dan Piala Tiger a.k.a Piala Suzuki.
Betul juga kata orang, usaha itu tangga kejayaan. Tapi usaha yang sama jika dibuat berkali-kali tanpa mendatangkan hasil boleh juga dikata sebagai kerja yang sia-sia. Cuma kita bernasib baik kerana dalam melakukan kerja sia-sia ini kita tidak keseorangan. Baiklah, kita kembali fokus pada pasukan Australia.
Empat tahun yang lalu mereka diletakkan dalam kumpulan yang agak sukar terdiri daripada pasukan Jerman, Ghana dan Serbia. Walaupun begitu Australia tetap berjaya mengutip 4 mata dan mengakhiri kejohanan 2010 di tangga ketiga. Mungkin masih belum ada rezeki buat Socceroos apabila tahun ini mereka sekali lagi ditempatkan dengan pasukan-pasukan hebat seperti Sepanyol, Belanda dan Chile. Tetapi jika di fikir secara positif, tiada apa yang mustahil dalam bola sepak moden.
Jurulatih: Angelos Postecoglou.
Figura yang pendiam ini berasal daripada Greece, sebuah negara yang mengalami krisis kewangan dan hutang yang teruk. Semasa keluarganya berpindah ke Melbourne pada tahun 1970, dia baru sahaja berusia 5 tahun. Namun berkat usaha keras beliau yang tidak pernah mengenal erti jemu, pada usia 48 tahun akhirnya Angelos Postecoglou berjaya muncul antara jurulatih terbaik dalam liga domestik Australia dan sekaligus dilantik menggantikan Holger Osieck pada 23 October 2013.
Ketua Pasukan: Lucas Neill.
Ramai yang mengatakan kapitan Lucas Neill sudah tidak lagi layak menerajui pasukan negaranya. Seperti mana tidak layaknya Safiq Rahim menyarungkan jersi Harimau Malaya di bandannya. Seperti tidak layaknya David Moyes membebel serta merungut tidak henti pasal penjaga garisan yang gagal menjalankan tugas dengan baik.
Ketika artikel ini ditulis, bekas pemain Blackburn, West Ham dan Everton ini sedang mencari kelab pada perpindahan Januari demi mendapatkan aksi dalam kesebelasan utama menjelang Piala Dunia nanti. Walaupun secara kasarnya resume beliau sangat impresif, namun pada ketika ini pemain yang sudah menjangkau usia 36 tahun pada bulan Mac ini sudah semakin hilang dari perhatian umum.
Angelos Postecoglou juga menegaskan, kapten Socceroos ini perlu mendapatkan aksi dalam kesebelasan utama sekiranya ingin mengikuti penerbangan kelas pertama ke Rio de Janeiro. Jika tidak, naik sahaja Air Asia 'Where Everyone Can Fly'.
Angelos Postecoglou juga menegaskan, kapten Socceroos ini perlu mendapatkan aksi dalam kesebelasan utama sekiranya ingin mengikuti penerbangan kelas pertama ke Rio de Janeiro. Jika tidak, naik sahaja Air Asia 'Where Everyone Can Fly'.
Pemain Bintang: Tim Cahill.
Ternyata program pembangunan bola sepak di Australia tidak berkembang dengan baik apabila melihat nama pemain ini yang masih lagi disandarkan untuk mendapatkan gol. Memang tidak dinafikan suatu masa dahulu beliau adalah antara pemain yang menyerlah dalam skuad Socceroos ini. Tetapi memandangkan usianya yang mencecah 34 tahun dan bermain di Liga luar daripada Eropah (MLS), ia kelihatan amat mustahil buat pemain ini memacu Australia untuk pergi jauh dalam kejohanan edisi 2014 ini.
Jika terpilih bermain dalam kesebelasan utama, Cahill sekali lagi akan menjadi pemain penting dalam perancangan permainan jurulatih Angelos Postecoglou.
Jika terpilih bermain dalam kesebelasan utama, Cahill sekali lagi akan menjadi pemain penting dalam perancangan permainan jurulatih Angelos Postecoglou.
Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: Mathew Leckie
Mungkin ramai yang baru pertama kali mendengar nama pemain ini. Walaupun kemunculan beliau tidaklah sehebat Mark Viduka, namun pemain ini telah membina reputasinya sendiri di Jerman. Beraksi untuk kelab 2. Bundesliga iaitu FCV Frankfurt dan merupakan pemain serangan yang lasak dan mempunyai kemahiran tinggi di hadapan gol. Pada usia 22 tahun, masih banyak yang perlu dipelajari oleh pemain ini.
team feveret aku untuk world cup nanti
ReplyDelete