Showing posts with label harimau Muda. Show all posts
Showing posts with label harimau Muda. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

Sukan Sea 2013: Malaysia 1 - Singapura 2



1. Malaysia turun dengan penuh semangat untuk memburu pingat gangsa bagi menebus kebebalan gagal mempertahankan pingat emas. Pada separuh akhir Malaysia tewas kepada Indonesia. Aku menggeleng kepala 8 kali semasa aku dengar rintihan seorang rakan selepas tahu Malaysia kalah. Tapi bagi siapa yang arif bagaimana bola sepak Malaysia sentiasa memainkan perasaan kita semua pasti tahu itu boleh dikira sebagai tidak luar biasa langsung. 

2. Aku seperti biasa dengan handal dan tabah menyeksa diri menonton perlawanan ini. Nama K. Rueben, Thamila Arasu dan kapitan Irfan Fazail tepampang jelas dalam kesebelasan utama. Sekali imbas aku dah tahu nasib pasukan Malaysia dalam perlawanan ini.

3. Seperti biasa Malaysia bermain seperti tidak cukup latihan sepanjang 30 minit permainan. Buktinya mereka bolos mudah pada minit ke-13 dan 14 hasil jairngan pantas Hariss Harun. Ini ke pasukan yang perabis duit berlatih dekat Slovakia, Jepun dan negara arab tu?

4. Tamat 45 minit separuh masa pertama. Petang ini, Malaysia bermain tidak cerdik secara rutin dari minit pertama sehingga tamat. Aku adalah penyokong tradisional yang akan memaki hamun bila Malaysia kalah. Kalau menang pula agak sukar untuk aku puji. Dah main serupa takde otak, puji buat mende?

5. Ingatan aku terimbas pada kata-kata seorang sahabat setahun yang lalu. "Sebenarnya team yang OKS bawak ni boleh pergi jauh. Sebab ada Nazmi, Thamil, dan ramai bakat muda terbaik." Aku tersenyum nipis masa tu. Dia tak perasan ke Malaysia berbakat dalam melahirkan pemain yang acuannya sama? Mari sini aku ingatkan semua. Zubir Azmi - Rosdi Talib, Nazmi Faiz - Shukor Adan, Thamil Arasu - V. Saravanan, Izzaq Faris - Khalid Jamlus. Jadi apa yang kita harapkan jika kualiti pemain yang seperti ini sentiasa kita lahirkan?

6. Separuh masa kedua bermula dengan Malaysia acah-acah bermain secara agresif. Kalau diperhati secara halus, taktik menendang ikut arah telor masih tegar diamalkan. Aku bangun dan terajang televisyen serta-merta.

7. Singapura bermain santai dengan bertukar-tukar hantaran sesama mereka. Manakala Harimau Muda lebih selesa menjadi pemerhati. Sikap mudah berpuas hati ini yang Tun Dr Mahathir tak berapa berkenan sebenarnya.

8. Tetapi secara tiba-tiba bagai dirasuk semangat hutan, Thamil Arasu berjaya memecah kebuntuan (ayat Berita Harian) dengan satu jaringan cantik dan tenang menewaskan Izwan Mahbud. Malaysia 1 - Singapura 2. "Game on" kata Zainal Abidin Rawop. Aku sekali lagi bangun dan terajang televisyen bertubi-tubi.

9. Selepas itu Harimau Muda terus-terusan menyerang. Menendang bola ikut arah telur, sepak bola dari pertahanan terus mencari penyerang, tahan bola guna hidung dan segala jurus digabungkan serentak dengan harapan untuk mencari gol kedua. Tetapi gagal.

10. Tamat perlawanan. Malaysia tewas kepada Singapura seperti yang diharapkan. Sama-sama la kita doakan semoga ada antara pemain Harimau Muda ni muhasabah diri dan bersara awal. Takkan nak tunggu dah kematu macam SYM dan SR Copot baru nak menyesal?

11. Terimalah sebuah gurindam bertajuk Oh Pasukan Bola Malaysia.

Aku tak pernah kutuk ko 
bila kalahhh.. 

Aku cuma kutuk ko.. 
bila main.. 
macam.. 
bangang.. 
Dan ko... 
konsisten.. 
bangang.. 

Hari hari.. 
kau main.. 
bola.. 
Namun di desa ini.. 
aku masih menunggu.. 
bola sebenar.. 
darimu. 

Oh Pasukan Bola Malaysia 

Antara kau.. 
dan bola.. 
aku pilih.. 
bola.. 
Kecuali.. 
selepas.. 
bola habis.. 

Kau.. 
aku timbang.. 
seperti bola.. 
Takkan aku biarkan.. 
kau jatuh ke bumi.. 
meski aku letih gila.. 

Aku.. 
masih.. 
tidak punya.. 
bola.. 
Untuk membuat hantaran.. 
Dan abahmu Dunga.. 
Maafkan aku. 

Kau ku lencongkan 
ke dalam 
gol.. 
Untuk kemenangan kita bersama 

Seperti bola Tango.. 
kau menyakiti.. 
aku.. 
Tidak makmur.. 
celah kelangkangku.. 
bila teringatkan.. 
kau.

Oh Pasukan Bola Malaysia 

Thursday, December 19, 2013

Sukan Sea 2013: Malaysia 1 - Indonesia 1 (Malaysia Kalah 3-4)


1. Malaysia mesti kalah kepada Indonesia dalam perlawanan ini. Dengan itu barulah Soltan Bola tidak boleh terus-terusan angkuh dengan kejayaan di Sukan Sea yang tak seberapa ni. 

2. Derbi Malaysia-Indonesia kini boleh diletakkan sebagai pertembungan bola sepak paling sengit di ASEAN. Tidak pernah ada perlawanan bolasepak di ASEAN sebelum ini yang penuh kontroversi dan provokasi seperti Malaysia bertemu Indonesia. Namun pada Edisi 2011 Malaysia berjaya 'membungkam telur' Indonesia pada perlawanan akhir dan seterusnya menjulang pingat emas. 

3. Perlawanan bermula cantik dan cermat tanpa kehadiran K. Reuben di atas padang. Pada awalnya pemain Indonesia bernama Bayu kelihatan seperti lubok. Tetapi selepas 25 minit  permainan berlangsung, rupa-rupanya si Nasir yang lubok. 

4. Tepat pada minit ke-30 Indonesia berjaya menjaringkan gol pertama hasil gerakan satu dua antara Fandi Eko Utomo dan Bayu Gatra Sanggiawan. Terbukti Bayu bukan lubok.

5. Selepas itu Malaysia cuba bermain secara gila menyerang. Tapi ia tidak berhasil. Macam mana nak kawal permainan kalau taktik sepak bola dari pertahanan terus mencari penyerang sentiasa diamalkan? Taktik ini sangat terkenal. Ia dinamanakan sebagai "Bek dapat bola, mesti clear ikut mana arah telor."

6. Separuh masa pertama tamat. Indonesia 1- Malaysia 0. Baik Hazwan Bakri mahupun Thamil Arasu, sekor pon tak dapat tembak tepat dalam gawang. Segala saka mak nenek dah dibawa masuk. Agaknya Indonesia menggunakan bomoh lagi kuat barangkali.

7. Separuh masa kedua pula bermula. Pemain tengah Malaysia tidak berubah perangai. Mereka sudah kawal elok, hantar bola sesama sendiri dekat tengah. Selepas tu bagi jugak ke pertahanan. Macam biasalah bila dah sampai ke kaki pertahanan, depa hantar bola terus ke ataslah untuk mencari penyerang power Thamil Arasu. 

8. Haznizam Huzir ni bukan main lagi dia ulas game Malaysia. Dia tak ingat ke dulu pasukan dia kena belasah dengan Indonesia 6-0 masa Sukan Sea Brunei 1999?

9. Lagi satu cilake punya taktik yang aku dapat kesan. Pemain A membuat lontaran ke dalam ke arah Pemain B. Pemain B menolak semula ke pemain A. Pemain A terlelap. Bola keluar semula.

10. Pada minit ke-84 Izzaq Faris masuk. Beliau adalah Giroud Malaysia. Apabila kita terpaksa meletakkan harapan pada orang macam Izzaq Faris ni, ia sudah cukup menggambarkan bagaimana mutu bola sepak negara kita. Malaysia kini bermain dengan 4 orang penyerang - Hazwan Bakri, Thamil Arasu, Rozaimi dan Izzaq Faris (Torres, Neymar, Giroud). Power!! 

11. Tepat pada minit ke-85, seperti biasa juga tuah masih memihak kepada Malaysia. Daripada sepakan penjuru Nazmi Faiz, bola secara tiba-tiba jatuh ke kaki pemain paling power. Siapa lagi kalau bukan Thamil Arasu. Gol!!!! Satu rembatan padu daripada Torres Malaysia. Kedudukan menjadi 1-1.

12. Tamat 90 minit permainan. Maknanya aku terpaksa ulas lebih daripada 11 point. Baik aku solat Magrib dulu.

13. Masa tambahan aku diseksakan dengan corak permainan bola sepak gaya bangang daripada Harimau Muda. Aku pun tak tahu macam mana boleh tahan dengan semua ini. 

14. Andik yang kononnya Messi Indonesia masuk pada minit ke-77. Pada minit ke-101 dia dikeluarkan kerana cedera. Messi celah mana tu?

15. 120 minit tamat. Kedua-dua pasukan bermain tanpa arah tuju dan tiada pedoman. Macam ginilah dia tahap bola sepak Asia Tenggara. Penalti menjadi penentu.

16. Malaysia kalah penanti. Thamil, Shahrul Saad tidak masuk. Nazmi, Fadli Shas, Rozaimi masuk. Malaysia kalah 4-3. Punca kalah ialah Thamil Arasu. Sebagai penyerang dia terlepas berpuluh peluang depan gol. Penalti sepak pun tak masuk. Aku cadangkan dia bersara ajelah.

17. Kesimpulannya, main macam gampang mestilah kalah. Takkan benda mudah macam gini pun aku nak kena bagitau. Lepas ni bolehlah kita kembali ke tugas rutin kita, iaitu mencerca FAM dan JDT secara konsisten dan tidak berbelah bahagi.

Tuesday, December 17, 2013

Sukan Sea 2013: Malaysia 2 - Vietnam 1



1. Malaysia turun menentang Vietnam dalam misi wajib menang demi melengkapkan hegemoni bolasepak Malaysia dalam Sukan Sea selama 4 tahun. 

2. Pasukan yang dikemudi oleh Ong Kim Swee, bekas pemain Projek Barcelona 1992, juara Piala FA 1995 dan Liga-M 1996 bersama Sabah dan antara pemain yang bermain dalam tahun 1995 untuk Malaysia menentang Flamengo yang berkesudahan 1-1, sangat memerlukan 3 mata untuk membawa mereka ke Separuh Akhir. 

3. Seawal 11 minit permainan - Rozaimi terlepas satu peluang gol, Izham Tarmizi menepis cubaan gol dari Vietnam. Ia adalah bayangan awal perlawanan ini amat sengit.

4. Pada minit ke-13 Thamil Arasu pula terlepas peluang menjaringkan gol. Sepakan angin beliau lepaskan dengan penuh geliga.

5. Setelah aku selidik, kawasan sebelah Zubir Azmi paling banyak kali bocor. Bahagian tengah tak hidup sangat mungkin kerana Nazmi Faiz tak masuk lagi. Manakala serangan Malaysia jelas tumpul. Paling power pun penjaga gol Izham Tarmizi.
6. Selesai 45 minit perlawanan. Kedudukan gol ialah 0-0. Malaysia bermain unik. Rentak sumbang dan tiada 'posession' dapat diberikan dalam bentuk peratusan. Kabur. Semua main tendang 2,3 kali, bertukar pegangan, sepak 2,3 kali, dapat kat pemain lawan pulak, tendang bola janji clear, kene serang balik untuk 30 saat. Tendang keluar! selesai. Ambik nafas pun tak sempat. Passing tak berapa nak tepat. Itulah kisahnya.

7. Separuh masa kedua bermula. Malaysia bermula bangang dan garang. Aksi kucar kacir dan berterabur disajikan secara bergilir-gilir.

8. Sekali lagi aku perhatikan pemain Malaysia bila dapat bola terus nak hantar ke atas. Sebagai contoh Pemain A membuat hantaran ke hujung padang, Pemain B mengejar sampai putus napas. Ikut mata kasar, tiada seorang pemain pun di dunia ini yang mampu mengejar bola hantaran Pemain A tersebut, sebab terlalu laju dan jauh. Bola terkeluar, Pemain B berhenti berlari kira-kira 10 meter dari bola dan berpusing sambil angkat ibu jari memberi tanda 'bagus' kepada Pemain A. Pemain A ni ingat power sangat ke penyerang kau tu?

9. Seperti biasa secara tiba-tiba tuah rezeki datang membantu. Pemain yang bernama comel, Ashri Chu Chu menyumbat gol pada minit ke-81 selepas hantaran lintang Saarvindran dari sebelah kanan gagal menemui Thamil Arasu (macam biasalah). Ashri yang tidak dikawal melepaskan rembatan kencang menggunakan kaki kirinya. 

10. Vietnam menjadi gila. Mereka menyerang bertubi-tubi sehingga tiada pemain pertahanan yang berkawal di kawasan mereka. Satu kesilapan berlaku dan Malaysia melancarkan serangan balas secara serta merta. Hasilnya Saarvindran menjaringkan gol kedua dengan tenang dan cermat pada minit ke-89. Malaysia mendahului 2 gol dihadapan.

11. Thamil Arasu hanya dikeluarkan oleh Ong Kim Swee pada minit ke 90. Punyalah sayangnya beliau pada Torres Malaysia ni. Dari situ kita boleh lihat Thamil Arasu tidak sepatutnya diletakkan di atas PADESTAL. Dia lebih layak diletakkan diatas bahu jalan sahaja.  

12. Izham Tarmizi menghadiahkan Vietnam gol saguhati pada masa kecederaan. Keputusan akhir Malaysia 2 - Vietnam 1. Malaysia akan bertemu Indonesia di Separuh Akhir. Amacam? Power?

Sunday, December 15, 2013

Sukan Sea 2013: Malaysia 1 - Singapura 1



1. Jika Malaysia lawan Indonesia macam England lawan Jerman, maka Malaysia lawan Singapura adalah seperti England lawan Scotland. Perseteruan antara dua saudara rapat, abang dan adik dan sebagainya. Singapura macam Scotland dengan mentaliti tidak mahu kalah kepada kita walaupun jauh lebih kecil. Kita pula macam England masih dengan mentaliti mahu tunjuk siapa 'big brother' (sama macam Indonesia yang selalu fikir mereka 'Abang Long' kepada kita). Bezanya cuma Scotland masih sebahagian dari United Kingdom of Great Britain tetapi Singapura bukan lagi sebahagian dari Persekutuan Malaysia. Siapa punya kerja bangang ni?

2. Penjaga gol Malaysia Izham Tarmizi pakai baju biru dan stokin biru sedondon.

3. Izham Tarmizi memang mantap, apa makan budak ni? Keupayaan beliau mengawal gawang memang patut mendapat pujian dari peminat bolasepak dan pujaan dari para gadis. Patutlah JDT beli budak ni.

4. Pengadil dari China, Wang Zhe sangat pemurah dalam mengeluarkan kad kuning kepada pemain Malaysia. Baru 15 minit, dua orang pemain Malaysia menerima kad kuning, Shahrul Saad dan K.Reuben.

5. Setelah aku perhatikan secara tekun, selama 45 minit Malaysia menerapkan formasi tanpa penyerang. Baik Hazwan Bakri mahupun Thamil Arasu semuanya hilang di atas padang.

6. Namun aku nengok Thamil Arasu ni boleh menggantikan Fernando Torres. Bak kata seorang sahabat aku "Thamil ni kena rasuk dengan Dewa Tamak" 

7. Separuh masa kedua bermula, Malaysia terus menyerang macam Arsenal tapi haram tak gol. Secara tiba-tiba Singapura menjaringkan gol pertama pada minit ke-61 dengan tanpa niat. 

8. Hazwan Bakri dan Thamil Arasu yang tak berguna telah digantikan dengan Rozaimi dan Nazmi Faiz. Ong Kim Swee berharap dia dapat menyelamatkan maruah Malaysia buat kesekian kalinya.

9. Malaysia serta merta menerapkan sistem tendangan ikut arah telur yang membuatkan Singapura kucar-kacir tidak menentu. 

10. Pada minit ke-89 Rozaimi menjaringkan gol melalui sepakan percuma. Kedudukan menjadi 1-1. Ramai yang sibuk nak suruh presiden FAM letak jawatan turut meraikan gol ini. Korang kena ingat, kalau kita menang Sukan Sea ni bermakna Soltan Bola tidak akan mengundur. Dan bola sepak kita akan terjerumus ke lembah paling hina selama-lamanya. Apa yang ada dengan pingat Sukan Sea ni? 

11. Ball possession memang tak wujud dalam kamus bolasepak Malaysia agaknya. Penguasaan bola tu penting, pokoknya kalau bola di kaki pasukan kita pihak lawan tidak akan dapat berbuat apa-apa. Tapi dalam perlawanan ini Harimau Muda pantang dapat bola mesti nak buat hantaran walaupun tidak ditekan lawan. Mungkin sudah semulajadi naluri anak muda yang nak main laju dan mudah gugup.

Friday, December 13, 2013

Sukan Sea 2013 : Malaysia 4 vs Laos 1




1. Aku memulakan operasi menonton perlawanan Malaysia degnan Laos ini dengan berharap agar skuad Ong Kim Swee tewas. Ini supaya kita akan sentiasa ada point untuk mendesak Presiden FAM meletak jawatan.

2. Jika 20 tahun dahulu Laos ini adalah lawan setaraf pasukan negeri Melaka sahaja. Namun kini, Malaysia kelihatan terkial-kial mahu menewaskan Laos.

3. Setelah 5 minit perlawanan berlangsung, ternyata jelas pemain Malaysia cukup cergas. Mereka berjaya menjaringkan gol pada mint ke-6 menerusi Hazwan Bakri. Aku masih optimis Malayasia akan melepaskan gol selagi nama K. Reuben masih ada dalam kesebelasan utama.

4. Selepas Malaysia menjaringkan gol awal, mereka seperti hilang arah. Tiada urgency untuk menambah gol kedua. Kini pemain Malaysia aku lihat menggunakan langkah yang banyak berbanding pemain Laos kerana masalah first touch.

5. Dari minit ke 20 sehingga 30, pemain Malaysia mantap membuat hantaran di dalam kawasan sendiri. Kononnya menyerap serangan pasukan lawan.

6. Pemain Laos pula mantap membuat hantaran di dalam kawasan sendiri dan kawasan D Malaysia. Serangan bertubi-tubi diatur. Hasilnya Laos menjaringkan gol menerusi K. Reuben. Ya, K. Reuben woih!!!!

7. Menengok aksi pemain bernama K. Reuben ini bagi aku beliau layak mendapat gelaran Shukor Adan Muda.

8. Mujur ada Hazwan Bakri. Sekali lagi pemain baru Selangor ini menyelamatkan maruah Malaysia. Kedudukan menjadi Malaysia 2 - Laos 1.

9. Kemudiannya entah dari mana datangnya pemain Laos membantu Malaysia menjaringkan gol ketiga.

10. Tepat pada minit ke-87, Hazwan Bakri melengkapkan hatriknya. Kepada pemain Selangor jugalah Malaysia bergantung harap. JDT mana? Negeri Sembilan, Pahang tak payah ceritalah.

11. Malaysia menang 4-1. Kini di atas kertas, Malaysia lebih baik berbanding Singapura. Di atas padang siapa yang tahu?

12. Aku tak paham apa benda yang boleh dibuat dengan pingat emas Sukan SEA ni kalau dapat. Dulu pun dah dapat 2 kali bangang juga jadinya.

Tuesday, December 10, 2013

Sukan Sea 2013 : Malaysia 2 - Brunei 0.




1. Malaysia turun dalam misi memburu hatrik menentang Brunei pasukan yang baru sahaja beberapa tahun bebas daripada penggantungan FIFA. Perlawanan diadakan di Stadium Zeyar Thiri bersebelahan dengan Thaikchaung yang terletak di Mandalay, Myanmar. Lokasinya berlatitude - 19°53'43.27" dan berlongitude - 96°14'52.94". Manakala kapasitinya ialah 30 ribu.

2. Siaran langsung di dua saluran, TV9 dan Astro Arena. Di TV9 macam biasa Abu Bakar Atan sementara di Astro Arena ianya Shaukei Kahar. Kalau nak ulasan bola tipikal Malaysia yang syok sendiri, ada fakta luar biasa dan gelak-gelak mestilah layan TV9. Kalau mahu ulasan bola gaya macho, berinformasi tak bertempat dan penuh kritikan pun syok sendiri maka boleh layan Astro Arena. Aku layan dua-dua sekali.

3. Melihatkan nama K. Reuben dan Izaaq Faris dalam kesebelasan utama, aku jadi sedikit debar.

4. Selepas 30 minit perlawanan berlangsung, aku mendapat sms daripada sepupu aku yang berbunyi "Izaaq Faris ni memang jelmaan Fakri Saarani". Aku tersenyum nipis.

5. Minit ke 31, Rozaimi berjaya menjaringkan gol selepas berpuluh kali mencuba.

6. Brunei melepaskan begitu banyak peluang gol pada separuh masa pertama dan kedua. Ini membuktikan pasukan Harimau Muda adalah mangkuk, manakala pasukan Brunei membawa status mangkuk berayun.

7. Corak permainan anak buah Ong Kim Swee pada separuh masa kedua sama seperti pada separuh masa pertama iaitu tendang ikut arah telor. Pemain tengah nampaknya rajin turun ke bawah membantu pertahanan tetapi sebaik bola berjaya dirampas semua lebih suka berlari-lari anak naik ke atas. Berat telor gamaknya. Barisan serangan pula nampaknya lebih mengambil sikap tunggu dan lihat. Jawabnya entah sampai ke bila setakat tunggu dan lihat bola sajalah kerja mereka.

8. Cuma kelebihan Harimau Muda ialah mereka tidak ada Safee Sali dan Safiq Rahim. Di situ Ong Kim Swee sudah 76% selamat daripada caci maki. 

9. Mujur pada minit ke-70 muncul Asri Chu Chu (ingat habis comel la nama tu) menjaringkan gol kedua. 

10. Secara keseluruhan melihatkan corak permainan anak buah Ong Kim Swee, bolehlah saya cadangkan kita tutup sahaja FAM. Jika inilah gayanya, hancor lodohlah gamaknya.

11. Malaysia menang 2-0 dan mungkin ada yang sudah terlupa sedikit betapa pentingnya untuk Presiden FAM letak jawatan. Tapi aku tidak lupa.

Tuesday, September 17, 2013

Harimau Muda: Mana Halatuju Sebenar Mereka?

 
 
Dah habis seronok meraikan kemenangan terkini Harimau Muda dalam kejohanan Pestabola Merdeka? Lepas ni apa? Sukan Sea? Lepas tu? Terkandas kelayakan Sukan Olimpik? Lepas tu? Menang Piala Surat Khabar di Vietnam? Lepas tu? Begitulah kitaran bangang bola sepak Malaysia yang tiada sudahnya.
 
Kali terakhir kita menjuarai Pestabola Merdeka ialah pada 2007. Sensasi ketika itu antaranya tidak lain dan tidak bukan ialah Safee Sali, Mat Yo, Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan ada juga beberapa orang manusia lain yang tidak mahu saya sebut namanya. 4 orang ini saya bagi sebagai contoh sahaja. Tidak perlu kita pergi sejauh zaman Khalid Jamlus, V. Saravanan, Akmal Rizal dan Nizaruddin Yusof. Selepas hampir separuh dekad skuad 2007 ini menjuarai Pestabola Merdeka, kini dimanakah pasukan bola sepak negara kita di mata dunia?
 
Cukupkah hanya sekadar mahir dalam memikat artis slot Akasia apabila umur menjangkau lebih daripada 23 tahun? Puas hati sangatkah apabila boleh naik turun mahkamah menyelesaikan isu perkahwinan? Berbaloikan pemberian tanah dan rumah apabila ianya dibalas dengan kekalahan kepada Singapura dalam kelayakan Piala Dunia? Jadi ingin saya ingatkan, janganlah kita terlalu berharap kepada skuad 2013 ini kerana suatu hari nanti saya pasti mereka akan melukakan hati kalian semua.
 
Ini kerana bagaikan sudah satu kewajipan buat pemain Harimau Muda apabila mereka masuk sahaja ke dalam Skuad Utama Harimau Malaya, kecerdikan bermain bola mereka akan bertukar menjadi sebangang-bangang umat. Bolehlah aku katakan bahawa karier bola sepak Safee Sali, Zaquan Adha dan tidak salah untuk menambah Safiq Rahim, sudah berakakhir dari sudut pandangan Mata Pena Hitam aku.
 
Terkini aku sedang perhatikan prestasi Mahali Jasuli. Dia amat cemerlang ketika bersama Harimau Muda dan Harimau Malaya. Tetapi selepas dia berbakti sepenuh masa untuk Harimau Malaya dan pasukan negeri Liga Malaysia, prestasi beliau serba tidak menentu. Ditambah pula dengan sentuhan bibir nipis Tasha Shilla. Ermmmms...entahlah. Kita tengok sahaja penamat masa depan Mahali Jasuli ini.
 
Mentaliti yang sejak dari zaman Soltan Bola memerintah ini perlu segera dikikis dan buang jauh-jauh dari kepala hotak pemain bola sepak Malaysia yang ingin berjaya di peringkat antarabangsa. Jangan jadikan pemain bowling negara yang putih gebu sebagai sasaran untuk kita berpuas hati dalam bidang sukan ini. Ataupun sudah cukup bagi kita untuk bersorak gembira dengan kahadiran pemain Argentina di sebuah pasukan palsu di selatan tanah air?
 


Friday, June 7, 2013

Segmen Ilmiah: Kesan Perangai Dalam Sistem Kamajuan Bola Sepak




Bertemu kita buat pertama kali dalam segmen Ilmiah. Dari segi Islam, adapun manusia di dunia ini, terbahagi kepada 3 kelompok:

1. Orang-orang yg Allah beri nikmat (rujuk an Nisa, ayat 69)
2. Orang-orang yg Allah murka! Yaitu orang-orang Yahudi.
3. Orang-orang Nasrani.

Perangai Yahudi: Mereka tidak beramal dgn ilmu yg mereka belajar. Dia buat suka hati dan kehendak dia, tak buat spt yg dia belajar.

Perangai Nasrani: Cinta dunia. Asal ada duit, perut penuh, mulut berisi, tak belajar pun tak apa. Dia tak peduli ilmu asal dia boleh hidup cukup!

Okeh, tu dari sudut Islam. Tetapi ini adalah blog bola sepak. Jadi ceritanya pun mestilah berkait tentang bola. Ye tak? Pada segmen ilmiah kali ini, kita akan belajar berkenaan 'Perangai'. Adapun Perangai itu dibahagikan kepada 15 bab. Tetapi pada segmen ilmiah kali ini, saya mahu membicarakan berkenaan perangai bola sepak, iaitu bab ketiga.

Dalam bola sepak, ada perangai yang bagus dan baik. Jadi, kali ini selepas beberapa tapisan, saya sudah memilih perangai yang terbaik sahaja bagi dijadikan contoh kepada kita dan seluruh umat manusia.

 
Perangai Arsenal.
 
Positif – Bersemangat muda. Sentiasa haus kejayaan. Suka bermain pasing-pasing cantik.
 
Negatif – Tulang rapuh. Sentiasa tercicir dalam sukan. Suka shuffle.
 

Perangai Manchester United.
 
Positif – Semangat lain macam. Pada satu masa dahulu suka gula-gula getah dan suka memakai skaf belang hijau kuning. Pada satu masa dahulu juga suka orang Korea. Tetapi kini beralih arah kepada warga Jepun pula.
 
Negatif – Suka menyalahkan orang lain terutamanya pengadil. Suka kepada lebih masa dan membuatkan masa permainan jadi panjang dan akhirnya penonton terlambat masuk wayang, dan terlepas melihat trailer filem-filem best. Mudah gelabah bila Liverpool menang walaupun dengan team lain.
 
 
Perangai Chelsea.
 
Positif – Kaya. Menghormati orang Afrika. Mempopularkan muzik Blues dan komik 'Blues untuk aku'.
 
Negatif – Tidak pandai menyembunyikan kecurangan. Asyik kantoi dengan skandal seks. Sentiasa rendah diri kerana orang cakap mereka tidak ada prestij. Untuk nampak prestij, dia cuba jatuhkan prestij orang.

 
Perangai Liverpool.
 
Positif – Sentiasa sabar. Orang kutuk macam mana pun, masih sabar. Bermaruah tinggi dan tidak pernah rasa rendah diri. Adil, dan ini dibuktikan pada perlwanan menentang pasukan tidak kuat dan kadang-kadang Liverpool main macam pasukan itu juga.
 
Negatif – Dahulu mempromosikan Carlberg, tetapi kini tidak lagi. Suka buat orang tertunggu-tunggu. Contohnya, liga inggeris dah lebih 20 tahun tak menang. Suka Lucas dan ultra defensif.
 

Perangai Harimau Muda.
 
Positif- Mesra haiwan, guna nama binatang. Sangat berkemahiran tinggi. Ada masa hadapan cerah. Rambut stail balung ayam.
 
Negatif – Mudah kena tipu, contohnya, cakap main game kompetatif, tapi setakat game persahabatan sahaja. Masa hadapan cerah tetapi apabila sudah ke hadapan, mendung pula. Kadang-kadang terus ribut selepas masuk era Harimau Malaya.
 

Perangai Spurs
 
Positif – Suka ayam.
 
Negatif – Ayam terlepas tangan bau taik.

Thursday, December 8, 2011

Jelajah Harimau Muda : Australia

Mana daging kangaroo aku tadi?????

Berikut disenaraikan pemain yang telah pun melapor diri untuk latihan pusat bermula Disember 5, 2011 (Isnin) hingga Disember 22, 2011. Ini bagi pesediaan bertemu Sydney FC (Dis 13), Central South Mariner (Dis 15), Newcastle United (Dis 19).Skuad akan berlepas ke Australia pada 10 Disember 2011. Jelajah ini merupakan pemanas badan sebelum bermulanya Liga S dan juga Kelayakan Olimpik 2012.

Jadual dan keputusan:


Disember 13, 2011 (Selasa):
1)    Harimau Muda 3-0 Sydney FC
  • Penjaring Gol: Ahmad Hazwan Bakri (2 gol), K Gurusamy.



Disember 14, 2011 (Rabu):
2)   Harimau Muda 0-1 Central South Mariner


Disember 19, 2011 (Isnin):
3)   Harimau Muda lwn Newcastle Jets


Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee

Senarai 30 pemain:
Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. *Syazwan Yusof (Kelantan) - dikecualikan dari latihan akibat Kelantan tiada pemjaga gol.
3. Sharil Saari (Terengganu)
4. Mohd Izham Tarmizi (Harimau Muda A)

Pertahanan
5. Nik Mohd Syahrul Azim (Kelantan)
6. Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
7. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
8. Mohammad Amer Saidin (Harimau Muda A)
9. Mohammad Muslim Ahmad (Terengganu)
10. Mohammad Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A)
11. Muhammad Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B)

Tengah
12. Gary Steven Robbat (Harimau Muda A)
13. Mohd Affize Faisal (Terengganu)
14. Wan Zack Haikal Wan Noor (Harimau Muda A)
15. Abdul Shukor Jusoh (Harimau Muda A)
16. K Gurusamy (Selangor)
17. Mohd Fandhi Othman (Harimau Muda A)
18. Mohd Irfan Fazail (Harimau Muda A)
19. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Harimau Muda A)
20. Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Harimau Muda A)
21. Mohd Azizan Nordin (Harimau Muda B)
22. Mohd Azrif Nasrulhaq (Selangor PKNS)
23. K Rubent (UKM)

Penyerang
24. Mohd Izuan Solahuddin (Kelantan)
25. Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur)
26. Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan)
27. Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A)
28. A. Thamil Arasu (Harimau Muda A)
29. D. Saarvindan (Harimau Muda B)
30. Muhammad Akmal Ishak (Harimau Muda B)

Namun begitu, Wan Zack, Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam, Gary Steven Robbart -tidak menjalani latihan akibat kecederaan. Hanya 23 pemain akan di bawa ke Australia. Sementara 30 pemain akan disenarai dalam skuad Harimau Muda ke Liga S.

Tuesday, November 22, 2011

Gergasi Asia Tenggara



Puas dapat menyanyikan Lagu Negaraku tanpa gangguan Indon

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Akhirnya kita berjaya juga melaksanakan misi mempertahankan pingat emas sukan sea.Saya mengaku terpaksa menelan semula kata2 pada awalnya M'sia susah utk mempertahankan pingat emas ini.Terbukti kini Malaysia adalah Gergasi Asia Tenggara yg baru.Masih tidak percaya namun inilah hakikatnya. 2 kejuaraan sukan sea (2009/2011) dan AFF Suzuki Cup membuktikan kita telah menguasai rantau ini. Ape yg penting kita perlu mengekalkan momentum dan sentiasa melahirkan pemain pelapis demi kemajuan bolasepak Malaysia.

'Back 5' Malaysia sememangnya telah menunjukan persembahan terbaik sepanjang kejohanan ini. Pujian terkini wajar diberi pada Zubir Azmi yg beraksi cemerlang dalam perlawanan akhir semalam. Keserasian Apek, Fadli, Muslim dan Mahali semakin baik.OKS pula berani membuat percaturan dgn meletakan Asrarudin bermain sebagai left winger kerana ketiadaan Fandi.Ini antara perubahan taktikal yg berjaya memerangkap Indon apabila kita lihat Asrar mempunyai beberapa peluang sehinggalah berjaya menjaringkan gol. Kredit pada semua pertahanan Malaysia termasuk Fandi Othman jua yg memberi suntikan setelah masuk pada hujung2 perlawanan.


Cubaan terakhir Indon utk menafikan Emas Malaysia

Salah satu kelemahan utama pasukan M'sia adalah di bahagian serangan. Ramai yg menyalahkan pemain secara individu. Namun, kita harus ingat, pasukan OKS ni amat berbeza dgn pasukan Rajagopal. Jika Raja terlalu bergantung pada Safee Sali untuk menjaringkan gol, pasukan OKS pula mempunyai ramai pemain yg bole menjaringkan gol pada saat2 yg amat diperlukan. Aku dah ikuti team ni dari perlawanan bertemu Pakistan dan Lubnan. Ketika itu, Wan Zack dan Irfan Fazail adalah penjaring utama kita. Di Slovakia pula nama2 seperti Wan Kecik dan Shukor Jusoh mula kedengaran. Sepanjang sukan sea pula M'sia tak bergantung pada satu2 pemain untuk menjaringkan gol. Hasilnya Syahrul Azwari/Izaaq Faris/Fakri/Badrol/Asrar muncul antara penjaring gol sepanjang Sukan Sea ini.

Ape yg menarik kita dapat melihat kemunculan Nazmi Faiz. Pemain muda yg menunjukan aksi matang. Tidak mustahil beliau satu hari nanti akan menjadi pemain utama dlam Skuad Senior. Buat pemain M'sia semua jgn terlalu asyik dilambung pujian. Tahun depan misi mepertahankan AFF Suzuki Cup pula. Mungkin separuh dari pasukan OKS ini akan mengisi tempat dalam Skuad Raja tahun depan. Selepas ini kita cuba pula untuk pergi lebih jauh terutamanya di rantau Asia. Masih bnyak lagi yg perlu diperbaiki. Kemahiran teknikal pemain sangat  perlu ditingkatkan.

Dulu saye pernah menulis: http://hadriegas.blogspot.com/2011/11/ong-kim-swee-ade-peluang-emas.html

"Andai semua bejalan lancar, pastinya skuad OKS mampu memberikan kegembiraan kpada kita. Ramalan saye mungkin amat menyedihkan peminat2 bola Malaysia. Mungkin kita hanya setakat di peringkat kumpulan sahaja. Sekiranya layak ke separuh akhir, maka emas milik kita. Amiiiiiiiiiiiin.................."

Sekalung tahniah sekali lagi kepada OKS dan pasukan serta seluruh rakyat M'sia yg terus berdoa. Penatla saya bersorak semalam..esok mau pegi Bukit Jalil pula lawan Syria..jom reramai..hehe..TAKBIIIIIIIIIIIIIR....

Detik Gemilang


Monday, November 21, 2011

Ong Kim Swee Ade Peluang Emas? The Final


Ya..inilah malamnyer.Ibarat ulangan Final AFF Suzuki tahun lepas. Namun kali ini dengan usia pemain yg berbeza. Rantau Asia Tenggara memang sudah jelas menjadi genggaman kita.Kalo dulu,kita hanya target melepasi peringkat kumpulan sahaja.Tak kiralah dalam ape jua pertangdingan sekalipun. Tetapi kini ia amat janggal sekiranya nama Malaysia tertinggal dalam aksi Final. Juara adalah bonus dan kemahsyuran akan terpahat dalam lipatan sejarah seperti mana lagenda2 terdahulu.

Walaupun ade terdapat negara di Asia tenggara yg begitu rakus mengambil 'pemain angkat' dari lua. Malaysia tetap yakin dgn anak tempatan. Kita bole buat dari dahulu lagi ketika bolasepak kita sedang jatuh merudum.Kita boleh menjadikan Alubumi Adigun sebagai orang Seremban, Scott Olerenshaw sbg orang Ipoh malahan Lazlo Repasi sbg orang Melaka. Ini bukan cara kita. Kita bina sekolah sukan. Dan kini hasilnya semakin nampak.Hampir separuh pemain dalam pasukan OKS ni adalah dari Projek SSBJ.Ini sesuatu yg amat kita perlu bangga dan menjaga produk2 yg kelua dari projek ini.

Malam ini dijangka pasukan kita beraksi tanpa Izaaq Faris dan Wan Kecik. Fandi, Syahrul, Nazmi Faiz juga masih dlam keadaan berjaga-jaga kerana kecederaan mereka. Inilah masa buat pemain2 lain mengambil alih dan menterjemahkan taktik yg dirangka OKS. Young Kuong, Shukor Jusoh, Gurusamy sentiasa bersedia. Kehadiran pemain2 misteri sperti ini penting utk memerangkap team indon. 

Kemantapan 'Back 5' Malaysia kembali menghantui pihak lawan. Dah berulang kali saye cakap. Fadhli Shas, Muslim, Asrar dan Mahali amat selesa bermain di hadapan Apek. Ramai yg menghentam mereka berempat kerana aksi longlai ketika bersama skuad Rajagopal. Tapi, siapa di belakang mereka????S.H.A.R.B.I.N.E.E.Takmau sembang pasal mamat ni.Kesian aku..

Kita tak malu kalau kalah. Kita bangga kalau kita menang. Sokongan perlu sentiasa deberi pada mereka semua ni. Ini hanyalah permulaan. Doa kita amat penting buat mereka. Pastikan mereka selamat pulang untuk misi Olimpik pula Rabu ini bertemu Syria di SNBJ. Satu..dua...TAKBIRRRRRRRRR!!!


Friday, November 18, 2011

Bung Karno Busuk!!!!


Amboi..amboi..amboi..seronoknyer menganjeng lagu "Negaraku". Dengan kepayahan yg diberikan pada pasukan bola Malaysia. Jadual berubah2,padang latihan takde dan jauh,jadual perlawanan yg bole dipersoalkan dan pelbagai lagi.Namun kemuncaknya adlah malam tadi apabila perlawanan akhir peringkat kumpulan menentukan siapa yg akan menjadi juara kumpulan.Hari ini saya takmau becerita tentang taktik.Ini kerana sememangnya Malaysia bermain lebeh baik berbanding Indon.

Bermula dengan cameraman indon yg asyik masyuk memfokus wajah jelitawan indon yg tak seberapa itu.Wei,kalo berani fokusla kat muka minah2 indon yg pecah batu tu..eleh setakat Luna Maya tu kami tak heran la...kami ade Rosnah Mat Aris!!!Lagu 'Negaraku' dinyanyikan,dan seluruh stadium bising bersorak sehingga suara 27 orang pemain dan staff Malaysia tidak kedengaran. Aku tak kisah, itu diorang punyer pasal. Dasar manusia berhati masam.

Perlawanan pun bermula.Team Indon yg kedua kononnyer ini memangla tak power. Dan kalo indon nak tau,kita dtang ke kejohanan ini pun tanpa Wan Zack Haikal dan Gary Steven.Maknenyer team kite pun bukan yg terbaik.Tapi, yg mengambil alih mereka tidak kurang hebatnyer. Game yg dimainkan diatas padang busuk dan berbau hanyir ini nampak seimbang. Jarang sekali aku nampak muka Khairul Fahmi masuk TV. Kalo kamera fokus,mesti KF tengah goreng kopok lekor. Namun amat memeranjatkan hati statistik perlwanan selepas 1st half ialah 60% ball possesion utk Indon.Apa ini?Dahla kita score,Indon plak serang sekali sekala dan tak lepas lansung.Kebanyakan bola hanya berlegar di kawasan tengah padang aje.Takan statistik pun nak menipu..suka hati ko la Indon..

Macam bagus..tapi hanya pencacai dari Belanda
2nd half bermula.Indon memasukan beberapa pencacai bagi memulakan perang ke atas pemain2 M'sia. Antaranya Diego. Asalnya budak milo di Belanda yg di import menjadi rakyat Indon. Almaklumlah, rakyat indon ramai yg kelua mengemis di negara orang tanpa rasa malu. Bemulalah keganasan ketas pemain kita yg bagi mereka merbahaya, antaranya Syarul Azwari, Izaaq faris dan Badrol Bahktiar. Mereka jelas menjadi sasaran pemain indon pada 2nd half. Namun pemain M'sia tetap tenang.Satu aksi terbaik Izaaq adalah beliau meNAJI penjaga gol Indon dan aku amat berpuas hati.

Terlampau sayur bayam...

Mungkin kerana terlalu marah dgn aksi2 ganas pemain Indon. OKS tak bejaya mengawal emosinyer.Masih tak pasti kenapa beliau dihalau kelua dari padang.Namun itu adalah pengadil..ape mau buat..janji kita leading..hahaha...Tiada kepuasan lain selain dari dapat mengalahkan Indon. Andai ade rezeki kita akan bertemu Indon sekali lagi di FINAL. Dan ketika itu, semestinya pelbagai taktik jahat akan mereka gunakan..percayalah kata2 ku ini...TAKBIIIIIIIIIIIRRR!!!!!

Tuesday, November 15, 2011

Kelayakan Olimpik: MALAYSIA

JUALAN TIKET ONLINE SUDAH DIBUKA:
online.tickethotline.com.my


2012 Olympic Qualifying
Malaysia in grouping with Syria, Bahrain and Japan.

Malaysia Vs Syria
Date:23 November 2011
Time:8.45pm
Venue: Stadium Bukit Jalil

Ticket :RM40.00(Grandstand) , RM20.00 (Adult) , RM5.00 (Children below 12 years old)

Malaysia Vs Bahrain
Date:27 November 2011
Time:8.45pm
Venue: Stadium Bukit Jalil

Ticket :RM40.00(Grandstand) , RM20.00 (Adult) , RM5.00 (Children below 12 years old)

Malaysia Vs Japan
Date:22 February 2012
Time:8.45pm
Venue: Stadium Bukit Jalil

Ticket :RM40.00(Grandstand) , RM20.00 (Adult) , RM5.00 (Children below 12 years old)

Thursday, November 10, 2011

Ong Kim Swee Ade Peluang Emas? Part II

Ole!ole!ole!Satu menang,satu seri.Setelah aksi kurang bermaya bertemu S'pore,M'sia berjaya mengalahkan Thailand pula dgn jaringan 2-1.Bole dikatakan OKS bertindak bijak dgn menukar taktikal dan pilihan pemain dibeberapa posisi.Pada perlawanan pertama bertemu S'pore,Fandi diletakan di posisi bek kanan.Namun bertemu Thai,beliau dinaikan menjadi winger kiri dan Mahali Jasulimasuk bermain sebagai bek kanan membentuk gandingan mantap bersama Muslim,Fadli dan Asrar.

Sementara bahagian tengah pula beliau mengeluarkan Gurusamy dan Shukor Jusoh digantikan dgn pemain muda Nazmi Faiz yg hanyalah baru berusia 17 tahun.Nazmi nampak yakin dan beraksi baik pada perlawanan bertemu Thai ini.Fakri Saarani yg tidak beraksi baik ketika lawan S'pore digantikan dgn Wan Kecik sebagai winger kanan.Ini meletakan Syarul Azwari bermain sebagai striker menggantikan Thamil Arasu.

Perlawanan Bertemu Singapore

Pada kedua2 perlawanan ini,peranan Badrol Bahktiar sebagai ketua pasukan amat berkesan sekali.Beliau adalah satu2 nya pemain yg bejaya membuat cubaan menarik ketika bertemu S'pore.Pada perlawanan dgn Thai pula,jaringan pertama beliau berjaya menyuntik semangat rakan2 yg lain utk mengawal permainan dgn baik sehingga kadangkala kelihatan Thai seperti pasukan 'LAOS'.Hantaran cantik Badrol kepada Izaq Faris yg selepas itu menjaringkan gol pada minit ke-84,berjaya memberi 3 mata kepada pasukan M'sia.

Gol Badrol Bakhtiar

Kredit pada pertahan M'sia yg nampak stabil pada kedua2 perlawanan.Ini mungkin disebabkan kita kurang diasak.Pemain seperti Syahrul Azwari wajar bangkit kerana beliau antara pemain yg berpotensi dlm pasukan M'sia.Begitu banyak peluang jeringan gol keitika bertemu Thai,namun sering gugup di hadaoan gol.

Apa yg diharapkan selepas ini,kita memenangi perlawan bertemu kemboja dgn jaringan besar seterusnya kita bole berkira2 utk mendapatkan keputusan terpuji bertemu musuh utama Indonesia.

Gol Izaq Faris

Sunday, November 6, 2011

Ong Kim Swee Ade Peluang Emas?

Salam Aidiladha..Esok merupakan perlawanan pertama bagi pasukan Malaysia yg akan bertemu Singapua bagi acara bolasepak sukan sea. 2 thn lalu anak buah Rajagopal tak diberikan harapan lansung. Namun akhirnya mereka membawa pulang pingat emas yg sudah lama kita nantikan. Kini tiba giliran OKS pula. Pasukan OKS kali ini dilihat memiliki ramuan yg hampir cukup ranum utk bergelar juara. Dan tugas mempertahankan pingat emas ini dilihat agak sukar kerana diletakan dalm kumpulan yg terdiri daripada Indonesia,Singapura dan Thailand. Namun kita masih lagi berpeluang melakukan kejutan atas label "hanya pasukan Malaysia yg layak ke peringkat kumpulan kelayakan sukan olimipik".
Ketika Perlawanan bertemu Pakistan

Kekuatan dan kesefahaman di barisan pertahanan juga adalah tulang belakan pasukan ini. Mereka sudah lama bermain bersama. Dan alasan tidak serasi juga tidak patut wujud. Cuma pertahanan kita kerap hilang fokus dan cepat gabra. Khairul Fahmi, Fadli Shas, Muslim Ahmad, Asraruddin, Mahali Jasuli adlah barisan yg sama utk Skuad Senior Rajagopal. Namun kehadiran Fandi Othman dan Zubir Azmi mampu menambah pilihan kepada OKS. Jika mereka semua disiplin dlam bertahan seperti ditunjukan ketika bertemu Lebanon. Insya'allah pasukan lawan sukar menembusi gawang kita.
Ketua Pasukan Badrol Bahktiar

Di bahagian tengah pula akan diketuai oleh Badrol Bakhtiar selaku ketua pasukan. Beliau akan berganding dengan Gurusamy sebagai defensive midfielder. Irfan Fazail dan Wan Kecik juga antara pemain yg boleh memberi kelajuan ketika pasukan ini melakukan serangan. Jika berkehendak pada corak permainan pertahanan, maka Shukor Jusoh pasti akan digunakan.

Fakri Saarani, Syarul Azwari pula memberi pilihan yg lebih kepada OKS kerana kedua mereka boleh bermain sbg penyerang dan sayap. Mereka berdua akan digunaan sbg penyerang sekiranya Izaq Faris dan Thamil Arasu kurang menyengengat.


Andai semua bejalan lancar, pastinya skuad OKS mampu memberikan kegembiraan kpada kita. Ramalan saye mungkin amat menyedihkan peminat2 bola Malaysia. Munkin kita hanya setakat di peringkat kumpulan sahaja. Sekiranya layak ke separuh akhir, maka emas milik kita. Amiiiiiiiiiiiin..................
Player to watch:

Syarul Azwari

Fandi Otman

Tuesday, October 25, 2011

Senarai Skuad SEA GAMES dan Skuad Kebangsaan Malaysia

PASUKAN ONG KIM SWEE

Senarai 27 pemain skuad B-23 tahun kebangsaan (Sukan SEA) yang dikehendaki melapor diri pada 27 Oktober 2011 di MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Muhammad Zamir Selamat,

Pertahanan
Mahalli Jasuli, Ruben Thayaparan Kathrillai, Mohammad Muslim Ahmad, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Amer Saidin, Mohd Asraruddin Putra Omar, Muhammad Syazwan Tajuddin, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohammad Aziz Ismail.

Tengah
Yong Kuong Yong, Wan Zack Haikal Wan Nor, Syahrul Azwari Ibrahim, Abdul Shukor Jusoh, Gary Steven Robbat, Gurusamy Govandar Kandasamy, Mohd Irfan Bin Fazail, Mohammad Nazmi Faiz Mansor, Mohd Izuan Solahudin, Mohamad Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Badrol Bakhtiar, Izzaq Farris Ramlan, Thamil Arasu A/L Ambumamee, Ahmad Fakri Saarani

Tidak dipanggil
Sasikumar a/l Kishokumar, Azrul Azmi, Mohd Afizie Faisal Mamat, Nazirul Naim Che Hashim, See Kok Luen, Saarvindran a/l Devandran, Ahmad Hazwan Bakri, Mohammad Ferris Danial Mat Nasir.

Persahabatan
Oktober 30, 2011: Malaysia U23 vs Laos U23 (Std UiTM, Shah Alam).


PASUKAN K.RAJAGOPAL

Oktober 22, 2011 - Senarai 26 pemain Malaysia untuk pertemuan dengan India pada November 13 dan 16, 2011 di India. Latihan pusat bermula November 1, 2011

Penjaga gol 
Gunasekaran Jeevanathan (Selangor), Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan), Mohd Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu).

Pertahanan
Mohd Nasriq Baharom (Selangor), Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Faizal Muhammad (Negeri Sembilan), Mazlizam Mohamad (Terengganu), Abdul Aziz Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid (Kelantan), Mohd Azmi Muslim (Kedah), Amirizwan Taj Tajudin (UiTM).

Tengah
Mohd Bunyamin Umar, Mohd Shafiq Rahim (Selangor), Kunalan Subramaniam, Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan), Mohd Ashaari Shamsuddin, Joseph Kalang Tie (Terengganu), Suppiah Chanturu (Kelantan), Amar Rohidan (Kedah).

Penyerang
Abdul Hadi Yahya, Abdul Manaf Mamat (Terengganu), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur), Shahrizal Mohd Saad (Johor FC), Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A), Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya, Indonesia).