Salam Satu Johor!!! Sejak dua menjak ini memang rancak perbualan tentang khabar bertiup dari Selatan Tanah Air. Khabar yang bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa..tapi ia lebih kepada angin ribut taufan umpama Taufan Sandy yang melanda kota New York. Kerancakan Johor memborong pemain bintang bukan sahaja dari Malaysia, namun seluruh dunia juga menjadikan suasana samakin menarik untuk dilihat. Jika ditanya kepada saya tentang pembelian pemain bintang ini, saya masih tidak setuju. Seorang lelaki perlu tetap pendirian. Ye Tak?? Semuanya boleh dibaca di link di bawah ini:
Bagi pendapat peribadi kawe pula, ada sedikit keraguan dan ketidakselesaan dengan perkembangan situasti ini. Tidak setuju bukan bermakna kita derhaka (itulah padahnya bila Soltan masuk sukan, tak boleh nak tegur langsung). Namun mungkin ada beberapa rakyat Johor yang rindukan kebangkitan Bolasepak Johor seperti era 90-an dahulu amat teruja dengan keadaan ini. Pepatah Johor Jambi ada menyebut "Setiap yang berlaku ada baik dan buruknya. Cuma masa sahaja yang akan menentukan."
Kita tolak dahulu isu dari mana datangnya duit yang berkoyan-koyan untuk membeli pemain bintang di Malaysia seperti Aidil Zafuan dan Zaquan Adha. Pemain Sepanyol Danial Guiza. Menawarkan Khairul Fahmi dengan RM 3 Juta serta masih tegar memancing Mat Yo dengan gaji yang lumayan. Jika inginkan kejayaan, wang harus dikeluarkan. Dari celah manapun ia, biarlah menjadi rahsia. Yang penting bukan duit poket Nur Fazura.
Jika ingin bicara secara rasional, mari kita kaji baik dan buruk tentang perkembangan ini. Namun perlu diingat...Ini adalah pendapat peribadi saya secara terbuka. Dan ia bukannya datang dari Uncle Seekers serta Hasan Miskam mahupun Abbas Saad. Mari kita saksikan bersama kisah ini....
Cerita Indah
Kali terakhir kejayaan bolasepak negeri Johor ialah pada 1991 ketika menjuarai Piala Malaysia mereka yang ke-2. Kali pertama pada tahun 1985. Selepas itu kelibat pasukan Johor sekadar suam-suam hanjeng sahaja. Kehadiran mereka dalam kancah bolasepak tempatan sekadar memenuhi kuota melengkapkan jadual liga. Keadaan menjadi lebih teruk selepas pasukan Johor FC secara konsistennya menyuntik pengaruh dalam darah warga Johor dengan menggunakan sengat Jengking a.k.a JKing.
Apabila mucul Tengku Mahkota Johor (TMJ) dengan visi dan strateginya, maka bagi sesetengah rakyat Harimau Selatan, mereka mula percaya bahawasanya ERA KEGEMILANGAN BOLASEPAK JOHOR sudah kembali. Turut dikhabarkan beberapa anak muda yang selama ini sibuk menyokong Selangor juga akan pulang ke Larkin supaya lebih mudah untuk menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka saban minggu. Seronoklah minah-minah kilang kat JB tu...
Kehadiran pemain bintang dari serata Malaysia seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Azmi Muslim, Muslim Ahmad dan Khairul Fahmi menambah kegembiraan di wajah tua Ervin Boban. Selain itu, keadaan semakin ceria buat Rizal Sukiman untuk bersembang tentang bolasepak Johor bersama rakan karibya Rusdee Sulong selepas TMJ turut membawa Danial Guiza ke dalam pasukan Johor. Hasan Miskam tak usah cakaplah, terlompat-lompat beliau mendengar khabar gembira ini.

Setiap kali perlawanan diadakan, stadium akan sentiasa dipenuhi dengan kehadiran peminat tegar bolasepak Johor. Semuanya datang untuk melihat sendiri aksi wira meraka dengan lebih dekat lagi. Kutipan tiket semakin memberansangkan. Astro pula semakin kerap menayangkan perlawanan yang melibatkan Johor. Jualan baju dilaman sesawang dan juga kedai berdaftar PBNJ membuatkan kantung persatuan tidak pernah kering. Kesannya semakin banyak penaja yang berminat menaja pasukan Johor seperti Maxis dan Fazura Holding.
Semangat yang membuak-buak ini memberikan kejayaan buat Johor menjuarai semua Piala dan kejohanan yang diadakan di Malaysia. Pada tahun berikutnya, Johor akan bermain dalam Piala AFC dan peluang untuk menjadi Juara semakin cerah dengan kredibiliti pemain yang mereka miliki. Maka semua rakyat Johor pun bergembiralah dengan kejayaan ini. Hip Hip Hoorraaay!!!!
Mimpi Ngeri
Mimpi Ngeri
Pada awal proses ambil alih TMJ dalam PBNJ, kontroversi sudah pun berlaku. Ada cakap-cakap yang mengatakan tindakan ini sebagai memusnahkan pembangunan bolasepak. Ini kerana sebuah persatuan bolasepak yang secemerlang Johor FC terpaksa dikorbankan dek kerana idea ego mahukan kejayaan segera ini. Organisasi pentadbiran dalam Johor FC diubah suai kononnya untuk mengelakkan daripada masalah seperti lewat pembayaran gaji dapat dihindari. Tetapi bukankah Johor FA sendiri yang bermasalah dan bukannya Johor FC?
Maka terjadilah perkara seperti ini..."Johor FC Jadi Johor dan Johor Jadi Johor FA" Hanya kerana hendak memastikan Johor berada dalam Liga Super, pertukaran ini dilakukan. Di sini akan menguji sejauh mana kredibiliti pemimpin-pemimpin di FAM. Jika FAM bersetuju, maka ia jelas merupakan satu langkah ke belakang ketika FAM sibuk melaungkan usaha mereka mengkopratkan Liga Malaysia. Bagi situasi ini, marilah kita sama-sama nantikan...
Andaikata pasukan Johor tidak memenangi satu pun Piala musim hadapan. Adakah TMJ masih berminat melibatkan diri dalam bidang ini? Stadium pun hanya akan penuh sekiranya sesebuah pasukan itu mara sampai ke Separuh Akhir (kecuali Kelantan). Penjualan jersi pula tidak berapa menjadi kerana ia lebih dipelopori oleh penjual-penjual gerai di luar stadium. Tidak ada juga syarikat-syarikat yang berminat untuk menaja Johor. Ketika ini persoalan mula bermain di benak kepala "celah mana pulak nak korek duit ni? Fazura Holding ke?"
Hendak dijadikan lebih parah apabila pasukan Pahang pada penghujug tahun 2013 telah dibeli oleh seorang saudagar Genting. Semua pemain bintang Johor berpindah ke Pahang. Desas-desus ketika itu juga menyebut Guus Hiddink akan dibawa masuk oleh Soltan Bola untuk mengembalikan kegemilangan bolesepak Pahang. Fandi Ahmad turut dilantik menjadi pembantu Guus Hiddink. Manakala Petr Cech turut melahirkan rasa minatnya untuk kembali bekerjasama dengan Guus Hiddink.
Johor kehilangan semua pemain bintang mereka. Akibat daripada kerakusan ini mereka juga turut terlupa untuk membangunkan bakat pemain-pemain muda. Skuad Piala Presiden pula tidaklah sehebat mana untuk mengambil alih peranan sebagai skuad utama. Mahu atau tidak mereka terpaksa menyerapkan pemain piala presiden ke dalam skuad utama. Malangnya pada hujung musim 2014 mereka tersingking ke Liga Perdana dan bermain bersama pasukan Johor FA.
Keadaan menjadi haru-biru...TMJ mengumumkan perletakan jawatannya kerana ingin lebih fokus kepada Fazura Holding. Johor kembali ditadbir oleh orang-orang 'hebat' dalam bolasepak. Dan bolasepak Johor kembali murung dan hilang seperti yang pernah berlaku kepada pasukan MPPJ suatu masa dahulu. Amat mengerikan mimpi ini....
Kesimpulan
Yang mana satukah akan menjadi kenyataan? Adakah akan lahir pemain-pemain berbakat dari negeri Johor seterusnya mewakili Malaysia dan membawa negara kita layak ke Piala Dunia 2058 secara merit? Mampukah Johor menjadi kuasa bolasepak baru yang hanya bergantung kepada pembelian pemain bintang tanpa mempedulikan pembangunan akar umbi yang mana lebih baik untuk masa hadapan? Saya ulang semula pepatah Johor Jambi tadi "Setiap yang berlaku ada baik dan buruknya. Cuma masa sahaja yang akan menentukan."
fandi ahmad tu buat taik...buang je dia nmpk sgt JOHOR tk boleh lepas dari bayang2 spore
ReplyDeleteLu dah bongkar apa sebenarnya yang akan berlaku nanti...gua sokong 100%...
ReplyDeletePasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) melengkapkan aksi terakhir kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, di Johor Bahru malam tadi.
DeleteKemenangan tersebut menyaksikan skuad 'Harimau Selatan' muncul juara kumpulan F dengan kutipan 15 mata daripada enam perlawanan.
Pasukan JDT yang sudah mengesahkan kejayaan lebih awal ke pusingan kedua pada 28 April lepas, terpaksa menunggu pada minit ke-75 untuk membuka tirai jaringan menerusi Mohd Safee Sali hasil tendangan percuma Mohd Nazrin Mohd Nawi.
Skuad kendalian jurulatih dari Argentina, Mario Gomez itu menambah jaringan kedua pada minit ke-85 menerusi perancang tengah, Safiq Rahim yang memanfaatkan hantaran lintang Mahalli Jasuli.
Penyerang import JDT, Luciano Gabriel Figueroa mengesahkan kemenangan skuad 'Harimau Selatan' pada minit ke-89 selepas percubaan beliau terkena pemain pertahanan pelawat sebelum menerjah jaring.
JDT dijadual bertemu naib juara kumpulan H pada pusingan kedua di gelanggang mereka pada 27 Mei ini.
Kelab Liga Super Indonesia, Persib Bandung dan Ayeyawady United FC dari Myanmar akan membuat perhitungan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, esok, bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan H.
Dalam pada itu, wakil dari Hong Kong, Kitchee SC berjaya mengiringi JDT ke pusingan kedua kejohanan dengan kutipan 11 mata walaupun seri 2-2 menentang kelab dari India, East Bengal pada satu lagi perlawanan kumpulan F di Stadium Mongkok, Hong Kong.
- Bernama
Tmj da buktikan beliau mampu bwk nama jdt ke peringkat negara bahkan peringkat dunia. So artikel ni bole buang dalam tong sampah. Sekian
DeleteTmj da buktikan beliau mampu bwk nama jdt ke peringkat negara bahkan peringkat dunia. So artikel ni bole buang dalam tong sampah. Sekian
Deletesmua nye dah nampak....kene luaskan lu punya artikal nih
ReplyDeletehuh saudagar genting casino nk ambil alih Pahang.lepas pahang spe plak mungkin Mwlaka kot.
ReplyDeleteWah mimpi ngeri tu dah macam satu gambaran drama. Takpe, kita tunggu sama2 apa yang akan berlaku sesi 2013 nanti.
ReplyDeleteBanyak ramalan ramalan dan cakap2 bola skrg ni. memang panas.
buang sikap irihati pada pasukan johor,tulisan ini maksudnya macam org tak puashati dgn pasukan johor
ReplyDeletedaripada duduk tk buat ape2.. baik juga TMJ ada usaha nak bangun kan semula bola sepak johor.. berjaya atau tidak itu belakang cerita, yg penting dh cuba sesuatu.. zaman sekarang bola sepak bukan setakat sukan.. ia adalah bisnes.. fikir lah dengan pemikiran terbuka,.. jgn pemikiran yg sempit mcm diatas ni,..
ReplyDeletejohor fa yg terdiri daripada anak jati johor dah kalahkan selangor 1-0 kat tempat lawan, kalahkan pahang 3-0 kat tempat sendiri.. ade aku kesah??
ReplyDeletejohor fa bakal pencabar liga perdana, piala fa serta piala malaysia selain johor darul takzim fc..
bagi aku team johor darul takzim yg baru tu sebagai tarikan peminat...johor FA yg x digembar gembur itulah kekuatan utama..aku da tgok aksi diorg bermain...kritikan ko di dalam blog ni tidak membawa kesan akan kemenangan nanti....aku tidak tahu ko menyokong team mana....bagi aku TMJ dah buat yg terbaik...hal kewangan tu pandailah mereka cari....ko ada sumbangkan ke??..aku yang sebelum ni x pernah turun tgok bola kat stadium larkin tu..akhirnya turun sebab ada satu tarikan yg membawa ke sana......bola sepak ni da maju ke hadapan...tp ada juga pemikiran masih kebelakang.....klu kat luar negara...jauh lebih kehadapan...ko tgok MU je r....gaji pemain je seminggu da berapa...pemain malaysia baru up skit....da kecoh2...mcm mne nk maju....
ReplyDeletekecoh lebey sangat,tak payah nk tulis blog2 cam ni,kalau blog yang memberi informasi tentang islam xpelah gak..ni hemtam sana..pastu ade baik skit..kesimpulan nya..hati tak bersih
ReplyDeleteko nampk sngt nak hentam johor kan...
ReplyDeleteaqu doa harap2 mimpi ngeri lar akan jadik kat jdt...dengan FAM yg bangangnya,TMJ cam belagak baguihh...xsabar nk tunggu abes musim 2013 nii..wakakaaa...weii johorean,,blogger bgi 2 vrsi crita tuu,antra 2 kmungkinan bakal jadi kat jdt nanti,,,yg nk kecoh pasaipa...luaskan bangang jdt~~
ReplyDeleteJangan nak dok mengkritik sgt la, biar TMJ nak buat ape kt johor, duit dia, dia takde mintak kat kau pun, Sakai much ..
ReplyDeletemacamana malayu nak maju.. naik skit.. dah ada yg mengata... pulak tu.. orang sndiri...pikir positif laaaa...... bukan menhentam..at least gua dapat tgk any johor team main n stadium penuh.. gi suruh tmj abih kan duit tuk bola....ramai rakyat johor suka...dari dia beli kreta dan naik sndiri... bro.. lu nye story sengal laaa.. pena hitam, lu jeles ke tak dapat gaji macam players tu.. hehehe.." Johor, luaskan kuasamu"...
ReplyDeletebangsat penulis blog ni.. tak tahu cerita tak payah cerita la lanat...BUSUK HATI,.. BODOH BENGAP PEROSAK BANGSA.. TULIS TAK GUNA HOTAK.. TAK TAHU MALU TULIS MEREPEK MERABAN.. PENA HITAM KONON..BENGAP..GOBLOK TENAN...BACOL
ReplyDeletePenghujung musim 2014? turun liga? juara kot
ReplyDeleteTiada pembangunan akar umbi? Borussia Dortmund? Valencia? bole stay 20 tahun lagi kot.
*muntah hijau aku baca blog ni..jijiknyaa
Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) melengkapkan aksi terakhir kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, di Johor Bahru malam tadi.
DeleteKemenangan tersebut menyaksikan skuad 'Harimau Selatan' muncul juara kumpulan F dengan kutipan 15 mata daripada enam perlawanan.
Pasukan JDT yang sudah mengesahkan kejayaan lebih awal ke pusingan kedua pada 28 April lepas, terpaksa menunggu pada minit ke-75 untuk membuka tirai jaringan menerusi Mohd Safee Sali hasil tendangan percuma Mohd Nazrin Mohd Nawi.
Skuad kendalian jurulatih dari Argentina, Mario Gomez itu menambah jaringan kedua pada minit ke-85 menerusi perancang tengah, Safiq Rahim yang memanfaatkan hantaran lintang Mahalli Jasuli.
Penyerang import JDT, Luciano Gabriel Figueroa mengesahkan kemenangan skuad 'Harimau Selatan' pada minit ke-89 selepas percubaan beliau terkena pemain pertahanan pelawat sebelum menerjah jaring.
JDT dijadual bertemu naib juara kumpulan H pada pusingan kedua di gelanggang mereka pada 27 Mei ini.
Kelab Liga Super Indonesia, Persib Bandung dan Ayeyawady United FC dari Myanmar akan membuat perhitungan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, esok, bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan H.
Dalam pada itu, wakil dari Hong Kong, Kitchee SC berjaya mengiringi JDT ke pusingan kedua kejohanan dengan kutipan 11 mata walaupun seri 2-2 menentang kelab dari India, East Bengal pada satu lagi perlawanan kumpulan F di Stadium Mongkok, Hong Kong.
- Bernama
Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) melengkapkan aksi terakhir kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, di Johor Bahru malam tadi.
ReplyDeleteKemenangan tersebut menyaksikan skuad 'Harimau Selatan' muncul juara kumpulan F dengan kutipan 15 mata daripada enam perlawanan.

Hahaha...apa yg ko ramal semuanya salah...bolayan...cakap mcm pandai..realitinya haters
ReplyDelete