Piala Dunia 2014: Uruguay
Pengenalan
Ketika zaman awal tertubuhnya organisasi bola sepak antarabangsa, Uruguay adalah kuasa dunia sebenar. Sebelum Piala Dunia diadakan, mereka telah memenangi pingat emas olimpik 1924 dan 1928. Oleh kerana mereka adalah pasukan terbaik era mereka, Uruguay telah diberi keistimewaan untuk menganjurkan kejohanan Piala Dunia yang pertama, yang mana mereka mudah memenangi perlawanan tersebut mengatasi Argentina.
Atas sebab politik Uruguay tidak menyertai dua kejohanan Piala Dunia yang berikutnya, namun mereka kembali dengan bergaya pada tahun 1950 apabila meelakukan kejutan paling terbesar dalam sejarah kejohanan dengan menewaskan Brazil di Estadio do Maracana untuk menjulang trofi Piala Dunia. Kejayaan ini dikenali sebagai 'Maracanazo'.
Meskipun membuat kemaraan cemerlang pada tahun 1954 dan 1970, mereka akhirnya mengalami kejatuhan mendadak dan kejohanan 2010 di Afrika Selatan menyaksikan kebangkitan mereka kembali apabila menduduki tempat ke-4.

Jurulatih: Oscar Tabarez.
Oscar Tabarez semasa usia mudanya banyak menghabiskan karier bola sepak beliau di Argentina dan Mexico dengan mewakili kelab seperti Sud América, Sportivo Italiano, Montevideo Wanderers, Fénix dan Puebla. Namun pada usia 32 tahun beliau sudahpun bersara daripada menyepak bola.
Susuk berbangsa Uruguay yang berusia 66 tahun ini dikenali sebagai 'El Maestro' di atas kejayaan gemilangnya kariernya sebagai pengurus. Dia sudah bersama Persatuan Bola Sepak Uruguay sejak dari 2006 lagi. Kejayaan manis beliau adalah menamatkan Piala Dunia 2010 di Afrika di tempat ke- 4 serta setahun kemudiannya pula menjuarai pula Copa America.
Ketua Pasukan: Diego Lugano.
Diego Lugano berpindah ke West Brom pada Ogos 2013 daripada kelab PSG. Namun setakat ini hanya melakukan 5 penampilan sahaja untuk kelab tersebut. Tetapi penampilan terbaik beliau adalah ketika beraksi dengan kelab Turki, Fenerbache dan dianggap sebagai lagenda oleh kelab tersebut.
Memiliki 31 penampilan untuk Uruguay sudah cukup melambangkan betapa berpengalamannya pemain ini di pentas antarabangsa dengan usianya yang mencecah 33 tahun.
Pemain Bintang: Luis Suarez.
Siapa lagi kalau bukan beliau? Hero untuk negaranya Uruguay dan juga kelab paling bersejarah di muka bumi yang beliau wakili iaitu Liverpool. Menjadi penjaring terbanyak untuk kempen kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan dengan 11 gol sudah cukup untuk menceritakan betapa hebatnya pemain ini. Mari kita berharap agar pemain ini tidak tercedera dan dapat beraksi pada bulan Jun hadapan.
Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: Abel Hernandez.
Beliau berjaya bangkit semula selepas menjalani pembedahan jantung semasa usia remajanya. Sudah beraksi bersama kelab Itali, Palermo sejak dari 2009 dan kini telah mengumpul 28 gol daripada 100 penampilannya.
Dia merupakan antara pemain yang paling dikehendaki oleh kelab-kelab besar di Eropah. Pencapaian terbaiknya adalah ketika menjaringkan 4 gol dalam Piala Konfederasi 2013.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...