Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Tuesday, January 17, 2017

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Make The Ball Happy.



Dari Kaki Ke Pena Hitam: Make The Ball Happy.

'Make The Ball Happy'.

Satu masa dahulu Eric Cantona dan Ronaldinho membawa sedikit fenomena kepada penggemar dan pejuang bola sepak yang seusia dengan aku. Setiap kali turun bermain bola, frasa ini tidak pernah lekang dari mulut. Kalau kau tak tahu itu maknanya kau masa tu masih di alam roh.

Bagi aku secara peribadi beginilah caranya bola sepak sepatutnya dilayan. Menjadikan bola itu gembira dan hidup dengan ceria. Menimang dan melambungya dengan seni dan liuk lintuk penuh bergaya di atas padang. Bergerak kemas dan cantik di atas padang. Dengan satu sentuhan selembut kapas...Gol!!!! Kita yang menonton pun jadi sedap dan seronok. 'Make the ball happy' dan kita semua gembira. Faham?

Apa yang telah kita kecapi di Zurich beberapa minggu yang lalu adalah sekelumit hasil daripada 'make the ball happy'. Segala hukum fizik, teknikal dan saiz badan penjaga gol Pahang menjadikan bola sepak itu satu kegembiraan. Roberto Carlos pernah melakukannya serta ramai lagi pemain bertaraf dunia berjaya berbuat demikian. Begitu juga Faiz Subri yang berjaya menggembirakan bola sepak. Dan kita punya satu hari untuk melupakan segala sampah sarap yang sedang terjadi dalam bola sepak Malaysia. Kenapa kita tidak boleh bergembira untuk sehari? Kau dah gila ke?

Ini kerana di Malaysia bukanlah 'make the ball happy'. Tetapi lebih kepada 'make the bangsawan happy' dan 'make the politikus happy'. Semuanya bersebab dan berkepentingan. Bukanlah aku kata semua. Tetapi sistem lapok di Malaysia ini menjadikan ada sesetengah individu yang masih kekal menggunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Tidak payahlah disebut namanya. Kita sudah boleh mengagak sendiri.

Setiap hari berbalas status di facebook. Saling salah menyalahkan. Kita yang membacanya pun naik bosan muak nak muntah. Padahal taraf status liga kita ni tidaklah gah sangat untuk diribut petirkan dengan perkara itu dan ini. Apabila tiada keikhlasan, makanya timbullah pelbagai perkara buruk yang selama ini cuba disorokkan. Aku bersimpati dengan anak-anak muda yang terpaksa membesar dengan mengenali bola sepak Malaysia gaya seperti ini. 

Bola sepak sepatutnya adalah sesuatu yang menggembirakan. Bila setiap hari asyik membaca sindiran ikan, sindiran tabuan, sindiran harimau, sindiran kijang - makin jelaslah bola sepak Malaysia sudah pun menuju ke dalam hutan.

Thursday, February 20, 2014

Piala FA 2014 : Separuh Akhir



Separuh Akhir Perlawanan Pertama  - 13 Mei 2014 (Sabtu) 

Johor Darul Takzim FC mln Pahang 8.45mlm, Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos 
Kelantan mln KL Felda United FC 8.45mlm, Stadium Sultan Muhammad IV 

Separuh Akhir Perlawanan Kedua  - 20 Mei 2014 (Selasa) 

Pahang mln Johor Darul Takzim FC 8.45mlm, Stadium Darul Makmur 
KL Felda United FC mln Kelantan 8.45mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Wednesday, January 22, 2014

Prebiu Liga Super 2014 Perlawanan 2



24 Januari 2014 (Jumaat) 

Selangor PKNS vs ATM 
8.45 mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Momentum kejayaan pasukan ATM mengutip tiga mata dijangka akan dapat dikekalkan apabila bertemu dengan pasukan Selangor PKNS. Buat masa ini ATM sedang berada pada prestasi terbaik mereka walaupun pada perlawanan pertama tempohari mereka tidak menurunkan beberapa tonggak utama. Sekali lagi Marlon Alex akan dijadikan sandaran untuk menjaringkan gol di Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang sememangnya sudah sebati dengan pasukan ATM meskipun mereka akan turun sebagai pelawat pada perlawanan ini. Walaupun begitu, luka tewas kepada Sime Darby dalam aksi Piala FA mungkin merencatkan sedikit persiapan The Gladiators menjelang pertemuan menentang PKNS. 

Malang buat pasukan PKNS pada perlawanan pertama bertemu Terengganu apabila jaringan pendahuluan pada minit ke-17 daripada Hamka Hamzah masih belum mampu menghadidahkan pasukan Sang Semut Merah ini kemenangan sulung musim ini. Wan Jamak sudah pasti akan merencana persediaan terbaik buat PKNS melakar kejutan ke atas pasukan yang gah seperti ATM. Dengan sedikit magis dari Wan Jamak, B. Sahthianathan akan terkulai di Selayang. Perhatikan juga aksi Hamka Hamzah yang telah menjaringkan 2 gol dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA ketika PKNS menewaskan JDT II. 

Pemain Tumpuan Selangor PKNS : Hamka Hamzah 
Pemain Tumpuan ATM : Jayaseelan 
Ramalan: Selangor PKNS  2 - ATM  1. 


25 Januari 2014 (Sabtu) 

Lions XII FC vs Selangor 
7.45 mlm, Bishan Stadium 

Dahulu Lions XII memiliki Shahril Ishak, Baihaki Khaizan dan Hariss Harun. Tidak lupa juga padang plastik. Tetapi kini semua itu tiada lagi. Cuma yang boleh dibanggakan hanyalah Izwan Mahbud sahaja yang masih kekal kebal di posisi penjaga gol dan beliau adalah antara punca utama kepada kejayaan Lions XII menjuarai Liga Super 2014 dengan penuh sombong. 

Selangor pula bertuah kerana memiliki Mehmat Durakovic pada musim ini. Selain itu, kehadiran Paulo Rangel juga merupakan satu rahmat besar kepada skuad Gergasi Merah. Mengikut kajian majalah bola terkemuka Brazil, 'TheGoaLines'. Sekiranya sesebuah pasukan itu memiliki Paulo Rangel, maka pasukan itu sudahpun lengkap 99.99%. Gandingan Mehmat Durakovic-Paulo Rangel kini mengatasi mana-mana gandingan jurulatih-pemain seperti Seedorf-Balotelli dan Simeone-Costa. Paolo Rangel telah menjaringkan 2 gol yang cantik ketika menentang T-team minggu lepas. Dan dijangka dia akan sekali lagi berjaya mengulangi aksi yang sama di Bishan. 

Pemain Tumpuan Lions XII FC : Gabriel Quak Jun Yi 
Pemain Tumpuan Selangor :  Paulo Rangel 
Ramalan: Lions XII FC  1 - Selangor  3   


Sarawak vs Kelantan 
8.45 mlm, Stadium Negeri Sarawak 

Juara Liga Perdana 2013, Sarawak akan menanti kehadiran Kelantan di Stadium keramat mereka Stadium Negeri Sarawak. Sarawak yang kecewa pada perlawanan pertama kerana tewas kepada ATM di Selayang minggu lepas sudah tentu mahu bangkit apabila menghadapi Kelantan. Mungkin kini mereka sudah mulai terasa kehilangan mesin gol mereka iaitu Bobby Gonzalez yang berpindah ke pasukan PDRM musim ini. Dengan Akmal Rizal dibarisan serangan, sedikit sebanyak akan menyulitkan peluang mereka untuk memburu gol atas kerana faktor usia pemain tersebut. 

Kelantan pula kelihatan garang bagaikan amukan Haiyan dengan kehadiran semula Mat Ghaddar. 'The Kijang' menewaskan KL Sime Darby FC 2-1 untuk mengutip mata penuh pertama musim ini. Meskipun mereka ketinggalan seawal minit ke-7, namun semangat juang tinggi yang dipamerkan anak buah Steve Darby membolehkan mereka berjaya mengatasi pasukan KL Sime Darby FC. Secara kasarnya kelebihan berpihak kepada pasukan Kelantan untuk menewaskan Sarawak di Kuching. 

Pemain Tumpuan Sarawak : Hairol Mokhtar 
Pemain Tumpuan Kelantan : Mat Ghaddar 
Ramalan: Sarawak 2 - Kelantan 0 


Perak vs Terengganu 
8.45 mlm, Stadium Perak 

Dalam tempoh seminggu pasukan Perak sudah mengalami 2 kekalahan. Tewas kepada pasukan paling agung, JDT ketika saingan Liga Super dan kemudiannya disingkirkan oleh Pahang dalam aksi Piala FA. Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim perlu menaikkan semula moral pasukan yang pada ketika ini berada di tahap yang amat rendah. Meskipun aksi beberapa pemain baru seperti Kyaw Zayar Win dan lagenda Hardi Jaafar agak memuaskan, pasukan Perak sebenarnya perlu lebih daripada itu sekiranya ingin menewaskan Terengganu. 

Sementara itu Terengganu yang kembali mendapat sentuhan ajaib Haji Abdul Rahman sudahpun mengumpul 3 mata hasil daripada perlawanan pertama mereka menentang PKNS. Bukan itu sahaja, Terengganu juga mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA apabila membelasah Shahzan Muda 4-0. Jika dinilai secara kasar, pasukan Terengganu berpeluang menewaskan pasukan tuan rumah Perak meskipun tidak beraksi di hadapan penyokong sendiri. 

Pemain Tumpuan Perak : Kyaw Zayar Win 
Pemain Tumpuan Terengganu : Nor Farhan 
Ramalan: Perak 0 - Terengganu 2 


Terengganu PBDKT T-Team vs Johor Darul Ta'zim 
8.45 mlm, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 

Umum mengetahui pemburuan menjadi juara liga super bukanlah satu tugas semudah membaca Aliff Ba Ta. Banyak halangan yang perlu ditempuhi, tidak lupa juga ujian-ujian yang mendatang tiba baik di atas padang mahu pun di luar padang. Inilah yang sedang dihadapi oleh pasukan paling agung di dunia iaitu JDT. Walaupun terlalu banyak cerita luar padang yang mengganggu JDT, tetapi fokus pasukan ini tidak pernah luntur walau sekelumit pun. Bertemu T-Team, sudah pasti ia bukan masalah besar buat mereka. 

Minggu ini T-Team akan melayani kunjungan JDT di Kuala Terengganu dengan penuh debar. Tekanan mungkin kurang dirasai oleh para pemain T-Team kerana turun sebagai pasukan bukan pilihan. Jika mereka bermain secara tenang dan kurang melakukan kesilapan, maka tidak mustahil mereka sekurang-kurangnya mampu mengutip satu mata. 

Pemain Tumpuan PBDKT T-Team: TIADA 
Pemain Tumpuan Johor Darul Ta'zim: Amri Yahyah 
Ramalan: PBDKT T-Team 2 - Johor Darul Ta'zim 4 


KL Sime Darby FC vs Pahang 8.45 mlm 
Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Sime Darby hampir berjaya mengejutkan Kelantan pada perlawanan pertama liga super. Dalam aksi Piala FA pula mereka dengan tenang menewaskan ATM 2-1 menerusi 2 gol  jaringan Mahmoud Al Amna . Maka tidak mustahil anak buah Ismail Zakaria boleh menewaskan Juara Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih ini. 

Berdasarkan prestasi semasa pula, pasukan Pahang gagal mempamerkan status mereka sebagai pasukan pilihan musim ini. Mungkin kelemahan di bahagian pertahanan perlu diperbaiki di samping aksi longlai Azidan Sarudin yang bermain di bahagian tengah yang nampaknya masih belum mampu menampung kehilangan Amirulhadi. Stadium Selayang sekali lagi akan menjadi saksi rebahnya sebuah pasukan gergasi pantai timur. 

Pemain Tumpuan KL Sime Darby FC : Mahmoud Al Amna 
Pemain Tumpuan Pahang : Azidan Sarudin 
Ramalan:KL Sime Darby FC 1- Pahang 0 

Saturday, November 30, 2013

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013




2013 National Football Awards | Most Valuable Player
Badhri Radzi

2013 National Football Awards | Best Striker
Norfarhan Muhammad

2013 National Football Awards | Best Midfielder
Badhri Radzi

2013 National Football Awards | Best Defender
Baihakki Khaizan

2013 National Football Awards | Best Goalkeeper
Khairul Fahmi

2013 National Football Awards | Best Coach
Dollah Salleh

2013 National Football Awards | Best Foreign Player
Marlon James

2013 National Football Awards | Most Promising Player
Junior Eldstal

2013 National Football Awards | FAM Special Awards
Datuk Paul Mony, Datuk Dell Akhbar, Datuk Seri Azzuddin Ahmad, Datuk Ibrahim Saad.

2013 National Football Awards | Fairplay Award
PDRM

2013 National Football Awards | Best Assistant Referee
Mat Sabri Md Daud

2013 National Football Awards | Best Referee
Nagor Amir Nor

2013 National Football Awards | Best Fan Club
Kelantan Fan Club

2013 National Football Awards | Best Football Club
Sime Darby FC

2013 National Football Awards | Best FA
Terengganu FA

Wednesday, November 27, 2013

Dua Kontrak Menjana Dua Pendapatan.



Musim 2014 belum lagi bermula. Tetapi pasukan dalam Liga Malaysia sudah sibuk mencari pemain baru bagi menguatkan pasukan masing-masing. Masa inilah pemain-pemain nak jual dan letak harga pada diri mereka. Padahal  main bola pun serupa gampang. 

Tidak ketinggalan juga isu wajib yang muncul setiap tahun. Iaitu masalah kontrak. Sebenarnya ada pelbagai masalah kontrak dalam bola sepak di Malaysia ini. Kadangkala apabila kita mendengarnya boleh terlopong mulut. Tak tipu punya terperanjat. Betul-betul terkejut. 

Rata-rata pemain bola sepak di Malaysia ini tidak memahami terma dan kontrak yang mereka sendiri telah dan akan tandatangani. Kalau tidak faham butir-butir kontrak itu mungkin kita boleh maafkan. Al-maklumlah...pemain bola. Tetapi bagaimana pula dengan kebebalan menandatangi dua kontrak dalam semusim? Ini adalah satu bangang yang tidak boleh dimaafkan. Tahun ini ia berlaku lagi. 

Kes 1: 
Nazrin Nawi menerima RM7,000 sebulan ketika bersama Negeri Sembilan dan ditawarkan RM14,000 sebulan oleh Kelantan, manakala JDT menawarkan kira-kira RM40,000 sebulan bagi mendapatkan khidmatnya. Nazrin kemudiannya memilih JDT walaupun sudah menandatangi kontrak bersama Kelantan. Nazrin juga ada berkata, faktor kewangan yang kukuh dari JDT mendorong keputusannya demi karier masa depannya. 

Kes 2: 
Nazri Ahmad yang menandatangani kontrak bersama Selangor dengan gaji bulanan RM18,000 bertindak kurang bijak apabila menandatangani pula kontrak bersama Kelantan dengan gaji dikatakan bernilai RM25,000 sebulan. Jadi kini dia sudah ada 2 pasukan. Power. Perbuatan Nazri ini dianggap seperti tiada maruah kerana dia tidak boleh membuat pusingan-U dengan menyertai Kelantan. Apakah kontrak FAS ini seperti mainan yang mana pemain begitu senang memperkotak-katikkan perjanjian yang sudah ditandatangani? 

Bagi Kes 1. Tiada tindakan dikenakan kepada Nazrin. Akhirnya kes ini senyap begitu sahaja. Entah apa FAM buat pun aku tak tahu. Bagi kes 2 pula. Kita tunggu sahaja apa akan terjadi. Yang menariknya kedua-dua kes ini melibatkan pasukan Kelantan. 

Adakah dengan menandatangani 2 kontrak dalam satu musim membolehkan pemain ini membeli sekotak Cuban Cigars, sepasang kasut Bally dan mampu menginap di hotel 6 bintang selama liga berlangsung? Adakah mereka mengimpikan makan malam bersama Anzalna Nasir? 

Bagi aku secara peribadi mudah sahaja. Organisasi yang bebal melahirkan kelompok pemain yang tidak kurang bebalnya juga. Tapi benda macam ini semua aku anggap ia sebagai hiburan semata-mata yang mewarnai kancah Liga Malaysia yang tak seberapa ini. 

Tuesday, November 26, 2013

Senarai Skuad 2014 : KELANTAN


GK:
Khairul Fahmi Che Mat
Shahrizan Ismail
Syazwan Yusoff

DF:
Aziz Ismail
Faiz Suhaimi ( Baru )
Tuan Faim ( Baru )
Faizul Nazlin Sayuti ( Baru )
Nik Shahrul Azim
Zairul Fitree Ishak
Farisham ismail
Nazri Ahmad ( Baru )
Obinna Nwaneri

MF:
Badhri Radzi
Mohamad Shawky ( Baru )
Amar Rohidan ( Baru )
Brendan Gan ( Baru )
Khairul Izuan Rosli
Tengku Hasbullah ( Baru )
Zaharul Nizam ( Baru )

ST:
Ghaddar ( Baru )
Forkey Doe ( Baru )
Fakri Saarani
Shakir Ali ( Baru )
Famirul Asyraf Sayuti ( Baru )

Friday, November 8, 2013

From Kelantan With Love: Piya



Aku sudah selesai misi menjejak Titus James. Segala persoalan sudah terjawab. Tetapi biarlah aku simpan sahaja ia dalam rekod pengkalan data milik peribadi aku. Buat masa ini, aku mahu menenangkan fikiran.

Kelantan. Itulah destinasi pilihan aku untuk merehatkan otak. Bukannya apa, aku dengar cerita di negeri ini ramai bakat bola sepak yang hebat-hebat belaka. Dia punya ramai sehinggakan lebih separuh skuad bola sepak Kelantan musim ini telah selamat dipancing oleh pasukan lain.

Dahulu ada yang menggelar negeri ini sebagai 'Kilang Bola Sepak' dek kerana sistem pembangunan bakat muda mereka yang sistematik dan teratur. Pernah juga ada khabar angin mengatakan yang suatu masa dahulu ade tertulis tentang sejarah orang Kelantan berlawan bola dengan orang Viking. Sama ada ia betul atau bohong, tak dapat pula aku mengesahkannya.

Kali ini aku tidak mahu menaiki teksi. Makin klise pulak aku rasa bila kerap sangat aku mengembara menggunakan teksi. Jadi aku memilih untuk berkeretapi. Aku bertolak menaiki keretapi dari KL Sentral tepat pada jam 10.30 malam dan duduk di kerusi bernombor 5D iaitu kerusi yang menyebabkan perjalanan aku menjadi gostan.

Bras ! Bras ! Bras ! Bras ! - isyarat keretapi akan mula bergerak....
 
"Assalamualaikum," sapa seorang brader kopiah lantas mengejutkan lamunan aku yang sedang leka memerhatikan makwe cun naik keretapi di kaca tingkap.
 
"Waalaikumussalam," aku membalas di dalam hati.
 
Aku kecilkan kangkang dan brader kopiah mula melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah aku. Saat itu aku dapat merasakan seperti pengembaraan aku yang baru bermula ini takde 'ong'. Kenapa mesti brader kopiah? Mengapa bukan makwe cun yang berasal dari Kelantan yang mahu pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tercinta?
 
Keretapi mula bergerak perlahan-lahan melewati stesen KL Sentral dan terus maju di dalam kegelapan malam Kuala Lumpur yang terang. Pandai pula keretapi ni jalan perlahan dalam kawasan bandar. Aku membuat keputusan untuk tidak menjadi peramah dan cuba melelapkan mata, hanya meninggalkan brader kopiah membuat hal sendiri.

Aku terlena. Kadang-kadang pada satu ketika aku merasakan keretapi meluncur sangatlah laju. Tidak pernah aku mengalami keadaan gostan yang laju sebegini rupa. Pukul 11.45 malam aku tersedar dari tidur. Perut terasa sedikit lapar. Aku melihat kanan aku. Brader kopiah di sebelah sedang bersandar hanyut dibuai mimpi. Barangkali sedang mimpi naik haji di Pulau Pinang. Di belakang aku kedengaran sepasang laki-laki dan perempuan remaja sedang berbisik asmara. Aku biarkan sahaja mereka berdua kerana kerambit aku telah diberikan pada Titus James semasa di Perancis.

"Tidak!!!!!," jerit brader kopiah sebelah aku secara tiba-tiba. Mata hitamnya hilang naik ke atas. Kini hanya mata putih yang kelihatan. Brader kopiah berperangai seperti dirasuk.

"Kenapa kau ganggu aku? Akukan dah bagi kau makan steak kambing dengan air guava. Apakah itu tidak mencukupi?," tegas brader kopiah dalam keadaan menjerit.

"Aku lapaaaaaaar. Aku haus daraaaaah. Arrgggggggggh!!!!!," suara yang lebih garau kini menguasai diri brader kopiah.
 
Aku menjadi separa kaget. Tetapi selaku antara 5 pelajar terbaik Darjah Khas Sekolah Agama Jalan Naib Long, sedikit sebanyak masih ada lagi ilmu agama dalam diri ini. Aku menadah tangan sambil membaca ayat 3 Qul. Selesai bacaan aku lepaskan hembusan selembut bayu tanpa bau ke muka brader kopiah.
"Abang mimpi Kelantan kalah Piala Malaysia. Abang mengigau," kata brader kopiah.

Cilake. Nak mimpi apenyer lagi. Dah memang kalah pun. Komen aku di dalam hati sahaja. Takut melukakan hati brader ni pulak.
 
Brader kopiah memperkenalkan dirinya sebagai Dimitre Kalkanov. Dia rupanya peminat setia pasukan Red Warriors dan menjadikan Piya sebagai pemain kegemarannya. Lima belas tahun dulu Dimitre Kalkanov kali pertama melihat Piya bermain bola sepak di atas padang latihan TNB Kelantan.

“Memang cita-cita Piya nak jadi pemain bola sepak. Ayah dia dulu juga merupakan pemain bola sepak dan pernah bermain untuk pasukan TNB Kelantan. Ketika itu, era semi-pro. Setiap kali ayah dia ada perlawanan, Piya pasti akan pergi untuk menonton."

Aku keluarkan biskut kelapa daripada beg sandang aku. Laju aku mengunyah biskut tersebut akibat kelaparan. Sambil telinga aku terus menangkap setiap baris ayat yang Dimitre Kalkanov lafazkan.

"Piya juga tidak pernah ketinggalan untuk menyaksikan ayahnya beraksi. Dari situlah muncul minat untuk dia bermain bolasepak. Piya selalu bercakap mengenai bagaimana dia mahu menjadi pemain bolasepak ternama dan memberi makan kepada keluarganya,” kata Dimitre Kalkanov lagi.

Tiba-tiba aku terbayangkan keadaan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan, terutamanya di kawasan yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok. Sebelah kiri jalan sana ada sekumpulan pemuda Siam sedang melepak hisap rokok sambil main terup. Lagu Loi Loi Kratong berkumandang dari mini compo second hand mereka. Aku bajet dalam poket masing-masing mesti ada pisau lipat.

Kawasan Sungai Golok ni memang kawasan mereka. Bukan boleh suka-suka masuk, bahaya. Lebih kurang macam masuk kawasan perkampungan pendatang Filipina di Sabah iaitu di daerah Tawau dan Sandakan. Ia ibarat menempah maut. Silap-silap kena kerat. Kalau nasib baik sikit, kena kahwin dengan perempuan Filipina. Memang Pangako Sayo.

"Pada tahun 2002, ketika Piya berumur 20 tahun, beliau telah menyertai pasukan Milo Kelantan sebelum dipanggil menyertai pasukan Liga Simpanan pada tahun 2003 dibawah bimbingan jurulatih, Anizan Daud. Pada tahun 2004, beliau telah diserapkan ke dalam pasukan senior untuk bermain dalam Liga Malaysia. Pada tahun 2005, Piya menyertai pasukan TNB Kelantan selama semusim sebelum menyarung jersi JPS Kelantan pada tahun 2006."

Aku masih lagi menyunyah biskut kelapa. Kepingan yang keberapa pun aku tak pasti. Sempat aku menjeling ke belakang melihat pasangan dua sejoli tadi bermesra. Gampang betul anak muda zaman sekarang.

"Ketika bersama JPS Kelantan, Piya telah berjaya membantu pasukan itu menjuarai Liga FAM sekali gus layak ke Liga Perdana. Permainan Piya bersama pasukan JPS Kelantan telah menarik minat pasukan PDRM yang menagih khidmat beliau. Pada tahun 2007, beliau telah menyarung jersi pasukan PDRM dan berjaya membantu pasukan itu muncul juara liga perdana," tambah Dimitre Kalkanov panjang lebar.

Aku lebih gemar menjadi pendengar ketika ini. Maklumlah, bukan senang nak dapat peluang dengar penglipurlara percuma macam ni.

“Piya memang berbakat dan sungguh komited untuk mengubah nasib keluarganya. Kadang-kadang bila abang lalu di padang latihan, abang nampak Piya masih berlatih seorang diri. Sampai jam 10 malam pun dia masih berlatih menendang bola ke dinding batu.”
 
Aku terharu. Terfikir juga, kalaulah ada 11 pemain macam Piya di Johor, aku yakin bolasepak JDT boleh pergi lebih jauh. Tapi....

“Piya main bola macam nyawa mamat tu bergantung kat bola.”
 
Aku tenung mata Dimitre Kalkanov dengan mendalam. Berfalsafah pula mamat ni.

"Macam mana dia boleh dapat nama Piya ye bang?," satu soalan melegakan suasana tegang aku lontarkan pada Dimitre Kalkanov.

"Nama Piya ni sebenarnya diberi oleh seorang bekas jurulatihnya semasa dia bermain di Padang Bank. Ini kerana sekitar tahun 1994, ada seorang pemain Colombia, Faustino Asprilla yang cukup tersohor di zaman itu. Jurulatih beliau kata, nama “PIYA” ni sesuai dengan saya. Dari hari tu, sehinggalah hari ini, “PIYA” itu melekat dan sinonim dengan diri Badri Radzi."

"Oooooo...gitu. Abang rasa kenapa Piya tak mahu pindah JDT ye?," soal aku penuh bergaya.

“Lu bagi tau gua, bro. Mamat bola mana yang nak main dengan kelab lemah, macam JDT? tanya Dimitre Kalkanov pada aku. Tiba-tiba dia bertukar kata ganti diri.

Aku tak jawab, sebab aku bukan pemain bola. Tulis kat Mata Pena Hitam ni pun tak dibayar gaji. Malam itu aku dan Dimitre Kalkanov turut berborak sikit pasal ekonomi, politik dan enjin keretapi. Perbualan yang rancak makin lama makin kencang dan tatkala itu makin sedap jugalah keretapi ini membelah hening malam. Mendengar bunyi rail keretapi bergesek, mata aku menjadi semakin segar dan bugar. Aku masih tak dapat bayangkan apa akan terjadi pada kembara solo aku jika susuk selain Dimitre Kalkanov yang duduk di sebalah aku malam ini.

TAMAT.

Monday, November 4, 2013

Ulasan Minit ke Minit Kelantan vs Pahang



Hujan yang turun membasahi rumput di Shah Alam bagaikan satu rahmat buat anak buah Dollah Salleh. Mereka melangkah gagah ke atas padang dengan sedikit perasaan bangga kerana stadium dipenuhi dengan lautan kuning. Walaupun kurang berbanding penyokong Kelantan, namun sergahan sorakan daripada tentera Tok Gajah mampu membuatkan sesiapa sahaja berasa gentar.

Ada cakap-cakap mengatakan malam ini adalah peluang buat Pahang mengulangi sejarah gemilang pada tahun 1992. Seluruh skuad membulatkan tekad untuk membuktikan kepada semua bahawa mereka bukannya pasukan muda belasahan. Harapan untuk menewaskan Kelantan di Shah Alam semakin berkobar-kobar selepas dengan bersahaja Pahang menumpaskan Sarawak di separuh akhir. 

Usai lagu negaraku berkumandang, secara tiba-tiba darah pejuang Mat Kilau menyelinap ke dalam urat darah pemain skuad Tok Gajah ini. Bulatan dibuat oleh kesebelasan pasukan Pahang sambil doa dilafazkan oleh pemain beragama Islam. Tidak ketinggalan juga Surendran dan Gopinathan yang memohon ketengangan dengan cara mereka yang tersendri.

Sebelum perlawanan bermula, Jalaluddin Jaafar si Ketua Pasukan ataupun lebih mesra dengan panggilan Abang Jalal sempat berpesan kepada semua rakannya. 
"Beraksilah umpama ini perlawanan terakhir dalam hidup kamu!! Ingat, jurulatih tidak menjadikan kita pemain terbaik. Semua ini kurniaan dari Tuhan kepada kita. Bakat yang kita ada membolehkan kita mewakili skuad Tok Gajah. Jangan sesekali menghampakan harapan rakyat Pahang"
Pesanan Abang Jalal disambut dengan sorakan semangat dari seluruh pasukan. Ada juga segelintir pemain yang hampir menitiskan air mata mengenangkan pelbagai cabaran yang telah mereka lalui sepanjang semusim ini. Tapi itu semua dijadikan pemangkin semangat buat mereka malam ini. Mereka kini bersedia untuk misi yang sangat penting. Misi '92!!

Preeeeetttt!!!!

Pengadil Nagor Amir meniupkan wisel permulaan.

Sepak mula dari pasukan Kelantan. Selama 20 minit perlawanan berlangsung dan penguasaan bola masih setara antara kedua pasukan. Namun hujan yang turun bagaikan rahmat besar buat Pahang. Penyerang harapan mereka Azammuddin Akil berjaya mendapat peluang terhidang, tapi cubaan beliau gagal menewaskan Khairul Fahmi. Seluruh penyokong Tok Gajah terdiam sebentar. Hanya titis hujan sahaja yang kedengaran ketika ini.

Tersentak dengan ketumpulan barisan hadapan pasukan Pahang, Dollah Salleh bingkas bangun. Dia kelihatan membisikan sesuatu ke telinga Amirulhadi yang bermain di bahagian tengah. Nampaknya Amirulhadi diarahkan untuk melakukan lebih tekanan kepada bahagian tengah Kelantan yang dikawal oleh Badri Radzi. Hasilnya selepas 32' minit permainan, Pahang telah menguasai 60% kawalan bola. 

Tamat separuh masa pertama. Kedudukan terikat 0-0. 

Ketika masa rehat, Dollah Salleh berpesan kepada pemainnya agar lebih fokus. Jadikan perlawanan ini sebagai tonik untuk lebih mengharumkan nama Pahang. Dengan nafas turun naik, ketua pasukan Abang Jalal melaungkan kata-kata semangat sambil di sambut oleh rakan sepasukan yang lain. HOGOH PAHANG HOGOH!!!! Bergegar bilik persalinan pasukan Pahang dengan sorakan semangat mereka.

Separuh masa kedua dimulakan oleh pasukan Pahang. Dollah Salleh melakukan perubahan taktikal dengan mengeluarkan Surendran lalu memasukan Fauzi Roslan 'The Anak Pekan'. Azammuddin Akil diletakkan di kawasan sayap untuk lebih mengancam pertahanan Kelantan dengan hantaran silang serta gerakan lincah beliau.

Ternyata percaturan ini berkesan apabila hantaran lintang dari Azammuddin Akil berjaya ditanduk cantik oleh Matias Conti yang melonjak tinggi bagaikan helang di udara. Satu tandukan lambung ke sebelah kanan gawang Khairul Fahmi sudah cukup memberi Pahang kelebihan 1 gol ketika ini pada minit ke-59.

Belum pun sempat habis kuaci yang dimakan oleh penonton Kelantan semasa waktu rehat tadi, pasukan mereka kini sudahpun ketinggalan. Pemain Pahang meraikan gol seperti mereka seperti berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia. Kini semua rakyat Pahang boleh berasa lega. Yang berada di rumah dengan tenang boleh ke dapur sebentar untuk membancuh kopi. Manakala seluruh kedai di sekitar Bentong dan Jerantut yang memilih saluran RTM bergegar dengan ulasan berapi-rapi dari Hasbullah Awang. Kini rakyat Pahang semakin hampir dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia.

Bojan Hodak bingkas bangun dan terus memanggil Fakri Saarani untuk memanaskan badan. Nampaknya Fakri akan dibawa masuk untuk menggantikan Zairo Anuar yang tenggelam ditelan Hafiz Kamal. Bojan berpesan kepada Fakri Saarani supaya mengasak kubu pasukan Pahang habis-habisan yang mana setakat ini amat kebal dikawal oleh Damion Stewart dan Razman Roslan. Fakri mengangguk seperti faham walaupun Bojan tidak berbahasa Kelantan.

Apabila Fakri masuk, aura milik beliau terasa sungguh mengujakan. Seluruh stadium bersorak nama beliau. Yang berada di kedai mamak pula terus menambah 2 cawan sirap ais lagi. Mungkin untuk membasahi tekak yang kekeringan kelak akibat memaki hamun pemain tersebut.

Ternyata pasukan Kelantan tidak mengenal erti tewas. Serangan demi serangan diatur mereka. Hasilnya Fakri Saarani berjaya menguji Khairul Azhan menerusi tandukan cantik pada minit ke-84, namun penjaga gol muda Pahang tersebut menepis dengan tenang cubaan tersebut.

Pada minit ke-92, gawang Pahang sekali lagi diuji. Hantaran Indra Putra berjaya mencari Nor Farhan yang bijak melepasi perangkap offside. Namun beliau masih gagal menewaskan Khairul Azhan walaupun berhadapan satu lawan satu. Mengucap panjang semua penonton Pahang di Stadium Shah Alam hatta di rumah sekalipun. 

Preeeeetttt!!!!

Tamat perlawanan dengan Pahang menang 1-0. Walaupun bukan menang dengan bergaya, tetapi ia sudah cukup untuk menggembirakan seluruh warga Pahang. Seluruh negeri Pahang turut bersorak kegirangan. Hasbullah Awang tak henti-henti memuji 'Golden Boy' Pahang iaitu Azammuddin Akil. Semua umat Malaysia terlupa sebentar tentang JDT dan Pablo Aimar.

Akhirnya Pahang pula yang berjaya  melenyapkan angkuh pasukan Kelantan.

Tamat.


Wednesday, October 30, 2013

Perlawanan Akhir 2013: Kelantan vs Pahang


Perlawanan Akhir 2013: Kelantan vs Pahang
Stadium Shah Alam, Selangor.
8.45 PM | 3 November 2013.

Sebelum apa-apa, aku ingin menyampaikan rasa simpati kepada pasukan Sarawak dan ATM yang tewas pada laga separuh akhir yang lalu. Aku faham kekalahan merupakan sesuatu yang pahit untuk ditelan. Jadi aku doakan semoga mereka cepat sembuh dari luka kekalahan hendaknya.

Satu lagi suka untuk aku ingatkan. Ini bukan pertemuan 'This Is Pantai Timur' lagi. Ini adalah antara Kelantan dan Pahang. Dua pasukan teragung yang memiliki sejarah dan kegemilangan masing-masing. 

Kelantan Masih Dahagakan Kejayaan.

Perlawanan separuh akhir kedua yang lalu, meminjam kata orang putih, ialah ‘magnificent comeback’. Bangkit menjaringkan 2 gol pada minit-minit akhir, selepas ketinggalan hampir 82' minit permainan merupakan satu aksi yang sukar dilupakan oleh seluruh pejuang dan pendukung setia pasukan yang dikenali dengan jolokan The Red Warriors ini.

Untuk merumuskan keseluruhan, The Red Warriors masih cemerlang tanpa kelibat Subra Kental dan Daudsu The Card Collector. Nik Shahrul ‘overlapping’ macam tak cukup padang. Piya datang semangat ‘Kapitan Marvel’. Shakir Shaari macam kereta kebal. Dickson menghuru-harakan pertahanan lawan. Indra Putra cemerlang walaupun terlepas beberapa peluang terbaik. Farhan, perrrrgh! Para pemain simpanan: terutamanya Fakri Saarani terbaik dalam membalas kepercayaan yang diberi oleh Bojan Hodak.

Meminjam kata-kata seorang sahabat, Kelantan terlampau ‘power’ buat masa ini. Sebenarnya era dominasi Kelantan dalam bola sepak Malaysia ini masih hijau. Semuanya bermula pada 2009. Tetapi sejak dari 2009 hingga 2013, Kelantan telah menjuarai 2 Piala Malaysia, 2 Liga Super dan 2 Piala FA. Ini merupakan satu dominasi yang total.

Dengan hanya baki 1 sahaja perlawanan untuk Kelantan menjulang piala kedua tahun ini selepas Piala FA, Kelantan masih perlu menentang Pahang. Ya, Pahang pasukan paling mendadak peningkatannya musim ini.

Bualan di jalanan sekarang ialah jika Kelantan menang ke atas Pahang maka hasilnya ialah Kelantan akan mengekalkan statusnya sebagai Kuasa Baru Bola Sepak Malaysia.

Tetapi dalam musim yang cacamarba ini, semuanya boleh berlaku. Kelantan dan Pahang bertemu sebanyak 4 kali musim ini. 2 kemenangan berpihak kepada Kelantan (aksi di Kota Bharu) manakala 2 seri ketika bermain di Darul Makmur. 

Jadi, yang terbaik ialah untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada aksi di Shah Alam kerana ia adalah gelanggang berkecuali buat kedua-dua pasukan.



Inilah Masanya Buat Pasukan Pahang.

1992......
"Apa lagi yang boleh saya katakan? Pastilah gembira. Kami melakukan double, cukup untuk membuktikan Pahang adalah yang terbaik. Berbanding apa yang saya menangi di Manchester United, kejayaan ini jauh lebih bermakna!" - Mike Brown Jurulatih Pasukan Pahang. 
Seluruh rakyat Pahang wajib bergembira dengan kejayaan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Dari Karak di barat ke Kuantan di timur, dari Jerantut di utara sehingga Rompin di selatan, semuanya sudah tidak sabar mengulangi kejayaan tahun 1992.

Aku memang memasang keyakinan semenjak Pahang membungkuskan JDT (perlawanan pertama Liga Super, 3-2) bahawa anak buah Dollah Salleh ini berpotensi menjulang sekurang-kurang sebiji piala musim ini. Dan sebaik saja Pahang layak ke suku akhir, aku yakin mereka akan sampai ke perlawanan akhir.

Pahang seperti biasa ialah pasukan yang bermain dengan corak yang kita panggil 'free flowing football'. Pantas, menyerang dan cantik. Menggunakan sepenuhnya kepantasan pemain sayap yang mereka miliki untuk melakukan hantaran lintang yang merbahaya ke dalam kotak penalti. Penuh idealisme. Apa yang ada pada diri Dollah Salleh ialah dia seorang pakar taktikal idealisme yang semulajadi. Lihat apa yang dia lakukan kepada Sarawak dan PKNS sebelum ini. Hancor lodoh dibueknyo.

Gol Fauzi Roslan ataupun lebih mesra dengan panggilan Koji pada aksi separuh akhir yang lepas sudah cukup manis untuk menampung keperluan gula dalam badan semua peminat Tok Gajah. Jadi, kurangkan pengambilan gula untuk hari ini demi menyahut saranan kerajaan.

Koji. Ketenangan, tanpa sedikit rasa debaran dan keraian hebat selepas jaringan. Dia mungkin tak dapat mengambil tempat Mathias Conti, tapi, siapa yang perlukan Conti bila anak jati kelahiran Pekan itu mula mengganas di hadapan gawang?

Kedatangan Pahang ke Kuching bagaikan sang gajah menyerah diri kepada si bujang senang. Namun seperti juga keadaan sebenar, tak pernah pula aku dengar cerita gajah dimakan buaya. Tetapi Pahang tetap memberikan penyokong mereka 'kepanasan' dan 'kehausan'. Agak tertekan jugak la perasaan menghabiskan 90 minit.

Jentera tengah Pahang ketika ini antara yang terbaik dalam sejarah. Amirulhadi dan Azidan Sarudin bertindak baik untuk menguasai bahagian tengah. Dengan Amirulhadi dan Azidan menguasai sepenuhnya bahagian tengah, baik Gopi mahupun Surendran mereka bebas untuk naik ke atas dan melakukan serangan. Selain itu mereka juga masih memiliki Faizol Husin dan Hafiz Kamal yang sentiasa bersedia untuk mengganas sekiranya diberi peluang.

Kelantan atau Pahang?

Keseluruhan musim ini Kelantan secara purata menguasai 68% setiap perlawanan tetapi kita semua tahu Bojan Hodak kadangkala lebih mementingkan keputusan dari gaya permainan. Sekali lagi ini adalah contoh terbaik pragmatisme dalam bolasepak mengalahkan idealisme.

Dollah Salleh dan para peminatnya gerenti tak puas hati dengan pendapat ikhlas aku ini.

Jadi sama ada Kelantan atau Pahang, siapa pilihan juara?

Namun apa yang pasti, orgasme Piala Malaysia akan mencapai kemuncak apabila kalendar menuju tanggal 4 November 2013. Sama ada kita terpaksa berpuasa tomyam selama sebulan, atau melilau mencari ikan patin masak tempoyak. Semuanya akan terjawab Ahad ini.

Akhir kata "UNDURLAH SOLTAN BOLA DEMI BOLA SEPAK NEGARA"


Sunday, October 20, 2013

Separuh Akhir Piala Malaysia 2013: KELANTAN vs ATM



Peringkat Separuh Akhir Perlawanan Kedua
25 Oktober 2013 (Jumaat)

Secara tulus ikhlas dari hati yang suci ini, aku memang mahu Kelantan menang. Kenapa? Pasal kalau Kelantan menang Piala Malaysia lagi musim ini, sekurang-kurangnya kita boleh dengar cerita penglipurlara baru dari peminat mereka. Ini dah setahun aku dengar "kami dah menang treble lah musim lepas!!" dan "kitorang menang treble bergaya macam dinasti Qin". Bosan kau tahu? Bosan tahap perlawanan JDT menentang JFA. 

Nampak gayanya The Battle of Kota Bharu Jumaat ini pasti meletop. Kalau Kelantan menang, impian ATM untuk memenangi Piala Malaysia sekali lagi hancur di tangan pasukan yang sama seperti musim lepas. Pada waktu yang sama Annuar Musa akhirnya berjaya "menolak Kelantan dari tenggekkan senggama mereka".

Kekalahan ATM 1-2 di Selayang ibarat petanda awal badai kedua yang bakal melanda mereka di Kota Bharu pula. Seperti awan hitam yang kelihatan jauh di ufuk, perlahan-lahan hampir untuk menyelimuti ATM dalam kegelapan. Pada saat yang getir ini, ATM perlu berjuang sekuat mungkin umpama melawan Durjana Sulu di Lahad Datu.

Aksi perlawanan pertama memperlihatkan tiupan angin deras mirip sebelum melandanya badai. Takdir seperti bergurau, ibarat memberitahu imbangan kekuasaan akan berpindah dari Selayang ke Kota Bharu. Seawal minit ke-15, Kelantan sudah di depan, namun ATM dilegakan dengan jaringan penyamaan dari Jayaseelan. Tetapi Nor Farhan tampil memberikan kembali kelebihan kepada Kelantan pada minit ke-78.

Untuk seketika Sathianathan, pengurus ATM, kelihatan bakal berakhir dengan kegagalan. Timbal balik di Stadium keramat Kelantan seakan menidakkan peluang mereka untuk bangkit. Ketika inilah sentuhan ajaib Sathianathan ditagih untuk di adun sebati inti roti dengan barisan pemain terbaik mereka seperti Hairuddin Omar, Marlon Alex dan Martelotto.

Pada kali ini juga aku tidak mahu meneka jumlah gol yang akan mereka jaringkan. Dikhuatiri ada yang akan berkecil hati. Tetapi jika diambil kira prestasi semasa Indra Putra, Badri Radzi, Nor Farhan dan tidak ketinggalan Dickson, kita seakan sudah boleh mengagak siapa yang akan bertemu Pahang di perlawanan akhir nanti. 

Sunday, August 18, 2013

Piala Malaysia 2013: Kelantan vs Pahang



Bukan salah Bojan Hodak jika Pahang tewas perlawanan pertama ini. Ini keranan prestasi semasa pasukan Pahang ketika ini agak kurang memuaskan jika hendak dibandingkan dengan persembahan kemuncak mereka pada awal permulaan Liga Super 2013. Walaupun Pahang menamatkan liga super musim ini dengan perbezaan 1 mata sahaja daripada Kelantan, kelemahan pasukan asuhan Dollah Salleh jelas kelihatan sekiranya pertembungan 1 lawan 1 dengan Kelantan diambil kira sepanjang musim ini.

Pertemuan pertama di Darul Makmur pada 23 Februari 2013 iaitu ketika Pahang berada pada kemuncak prestasi dan Kelantan pula masih terkial-kial mencari rentak, ia berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. Tetapi apabila aksi pusingan kedua pula di Kelantan, Pahang tewas 2-0. Jadi, kita sudah dapat mengagak secara kasar apakah keputusan akhir pada perlawanan ini.

Bojan Hodak semestinya akan mengharapkan Piya kembali memimpin pasukan Kelantan selepas beliau tidak terlibat dengan aksi bersama pasukan Harimau Malaya pada bulan Ramadhan yang lepas. Jadi dia sudah memiliki rehat yang secukupnya untuk membantu Kelantan memburu mata pertama dalam perlawanan pembukaan ini.

Pahang dan Dollah Salleh seperti biasa akan mengharapkan pemain mudanya menggegar Kota Bharu dengan aksi penuh bertenaga dari pemain seperti Fauzi Roslan, Gopinathan dan juga bintang mereka Alex Akil. Mungkin masalah penjaga gol gemuk sudah mereka atasi selepas kehadiran penjaga gol ketiga mereka yang berjaya meyingkirkan terus Rosfaizol dan Nasril Nourdin.

Ramalan: Tidak sukar untuk meramal keputusan perlawanan ini. Pahang mungkin pasukan yang bagus jika segala yang dirangka Dollah mampu diterjemahkan oleh pemain-pemainnya. Cuma lawan mereka adalah pasukan Kelantan yang pada dasarnya mempunyai banyak kelebihan dari segi pengalaman barisan pemainnya. Kelantan menang 2-0.

Friday, June 14, 2013

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2013 : KELANTAN vs JOHOR DARUL TAKZIM


 

Liverpool vs Manchester, AS Roma vs Lazio. Itulah dia ibaratnya pertemuan pada Final FA CUP 2013 ini. Mengikut kiraan logik akal, Kelantan sememangnya pasukan yang akan mudah memenangi perlawanan ini. Namun jangan dilupa, JDT begitu hebat musim ini. Mereka sudah menewaskan hampir semua bekas juara Piala FA seperti Perak, Kedah, Selangor dan Pahang. Semuanya JDT lakukan dengan mudah (paling mudah ketika bertemu Pahang. Macm tidak ada saingan. Tak berlatih ke skuad Pahang ni?). Ya semudah meludah ke arah anjing. Korang hape tau?
 
Kali ini seperti tahun lepas juga, kita tidak mahu berbicara mengenai pasukan Kelantan kerana semua sudah maklum kekuatan dan kelemahan pasukan ini. Yang mana musim ini sangat teserlah kelemahan mereka berbanding kekuatan. Kita juga mengetahui dengan siapa Khairul Fahmi berkahwin (mesti korang sedang terbayangkan senyuman manis Leuniey ketika ini). Tetapi kita tidak mengetahui nama isteri penjaga gol JDT..iye tak?
 
JDT juga mempunyai seorang penjaga gol yang tidak kurang hensemnya jika dibandingkan dengan Khairul Fahmi. Muhammad Al-Hafiz Hamzah, penjaga gol yang berusia 29 tahun ini berasal dari Pendang, Kedah. Kariernya bermula agak malap ketika bersama Kedah dan USM. Begitu juga pada permulaan musim bersama JDT. Al-Hafiz sebenarnya adalah penjaga gol kedua di belakang Zamir Selamat. Namun aksi mantap beliau dari satu perlawanan kepada satu perlawanan telah memikat jurulatih penjaga gol JDT, Khairul Azman untuk manjadikan beliau sebagai calon utama mengisi posisi benteng terakhir JDT. Zamir pula? Sedang sibuk menguruskan kedai kopinya bersama Khairul Fahmi. Nampaknya sudah siap perancangan untuk bersara awal gamaknya.

Pada usia sebegini, Al-Hafiz semestinya mahukan kejayaan menjadi milik JDT. Sekurang-kurangnya beliau ada cerita untuk disampaikan kepada cucu cicit beliau pada 30 tahun akan datang..Cerita Kisah JDT memenangi PIALA FA 2013.
 
Di barisan pertahanan pula, JDT memiliki sejumlah pemain yang 'sedia mati' untuk pasukan mereka. Antaranya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Kamarul Afiq Kamaruddin, Mohd Farid Ramli, Nazri Ahmad, Mohd Irfan Abdul Ghani dan Ahmad Tharmini Saiban. Namun antara yang perlu diberi perhatian ialah ketua pasukan JDT, Kamarul Afiq Kamaruddin. Ini adalah perlawanan akhir Piala FA yang kedua berturut-turut dalam kariernya. Gempak bukan? Sudah mestilah gempak dan power. Ini JDT lah!! Pengalaman yang beliau miliki ini boleh menjamin pasukan JDT melakar kejayaan menjulang Piala FA buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Malaysia. Pertama kali sebagai JDT ya. Jangan nak buta sejarah pulak. Yang menang tahun 1998 tu Johor F.A.
 
Nurul Azwan Roya pula antara watak penting di bahagian tengah pasukan JDT ini. Lebih banyak beraksi sebagai pemain sayap kiri dan seringkali melakukan gerak bahaya untuk memerangkap pihak lawan. Pengalaman beharga beliau ketika membantu Kelantan memenangi 'treble' pada musim lepas banyak mematangkan corak permainan pemain kelahiran Pasir Putih ini. Juga pernah tampil dalam senarai 11 Pemain Terbaik Pilihan Kelantan 2012 pada musim yang sama setelah persembahan mantap sepanjang membantu Kelantan di bawah bimbingan Bojan Hodak.
 
Selain itu, JDT juga memiliki beberapa pemain mantap di bahagian tengah antaranya Andrezinho yang menjaringkan gol melayakkan JDT ke akhir ketika bertemu Pahang di separuh akhir kedua. Bekas ketua pasukan yang 'bertauladan' iaitu Safiq Rahim serta pemain yang penuh gaya Ezrie Shafizie dan Jasazrin Jamaluddin juga antara watak yang perlu diberi perhatian. Gandingan pemain ini mampu menggugat emosi pemain Kelantan sekiranya mereka memandang rendah keupayaan pasukan JDT.
 
Leonel Núñez dan Norshahrul Idlan Talaha pula akan mengisi bahagian serangan pasukan JDT. Sekiranya kedua mereka dalam 'mood' yang baik, semestinya Kelantan akan berada dalam keadaan bahaya. Selain dari Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak yang seringkali cedera dan lemas akibat terjahan rakus Ayu Raudah, JDT turut mempunyai 'Rooney Malaysia' iaitu Safee Sali. Jika dahulu Rooney digelar Wazza. Kini JDT ada Safee dengan gelaran Safaa!! Beliau sangat tajam di hadapan gol. Jika terleka barang sesaat. Nescaya Kelantan dalam bahaya.

Sekali imbas jika dilihat memang JDT tidak mempunyai peluang untuk menewaskan Kelantan. Tetapi saya mempunyai naluri yang  kuat mengatakan JDT pasti akan berjaya menewaskan Kelantan pada tanggal 29 Jun nanti. Percayalah...JDT 2 - Kelantan 1.

Friday, March 1, 2013

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.
 
 
1) TMJ masih selamat.
  • FAM menggunakan undang-undang zoo mereka dalam isu ini. Makin parah dah FAM ni gamaknya.
 
2) Selangor, ATM cuma bermesra.
  • Lagi satu keajaiban berlaku. Astro punyela berulang kali tunjuk video gaduh ATM dan Selangor. Tetapi FAM seperti biasa..bagaikan orang buta tidak nampak apa yang berlaku. Mereka semua cuma bersalaman tangan rupanya.
 
3) Barca Lauk.
  • Barcelona semakin lauk. Terbaru tewas kepada Real Madrid dalam Copa de Rey. Padanla muko!
 
4) Fakri Kembali.
  •  Hero Kebangsaan kembali ke Malaysia selepas berguru di Portugis. Entah ilmu apalah yang dia nak bawak ke sini ek..Adakah beliau makin bangang?
     
5) Benitez Meroyan.
  •  Dahlah dibenci, lepas tu buat perangai keji pulak. Jose Mourinho dalam perjalanan ke Stamford Bridge. Sementara itu, si yahudi Avram Grant akam melatih Chelsea.
     
6) Ramez Rasuah.
  •  FA Lubanan mengggantung Ramez seumur hidup atas kesalahan rasuah. Tapi beliau mengaku tidak bersalah dan akan membawa perkara ini ke FIFA.
     
7. Pahang Amuk.
  •  Pahang telah membelasah Tentera Darat 7-1. Alex skor 4 gol. Gila power pasukan gajah duduk ni.
     
8. Beckham Gembira di PSG.
  •  Manusia hebat macam dia ni campak kat mana-mana pun berguna. Bukannya macam Michael Owen atau Sapiq Rahim.
 
9. FAM Persatuan Makan Duit
  • FAM telah mendenda Terengganu FA dengan pelbagai kesalahan berjumlah 50 Ribu dan tanpa rayuan. Kalau kita tak pergi stadium pun FAM masih boleh bernyawalaaaaa..
 
10. Swansea dan 101 tahun
  •  Swansea berjaya menjulang trofi pertama dalam 101 tahun penubuhan mereka. Paling manis musim hadapan mereka akan bermain di Liga Europa. Selamat berjaya.
 

Wednesday, January 9, 2013

Prebiu Liga Super Perlawanan 2

Jumaat : 11 Januari 2012




Paroi Menyambut Tetamu
Negeri Sembilan vs Terengganu (Astro Arena 801)
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi


Seperti yang dijangka, Negeri Sembilan tewas kepada Selangor. Paling memilukan ialah bekas pemain terbaik mereka, S. Kunalan pula yang menyumbat gol tersebut.  Nada kecewa turut diluahkan oleh jurulatih Jang, Divaldo Alves. "If you dont kill, you die" ungkapan ringkas Divaldo Alves merujuk kepada kegagalan pemainnya memanfaatkan peluang yang ada untuk menjaringkan gol sehingga kecewa dalam perlawanan malam ini.

Tetapi ia tidak sepatutnya membunuh terus semangat warga Jang. Yang terbaik masih belum muncul dari pasukan Jang ini. Jang masih lagi belum makan masak lomak cili api. Apabila Jang sudah pekena makanan tersebut, maka seluruh pasukan Liga Malaysia perlu berjaga-jaga.

Terengganu pula hanya mencapai seri ketika bertemu Felda. Ismail Faruqi telah menjadi penjaring gol buat pasukan Terengganu selepas berjaya menjaringkan gol yang bermula daripada sepakan penjuru. Manakala aksi sulung Owana pula amat mengecewakan. Nampakya Elavarasan masih lagi mengharapkan tonggak lama seperti Ashaari Samsudin, Ismail Faruqi dan Manaf Mamat dalam memburu kejayaan pertama mereka. 


"Masih terlalu awal untuk kita menghukum pemain baru seperti Effa Owana. Dan ya, saya mengakui masih memerlukan pengalaman pemain-pemain lama," begitulah komen Elavarasan dalam nada merendah diri. Namun begitu, penjaga gol baru mereka Wan Azraie sudah boleh membuatkan peminat-peminat Peteh Ganu Peteh tidur lena kerana tidak perlu lagi memikirkan karenah Sharbinee Allawee.


Pemain Tumpuan Negeri Sembilan  : Eddy Helmi.
Pemain Tumpuan Terengganu : Ismail Faruqi.
Ramalan: Negeri Sembilan 2 - Terengganu  2.
Keputusan Negeri Sembilan 0 - Terengganu 0.






Dilema Najib
Felda United vs Pahang
4.45ptg Std Petaling Jaya, Kelana Jaya


Felda United ataupun 'The Sawit Boys' dengan tenang mengikat Terengganu 1-1 dalam perlawanan pertama. Melalui persembahan penuh inspirasi daripada Amar 'Pirlo' Rohidan, K. Devan boleh tersenyum lebar. Sampai ke telinga Rajagopal gamaknya. Kini mereka dalam misi penuh mencabar untuk menghadapi Pahang yang baru sahaja mengejutkan Harimau Selatan. 


Mat Ghaddar semestinya akan menjadi sandaran 100% pasukan Felda untuk mendapatkan gol. Sekali lagi beliau perlu mempersembahkan aksi solo seperti Zlatan Ibrahimovic yang seringkali menyelamatkan Paris Saint Germain dari tewas kepada lawan mereka. 


Pahang kini bukan lagi Real Madrid Malaysia. Tetapi mereka digelar 'King of comeback' selepas berjaya bangkit menewaskan Darul Takzim 3-2 dalam perlawanan yang penuh dramatik. Sentuhan Dollah dan Zainal memang dahsyat. Pahang membangun bersama pemain-pemain muda seperti Fauzi Roslan (2 gol), Faizol Hussien, Azamuddin 'Alex' Akil dan Gopinathan. 


Dollah Salleh juga berkemungkinan akan mengekalkan Nasril Nourdin sebagai penjaga gol utama selepas beraksi cemerlang tempohari. Statistik juga menunjukkan Nasril sudah kehilangan 15 kg kesan daripada terlalu banyak membuat aksi amal menyelamatkan gawangnya dari bolos. This is Darul Makmur!!!


Pemain Tumpuan Felda United  : Mat Ghaddar
Pemain Tumpuan Pahang : Faizol Hussien
Ramalan: Felda United 0 - Pahang  2.
Keputusan: Felda United 0- Pahang 1.



Yob Berkunjung ke Legoland
Darul Takzim vs Perak
8.45mlm, Std Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin


Johor tersentak. Mereka tewas bagaikan sayur bayam kepada pasukan Pahang yang sebenarnya sayur kobis bunga pada hemat saya. Azmi Muslim dan Muslim Ahmad mengekalkan konsisten mereka sebagai pemain paling sampah dalam bola sepak Malaysia. Manakala persembahan ala-ala budak sekolah dari Tuah Iskandar pula melengkapkan kebangangan trio ini. Dalam bahasa orang putih 'Full Pakage of Stupid Rubbish'


Tetapi baik Fandi Ahmad mahupun TMJ di dalam jiwa, mereka menanamkan prisnsip Hero Filem Tamil yang mana Hero Kalah Dahulu. Demi menjaga hati kekasih, Darul Takzim rela dimalukan. Jika tidak, Amanat Nur Fazura akan dikeluarkan. Maka ramai pula yang akan kecewa nanti. Aidil Zafuan dan Safee Sali akan kembali dalam kesebelasan utama. Di samping itu, Zamir Selamat pula sudah bersedia untuk mengambil alih posisi penjaga gol dari Al-Hafiz yang kelihatan sedikit berat bontot.


Jika Azraai Khor tenang dalam busana merah jambunya, Darul Takzim sememangnya dalam bahaya. Memiliki Hadi Yahya dan Yong Kuong Yong dalam pasukan Yob memberi kelebihan kepada mereka. Walaupun hanya memerlukan jaringan sendiri daripada Nuraliff untuk menewaskan Terengganu tempohari, tetapi barisan skuad Yob masih kelihatan ampuh dan jitu.


Ketua pasukan Yob, Shahrom Kalam, Rafael Novois dan Hisyamuddin Shaari akan memberikan perlindungan secukupnya kepada Farizal Marlias. Manakala Failee akan melengkapkan barisan serangan Yob dalam memburu kejayaan kedua musim ini dengan menewaskan Harimau Selatan. Benar kata orang-orang tua..."Don't Mess With The Yob and Yong".



Pemain Tumpuan Darul Takzim  : Safiq Rahim
Pemain Tumpuan Perak : Hadi Yahya
Ramalan: Darul Takzim 3 - Perak  1.
Keputusan: Darul Takzim 1 - Perak 0.



Sabtu : 12 Januari 2012



Singa Santai di Padang Plastik
Lions XII vs Selangor (Astro Arena 801)
7.45mlm, Std Jalan Besar, Singapura


Selain wujud slogan A.B.K (Asal Bukan Kelantan), kini dipercayai sebuah pergerakan bawah tanah mula menyebarkan fahaman A.B.L (Asal Bukan Lions). Semuanya gara-gara layanan istimewa FAM kepada FAS. Selepas FAM memberikan imuniti kebal (tidak akan turun liga sehingga kiamat) kepada Lions XII, kini dipercayai mereka mula ingin meminta wang rebat membeli telefon pintar dan juga membeli saham FGV. Ini semua sudah melampau. Oleh itu, sesiapa sahaja yang bertemu Lions XII, wajib menewaskan mereka. Gelaran Datuk akan diberikan oleh Soltan Melaka.


Lions XII kali ini mengharapkan 5 orang tonggak senior mereka untuk mengajar remaja 23 tahun mereka cara untuk menyepak bola di Malaysia. Shahril Ishak akan mengetuai pasukan, sambil dibantu oleh Baihaki Khaizan yang sememangnya bukan seorang Bai Roti. Izwan Mahbud pula kekal kebal di posisi penjaga gol dan beliau adalah punca utama kepada kejayaan Lions XII menewaskan ATM dengan penuh sombong.


Irfan Bakti bertuah kerana memiliki permata hitam S. Kunalan. Mengikut kajian majalah bola terkemuka Sweden, 'Offside'. Sekiranya sesebuah pasukan itu memiliki Kunalan, maka pasukan itu sudahpun lengkap 99.99%. Gandingan Irfan-Kunalan kini mengatasi mana-mana gandingan jurulatih-pemain seperti Mancini-Balotelli dan Simeone-Falcao. Kunalan telah menjaringkan gol yang cantik hanya menggunakan pinggang ketika menentang Nogori Selasa lepas.


Semuanya berpunca daripada gerakan cantik Wak Doe yang menyungkit bola kepada Amri 'The Tempe Eater' Yahyah yang kemudiannya membuat hantaran lintang kepada Kunalan untuk disudahkan dengan bergaya sekali. Jelas Wak Amri Tidak Harus Bersara, biarkan Jalaluddin Jaafar sahaja yang bersara. Satu lagi berita gembira ialah Norazlan Razali berjaya mengatasi Sharbinee dalam perebutan posisi penjaga gol Selangor.



Pemain Tumpuan Lions XII  : Izwan Mahbud
Pemain Tumpuan Selangor : S. Kunalan
Ramalan: Lions XII 0 - Selangor 1.
Keputusan: Lions XII 1- Selangor 0.






Penguasa Pantai Timur?
T-Team vs Kelantan
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu



Bagaikan amukan Sonamu, 'The Kijang' menewaskan PKNS untuk mengutip mata penuh pertama musim ini. Apex sudah kembali ke posisi penjaga gol selepas Leuniey melepaskan kepitannya buat sementara waktu. Bojan Hodak juga sudah mula berani mencuba untuk bermain dengan dua penyerang apabila Haris Safwan diturunkan untuk menemani Keita menjaringkan gol. Ternyata Bojan Hodak ada otak.


Sementara itu, aksi pasukan T-Team indah khabar dari rupa. Gagal mengutip 3 mata penuh meskipun bermain di tempat sendiri. Masih belum ada petunjuk awal bahawa pemain seperti G. Mahatdevan dan Mazlizam Muhammad mampu untuk menggembirakan majikan baru mereka. Pemain import Boateng dan Caleb Folan pula ibarat makan gaji buta gamaknya.



Jika T-Team gagal mencapai keputusan cemerlang dalam pertemuan ini, sudah pasti Peter Butler akan dapat mengenal pasti yang mana satu pemain mereka yang menjual permainan serta keluar malam menyeludup aweks masuk ke kem latihan. Percayalah....


Pemain Tumpuan T-Team  : Caleb Cohen
Pemain Tumpuan Kelantan : Khairul Fahmi
Ramalan: T-Team 2 - Kelantan 1.
Keputusan: T-Team 1 - Kelantan 0.




PKNS Pasukan Berani!!!
PKNS vs ATM
8.45mlm Std Shah Alam


Kasihan PKNS, selepas menghadap Kelantan, kini perlu pula berhadapan dengan ATM. PKNS hampir-hampir sahaja mengejutkan Kelantan pada perlawanan Rabu lepas. Kapten pasukan Helmi Rameli telah memberikan aksi penuh inspirasi, namun ia tidak cukup untuk menewaskan Kelantan. Selepas melihat aksi pertama, Haji Abdul Rahman kini boleh tersenyum manis ala-ala Tori Black. 


Apabila PKNS menentang ATM nanti, kita akan dapat melihat bagaimana barisan pemain PKNS seperti Zamri Morshidi dan Fauzan Dzulkifli merencana bahagian tengah untuk membantu Rudie Ramli dan Ronaldinho mencari gol bagi memburu kejayaan pertama musim ini. Sekiranya semangat Supermokh meresap ke dalam jiwa pemain PKNS, skuad ATM pasti dalam keadaan tenat.


Sementara itu, secara keseluruhan ATM beraksi baik ketika menentang Lions XII. Namun kegagalan Marlon Alex menyempurnakan 7 peluang gol yang terhidang telah merugikan pasukannya. Seperti biasa Farizal mempamerkan aksi goyah. Sathianathan perlu mencari pengganti Farizal secepat mungkin dengan nama Muslera mula disebut-sebut oleh askar-askar pencen di serata Malaysia. Selain itu, Rezal Zambry dan Shukor Adan yang memberikan aksi ampuh masih perlu dikekalkan dalam kesebelasan utama untuk menentang PKNS.


ATM sekali lagi akan bertungkus lumus untuk mencari kemenangan pertama dalam aksi Liga Super 2013 ini.


Pemain Tumpuan PKNS  : Zamri Morshidi
Pemain Tumpuan ATM : Fitri Omar
Ramalan: PKNS 2 - ATM 2.
Keputusan: PKNS 1 - ATM 3.

Monday, January 7, 2013

Prebiu Liga Super Perlawanan 1



Tarikh: 8 Januari 2013


Sajian Tempe Buat Jang.
Selangor vs Negeri Sembilan (8.45 p.m.)


"Old Trafford" Malaysia sekali lagi akan menjadi saksi memperlihatkan Selangor meneruskan hagemoni mereka sebagai kuasa besar dalam bola sepak di Malaysia. Dengan mempertaruhkan beberapa pemain baru termasuk penjaga gol "Ye Tak Ye" Sharbinee Allawee dan Si Baracudda Mahali Jasuli, pasukan Gergasi Merah ini kelihatan bukan sahaja semakin ampuh, malahan mantap, hebat, makmur, kaya raya...memang gah dan dahsyat sekali.


Selain itu juga Selangor berjaya menggantikan penyerang import mereka yang berat dan boroi iaitu Bosko Balaban kepada seorang pemain yang lebih hebat mobilitinya dan juga fizikalnya. Beliau tidak lain tidak bukan ialah Forkey Doe. Dahulunya dikenali di kalangan penyokong Terengganu sebagai Pok Doe. Namun kini bagaikan dilahirkan semula, beliau mendukung nama baru iaitu Wak Doe pula. Nampaknya para penyokong Selangor, dari Sabak Bernam hingga ke Sepang dan dari Klang hingga ke Gombak sudah bersedia menjadikan Negeri Sembilan sebagai lauk pertama musim ini.

Paling Gah!!!!
Jang pula seperti biasa tenang meredah Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Shah Alam dengan harapan mampu memberikan sedikit senyuman manis kepada Ebby Yus dan seluruh warga Nogori Sembilan. Kehilangan Azraai Khor dan beberapa tonggak penting seperti Shukor Adan, Farizal Marlias dan Effa Owana tidak menjadi penghalang buat pasukan Jang memburu sekurang-kurangnya sebiji piala untuk di bawa ke Paroi musim ini.


Pengganti Azraai Khor pula tidak kurang hebatnya. Divaldo Alves bekas jurulatih Persebaya ini mempunyai strategi tersendiri dalam mendapatkan adunan terbaik dari pasukan Negeri Sembilan. Pemain yang veteran seperti Hamsani Ahmad, Fauzi Nan, Zamani Misbah, Eddy Helmi dan Idris Karim sudah pasti akan mendatangkan gerun kepada lawan mereka kerana mereka semua ini bekas pemain kebangsaan yang berwajah peragut. Terkumpulnya mereka semua bagaikan wira di dalam filem 'Expendables'. Jelas Selangor tidak akan mendapat laluan mudah pada perlawanan ini.


Pemain Tumpuan Selangor : Shukor Jusoh
Pemain Tumpuan Negeri Sembilan: Shahurain Abu Samah
Ramalan: Selangor 3 - Negeri Sembilan 1.
Keputusan: Selangor 1 - Negeri Sembilan 0.

Harapan Terakhir Pakcik dan Makcik Felda.

Penyu Tidak Menangis di Felda Palong.
Terengganu vs Felda United (4.45 p.m.)


Pertembungan kedua pasukan ini mungkin akan menjadi perlawanan pembukaan yang terpaling bosan. Manakan tidak, Terengganu yang kelihatan semakin hilang cita-citanya akan bertemu sebuah pasukan yang ditubuhkan tanpa cita-cita yang padu. Persediaan sangat perlahan buat pasukan Terengganu musim ini selepas mereka melepaskan 10 pemain utama ke serata Malaysia. Jurulatih baru di bawa masuk iaitu Elavarasan yang secara kebetulan juga bekas jurulatih Felda United.


Perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, maaf terlupa pula stadium itu sudah runtuh. Perlawanan di Stadium Ismail Nasiruddin Shah ini akan menyaksikan Effa Owana sebagai penggempur harapan skuad 'keropok lekor' ini. Meninggalkan pasukan Jang selepas pihak pengurusan PBNS gagal menunaikan permintaan gaji beliau yang pada pandangan seorang pengkritik bola sepak terkenal dunia Azlan Johar sebagai melampau. Adakah Owana berjaya mengulangi prestasi cemerlang beliau seperti awal musim 2012? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.


Felda United pula bertindak berani dengan mengambil seorang jurulatih yang mempunyai reputasi hebat dalam menjahanamkan sesebuah pasukan bola sepak. K. Devan ialah individu yang bertanggungjawab dalam menjahanamkan Selangor dan Johor FC beberapa musim terdahulu. Kini mungkin dengan misi yang sama untuk membawa pasukan Felda United kembali ke Liga Perdana.


Selain itu, dalam membantu misi beliau untuk menuju ke Liga Perdana musim 2014 nanti, Felda United telah merekrut beberapa pemain dari Kedah seperti Helmi Eliza, Amar "Pirlo" Rohidan, Azmizi Azmidan dan juga Fadly Baharum. Sebab itulah agaknya Fakri Saarani awal-awal lagi telah berambus dari Felda United. Mungkin kerana sudah menghidu gerakan halus freemason ini.


Pemain Tumpuan Terengganu : Effa Owana.
Pemain Tumpuan Felda United: Shahrizal Saad.
Ramalan: Terengganu 0 - Felda United 0.
Keputusan: Terengganu 1 - Felda United 1.

Hebat dan berpandangan jauuuuuuh...


Pertarungan Menjaga Hati Kekasih.
Pahang vs Johor Darul Takzim (8.45 p.m.) - Siaran Langsung ASTRO ARENA 801


Pertamanya sekali kawe ingin meminta maaf kerana kesilapan paparan waktu perlawanan antara Pahang dan Johor. Waktu sebenar perlawanan ialah 8.45 malam. Berbalik kepada perkara pokok. Pahang dan Johor berpisah tiada. Begitulah ibaratnya mereka ini, bagaikan pasangan kekasih. Pahang dengan reputasi Soltan Bola sudah pasti akan berlawan habis-habisan. Almaklumlah selepas tewas kepada Johor Original dalam kejohanan 4 penjuru piala TMJ bulan lepas.


Dollah Salleh semakin pasti akan menggunakan kepantasan Gopinathan dan kelincahan Alex di sebelah kiri dan kanan pasukan mereka. Manakala Hafiz Kamal pula akan semakin berbisa apabila digandingkan dengan pemain yang baru dibeli dari Selangor, Azidan Saruddin. Ampuh di posisi penjaga gol ialah Yob yang pernah mendapat perhatian dari pasukan Blackburn Rovers, Nasril Nourdin. Jelas pasukan ini sudah bersedia untuk menghadapi Darul Takzim FC.


Darul Takzim FC bertandang ke Stadium Darul Makmur demi menjadi pasukan pertama yang bakal menumbangkan Tok Gajah di sarangya sendiri. Namun masih tidak diketahui adakah hati seorang kekasih perlu dijaga menjelang perlawanan ini? Ia masih menjadi misteri dan penuh tanda tanya. Tetapi buat Fandi Ahmad, tugasnya adalah menjulang Darul Takzim ke puncak dunia. Bagi beliau, menang adalah hebat, kalah adalah bangang, tetapi seri adalah rezeki.


Semua mata tertumpu kepada barisan pemain Darul Takzim, sama ada mereka mampu ataupun tidak memikul reputasi sebagai pasukan teragung abad ini, hanya masa akan menentukan. Kawe tidak mahu lagi menyebut nama-nama pemain mereka kerana umum sudah mengetahui yang mana hebat dan yang mana hanya gah pada nama. Mampukah lelaki bernama Wak Lan membentuk gandingan ampuh bersama Safee Yang Menonggeng dan Danny Guiza? Menggigil telur nak jawab.....


Pemain Tumpuan Johor Darul Takzim  : Muslim Ahmad.
Pemain Tumpuan Pahang : Azamuddin "Alex" Akil.
Ramalan: Pahang 0 - Johor Darul Takzim 4.
Keputusan: Pahang 3 - Johor Darul Takzim 2.


Yob Menyahut Seruan The Titans
Perak vs T-Team (8.45 p.m.)


Ramai yang kecewa dengan entri aku yang lepas apabila mengatakan Liga Super tahun ini akan bermula tanpa pasukan dari utara Malaysia. Ya, aku terlupa akan Perak. Bukannya sengaja, tetapi kehebatan Perak yang mempunyai rekod bersih tidak pernah turun ke divisyen bawah semenjak naik dari Divisyen 2 pada tahun 1989 (ataupun boleh dikatakan sejak Liga Semi Pro diperkenalkan). Malahan Perak juga merupakan pasukan yang masih kekal untuk bersaing dalam Piala Malaysia setiap tahun.



Jadi aku seperti dibuai angan-angan penuh yakin yang Perak bukan pasukan utara. Kerana pasukan dari utara yang lain seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang tidak kelihatan musim ini di Liga Super. Sebagai contoh lain, Melaka juga semakin hilang dari peta bola sepak Malaysia. Jadi tidak mustahil apabila Melaka juga akan tergugur dari zon selatan akibat kebanganggannya.


Sememangnya penyokong bola sepak di Malaysia masih amatur. Baru sahaja aku jentik telur bola sepak Johor dan utara, menggelipas semua mengutuk aku. Tengok, aku dah merepek jauh dari tajuk ni. Kesian pasukan T-Team.


T-team musim ini tidak mahu lagi menjadi pasukan yang hina. Peter Butler dijangka akan menurunkan gandingan 'Double M' di bahagian pertahanan tengah iaitu Mazlizam-Marzuki. Manakala pemain import berpengalaman luas George Boateng akan menjana bahagian tengah pasukan T-Team. Melengkapkan pasukan ini ialah Caleb Folan bagi menjalankan tugas amal membolosi gawang pasukan Yob. Jelas lagi nyata T-Team adalah cabaran pertama yang besar buat Perak.

Perkembangan hidung dan gigi tak dapat nak 'cover' selepas berjumpa artis di majlis perasmian jersi pasukan T-Team.

Pemain Tumpuan Perak  : Amirul Hadi.
Pemain Tumpuan T-Team : Marzuki Yusof
Ramalan: Perak 2 - T-Team 2.
Keputusan: Perak 1 - T-Team 0


Tarikh: 9 Januari 2013

PKNS Santapan Sulung Sang Kijang
Kelantan vs PKNS (8.45 p.m.)


PKNS sememangnya dalam keadaan bahaya apabila dijadual bertemu Kijang Terluka dalam perlawanan pertama. Dengan kumpulan pemain yang kecil dan tidak sehebat Kelantan. Sudah pasti pasukan PKNS akan bergantung 100% kepada kepala otak Haji Abdul Rahman yang sangat bergeliga umpama batu zamrud tu. Dan semestinya PKNS tidak akan mudah mengalah dalam perlawanan ini kerana musim lepas mereka gemar melakukan kejutan apabila bertemu pasukan yang lebih gah daripada mereka. Bak kata pepatah orang putih..."Giant Killer"..


Bojan Hodak seperti menerima penampar sulong daripada Halim Napi berikutan kekalahan kepada ATM tempohari. Menggunakan formasi baru 4-2-3-1 sebagai percubaan ternyata memakan diri. Keita Mandjou pula kelihatan tua dan malu-malu kucing di hadapan gol. Pada usia 33 tahun, beliau sudah tidak selincah 'tupai tanah' lagi. Ketiadaan Subramaniam juga yang hanya akan sembuh lebih kurang pada bulan Jun nanti sedikit sebanyak mengganggu persediaan skuad Kelantan.



Bagi seluruh warga Cik Siti Wan Kembang....dari Pasar Borong Wakaf Che Yeh mebawalah ke Jeram Lenang, mereka semua sudah bersedia meraikan kejayaan pertama musim ini dalam perlawanan sulung Liga Super Malaysia 2013.


Pemain Tumpuan Kelantan : Zairo Anuar.
Pemain Tumpuan PKNS : Patrick Ronaldinho
Ramalan: Kelantan 2 - PKNS 0.
Keputusan: Kelantan 2 - PKNS 1

Hancurkan Temasik kata Zed Zaidi.
ATM vs LionsXII (8.45 p.m.) - Siaran Langsung ASTRO ARENA 801


Sememangya ATM adalah pasukan yang paling sesuai menyekolahkan Temasik FC ini. Dengan permulaan cemerlang menjuarai Piala Soltan 1881, anak buah Sathianathan kelihatan bersemangat lebih daripada biasa bagaikan baru sahaja mendapat suntikan morphine. Namun Sathianathan pantas memberi amaran kepada pemainnya agar tidak terlalu dibuai kejayaan menewaskan Kelantan. Jika terleka, sudah pasti LionsXII akan mudah menewaskan mereka.



Besar kemungkinan ATM akan menurunkan pemain yang sama ketika menewaskan Kelantan dengan Farizal Harun masih diberi kepercayaan menjaga gawang gol walaupun kadangkala aksinya sedikit kabut. Dengan kehadiran pemain berpengalaman seperti Shukor Adan, Hairuddin Omar, Rezal Zambry dan Irwan Fadli, ia sedikit sebanyak pasti akan membantu ATM dalam menguasai perlawanan ini.


LionsXII pula masih dalam suasana kejayaan menjulang Piala Suzuki. Namun kawe masih lagi tidak dapat memastikan sama ada pasukan Singa Tua atau Muda yang akan bermain dalam Liga Malaysia 2013 ini. Mungkin agaknya kawe tidak pandai mencari sumber lobang. Tetapi Singa mana sekalipun yang akan diturunkan, sudah pasti akan diketuai oleh V. Sundramoorthy yang juga turut kelihatan hadir ketika pertemuan Kelatan-ATM tempohari.


Mampukah Singa mempertahankan kotanya dengan menggunakan batang pisang dari serangan 'The Gladiators' ? Pui!!!


Pemain Tumpuan ATM : K. Reuben
Jurulatih Tumpuan LionsXII:  V. Sundramoorthy
Ramalan: ATM 2 - LionsXII 1.
Keputusan: ATM 0 - Lions XII 1.