Monday, May 25, 2015

Chelsea Mengamalkan Kesederhanaan Dalam Kehidupan.

Chelsea Mengamalkan Kesederhanaan Dalam Kehidupan.

Ye, Chelsea yang menang BPL. Tapi kisah Livepool yang lebih mendapat perhatian.

Bukan sebab tiada siapa peduli. Namun Chelsea itu sendiri adalah sebuah tim wasatiyah dan bersederhana dalam segala hal.

Insya'allah musim depan kita akan lebih berjaya. Amin..


Posted via Blogaway

Sunday, May 17, 2015

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2015 : KELANTAN vs LIONS XII

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2015 : KELANTAN vs LIONS XII

Kita mungkin sudah tau bahawa pengakhiran karier bola sepak Steven Gerrard di Anfield adalah ditamatkan dengan satu kekalahan. Ini amat berbeza dengan bekas lagenda bola sepak Arsenal iaitu Fabregas yang masih berkuasa dan berjaya menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Tapi ini sebenarnya cerita lain. Maafkan aku. Nanti kita sambung kemudian masa. Ini kali aku mahu menulis sedikit berkaitan Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 2015.

Walaupun Piala FA Malaysia bukanlah piala tertua yang pernah wujud di rantau Asia waima di Malaysia sekalipun. Namun romantiknya kejohanan ini dengan jiwa serta hati rakyat Malaysia sememangnya kita tidak boleh nafikan ataupun menidakannya dengan hanya sekali gelengan kepala. Jadi apabila timbul idea pandir mahu menggabungkan Piala FA dan Piala Malaysia dalam satu kejohanan, pundi kelakar aku mula terasa geli hendak terbahak-bahak. Alah dah memang kerja deme tu menggabungkan benda bukan? Cukup-cukuplah gabungkan pasukan bola tu. Jangan nak gabungkan segala benda pulak yang ada di muka bumi ini.

Tetapi malangnya idea pandir ini kemudiannya disambut baik oleh persatuan FAM pandir dan mereka bersedia membincangkannya. Sudahlah pemain kita kekurangan jumlah perlawanan kompetetif setiap musim. Ini pulak nak digabungnya dua piala jadi satu kejohanan. Bertambah-tambahlah cuti rehat pemain bola yang beraksi dalam Liga Malaysia nanti. Kita biarkan cerita merepek gabung menggabung ni sebentar. Malas pulak aku nak menaip panjang.

Beberapa hari yang lalu seluruh dunia sudah menyaksikan kebangkitan pasukan Kelantan menewaskan juara bertahan Pahang dalam aksi yang secara jujur aku boleh katakan kurang meyakinkan dari pasukan Red Warriors itu. Cumanya kita harus memberi pujian kepada semangat melawan tim Cik Siti Wan Kembang ini yang tidak mudah menyerah kalah. Dipadankan pula dengan beberapa sentuhan taktikal yang menjadi daripada Azraai Khor. Ia seakan menjadi adunan selazat ikan talapia bakar yang dicicah bersama budu.

Hasilnya mereka berjaya mara ke perlawanan akhir selepas menjinakkan Pahang 3-1 untuk melangkah megah dengan aggregate 3-2. Lawan mereka nanti adalah pasukan Temasik - Lions XII asuhan Fandi Ahmad. Entah apa strategi yang akan digunakan oleh kedua-dua pasukan ini pun kita tak tahu kerana apabila tiba di pentas akhir, segalanya adalah berbeza. Tiada istilah pasukan pilihan dan masing-masing berpeluang muncul juara. Cuma Lions XII semestinya tidak akan mendapat tempat ke Piala AFC 2016 sekiranya menjulang Piala FA kerana mereka adalah pasukan jemputan sahaja. Dan kemenangan mereka mungkin adalah saguhati untuk dibawa pulang ke seberang tambak kelak.

Berdasarkan sejarah pula ini adalah pertemuan sulong kedua pasukan dalam aksi perlawanan akhir Piala FA. Bagi Kelantan ini adalah perlawanan akhir yang ke-5 buat mereka dalam memburu kejuaraan yang ke-3 untuk tempoh 4 tahun. Sementara buat Lions XII pula segalanya adalah yang pertama kali untuk mereka. Dan sekiranya statistik ini diambil kira kelebihan jelas berpihak kepada pasukan Kelantan dari segi pengalaman dan keyakinan bermain di pentas akhir Piala FA.

Aku mendapat info juga yang seluruh Malaysia akan menyokong Kelantan kerana apa jadahnya kita nak menyokong Temasik ye tak? Oleh itu Azraai Khor perlu membalas kepercayaan yang diberikan kepada pasukannya dengan menghalang piala ini daripada merentasi seberang tambak JDT.

Dari segi siapa pemain yang berhak diturunkan ataupun tidak, aku tidak mahu sentuh sangat kerana ia adalah lebih baik diserahkan sehaja kepada Azraai Khor. Cuma kalau boleh tolong perhatikan sikit perangai Amir Taj dan jugak Fakri Saarani kerana keduanya aku lihat amat berpeluang cerah menjadi culprit dalam tim Red Warriors.

Juga aku tidak mahu meramalkan sebarang keputusan kerana perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. Cukuplah hanya kita panjatkan doa agar pasukan Kelantan berjaya menang secara bersih, tiada kerusi stadium terbakor, pengadil bersifat seperti manusia bukannya hanjeng dan Neelofa serta Mawar Rashid boleh tersenyum bangga apabila wisel penamat ditiupkan kelak.


Posted via Blogaway

Saturday, May 16, 2015

Selamat Tinggal Steven Gerrard

Macam mana banyak pun kita menyampah dekat pasukan Liverpool yang tak sudah-sudah dengan sejarah silam mereka. Kita tidak boleh menafikan kePOWERan dan WIBAWA individu bernama Steven Gerrard. Masih terbayang-bayang penampilan pertama seorang anak muda dari Whiston yang melangkah megah ke dalam padang untuk mewakili pasukan kebangsaan England beradu dengan pasukan Ukraine.

Kita lupakan beberapa kecelakaan yang menimpa beliau sebagai contoh tergelincir pada musim lepas ketika bertemu sebuah pasukan agung dari London. Ataupun back-pass yang pernah mengelirukan ramai penjaga golnya sendiri dalam beberapa perlawanan yang penting nak mampos. Maafkan beliau. Steven Gerrard sama seperti kita. Manusia biasa dan bukannya robot. Bukan juga mahkluk asing yang turun ke bumi pada malam jumaat keliwon.

Mari kita singkap pula kenangan manis beliau sehingga tercetusnya frasa Ataturkism, gol jarak jauh beliau yang tidak akan pernah jemu untuk ditonton di YouTube. Dan jika gol itu merupakan 'ad' di Youtube, aku rela tidak memilih 'skip ad', asalkan dapat melihat teknik beliau yang sangat tinggi dalam menjaringkan gol. Juga kehebatan sepakan percuma beliau serta sifat kepimpinan yang tinggi apabila berada di atas padang. Itu adalah antara kejayaan Steven Gerrard selain mempunyai Alex Curran yang sentiasa memberi sokongan padu kepadanya.

Hari ini adalah perlawanan terakhir beliau di Stadium keramat Anfield. Berdirilah kita semua. Berdiri dengan penuh semangat sebagai tanda hormat dan terima kasih. Terima kasih tak terhingga kepada seorang pemain lagenda bernama Steven Gerrard. Bangun!!! Tepuk tangan semua!!!

Nota: Sedih jugak aku tulis kisah hidup Steven Gerrard ni.


Posted via Blogaway

Wednesday, April 22, 2015

Perihal JDT dan Kemakmuran Bola Sepak Negara

Terima kasih

Perihal JDT dan Kemakmuran Bola Sepak Negara

Bagi sesetengah manusia, menegur itu dinamakan sebagai mengutuk. Aku tak salahkan pengomen di atas sebab itu cara dia sedut apa yang aku suarakan. Dan mungkin dia tidak membaca tulisan aku seawal darjah 2. Mungkin. Takkanlah aku nak kondem bilik persalinan JDT, stadium yang dikawal selia tahap antarabangsa tidak kira semasa perlawanan atau selepas perlawanan, kualiti padang dan corak permainan yang diterapkan Bojan Hodak? JDT juga buat jaringan hubungan dengan kelab luar negara sebagai contoh Borusia Dortmund. Juga kejayaan tim bawah 12 tahun JDT baru-baru ini. Kemonlaah..aku bukan Razip Ismail. Dan aku tak berfikir menggunakan otak Hasan Malek.

Kalau boleh, baca semula tulisan-tulisan lama aku pasal JDT.

Masih ada lagi persoalan yang belum terjawab. Antaranya, kenapa perlunya hanya satu tim utama sahaja di negeri Johor yang beraksi di peringkat atasan? Sedangkan di London sahaja ada kelab bola sepak power seperti Chelsea, Arsenal Spurs dan West Ham (antaranya). Suatu masa dahulu ada tim MP Muar FC, MBJB FC, Johor Pasir Gudang FC sebagai contoh yang beraksi dalam liga utama di Malaysia bersama-sama Johor FA dan Johor FC. Apa sudah jadi dengan kepaweran tim-tim ni semua?

Bagaimana pula dengan integriti Liga Malaysia itu sendiri yang membenarkan satu entiti memiliki dua pasukan yang bergerak secara serentak? Dalam liga yang sama? Dalam kejohanan yang sama?

Dan ade juga benda mengarut (aku pernah tegur) yang JDT dah tak buat lagi iaitu membeli pemain bintang tapi tak berguna seperti Aimar dan Guiza. Walaupun yang tak berguna bagi aku ialah corak permainan pasukan dalam Liga Malaysia itu sendiri.

Sudahlah aku nak pergi mesjid ni. Melayan penyokong buta JDT ni sampai kiamat tak sudah.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Wednesday, April 15, 2015

Mengintai Peluang Piala Dunia dan Piala Asia Buat Kali Ke-876123.

Ini Tim Bola Bhutan. Tahu?

Mengintai Peluang Piala Dunia dan Piala Asia Buat Kali Ke-876123.

RIP. Bungkus awal. Itu antara segelintir respon daripada umat Malaysia selepas menengok undian awal Piala Dunia dan Piala Asia kelmarin. Aku tak marahkan mereka ni semua sebab aku rasa mereka cukup masak dengan perihal masalah bola sepak negara kita. Bagaimana pula dengan harapan sesetengah peminat hijau Harimau Malaya? Perlukah kita optimis dengan peluang layak ke Piala Dunia dan Piala Asia buat kali ke 876123? Yang itu terpulang kepada pendirian masing-masing. Aku ok jeeeek sebenarnya.

Baiklah. Jika kita melihat secara mendalam dari segi corak permainan dan kemahiran bermain bola sepak. Aku yakin kita akan terlepas kedua-dua peluang untuk layak ke kejohanan ini. Kenapa aku terlampau negatif? Hah? Sebabnya ialah:

1) Kita tiada pemain pertahanan yang betol-betol mantap dan mampu fokus pada permainan lebih daripada 65 minit.

Kita ambil contoh Aidil Zafuan, Fadli Shas dan Muslim Ahmad. Mereka ini kalau dah beraksi lebih daripada 65 minit mulalah buat benda-benda merapu. Contohnya melakukan bentesan bahaya tak patut di dalam kotak penalti, mencari kad merah secara rela hati ataupun terpinga-pinga melihat hantaran lintang pasukan lawan di dalam kawasan sendiri. Manakala tak kurang juga pemain macam Mahali Jasuli yang gemar naik ke atas tapi tidak mampu turun secara segera bagi bertahan semula. Ada juga pemain pertahanan berstamina tinggi macam Zubir Azmi dan S. Kunanlan. Tapi mereka ini lebih kepada skuad perentas desa olimpik dan kawalan bola mereka amat mengecewakan. Kesannya pemain pertahanan Harimau Malaya akan gagal bertahan dengan baik dan ia akan membuka peluang kepada penyerang lawan untuk merobek gawang gol pasukan kita. Harus diingat (baca gaya Arwah Hasbollah Awang) penyerang yang akan dihadapi oleh Harimau Malaya nanti ada kemungkinan besar ialah Ali Mabkhout dan Ahmed Khalil dari Emiriah Arab Bersatu  yang merupakan pengumpul 9 gol secara berjemaah dalam Piala Asia 2015 yang baru sudah.

Nota tambahan: Aku paling ngeri kalau K. Ruben yang dipanggil untuk tugasan macam gini. Mujur nama beliau sudah hilang dari kamus bola sepak tempatan.
 
2) Pemain tengah yang hanya kreatif dalam Liga Tempatan.

Ini aku tujukan khos buat pemain macam Safiq Rahim dan Badri Radzi. Umum mengetahui bagaimana kemahiran mereka di dalam liga tempatan dalam melakukan 'through-pass', mencipta peluang buat penyerang dan membuat cubaan gol yang menarik. Kehebatan menjaringkan gol daripada sepakan penjuru dan sepakan percuma. Amboih bukan main pawer lagi mereka beraksi dalam liga Malaysia ye. Tetapi bila tiba aksi di pentas antarabangsa, semuanya ghaib bagaikan ditelan kapsul masa. Itu aku belum sebut pasal melakukan penetrasi ke atas pertahanan lawan, bermain secara segitiga, mencari ruang buat penyerang menjaringkan gol serta sentiasa kreatif dan geliga merencana setiap gerakan dari tengah padang yang mana merupakan antara komponen terpenting dalam sesebuah pasukan bola sepak. Lihat sahaja nama-nama seperti Zidane, Pirlo mahupun Xavi. Bagaimana mereka membina reputasi mereka dari tengah padang dan menjadi pemain juga merangkap ketua pasukan yang disegani. Salute!!!

Apakah jenis pemain tengah yang kita ada? Pemain tengah yang kita ada hanya mampu berlari-lari anak di tengah padang. Kadangkala mendongak menengok bola yang dihantar oleh pemain pertahanan terus mencari penyerang gendut di hadapan. Renung-renungkanlah ye.

3) Tiada pemain sayap yang memiliki pakej lengkap sebagai pemain sayap.

Sebenarnya secara jujur kita ada pemain sayap yang bagus. Sebagai contoh Gopinathan, Nazrin Nawi, Azamuddin Alex Akil dan Chanturu Express. Mereka ini pemain sayap yang bagus, cumanya tidak memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang pemain sayap. Seorang pemain sayap tidak sepatutnya hanya tahu menggelecek bola tetapi lintang pukang dalam melakukan hantaran lintang (mentang-mentanglah namanya hantaran lintang). Pemain sayap juga tidak perlu gopoh menyepak bola ke langit apabila berhadapan situasi menjaringkan gol. Dan pemain sayap juga tak perlulah menggelecek sehingga ke penjuru padang hanya untuk mengeluarkan bola dari permainan dengan menggunakan keting. Jika mahukan contoh pemain sayap terbilang tahap lagenda, lihat sahaja corak permainan Ryan Giggs dan Marc Overmars. Ataupun Robert Pires dan Fredrik Ljungberg. Inilah sebenarnya jenis-jenis pemain sayap yang tidak dilahirkan di dalam Liga Malaysia. Kalau ada. Sila bagitau aku sekarang!!! Tegas jugak aku ni rupanya.

4) Mencari penyerang yang mampu menjaringkan 20 gol semusim.

Okeh. Sekarang aku nak tanya. Bilakah kali terakhir penyerang tempatan berjaya menggondol anugerah kasut emas untuk Liga Super dengan menjaringkan lebih daripada 20 gol semusim? Apa? Tak ingat? Tak tahu? Mari sini aku bagitau. Dekat sikit telinga tu aku nak bisik. Dengar ye...

Berdasarkan statistik kuno, kali terakhir penyerang tempatan berjaya menggondol anugerah kasut emas untuk Liga Super dengan menjaringkan 20 gol semusim ialah pada 2011 iaitu dilakukan oleh Hadi Yahya. Hanya 20 gol sahaja. Cukup-cukup makan. Manakala Hashim Mustapha lebih cemerlang dengan rekod 25 gol pada tahun 1994 bersamaan ketika aku masih darjah 4. Apakah maknanya kejadah semua ini?

5) Betolkah Dollah Salleh ini Hristo Stoichkov versi Malaya?

Sebut sahaja nama Hristo Stoichkov, mesti ramai yang teringat akan ketajaman beliau ketika bermain sebagai seorang penyerang suatu masa dahulu. Tetapi adakah kita tahu beliau juga pernah melakukan kerja gila ketika membimbing Bulgaria dengan memilih formasi 2-4-4? Mintak dijauhkan Dollah Salleh daripada menjadi perangai sebegini.

Dollah Salleh jika tidak mahu berperangai seperti Stoichkov wajar mempelbagaikan taktik ketika berhadapan lawan yang berbeza-beza saiz, taktikal dan corak permainan. Bagaimana mahu berhadapan dengan pasukan yang bermain dengan formasi 4-3-3? Perlukah mengubah formasi daripada 4-4-2 yang biasa digunakan oleh Harimau Malaya ini kepada formasi 4-2-3-1 yang mana lebih menarik dan berkesan. Dan formasi ini juga mampu melumpuhkan dengan cepat lawan yang bermain secara 4-4-2 dan 4-3-3. Ini sekadar contoh sahaja kerana Dollah Salleh perlu merencana pelbagai formasi yang mampu mencipta peluang gol.

Tetapi melihat kepada nama-nama pemain yang sering Dollah gunakan setakat ini, aku tertunduk sambil menggeleng kepala secara perlahan-lahan.

Baiklah anak mude sekalian. Aku bagi 5 sahaja dalil buat masa ini. Yang lain-lain kita boleh tambah ataupun fikirkan secara berjemaah ketika sedang duduk meneran di rumah masing-masing. Tidak salah kalau kita hendak memasang angan-angan untuk menjadi seperti Senegal dan Korea Selatan pada Piala Dunia 2002. Mahupun Greece dalam Piala Eropah 2004. Malangnya jika dikaji jirim dan jisim bola sepak Malaysia itu sendiri, angan-angan seperti ini adalah lebih baik disimpan di dalam Arkib FAM sahaja.

Sudahlah aku nak pergi makan nasik.


Posted via Blogaway

Saturday, April 11, 2015

Di mana mereka? Diego Tristan.

Di mana mereka? Diego Tristan.

Haaaa...Anda kenal pada Diego Tristan? Tidak? Itu bermakna anda adalah seorang yang masih hijau dalam arena bola sepak dunia. Tetapi sebelum apa-apa, izinkan saya menidurkan anak-anak dan isteri saya terlebih dahulu.

............................Okeh Done!!!

Dekat mane kita berhenti tadi? Ha ye...Diego Tristan.

Lama sebelum  wujudnya Diego Costa yang berwajah tua kerepot, dunia bola sepak awal era 2000 pernah dihiasi dengan kelincahan aksi Diego Tristan di hadapan gol sehinggakan beliau digelar 'The Slippery Lizard'. Lain pula ceritanya dengan bola sepak Malaysia ketika itu yang lebih banyak melahirkan penyerang berjenis 'The Sleepy Wizard'. Abaikan sahaja kisah mereka ni.

Sepanjang tempoh singkat kemahsyuran Diego Tristan, beliau telah membantu Deportivo La Coruña - pasukan agong daripada Sepayol ketika itu memenangi Copa del Rey dan Supercopa de España pada tahun 2002, serta kejayaan mara ke peringkat separuh akhir Champions League musim 2004. Siapa boleh melupakan kejayaan dramatik Deportivo menewaskan AC Milan ketika itu? Walaupun watak utama masa itu adalah seorang lagi lagenda iaitu Walter Pandiani, namun nama Diego Tristan kekal terpalit dalam sejarah Champions League sebagai antara anggota pasukan 'fairy tales' yang dibimbing oleh Javier Irureta.

Mari kita imbas serba sedikit berkenaan latar belakang Diego Tristan.

Dia mula mencipta nama dengan  RCD Mallorca apabila menjaringkan 18 gol dalam 35 penampilannya pada musim 1999/2000. Presiden Real Madrid ketika itu, Lorenzo Sanz dengan segera cuba mendapatkan Diego Tristan bagi menambah koleksi penyerang The Galacticos yang sudah pun memiliki Raul dan Fernando Morientes. Namun perpindahan ini tidak berjaya dilaksanakan apabila Florentino Perez melangkah sebagai Presiden di  Bernabeu dan memulakan legasi pemerintahannya di Real Madrid.

Selepas itu Deportivo muncul dengan bidaan  £8 juta yang mana ia dilihat sebagai antara pembelian berbaloi dalam sejarah bola sepak moden. Diego Tristan kemudiannya membina repustasinya sebagai pemain nombor 9 yang lengkap; pakar dalam memecah pertahanan lawan, skill bola sepak yang tinggi dan kepantasan serta ketangkasan menjaringkan gol.

Musim pertama Diego Tristan di Deportivo dibayangi dengan kehebatan seorang lagi penyerang pawer iaitu Roy Makaay. Tetapi beliau masih mampu menjaringkan 19 gol dalam 29 penampilannya di atas padang. Musim 2001/2002 pula dia menyudahkan kempen dengan merekodkan  21 gol dalam 35 aksi di La Liga serta 6 biji gol di pentas Eropah. Ia sekaligus membolehkan beliau menjulang trofi Pichichi pada penghujung musim tersebut.

Kecemerlangan beliau pada musim ini menarik perhatian José Antonio Camacho si ketiak basah untuk memanggil beliau masuk ke dalam skuad Sepanyol bagi kejohananPiala Dunia Korea Japan 2002. Malangnya beliau tercedera ketika kejohanan berlangsung dan gagal membuat penampilan bersama skuad La Furia Roja pada ketika itu.

Diego Tristan kemudiannya menyudahkan enam musim bersama Deportivo La Coruña dengan 78 gol dalam 177 perlawanan. Selepas itu beliau ada juga menyepak bola di kelab bola sepak lain seperti Mallorca, Livorno, West Ham dan Cádiz. Namun nama 'The Slippery Lizard' semakin hilang ditelan zaman dek kerana kecederaan berulang yang sering dialami serta kehidupan tidak tentu hala beliau di luar padang.

Mungkin ini adalah antara kisah dongeng tipikal seorang pemain bola sepak yang hebat namun dihalang oleh kecederaan dan juga kegagalan membendung populariti. Jika Diego Tristan berjaya mengawal kehidupannya, siapa tahu nama beliau sudah sebaris dengan Raul, Ronaldo ataupun paling tidak Morientes.

Tetapi ia masih pengakhiran yang mulia jika kita hendak bandingkan dengan terjun ke landasan keretapi.


Posted via Blogaway

Saturday, April 4, 2015

Siri Kecelakaan Bola Sepak Malaysia Diteruskan Dalam Gaya Yang Serupa Tapi Berbeza Pelaku.

Rileeeeeekssss

Siri Kecelakaan Bola Sepak Malaysia Diteruskan Dalam Gaya Yang Serupa Tapi Berbeza Pelaku.

Kah...kah...kah...Izinkan hamba ketawa terlebih dahulu. Terima kasih semua.

Selepas aku selesai menonton filem Furious 7, aku bertanya kepada diri sendiri. Apa benda selain daripada buat filem yang Malaysia ni tak pernah nak pawer dari dahulu sehinggalah ke hari ini. Haaaa...bola sepak.

Sebenornya aku ketawa tadi bukannya hape. Teringatkan Razip Ismail. Mungkin ada yang tidak tahu apa sumbangan beliau ini dalam bola sepak dari sudut kejurulatihan. Begini ceritanya.

Razip Ismail bergelut semasa melatih pasukan Kuala Lumpur dari tahun 2008 hingga 2012 dan melalui proses relegasi iaitu menghantar pasukan The City Boy ke lembah jahanam. Dengan tidak semena-mena beliau dilantik menjadi jurulatih pasukan Harimau Muda B pula. Apa yang berlaku selepas itu?

Harimau Muda B berjaya menduduki tempat kedua corot pada 2013 dan kemudiannya memperbaiki kedudukan mereka ke tangga tercorot liga pada tahun 2014. Pada tahun 2014 mereka hanya menang 6, seri 2 dan kalah 19 perlawanan. Sembilan belas woih!!!

Menengokkan keadaan ini, mari aku tanya berapa ramai pemain yang telah beliau ketengahkan daripada Harimau B sepanjang 2 tahun beraksi di Liga S? Yilllleeeek!!!

Tahukah engko semua juga? Sembilan daripada sebelas pemain yang Razip Ismail guna untuk menjulang Piala Emas Bangabandhu tempohari adalah pemain yang sama digunakan oleh Ong Kim Swee dalam Liga Perdana Queensland Australia.

Jadik, apa macam semua? Sudah nampak ke mana arah perginya bola sepak kita kelak? Kita nak salahkan siapa pula dengan kegagalan kali ini? FAM? Razip Ismail?

Sekali lagi aku tanyakan kepada semua penggemar FAM. Sampai bila kita hendak berpuas hati dengan Emas Sukan Sea? Bak kata seorang pakar bola sepak.

'Emas sukan sea ini umpama menang emas untuk kejohanan rumah sukan sekolah antara rumah hijau, biru, kuning dan merah. Bila fight untuk daerah memang tercirit. Fight untuk negeri pulak memang sembelit'

Akhirnya aku menjumpai masalah sebenar Siri Kecelakaan Bola Sepak Malaysia. Masalah bolasepak kita berpunca dari telur:
Pemain kita berat telur. Sepak bola pun ikut arah telur.
Pengurusan bola sepak kita berfikir dan bercakap menggunakan telur.
Takde pengkritik sukan yang berani cakap kena mantapkan lagi permainan lepas bergelar jaguh ASEAN. Ada pun beberapa kerat sahaja, selebihnya semua nak menjaga telur.
Dengan tahap bola sepak yang statik sekian lama, masih ada media kita bersikap takde telur. Menang Piala Bangladesh heboh dengan pujian satu Malaya.
Pada yang mengambil jalan alternatif cuba mengkritik, dikata pulak senak telur dan tahu kondem ajek.

Sudaah lama orang kita dipaksa untuk berpuas hati dan jangan banyak soal. Duduk diam-diam teruskan sokongan dan goyang telur. Masalahnya sampai bila? Engko letaklah Carlos Queiroz sekalipun tapi kalau FAM sendiri tidak berubah secara TOTAL, Siri Kecelakaan Bola Sepak Malaysia Tetap Akan Diteruskan Dalam Gaya Yang Serupa Tapi Berbeza Pelaku Sahaja.


Posted via Blogaway

Sunday, March 29, 2015

Kelayakan Piala AFC Bawah 23 tahun.

Kelayakan Piala AFC Bawah 23 tahun.

Perlawanan Pertama: Malaysia B22 1-2 Vietnam B22.

Tak sampai 24 jam selepas skuad Harimau Tua kalah 6-0 kepada Oman, skuad Razip Ismail pulak memalukan bola sepak Malaya. Bagi yang terer dan kenal secara mendalam perjalanan skuad ni, ia bukan perkara yang mengejutkan. Aku pulak rileeeekss jek menengok keputusan macam gini. Benda yang dah dijangka. Apa nak dihairankan?

Tapi bagi yang masih hijau dengan cara bola sepak Malaysia diuruskan. Mesti dia akan cakap macam gini:

"Eh, kondem je tau..bagilah sokongan. Biar ada motivasi sikit. Ini main pun belum udah kritik."

Entah sokongan jenis macam mane nak diberikan kepada pemain yang berlari lebih banyak daripada menyepak bola bila berada di atas padang.

Perlawanan Kedua: Malaysia B22 2-0 Macau B22.

Ya Allahurabbi...punyalah PAWER tim Razip Ismail ni.

Malaysia mengekalkan momentum bermain dengan kemas dan penuh variasi. Hantaran sesama pemain 90% tepat. Pemain pertahanan melakukan 22 bentesan kemas mematahkan setiap serangan Macau. Penjaga gol menyelamatkan 5 cubaan gol.

Pelbagai taktikal serangan diatur oleh barisan pemain tengah. Sayap kiri dan kanan pula sentiasa melakukan larian kencang dan hantaran lintang yang mengelirukan pertahanan Macau.

Berkat usaha dan kehebatan Razip Ismail merencana taktikal bergeliga, akhirnya Malaysia menang dengan skor 2-0.

Pasukan bertaraf dunia, Macau terkebil kebil melihat kePAWERan Malaysia petang ini. Heh!!!

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Friday, March 27, 2015

Di Mana Mereka? Gaizka Mendieta.

Di Mana Mereka? Gaizka Mendieta.

Aku sedang menonton perlawanan bola sepak tidak bermaya antara Yaman dengan Malaysia yang membawa kepada satu persoalan kenapa kita gagal melahirkan pemain tengah bertaraf dunia?

Ingatan aku pantas memainkan aksi kemas Gaizka Mendieta di atas padang. Pasukan Malaysia bukan sahaja tiada pemain sehandal Gaizka Mendieta, malahan sepandir Joey Barton dan cikai macam Guti pun kita tiada. Nak menangis jugak kalau difikirkan perihal ini secara mendalam.

Pernah pada satu ketika semasa zaman keagungan Kelab Bola Sepak Valencia, terdapat satu susuk individu berbakat yang menyepak bola di situ. Beliau tidak lain tidak bukan ialah Gaizka Mendieta.

Walaubagaimanapun ada  beberapa pemain lain yang tidak kurang hebatnya yang beraksi di sisi beliau seperti Santiago Cañizares, Claudio López, Miguel Ángel Angulo, Kily González, Adrian Ilie, John Carew, Roberto Ayala, Rubén Baraja dan Pablo Aimar. Kesemua pemain berbakat ini diadun secara sebati oleh Héctor Cúper dalam membentuk sebuah pasukan yang terampil dan berdaya saing sekitar tahun 2000 hingga 2001 yang mana menyaksikan pasukan ini melangkah ke perlawanan akhir Champions League secara berturut-turut dengan Gaizka Mendieta sebagai teraju utama pasukan.

Dalam kamus bola sepak Gaizka Mendieta lebih berperanan sebagai 'combative midfielder' yang sentiasa berada dalam radar menjaringkan gol di sekitar kotak penalti. Beberapa kualiti yang ada pada dirinya juga jika kita lihat boleh menjadikan beliau seorang pemain terbaik dunia pada masa tersebut. Mungkin sebab itulah dia dinamakan sebagai Pemain Tengah Terbaik Eropah sebanyak dua kali. Jadi sekiranya kita celik bola sepak, pemain seperti inilah yang wajar dijadikan idola, bukannya seperti Steven Gerrard mahupun Safiq Rahim.

Berbalik kepada zaman kegemilangan Valencia, pasukan asuhan Héctor Cúper ini bermain sangat cantik. Lama sebelum tiki-taka dilahirkan, Valencia sudah memukau dengan hantaran pendek dan pantas. Larian kencang Kily González disulam dengan ketenangan Ruben Baraja serta kebijaksanaan Mendieta memudahkan tugas menjaringkan gol sama ada buat John Carew mahupun Claudio López.

Ramai yang mengakui antara penyebab kehebatan Valencia pada ketika itu adalah kerana dengan kehadiran Gaizka Mendieta. Mendieta ni pulak kalau sekali pandang, nampak macam Tua Lembik. Dan itulah sebabnya pihak lawan mudah 'disunat' oleh beliau dek kerana tertipu dengan wajahnya yang lemah tak bermaya.

Kegemilangan Mendieta bersama Valencia telah menarik minat Lazio untuk menjadikan beliau sebagai pemain termahal dunia pada tahun 2001. Selepas meninggalkan Valencia dan bersama Lazio, kehidupan bola sepak Mendieta berubah secara drastik. Daripada seorang pemain bintang kepada seorang pemain yang boleh kita katakan sebagai sampah. Antara sebab utama ialah corak permainan bola sepak Itali yang amat tidak serasi dengan jiwa Mendieta. Selepas hanya semusim, dia dipinjamkan pula ke Barcelona.

Karier Mendieta seakan kembali bersinar apabila dia beraksi untuk Middlesbrough dengan membantu pasukan ini menjulang Piala Liga atau kini dikenali sebagai Piala Capital One. Walaupun begitu beberapa siri kecederaan memaksa Mendieta bersara daripada menyepak bola pada usia 33 tahun.

Gaizka Mendieta adalah antara contoh pemain yang jangan sesekali kita berani pandang dia dengan hanya sebelah mata. Dia akan sentiasa diingati sebagai seorang pemain tengah yang serbah boleh, berkemahiran dalam menyerang dan mempunyai bentesan yang kemas serta bekemampuan mencipta gol untuk rakan sepasukan serta dirinya sendiri. Gila.

Valencia Maestro - Gaizka Mendieta akan sentiasa berada dalam senarai antara pemain tengah terbaik dunia yang pernah mewarnai kancah bola sepak era millennium.


Posted via Blogaway

Saturday, March 14, 2015

Kecenderungan Liverpool Dalam Memperkasakan Pasukan Bola Sepak Mereka.

Kecenderungan Liverpool Dalam Memperkasakan Pasukan Bola Sepak Mereka.

Tersingkirnya Chelsea dari kejohanan Champions League merupakan seribu rahmat buat The Blues. Mujur juga tewas kepada pasukan seperti PSG. Jadi malunya tidaklah berapa tebal. Dan bolehlah kita katakan sudah tiada rezeki bagi Chelsea dalam kejohanan tersebut.

Pepatah lama ada menyebut, barang yang lepas janganlah dikenang-kenang. Jika dikenang jua maka melaratlah diri, rosaklah jiwa, terpesonglah hati, terjun bangunan, mati. Oleh itu Chelsea akan memfokuskan tumpuan 175% kepada Liga Perdana Inggeris memandangkan hanya ini sahaja peluang bagi Chelsea menambah Piala musim ini. Pasukan lain kenalah berhati-hati dengan laungan semangat dari Kem Chelsea ini. Terutamanya Southampton yang terpaksa mengadap pasukan Chelsea pada hari Ahad jam 9.30 malam.

Sepanjang 11 pertemuan terakhir antara Chelsea dan Southampton, The Blues hanya tewas sekali sahaja. Hebat. Hakikat ini turut diakui sendiri oleh jurulatih The Saints, Ronald Koeman.

"Cube engko bagitau aku. Tang mana yang sedapnya lawan Chelsea ni? Hah? Mane ade sedaaaap..azab adelah. Dah tepi, tepi. Aku nak makan nasik."

Nampak macam tertekan jek si Koeman ni. Cubalah rileeeeks sikit. Bagi perlawanan bertaraf dunia seperti ini aku masih yakin Chelsea mampu mengukir 3 mata penuh. Jumlah jaringan tidak penting. Asalkan menang sudah cukup wasatiyah.

Sementara itu, walaupun aku tidak mempunyai saluran tivi satelit berbayar. Tapi aku masih tahu beberapa perkembangan terkini dan prestasi semasa pasukan yang bersaing di dalam Liga Inggeris. Sebagai contoh pasukan Liverpool. Kali terakhir The Kops merasa kekalahan dalam saingan Liga Perdana ialah pada 14 Disember 2014. Iaitu tahun lepas. Lama jugek.

Lawan Liverpool minggu ini pula ialah Swansea. Berdasarkan rekod juga kedua pasukan ini telah menghasilkan 21 gol dalam empat pertemuan terakhir mereka. Jelas apabila kedua pasukan ini bertembung, makanya akan banyak jaringan gol yang akan dihasilkan.  Pada perlawanan ini kita tumpukan perhatian kepada Daniel Sturridge. Bukan kerana dia pernah menjaringkan 4 gol sepanjang menentang Swansea. Tapi kerana dia adalah pemain yang sentiasa mengancam bersama-sama rangkaian pemain seperti Coutinho dan Sterling. Walaupun begitu aku merasakan kedua pasukan akan mengikat keputusan seri dek kerana kelebihan Swansea yang bermain di tempat sendiri dan semangat mereka yang mendadak untuk menewaskan bekas pengurus mereka iaitu Brendan Rodgers.

Bagi perlawanan lain pula, aku merasakan mungkin tidak banyak kejutan yang akan berlaku. Arsenal yang melayan West Ham dijangka akan menewaskan pasukan asuhan Big Sam tersebut. Paling tidak pun dengan skor 2-1. Manakala Manchester City yang bermain sebagai pelawat untuk bertemu Burnley juga rasanya tidak bermasalah untuk membawa pulang 3 mata. Mungkin 2-0 sudah memadai buat skuad Manuel Pellegrini. Dan juga seperti kebiasaan Manchester United akan tewas kepada Spurs 0-3.

Begitulah ia sebaik-baik aturan keputusan dalam perlawanan bola sepak bertaraf dunia.


Posted via Blogaway

Sunday, February 15, 2015

Di Mana Mereka? Alexi Lalas.

Di Mana Mereka? Alexi Lalas.

18 June 1994 | 23:00 PM.

Pagi sebelumnya aku telah bersengkang mata bagi menonton pertembungan antara juara bertahan Piala Dunia 1990, Jerman dengan pasukan berjersi hijau macam gampang dari Amerika Selatan iaitu Bolivia. Perlawanan ini berakhir dengan keputusan 1-0 berpihak kepada Jerman selepas jaringan sulung daripada Jürgen Klinsmann memberikan 3 mata kepada Die Mannschaft.

Perlawanan kedua berlangsung di Pontiac Silverdome yang mana merupakan kali pertama dalam sejarah Piala Dunia perlawanan diadakan secara 'indoor'. Ia melibatkan pasukan tuan rumah Piala Dunia 1994 iaitu Amerika Syarikat yang menanti cabaran daripada Switzerland. Kalau nak diikutkan memanglah tak power nak mampos kedua pasukan ini pada waktu itu. Aku bangun pun semata-mata nak nengok tim tuan rumah beraksi. Khabarnya ini adalah pasukan bola sepak terbaik yang pernah Amerika Syarikat miliki. Dan juga dalam masa yang sama aku ingin mentertawakan Amerika sekiranya mereka tewas. Almaklumlah..sentimen Asal Bukan Amerika amat menebal ketika ini. Sekarang ni lainlah..main golf dengan Amerika..mintak petisyen pun dengan Amerika. Macam gampang. Tapi itu cerita lain. Abaikan.

Mata aku semakin mengantuk sehinggalah secara tiba-tiba aku terpandang satu susuk pemain yang berbeza penampilan imejnya daripada pemain yang lain. Sekali imbas macam beruk kuning. Wajahnya dipenuhi jambang yang keperang-perangan. Juga rambutnya yang panjang menambah imej 'rock star' pada dirinya. Aku tertanya-tanya di dalam hati, dari mana pula si Bora Milutinovic kutip pemain ni?

Rupa-rupanya itu adalah Panayotis Alexander Lalas ataupun lebih dikenali sebagai Alexi Lalas. Budak punk yang dilahirkan di Birmingham, Michigan, Amerika Syarikat. Dia antara pemain penuh warna-warni dalam Piala Dunia 1994 selain daripada Jorge Campos dengan jersi kain percanya, rambut kembang Valderrama dan juga Maradona dengan cerita dadahnya.

Perlawanan pertama pasukan Uncle Sam ini berakhir dengan keputusan seri 1-1. Alexi Lalas yang ditemubual selepas perlawanan tersebut ada berkata...

"Teman aje memang tak pernah main dalam stadium penuh dengan umat seramai 70 ribu ni. Inilah kali pertama dalam idup teman selepas bergelar pemain bola sepak professional."

Aku juga masih ingat sekitar 1998, aku ada meminta seorang rakan untuk menyenaraikan 11 pemain terbaik pilihannya. Dan aku terlihat nama Alexi Lalas ada dalam senarainya. Aku tersenyum kerana bangga ada juga yang sependapat dengan aku.

Selain daripada penampilan uniknya, Alexi Lalas juga mengukir sejarah sebagai pemain pertama daripada Amerika Syarikat yang berjaya bermain dengan pasukan dalam Serie A Itali iaitu Calcio Padova. Namun karier beliau bersama pasukan Los Angeles Galaxy adalah yang paling diingati dengan kejayaannya merangkul gelaran Juara Piala CONCACAF, Piala Lamar Hunt dan Juara Liga MLS sebelum bersara pada tahun 2002. Hari ini beliau menjadi pengulas dan penganalisis bola sepak di rangkainan tivi sukan terkemuka iaitu Fox Sports.

Sepanjang hayatnya sebagai pemain, dia memang dikenali sebagai seorang pemain pertahanan yang mengutamakan keupayaan fizikal dan ketahanan mental tahap tertinggi sambil dihiasi wajah 'rock star' beliau. Jadi, bila sekarang ni aku nengok wajah pemain pertahanan yang bermuka licin tanpa bulu, aku kadangkala cepat berasa mual.

Alexi Lalas, dia bukan beruk kuning di lapangan hijau. Tetapi 'rock star' yang sentiasa menghiburkan peminatnya dengan gayanya yang paling manis dan menawan.


Posted via Blogaway

Friday, February 6, 2015

Di Mana Mereka? Carlos Roa.

Di Mana Mereka? Carlos Roa.

Lama sebelum Argentina menghidangkan kita dengan aksi daripada keeper kodi bernama Sergio Romero, mereka terlebih dahulu menarik perhatian dunia dengan Carlos Roa yang nyanyok. Namun ia berbeza dengan Sergio Romero kerana nyanyok di sini bukannnya daripada segi aksi, tetapi apabila dia meramalkan dunia akan kiamat pada 1 Januari 2000. Bukankah nyanyok tak patut di situ?

Walaupun begitu kehadirannya dalam Piala Dunia 1998 meninggalkan kesan yang mendalam apabila beliau tidak bolos dalam aksi di peringkat kumpulan sebelum menjadi hero ketika pertemuan menentang England dengan menyekat sepakan penalti David Batty. Malangnya kemaraan Argentina dalam edisi 1998 ini direncatkan oleh Belanda selepas itu apbila tewas dengan skor 1-2.

Apa yang mengejutkan ialah apabila Carlos Roa mengumumkan persaraannya setahun selepas itu pada usia 29 tahun dengan alasan kiamat akan mampir pada 1 Januari 2000. Dipercayai juga ketika itu beliau menolak deretan tawaran daripada kelab kebanyakannya daripada pasukan yang beraksi di Liga Sepanyol.

Walaubagaimanapun lebih kurang setahun selepas itu, dengan perasaan malu-malu berikutan ramalan kiamatnya yang tidak menjadi, beliau kembali semula ke Real Mallorca untuk menghabiskan sisa baki kontraknya. Malangnya kariernya agak merosot selepas itu dan beliau berpindah ke pasukan Divisyen Kedua Sepanyol, Albacete Balompié.

Dugaan terbesar dalam hidup Carlos Roa datang menjengah beliau apabila dirinya disahkan menghidap kanser prostat. Setahun lebih jugaklah dia menerima rawatan selepas menjalani pembedahan. Selepas pulih, beliau turun ke padang untuk mewakili pasukan Olimpo de Bahía Blanca di Argentina dan bersara sepenuhnya semusim selepas itu.

Pada tahun 2010 pula beliau dilantik sebagai penolong pengurus untuk pasukan Club Sportivo Ben Hur yang beraksi di dalam liga entah divisyen mende entah di Argentina.

Kini sudah 2015 dan kiamat tidak berlaku seperti yang Carlos Roa ramalkan. Namun ia pasti akan berlaku. Hanya Allah yang mengetahui bila ketika waktunya. Kita semua selaku manusia yang hina ini? Haruslah bertaubat selalu.


Posted via Blogaway

Mencari Bola Sepak Lelaki

Mencari Bola Sepak Lelaki

Masih segar dalam ingatan aku ketika menonton perlawanan akhir Piala FA 1993 antara Arsenal dan Sheffield Wednesday bersama arwah abah aku. Kedua pasukan terpkasa bermain dua kali selepas seri 1-1 dalam perlawanan pertama. Arsenal akhirnya muncul pemenang selepas berjaya mengatasi Sheffield Wednesday 2-1 dalam laga kedua. Perlawanan ini juga kami abadikan dalam bentuk VHS. Aku pula berulang kali dihipnosis oleh abah dengan rakaman VHS ini dek kerana abah adalah seorang penyokong The Gunners. Tetapi ia masih tidak mampu mempengaruhi aku menyertainya. Jadik, sejak aku kecik lagi aku sudah dibesarkan dengan bola sepak LELAKI. Dan bukannya bola sepak ANJING seperti mana sesetengah muda-mudi anuti zaman sekarang.

Kelmarin ada yang bertanya pendapat kepada aku melalui orang ketiga tentang kain rentang anjing yang kecoh minggu lepas. Aku dengan tenang mengatakan ia adalah kerja budak-budak baru nak mengenal bola sepak Malaya. Aku tak amek pusing sangat sebenarnya perihal kerja amatur macam gini dan aku sendiri tidak pasti maksud sebenar kain rentang tersebut kerana yang membawanya ke stadium juga secara tidak langsung menyumbang wang kepada anjing yang mereka maksudkan. Hah!!! Siapa anjing kepada anjing sekarang ni?

Tetapi inilah realiti bola sepak dari sebuah negara yang tidak pernah melayakkan diri ke Piala Dunia. Sesetengah daripada mereka juga bersatu padu apabila sebuah kelab dari selatan tanah air bermain di peringkat ASIA. Sesuatu yang tidak akan berlaku di England - sebuah negara yang pernah menjulang Piala Dunia. Bagi aku secara peribadi bola sepak kita hanya syok sendiri. Setiap tahun bergaduh dan mempertahankan pasukan yang melahirkan pemain yang menyepak angin dan menahan bola menggunakan keting.

Minggui ini aku nak mengajak engkorang semua kembali ke fitrah asal. Menonton bola sepak yang berkualiti tinggi dari negara yang pernah menjajah negara kita. Ataupun bak kata Tun Mahathir berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Okeh kita kembali semula ke cerita bola sepak Inggeris. Minggu ini akan ada sajian London derby. Arsenal yang kini berada di belakang Southampton hanya dipisahkan satu gol sahaja dalam kedudukan kelayakan Champions League. Manakala Tottenham pula dalam pemburuan untuk kembali ke pentas Eropah dengan sentiasa mencucuk rapat Arsenal dan Southampton. Dengan Santi Cazorla dan Christian Eriksen berada dalam prestasi terbaik mereka, perlawanan pertama minggu ke-24 ini sudah pasti menyediakan kita hiburan tahap tertinggi dalam bola sepak matang dan LELAKI.

Kemudian menjelang pagi pula satu lagi derby agung akan bersiaran. Merseyside derby namanya ye adik-adik. Selepas melalui permulaan musim yang teruk, pasukan asuhan Brendan Rodgers kini kembali berada di landasan yang betol dengan berjayanya mengutip 16 mata dalam 6 perlawanan. Hanya seri ketika bertemu Leicester City sahaja yang sedikit mencalarkan pencapaian mereka. Ia sekaligus meletakkan Liverpool di tangga ke-7 liga dengan dipisahkan 5 mata sahaja dengan pasukan di tempat ke-3 iaitu Manchester United.

Sementara itu tidak banyak harapan yang diletakkan kepada pasukan Everton untuk menewaskan Liverpool. Namun seperti yang kita semua tahu, Merseyside derby selalunya penuh dengan kejutan dan klimaks yang tidak terjangga. Dengan mengumpul sebanyak 20 kad merah sesama mereka, janganlah kita risaukan sama ada berbaloi ataupun tidak untuk berjaga sehingga jam 1.30 pagi Ahad nanti.

Setakat ini sahaja rebiu untuk minggu ini. Ingat, bola sepak secara anjing itulah sebenarnya wajah bola sepak Malaysia secara keseluruhannya.


Posted via Blogaway

Friday, January 30, 2015

Di Mana Mereka? Juninho Pernambucano.

Di Mana Mereka? Juninho Pernambucano.

Setelah hampir mencecah 2 tahun segmen Di Mana Mereka? tidak bersiaran, kini ia kembali. Entah semangat bomoh manalah yang datang menujah aku di pagi Jumaat yang mulia ni sehingga secara tiba-tiba menjadikan aku teragak nak tulis semula segmen Di Mana Mereka?

Siapakah pemain pilihan? Hekeleh...kat tajuk atas tu kan dah tulis. Lagik mau tanya ye dak?

Ya, Juninho Pernambucano. Nama penuh beliau ialah Antônio Augusto Ribeiro Reis Jr. Hambek engko. Nama panjang macam gini kalau dekat Malaysia masa nak buat Mykid, mesti kena sound dengan pegawai JPN "Panjangnyerrr name anaaaak".

Pesara bola sepak berbangsa Brazil ini dikenali sebagai antara pengambil sepakan percuma terbaik di dunia lama sebelum munculnya nama Safiq Rahim dalam kamus bola sepak Ultras Malaya.

Timbul juga beberapa persoalan sama ada David Beckham, Andrea Pirlo, Zico ataupun Juninho Pernambucano sendiri yang merupakan pengambil sepakan percuma paling power di muka bumi ini. Tapi kalau dah Andrea Pirlo pun mintak tunjuk ajar daripada Juninho pada Piala Dunia 2014 sebelum menentang England, macam mana kita hendak menidakkan keupayaan pemain yang telah membawa 7 kejuaraan Ligue 1 secara berturut-turut kepada Olympique Lyonnais ini?

"Juninho ada kabor pada teman, hanye 3 jari kaki saje yang kena sentuh bola masa nak nyepak tu. Bukanye semua sekali..." jawab Pirlo dengan penuh perasaan sampai gugur jambangnya.

Untuk rujukan setakat tahun 2012, Juninho sudahpun menjaringkan 75 gol melalui sepakan percuma, 44 gol daripadanya ketika merekodkan 100 jaringan buat Olympique Lyon dalam sejumlah 350 perlawanan yang beliau sertai. Berbelit betol aku nak menulisnya. Engkorang paham tak?

Walaupun begitu kariernya dengan pasukan Brazil biasa-biasa ajek. Melakukan penampilan pertama pada 1999, bermain sejumlah 40 perlawanan dan menjaringkan 6 gol untuk The Selecao. Dia juga turut terlepas untuk beraksi pada Piala Dunia 2002 dan Copa America 2004. Menyedihkan.
 
Juninho bersara daripada bermain untuk pasukan Brazil selepas tamatnya Piala Dunia 2016 manakala berhenti sepenuhnya daripada bola sepak professional pada 2 February, 2014. Sejak 2013 Juninho berkomentar di stesen berita sukan Brazil, Rede Globo.

Juninho juga pernah berpesan...."We all work hard and fight for the team. There are no stars here.”


Posted via Blogaway

Thursday, January 29, 2015

Prebiu Piala Sumbangsih 2015 : JDT vs Pahang

Prebiu Piala Sumbangsih 2015 : JDT vs Pahang.

JDT VS Pahang
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos Stadium, Larkin Johor Bahru.
31 Januari 2015 | 8.45 malam

Tirai bola sepak Malaysia tahun 2015 dibuka kembali dengan aksi pertemuan antara JDT dan Pahang. Kini ia kembali ke fitrah asal apabila Piala Sultan Haji Ahmad Shah tidak dipertandingkan di tempat yang sepatutnya. Kali ini Larkin yang berwajah baru pula dipilih menjadi tuan rumah. Piala Sumbangsih, Piala Sultan Bola ataupun Piala Perisai Komuniti ini akan membabitkan dua pasukan gergasi sensasi nak mampos masa kini di bumi Malaysia. Tidak syak lagi pelbagai aksi menarik akan dipertontonkan kepada kita semua selepas hampir dua bulan tidak melihat aksi pemain menahan bola menggunakan keting.

Bolehlah dikatakan Pahang dan JDT adalah dua pasukan elit yang sentiasa menyerlah pada musim 2014. Pasukan Tok Gajah layak bermain dalam Piala Sumbangsih ini atas kapasiti sebagai Juara Piala Malaysia 2014 selepas menewaskan JDT dalam penentuan penalti yang penuh mendebarkan. Siapa boleh lupa aksi Mat Yo yang teresak-esak menangis selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada malam keramat tersebut? Manakala JDT ialah juara bagi Liga Super 2014 meninggalkan Pahang di tangga ke-3 dengan kelebihan 7 mata.

Sebagai rekod juga Pahang sudah bermain sebanyak 7 kali di Piala Sumbangsih ini dengan 3 kali muncul Juara menewaskan Johor FA (1992), Sarawak (1993) dan Lions XII (2014). Menjelang aksi pembukaan ini kita lihat tidak banyak perubahan dalam kem Pahang. Kesemua pemain import mereka iaitu Damion Stewart, Matías Conti, Dickson Nwakaeme dan Zesh Rahman masih dikekalkan. Dengan penambahan pemain daripada Harimau Muda A, D. Saavindran dan juga bekas pertahanan Kelantan iaitu Abdul Aziz Ismail. Lain-lain pemain masih lagi sama. Dan Pahang mungkin sekali lagi akan berharap kepada kuderat pemain emas mereka seperti Razman Roslan, Azidan Saruddin, Fauzi Roslan, Azamuddin Akil dan juga R. Gopinathan. Siapa yang perlukan Gary Steven Robbat? Hah?

Apabila bercakap tentang Pahang, tidak manis jika kita melupakan nama Zainal Abidin Hassan. The Chief musim lepas mengambil alih tampuk pimpinan daripada Ronald Smith selepas pasukan Pahang kelihatan seperti kucing mati emak setelah pemergian Dollah Salleh yang menerajui Harimau Malaya. Sejak dari itu pasukan Pahang kembali garang dan merangkul kejuaraan Piala FA dan Piala Malaysia. Musim ini Zainal lebih garang lagik macam gajah naik minyak apabila meletakkan sasaran untuk menjadi pasukan pertama dari Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala AFC. Walaupun beliau menyedari saingan sengit bakal dilalui skuad Tok Gajah, namun masih yakin anak buahnya mampu mempamerkan prestasi cemerlang berdasarkan kepada persefahaman pemain yang semakin baik.

"Saya terapkan kepada pemain bahawa kita membawa nama Malaysia di peringkat antarabangsa dan perlu untuk mereka bermain dengan sepenuh hati. Sebelum ini tidak ada pasukan dari negara berjaya layak ke perlawanan akhir Piala AFC dan kalau boleh saya berhasrat hendak membawa Pahang ke peringkat itu," katanya pada sidang media selepas memperkenalkan jersi baharu Pahang untuk musim ini di Stadium Darul Makmur beberapa hari yang lepas.

Secara peribadi aku merasakan gandingan Bojan Hodak dan TMJ adalah yang terbaik buat masa ini. Ibarat gandingan Shasha Kelabu dan Tori Hitam. Begitu juga dengan kehadiran penyokong yang sentiasa memenuhi Stadium Larkin sehingga JDT berjaya mengelakkan sebarang kekalahan di stadium keramat ini sepanjang 2 tahun saingan Liga Super mereka.

Bolehlah dikatakan skuad JDT musim ini terlebih mantap dengan penambahan S. Chanturu, Farizal Marlias, S. Kunanlan, Junior Eldstal, Fandi Othman, Amer Saidin dan juga Gary Steven Robbat. Amat menarik untuk kita saksikan bagaimana caranya Bojan Hodak hendak mengadun kesemua pemain baru ini dengan pemain yang sudah sediakala ada dalam kem JDT.

Seperti yang kita semua maklum, walaupun ini adalah perlawanan Piala Sumbangsih, namum pengiraan mata bagi Liga Super akan mula dikira. Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata. Jika seri pula satu mata akan diberikan kepada setiap pasukan. Namun sepakan penalti akan dilakukan bagi memilih Juara Piala Sumbangsih 2015. Kalau aku salah, sila betolkan.

Milik siapakah Piala Sumbangsih pada tahun ini ye adik-adik? Walaupun perit, aku meramalkan JDT akan memenanginya buat pertama kalinya dalam sejarah sebagai sebuah pasukan yang bernama Johor Darul Ta'zim I. Bagi pendukung setia Tok Gajah pula janganlah berkecil hati kerana ini hanyalah piala dulang bak kata orang putih.  

Semoga kedua pasukan menunjukan corak permainan yang menarik serta menghiburkan hati. Lagik best kalau ada bertumbuk-tumbuk perut. Heh!!!

Pemain tumpuan JDT: Amri Yahyah The Tempe Eater.
Pemain tumpuan Pahang: Azamuddin Alex Lipis Akil.
Ramalan: JDT 2 - Pahang 1.


Posted via Blogaway

Liga Perdana Inggeris Menjadi Sasaran Freemason

Apehal?

Liga Perdana Inggeris Menjadi Sasaran Freemason

Apa bende sembang pasal Juara Lagu lagik ni? Lagik 5 tahun nak ke 2020 tahu? Tak power langsung. Jika hendak jadik seorang yang power lagik bertingkat-tingkat terernyer, mari kita sembang pasal bola secara berhemah dan berilmiah.

Seperti yang seluruh alam semesta tahu, sudah lama diperkatakan Chelsea adalah sebuah pasukan bola sepak yang kuat mentalnya. Tidak perlu diperdebatkan lagi. Mereka pantas fokus kepada perlawanan seterusnya. Meninggalkan segera kenangan pahit dan ia lantas dibuang jauh dari lubok hati. Chelsea menjadikan Liverpool sebagai rakan sepelatih sebelum berhadapan dengan Manchester City dalam pertembungan 'top of the table'. Pasukan bawahan lain perlu menjadikan laga ini sebagai pedoman. Saksikanlah bagaimana sebiji bola itu dimainkan dengan penuh seni dan berakal.

Menjelang perlawanan antara Chelsea dan Manchester City ini, sudah mula ada cubaan untuk menjatuhkan semangat pasukan Chelsea. Pengurus cerdik pasukan Chelsea, Jose Mourinho telah didenda sebanyak €33,000 oleh FA England manakala Diego Costa mungkin tidak dapat bermain kerana didapati memijak Emre Can dan Martin Skrtel ketika aksi Piala Liga yang menyaksikan Chelsea sekali lagi menguburkan impian Liverpool.

Konspirasi freemason apakah ini? Kenapa perlu berlaku kepada pasukan sehebat Chelsea? Hah? Kenapeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee?

Aku difahamkan kem pasukan Chelsea masih lagi tenang dengan semua dugaan ini. Dengan penuh husnuzon Chelsea hanya beranggap ia sebagai asam garam menjadi sebuah pasukan power. Memandangkan lawan Chelsea minggu ini ialah Manchester City, tidak dapat tidak, 3 mata mesti menjadi milik The Blues.

Setakat ini Chelsea sudah memenangi 4 dan hanya tewas 2 perlawanan dalam 8 aksi terakhir mereka ketika bertemu Manchester City. Berdasarkan sejarah juga, tiada pasukan dalam Liga Perdana Inggeris yang begitu kerap berjaya menewaskan Manchester City selain Chelsea (22 perlawanan). Nampak tak? Heh!!!

Bagaimana dengan pasukan lain? Untuk memberi muka kepada mereka, mari aku sembangkan sedikit tentang pasukan lain yang turut bermain dalam laga ke-23 Liga Perdana Inggeris ini. Ada jek perlawanan lain sebenarnya. Jangan engkorang tak tahu pulak ye...

Pasukan di tempat ketiga, Southampton menanti cabaran Swansea di Stadium St. Mary's. Sebagai rekod, Southampton hanya menang sekali dalam 6 perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri. Manakala Swansea City pula berjaya mendapat 3 mata sahaja dalam 9 perlawanan mereka di luar daripada Wales. Kemungkinan besar kedua pasukan akan mengikat keputusan seri.

Sementara itu pasukan di tangga ke-4, Manchester United akan melayan kehadiran Leicester City. Hanya 5 gol yang United jaringkan dalam 4 perlawanan terakhir dan Leicester pula hanya menang sekali dalam 9 aksi mereka sebagai pelawat. Jadi amat mudah untuk meramalkan pertemuan kedua pasukan ini akan berlangsung hambar. Namun 3 mata mungkin akan dilakar United melalu jaringan Juan Mata.

Seperti biasa minggu ini juga akan berlaku kejutan. Pasukan di tempat ke-5 liga akan tewas kepada Aston Villa dengan jaringan 1-3. Benteke hatrik. Engko nengoklah!!!

Itu hari menang dengan Brighton & Hove Albion pun 3-2 jeeeekkkk...Heh!!!

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Friday, January 16, 2015

Kemeriahan Bola Sepak Beraja.


Kemeriahan Bola Sepak Beraja.

Sekali imbas memang ada baiknya pertumbuhan pesat kelab bola sepak di Malaysia ni. Cuma bagi aku ia masih lagi gagal dalam menarik dan memberi identiti sebenar siapakah kumpulan sasaran penyokong mereka.

Kita ambil contoh terkini. Real Mulia FC. Kelab ini adalah kepunyaan anak bongsu Bekas Soltan Bola ataupun lebih tepat Soltan Pahang. Real Madrid adalah ikon dan sumber inspirasi mereka. Gelanggang tuan rumah adalah Stadium UKM Bangi. Padang latihan pula ialah di Padang A, UKM Bangi. Sasaran penyokong mereka ialah SATU MALAYSIA. Bukan Pahang, Johor mahupun lain-lain negeri. SATU MALAYSIA katanya. Piala Didahulukan Kejayaan Diutamakan.  

Kalau dilihat secara mendalam, amat janggal dan boleh aku katakan sebagai gagal dari segi mendapatkan kumpulan sasaran utama komuniti bola sepak. Terbukti banyak badan korporat di Malaysia ini menganggap kumpulan sasar utama bagi sukan bola sepak ialah rumpai laut dan umang-umang. Aku tanyakan kepada engkorang. Penjara Malaysia F.C ni kumpulan sasaran dia siapa? T-Bag? Scofield? Air Asia F.C pulak? Young Fighters F.C. (Felda United FC Bawah-19) ? KL MOF FC (Kelab Bolasepak Kementerian Kewangan Malaysia) ? Tidak ketinggalan Felcra FC kepunyaan Bung Mokhtar juga siapakah kumpulan sasaran mereka? 

Sebagai contoh andai kata Northport FC memasuki Liga Malaysia tetapi bermain di Shah Alam. Ini adalah contoh nyata sesebuah kegagalan sebenarnya. Northport adalah sebuah pelabuhan dan sepatutnya mewakili kawasan yang ada disekitarnya iaitu Pelabuhan Klang. Mari kita bayangkan. Apabila Northport memasuki Liga Malaysia, Westport juga turut terpanggil untuk berbuat perkara yang sama. Maka Westport pun mula bersaing dalam Liga Malaysia dan menjadikan Pulau Indah sebagai home base mereka. Gelanggang di situ, pemain akademi juga adalah dari kelahiran Pulau Indah. 

Jadik secara tidak langsung wujud sense of belonging dari kelangan penduduk Pulau Indah itu sendiri. Akhirnya Northport dan Westport bakal menjadi musuh dalam bolasepak jika mereka mengaplikasikan cara ini. Dan ia sesuatu seni bola sepak yang sangat indah. Sepertimana yang berlaku kepada Partizan Belgrade dan Red Star Belgrade, AS Roma dan Lazio dalam Derby Della Capitale serta AC Milan dan Inter Milan untuk Derby Della Madonnina. Baru sebut nama kelab-kelab ni sahaja sudah berdiri bulu roma aku. Cuba sebut Real Mulia...eleeeeh...

Sudahlah. Aku nak pergi makan nasik ni.

Nota: Berkenaan Northport dan Westport - idea diambil dari sumber twitter @TomKucarKacir.

Tuesday, January 13, 2015

Park Ji Sung Ialah Pemain Bola Sepak Yang Tidak Akan Dipeluk Oleh Anak Dara Melayu


Minggu ini Liga Perdana Inggeris akan memasuki perlawanan ke-22. Kalau dalam fasa kehamilan. Pada ketika usia kandungan memasuki minggu ke-22, berat bayi sekarang hampir 430g dan sudah terbentuk seperti bayi yang baru lahir, tetapi kurus kerana lemak bayinya belum terbina lagi. Walaupun masih di peringkat awal, tanda-tanda pertama kemunculan gigi telah ada iaitu dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi.

Begitulah juga dengan sesetengah pasukan dalam Liga Perdana Inggeris. Pasukan Chelsea misalnya mula mempamerkan taring sebenar mereka apabila tahun baru menjelma. Ini menandakan pasukan lain perlu memberi tabik hormat kepada Chelsea kerana persembahan mereka yang sungguh dinamik dan berwibawa apabila turun di atas padang pada setiap minggu.  

Swansea menanti Chelsea di Liberty Stadium dengan penuh sabar dan berdoa agar tidak bolos sebanyak 4 gol ataupun lebih. Perpindahan bernilai £27 Juta, Wilfried Bony ke Manchester City mungkin sedikit sebanyak akan merencatkan perancangan Garry Monk menjelang pertemuan ini. Tetapi beliau masih memiliki Bafetimbi Gomis dan Nélson Oliveira yang baru dipinjam daripada Benfica. Jika tiada aral melintang pukang. Chelsea akan membawa pulang 3 mata penuh dalam perlawanan ini.

Southampton yang mana minggu lepas telah mengajar Manchester United cara bermain bola sepak sebenar di Theatre of Dreams akan mengadap Newcastle yang baru sahaja dibenam oleh Chelsea. Rasanya tiga mata tidak akan menjadi masalah buat pasukan asuhan Ronald Koeman ini. Begitu juga dengan Manchester United yang akan berkunjung ke Loftus Road. Tak tahulah nak cakap apa kalau dengan QPR pun tak boleh nak menang. Berhenti jelah main bola.
 
Kemudian kita akan dipersembahkan dengan perlawanan suam-suam kuku antara Manchester City dengan Arsenal. Aku masih tak paham kenapa ada sesetengah peminat Arsenal begitu taksub dengan kembalinya serta adanya pemain sejenis Ozil, Ramsey, Arteta, Flamini, Diaby, Coquelin dan Bellerin. Bukankah mereka ini tidak setaraf dengan Fabregas yang seorang itu? Heh!

Tapi jangan bersedih wahai adik-adik Arsenal. Dengan prestasi semasa, pasukan Arsene Wenger dirasakan mampu menewaskan Manchester City yang kebetulan tidak berapa konsisten sejak kebelakangan ini. Tiga mata diramal menjadi milik Arsenal. Baik betul aku ni. 

Selain itu, Liverpool yang akan menyambut kehadiran semula Daniel Sturridge akan menentang pasukan di tangga ke-13 iaitu Aston Villa. Spurs akan bertemu Sunderland di White Hart Lane. Manakala West Ham akan menanti Hull City. Bersama-samalah kita bertenang menonton bola sepak hujung minggu tanpa perlu memeluk ataupun risau dipeluk oleh Park Ji Sung.

Posted via Blogaway

Wednesday, December 24, 2014

Segmen Khas Idola: Dato' Rozabil Abdul Rahman

Senyumannya manis, semanis tebu. Wajahnya tembam, idaman sang cermin. Segak bergaya secukup rasa.

Memperkenalkan.....Dato' Rozabil Abdul Rahman. Figura di sebalik huru-hara tanpa kita sedari.

1) Presiden FA Perlis.

Perlis FA tidak bayar gaji pemain yang tertunggak sejak 6 bulan lepas.

2) Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia.

Padang Stadium Nasional yang subur serupa ladang kacang botol.

3) Pengurus Harimau Muda B

Berjaya menduduki tangga tercorot dalam Liga Singapura 2014.

Aku masih termenung jauh memikirkan masih ada manusia macam gini hidup tenang berlegar-legar dalam arena sokan kita. Aku hairan...hairan aku..Dato' tu. Dato' woih!!!


Posted via Blogaway

Sunday, December 21, 2014

Kenapa Aku Tengok Harimau Malaya Begitu Terkial-kial Di Rantau Asia Tenggara?


Kenapa Harimau Malaya Begitu Terkial-kial di rantau Asia Tenggara?

Dari mana aku nak mula ni? Aku pun jadi serba-salah. Bagi aku simpan Keris Pusaka dalam kain kuning dulu.

Hah? Apa? Malaysia kalah? Suka? Sedih? Terpulanglah pada kehendak masing-masing. Aku okay jek....

Tapi aku secara peribadi bergembira dengan kekalahan ini. Kerana ia sepatutnya segera dapat menyedarkan FAM betapa pentingnya perubahan drastik dalam budaya bola sepak di Malaysia. Cuma aku tak pasti berapa banyak lagi kekecewaan yang kita semua perlu tanggung untuk menyedarkan FAM dan mereka yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga hal bola sepak di Malaysia.

Aku tak nafikan pembangunan bola sepak di Malaysia ini amat bagus. Aku berikan beberapa contoh. Dahulu kita ada skuad projek Olimpik 1996 yang dibimbing oleh ketua jurulatih berpengalaman dari Perancis yang begitu tegas sifatnya serta mempunyai etika profesionalisme yang tinggi iaitu Mr. Claude Le Roy. Beliau dibantu oleh Encik Irfan Bakti dan Encik Lim Chuan Chin sebagai jurulatih penjaga gol. Mereka ini bukan calang-calang individu. Namun di mana pengakhiran pemain-pemain dalam skuad ini?

Kemudian kita ada skuad Piala Dunia Belia 1997 yang dilatih oleh Hatem Souissi yang bermisai lagi lebat daripada Wak Doyok. Masa ini nama-nama V. Saravanan, Gilbert Cassidy Gawing, Mohd Sany Muhammad Fahmi, Nik Ahmad Fadly Nik Leh dan Tengku Hazman Raja Hassan antaranya menjadi bualan di jalanan. Mereka berpeluang bergesel keting dengan Fabián Carini, Marcelo Zalayeta dan Nicolás Olivera. Tetapi di manakah pemain Malaysia ini berada ketika Fabián Carini menjadi penjaga gol pilihan ke-4 pasukan Inter Milan di belakang Francesco Toldo, Júlio César dan Paolo Orlandoni?

Skuad Rajagopal pula yang terdiri daripada bakat hebat dari Sekolah Sukan Bukit Jalil berjaya menggegar Asia Tenggara pada 2009 dan 2010 sebelum dimalukan oleh Singapura untuk terkandas dalam kelayakan Piala Dunia 2014. Dan sehingga kini sebahagian besar kelompok pemain ini berada dalam skuad utama Harimau Malaya.

Beberapa tahun dahulu kita mempunyai skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee yang seolah-olah mampu menembusi tembok ASIA. Setakat mana pula bakat Irfan Fazail, Gary Stevan Robbat mahupun Nazmi Faiz berjaya diketengahkan?

Dan terbaru kita masih lagi segar dengan pencapaian skuad Bawah 16 negara yang hanya tersingkir di pentas suku akhir Kejohanan Asia Bawah 16 Tahun. Juga penubuhan Frenz United Football Academy. Serta Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang mana sedang di selenggarakan oleh lagenda Lim Teong Kim yang amat disegani di Bayern Munich.
Persoalan besar di sini ialah kemana nanti berakhirnya limpahan bakat-bakat ini? Adakah hanya cukup dengan status gah di benua Asia Tenggara barang dua hingga tiga tahun dan kemudiannya kembali ke fitrah asal iaitu bergelut untuk mencapai kemenangan dengan pasukan seperti Myanmar?

Kita ada penyokong yang besar semangatnya. Kita ada fasiliti bertaraf dunia. Namun malang sekali tanpa kita sedari kita mempunyai sebuah liga kecil yang hanya ditubuhkan untuk berubah-ubah formatnya setiap tahun. Penswastaan liga yang sepatutnya dilaksanakan sepenuhnya pada 2015 akan ditangguhkan ke satu tarikh lain. Dalam masa yang sama juga FAM mengizinkan setiap pasukan di Liga Malaysia tahun depan menurunkan kesemua 4 pemain import dalam satu perlawanan. Dan aku melihat perkara ini amat merbahaya. Sudahlah kita punya jumlah pemain berbakat yang terhad. Kini mereka terpaksa pula bersaing dengan pemain import yang mana kita tahu secara automatiknya akan menjadi pilihan utama setiap jurulatih dalam pasukan yang bermain di Liga Malaysia.

Bagi aku, FAM badan berwajib yang mengelolakan sukan bola sepak negara mempunyai tugas yang berat selepas ini untuk membangunkan semula bola sepak negara. Wujudkan gaya permainan yang baharu dan lebih berkesan serta pemerkasaan terhadap Liga Malaysia. Kelab-kelab bola sepak yang diuruskan secara POWER NAK MAMPOS  macam JDT harus ditambah agar 'pool' pemain dapat diperluaskan. Dan apabila pasukan telah bertambah, secara tidak langsung perlawanan kompetitif dalam liga juga akan bertambah. 22 perlawanan liga untuk semusim adalah terlalu sedikit dengan peluang pemain tempatan bermain semakin terhad. Penat kalau main banyak perlawanan semusim? Engko berhenti jelah main bola kalau macam gitu.

Sudahlah. Setakat ini sahaja yang aku nak tuliskan. Jadik aku takkan pernah salahkan kawan-kawan aku bila ada yang cakap "Ini yang aku malas layan bola sepak Asia Tenggara ni".

Posted via Blogaway