Prebiu Piala Dunia 2014: Brazil vs Croatia
Brazil vs Croatia
Kali terakhir kedua pasukan bertemu di Piala Dunia ialah pada 13 June 2006 yang mana ketika itu Brazil menang 1-0 hasil daripada jaringan gol oleh Kaka. Secara kasar juga ini mungkin menjadi tonik awal buat pasukan Brazil mengatasi Croatia apabila mereka bertemu dalam perlawanan pembukaan di Sao Paulo.
Pasukan Brazil dijangka akan menurunkan barisan terkuatnya yang akan diketuai oleh Thiago Silva. Hampir pasti dia akan bermain di samping David Luiz di posisi pertahanan tengah. Manakala harapan pasukan Brazil untuk mencorak serangan dan menjaringkan gol terletak di bahu pemain muda mereka iaitu Neymar. Kekurangan Neymar pada peringkat ini adalah dari segi pengalaman. Tetapi pemain lain yang berstatus Super World Class tidak akan mengalami sebarang masalah untuk menutup segala ruang kelemahan dalam pasukan Selecao ini.
Buat pasukan Croatia pula, hanya barisan pertahanan yang kukuh sahaja mampu menyekat kemaraan pasukan Brazil ini. Dario Srna (Shakhtar Donetsk), Vedran Corluka (Lokomotiv Moscow) dan Gordon Schildenfeld (Panathinaikos) - mereka semuanya mempunyai pengalaman menentang pemain bertaraf dunia. Cuma kelajuan mungkin menjadi masalah utama mereka untuk bersaing dengan barisan serangan Brazil seperti Oscar dan Hulk. Sementara itu Croatia turut akan mengharapkan Luka Modric dan Ivan Rakitic yang begitu cemerlang bersama kelab mereka dalam membantu Mario Mandzukic untuk mendapatkan gol bagi pasukan Croatia.
Pemain Tumpuan Brazil : Oscar
Pemain Tumpuan Croatia: Luka Modric
Ramalan : Brazil 2 - Croatia 0
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...