Showing posts with label Dari Kaki Ke Pena Hitam. Show all posts
Showing posts with label Dari Kaki Ke Pena Hitam. Show all posts

Wednesday, March 27, 2019

Dari Kaki Ke Pena Hitam: The Pengurus II

Dari Kaki Ke Pena Hitam: The Pengurus II

 

Steven Gerrard.

Setakat hari ini tugas Gerrard sebagai seorang pengurus berjalan lancar. Dari 42 perlawanan beliau bersama Rangers, 22 daripadanya menang, 13 seri dan hanya 7 kekalahan yang dialaminya. Secara matematik mudah ia bersamaan dengan 52.38% kemenangan menjadi milik beliau. Handal jugaklah. Kheeeen..

Ketika masih bergelar sebagai seorang pemain, segala jenis piala telah beliau julang kecuali trofi Juara Liga Perdana Inggeris. Paling hampir ialah pada tahun 2014, namun Gerrad gagal merealisasikan impiannya setelah tergelincir ketika bertemu Chelsea.

Gerrard kini berusia 38 tahun. Masih muda dan punyai banyak masa untuk mengumpul pengalaman dan kembali semula ke Anfield seterusnya menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool sebagai seorang pengurus yang berwibawa dan terampil.


Claude Makélélé

'Makélélé role' sebagai seorang pemain bola sepak berkali ganda lebih hebat berbanding 'Makélélé role' sebagai seorang pengurus. Kenapa aku berani berkata seperti ini? Hah?

Ini kerana sejak beliau memulakan karier sebagai sang pengurus di Bastia pada Mei 2014, Makélélé masih belum merasai nikmat kejayaan sebenar sebagai seorang pengurus. Ini kerana tidak sampai 6 bulan menjadi pengurus Bastia beliau telah dipecat. Kesian.

Kemudiannya antara Januari 2016 sehingga Januari 2017, beliau telah berkhidmat sebagai pembantu jurulatih di PSG, pengarah teknikal di AS Monaco dan sekali lagi sebagai pembantu jurulatih - kali ini bersama Swansea pula. Bolehlah dikatakan ini sebagai proses awal pembelajaran beliau selepas kegagalan di Bastia.

Tanggal Nov 2017, beliau telah menjadi pengurus pasukan Eupen - kelab bola sepak Liga Belgium. Berjaya mengekalkan pasukan ini daripada turun divisyen pada musim pertamanya. Dan hari ini berada di tangga ke-11 daripada 16 pasukan. Bergelut jugaklah tu kan? Aduhai Makélélé..

Brad Friedel.

Penggemar sebenar Liga Perdana Inggeris ataupun dalam kata yang lain peminat EPL, pastinya kenal benar dengan nama ini. Karier Friedel yang amat nomad di England membolehkan beliau merekodkan 310 perlawanan dengan mewakili 4 pasukan sepanjang tempoh dari tahun 1997 hingga 2015.

Sebagai tambahan buat pedoman semua, beliau pernah menjaringkan satu gol ketika mewakili Blackburn Rovers. Ianya hadir dalam satu perlawanan yang penuh dramatik menyaksikan Blackburn tewas 2-3 kepada Charlton di masa kecederaan. Menitis air mata mengenangkan semangat Blackburn yang dibunuh kejam pada saat-saat akhir perlawanan.

Selepas bersara di Spurs pada tahun 2015, Friedel mula berjinak-jinak dalam dunia pengurusan dengan melatih pasukan anak muda Amerika Syarikat pada tahun 2016. Awal November 2017 pula beliau disunting oleh pasukan New England untuk menjadi pengurus sepenuh masa mereka.

Friedel bolehlah dikatakan masih hijau dalam arena pengurusan. Namun tahun lepas berjaya meletakan New England di tangga ke-8 dalam Eastern Conference di Major League Soccer. Satu pencapaian sederhana baik berdasarkan pengalaman yang beliau miliki.

Friedel untuk Amerika?


The Pengurus - Paul Scholes. 

Tempoh jodoh Paul Scholes dan Oldham Athletic hanya berkekalan selama 31 hari dan 7 perlawanan. Sangat sedih. Seterusnya ini adalah antara rekod tempoh tugasan paling pendek dalam sejarah bola sepak moden yang berasaskan VAR. Cheeeewaaaah..

Info mengatakan Paul Scholes dan pemilik kelab Oldham, Abdallah Lemsagam tidak sehaluan dan 'talak' antara mereka terlerai melalui satu pesanan ringkas dalam talian.

Sebelum ini sekitar musim 2013-2014, Scholes bersama-sama Nicky Butt menjadi anggota kejurulatihan pasukan bawah-19 tahun Manchester United. Scholes kemudiannya pada tahun 2015 diumum sebagai 'caretaker managers' untuk pasukan Salford City - kelab bola sepak milik secara berjemaah 'Class of 92' yang terdiri daripada Neville bersaudara, Paul Scholes sendiri, Nicky Butt, Ryan Giggs dan David Beckham. Dengan setiap daripada memilliki 10% saham perkongsian bersama-sama 40% daripada Peter Lim.

Setakat hari ini masih tidak diketahui arah tuju Scholes dalam dunia pengurusan. Adakah beliau akan melakukan kebangkitan semula ataupun lebih selesa duduk bersantai di halaman rumah sambil mengira jumlah wang simpanan pekerjanya?





Wednesday, January 30, 2019

Dari Kaki Ke Pena Hitam: The Pengurus I

Dari Kaki Ke Pena Hitam: The Pengurus

Frank Lampard. 

Satu susuk yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Disukai kawan, disenangi lawan. Seorang anak muda yang cekal hati datang dari West Ham dan berkelana ke Stamford Bridge. Sejak dari itu Lampard mula membina reputasinya sebagai lagenda The Bleus.

Berdasarkan pemerhatian aku sendiri, sebagai seorang pemain beliau sangat berjaya bersama Chelsea, tetapi tidak apabila ketika beraksi untuk England. Kini sebagai seorang pengurus, Lampard adalah antara nama yang dijangka bakal menyerlah pada masa hadapan dalam arena pengurusan. Mungkin namanya akan sebaris dengan lagenda JDT, Luciano Figueroa.




Ole Gunnar Solskjaer. 

Sekiranya aku tidak salah, rekod Ole Gunnar di Liga Perdana Inggeris sebagai seorang pemain bola sepak ialah - 235 penampilan, 91 gol, 144 kemenangan, 39 kekalahan dan 6 kejuaraan liga. Masyaallah..urut dada aku dibuatnya.
Beliau yang turut digelar 'baby face' ini adalah antara 'super sub' paling berjaya dalam sejarah bola sepak dunia selain daripada Rusdi Suparman. Ole kembali ke Old Trafford dalam usaha mengembalikan air muka pemuja Syaitan Merah yang dicalit lumpur oleh Jose Mourinho.

Sejak kedatangan Ole, Manchester United belum tewas, Rashford semakin menjadi-jadi, kelahiran semula Pogba, De Gea melakukan 11 aksi menyelamat dalam satu perlawanan, Phil Jones dapat 2 'clean sheets', seri dengan Burnley dan kini sedang dalam proses mengejar 'top 4' Liga Perdana Inggeris.

Ya! Secara peribadi aku merasakan jodoh Ole dengan Manchester United kali ini akan lebih panjang daripada ketika hayatnya sebagai seorang pemain. Percayalah. Letak duit atas meja judi.

Thierry Henry 

Sebagai seorang pemain Henry telah mengecapi pelbagai kejayaan, antaranya Juara Piala Dunia dan Piala Eropah. Anugerah peribadi pula sangatlah banyak. Tak terkira dek jari tangan. Namun adakah ini kunci untuk beliau sukses dalam arena pengurusan? Jawapannya..tidak ye tuan-tuan.





Khabarnya taktikal yang tidak konsisten dan bercelaru serta beberapa tindakan dan keputusan yang kurang matang, adalah antara penyebab kegagalan beliau dalam percubaan pertama sebagai seorang pengurus bola sepak.

Adakah kita akan dapat melihat lagi kelibat Henry sebagai seorang pengurus? Ataupun Henry akan mengikut jejak langkah malang Makelele? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. 

Santiago Solari. 

Aku memang tidak berapa minat dengan Solari ketika hayatnya sebagai seorang pemain bola sepak dahulu. Dengan rambut basah belah tengah, tidak banyak yang dapat ditawarkan oleh Solari selain daripada kaki kirinya yang boleh tahan berbisa. Tambahan pula ketika itu beliau terpaksa bersaing dengan galatico lain seperti Luis Figo sepanjang tempoh beliau bersama Real Madrid dari 2000 hingga 2005.

Solari tiba di Santiago Bernabeu bagi menggantikan Julen Lopetegui yang ternyata gagal dalam tugasannya. Meneruskan legasi yang ditinggalkan Zidane dan Ronaldo bukanlah satu kerja yang mudah. Namun Solari setakat ini dilihat berjaya mengharungi cabaran di Real.

Tetapi rasanya Real Madrid pasti tidak akan mengekalkan beliau untuk musim hadapan. Biasalah..Real-kan gemar bertukar salin pengurus. Tidak mengapalah Solari. Mana tahu satu hari nanti boleh menguruskan pasukan kebangsaan Argentina pula. Kan?

Wednesday, October 10, 2018

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Kiblat Bola Sepak Malaysia Berubah Lagi.

Hendak dijadikan cerita, beberapa hari yang lepas ada rakan sepermainan aku bertanya dalam nada yang santun, apa sudah jadi dengan Mata Pena Si Hitam? Masa Piala Dunia hari tu aktif kemain. Lepas Piala Dunia? Maneeee? Maneeee?

Aku yang mendengarnya hanya diam tertunduk lesu. Takkanlah aku nak sembang pasal Chelsea? Sudahlah main liga kedua Eropah. Buat malu bangsa ajek. Tapi sebenarnya ada jugak terdetik rasa gian nak mengarang pasal bola panjang-panjang. Cuma kekangan masa dan juga tanggungjawab selaku bapak yang berwibawa menjadi faktor penghalang. Hiaaaap!

Apa yang aku perasan dua tiga minggu ini bola sepak Malaysia seperti biasa haru biru. Caca marba. Ghoplah jingga. Banyak cerita yang tak sedap berbanding yang lazat. Antaranya Malaysia gagal layak ke Piala Dunia U-16 di Peru. Ini lumrah. Aku tak faham kenapa ramai yang menggelabah tetek. Gaji Lim Teong Kim didedahkan kepada umum. Habis 'PNC' dilanggar si Menteri Debat. Kedudukan LTK pula masih menjadi tanda tanya. Selain itu padang dan kelengkapan Akademi Mokhtar Dahari juga berada dalam keadaan yang menyedihkan. Sendu. Melihat kepada siri baharu drama bola sepak Malaysia ini bermakna lama lagilah kita nak maju dalam sukan yang menjadi raja di dalam hati kita semua.

Aku nak tanya secara jujur. Sila jawab dalam hati juga secara tulus mulus. Sebenarnya bola sepak Malaysia ni masih boleh diselamatkan lagi atau tidak? Apa yang telah FAM dan segala mak nenek yang terlibat dalam pembangunan bola sepak Malaysia telah lakukan sepanjang ditugaskan untuk memelihara sukan kesayangan kita ni? Patutkah usia NFDP yang baru 4 tahun ini menjadi kayu pengukur masa depan bola sepak negara?

Ambil contoh Jerman. Mereka menjulang Piala Dunia 2014 selepas 10 tahun merangka pelan yang dinamik diketuai oleh Jurgen Klinsmann. Belgium pula bukan baru setahun dua berjaya melahirkan pemain seperti Thibaut Courtois, Dries Mertens, Kevin de Bruyne, Mousa Dembele, Steven Defour, Axel Witsel dan Nacer Chadli. Info di alam maya mengatakan usaha mereka bermula sekitar tahun 1998 hingga 2002. Maka akhirnya negara yang memiliki 11 juta penduduk dan 34 kelab bola sepak professional ini berjaya menduduki tangga ke-3 Piala Dunia 2018 yang lepas.

Sementara itu di Malaysia pula jurulatih kebangsaan pelbagai peringkat umur datang dan pergi bagai cinta yang tak sempat berputik dah terpaksa ditinggalkan. Begitulaaah.

Baiklah. Adakah akan ada lagi program bola sepak 'kosmetik' yang akan diperkenalkan untuk menjadi ubat penyedap hati kepada rakyat Malaysia?

Masih laratkah bagi kita yang cintakan bola sepak ini terus-menerus melayan siri kegagalan dan drama yang tiada kesudahan? Banyak betul persoalan yang perlu kita jawab. Oleh itu marilah kita semua bertaubat.


Friday, July 27, 2018

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Menteri Debat.

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Menteri Debat.

Beberapa hari yang lepas aku ada melepak dengan seorang sahabat lama. Kami berdiskusi tentang beberapa perkara. Antaranya perihal surat Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Ya, selaku lelaki dewasa berwatak abah-abah, hal sukan antara menjadi tajuk perbualan selain perihal Antu Tetek yang semakin serius menyerang penempatan kami. Yang ini aku bohong. Tak payahlah percaya.

Selepas dibaca secara teliti surat KBS tersebut, memang ada banyak kesalahan tatabahasa. Secara peribadi aku tolak tepi sahaja masalah ini. Sebabnya yang duk kondem tatabahasa surat tu pun menaip serupa Mat Minah Cendol Rempit. Kalau mengeja cantik dan penuh tu takpelah nak kondem surat tersebut. Kheeen?

Yelah..dari segi fakta memang banyak yang salah. Biasalah budak baru. Beliau bukan kena jaga sokan bola lisut ataupun ping pong sahaja. Malahan keseluruhan sukan di Malaysia. Sangat berat bukan?

Lama sebelum KJ jadi Menteri KBS dulu dia dah buat macam-macam. KJ bersama Jason Lo, Bojan Hodak dan Shebby Singh menubuhkan My Team di mana KJ menjadi pengerusinya. KJ juga pernah memegang tampuk Bendahari Kehormat Perak FA untuk musim 2006-2008 dan pada Oktober 2007, KJ dipilih menjadi Naib Presiden FAM. Cuba bandingkan pula dengan Menteri Debat. Anda nilaikan sendiri.

Berbalik semula kepada hal surat tadi. Bahaya jugak sekiranya surat sebegini menjadi bukti awal campur tangan kerajaan pemerintah kepada bola sepak Malaysia. Kalau kena gantung dengan FIFA tak ke harok? Ini perkara asas yang Menteri Debat kena tahu. Lagi satu, takkan aku nak kena melayan Leong Mun Yee dan Farah Ann Hadi? Mana tak dapat tempurung kelapa nanti?

Nota Si Hitam: Sebenarnya aku terus terasa seperti orang bodoh sebaik sahaja tamat Piala Dunia tempohari. Nak menengok bola Malaysia lagilah tak berselera. Takkan aku nak kena melayan Leong Mun Yee dan Farah Ann Hadi? Mana tak dapat tempurung kelapa nanti?


Friday, March 23, 2018

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Betulkah Bola Sepak Malaysia Tidak Lagi Makmur? Malahan Huru-Hara?

Apa benda nak jadi dengan bola sepak Malaysia hari ini?

Ya, sememangnya ada pemain JDT yang tak patut berada dalam kem Malaysia. Tetapi bukanlah sampai 14 orang semua tu tak layak. Kalau ye pun buat keputusan begini atas desakan peminat di socmed, takkanlah rabak sampai koyak panggil semua 14 orang tu balik?

Insiden terbaru ni memburukan lagi imej FAM dan juga JDT yang sudah sediakala buruk. Kenapa ego masing-masing tinggi nak mampos? Tak boleh ditegur? Tak boleh fikir rasional?

Di mana kepentingan negara diletakkan?

Inilah jadinya apabila kepentingan peribadi diutamakan lebih daripada negara. Buat sesuatu hanya untuk naikkan nama sendiri. Hanya untuk pujian. Apabila dikritik, merajuk bagai serupa budak-budak.

Adakah keputusan buang 14 pemain ini datangnya dari Tan Cheng Hoe? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jika kita sebagai peminat bola sepak ini semudahnya dipermainkan perasaan sebegini, memang layaklah bola Malaysia ni melingkup selama-lamanya. Sudahlah buat kerja tak ikhlas demi negara Malaysia, menipu pula dengan gaya licik. Maka seluruh individu yang terlibat dalam organisasi FAM ini harus bertaubat segera.

Tahniah pada pemain yang baru dipanggil. Buatlah yang terbaik untuk negara walaupun sukan bola sepak di Malaysia sekarang ni sudah makin susah untuk dipulihkan. Tunjuk semangat juang pendekar Malaya. Buktikan anda lebih baik daripada 14 ekor pemain tersebut. Kalah sudah tentu. Yang penting melawanlah dengan bergaya.

Buat 14 pemain hebat yang berlatih bola dengan fasiliti berkelas dunia, korang bolehlah sambung tayang gambor kereta dekat facebook. Itu aje yang korang handal buat kan?


Friday, March 16, 2018

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Meletak Jawatan

Rangking FIFA pasukan Malaysia jatuh lagi. Tiada apa yang nak dihairankan. Kita kena terima hakikat pasukan Malaysia tak dapat nak naikkan mata sebab tak terlibat dengan game melawan pasukan yang power. Masa pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia pulak kalah memanjang dan tak pergi jauh. Kalau tak silap aku satu jek kemenangan yang dicapai sejak tahun 2016. Macam mana nak tambah mata?

Liga M masih syok sendiri. Jurulatih negara bersilih ganti. Anak muda bawah umur yang power pula masih belum masuk dalam team senior. Dan ini perlukan masa. Depa ni pulak ada yang main pulak dalam Liga M yang korang akan menangis apabila menontonnya. Ya, aku memang tengok bola Malaysia sejak dah ada banyak siaran langsung sekarang ni. Kau sendiri pun ada yang tak sanggup dan mengeluh panjang apabila disuruh menonton Liga M.

Menambah garam di luka ialah Vietnam kini nombor satu di Asia Tenggara. Pasukan belasahan Malaysia suatu masa dahulu. Nampak dah hasil usaha mereka. Malaysia bila lagi?

Presiden FAM pula meletak jawatan dengan menjadikan pencapaian pasukan bawah umur bola sepak Malaysia sebagai penanda aras legasi beliau. Bukankah sejak zaman berzaman lagi memang pasukan bola Malaysia power nak mampos pada usia 23 tahun ke bawah? Sebelum mereka kenal makwe artis? Sebelum mereka beli kereta mewah dan tayang dalam facebook?

Paksi akar umbi dah ada. Pemain muda handalan memang setiap tahun akan keluar. Liga Malaysia masih dalam proses transformasi. Entah apa yang melukakan hati Presiden FAM pun tak tahulah.

Tapi apa yang aku tahu bola sepak Malaysia dah susah nak diselamatkan. Melainkan satu perubahan besar-besaran dapat dilakukan. Bola sepak Malaysia perlu diniagakan dan dijadikan perniagaan. Kita masih mempunyai liga M yang syok sendiri.

Nampak tak dua kali aku ulang frasa "Liga M syok sendiri".

Mana tak syok sendiri, undang-undang Liga dibuat ikut sedap tekak dan dilanggar ikut sedap perut. Kena denda sebab salah sendiri mengamuk sakan nak tarik diri dari liga. Denda pulak serupa nak bawak satu delegasi FAM pergi tunaikan haji balik hari.

Dahlah. Aku nak pergi mesjid bentang sejadah.


Saturday, February 3, 2018

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Menjunam

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Menjunam

Karier beliau bermula sebagai seorang pemain muda paling berpotensi yang pernah bermain di posisi tengah di dalam negara ini. Namanya mula dicanang sebagai jelmaan semula Azizul Abu Hanifah. Fuuh..seluruh negeri Perak beristighfar.
Beliau kemudiannya menggegar Malaya dengan menjaringkan gol jarak jauh yang cantik pada perlawanan menentang Bahrain untuk Kelayakan Olimpik. Peminat Bahrain menggeleng kepala tidak percaya wujudnya pemain jenis ini di sebuah negara yang mata wangnya jauh lebih rendah berbanding dollar. Aku pula takkan lupa dengan jaringan minit ke-29 ini kerana ia dihiasi latar suara pengulas Arwah Hasbollah Awang dengan nada yang berapi-api.

Peluang bermain di Portugal dengan kelab bola sepak Beira-Mar disambar dengan pantas tak patut punya. Namanya pantas meniti di serata jalanan. Anak-anak kecil mula memasang angan untuk menjadi pemain bola sepak seperti  beliau. 

Seperti ada yang tidak kena, beliau akhirnya pulang ke Tanah Melayu. Beribu kemungkinan timbul. Rindu makwe, rindu nasik lemak, roti canai...hanya beliau sahaja yang tahu.

Selangor PKNS dan Selangor menjadi destinasi seterusnya. Ketika ini nampak agak cerah sedikit karier beliau walaupun sidrom 'lepas umur 23 tahun aje pemain Malaysia terus lupa cara main bola' kadangkala terserlah di atas padang.

Tidak mengapalah kalau orang dah tak suka..

Beliau akhirnya memilih untuk ke selatan tanah air bagi mengembangkan perjalanan bola sepaknya. Seluruh Selangor redha sambil mecarut di dalam hati. Tetapi siapalah kita untuk menidakkan kuasa duit? Ye tak?

November 2016

"Kami akan hantar beliau ke Jepun."

Itulah perkhabaran dari selatan sebaik sahaja pemain ini menyertai pasukan mereka. Tidak dapat diketahui kelab mana yang diperginya. Sempat ke beliau belajar adat-adat orang Jepun? Sempat ke  belajar sepatah dua kata orang-orang Jepun? Entahla...aku pun keliru dalam hal ini.

Pada bulan April 2017 aku nampak beliau menjaringkan gol cantik menentang Beoungket Angkor di Piala AFC. Sudah kembali dari Jepun barangkali. Dan aku masih yakin potensi beliau masih tinggi untuk muncul 'regular' dalam pasukan Senior Malaysia sekiranya minit permainan dalam semusim mencukupi.

Tanggal 2 Februari 2018 aku melihat beliau bermain untuk pasukan kedua kelab bola sepak dari selatan tersebut. Atau dalam bahasa rasminya 'feeder club' yang bermain dalam liga tahap kedua di negara ini.

Sayu hati aku melihat gejala seperti ini. Apa yang ada dalam fikiran pemain bola sepak di negara kita sebenarnya? Aku malu dengan pemain-pemain Eropah yang berpindah pasukan semata-mata demi mencerahkan peluang mereka untuk bermain di Piala Dunia 2018 nanti. Apa aku jawab dengan Theo Walcott nanti kalau dia tanya aku pasal Nazmi Faiz? Hah?











Saturday, January 27, 2018

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Serabut Musim Baru


Dari Kaki Ke Pena Hitam: Serabut Musim Baru.

Apa khabar hamba rakyat sekalian alam? Dah jumpa stadium baru nak main bola tak untuk musim baru nanti? Hah? Apa? Takde? Ciaaaaan...

Ini adalah antara masalah yang sedang berlaku dan menjadi hiburan kepada pemerhati bola sepak seperti aku. Lama dah aku perhati perangai pandir sebegini dalam bola sepak Malaysia ni. Beribu macam lagi masalah yang berlaku kalau kita dengar pun membuatkan mata kita terbeliak tidak percaya. Dan ada antaranya berulang setiap kali musim baru bola sepak bermula.

Hal stadium untuk pasukan Selangor ini adalah bukti betapa kotornya mainan politik ini jika tidak dikawal selia dengan teratur. Kau bayangkan betapa bebalnya pengurusan PKNS yang sanggup bermain di stadium bersaiz gergasi hanya untuk melayan jumlah penonton tak sampai satu dewan kuliah UITM jurusan Komunikasi Media. Bayangkan...Adalah lebih molek sekiranya PKNS bermain sahaja di mana-mana padang sekolah yang terdapat di Selangor ni. Nak direbutkan jugak Stadium Shah Alam yang pintu tandasnya berterabur tu dah kenapa?

Macam mana PKNS menjana pendapatannya? Siapa 'fan base' pasukan PKNS ni sebenarnya? Aku tak mahu jawab.

Kenapa tidak mahu disewakan kepada pasukan Selangor? Dan guna ia secara bersama? Masing-masing dapat keuntungan selepas ditambah tolak sana dan sini. Apa yang menghalang untuk buat benda macam gini?

Jawapannya EGO POLITIK. 

Nota tambahan: Aku terpaksa berhenti menaip. Tiba-tiba rasa marah ni membuak pulak. Tapi...betul ke orang Selangor akan dapat pakej Noh Omar sekali dengan Stadium Shah Alam? Hah!




Friday, November 17, 2017

Dari Kaki Ke Pena Hitam: 2050



Dari Kaki Ke Pena Hitam: 2050

Selepas Malaysia secara rasmi terlepas aksi Piala Asia, aku tidak berasa apa. Sedih tidak. Gembira pun tidak. Apa yang aku buat ialah makan nasik dengan lauk ikan tenggiri asam pedas seperti tiada apa musibah yang menimpa negara. Mungkin kerana sudah terlalu biasa dengan kekalahan. Aku menjadi lali. Tidak lut. Aku menengok sendiri pelbagai reaksi dilepaskan oleh seluruh umat Malaysia. Pecat Vingada. Amek pemain kacukan. Presiden FAM sila letak jawatan. Ambil segera jurulatih tempatan. Bila Irfan Bakti nak latih Malaysia? Ya, aku yakin ini semua adalah jenis desakan segera yang mahukan kejayaan segera. Aku secara peribadi pula merasakan semua ini perlu ditahan terlebih dahulu. Kenapa?

Ini kerana liga kita masih perlukan perubahan. Liga kita sakit. Perlu kepada ubat yang sangat handal. Jawapannya ada pada Presiden FAM. Kita berilah peluang kepada Presiden FAM yang baru ini untuk membuktikan sesuatu. Diakan power. Cuma aku syak mereka yang mahu Presiden FAM ini meletak jawatan segera mungkin dek kerana meluat dengan perilaku dan perkataan yang kadangkala keluar dari mulut beliau. Ya, aku juga kadangkala kecewa dengan beberapa tindakan beliau yang aku rasakan tak perlu pun menggelabah ayam keluarkan video yang tak patut-patut. Teruskan fokus pada bola sepak negara. Bola sepak negeri tu bagilah orang lain buat. Ye tak?

Dahulu aku pernah menulis tak henti-henti pasal Soltan Bola, mengharap beliau meletakkan jawatan, dan diganti dengan seorang muda yang lebih bersemangat dan bercita-cita tinggi. Nah. Sekarang kita sudah ada Presiden FAM yang power resume negerinya. Masa inilah kita perlu bagi sokongan sepadunya. Lagipun Kementerian sudah menetapkan sasaran layak ke Piala Dunia 2050. Ini benda bukan main-main. Ia perlukan sokongan ramai. Jika kita cintakan bola sepak, kita perlu bersama misi negara ini. Jadi buat masa ini, aku masih beranggapan Vingada perlu dikekalkan. Presiden FAM pun perlu diberi peluang. Cuma Vingada ni agak berusia bagi aku. Kalau dapat yang muda macam Villa-Boas tu sedap jugak. Harapan akulah. Kau orang pulak?

Sejak aku mula mengenali bola sepak, Malaysia tidak pernah ketandusan bakat muda. Tak perlulah aku ulang pasal ni. Aku dah pernah tulis lama dahulu. Jadi aku harap semua baka baik bola sepak sekarang ini akan bermain di liga yang lebih mantap dan hebat pada masa hadapan. Dan aku rasa inilah peranan yang sedang dimainkan oleh Football Malaysia LLP. Dengan pemantauan garang dan rapi dari Presiden FAM, kita bolehlah memasang sedikit harapan kepada masa depan bola sepak Malaysia. Setiap masa pun nak fikir negatif, payah jugak.

Satu perkara yang menggembirakan aku ialah orang politik politaik dalam bola sepak Malaysia sudah mula berasa gerun. Setiap gerak-geri perilaku mereka sentiasa dipantau oleh Presiden FAM. Tiada ruang untuk memenuhkan kantung peribadi lagi. Padan muka. Lama sangat hidup selesa dengan makan duit kerajaan negeri yang disalurkan ke bola sepak. Duit ADUN kau amek. Duit exco itu ini. Puih! Kalau tak selesa dan gembira, letak jawatan. Bagi mereka yang betul-betul ikhlas menguruskan bola sepak negeri. Aku cukup pantang jenis Menteri Besar yang menempel dekat Stadium cuma pada perlawanan akhir. Muat naik status facebook bagi ucap selamat berjuang macam dialah punca bola sepak negeri dia power. Ehhhhhhhh...Geram aku.

Sudahlah. Sebelum aku marah-marah tak tentu arah, baik aku berhenti menaip sekarang. Mana nak makan nasik lemak sedap malam-malam gini?

Ramalan: Bola sepak Malaysia sudah bertukar ketua. Kini aku harap Liga Malaysia berubah wajah. Apabila liga kita power, pemain yang power nak mampos akan muncul mencanak. Tapi aku risau jugak bila Presiden FAM umumkan 5 pemain import untuk tahun hadapan. Ermmmmmmmsss.

Thursday, October 19, 2017

Dari Kaki Ke Pena Hitam:Kerjasama FAM dengan Rayo Vallecano.

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Kerjasama FAM dengan Rayo Vallecano.

Laaaaamaaaaaa dahulu pernah juga FAM mengadakan kerjasama dengan kelab bola sepak luar antarabangsa. Antaranya dengan Chelsea, Cardiff City - menghantar pemain ke sana. Juga dengn QPR - menghantar Ong Kim Swee berguru di London. Ini adalah sekadar beberapa kelab sahaja yang aku sebutkan. Apakah hasilnya?

Kini pula dengan Rayo Vallecano pasukan yang sedang bermain di Liga Segunda Sepanyol. Musim lepas menamatkan liga di tangga ke-12. Musim ini pula sedang berada di tempat ke-5 selepas mengharungi 10 perlawanan.

Kenapa Rayo Vallecano. Kenapa bukan Mesir? Kenapa bukan Bosnia? Iceland? Thailand?

Ke mana arah bola sepak Malaysia yang mahu FAM bawak sebenarnya ni?


Monday, September 18, 2017

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Mengharap Sead Kolasinac.


Dari Kaki Ke Pena Hitam: Mengharap Sead Kolasinac.

Sebenarnya aku nak tulis serba sedikit pasal Sead Kolasinac ni sebelum perlawanan antara Chelsea dan Asenal. Malangnya ia bertembung dengan waktu prima kemunculan video Fathia Latiff yang rancak menunjuk pusat. Pada malam tersebut dua tetingkap laman sesawang aku buka serentak. Sead Kolasinac dan Fathia Latiff. Namun akhirnya laman sesawang Fathia Latiff berjaya menewaskan Sead Kolasinac tanpa melawan. Jadi aku batalkan niat menulis tentang pemain ini sebelum perlawanan Chelsea-Arsenal. Dan menyimpannya sehingga tamat laga kedua pasukan ini.

Sebenarnya tidak sukar untuk Kolasinac membuatkan minat aku terbit padanya. Empat penampilan mantap dalam Liga Perdana Inggeris dengan satu gol menarik dalam Piala Europa menjadi penanda arasnya setakat ini. Berbadan tegap serupa mesin basuh 20kg. Inilah ciri-ciri pemain pertahanan yang diidamkan oleh jurulatih seluruh dunia kecuali Malaysia. Ini kerana sebagai contoh Malaysia masih percaya dengan pemain kecil molek seperti Nazirul Naim dalam tugasan bertahan. Untuk kali ini kita biarkan hal ini barang seketika.

Jangkaan aku hampir tepat sebenarnya apabila Kolasinac mendatangkan kesukaran kepada Chelsea sehinggakan David Luiz terpaksa berkorban demi pasukan kami. Walaupun pada dasarnya tindakan Luiz itu berpunca daripada Alexis Sanchez yang terhegeh-hegeh mengejarnya dari belakang dan mendatangkan kemarahan Luiz. Luiz adalah bangsa Brazil. Bangsa Brazil pantang disauk kakinya dari belakang. Kelak ia akan membangkitkan baran di jiwa.

Berbalik kepada hal Kolasinac tadi. Adakah pemain ini jawapan kepada permulaan hambar pasukan Arsenal musim ini? Inikah kombinasi pemain dan taktikal paling mapan serta lestari buat Arsenal apabila menghadapi enam pasukan atasan liga? Hanya masa yang akan tentukan. Dan tidak salah buat penganut The Gunners mengharap pada Kolasinac. Kesian jugek Arsenal duduk nombor dua belas ni aku tengok. Dengan pasukan lawan yang tinggal sepuluh pemain pun tak dapat nak kalahkan. Lemah.

Sementara itu kem Chelsea masih tenang walapun tidak beroleh tiga mata minggu ini dan David Luiz pula digantung tiga perlawanan - termasuk pertemuan menentang Manchester City pada 1 Oktober nanti. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan oleh adik kakak sekalian kerana Chelsea adalah sebuah pasukan power segenap posisi berlapis-lapis dahsyatnya. Umum sudah mengetahuinya sejak dahulu lagi.

Okaylah aku nak tido. Semoga berjumpa lagi. Selamat Tahun Baru 1439 Hijriah.

Nota bola: Aku sempat nengok game Juventus lawan Sassulo. Punyalah power Paulo Dybala 10 skor hatrik. Sergio Aguero pun sumbat hatrik minggu ni. Adakah dua ekor ini mampu mengubah nasib Argentina dalam kempen kelayakan Piala Dunia nanti? Hah!

Monday, September 11, 2017

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Menghisap Dadah



Dari Kaki Ke Pena Hitam: Menghisap Dadah

Mengikut kajian dari tahun 2012 sehingga 2014, sebuah tempat bernama Liverpool telah mencatatkan rekod seramai 116 orang manusia mati kerana kesalahan pengambilan dadah. Manakala bagi musim 2014/15 pula seramai 278 umat Liverpool dibawa ke Hospital Besar atas masalah dadah dan yang berkaitan dengannya. Ini bersamaan dengan 58 orang dari 100,000 penduduk - yang tertinggi di England. Hanya di Liverpool. Bukan London, bukan Manchester. Hanya di Liverpool. Ini adalah fakta dan bukan cerita rekaan.

Dahulu seorang pujangga tua berjambang kuning dari Gunung Ledang pernah berkata.

"Sebelum game bola jangan sesekali berani isap dadah. Jika isap membawa padah."

Selepas itu si pujangga tua berjambang kuning dari Gunung Ledang ini mengulanginya dalam bahasa Inggeris pula.

"You should not dare to suck the drug before the football game. It is danger."

Cilake jugek dah macam guna google translate pulak. Aku dengar amanat ni pun masa dalam mimpi aku selepas selesai solat Maghrib. Macam nak percaya, macam tidak. Bukannya apa takut jelmaan syaitan pulek. Tetapi selepas menonton sendiri perlawanan antara Liverpool dan Manchester Biru Cair, aku menjadi percaya akan mimpi ini.

Sedara-sedari sekalian, cikebum cikebum, itulah yang dilakukan oleh Ragnar Klavan, Joël Matip, Alberto Moreno dan seorang lagi pertahanan tahap MSSD pasukan Liverpool FC - Alex Arnold. Apakah signifikannya semua ini?

Jika bukan angkara dadah, masakan mereka berperangai khayal melepaskan 5 gol sekaligus tanpa rasa malu. Sepatutnya selepas perlawanan menentang Manchester City hari tu, adalah lebih afdal dilakukan ujian air kencing ke atas mereka berempat ini. Dan kita semua masih ingat apa yang berlaku kepada Mamadou Sakho. Tapayalah kita pergi jauh bercerita tentang masalah taktikal Klop dan kekhilafan sang pengadil. Kad merah mak nenek Mane dan segala hal berkaitannya. Puncanya adalah dadah. Dadah adalah musuh negara. Bukan sahaja di Malaysia, malahan juga England. Bermain bola sepak di bawah pengaruh dadah ni akibatnya sangat  buruk. Sebagai contoh pasukan bola sepak Malaysia juga pernah melepaskan 10 gol gaya isap dadah.

Tidak mengapalah. Kita doakan pasukan Liverpool insaf dan segera bertaubat. Mereka pun akan melayan kunjungan Sevilla dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Champions League pada hari Rabu ni nanti. Moga perkara yang baik-baik sahaja mengunjungi Anfield. Amiiiiiiiiiiiiin.

Sementara itu, Alvaro Morata setakat ini sudahpun menjaringkan 3 gol dan 2 bantuan gol dalam 3 penampilannya di Liga Perdana Inggeris. Punyalah power. Okay itu ajek aku nak kabor.

Nota Bola: Jika sesiapa mahukan ulasan mingguan berat sebelah lebih ke arah kem Manchester United, sila ke laman fb Ahmad Arieff Atan. Dia punya pasallah buat aku semangat nak menaip semula secara konsisten. Tapi aku musykil, masa Moyes dengan Van Gaal jaga Manchester United dulu sahabat aku ni lepak mana?


Saturday, August 5, 2017

Dari Kaki Ke Pena Hitam: London Itu JDT.

London Itu JDT.

Hari ini aku berada di Johor. Balik kampung. Sampai sahaja di rumah aku terus melincah ke kenduri kahwin kejiranan - selang lebih kurang 5 biji rumah dari rumah aku. Tengah aku sedap menyuap nasik minyak ke dalam mulut dengan semangat pengantin berkobar-kobar dalam jiwa aku ni, kedengaran dari kejauhan sang juruhebah memainkan pelbagai koleksi lagu berentak zapin dan ghazal. Naluri kuda kepang aku meronta-ronta mengajak berjoget di atas pelamin. Kaki kanan aku masa ni dah mula menghentak-hentak lantai. Mujur aku handal dalam mengelak pukau. Aku segera humming lagu Pelamin Anganku Musnah. Serta-merta aku sayu dan tak jadi turut serta dalam kesedapan berirama ghazal.

Ya anak muda sekalian, begitulah akrabnya ghazal dengan JDT. Macam manusia dengan facebook. Macam kau dan aku. Saling memerlukan. Chewaah..

Sebenarnya perkataan Ghazal ini berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud puisi kasih. Puisi ini salah satu jenis puisi paling popular di kalangan umat Arab sejak zaman jahiliyah.

Berdasarkan kajian, ghazal yang dipercayai berasal dari Parsi adalah merupakan sejenis nyanyian di kalangan orang muda di alam percintaan. Biasanya ikatan senikata ghazal terdiri daripada tiga atau empat baris. Namun begitu ia sudah cukup untuk menghasilkan sebuah cerita dalam lagu yang amat indah dan menghentak kaki. Tap. Tap. Tap.

Ya, selain bola sepak yang power nak mampos, Johor juga memiliki sistem muzik yang amat disegani serantau. Barisan penyanyi berbangsa Johor juga sangat bersepah. Inilah persamaan antara Johor dan London. Bola sepak yang power dan muzik yang meriah.

Jika di London ada The Rolling Stones, Iron Maiden, Deep Purple, Coldplay, David Bowie dan Led Zeppelin. Johor bangga mempunyai Kompolan Shiro, Joe Flizzow, Amy Search, Ramlah Ram, Mawi dan Noraniza Idris. Begitu juga dengan bola sepak. London mempunyai Arsenal, Fulham, West Ham, Spurs, Crystal Palace, QPR dan Chelsea. Manakala Johor tenang dengan memiliki pasukan JDT 1, 2, 3, 4, 5 dan 10986.

Sebut pasal London ni tak manis kalau kita abaikan perlawanan agong Piala Perisai Komuniti antara dua gergasi Kota Elit - Arsenal dan Chelsea Football Club pada malam esok. Pasukan mana yang akan kekal menjadi penguasa London sekurang-kurangnya untuk satu musim lagi? Adakah Arsenal sekali lagi menjadi pasukan pelengkap jadual? Mampukah Wenger mengekalkan momentum power sebelum Krismas dan layu selepas tahun baru? Bagi kaki judi pula, pasukan mana yang menjadi taruhan? Semua persoalan tok nenek akan terjawab pada malam esok.

Ah Sudahlah. Dah petang ni. Aku nak makan goreng pisang tanduk cicah kuah sambal kicap. Negeri kau takkanlah minum petang pun dekat mamak jugak?


Tuesday, July 18, 2017

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Kitaran Bola Malaysia.

Gambar tiada kena mengena dengan tulisan.

Kitaran Bola Malaysia.

Kenapa FAM masih tidak membayar gaji bekas jurulatih mereka? Kenapa masih ada pasokan liga super yang gagal melunaskan gaji tertunggak sesetengah pemain. Bagaimana stadium Shah Alam masih steady menjadi gelanggang perlawanan walaupun bumbungnya runtuh dan padang rumputnya terkopak sana sini? Macam mana masih ada pemain pasukan negeri yang gagal melapor diri untuk tugasan negara? Jadual liga masih bertembung dengan kejohanan utama yang besar? Wujud lagi pasukan yang menolak siaran langsung dengan alasan stadium kosong kalau ada live? Betol ke Tan Sri Anuar Musa sudah nyanyok bola sepak?

Banyak betul persoalan berbentuk negatif jika kita mengekori bola sepak Malaysia secara dekat dan bersiri. Jaaaaarang berita positif sedap menjadi santapan halwa telinga. Kalau ada pun kisah askar menembak dan polo. Itu jelah yang mampu dibanggakan dan dijadikan modal. Apahal?

Lama jugak aku tak menulis pasal bola Malaysia. Ini kerana secara peribadi aku sendiri sudah naik muak dengan beberapa perkembangan yang tak patut dijadikan tajuk perbualan utama. Namun masih lagi hal yang sama diperkatakan. Masalah yang berulang dijadikan perdebatan. Macam baghal unta padang pasir.

Tidak boleh salahkan media kerana ini sahajalah berita pelaris yang mereka dapat jadikan sumber. Mereka juga berniaga. Cari duit. Mahu atau tidak berita lemah picisan macam inilah yang diulang siar.

Maka tidak hairanlah masih ramai lagi yang menjauhi bola sepak Malaysia. Salute untuk mereka yang masih tegar ke stadium. Membantu kantung persatuan bola sepak negeri hanya untuk bersalin tukar pemain import pada setiap tingkap perpindahan. Salute juga kepada generasi baru yang rajin bersembang perihal taktikal dalam bola sepak Malaysia. Padahal aku sendiri hanya nampak corak permainan tiada pedoman.

Bola sepak Malaysia perlu diselamatkan segera. Tidak boleh berlengah lagi. Manifesto presiden baru sudah dibentang. Jurulatih baru pasukan kebangsaan Malaysia sudah dipilih. Yang tinggal kini hanyalah deliver keputusan yang terbaik. Kita tahu usaha yang dilakukan ke arah kebaikan sudah tertulis. Cumanya kini kita menunggu hasilnya pula di atas layar hijau.

Harapnya juga pasukan negeri perlahan-lahanlah bertaubat. Bersikap professional. Tapi tulah. Yang jaga negeri dan negara pun terdiri daripada entiti yang sama. Sebab itulah bola sepak Malaysia kekal sendu. Batul ke salah kenyataan aku ini?

Berhentilah salah menyalahkan antara satu sama lain. Mengaku sahajalah kalau ada kegagalan dan kesilapan. Cari penyelesaiannya segera. Ramai rakyat Malaysia yang sudah bertahun-tahun bergelumang dengan kegagalan demi kegagalan. Dah lali. Kalah 10 gol berbalas 0 sekalipun sudah tak lut di dada. Kami sudah redho.

Masa awal awal perlantikan Presiden FAM yang baru dahulu ada jugak nampak ke Borneo buat perjumpaan. Malangnya kini dah tak nampak lagi perkara sebegini. Laman bola pula sibuk bersembang hal sukan yang tidak patut seperti polo dan juga menayang aksi tembak menembak di lapang sasar. Aku sekadar menulis kembali apa yang aku nampak. Sesal jugak kalau benda remeh macam gini dipandang sepi.

Sukan Sea semakin hampir. Ini sahajalah kejohanan besar buat pasukan bola sepak Malaysia buat masa ini. Mengharap Piala Asia 2019 jangan nak mimpi. Piala Dunia pula jauh sekali. Ibarat menanti janda anak satu yang masih mantap menjadi suri hati. Entahlaaaaaah..

Aku demam ni. Menaip sambil demam pun lincah bukan main lagi. Kalau sihat walafiat tak tahulah bila aku boleh berhenti. Heh!

Terimalah sebuah lagu penutup dari aku.

📣🎵🎶I Am Me
I Am Me📻🎧🎤📱
🎤🥁🎻🎸I Am Me

📡📹I Am Fun🎼🎵
⚰I Am Pretty🍷🦅
🚽I Am Beautiful💅
💃I’m A Queen👄💋


Tuesday, January 17, 2017

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Make The Ball Happy.



Dari Kaki Ke Pena Hitam: Make The Ball Happy.

'Make The Ball Happy'.

Satu masa dahulu Eric Cantona dan Ronaldinho membawa sedikit fenomena kepada penggemar dan pejuang bola sepak yang seusia dengan aku. Setiap kali turun bermain bola, frasa ini tidak pernah lekang dari mulut. Kalau kau tak tahu itu maknanya kau masa tu masih di alam roh.

Bagi aku secara peribadi beginilah caranya bola sepak sepatutnya dilayan. Menjadikan bola itu gembira dan hidup dengan ceria. Menimang dan melambungya dengan seni dan liuk lintuk penuh bergaya di atas padang. Bergerak kemas dan cantik di atas padang. Dengan satu sentuhan selembut kapas...Gol!!!! Kita yang menonton pun jadi sedap dan seronok. 'Make the ball happy' dan kita semua gembira. Faham?

Apa yang telah kita kecapi di Zurich beberapa minggu yang lalu adalah sekelumit hasil daripada 'make the ball happy'. Segala hukum fizik, teknikal dan saiz badan penjaga gol Pahang menjadikan bola sepak itu satu kegembiraan. Roberto Carlos pernah melakukannya serta ramai lagi pemain bertaraf dunia berjaya berbuat demikian. Begitu juga Faiz Subri yang berjaya menggembirakan bola sepak. Dan kita punya satu hari untuk melupakan segala sampah sarap yang sedang terjadi dalam bola sepak Malaysia. Kenapa kita tidak boleh bergembira untuk sehari? Kau dah gila ke?

Ini kerana di Malaysia bukanlah 'make the ball happy'. Tetapi lebih kepada 'make the bangsawan happy' dan 'make the politikus happy'. Semuanya bersebab dan berkepentingan. Bukanlah aku kata semua. Tetapi sistem lapok di Malaysia ini menjadikan ada sesetengah individu yang masih kekal menggunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Tidak payahlah disebut namanya. Kita sudah boleh mengagak sendiri.

Setiap hari berbalas status di facebook. Saling salah menyalahkan. Kita yang membacanya pun naik bosan muak nak muntah. Padahal taraf status liga kita ni tidaklah gah sangat untuk diribut petirkan dengan perkara itu dan ini. Apabila tiada keikhlasan, makanya timbullah pelbagai perkara buruk yang selama ini cuba disorokkan. Aku bersimpati dengan anak-anak muda yang terpaksa membesar dengan mengenali bola sepak Malaysia gaya seperti ini. 

Bola sepak sepatutnya adalah sesuatu yang menggembirakan. Bila setiap hari asyik membaca sindiran ikan, sindiran tabuan, sindiran harimau, sindiran kijang - makin jelaslah bola sepak Malaysia sudah pun menuju ke dalam hutan.

Saturday, January 7, 2017

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Hero.

Beberapa minggu yang lalu aku ada bertemu seorang sahabat tua. Aku bertanyakan kepadanya apakah harapan dia terhadap masa depan bola sepak Selangor yang sedang huru-hara ni. Beliau menegaskan kalau setakat kemeriahan mendakap Piala Malaysia buat kali ke 34 yang menjadi sasaran, adalah lebih baik bola sepak Selangor pergi meninggal. Aku yang mendengarnya tidak berapa terkejut. Malahan boleh mengagak apakah yang bermain dalam benak fikiran beliau.

Secara kasar aku berpendapat memang inilah yang diharapkan oleh sesetengah penyokong dewasa pasukan bola sepak di Malaysia. Yang diharapkan ialah bukannya deretan Piala. Tetapi sebenarnya lebih kepada mahu melihat perubahan tata cara pengurusan pasukan tersebut. Bagaimana gaji pemain diuruskan dengan baik sehingga tiada lagi isu gaji tertunggak. Kelangsungan pasukan ke arah penswastaan penuh dilaksanakan dengan licin dan cermat. Tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan negeri. Pendek kata kami penyokong dewasa ini sudah bosan melihat pasukan bola sepak diuruskan secara sarkis. Bayangkan sudah hendak masuk tahun 2020 masih ada lagi kita dengar isu gaji pemain dan jurulatih yang masih tertunggak. Macam mana liga kita nak menuju penswastaan penuh menjelang 2018 jikalau mencari penaja pun tidak reti sampaikan hendak menarik diri dari liga Malaysia?

Tahun lepas ada pasukan yang sudah melantik CEO untuk menguruskan pasukan. Menukar logo lama kepada lambang gajah. Usaha dah nampak cantik. Malangnya tak tahu mana silap, pasukan secara tiba-tiba tidak lagi berbelanja mewah sebaliknya menyenaraikan ramai pemain muda, stadium menjadi kosong apabila deretan kekalahan mula menjadi sahabat baik yang akhirnya menyebabkan kedudukan liga hampir ke lembah penyingkiran. CEO akhirnya akur atas desakan dan meletak jawatan. Sekarang dengar cerita pasukan tersebut dari pentadbiran gaya FC telah kembali kembali menyembah ‘berhala’ FA. Benda perubahan macam ini memang perlukan masa dan sokongan dari semua pihak sangatlah penting. Hari ini pasukan tersebut sudah kembali ke fitrah asal. Yang tidak kisah pasal hal penswastaan liga ni mungkin boleh bergembira. Terpulanglah. Itu cara hidup yang korang pilih.

Manakala di pantai timur pula tidak kurang dramatiknya. Ada sebuah pasukan yang bersungguh menyatakan akan menarik diri akibat tiada penaja selepas tahun lalu mengikat ‘tali perkahwinan’ dengan seorang ahli perniagaan yang jarinya tidak pernah terlepas dari kedua belah pipinya yang gebu. Aku tidaklah berasa marah dengan solusinya. Tetapi aku berasa mual dengan permulaan dramanya yang membawa kepada penyelesain gaya hero yang individu itu sendiri buat. Masakan tidak, beliau yang sudah tiada kuasa dalam pentadbiran pasukan tersebut yang mula-mula membawa cerita pasukan tersebut tiada penaja dan mahu menarik diri. Penghujungnya dia jugalah yang muncul sebagai hero dengan meletakkan dua anak syarikatnya sebagai penaja utama pasukan. Selesai. Dua syarikat yang menjadi milik seorang individu yang bekerja untuk rakyat tu kita tak perlu ulas di sini. Aku tak selera nak fikir.

Cuma aku ada sedikit musykil dengan pasukan ini yang mana kita tahu sebelum ini penuh penaja menempek logo pada jersi mereka. Kepenuhan stadium juga agak cantik. Pada akhirnya tabung pasukan tetap menjadi kafir. Eh silap. Menjadi fakir. Mengemis menjaja cerita sana-sini. Hampir-hampir kerajaan negeri melancarkan tabung derma kilat. Inilah buruknya kondisi bola sepak Malaysia sekarang yang penuh campur tangan politik. Yang mana kita tahu politik itu sendiri adalah tahi. Diadun pula dengan bola sepak Malaysia kelolaan Tengku Bola. Maka lahirlah FA negeri berperangai tahik kentut.

Aku rasa cukuplah cerita negatif bola sepak Malaysia pada kali ini. Semua yang aku sebut dekat atas adalah pasukan gergasi Malaysia. Kau bayangkan betapa sendunya pasukan di Borneo, pasukan yang tiada fans base, pasukan yang stadiumnya kejap di Lembah Klang sekejap lagi dekat Hang Jebat. Mereputlah jawabya dengan penyertaan setiap tahun hanyalah untuk memenuhi kuota dan jadual Liga Malaysia. Sekarang ni aku harap FMLLP pun tidak terjerumus ke kancah sarkis. Sebabnya sudah nampak FMLLP pun akan ke lembah keji.

Haaa..satu lagi aku nak pesan. Siapa suruh aku lukis dia ketiak hitam.


Saturday, December 17, 2016

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Hilang Tajaan Petanda Kiamat.

Gandingan Emas. Hahaha.

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Hilang Tajaan Petanda Kiamat.

Ayda Jebat ada buat lagu Pencuri Hati versi dangdut. Nanti kalau kau ada masa lapang pergilah dengar dekat youtube. Video klip dia shooting dekat Melaka Bandaraya Bersejarah.

Cakap pasal sejarah dan bola sepak ni kita tak dapat lari daripada menyebut Liverpool. Tapi bukan pasukan lemah ini yang aku nak ceritakan. Kali ini kita cerita sikit pasal Selangor dan Kelantan - dua pasukan yang kaya dengan sejarah manis bola sepak di dalam negara Malaysia.

Betul ke Selangor dan Kelantan tiada penaja lagi musim ini? Hah? Tanjat saye dibuatnya.

Sebenarnya bagus jugak pasukan bola dekat Malaysia ni hilang tajaan terutamanya dari kerajaan negeri. Padanlah dengan muka Selangor dan Kelantan ni. Biar takde pasukan bola. Pergi sokong sukan gasing sama gegar vaganza. Bak kata orang barulah kena dengan budaya akar umbi negeri masing-masing.

Pasukan Selangor sebagai contoh ada penyokongnya yang bukan main lagi meroyan apabila tiada bajet diberikan kepada pasukan mereka daripada kerajaan negeri. Presiden kaki bangkulah kata dia. Amboi amboi amboi..macam-macam tuduhan liar dilemparkan. Tak baik taaaaaau..Amboi amboi amboi..

Selain itu, campur aduk perihal politik di dalam kem bola Selangor menjadikan situasi bertambah rumit. Ia secara tidak langsung sekaligus mengheret pasukan PKNS ke kancah politik hina. Bosan. Mujurlah sudah ada Petaling Jaya Rangers dan Shah Alam Antlers. Takdelah sangap sangat kalau tim Selangor ni tutup melingkup.

Mungkin sebab inilah bola sepak Malaysia sentiasa unik. Ya unik dari segi tahap kebodohan. Nak menjadikan aku bertambah geram ialah siap Khalid Ali sibuk nak jadi orang tengah pergi berbincang dengan Azmin Ali. Nak pujuk kerajaan negeri bagi dana dan taja? Sampai bila? Azmin Ali pun satu hal. Kalau tabolena jadi Presiden dengan baik, letak jawatan. Simple. Bagi sahaja pada yang layak. Tak payahlah sampai kita semua bagi contoh JDT yang nampaknya semakin jauh meninggalkan Selangor dari segi pengurusan. Jadi kem pengurusan Selangor harus segera bertaubat dan mula buat kerja yang sepatutnya. Macam mana nak setelkan tu kenalah fikir sendiri. Takkan aku jugak nak kena bagitau. Aku tengah sibuk nak sokong Shah Alam Antlers ni.

Sementara itu Kelantan juga sudah mengumumkan untuk menarik diri dari Liga Malaysia kerana tidak ada penaja. Sejauh mana berita sahih ini akan bertahan, kita hanya mampu menunggu. Mana pergi penaja yang lari dari GST tu? Tahun lepas bukan main heboh masa nak menaja. Cat sana pink. Cat situ pink. Pegang pipi kanan. Pegang pipi kiri. Cegampang. Sekarang mana dia? Mungkin inilah sebabnya beliau lebih ghairah menaja rancangan hiburan kerana ia lebih cepat menguntungkan. Liga Malaysia ni memang tak ada untung. Sebab tu penaja lari dan ramai yang menjauhkan diri. Dari situ sahaja kita boleh tahu bagaimana tahap liga Malaysia kita ni.

Lagi sekali aku nak bagitahu. Ayda Jebat ada buat lagu Pencuri Hati versi dangdut. Nanti kalau kau ada masa lapang pergilah dengar dekat youtube. Video klip dia shooting dekat Melaka Bandaraya Bersejarah.


Monday, December 12, 2016

Perlukah Chelsea Mula Berlagak?

“Perlukah Chelsea mula berlagak?”

Satu suara ghaib secara tiba-tiba berbisik merdu di telinga aku yang comel ini. Lebih mendatangkan berahi ialah suara tersebut tak ubah seperti suara Elizabeth Tan yang pelat dalam berbahasa Melayu. Knock knock tok tok.

“Perlukah Chelsea mula beelagak? Disember sudah datang. Tahun baru bakal menjelma.”

Apabila masuk kali kedua, semakin panjang pula bisikan tersebut. Aku yang tengah sedap mengait baju sejuk untuk Raya Krismas yang bakal menjelang segera meninggalkan kerja tersebut. Berdiri. Aku pandang kiri dan kanan. Lalu aku duduk kembali dengan dua kaki disilangkan dan diletak secara kurang ajar di atas meja. Tiada siapa pun yang ada berhampiran aku. Suara siapakah tadi? Berkerut dahi aku memikirkan apekah petanda yang cuba disampaikan oleh sang suara ghaib tersebut. Suara ahli sihir dari Itali ke? Mustahil.

Ya, aku tahu Chelsea adalah pasukan yang tak terkalahkan ketika ini di Liga Perdana Inggeris. Chelsea bukan seperti Manchester United  yang masih percaya pada bakat Fellaini yang katanya hanya mempunyai rambut lebat tanpa otak. Chelsea bukan seperti Liverpool yang mempunyai penjaga gol pandir seperti Karius. Bukan juga seperti Manchester City yang membariskan sepasukan sarkis di bahagian pertahanan mereka.

Chelsea adalah pasukan paling ampuh ketika ini. Courtois adalah penjaga gol kelas dunia yang tangkas. Gandingan Luiz dan Cahill semakin mantap. Pemain lain seperti Azpili, Alonso, Moses, Willian, Pedro, Matic, Kante – mendengar nama-nama ini sahaja boleh mmebuatkan telur penyokong Spurs termasuk ke dalam kerandut. Itu belum lagi aku sebut nama Costa dan Harzard. Mahu tercirit dibuatnya.

Menjelang tahun baru dan Raya Krismas ini Chelsea merasakan hanya pasukan Arsenal adalah saingan mereka. Lagipun umum mengetahui pasukan Arsenal adalah juara liga setiap bulan Disember akhir tahun. Jika Arsenal memintas Chelsea pun tidak mengapa. Akhir musim kelak Arsenal tetap hanya mampu menduduki tempat ke-4.

Setakat ini pula Chelsea sudah melalui 9 perlawanan tanpa kalah. Ia sekaligus mengulangi pencapaian pada musim 2007 dan 2005 – ketika Chelsea menjuarai Liga Perdana.

Jadi perlukah Chelsea mula berlagak? Kau pulak rasa macam mana?


Sunday, October 9, 2016

Yang Baik Dan Buruk Melawan Singapura.




Yang Baik Dan Buruk Melawan Singapura.

Ya aku tahu lambat dua hari. Tapi aku tak senang duduk jika berdiam diri sahaja di hadapan balkoni sambil memandang pokok daun kari mengenangkan persembahan pasukan Malaysia menentang Singapura.

Sebenarnya aku menggunakan kehandalan membendung kesabaran sepanjang menonton perlawanan ini. Sekejap-sekejap aku akan bersiul-siul kecil mengalunkan irama zapin Penawar Rindu. Sekejap-sekejap aku akan memaki hamun apabila mata aku terpandang aksi di tengah padang. Begitulah sehingga tamatnya 90 minit. Jadi aku nak simpulkan secara adil 5 perkara baik dan 5 lagi perkara buruk selepas selesai menonton perlawanan ini.

Yang Baik.

1) Khairul Azhan membuktikan kita masih tidak ketandusan penjaga gol yang hebat. Walaupun diturunkan secara bergilir dengan Norazlan Razali di kem Selangor, aksinya dalam perlawanan ini amat kemas. Kebocoran mudah di barisan pertahanan memberi peluang kepadanya mempamerkan ketangkasan bak jelmaan Muadzar Mohamad semasa di zaman kegemilangannya.

2) Pemain baru seperti Safawi Rashid dan Rizal Ghazali yang diberikan peluang bermain sebagai kesebelasan utama kelihatan memberikan sedikiiiiit sinar walapun agak jauuuuh dihujung terowong. Peluang perlu diberikan lagi kepada mereka untuk memahami perbezaan antara bermain dengan pasukan kelab/negeri dan untuk Malaysia. Nanti lama-lama okaylah tu.

3) Azrif pula seperti bermain dengan Selangor. Ketika semua rakannya hilang punca, hanya dia seorang sahaja yang bermain bola sepak gaya terpuji. Dari situ sahaja kita boleh tahu kenapa JDT bersungguh nak mendapatkan khidmatnya.

4) Masuk sahaja Mat Yo dan Zaquan Adha aku merasa sedikit sentimental apabila teringat kembali kehebatan lapuk mereka dalam Pestabola Merdeka 2007. Zaquan ketika itu menamatkan kejohanan dengan 3 gol. Manakala Mat Yo 1 gol. Dalam perlawanan menentang Singapura ini aku dapat nengok yang kedua mereka ini masih boleh memberikan impak kepada pasukan Malaysia. Bolehlaaaaaaah...

5) Semangat. Ya aku suka semangat yang ditunjukkan walaupun segala teknik dan taktik hilang ke laut dalam. Sekurang-kurangnya kita tidak ditunjukkan dengan persembahan lemah longlai.


Yang Buruk

1) Irfan Fazail. Yang lain-lain semua sedia maklum. Aku secara syak wasangka berpendapat panggilan beliau ke dalam skuad Malaysia hanyalah kerana hubungan baiknya dengan OKS. Takkan engkau orang tak perasan kot?

2) Tiada ada jeneral di atas padang. Amri Yahyah bukanlah seperti Shukor Adan yang mampu menaikkan semangat rakan-rakan dengan maki hamun dan carutan. Rambut kuningnya sahaja sudah membuatkan aku meluat. Ada jugaklah satu dua cubaan darinya. Tidak lebih dari itu. Kemudian Amri konsisten berjogging di atas padang sambil mengutip pahala makian yang seluruh rakyat Malaysia hamburkan pada beliau.

3)  Aku masih tak faham kenapa Baddrol Bahktiar seringkali bermain out-position apabila turun bersama pasukan Malaysia. Kerja-kerja defensive amat tidak sesuai dengannya. Baddrol yang turun setiap minggu untuk pasukan Kedah adalah pemain yang penuh inspirasi. Tetapi dengan Malaysia ia tidak ubah seperti pelengkap pasukan dengan hantaran jauh yang tiada visi dan tepat kepada pasukan lawan.

4) Entah apa taktik yang cuba OKS gunakan. Keseluruahan pasukan tiada connection. Setiap kali Malaysia pegang bola, ia tidak lebih dari 5 saat sebelum ia hilang semula ke kaki pasukan Singapura. Mujur Singapura juga bangang setara dengan Malaysia. Jadi mereka tidak mampu ambil kesempatan ke atas kelemahn pasukan Malaysia ini.

5) Darren Lok ini pula apalah keistimewaannya sehingga mendapat call-up dalam pertemuan ini. Lepas tu dapat main pulak. Secara tidak langsung ia memberikan kita semua peluang memaki beliau. Ya mungkin agak keterlaluan untuk menimbang tara aksinya yang pertama. Namun aku secara peribadi percaya kita tak payahlah nak bergantung harap kepada pemain ini. Kau print screen jek apa yang aku tulis ni.

Ramalan: Aku meramalkan peluang Malaysia masih ada untuk sekurang-kurangnya layak ke Separuh Akhir Piala Suzuki 2016 nanti. Tapi tulaaaah..setakat AFF jela gamaknya. Bosan.

Wednesday, September 7, 2016

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Hilang Dalam 21 minit

Aku tak menghabiskan masa aku yang emas itu dengan menonton perlawanan bola sepak tahap rendah antara Malaysia dan Indonesia. Sebaliknya aku memilih saluran Fox untuk menyaksikan pertembungan antara Thailand dengan Jepun bagi merasakan ejakulasi sebenar dalam bola sepak. Thailand walaupun agak bergelut menahan asakan Jepun, namum pasukan Gajah Putih itu hanya bolos dua gol. Tak dapat dibayangkan berapalah Malaysia akan bolos apabila melawan Jepun sekiranya Fadhli Shas yang bermain sebagai pertahanan.

Dalam pada itu, ketika negara dalam peperangan seperti Syria dan Iraq menumpang Stadium di negara kita. Malaysia pula terpaksa membawa malu dengan terbang ke Indonesia untuk mengatur perlawanan persahabatan yang kononnya kelas A. Juga perlu diingatkan yang pasukan Indonesia ini sudah lama tidak bermain dalam perlawanan kompetitif. Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia yang kerap berjalan ke luar negara, memang kita sepatutnya menang ke atas Indonesia secara selesa. Bukankah pasukan Malaysia kali terakhir baru pulang dari jelajah Oceania? Berapa banyak duit yang telah digunakan hanya untuk melihat Harimau Malaysia hilang dalam 21 minit.

Malaysia bukan sahaja hilang dalam 21 minit sebenarnya. Namun sudah lama hilang apabila Ong Kim Swee mendedahkan senarai pemain pilihannya. Banyak nama yang kita boleh persoalkan pemilihannya jika kita benar-benar menonton Liga Malaysia juga benar-benat melihat statistik dan persembahan terkini pemain. Nampak sangat OKS memilih pemain gaya MSSD. Budak yang power dia tak pilih. Habis satu team sekolah dia sahaja yang dipilihnya. Begitulah caranya OKS memikul tanggungjawab negara. Kau takkan tak rasa marah walau sedikit? Atau engkau jenis menyokong bersorak ketika maruah pasukan bola sepak dilenjan kencingkan?

Aku yang berjiwa bola sepak ini terus rasa nak mencarut tengahari tadi selepas menengok Youtube bagaimana mudahnya Malaysia bolos 3 gol. Semuanya adalah kesilapan pemain kita sendiri dan Indonesia hanya mengambil kesempatan ke atasnya. Aku langsung tidak tahu apakah identiti, corak permainan dan jenis taktikal yang OKS gunakan. Dengan bakat yang terhad adakah ini cara terbaik untuk mengatasi masalah ini? Mengatasi maksud aku di sini ialah memanggil pemain kegemaran dan hanya berdasarkan reputasi semata-mata.

Masih aku ingat dahulu ada yang begitu yakin dengan OKS dan barisan Harimau Mudanya. Sehingga berani mengatakan pasukan tersebut mampu menggegar Asia. Sekarang engkau tengok apa sudah jadi kepada pasukan tersebut? Hanyut ke laut.

Secara bahasa kasarnya aku tetap optimis untuk mengatakan bahawa bola sepak Malaysia tidak akan ke mana-mana selagi tiada perubahan secara total. Jika tiada perubahan menyeluruh dan perkara seperti ini berterusan kita akan dapat menengok pemain pertahanan jenis sepak bola tak kena, pemain tengah hantar bola ke pertahanan tapi tak sampai juga cubaan bermain long ball bodoh tapi sangkut di kepala pasukan lawan. Bukan sahaja untuk malam tadi, malahan untuk selama-lamanya.

Ramalan: Tiada apa yang hendak diramalkan untuk pasukan Malaysia ini selain daripada kekalahan demi kekalahan yang seperti sudah menjadi darah daging buat kita semua. Kau ingat jelah apa yang aku tulis ni.