Saturday, May 10, 2014

Piala Dunia 2014 : Amerika Syarikat


Piala Dunia 2014 : Amerika Syarikat


Pengenalan

Meskipun mengambil masa selama 40 tahun untuk kembali beraksi di pentas Piala Dunia selepas edisi 1950, Amerika Syarikat telah menjadi pasukan regular di Piala Dunia sejak tahun 1990 dan Brazil 2014 nanti merupakan penyertaan mereka di kejohanan ini buat kali ke-7 berturut-turut.

Amerika Syarikat bagi aku ialah 'Gergasi Tidur' dalam bola sepak. Mereka ada potensi untuk muncul juara Piala Dunia, bukan tahun ini tapi paling tidak dalam tempoh 50 tahun akan datang. Tak percaya? Kita tunggu dan lihat, itu pun kalau kita masih bernafas lagilah.

Berdasarkan statistik, lebih 80% yang bermain untuk skuad The Yanks atau The Stars and Stripes ini adalah pemain liga-liga utama Eropah. Manakala lebih 50% dari yang bermain di Eropah ini adalah hasil produk Major League Soccer sedangkan 20 tahun dulu semasa Piala Dunia 1994, hanya berapa kerat sahaja yang bermain di Eropah, itu pun untuk kelab macam Luton Town dan Saarbrucken FC.

Sebenarnya Major League Soccer yang bermula hanya pada tahun 1996 adalah rahsia kejayaan bola sepak Uncle Sam hari ini. Malaysia? Bab ni aku dah malas nak pikir. Harap Sultan Bola ambil iktibar dan pengajaran daripada perihal ini.


Jurulatih: Jurgen Klinsmann.


Dikenali sebagai seorang penyerang yang prolifik di hadapan gol dengan rekod 38 gol sepanjang 80 perlawanan bersama Jerman menjadi bukti kehebatannya.

Memulakan tugasnya bersama Amerika Syarikat pada 2011 dan sejak itu telah menerapkan corak permainan yang menarik yang lebih berorientasikan kepada serangan. Jarang menggunakan taktik bertahan yang kononnya negatif pada pandangan sesetengah pemerhati bola sepak atau dalam bahasa kasarnya 'Meletakkan Bas'. Filosofi itu tidak ada dalam fikiran Jurgen Klinsmann.


Ketua Pasukan: Clint Dempsey.

Kasihan aku melihat beliau ketika bersama pasukan Spurs. Langsung 'Un-settled'. Tetapi siapa boleh melupakan kemampuannya menjaringan 50 gol bersama Fulham dalam 5 tahun kariernya bersama pasukan tersebut? Aku tak lupaaaa.

Kini beliau beraksi bersama pasukan Seattle Sounders di Major Soccer League dan setakat entri ini ditulis, Dempsey sedang melalui satu musim yang cemerlang bersama kelab ini dengan telah menjaringkan 9 gol serta melakukan 3 bantuan gol dalam 15 perlawanannya.

Perlu kita tahu juga yang Clint Dempsey adalah penjaring terbanyak untuk Amerika Syarikat dalam pusingan kelayakan dengan 8 gol.


Pemain Bintang:  Michael Bradley.


Secara peribadi aku suka melihat aksi beliau ketika 2 musim bersama AS Roma. Michael Bradley berpindah ke AS Roma daripada pasukan Chievo dengan perpindahan berjumlah  £3.5 Juta pada tahun 2012.

Anak kepada bekas jurulatih Amerika Syarikat, Bob Bradley ini berusia 26 tahun dan kini sudah memiliki 82 penampilan antarabangsa bersama negara Uncle Sam ini.

Pemain yang berkepala botak licin ini juga sangat terkenal dengan kepakarannya dalam melakukan hantaran yang tepat. Bradley dijangka akan menjadi tumpuan di Brazil dengan mempertaruhkan aksi yang bertenaga dan mantap.


Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: John Brooks.


Pemain tinggi lampai ini merupakan pertahanan mantap bagi pasukan Hertha Berlin BSC dan hanya baru berusia 21 tahun.

Beliau memegang dua kewarganegaraan iaitu Jerman (lahir di Jerman) dan Amerika Syarikat. Namun memilih untuk bersama Uncle Sam dek kerana telah menerima layanan istimewa daripada negara ini.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...