There was an error in this gadget

Thursday, January 26, 2012

Jadual Liga Malaysia - Week 5

Liga Super 5 Jan 27, 2012 (Jumaat)

Selangor PKNS FC v Sabah 8.45mlm, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya (Live di Astro Arena)

Liga Super 5 Jan 28, 2012 (Sabtu)

KL Felda United FC v Perak 4.45ptg, Std Hang Jebat, Melaka
Sarawak v Negeri Sembilan 8.15mlm, Std Negeri Sarawak, Kuching
Terengganu PBDKT T-Team v Selangor 8.45mlm, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Lions XII v Terengganu 7.45mlm, Stadium Jalan Besar, Singapura (Live di Astro Arena)
Kelantan v Kuala Lumpur 8.45mlm, Std Sultan Muhammad IV, KB
Kedah v Johor FC 8.45mlm, Std Darul Aman, Alor Setar  (Live di RTM)


Liga Perdana 5 Januari 27, 2012 (Jumaat)

Johor v KL Sime Darby FC 8.45mlm, Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Pulau Pinang USM FC v Harimau Muda 'B' 8.45ptg, Std Olahraga USM, Pulau Pinang
Johor MP Muar FC v Johor MBJB FC 4.45ptg, Std Sultan Ibrahim, Muar
KL POS Malaysia FC v NS Betaria FC 4.45ptg, Std Majlis Perbandaran Selayang
PDRM v Perlis 8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Liga Perdana 5 Februari 03, 2012 (Jumaat)

ATM v Pahang 8.45mlm, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya

Lagenda:Hakan Sukur



Hakan Sukur adalah legenda bolasepak bagi Galatasaray dan Turki. Peminat bola sepak Turki menggelar Sukur sebagai "Kral." Beliau adalah salah satu penyerang terbaik Eropah pada era penghujung 90-an. Sukur adalah pemegang rekod gol terpantas di Piala Dunia. Dia menjaringkan gol pada separuh masa kedua saat ke 10.8 ketika  menentang Korea Selatan, semasa perlawanan tempat ketiga di Piala Dunia 2002. Dia menjaringkan 38 gol dalam Piala UEFA sepanjang kerjayanya.


Sukur menyertai Galatasaray pada 1992. Dia menjaringkan 54 gol untuk Galatasaray. Dia berpindah ke Torino FC pada tahun 1995.Namun beliau menyertai semula Galatasaray untuk berkhidmat kali kedua pada tahun 1995. Dia bermain untuk Galatasaray sehingga tahun 2000. Mereka memenangi liga Turki pada tahun 1997, 1998, 1999 dan 2000. Dia juga menjuarai Piala Turki pada tahun 1996, 1999 dan 2000 dengan Galatasaray. Beliau menang Piala Raja pada tahun 1996 dan 1997 dengan Galatasaray. Sukur menjaringkan 119 gol semasa berkhidmat kali kedua untuk Galatasaray dalam 146 perlawanan sepanjang tempoh tersebut.


Beliau merupakan penjaring terbanyak dalam liga Turki pada tahun 1997, 1998 dan 1999.Dia memenangi Piala UEFA dengan Galatasaray pada 2000.Dia adalah penjaring terbanyak dalam Piala UEFA musim tersebut dengan 10 gol. Beliau berada di kedudukan yang kedua untuk kasut Emas Eropah pada tahun 1997 dengan 38 gol.


Beliau kemudiannya menyertai Internazionale pada tahun 2000.Dia berpindah pula ke Parma FC pada 2002.Beliau memenangi Copa Italia pada tahun 2002 dengan Parma. Beliau telah berkhidmat dengan kelab Inggeris, Blackburn Rovers pada musim 2002/2003. Akhirnya dia pulang ke Galatasaray pada tahun 2003 untuk khidmat kali terakhir beliau. Beliau memenangi liga Turki pada tahun 2006 dan 2008 dengan Galatasaray. Beliau memenangi Piala Turki pada tahun 2005. Dia menjaringkan 55 gol semasa bertugas dengan Galatasaray, yang berakhir pada tahun 2008.


Dia bermain untuk pasukan Turki di bawah-21 pada tahun 1993. Dia turut bermain untuk pasukan Olimpik, Turki di bawah-16 tahun serta pasukan Turki bawah-18 tahun. Turki memasuki suku akhir kejohanan Eropah pada tahun 2000.Walaupun beliau bergelut untuk mencari rentak pada tahun Piala Dunia 2002, namun Turki menduduki tempat ketiga dengan mengalahkan tuan rumah Korea Selatan. Dia menjaringkan gol terpantas dalam piala dunia semasa perlawanan itu. Dia turut menjaringkan 51 gol dalam 112 perlawanan sebelum dia bersara dari bola sepak Antarabangsa. Beliau pastinya akan dikenang di kalangan peminat bola sepak sebagai pemain Turki paling berjaya.


Sunday, January 22, 2012

Penyokong Penyangak Pemain Samseng.



Salam..minggu ini saye amat terganggu sedikit dengan isu-isu yang muncul dlam Liga Malaysia. Setiap minggu ada sahaja benda panas yang berlaku. Cukuplah dengan 'kecerdikan' FAM dan FA Negeri yang seringkali mengeluarkan 'statement' bijak pandai. Kini 'kecerdikan' itu pula menular pada diri pemain bolasepak dan penyokong pula. Maaflah kalau ade yang tersinggung.

Video di bawah ini adalah selepas Kedah tewas kepada Kelantan Jumaat lepas. Ya, kamu semua bole meminta KFA membuat perubahan. Namun ini bukan cara yang berhemah dan betul. Kenapa tak mahu gunakan Kelab Penyokong sebagai saluran?Ataupun kalau anda bijak lagi, sila boikot dan jangan pergi ke stadium selagi KFA tak mahu buat perubahan drastik (Stadium Darul Aman sentiasa penuh sebab tu KFA besar kepala). Sememangnya kita tahu Kedah pasukan yang hebat. Dan mungkin sebab itu mereka mahu keputusan yang baik secara segera walaupun liga baru berlansung 4 perlawanan.

Memenatkan...

Tapi ini tak ganas lagi..ade yang lagi ganas..semasa perlawanan antara Negeri Sembilan bertemu Felda United, berlaku satu lagi insiden yang tak sedap mata memandang. Video pertama ini menunjukan Hardi Jaafar dilayangkan kad merah kerana menyerang Effa. Ape yang berlaku sebenarnya pun kita tak tahu. Tapi menurut kenalan rapat Hardi Jaafar. Beliau kata yang si Effa ni ludah tangannya sebelum bersalaman dengan Hardi. Makanya Hardi pun mengamuk. Betul atau tak...ontahla...

Video 1:Ludahku warna hitam, kau mahu?
Ia belum tamat disitu apabila Hamsani Ahmad pula ingin menunjukan keperwiraan beliau dengan menyerang pemain Negri 9. Walaupun tak jelas tindakan beliau dalam video kat bawah ni. Tapi kita nampak kesannya selepas itu. Selepas beliau dilayangkan kad merah dan melalui tempat duduk penonton. Dengan selambanya beliau dihentam oleh objek apa entah dari penyokong Negeri 9.Hahahaha bengong..Muncul pula seorang lagi wira Felda United yang memanjat penghadang penonton dan mahu membalas semula kekejaman tersebut. Pergggh...macam filem perang sabil..aku langsung tak paham???

Video 2: King of fighter

Berakhirnya drama ini apabila penyokong Hobin Jang Hobin menunggu semua pemain Felda United di luar stadium. Ini mengingatkan aku kepada 'Baracuda dan Indonesia'.Korang bangga ke?Punyela kita berapi mengutuk perangai orang Indon, tapi tiba-tiba kita pulak yang buat perangai macam diorang. Mana belajar ni?Cameroon ka? Bak kata pepatah...'MUSUHNYA HABIS BINASO'..haaa rasekanlaaa...

Video 3: Perwira Jang menunggu mangsa

Friday, January 20, 2012

Khas Preview: Rapat Silaturohim & Riadah (RSR) 2012


Salam Satu Malaysia..hahaha..Rapat Silaturohim & Riadah (RSR) Edisi 2012 akan dilangsungkan buat pertama kalinya dalam sejarah. Tema Putsol dipilih pada kali ini kerana mengambil kira keadaan peserta yang sibuk dengan komitmen masing-masing. Mungkin pada masa hadapan akan difikirkan aktiviti yang lain. Perlawanan putsol suka-suki akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 28 Februari 2012
Masa: 9.00 - 11.00 p.m
Tempat: Centremart, Setapak.
Acara:Putsol (takan galah panjang pulok)

Dibawah ini antara peserta-peserta yang setuju untuk membuat penampilan khas setelah berkurun lama  bertapa di kawasan masing-masing. Setakat ini masih ade lagi beberapa orang ahli yang belum dapat 'mengkompenkan diri. Sedikit info akan disediakan untuk tatapan anda semua..TAKBIIIRR!!!

Ujang
Ujang merupakan antara pemain penting era lewat 90-an bagi pasukan Peladang Tangkak. Juga anggota penting skuad Sastera pada musim 2000/2001. Aksi lincahnya dahulu sangat dahsyat sehinggakan beliau pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan 2000 bagi bulan April, Jun dan September. Penampilan beliau kali ini amat-amat dinantikan oleh peminat beliau yang sudah lama menrindukan jeritannya di tengah padang. Gambar di bawah ini bersama Taring yang hampir-hampir tidak nampak lehernya akibat terlalu gembira bertemu Ujang.

Taring(kemeja) tersenyum manis di sebelah Ujang (baju itam)



Amir
Beliau merupakan pemain misteri bagi pasukan sastera pada satu ketika dahulu. Aksi yo-yo beliau menyebabkannya hampir menggantung but pada usia yang muda.Namun kini beliau bangkit dan menjadi seorang penyokong Liverpool yang amatlah mengerikan hati saya..hihihi...adekah beliau benar-benar sudah berubah?Tunggu sahaja aksinya nanti..
Senyuman penuh dgn muslihat...

Posing ala-ala jutawan..takutnyer
Anep
Kini beliau antara usahawan yang berjaya dan hampir-hampir melupakan rakan-rakannya di Tangkak seperti Azimin dan Anuar.Dahulu beliau merupakan penyerang terbilang bagi pasukan peladang bersama-sama Ujang. Memimpin pasukan Sains bersama-sama pemain lain seperti Arep dan Omar dalam menghadapi Pasukan Sastera sepanjang musim 2000/2001.Kehebatannya membolehkan beliau menerima Anugerah Bunga Emas bagi peringkat Hostel Aspuri. Mampukah beliau 'membungakan' kembali jiwa-jiwa rakyat jelata??

 Apoi
Gambar diatas adalah keitka Apoi mahu pergi ujibakat Lebai Muda Astro Super Sport. Namun beliau terkandas di pusingan U-turn. Dahulu beliau antara ahli skuad Pasukan Taman yang seringkali bertemu Pasukan Peladang di peringkat akhir petang-petang jam 5.00 p.m. Beliau berhijrah ke Melaka pada tahun 2000 dan selepas itu hanya sekali sekala tampil utk Pasukan Sains. Namun beliau kembali menjadi pemain penting Pasukan Tangkak bagi menghadapi Padang Lalang pada musim 2002/2003. Idolanya adalah KALUNGA.

Milo
Namanaya sahaja sudah menggerunkan. Lihatlah gambar beliau dibawah ini..menakutkan..beliau ini boleh dikatakan pemain yang tenggelam timbul. Ketika rakan-rakan sastera yang lain bertungkus lumus 'cuba' menewaskan Pasukan Sains, kelibat beliau seringkali tak kelihatan. Sangat misteri..Kini beliau ingin melakukan perubahan dengan mempunyai sepasang lutut yang kuat!!!
Syam
Seorang penjaga gol yang tidak malu untuk meletakkan dirinya di atas tanah yang keras. Pakar dalam menyediakan tiang yang mempunyai simetri yang sangat tepat. Peristiwa dikejar hanjeng membuktikan beliau memang seorang yang sangat berani beradu tenaga sehinggakan hanjeng pun diajaknya berlumba lari. Kini aktif dalam sukan larian akibat kesan dari dikejar hanjeng.


Begitulah serba sedikit info tentang pemain-pemain yang setakat ni kompem menghadirkan diri pada majlis Rapat Silaturohim & Riadah (RSR) 2012. Mungkin ade antara ahli-ahli Pailang Tangkak lain yang tak dapat saya kupaskan profil mereka disini. Harap maaf bebanyak..di harap edisi 2012 ini adalah permulaan kepada RSR yang lain-lain.Terima Kasih kepada semua yang merialisasikan edisi pertama RSR 2012 ini. Jumpa anda semua 28 Februari ini.TAKBIIIIIIIRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Preview Perlawanan Liga Super Week 4

Liga Super 4 Jan 20, 2012 (Jumaat)
Kedah v Kelantan 8.45mlm, Std Darul Aman, Alor Setar (Live Astro 801)

Semakin nipis rambut Wan Jamak

Kedah ketika ini masih dalam bahaya. Tanpa kelibat Wan Jamak di tepi padang, nampaknya pemain Kedah kelihatan terumbang-ambing. Kecederaan yg dialami Badrol Bahktiar pada awal musim membuatkan Kedah kehilangan pemimpim di dalam padang. Pemain import yang dibeli pula tidak menyumbangkan banyak impak kepada mereka. Kedah perlu bangkit segera sekiranya mahu memberi saingan kepada pasukan-pasukan yg lain.
 
Bagi Kelantan pula, kemarau 3 tahun tidak pernah menang di Alor Setar masih lagi menghantui mereka. Mungkin inilah masa paling sesuai untuk mengakhiri badi tersebut. Kelantan juga mempunyai masalah pemain import, namun pemain tempatan mereka masih mampu memacu Kelantan ke kedudukan kedua Liga Super. Mantap untuk semua posisi berbanding Kedah, perlawanan ini akan menjadi milik Kelantan walaupun bermain di Alor Setar.
 
Ramalan: Kedah 1 - Kelantan 4
 
Liga Super 4 Jan 21, 2012 (Sabtu)
Selangor v Sarawak 8.45mlm, Std Nasional, Bukit Jalil (Live RTM 1)

Pasukan Muda Sarawak ini masih belum benar2 menunjukan bisa. 2 kali kalah dan sekali menang merupakan pencapaian. Mereka menguasai permainan bertemu Terengganu selasa lepas,namun tewas jua dengan kemantapan T'ganu. Menjadi pelawat di Bukit Jalil pasti mengundang payah kepada S'wak yang mungkin kepenatan menaiki 'belon'.

Selangor pula tersentak apabila ditewaskan Felda di bawah panas terik mentari. Namun itu bukanla alasan, sebagai pemain Professional kita sepatutnya bersedia beraksi dalam apa jua kondisi. Masih mengharapkan Amri Yahyah yg semakin tua kerana import Mbele tidak dapat diturunkan akibat cedera dan mungkin akan digantikan sebelum tarikh perpindahan pemain import ditutup.

Ramalan: Selangor 2 - Sarawak 0

Jadual Liga Malaysia - Week 4


Liga Super 4 Jan 20, 2012 (Jumaat)


Kedah v Kelantan 8.45mlm, Std Darul Aman, Alor Setar (Live Astro 801)

Liga Super 4 Jan 21, 2012 (Sabtu)

Selangor v Sarawak 8.45mlm, Std Nasional, Bukit Jalil (Live RTM 1)
Negeri Sembilan v KL Felda United FC 8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kuala Lumpur v Selangor PKNS FC 4.45ptg, Std Hang Jebat, Melaka
Sabah v Lions XII FC 8.15mlm, Std Likas, Kota Kinabalu
Terengganu v Terengganu PBDKT T-Team 8.45mlm, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Johor FC v Perak 8.45mlm, Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Liga Perdana 4 Januari 20, 2012 (Jumaat)

Harimau Muda 'B' v Johor 8.45mlm, Std Nasional Bukit Jalil
KL Sime Darby FC v ATM 4.45ptg, Std Majlis Perbandaran Selayang
PDRM v KL POS Malaysia FC 8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
NS Betaria FC v Johor MP Muar FC 4.45ptg, Std Hang Tuah, Melaka
Johor MBJB FC v Pulau Pinang USM FC 4.45ptg, Std Sultan Ibrahim, Muar
Perlis v Pahang 8.45mlm, Std Utama Negeri, Kangar

Wednesday, January 18, 2012

Player of the Week: Akmal Rizal

Akmal Rizal memberikan persembahan mantap setelah masuk selepas 30 minit permainan menggantikan penyerang muda Failee. Beliau menunjukan bahawa dia masih berbisa di hadapan gol.


Gol Pertama ini dijaringkan dengan cukup sempurna dari segi teknik dan skill. Dengan libasan betul2 ke sebelah kiri Farizal Marlias, berjaya memerangkap penjaga gol Negeri 9 itu. Tak ramai penyerang muda sekarang yang mempunyai kelas seperti ini. Pemain seperti Hairuddin Omar dan Indra Putra antara penyerang yang masa muda dulu agak2 sengal. Namun sekarang mereka seringkali menjaringkan gol-gol yang menarik yang membezakan antara penyerang "Tua Berlikat" dan "Muda Tahi Kuda". Kini Akmal Rizal pula menunjukkan cara-cara menjaringkan gol dengan sempurna.


Gol Kedua ini adalah 'On the run' gol yang paling dibenci oleh setiap penjaga gol. Seorang penyerang sepatutnya berani menjatuhkan diri dalam usaha mendapatkan gol. Jangan takut sekiranya baju anda kotor atau lutut bedarah. Izzaq Faris, Thamil Arasu dan Fakri Saarani wajar menonton video ini bekali-kali tanpa rasa jemu.


Tuesday, January 17, 2012

Preview Perlawanan Liga Super Week 3.

Salam..sambil menunggu perlawanan ke-3 Liga Super malam ini. Dibawakan serba sedikit analisis khas (sementara aku ade masa). Kedua-dua perlawanan ini akan dibawakan secara langsung malam ini sekiranya tiada apa-apa aral melintang. 

Perak lawan Negeri Sembilan Live di Astro Arena 801

Ramai yang melenting apabila televisyen sekali lagi mangambil perlawanan pasukan Negeri Sembilan untuk dibawakan secara langsung. Dah nama pun Nogori...WHY ALWAYS JANG??hahahaha...mungkin tarikan si hitam Effa tu menyebabkan tv semakin ghairah mengambil perlawanan melibatkan negeri sembilan. 


Tu dioooo...warih den..
Jang di posisi ke 2 dan masih tidak kalah pada saingan kali ini akan hadir di stadium mungkin sebagai pasukan pilihan. Ini kerana Perak hanya berada pada kedudukan ke 7 liga. Namun Perak agak kebal ketika bermain in Ipoh. Lihatlah bagaimana Perak menghuru-harakan T'ganu di perlawanan pertama. Sehingga T'ganu berkira-kira mahu menarik diri dari liga super gamaknya..

Paling dinantikan adalah aksi anak tempatan seperti Mahatdevan dan Rashid Mahmud dari negeri sembilan serta pemain import Perak, Michal Kubala. Dua pemain negeri sembilan di atas antara wira senyap yg tidak diendahkan oleh peminat dan pengkritik tempatan. Adakah Mahatdevan berjaya mengekalkan prestasi cemerlang beliau?Mampukah Perak menewaskan Negeri dgn hanya berharap pemain importnya mampu menjaringkan gol sekali lagi?

Ramalan: Seri 2-2.

PKNS FC lawan Kedah Live di RTM TV1

Pertemuan pasukan bawah liga ini mungkin akan sedikit membosankan. Sesuai dengan stesennya jugak. PKNS dengan tanpa pemain import adlah pasukan yang berjiwa tinggi. Wajar diberi sokongan tanpa berbelah bagi kerana semangat mereka utk bermain dalam Liga Super musim ini.

Fauzan Dzulkifli setakat ini menjaringkan dua gol semuanya menerusi sapakan penalti. Jangan pandang rendah PKNS ini. Lihatlah bagaimana Kelantan hampir dimalukan mereka pada perlawanan kedua.

Aksi misteri Fauzan Dzulkifli dari jarak jauh...

Kedah pula wajar bangkit segera. FAM mesti gembira dengan keadaan ini kerana ketiadaan Wan Jamak jelas sedikit sebanyak memberi kesan pada aksi pemain Kedah di dalam padang. Sepatutnya pemain Kedah bermain mati-matian bagi membuktikan penggantungan Wan Jamak oleh FAM itu tak memberikan sedikit impak pun.


Ramalan: Kedah menang 3-1. (Fauzan Dzulkifli score penalti utk PKNS..hihihi)

Lagenda: Gheorghe Hagi


Gheorghe Hagi adalah pemain terbaik Romania ketika zamannya. Peminat dunia ketika itu memanggil beliau sebagai "Maradona Carpathians." Gheorghe Hagi dilahirkan pada Februari ke-5 1965 di Sacele di Romania. Pada usia 14 tahun,

Hagi memulakan perjalanan bola sepak dengan pasukan belia Farul Constanta pada 1979.Hagi memulakan kerjaya antarabangsa dengan Romania pada tahun 1983 sebagai remaja yang berusia 18 tahun ketika bermain menentang Norway. Dia bermain dalam 3 edisi Piala Dunia.

Prestasinya ketika Piala Dunia 1990 membantu beliau berpindah ke La Liga. Piala Dunia 1994 antara yg paling sukar dilupakan bagi Romania kerana mereka berjaya ke suku akhir buat kali pertama. Dia menjaringkan gol menentang Argentina dalam perlawanan yang mana Romania memenanginya 3-2. Beliau juga menjaringkan gol menentang Columbia. Beliau menjaringkan tiga gol dalam kejohanan itu.


Persembahannya yg cemerlang memberikan dia tempat dalam 'Dream Team'  piala dunia edisi tersebut. Selepas bermain di piala dunia 1998, beliau bersara daripada bola sepak antarabangsa. Walau bagaimanapun, beliau keluar dari persaraan untuk mewakili Romania pada euro 2000. Secara keseluruhannya beliau mewakili Romania dalam 125 perlawanan, menjaringkan 35 gol dalam proses tersebut.

Pemain Import Buat Kacau?

Salam..ramai yg teruja dgn kembalinya pemain import dlm kancah liga Malaysia. Namun saya secara peribadi tidak berapa selesa dgn keadaan ini. Amat jelas setelah seminggu liga bermula,isu2 yg dibawa pemian import lebih mendapat tumpuan. Sebagai contoh,Effa Owana.Aksi pertama beliau ketika pembukaan piala sumbangsih mmg amat menarik utk dilihat. Namun,perhatian yg terlebih dari media seolah-olah hanya dia sahaja yg bemain cemerlang utk negeri sembilan.Ini tidak adil utk pemain lain seperti Shaurain dan Kunalan. Pengulas tv juga kerap kali menyebut nama pemain import berbanding tempatan.Adakah mereka jakun?

Penyakit ini berulang lagi ketika N.9 bertemu Selangor. Ketika pengulas sukan sibuk menyebut nama Effa dan Ramesh,mereka tidak sedar yang sumbangan pemain tempatan sebenarnya lebih banyak memberi hasil. Sharurain berjaya mendapatkan penalti utk gol kedua N.9. Namun Effa pulok yang sibuk ambil penalti tersebut. Kemudiannya pasukan Selangor bangkit dengan dua gol hasil jaringan Amirulhadi dan Safiq Rahim. Jelas disini sebenarya pemain tempatan wajar diberikan kredit. Janganlah terlalu kerap ade 'double standard' ketika membuat ulasan.

Tahniah buat PKNS dan Johor FC yg beraksi mantap walaupun dengan tanpa kehadiran pemain import. Terengganu pula seolah2 sudah 'kiamat' setelah kalah kepada Perak dalam perlawanan pertama dengan jaringan Perak dihasilkan okeh pemain import juga iaitu Michel Kubala. Inilah kekurangan pasukan Perak musim lepas,iaitu ketiadaan senjata pembunuh yg mantap di bahagian hadapan.

Saya harap pemain tempatan berjaya bersaing dgn pemain import. Jangan jadi seperti S'pore yg terlalu bergantung pada pemain import mereka. Lihatlah hasilnya, mereka hanya mampu kalah dan seri pada 2 perlawanan awal dlm Liga Super. Kami tidak mahu diakhir musim nanti senarai penjaring terbanyak dikuasai pemain import sahaja...takbiiiiirrr...

Jadual Liga Malaysia - Week 3

Liga Super 2012


Jadual Perlawanan Liga Super 3 Jan 17, 2012 (Selasa).

Perak v Negeri Sembilan 8.45mlm, Std Perak, Ipoh
KL Felda United FC v Selangor 4.45ptg, Std Hang Jebat, Melaka
Sarawak v Terengganu 8.15mlm, Std Negeri Sarawak, Kuching
Terengganu PBDKT T-Team v Sabah 4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Lions XII v Kuala Lumpur 7.45mlm, Stadium Jalan Besar, Singapura
Selangor PKNS FC v Kedah 8.45mlm, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya
Kelantan v Johor FC 8.45mlm, Std Sultan Muhammad IV, KB

Friday, January 13, 2012

Jadual Liga Malaysia - Week 2


Liga Super 2012

Jadual Perlawanan Liga Super Januari 13, 2012 (Jumaat).

  • Kelantan v Selangor PKNS 8.45mlm, Std Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
Jadual Perlawanan Liga Super Januari 14, 2012 (Sabtu)

Selangor v Perak 8.45mlm, Std Nasional, Bukit Jalil
Kedah v Lions XII FC 8.45mlm, Std Darul Aman, Alor Setar
Kuala Lumpur v Terengganu PBDKT T-Team 4.45ptg, Std Hang Jebat, Melaka
Sabah v Sarawak 8.15mlm, Std Likas, Kota Kinabalu
Terengganu v KL Felda United FC 4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Johor FC v Negeri Sembilan 8.45mlm, Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang


Jadual Perlawanan Liga Perdana  Januari 13, 2012 (Jumaat)

Harimau Muda 'B' v Pahang 8.45mlm, Std Nasional Bukit Jalil
KL POS Malaysia FC v Johor MP Muar FC 4.45ptg, Std Majlis Perbandaran Selayang
PDRM v Pulau Pinang USM FC 8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
NS Betaria FC v Johor 4.45ptg, Std Hang Tuah, Melaka
Johor MBJB FC v ATM 4.45ptg, Std Sultan Ibrahim, Muar
Perlis v KL Sime Darby FC 8.45mlm, Std Utama Negeri, Kangar

Monday, January 9, 2012

Jadual Liga Malaysia - Week 1

Liga Super 2012

Jadual Perlawanan Liga Super : Januari 10, 2012 (Selasa)

Negeri Sembilan v Selangor 8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi (live di ASTRO ARENA 801)
Perak v Terengganu 8.45mlm, Std Perak, Ipoh
KL Felda United FC v Sabah 4.45ptg, Std Hang Jebat, Melaka
Sarawak v Kuala Lumpur 8.15mlm, Std Negeri Sarawak, Kuching
Terengganu PBDKT T-Team v Kedah 8.45mlm, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Lions XII FC v Kelantan 7.45mlm, Stadium Jalan Besar, Singapura
Selangor PKNS FC v Johor FC 8.45mlm, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya

Liga Premier 2012

Jadual Perlawanan Liga Perdana 1 Januari 09, 2012 (Isnin).

KL Sime Darby FC v Harimau Muda 'B' 4.45ptg, Std Majlis Perbandaran Selayang
Pahang v Johor MBJB FC 8.45mlm, Std Majlis Perbandaran Temerloh
ATM v NS Betaria FC 8.45mlm, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya
Johor v PDRM 8.45mlm, Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Pulau Pinang USM FC v KL POS Malaysia FC 8.45ptg, Std Olahraga USM, Pulau Pinang
Johor MP Muar FC v Perlis 4.45ptg, Std Sultan Ibrahim, Muar

Saturday, January 7, 2012

Preview Piala Sumbangsih 2012:Kelantan vs Negeri Sembilan

Salam...akhirnya tirai Liga M kembali menjengah kita.Dimulakan dgn perlawanan pembuka tirai Kelantan vs Negeri 9.Kelantan selaku juara Liga Super 2011,manakala Negri 9 sebagai juara Piala Malaysia 2011.Ternyata kehadiran pemain import dlm liga M adalah antara yg paling ditunggu.

Kelantan mempertaruhkan Mohd Ghaddar (27 penyerang, Lebanon), Antwi Dennis Agyare (18 penyerang, Ghana), Okine Emmanuel Ayaah (19, defensive midfielder Ghana), Zakaria Charara (tengah, Lebanon). Setakat ini aksi Mohd Ghaddar masih lagi belum benar2 meyakinkan. Namun Okine Emmanuel menunjukan sedikit keyakinan untuk beraksi pada tempo Liga M yg suam-suam kuku..hihi..Pastinya  Peter James Butler akan memilih gandingan terbaik untuk Mat Yo dan Piya bagi menghadapi Negeri 9 malam ini.

Bagi pasukan Negeri 9 pula..mereka pasti sentiasa yakin dengan slogan "Why Always Jang??".Ini kerana skuad Jang pastinya mempunyai elemen2 suprise setiap kali beraksi di Bukuit Jalil. Setelah kehilangan hampir suku daripada skuad utama yg beraksi di Final Piala Malaysia,pastinya peminat2 Jang ingin melihat percaturan Azrai Khor bagi meghadapi skuad Kelantan yg serba ampuh ini.

Walaupun tiada mata diberikan kepada pemenang pada malam ini,namun kedua-dua pasukan semestinya mahu mempamerkan kesungguhan dlam menambah koleksi piala dlm simpanan mereka.Milik siapakh Piala Sumbangsih pada tahun ini?Pasukan ramalan kami meramalkan Kelantan akan memennginya lagi utk kali kedua berturut-turut.Bagi peminat negeri 9 pula janganlah berkecil hati kerana ini hanyalah permulaan untuk musim ini.Semoga kedua pasukan menunjukan corak permaina yg menarik dan menghiburkan.

Sunday, January 1, 2012

Lagenda: Hristo Stoichkov

Hristo Stoichkov ialah pemain bola sepak Bulgaria yang terbesar pernah dilahirkan. Stoichkov memenangi anugerah pemain bola sepak Eropah pada tahun 1994. Stoichkov memainkan peranan penting dalam membantu Bulgaria menduduki tempat keempat semasa Piala Dunia 1994. Stoichkov memenangi but emas pada kejohanan itu.
Stoichkov dilahirkan pada 8 Februari 1966, di Plovdiv di Bulgaria. Stoichkov memulakan kerjayanya dengan kelab Maritza pada tahun 1976. Kemudian dia bermain untuk realiti Gagarin sebelum menyertai Hebros Harmanli semasa musim 1984. Beliau berpindah ke CSKA Sofia pada tahun berikutnya. Beliau memenangi liga Bulgaria serta Piala Bulgaria dengan CSKA. Beliau memenangi liga Bulgaria dan Piala Bulgaria pada tahun 1987 dengan CSKA. Pada musim 1988/1989, beliau membantu CSKA untuk layak ke separuh akhir di Champs Cup yang mana mereka tewas kepada Barcelona. Pada musim itu, beliau telah memenangi liga Bulgaria dengan CSKA. Beliau merupakan penjaring terbanyak dengan 23 gol. Beliau mempunyai musim 1989/1990 yang luar biasa kerana beliau memenangi kasut emas Eropah dengan 38 gol. Beliau memenangi Piala Super Bulgaria dan liga Bulgaria pada musim itu dengan CSKA. Selepas tamat kontrak, beliau menyertai Barcelona pada tahun 1990.

Barca memberinya kontrak lumayan selama lima tahun.  Walau bagaimanapun, kerjayanya di Barcelona telah bermula buruk kerana dia mendapat enam bulan larangan kerana menendang pengadil semasa perlawanan. Kemudian, beliau cemerlang bersama Barcelona dengan memenangi empat kali berturut-turut gelaran la liga Sepanyol dari 1991-1994.Dia juga menang la liga pada tahun 1998 dengan Barcelona. Beliau kemudiannya memenangi piala Eropah serta Piala Super Eropah pada 1992.

Dia turut memenangi UEFA CUP, Piala Copa del Rey, serta Piala Super Eropah pada 1997.Dia memenangi Piala Super Sepanyol pada tahun 1992, 1993, 1995, dan 1996.Dia bemain sebanyak 175 perlawanan untuk Barcelona dan menjaringkan 84 gol.

Stoikove kemudiannya bermain untuk Parma pada musim 1995/1996. Dia bermain 23 perlawanan dan menjaringkan tujuh gol untuk mereka. Beliau menyertai semula Barcelona selepas satu musim. Dia meninggalkan Barcelona pada tahun 1998 untuk menyertai bekas kelabnya CSKA Sofia. Dia kemudian menyertai, Al-Nassr. Beliau memenangi Piala Asia dengan Al-Nassr. Beliau kemudiannya bermain untuk Kashiwa Reysol di Jepun. Dia telah menjaringkan 12 gol untuk mereka dalam 27 perlawanan. Dia bermain untuk Chicago Fire dalam MLS sepanjang tempoh 2000-2002. Beliau telah memenangi Piala Terbuka AS  pada tahun 2000 dengan Chicago. Beliau mengakhiri kerjaya kelabnya dengan DC United pada tahun 2003 selepas menjaringkan lima gol untuk mereka dalam 21 perlawanan.

Stoichkov adalah seorang pemain utama untuk pasukan Negara Bulgaria. Beliau menjaringkan enam gol untuk membawa Bulgaria ke separuh akhir Piala Dunia 1994. Dia adalah penjaring terbanyak dalam kejohanan itu. Beliau turut membantu Bulgaria layak ke Euro 1996. Stoichkov menjaringkan tiga gol daripada tiga perlawanan semasa Euro 1996. Namun Bulgaria terkeluar pada peringkat kumpulan.

Pada tahun 1998 Piala Dunia, Bulgaria tidak dapat menghasilkan semula keajaiban mereka dan mereka tidak layak untuk peringkat kalah mati. Stoichkov menjaringkan satu gol dalam Piala Dunia itu. Beliau menjaringkan 37 gol untuk Bulgaria dalam 83 perlawanan. Beliau berhenti dari kancah bola sepak antarabangsa pada tahun 1999.Selepas bersara dari bermain Stoichkov menjadi seorang pengurus. Beliau bekerja sebagai jurulatih penyerang Barcelona. Beliau juga menjadi pengurus pasukan kebangsaan Bulgaria pada tahun 2004-2007.