|
Reem The Kops |
Chelsea Melawan Klopp dan Kops dan Reem Shahwa.
Aku secara jujur dengan rasminya memilih diri sendiri untuk bercakap tentang perihal terkini pasukan Chelsea. Tunggang terbalik aksi mereka di atas padang, komentar selepas perlawanan yang berbaur bodoh dari Mourinho dan segala cakap-cakap tentang kelemahan Chelsea ini hanya aku sahaja yang yang layak mengupasnya. Ini disebabkan atas kapasiti aku mula mencintai pasukan Chelsea ini sejak hampir 20 tahun yang lalu. Engkau yang setakat setiap kali letak #KTBFFH apabila bercakap pasal Chelsea dan cuma kenal pemain zaman duit Roman Abramovich lebih baik duduk diam sahaja jangan nak sembang sangat pasal Chelsea. Amacam tegas tak aku?
Setelah aku meneliti kedudukan liga Chelsea di tangga ke-15 serta tersingkirnya mereka dari Piala Kapital Satu minggu ini, aku berjaya membuat satu kesimpulan ringkas. Iaitu. Pemain Chelsea bermain bola sepak secara bodoh serta Mourinho berfikir menggunakan otak Rajagopal. Simple. Benda macam gini tak payahlah kita korek dalam-dalam sehingga menyentuh pemain mana yang patut bermain setiap minggu, taktikal apa yang lebih berkesan serta impak ketiadaan Eva Carneiro di dalam serta di luar padang. Walaupunlah statistik menunjukkan Chelsea sudah tewas lebih separuh daripada 14 perlawanan mereka sejak ketiadaan Eva sebagai doktor pasukan. Ermmmmmms.
Sekiranya Chelsea tersingkir dari liga utama Inggeris ini pun aku tidak berapa kisah. Ini disebabkan aku sudah bersedia sejak zaman Ken Bates lagi. Ya, sebelum Ken Bates menjual Chelsea pada 2003 dengan nilai yang entah berapa juta gamaknya. Ada yang kata £17 juta, £60 juta dan £140 juta pun ada jugak. Dan dengan duit inilah juga Ken Bates membeli Leeds United pada tahun 2005 dengan harapan untuk menyelamatkan kelab tersebut. Namun akhirnya Leeds United sendiri hilang daripada peta utama bola sepak Inggeris. Tapi ini cerita lain. Engkau orang mana tahu yang Leeds United ni pernah mengegar bumi England dan Eropah. Hah?
Sekitar tahun 2001 ketika Chelsea masih di bawah milik Ken Bates - Chelsea difahamkan berhutang lebih kurang £100 juta dek kerana proses menaik taraf stadium mereka. Dalam masa yang sama hilang peluang bermain di Champions League selepas menamatkan cabaran liga di tangga ke-6. Tersingkir awal di Piala UEFA serta pemecatan Gianluca Vialli yana mana dikhabarkan sejumlah £2 Juta terpaksa dibayar sebagai pampasan. Itu semua memberi kesan kewangan yang amat merbahaya. Ketika ini juga keadaan lebih parah daripada apa yang Chelsea alami hari ini. Duit tak ada. Pemain pula biasa-biasa sahaja.
Chelsea cuma ada Mark Bosnich sebagai penjaga gol simpanan dan bukannya Asmir Begovic yang merupakan penjaga gawang utama pasukan Bosnia. Di bahagian serangan pula Chelsea hanya punya Mikael Forssell dan Eiður Guðjohnsen sebagai pemain gantian dan bukannya seperti skuad sekarang yang memiliki Radamel Falcao serta Loic Remy. Jadi alasan ketiadaan pemain itu sangatlah tidak boleh diterima pakai sebenarnya.
Minggu ini Chelsea akan berdepan dengan pasukan asuhan Jurgen Klopp yang serba baru dari segi moral dan taktikal permainan. Mereka kelihatan bersemangat seperti baru lepas pekena ganja. Belari ke sana ke mari ibarat mempunyai 3 pasang paru-paru. Liverpool yang dahulu kita kenal semasa era Brendan Rodgers sebagai pasukan yang mudah tergelincir ketika berjalan, kini secara perlahan-lahan semakin ampuh apabila turun bermain bola di atas padang.
Chelsea pula dengan kecederaan penjaga gol utama, pemain pertahanan empat serangkai yang bangang, Hazard, Matic, Oscar mahupun Fabregas sendiri yang kerap ghaib di atas padang. Serta Costa - penyerang berwajah tua yang lebih banyak menyumpah seranah di atas padang berbanding cubaan tepat ke gawang gol. Tidak lupa juga The Spesial Onne yang kelihatan hilang kredebiliti sama ada di dalam bilik persalinan mahupun di tepi padang. Dengan ramuan lengkap serba lemah ini, apakah harapan Chelsea pada minggu ini?
Sebagai penyokong Chelsea sudah tentu 3 mata yang aku mahukan. Tetapi sebarang kekalahan di bumi London minggu ini hanya akan menambah jumlah resume yang tiba di meja pejabat Pak Roman. Percayalah cakap aku walaupun rambut aku tidak berwarna kuning serta tiada pula jambang di wajah.
Jadi aku meramalkan Chelsea 3 - Liverpool 3.
3 gol ehsan aku berikan kepada Liverpool khas buat Reem Shahwa. Heh!
Posted via Blogaway