There was an error in this gadget

Saturday, September 26, 2015

Diego Costa Dari Perspektif Positif.

Diego Costa Dari Perspektif Positif.

Ketika semua penyokong pasukan lawan memaki Costa dengan cacian babi, cibai, punai anjeng, ketiak hitam, balik Brazil la woih!!! Aku juga turut tidak ketinggalan melakukan perkara yang sama. Perangai gampang macam itu kita tidak perlu biarkan berleluasa berlaku di atas padang.

Namun pagi ini aku tertanya-tanya, apakah pula jenis corak perangai penyerang pasukan Malaysia pamerkan ketika mereka bergelut hendak menjaringkan gol? Berlari ke hulu ke hilir tak tentu arah?

Inilah antara kelemahan cara berfikir penyerang-penyerang yang ada di Malaysia. Ketika engkau dan pasukan engkau tak boleh nak jaringkan gol, tak terfikirkah cara nak kurangkan jumlah pemain pasukan lawan? Tapi tulaaah..nak membuka permainan supaya pemain tengah melakukan hantaran maut pun tak reti. Inikan pula berfikir secara kreatif ala Diego Costa.

Ataupun penyerang-penyerang di Malaysia ini semuanya jenis Fernando Torres dan Radamel Falcao? Hah?


Posted via Blogaway

Thursday, September 17, 2015

Chelsea Melawan Arsenal.

Chelsea Melawan Arsenal.

Jauh di dalam sudut hati aku yang ada beberapa titik hitam ini sebenarnya amat menghormati pasukan Arsenal dan penyokongnya. Ia melebihi sedikit berbanding pasukan lain yang ada antaranya aku tak hormat langsung. Tidak payahlah aku sebutkan pasukan yang mana satu. Semuanya gara-gara arwah abah aku yang merupakan peyokong kuat pasukan Arsenal. Begitulah romantiknya hubungan antara aku dan Arsenal.

Aku dibesarkan dengan menonton berulang kali rakaman VHS pertembungan antara Arsenal dan Sheffield Wednesday merebut Piala FA di Wembley pada tahun 1993. Kemudiannya aku disajikan pula dengan kekebalan Tony Adam melindungi David Seaman. Kepantasan bak lipas kudung Marc Ovemars. Gerakan licik Fredrik Ljungberg dan Robert Pires. Serta ketenangan Ian Wright dan Thierry Henry di hadapan gol. Maka tidak hairanlah selepas Zinedine Zidane, aku meletakkan Henry dan kemudiannya Fabregas sebagai pemain kegemaran aku berbanding Gianfranco Zola mahupun Jimmy Floyd Hasselbaink.

Minggu ini Chelsea sekali lagi akan beradu tenaga dengan Arsenal. Ini adalah perlawanan bola sepak sebenar. Tidak dapat dinafikan lagi ia membawa seribu debar kepada pencinta sebenar kedua pasukan tersebut. Aku tidak dapat bayangkan andai pada satu hari nanti Tengku Mahkota London mengeluarkan titah seperti ini.

"Beta mahu menggabungkan Arsenal, Chelsea, Spurs, Fulham, QPR, West Ham dan Crystal Palace menjadi satu pasukan iaitu LONDON 1. Ini supaya semua rakyat London bersatu hati hanya menyokong satu pasukan sahaja. Ini adalah tanggungjawab beta untuk menyatupadukan seluruh umat London. Amacam pawer tak beta?"

Inilah dia perbezaan nyata antara negara bola sepak yang pernah menjulang Piala Dunia dengan negara yang hanya memasuki pusingan kelayakan untuk terkandas setiap empat tahun sekali. Di London sahaja stakat hari ini ada 14 pasukan bermain secara professional yang mana 5 pasukannya beraksi di Premier League dan 9 lagi bermain di Football League. Manakala hampir 90 kelab amatur diselia tadbir oleh FA London. Jadi, salahkan kita untuk menyokong bola sepak British melebihi daripada bola sepak Malaysia?

Oleh itu, sementara Tengku Mahkota London belum mengeluarkan titah ni, adalah lebih manis kita raikan aksi derbi yang maha hebat ini. Caci, maki, carut, marut adalah hiasan dalam menyokong pasukan bola sepak masing-masing. Kalau team sendiri dah main macam gampang, apa benak sangat engko nak puji melompat bertempik atau sibuk salahkan pengadil?

Ini sukan lelaki. Sokong cara lelaki. Jika tidak boleh sokong cara lelaki, kita boleh menengok secara mendalam aksi Leong Mun Yee dan Farah Ann Hadi bermain sokan mereka. Hnnnnnnshhhh.... Hnnnnnnshhhh.... Hnnnnnnshhhh....


Posted via Blogaway

Tuesday, September 8, 2015

Malaysia Melawan Arab Saudi

Malaysia Melawan Arab Saudi.

1. Datuk Ong Kim Swee (OKS) bermula positif dengan tidak menyenaraikan Afif dan Amir Taj. Dua pemain yang sering tertinggal otaknya ini digantikan terus dengan Razman Roslan dan Fadhli Shas. Muka baru lain ialah Alex, Davies, Baddrol Bahktiar dan Nazirul Naim yang merupakan antara faveret OKS.

2. Besor-besor juga pemain Arab Saudi. Tapi besor lagi semangat pemain Malaysia yang berjaya bertahan dengan cemerlang selama 45 minit.

3. Aku menengok live streaming dalam bahasa Arab. Ada seorang pemain Arab Saudi berjersi nombor 7. Al-Faraj namanya. Terganggu jugak aku bila pengulas tu asyik sebut nama pemain ni berkali-kali.

4. Arab Saudi ni memang tak handal mana buat masa sekarang. Bukan macam masa sekitar era 90-an dulu.

5. Separuh masa pertama tamat dengan skor 0-0. Macam biasa corak permainan bosan, tetapi boleh diharapkanlah jugaaaaaak.

6. Separuh masa kedua bermula dengan biase-biase ajek. Tetapi agak fizikal. Namun Arab Saudi masih terkial-kial hendak membolosi gawang Malaysia. Entah berapa besor pawang yang Malaysia guna malam ini agaknya.

7. Jurulatih Arab Saudi bernama Van Marwijk. Individu yang membawa pasukan Belanda muncul naib Juara Piala Dunia 2010. Manakala Malaysia dikawal selia oleh OKS. Itu sahaja yang aku nak bagitau.

8. Gol pada minit ke-69 berjaya disumbat oleh Kapitan Mabeles Misai Kucing Safiq Rahim. Seluruh Malaya bergegar seketika.

9. Malang sekali Arab Saudi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72. Kali ini seluruh Malaya terdiam sejenak mengenangkan nasib.

10. Sekali lagi Malaysia bolos pada minit ke-75 menerusi satu tandukan cantik yang menewaskan Apek. Kelihatan pasukan Harimau Malaya sudah kembali ke fitrah asalnya.

11. Perlawanan secara tiba-tiba terbehenti pada minit ke-88 dek kerana ada mercun, suar, kerusi dan bunga api yang secara bergilir-gilir memasuki padang. Aku rileks bangun pergi amek wuduk dan solat Isyak.

12. Tengku Bola baru umum akan meletak jawatan secara berperingkat-peringkat dan Harimau Malaya hanya kena dua gol berbalas satu. Bayangkan indahnya kalau dia terus meletak jawatan dua hari lepas.

13. Apa pun keputusan pada malam ini secara peribadi aku sambut dengan penuh kesyukuran kerana ia membuktikan bola sepak kita masih kekal terkebelakang 44 tahun berbanding negara Asia yang lain. Baik dari segi mentaliti Presiden, FA Negeri dan juga penyokong-penyokong hijau.


Posted via Blogaway

Friday, September 4, 2015

UAE Melawan Malaysia.

UAE Melawan Malaysia.

1. Penjaga gol Malaysia yang bernama Apek diturunkan sebagai pemain utama. Dia melepaskan 4 gol. Kemudiannya diganti dengan Zamir Selamat. Seimbang sahaja bangang mereka. 3 gol dilepaskan Zamir.

2. Dollah Salleh menggunakan taktikal 5-3-2 aku rasa. Tapi serupa 0-0-0. Macam tiada siapa bermain menentang UAE.

3. Pertahanan yang dipilih ialah Afif, Amir Taj, Mamat Kacuk Dari JDT, Kunanlan dan Zubir. Menengok nama Afif dan Amir Taj sahaja kita sudah agak cara bagaimana corak permainan tanpa otak mereka.

4. Pemain tengah Malaysia? Ada ke?

5. Manakala penyerang Malasysia lebih bersenang hati menyerang menggunakan niat.

6. Malaysia meneruskan rentak sumbang permainan mereka. Kadangkala aku sendiri keliru dengan jenis formasi yang Dollah Salleh gunakan. Sebagai hasilnya 10 gol dilepaskan. Ya!!! SEPULOH!!!

7. Paling ajaib ialah kehilangan Kapitan Malaysia, Safiq Rahim. Wajah beliau hanya muncul pada permulaan permainan ketika bersalam dengan pengadil dan kapten UAE. Selepas itu ghaib. Dan muncul semula pada minit ke-82 untuk mengambil satu sepakan percuma yang tersasar entah ke mana-mana.

8. Aku juga ada mendapat info yang pemain Malaysia kalah kerana cuaca terlalu panas dan juga ramai yang kena penyakit jet lag. Dah tau nak lawan UAE engko masih bertarung dengan Bangladesh dekat Shah Alam Sabtu lepas tu dah kenapeeeee?

9. Nak jugak aku bagi kredit kepada Amri Yahyah yang walaupun tua tetapi kerap menyebabkan kamera fokus pada wajahnya dek kerana beberapa gerakan beliau yang membuktikan dia seorang pemain bola sepak. Pemain lain ada jugak yang kerap difokuskan oleh jurukamera, macam Afif dan Apek. Tapi untuk sebab apa, kita dah boleh agak.

10. Secara jujurnya bola sepak gaya haramjadah telah dipersembahkan oleh pasukan Harimau Malaya pada hari ini.

11. Yang perlu bertaubat kali ini ialah FAM, Presidennya dan seluruh institusi bola sepak yang ada di negara ini yang melahirkan pemain bola sepak jenis yang kita ada sekarang ini. Jenis yang tidak tahu membuka permainan, menahan bola dengan keting, belari atas padang serupa pergi Alamanda, kabur mengatur gerak serangan, lawan pemain fizikal tinggi dengan bermain hantaran tinggi, berambut fesyen anak anjeng dan bermain bola lagak binatang itu jugak.