Prebiu Piala Dunia 2014: Australia vs Netherlands
Thursday, June 19, 2014 | 12:00 AM
Ada kemungkinan Australia akan pulang awal. Atau dalam bahasa yang lebih kasar kita panggil bungkusleeeee.... Ini membuktikan kualiti bola sepak rantau Asia masih lagi jauh sekiranya perkara ini berlaku. Sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera.
The Socceroos dilihat telalu merendah diri ketika bertemu dengan Chile tempohari. Dan mereka perlu membuang sifat ini jauh-jauh apabila melayani barisan pemain bintang dari pasukan Belanda yang dikatakan menggunakan pawang ketika menewaskan Sepanyol 5-1.
Socceroos secara terang-terangan akan sekali lagi bergantung nasib kepada ketua pasukan berpengalaman mereka yang menjaringkan gol ketika bertemu Chile tempohari - Tim Cahill. Walaupun kehadiran Tim Cahill mampu menaikkan semangat juang rakan sepasukannya, tetapi ia masih tidak mampu menyaingi kehebatan Oranje yang teryata terlalu ghairah untuk menyumbat gol. Lebih-lebih lagi apabila kita menyebut nama Arjen Robben. Kemahiran individu serta kepantasan beliau akan menjadi mimpi ngeri buat pasukan Australia terutamanya apabila pasukan Belanda menyerang dari bahagian sayap. Selain dari mencipta peluang gol buat rakan yang lain, Robben juga berkemampuan menjaringkan gol secara solo. Inilah kelebihan yang dimiliki oleh pemain Bayern Munich tersebut.
Kesimpulannya, tiada apa masalah utama dalam pasukan Belanda buat masa ini. Sudah sampai masanya untuk pasukan Belanda membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah calon utama yang akan menjulang Piala Dunia di bumi Latin buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak dunia.
Pemain Tumpuan Australia : Tim Cahill
Pemain Tumpuan Netherlands : Arjen Robben
Ramalan : Australia 0 - 4 Netherlands
buat research dulu bro, kali ni team Australia paling muda purata umur diorang. Majoriti players yg dibawa semuanya kurang pengalaman dan dlm persiapan untuk piala asia 2015. Coach Angelos Postecoglou pulak diberi kontrak 5 tahun untuk bina semula team Australia dengan menghimpun bakat2 baru di A league dan juga liga luar negara, silap coach2 Australia terdahulu diorang tak utamakan pembangunan pasukan sebab tu pasukan Australia takde barisan pelapis yang berkaliber lebih2 lagi bila pemain2 utama macam Mark Viduka,Mark Schwarzer bersara. Anggap lah pasukan Australia 2014 ini pasukan prototaip Australia untuk piala Asia 2015 dan piala dunia 2018. Memang diakui Australia pasukan paling lemah dalam grup ni tapi bila latar belakang pemain Australia dibandingkan dengan latar belakang pemain Chile,Belanda dan Sepanyol yang berkelas dunia kita tahu yang Australia ini cuma tidak bernasib baik ditempatkan dalam kumpulan Maut. Jika Australia ditempatkan dalam kumpulan yang bernasib baik atau kurang kompetitif seperti grup C dan E
ReplyDeleteThanks for the info. Btw, apa yg incik Velios cakap tu saya dah tahu. Dan tidak masukkan dalam preview ni yang lebih fokus kepada 'game by game' punya ulasan yg ringkas dan padat.
Delete