Friday, August 31, 2012

EP 1: Fokus Bola Eropah 2012.

Piala Super Eropah : Chelsea vs Atletico Madrid : 1/9/2012 2:45 AM MYT


Falcao


Kemantapan Chelsea wajar dicemburui oleh semua pihak. Keangkuhan Chelsea menjadi punca kepada "Musuhnyo Habis Binaso" di pagi rayo. Bertemu Juara Piala Europa iaitu Atletico Madrid akan menyerlahkan karakter sebenar anak buah Di Matteo untuk musim ini. Masalah Torres sudah selesai. Eden Hazard telah datang dan membawa sinar kejayaan buat Chelsea. Sudah pasti rekod 3 kemenagan dalam liga tempatan mahu diteruskan pula di eropah.


Bagi Atletico Madrid, bekas juara Piala Super Eropah 2010 ini, bolasepak Eropah Kelas B memang adalah kepakaran mereka. Jika tidak pakar, masakan boleh menjadi juara Piala Europa 2009/2010 dan 2011/2012. Oleh itu Chelsea perlu ada rasa gentar pada urat kentut dengan prestasi semasa Atletico Madrid yang mana baru-baru ini berjaya mengalahkan A.Bilbao 4-0. Ketajaman penyerang kelahiran Colombia, Falcao memang sudah sedia maklum dan wajar diberi perhatian oleh barisan pertahanan Chelsea.


Walaupun tanpa kehadiran Lelaki Perkauman Makan Isteri Kawan si John Terry, saya yakin almari piala di Stamford Bridge akan menjadi semakin sempit gamaknya.



Liga Perdana Inggeris : Liverpool vs Arsenal : 2/9/2012 8:30 PM MYT



Raheem Sterling


Kehilangan Persie bukanlah penghujung nyawa buat Arsenal. Namun melihat aksi Arsenal dalam 2 perlawanan yang lepas, ternyata skuad Arsene Wenger ini wajar dimasukkan ke ICU dengan kadar segera. Jika tiada perubahan pada barisan hadapan Arsenal, maka Liverpool pastinya akan dapat menewaskan mereka. Dengan spekulasi perpindahan Wallcott yang belum ada penyelesaiannya, ia sedikit sebanyak menggangu persediaan 'kanak-kanak tadika' menjelang pertemuan penting ini.


Manakala Liverpool pula kelihatan begitu bermasalah di bahagian pertahanan mereka. Walaupun barisan serangan mereka boleh dikatakan lebih baik dari Arsenal, namun tiada maknanya jika mereka dengan murah hati melepaskan gol-gol cap ayam kepada pasukan lawan mereka. Tumpukan perhatian pada Raheem Sterling. Anak muda ini berjaya mendapat aksi penuh dalam penampilan pertama ketika menentang Man City. Walaupun agak kabut, tapi kita mahu melihat wajah baru ditampilkan agar pemain-pemain tua tak terlalu selesa.


Skuad bersejarah Liverpool akan membuatkan anak muda Arsenal menangis teresak-esak.

Seria A : Inter vs Roma : 3/9/2012 2:45 AM MYT


Diego Militto


Bolehlah dikatakan Roma ketika ini sedang dalam keadaan tidak selesa. Selepas seri dalam perlawanan pertama mereka mesti mengukir kemenangan sulung dalam aksi yang diramalkan panas membara bagaikan api perjuangan kemerdekaan gamaknya. Erik Lamela menonjol dalam perlawanan pertama. Barisan tengah yang diketuai Rossi pastinya akan menghadirkan resah kepada Inter Milan. Sekiranya Roma mahu menang, si tua kacak Totti perlu diletakkan dalam kesebelasan utama bersama-sama Pablo Oswaldo. 


Diego Militto dalam kemucak prestasinya ketika ini. Kehadiran Cassano juga menjadikan barisan serangan Inter kelihatan amat berpengalaman dalam mencari gol ke atas pasukan yang mereka tentang. Namun selain daripada itu, pasukan Inter adalah sama sahaja seperti musim lepas. Tiada pemain yang benar-benar mampu mendatangkan gerun apabila lawan bertemu mereka. Bisa Sneijder masih ditagih jurulatih Andrea Stramaccioni dalam mencorakkan serangan Inter Milan.


Kedua pasukan mempunyai pertahanan yang mantap. Keputusan seri 2-2 sudah cukup membuatkan penyokong masing-masing tersenyum kelat.


La Liga :  Barcelona vs Valencia : 3/9/2012 3:30 AM MYT





Alba


Tewas pada Real Madrid dalam Piala Super Sepanyol hanya menjadikan Barcelona lebih bersemangat. Namun ketiadaan pertahanan tengah yang tulen seperti Pique dan Puyol menyerlahkan kelemahan utama Barca. Meletakkan si kecil Macsherano sebagai pengganti Puyol hanya mendedahkan bahaya kepada Valdes yang sememangnya sengal-sengal ayam. Bagi Jordi Alba pula, dia berpeluang mempamerkan aksi cemerlang dihadapan bekas majikannya. 



Setiap musim Valencia pasti akan kehilangan pemain terbaik mereka. Tetapi prestasi mereka tidak pernah jatuh merudum. Dua keputusan seri sebelum ini ketika bertemu Real Madrid dan Deportivo bolehlah dikatakan rezeki di bulan syawal. Jika tewas kepada Barcelona, maka Valencia akan lebih terjerumus ke dasar bawah liga. Masih terlalu awal untuk kita menilai presatasi mereka kerana Valencia pasti akan bangkit apabila mereka sudah mula 'panas badan'.


Musim lepas pertemuan kedua pasukan lebih berpihak kepada Barcelona. Dan itu akan berterusan...

Tuesday, August 28, 2012

Pemain Terbaik August 2012


Kwadwo Asamoah

Date of Birth:    Dec 9, 1988 (Age 23)
Place of Birth: Accra, Ghana
Nationality: Ghana
Height:         178 cm.
Weight:         76 Kg.
Position:         Midfielder
Squad No:       22

Watak penting setakat ini untuk Juventus. Meneruskan aksi cemerlang ketika perlawanan pembukaan Piala Super. Asamoah sekali lagi membantu Juventus menewaskan Parma 2-0 dan menjadi pemain terbaik dalam  perlawanan itu.



Eden Hazard

Date of Birth: Jan 7, 1991 (Age 21)
Place of Birth: La Louviere
Nationality: Belgium
Height: 170 cm.
Weight: 69 Kg.
Position: Midfielder
Squad Number: 17


Beroleh 3 anugerah pemain terbaik perlawanan berturut-turut untuk Chelsea. Merupakan pemain baru paling berbaloi dalam skuad Chelsea untuk musim 2012/13. Satu gol sudah dimilikinya dan lebih banyak yang terbaik akan muncul dari kaki Hazard.




Arda Turan

Date of Birth: Jan 30, 1987 (Age 25)
Place of Birth: Estanbul
Nationality: Turkey
Height: 176 cm.
Weight: 74 Kg.
Position: Midfielder
Squad Number: 11


Beliau menjaringkan gol pada perlawanan pertama menentang Levante. Arda Turan kemudiannya membantu Atletico Madrid membelasah Athletic Bilbao 4-0. Beliau masih tetap dengan pendiriannya mahu kekal bersama A.Madrid dan menolak semua spekulasi perpindahanya. 





Marco Reus

Date of Birth: May 31, 1989 (Age 23)
Place of Birth: Dortmund
Nationality: Germany
Height: 180 cm.
Weight: 74 Kg.
Position: Midfielder
Squad Number: 11


Musim lepas antara pemain terbaik dalam Bundesliga. Membuat penampilan sulung bersama Borussia Dortmund dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke 11' ketika bertemu Werder Bremen. Menerima anugerah pemain terbaik untuk perlawanan tersebut.

Monday, August 27, 2012

RVP, PSG dan Kegatalan Shabinee



Selamat Hari Raya Mahap Zahir dan Batin. Setelah penat seminggu mentekedarah kari, kambing, lemang, ketupat, semperit ,batang buruk..akhirnya kawe kembali dengan 'mood' segar bugar bagaikan baru kembali dari tanah suci Mekah gamaknya..Amiiin..Insya'allah..Raya tahun ini sedikit haru-biru dengan musim bolasepak Eropah dan Piala Malaysia yang muncul tepat pada waktu genting ketika Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mahu membuat pengumuman keramat tersebut.

Eid Mubarak - Samir Nasri 

Sedang kita asyik menganyam ketupat palas dan ketupat pulut, Samir Nasri pula sibuk berjuang demi kejayaan kelab Manchester City yang terkial-kial mahu menewaskan Southampton - kelab yang baru naik Divisyen ke Liga Perdana Inggeris dalam aksi pertama mereka minggu lalu. Bila sebut pasal hari raya dan EPL, kita pastinya takan lupa dengan pengorbanan beberapa pemain bolasepak yang turut beraksi ketika menjelangnya Aidilfitiri. Antaranya Cisse dan Ba, Yaya dan Kolo Toure, Ben Arfa dan   Ali Al Habsi. Namun yang paling kita semua sayangi semestinya Abang Robin Van Persie. WOW!!!

RVP - Raya Sakan tahun ini. 

Gol Pertama bertaraf dunia!!!
RVP semestinya manusia yang gembira musim ini dengan memulakan aksi EPL menjelang Aidilfitri bersama kelab terulung Manchester United setelah meninggalkan sekumpulan kanak-kanak di Emirates Stadium (tak perlu keluar duit raya tahun ini). Mungkin penampilan pertama selama 20' minit ketika tewas kepada Everton tidak patut dijadikan ukuran prestasi bagi baki 9 bulan yang akan datang. Ini tidak adil!!


Tersentak dengan kekalahan kepada Everton. Man United tampil garang dengan meletakkan RVP dalam kesebelasan utama dengan meninggalkan Rooney, Wellback dan Chicharito termanggu-manggu di bangku simpanan tanpa ada idea untuk mengemaskini akaun twitter mahupun facebook mereka. RVP seperti dijangka membuka lembaran Aidilfitri dengan gol yang menarik sekaligus menutup molot anak-anak muda penyokong Arsenal yang memandang enteng kebolehan pemain yang menghampiri waktu senja ini.


Penganalisis hebat pernah berkata "Lebih baik kalah dengan Everton 1-0 daripada kalah 3-0 ataupun seri dengan pasukan baru naik divisyen". Namun saya dengan ANGKUH mengatakan bahawasanya lebih baik menang 3 perlawanan berturut-turut daripada seri 3 perlawanan berturut-turut. Oh Paris Saint Germain....


PSG - Seri kali ketiga adalah bencana menyerupai Tsunami.


Bukan tiket express untuk menuju kejayaan
Kadangkala tidak semua pelaburan gelojoh akan membawa hasil kejayaan yang segera. PSG nampaknya perlu lebih bersabar dan mencontohi kelab kaya gelojoh terdahulu seperti Chelsea dan Mancheter City. PSG telah seri dengan Lorient 2-2, Ajaccio 0-0 dan terkini Bordeaux 0-0. Kini mereka mengumpul 3 mata dan menduduki tangga ke-11 Ligue 1. Perkara seperi ini tidak sepatutnya berlaku di awal musim pembukaan Ligue 1 sekiranya kita mahu membandingan perbelanjaan yang mereka telah lakukan dengan pasukan-pasukan lain.
 

Mengikut kiraan saya, sejak Julai dan Ogos 2012, PSG telah membelanjakan  140 Juta Euro hanya untuk membawa masuk 5 orang pemain (Zlatan, Lavezzi, Moura, Verrati dan Thiago Silva). Dengan 140 Juta ini, kita boleh buat rumah terbuka hari raya di Seri Kembangan selama sebulan gamaknya...Namun Ancelotti semestinya tahu bagaimana mahu mengatasi masalah ini. Ataupun masalah ini akan mengatasi Ancelotti dan beliau dengan mudahnya akan dipecat. Siapa tahu?


Sharibinee dan Kegatalan



Hari Raya tanpa Sharbinee Allawee ibarat beraya tanpa mercun dan bunga api. Pada perlawanan kedua Piala Malaysia antara pasukan Terengganu dan ATM. Sesuatu yang mengerikan telah menimpa Saudara Sharbinee yang kita semua sayangi...

“Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.

Amboih...sampai nak berbogel gamaknya. Mengalahkan Petr North dah ni..Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.

Mengikut laporan doktor yang merawat beliau, kegatalan teruk yang dialaminya itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubatan.  Mungkin beliau terlampau banyak makan udang dan ketam pada Hari Raya yang lepas sehingga terlupa dengan alahan yang dimilikinya itu. Begitulah pentingnya pemantauan makanan dikalangan atlet. Janganlah main sebat ikut sedap nafsu perut jek. Itu Sharbinee yang buka baju. Bayangkan kalau Alex Morgan berbuat demikian..fuuuuuuuuuuh...

Alex Morgan dan pingat emas Olimpik 2012

Monday, August 20, 2012

Perutusan Hari Raya.












Salam Aidilfiti dari kawe Muhammad Hadri@Daie@Mata Pena Hitam. Mohon Maaf Zahir dan Batin atas segala kesilapan dalam tempoh kawe menulis, mengkritik dan tersalah info. Kawe akan tetap berjuang dan terus menjadikan impian kita sebagai rakyat Malaysia untuk melihat Pasukan Harimau Malaya beraksi di Piala Dunia 2058 secara merit.

EID MUBARAK!!!!!!

Thursday, August 16, 2012

Kesetiaan Dalam Bolasepak? Dah lama lupus...





Salam Ramadhon dan Syawal yang kian hampir tiba. Hari ini mahu bercerita tentang kesetiaan dalam bolasepak. Bolasepak moden kini amat payah untuk kita jumpa pemain bolasepak yang setia hanya pada satu kelab sahaja. Jikalau ada pun hanyalah beberapa kerat sahaja. Mungkin juga mereka tidak mahu digelar sebagai hanjeng yang setia pada tuannya. Maka mereka memilih untuk meninggalkan pasukan yang telah menaikkan namanya.


Saya mahu mengecilkan fokus kesetiaan pada kelab atau pasukan ini hanya kepada Arsenal F.C. Ini kerana Arsenal begitu sinonim dengan kehilangan tonggak utamanya pasukan lain. Apakah puncanya? Bosankah berkerja di bawah telor Arsene Wenger? Tak bebas bersosial? Tiada Piala? Setiap tahun datang Malaysia macam dah tiada tempat lain mahu pergi? Ermmmm..semuanya bergantung kepada pemain yang mahu berpindah itu sendiri.


Pada 2006, Ashley Cole telah meninggalkan Arsenal untuk beraksi bersama Chelsea yang nyata lebih kaya pada ketika itu. Dengan tawaran gaji yang lumayan, Cole memang tidak dapat menolak slip gaji dari Chelsea. Walaupun sebelum itu Arsenal adalah pasukan yang mantap, namun dek kerana baru sahaja berkahwin dengan Cheryl Tweedy, banyak hutang yang perlu dilunaskan selepas majlis gilang gemilang perkahwinan mereka berdua. Hutang mak andam, katering, dan penanggah sahaja sudah mencecah jutaan pound. Namun perpindahan ini memang langkah yang cerdik. Hasilnya deretan kejayaan yang Cole raikan bersama Chelsea. Manakala Arsenal pula mula mengalami kemarau piala yang mengerikan.


Thierry Henry adalah individu yang sangat berpengaruh ketika menjawat jawatan ketua pasukan di Arsenal. Daripada seorang budak 'pembancuh air' di Juventus, beliau bertukar menjadi pemain bertaraf dunia sehinggakan Azman Adnan pun menggigil lutut apabila mendengar nama Henry. Ya, memang dia seorang ketua pasukan yang hebat. Namun beban yang beliau pikul amatlah besar dan penuh tekanan. Kesudahannya beliau membuat keputusan berpindah ke Barcelona pada June 2007 dengan nilai perpindahan sebanyak 24 Juta Euro. Kehilangan Henry ini menyebabkan hampir 300 juta orang peminat Arsenal bertukar sokongan kepada kelab Barcelona.


Kisah sedih Arsenal berterusan apabila seorang remaja hebat, Fabregas turut mengambil langkah yang sama. Fabregas telah dilantik menjadi ketua pasukan Arsenal pada 2008 bagi menggantikan Gallas yang hanyut dengan rajuknya itu..."Menjadi ketua pasokan Arsenal merupakan impian saya sejak dari dalam perot mak saya lagi..." komen Fabregas pada sidang media perlantikannya sebagai ketua pasukan Arsenal. Seperti biasa, apabila reputasi semakin meningkat, anak muda dari Arsenal mula panas bontot setelah menerima tawaran dari kelab yang lebih hebat. Maka pada 2011, Fabregas telah membuat kejutan yang memang sudah ramai jangka...berpindah ke Barcelona dengan harga 29 Juta Euro. Dikhabarkan 10 orang pelajar Universiti of London cuba membunuh diri selepas menerima berita buruk ini..


Selepas itu Arsenal terus kehilangan pemain yang boleh dikatakan tonggak seperti Kalo Toure Emmanuel Adebayor, Gael Clichy dan Samir Nasri. Semuanya jatuh ke tangan Manchester City. Umum mengetahui sekiranya seseorang pemain itu berpindah ke Man City, ia adalah kerana untuk mencari kemewahan wang dan kejayaan menjulang piala. Tetapu kita juga perlu faham mereka ini semua manusia biasa yang berkerja makan gaji. Barang-barang makin mahal..minyak, rumah, kereta, tol...ermmmm...dekat UK mana ade kedai 1 MALAYSIA...


Dan terbaru!!!!!Si Van Persie pula membuat gerakan maut tahap hanjeng apabila dengan gembira mahu berpindah ke Machester United. Kenapa tidak ke Juventus? Entahlah...berpindah ke kelab musuh tradisi hanya akan mengeruhkan keadaan. Tidak sabar melihat perlawanan Arsenal vs Manchester United. Adakah kita akan dapat lihat adengan baling kerusi stadium? Pijak muka bekas rakan sepasukan? Inilah dia keseronokan bolasepak England. Susah hendak kita buang dari minda masyarakat Malaysia..padahal pasukan lain pun sibuk jual beli pemain..ye tak??

Saturday, August 11, 2012

Bolasepak Olimpik London 2012:Mexico leburkan ego Brazil.



TAHNIAH MEXICO. Ketika Brazil sibuk mencuri tumpuan kita dengan barisan pemain remaja mereka yang begitu hangat di pasaran. Mexico dengan selamber hanjeng pula menewaskan mereka dalam perlawanan akhir Olimpik London 2012. Tak payah kita cerita tentang senarai pemain Brazil kerana umum sudah mengenai kebanyakan mereka. 


Meraikan gol pertama


Oribe Peralta. Ya ingat nama ini. Wira Mexico ini menjaringkan 2 dua. Gol pertama hadir pada minit 1'. Puncanya daripada kesilapan Rafael yang menghantar perlahan bola ke belakang namun dipintas oleh Peralta. Kenyataannya sebelum ini "We can beat anyone" ternyata benar belaka. Sekali lagi beliau menjaringkan gol kedua pada minit ke 75' dan ini telah menutup terus peluang Brazil. 

Meraikan gol kedua dengan penuh gaya

Gol saguhati diderma oleh Mexico kepada Brazil pada minit ke 90' dengan Hulk mengukir nama sebagai penjaring gol. Sekalung padan muka buat semua pemain Brazil yang tidak bermain dalam sebuah unit yang baik untuk memberi pingat emas kepada negara mereka. Ini menambah hikayat kegagalan kepada pasukan Brazil. "No World Cup, No Copa America, No Olympic Medal".


Bangang abadi bergaduh sesama mereka.

SATU MEXICO!!!!!


Piala Super TIM Itali: Juventus vs Napoli



Buat kali ketiga Piala Super Itali berlangsung di negara China dengan Stadium Nasional Beijing menjadi pilihan. Perlawanan kali ini diselubungi dengan isu skandal rasuah bolasepak Itali yang kembali menghantui minda peminat bolasepak sejagat. Kesan daripada skandal ini, jurulatih Juventus telah digantun 10 bulan. Namun pemain Juventus menerimanya dengan redha dan hati terbuka.


Juventus bertemu Napoli dalam keadaan bumi Beijing dilimpahi hujan lebat. Tetapi ia tidak menghalang setiap pemain mempamerkan aksi-aksi menarik mereka. Juventus mempertaruhkan barisan pertahanan mantap yang diketuai oleh Buffon, Lucio, Bonucci dan Berzagli. Manakala Napoli masih yakin dengan barisan serangan tajam mereka sejak dari musim lepas lagi dengan sandaran kekal diberikan kepada Hamsik, Cavani dan Pandev. 


Napoli dengan cemerlang mendahului perlawanan pada minit ke 27' hasil daripada jaringan Cavani yang cantik melepasi perangkap offside pasukan Juventus sebelum dengan cemerlang menewaskan Buffon ketika hanya berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol berpengalaman tersebut. Ternyata penyerang yang menjadi sasaran Chelsea ini sangat berbisa apabila berada di hadapan gol.


Tersentak dengan jaringan itu, Juvetus mula mengatur serangan dengan lebih tersusun lagi. Hasilnya Kwadwo Asamoah berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 37'. Asamoah telah melakukan voli cantik selepas menerima hantaran dari Arturo Vidal. Tetapi percayakah anda Napoli adalah pasukan yang liat untuk ditewaskan? Sekali lagi Napoli dihadapan pada minit ke 41' dengan Goran Pandev menjadi penjaring selepas kesilapan Bonuccin ketika hentak mengeluarkan bola dari kawasan gol Juventus. Tamat separauh masa pertama dengan Juventus 1- Napoli 2.


Separuh masa kedua Juventus pantas membuat pertukaran dengan memasukan Vucinic menggantikan Matri yang kelihatan gagal mempamerkan aksi terbaiknya. Hasilnya Vucinic nyaris-nyaris menyamakan kedudukan pada minit ke 47' apabila cubaannya terkena tiang. Vucinic sekali lagi mempunyai peluang gol pada minit ke 57' namun aksi cemerlang De Sanctis menafikan Juventus untuk mendapatkan gol penyamaan.


Hujan semakin lebat dan Juventus semakin terdesak untuk menyamakan kedudukan. Sekurang-kurangnya kejayaan Juventus ini akan dapat mengubati kesedihan skandal rasuah yang melanda mereka. Usaha kental Vucinic yang tidak mengenal erti jemu akhirnya berhasil apabila berjaya menghadiahkan sepakan penalti selepas dikasari Fernandez di dalam kotak penalti. Vidal telah diberi kepercayaan untuk menyempurnakan penalti tersebut. Pada minit ke 70' kedudkan menjadi Juventus 2 -  Napoli 2. Perlawanan  semakin sengit dan mendebarkan.


Keganasan juga berlaku seiring dengan kerancakkan perlawanan. Kesannya Goran Pandev dilayangkan kad merah pada minit ke 85'. Manakala Zuniga pula dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke 90'. Jurulatih Napoli Walter Mazzarri juga turut diarahkan keluar padang selepas membantah keputusan pengadil tersebut. Perlawanan 90' minit tamat dan teruskan dengan masa tambahan. Napoli mula bermain dengan 9 orang dan ini sebanyak mengganggu rentak mereka.


Ternyata Juventus berjaya mengambil kesempatan dari kekurangan Napoli ini apabila mereka buat pertama kalinya mendahului dalam perlawanan ini selepas sepakan percuma Pirlo ditanduk sendiri oleh Christian Maggio pada minit ke 97'. Napoli semakin lumpuh apabila Vucinic akhirnya berjaya menjaringkan gol ke-4 pada minit ke 100. Jelas taktik Napoli yang terlalu awal mengeluarkan Hamsik dan Cannavaro memakan diri mereka sendiri. 


Akhirnya hujan lebat di bumi Beijing menjadi saksi kejayaan Juventus menjulang Piala Super Itali  edisi 2012/2013. Mereka telah menunjukkan bagaimana cara terbaik untuk memenangi perlawanan walaupun sudah ketinggalan pada awalnya. Juventus 4 - Napoli 2. Tahniah buat Juventus!!!


Chelsea - Manchester City Preview: Kewangan vs Kekayaan


August 12, 2012 8:30 PM
Villa Park — Birmingham
Referee:‬ K. Friend‎



Pujangga pernah berkata..."Maka bijak dan bergeligalah otak seseorang itu sekiranya beliau menyokong pasukan bolasepak Chelsea"

Ramai yang cemburu sekiranya pasukan yang memenangi Piala Perisai ini adalah Chelsea. Maka bermacam-macam komen akan keluar dari molot busuk mereka ini. Katanya Piala Mc D lah, Perisai Ironman lah dan pelbagai kritikan pra-matang yang akan kita dengar. Namun apa yang ingin ditegaskan ialah...KAU ADA??



Coach, Janji akan ditepati oleh pasukan kita!!!!

Chelsea akan sekali lagi turun mempertahan dan memperjuangkan imej rakyat London yang kian tercemar dek kegagalan bersiri daripada pasukan Arsenal, Spurs, Fulham, QPR dan kini saudara baru yang kembali ke kancah EPL West Ham United. Jikalau tiada kelab sehebat Chelsea di muka bumi ini, maka pupuslah harapan rakyat kota London hendak melihat kejayaan singgah di pekan mereka. Chelsea lagi.....ermmmmsss..

Musuh lama bertemu!!!

Seperti biasa Chelsea akan turun beraksi dengan bergaya menewaskan Manchester City yang masih terkial-kial mengumpul peminat mereka di rantau Asia. Chelsea yang serba mantap akan menurunkan pejaga gol tak takut mati - Petr Cech, pertahanan lembu laga dan si cerdik  - Terry dan Cahill serta Ivanovic dan Cole, pemain tengah bijaksana - Lampard , Mikel dan Meireless juga barisan serangan tajam nak mampos - Ramires, Torres dan Hazard. Mana nak cari pasukan yang hebat dan lengkap seperti ini????

Tevez bakal menjadi lauk

Pada akhir perlawanan seperti biasa Chelsea akan melakar kejayaan mutlak ke atas Manchester City. Chelsea 2 - Man City 1.

Friday, August 10, 2012

Mat Ghaddar, Wak Am dan Bun..satu lagi kisah jahil dari FAM


Salam..sebenarnya isu pergaduhan 3 ekor pemain bolasepak ini berlaku ketika saingan Liga Super masih berlangsung lagi iaitu pada 29 Jun 2012 . Namun ia baru sahaja dibicarakan di mahkamah FAM memandangkan ramai pegawai atasan FAM sibuk beribadat sempena bulan Ramadhon yang mulia ini. Seperti biasa juga FAM begitu seronok membuat perangai 'mabok' mereka berulang kali. Dan kalau tak 'mabok' tu, bukanlah FAM namanya.

Dalam kes ini, FAM telah meminta KAFA membuat laporan rasmi beserta bukti bagi membuktikan Bunyamim telah melakukan keganasan ke atas Ghaddar. Namun dalam isu yang sama menimpa Bunyamim pula, tanpa sebarang surat bantahan rasmi dari FAS, FAM dengan selamber hanjeng mengeluarkan surat pertuduhan kepada Mat Ghaddar. Di sini menampakkan kebebalan FAM dalam mentadbir bolasepak Malaysia. Kenapa ada prejudis dalam membuat sesuatu tindakan? Apa undang-undang yang diguna pakai oleh FAM?

Kesan daripada kebangangan FAM ini, moncol satu susuk individu memberi komen bernas berbunyi..


"Saya rasa mereka perlu dihantar ke sekolah untuk belajar undang-undang. Tidak betul kalau mereka cakap kena buat aduan dulu baru siasatan dibuat. Sepatutnya FAM sebagai badan induk bolasepak negara boleh terus melakukan siasatan terhadap sesuatu kes tersebut walaupun ia sekadar desas-desus sahaja. Mereka ada hak untuk siasat. Dalam kes Bunyamin, Amri dan Ghaddar ini saya tak kata mereka ada 'double standard'. Tapi FAM sebenarnya jahil dengan undang-undang mereka sendiri," Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.

Namun saya tahu ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada FAM. Bagaikan bercakap dengan tembok, mulut penat tiada hasil gamaknya. Dan ternyata sangkaan ini tepat belaka. Dalam kenyataan lain, si bijak pandai Aizuddin atau nama manjanya Judin, menolak untuk menjawab sebarang soalan wartawan mengenai isu tersebut. Beliau tidak mahu mengeluarkan kenyataan balas terhadap kritikan Kay Kim itu. Mungkin beliau tidak faham ataupun kurang bijak dalam mengendalikan soalan wartawan. Sipa tahu kan? Ataupun mahu menjaga periuk nasik beliau?

"Besar ni haaaa periuk nasik saya...."


Hasil daripada mesyuarat 3 jam FAM tentang kes ini. (3 jam ini tidak termasuk solat terawih dan moreh, sebab ia dibuat disiang hari). Wak Am dan Bun telah dikenakan hukuman gantung 3 perlawanan serta denda RM 1,500.00 setiap seorang daripada Jawantankuasa Tatatertib FAM. Ini kerana selepas kedua mereka menghantar borang A iaitu mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan. Bayangkan kalau mereka tak mengaku bersalah? Maunya dekat 5 tahun kes ini baru selesai. Sementara itu, kes yang melibatkan Mat Ghaddar pula ditangguhkan kepada 16 Ogos 2012 bagi menunggu beliau pulang dari Lubnan. Berkahwin katanya...


Kadangkala terpikir juga, di mana kita mau lihat lawak sarkis lagi sekiranya FAM ini dibubarkan?

Monday, August 6, 2012

Jadual Lengkap Piala Malaysia 2012.



GROUP A
 Johor  Johor FC  Lions XII  PKNS FC
  
August 22
8.45pm 
PKNS FC vs JohorPetaling Jaya
Stadium
Kelana Jaya
August 22
8.45pm 
Johor FC vs Lions XIIJCorp
Stadium
Pasir Gudang
August 25
8.45pm 
Johor vs Johor FCTan Sri Dato Hj Hassan Yunos StadiumLarkin
August 25
7.45pm
Lions XII vs PKNS FCJalan Besar
Stadium
Singapore
August 28
8.45pm 
Johor vs Lions XIITan Sri Dato Hj Hassan Yunos StadiumLarkin
August 28
8.45pm 
PKNS FC vs Johor FCPetaling Jaya
Stadium
Kelana Jaya
September 1
7.45pmLions XII vs JohorJalan Besar
Stadium
Singapore
September 18.45pmJohor FC vs PKNS FCJCorp
Stadium
Pasir Gudang
September 48.45pmJohor FC vs JohorJCorp
Stadium
Pasir Gudang
September 48.45pmPKNS FC vs Lions XIIPetaling Jaya
Stadium
Kelana Jaya
September 148.45pmJohor vs PKNS FCTan Sri Dato Hj Hassan Yunos StadiumLarkin
September 148.45pmLions XII vs Johor FCJalan Besar
Stadium
Singapore




GROUP B
  ATM  Kedah  Kelantan  Terengganu
  
August 22
8.45pm 
Kedah vs ATMDarul Aman
Stadium
Alor Setar
August 22
8.45pm 
Terengganu vs KelantanSultan Ismail Nasiruddin StadiumKuala Terengganu
August 25
8.45pm 
ATM vs TerengganuSelayang
 Stadium
Selayang
August 25
8.45pm
Kelantan vs KedahSultan Muhammad IV
Stadium
Kota Bharu
August 28
8.45pm 
ATM vs KelantanSelayang
 Stadium
Selayang
August 28
8.45pm 
Kedah vs TerengganuDarul Aman
Stadium
Alor Setar
September 1
8.45pm 
Kelantan vs ATMSultan Muhammad IV
Stadium
Kota Bharu
September 18.45pmTerengganu vs KedahSultan Ismail Nasiruddin StadiumKuala Terengganu
September 48.45pmTerengganu vs ATMSultan Ismail Nasiruddin StadiumKuala Terengganu
September 48.45pmKedah vs KelantanDarul Aman
Stadium
Alor Setar
September 148.45pmATM vs KedahSelayang
 Stadium
Selayang
September 148.45pmKelantan vs TerengganuSultan Muhammad IV
Stadium
Kota Bharu




GROUP C
 Felda United  Negeri Sembilan  Perak  Sime Darby FC
  
August 22
8.45pm 
Felda United vs Negeri SembilanHang Jebat
 Stadium
Malacca
August 22
8.45pm 
Sime Darby FC vs PerakSelayang
 Stadium

Selayang
August 25
8.45pm 
Negeri Sembilan vs Sime Darby FCTuanku Abdul Rahman
 Stadium
Paroi
August 25
8.45pm
Perak vs Felda UnitedPerak
Stadium
Ipoh
August 28
8.45pm 
Negeri Sembilan vs PerakHang Jebat
 Stadium
Paroi
August 28
8.45pm 
Felda United vs Sime Darby FCHang Jebat
 Stadium
Malacca
September 1
8.45pm 
Perak vs Negeri SembilanPerak
Stadium
Ipoh
September 18.45pmSime Darby FC vs Felda UnitedSelayang
 Stadium

Selayang
September 48.45pmSime Darby FC vs Negeri SembilanSelayang
 Stadium

Selayang
September 48.45pmFelda United vs PerakHang Jebat
 Stadium
Malacca
September 148.45pmNegeri Sembilan vs Felda UnitedTuanku Abdul Rahman
 Stadium
Paroi
September 148.45pmPerak vs Sime Darby FCPerak
Stadium
Ipoh




GROUP D
 Pahang  Sarawak  Selangor  T-Team FC
  
August 22
8.45pm 
Pahang vs T-Team FCDarul Makmur
 Stadium
Kuantan
August 22
8.15pm 
Sarawak vs SelangorSarawak State
 Stadium

Kuching
August 25
8.45pm 
T-Team FC vs SarawakSultan Ismail Nasiruddin StadiumKuala Terengganu
August 25
8.45pm
Selangor vs PahangShah Alam
Stadium
Shah Alam
August 28
8.45pm 
T-Team FC vs SelangorSultan Ismail Nasiruddin StadiumKuala Terengganu
August 28
8.45pm 
Pahang vs SarawakDarul Makmur
 Stadium
Kuantan
September 1
8.45pm 
Selangor vs T-Team FCShah Alam
Stadium
Shah Alam
September 18.15pmSarawak vs PahangSarawak State
 Stadium

Kuching
September 48.15pmSarawak vs T-Team FCSarawak State
 Stadium

Kuching
September 48.45pmPahang vs SelangorDarul Makmur
 Stadium
Kuantan
September 148.45pmT-Team FC vs PahangSultan Ismail Nasiruddin StadiumKuala Terengganu
September 148.45pmSelangor vs SarawakShah Alam
Stadium
Shah Alam



QUARTER-FINALS  
September 28/
October 5
Leg 1/Leg2D2 vs A1/A1 vs D2
September 28/
October 5

Leg 1/Leg2 
C2 vs B1/B1 vs C2
September 28/
October 5

Leg 1/Leg2 
B2 vs C1/C1 vs B2
September 28/
October 5

Leg 1/Leg2A2 vs D1/D1 vs A2



SEMI-FINALS  
October 8/
October 12
Leg 1/Leg2Winner QFvs Winner QF3/Winner QF3 vs Winner QF1
October 8/
October 12

Leg 1/Leg2 
Winner QFvs Winner QF4/Winner QF4 vs Winner QF2



FINAL  
October 20Winner SFvs Winner SF2