Prebiu Piala Dunia 2014: Chile vs Australia.
Chile vs Australia.
Saturday, June 14, 2014 (6:00 AM)
Australia akan turun menentang Chile dengan barisan pemain kurang berpengalaman mereka, tidak seperti semasa era Mark Viduka dan Harry Kewell. Mereka juga adalah pasukan yang terendah dalam ranking FIFA (59) yang beraksi dalam kejohanan Piala Dunia 2014 ini.
Jadi, aku merasakan yang pasukan Australia akan bergelut apabila bertemu dengan Chile. Ini kerana pasukan dari Asia ini masih belum cukup sempurna untuk bersaing dengan pasukan yang bermain bola sepak sepantas dan selaju Chile. Keberantungan Australia kepada Tim Cahill yang sudahpun berusia 34 tahun sebenarnya boleh menjerat mereka ke kancah bahaya sekiranya pemain ini secara tiba-tiba cedera semasa kejohanan sedang berlangsung. Siapa yang mahu diharapkan untuk menjaringkan gol? Safee Sali?
Tetapi mungkin pemain seperti Tom Rogic, Mile Jedinak, Mark Bresciano dan Matthew Spiranovic mungkin mampu memberi saingan kepada barisan pemain dari pasukan Chile.
Chile pula meskipun persediaan mereka sedikit terganggu dengan kecederaan yang melanda pemain tonggak - Arturo Vidal, The Red One ini sebenarnya masih lagi sebuah pasukan yang mantap dan bertenaga berbanding Australia. Nama-nama seperti Mauricio Isla, Alexis Sánchez dan Eduardo Vargas perlu diberi perhatian oleh jurulatih Australia Ange Postecoglou kerana mereka ini sentiasa bersedia untuk membuatkan lawan mereka sengsara jiwa dan raga.
Pemain Tumpuan Chile : Alexis Sánchez
Pemain Tumpuan Australia : Tim Cahill
Ramalan : Chile 1- 0 Australia.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...