Prebiu Piala Dunia 2014: South Korea vs Algeria
Monday, June 23, 2014 | 3:00 AM
Sudah terang lagi bersuluh, pasukan Korea Selatan sangat hebat. Mereka menyusahkan hidup pasukan Russia pada perlawanan yang lepas walaupun skuad bimbingan Fabio Capello tersebut pada awalnya adalah pilihan utama untuk menang. Jadi keputusan seri yang mereka lakarkan adalah cukup baik sebenarnya.
Jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-Bo mengakui yang pemainya telah memberikan aksi cemerlang dari segi fizikal dan taktikal ketika menentang Russia. Beliau amat yakin yang pasukannya akan bertambah baik lagi menjelang aksi kedua menentang Algeria nanti. Hanya 3 mata sahaja yang akan membawa Korea Selatan mara ke pusingan 16 pasukan terbaik. Itu sasaran utama Taeguk Warriors.
Tidak banyak yang boleh kita perkatakan tentang pasukan Algeria. Mereka sememangnya pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Tetapi semangat sahaja tanpa skil dan kemahiran bola sepak juga tidak ada gunanya. Cuma kita boleh lihat bagaimana pasukan ini bergerak dalam satu unit sehingga pada suatu ketika berjaya mendahului pasukan pilihan dalam Kumpulan H ini iaitu Belgium. Sudah tentu pasukan Korea Selatan wajar berhati-hati dengan kemampuan pasukan Algeria.
Rumusannya aku berpendapat yang pasukan Korea Selatan akan membawa perlawanan ini ke satu tahap yang lebih tinggi sehingga mereka berjaya menewaskan Algeria dengan 2 gol tanpa balas.
Pemain Tumpuan South Korea : Kim Bo-Kyung
Pemain Tumpuan Algeria : Sofiane Feghouli
Ramalan: South Korea 2 - 0 Algeria
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...