Piala Dunia 2014 : Nigeria
Pengenalan
Apa yang kita ingat bila sebut tentang Nigeria? Jay Jay Okocha? Makwe hitam manis dari Universiti Islam Antarabangsa? Atau brader berambut kerinting berdagang jam, pen dan tali pinggang di sekitar kedai makan? (Bukan perniagaan piramid, jangan nak perasan. Kang tak pasal makan kerambit).
Semua di atas mungkin akan mencetuskan ingatan kita apabila menyebut tentang Nigeria. Tapi secara peribadi aku lebih teringatkan kepada 'Black Money'.
Mengikut laporan Global Financial Integrity (GFI) dari tahun 2001 hingga 2010, Nigeria berada pada tangga ke-7 dunia dalam Liga 'Black Money'. Namun apa yang mengejutkan aku (sebenornya tak berapa terkejut pun) ialah Malaysia berada di tangga ke-3 di belakang China dan Mexico. Aku bukanlah nak suruh engkorang percaya laporan ini. Cuma apa yang aku dapat lihat ialah Malaysia seringkali salah dalam pemilihan menunjukkan kehebatan.
Tapi aku masih positif dan yakin kerja-kerja 'Black Money' di Malaysia ini dilakukan oleh orang luar. Mungkin juga adik Jay Jay Okocha, atau abang kepada makwe hitam manis dari Universiti Islam Antarabangsa. Atau boleh jadik juga brader berambut kerinting berdagang jam, pen dan tali pinggang di sekitar kedai makan itu sendiri yang melakukan aktiviti 'Black Money'. Siapa tahu bukan?
Sebelum Nigeria layak ke pusingan akhir Piala Dunia mereka yang pertama pada tahun 1994, mereka hampir mara dalam beberapa percubaan termasuk kekalahan di peringkat akhir kepada Maghribi di kelayakan tahun 1970, Tunisia di Mesir pada tahun 1978, Algeria tahun 1982 dan juga tewas kepada musuh ketat, Cameroon pada tahun 1990.
Akhirnya pada tahun 1994, mereka berjaya beraksi di Piala Dunia. Dan selepas itu mereka menjadi anggota tetap dari Afrika yang beraksi di Piala Dunia kecuali pada edisi 2006 yang mana mereka terkandas pada pusingan kelayakan. Mereka akan tampil buat kali ke-5 pada tahun ini dan sementara itu Malaysia masih....ermmmmms...masih...ermmmmms.
Jurulatih: Stephen Keshi.
Jika kita masih ingat Stephen Keshi pernah bermain untuk pasukan Liga Malaysia dari tahun 1997 hingga 1998. Sepanjang 34 penampilannya sebagai pemain pertahanan untuk pasukan Perlis tersebut, dia berjaya menjaringkan 4 gol.
Melatih skuad Super Eagles ini sejak tahun 2011 dan dia masih lagi mengekalkan taktik menyerang hebat berasaskan serangan pantas yang mana telah menjadi tanda pengenalan kepada pasukan Nigeria.
Beliau yang sudah berusia 52 tahun ini juga diingati sebagai antara dua pemain yang pernah menjulang Piala Afrika sebagai pemain dan jurulatih.
Ketua Pasukan: Vincent Enyeama.
Vincent Enyeama merupakan penjaga gol utama pasukan Nigeria sejak dia melakukan penampilan pertamanya pada tahun 2002. Beliau juga pernah menerima anugerah pemain terbaik Liga Israel sebelum berpindah ke Perancis pada 2011.
Permulaan musim 2013-2014 menyaksikan beliau berjaya menahan gawangnya daripada bolos dalam 11 perlawanan berturut-turut untuk pasukan Lille. Namun beliau akhirnya bolos pada 8 Disember 2013 selepas berjaya bertahan selama 1,062 minit. 114 minit lagi untuk memecahkan rekod yang dicipta oleh Gaetan Huard pada tahun 1993.
Permulaan musim 2013-2014 menyaksikan beliau berjaya menahan gawangnya daripada bolos dalam 11 perlawanan berturut-turut untuk pasukan Lille. Namun beliau akhirnya bolos pada 8 Disember 2013 selepas berjaya bertahan selama 1,062 minit. 114 minit lagi untuk memecahkan rekod yang dicipta oleh Gaetan Huard pada tahun 1993.
Pada tahun 2004, beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang dahsyat tetapi berjaya selamat daripada sebarang kecederaan dan hanya mengalami lebam-lebam sahaja gamaknya.
Pemain Bintang: Victor Obinna.
Kelibat fizikal dan permainannya menjadi ancaman kepada mana-mana pasukan di dunia ini kecuali JDT. Bakal bergandingan baik tidak kira dengan siapa yang akan disenaraikan oleh Stephen Keshi sama ada Peter Odemwingie ataupun Shola Amoebi.
Pada usia 27 tahun, sudah banyak peningkatan yang beliau pamerkan semenjak menjadi pemain pinjaman pasukan West Ham pada 2010. Bakal melengkapkan penampilannya yang ke-50 bersama pasukan Nigeria apabila Piala Dunia 2014 bermula.
Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: Ahmed Musa.
Lahir pada 14 Oktober 1992 (masih lagi 21 tahun) dan merupakan pemain muda paling menyerlah untuk pasukan Nigeria. Dia sangat pantas, licik, berkomitmen dan setakat ini sudah menyumbangkan 5 gol untuk pasukan Nigeria.
Beliau telah mengukuhkan tempatnya dalam pasukan Nigeria yang memperlihatkan dirinya jarang terlepas dari beraksi untuk pasukan Nigeria. Selain itu dia turut melalui satu musim yang sensasi bersama pasukan CSKA Moscow dalam Champions League.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...