Prebiu Piala Dunia 2014: Nigeria vs Bosnia-Herzegovina
Sunday, June 22, 2014 | 6:00 AM
Jurulatih Nigeria, Stephen Keshi berhadapan masalah dalam pemilihan pemain menjelang pertemuan dengan Bosnia. Berita kecederaan pertahanan mereka, Godfrey Oboabona dan Elderson Echiejile yang akan terlepas baki Piala Dunia menambah kepeningan kepala Stephen Keshi. Selain itu, Kenneth Omeruo, Ahmed Musa dan Reuben Gabriel juga akan turut terlepas aksi penting ini.
Seperti yang kita lihat dalam perlawanan yang lepas, pasukan Nigeria gagal menenembusi gawang skuad Iran walaupun mereka menguasai hampir 70% penguasaan bola. Selesai sahaja perlawanan tersebut, Stephen Keshi pantas berpesan kepada anak buahnya..
"Kome jangan ghisau pasal kite seri game ni. Lawan Bosnia nanti moh kite gasak deme."
Adakah Nigeria akan mampu melepasi pertahanan Bosnia yang terbukti berjaya mengekang asakan Messi dan rakan-rakan?
Corak permainan positif dari pasukan Bosnia ketika debut mereka menentang Argentina mendapat kredit daripada Safet Susic yang tidak henti-henti memuji anak buahnya sehingga matahari terbenam. Meskipun tewas, seluruh skuad wajar diberi pujian. Terutamanya pemain simpanan mereka Vedad Ibisevic yang masuk pada minit ke-69 dan menjaringkan gol. Nampaknya beliau memberi isyarat bahawa dia berhak berada dalam kesebelasan utama pasukan Bosnia.
Walaupun ini adalah penampilan sulung Piala Dunia buat Bosnia. Aku secara peribadi merasakan Nigeria akan mengalami kesukaran untuk menembusi gawang pasukan Bosnia yang jelas begitu sistematik dalam bertahan. Oleh itu, Bosnia-Herzegovina akan menang dengan skor 2-0.
Pemain Tumpuan Bosnia-Herzegovina : Asmir Begovic
Pemain Tumpuan Nigeria: Obi Mikel
Ramalan Nigeria 0 - 2 Bosnia-Herzegovina
Pemain Tumpuan Nigeria: Obi Mikel
Ramalan Nigeria 0 - 2 Bosnia-Herzegovina
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...