Bila aku baca komen macam gini...
"Mamat yg tulis blog tu pandai sangat ke main bola?"
Aku istighfar panjang sambil mengurut dada. Kenapa tak tanya jek Arsene Wenger, Alex Ferguson, Jose Mourinho, Jurgen Klopp tu pandai main bola ke tidak? Tak hairanlah rangking FIFA steady jek 160.
Showing posts with label General Biasa. Show all posts
Showing posts with label General Biasa. Show all posts
Thursday, October 24, 2013
Friday, May 31, 2013
Buang Kebencian Itu
Aku:
Pahang vs JDT pagi jam 8.00am? Dah macam pendidikan jasmani pulok. Ini semua salah JDT. Sejak JDT wujud sekitar Nov 2012, Malaysia tak menang semua friendly pra AFF Cup, gagal menang AFF Cup & kalah 4 dalam 5 perlawanan terakhir. Pahang rekod bersih tak pernah penyokong merusuh, boleh jadi hal hari ni sebab JDT. Cara terbaik mansuhkan JDT. Liga Malaysia sebelum ni terkawal sebelum JDT wujud.
Puyol:
Apa Statement kau ni daie? Kau ni orang Johor kan? Kenapa kau benci sangat dengan JDT?
Aku:
Aku bingkas bangun dan menjawab soalan itu dengan jawapan yang tiada kena mengena dengan soalan...Esok aku nak balik Tangkak, mohon jangan sambut kepulanganku dengan buluh runcing.
Tuesday, May 21, 2013
Bukan Cerita Bola: Pasar Malam UIA Satu Fenomena Menjana Pemikiran Menjadi Lebih Kreatif dan Puitis.
Malam ini, bulan kelihatan tersipu-sipu malu. Seakan-akan segan untuk menonjolkan dirinya. Bulan pun, cahayanya tetap setia menyinari di segenap alam ini. Jam dikomputer menunjukkan 11:16 minit malam, menandakan malam semakin hampir kepada puncaknya sebelum pagi menjengah. Aku jadi bosan memikirkan musim bola sepak Eropah yang sudah tamat. Yang ada pun selepas ini adalah Piala Konfederasi. Tiba-tiba aku teringat pada Pasar Malam UIA. Entah kenapa UIA kelim ini pasar malam diorang pun aku kurang periksa.
Sebenarnya aku memang tidak suka pergi pasar malam UIA ni sebab aku teringat akan satu Hadis dimana mafhumnya, Rasulullah melarang umatnya untuk pergi ke pasar dengan tujuan untuk bersiar-siar dan membuang masa kerana di situ terdapat begitu banyak Syaitan berkeliaran. Jadi, jika aku betol-betol lapar barulah aku keluar mencari makanan. Jika tidak aku akan duduk sahaja di dalam bilik menelaah dan membaca buku serta membuat latih tubi yang diberikan oleh cikgu-cikgu BMI. Ya, aku seorang yang rajin. Ada masalah?
Ada jugak yang menggelar hari pasar malam UIA ini sebagai hari keluarga. Sebab masa inilah depa nak kuaq dating dengan marka masing-masing. Aku? Masih lagi di dalam bilik menelaah pelajaran. Bagi yang tiada pacaran pula, mereka gemar keluar secara berkumpulan. Kalau sekumpulan budak-budak lelaki ni dari jauh kita nampak macam perhimpunan haram anjuran sebuah parti pembangkang yang tewas pada PRU 13 baru-baru ini. Mana tidaknya, sekali keuar macam askar berkawad 2-3 batalion. Padahal nak beli sebekas dadih dan keropok lekor RM2. Kita biarkan budak-budak lelaki ini dengan dadih dan cinta mereka yang sering tak kesampaian tu.
Bagi pelajar perempuan pula masa inilah masanya mereka akan memperagakan skil catwalk dan andaman mereka yang kadangkala mengalahkan model-model hijabista fashionista yang berlambak di pasaran. Ketika inilah sekumpulan budak lelaki yang aku mention kat atas tu akan mula memainkan peranan mereka. Tetapi biasanya tiada hasil yang mereka dapat. Kemungkinan hanya caci maki yang sudi dihadiahkan kepada mereka dari budak-budak perempuan tu. Aku? Masih tekun membuat latih-tubi di dalam bilik studi.
Aku terjaga dari lamunan pasar malam UIA. Sebelum aku hanyut lebih jauh dengan kemunculan figura gadis-gadis arab dari UIA, adalah lebih baiknya aku bangun dan bangkit dari tilam yang empuk ini. Selepas musim bola sepak tamat nanti, putaran tidur kita pasti terganggu kerana sering berjaga malam menonton perlawanan bola sepak. Lebih molek kita gantikan ia dengan tahajjud. Maklumlah Ramadhan pun akan menjelma tidak lama lagi. Selamat Bulan Rajab!!!
Friday, May 10, 2013
From Bangladesh With Love: Fiksyen Sukan 1 Malaysia
Aku baru balik dari Bangladesh, barang dalam beg pun belum punggah lagi. Pergi Bangladesh untuk study budaya dan cara kerja warga Bangla ini di sana. Maklumlah makan gaji dalam sektor kerajaan ini lain macam sikit. Kerahan tenaga dia mengalahkan orang kerja cuci bontot kuali. Aku disuruh berjumpa dengan seorang warga Bangladesh bernama Ebraheem Yali yang pernah hidup senang di Malaysia. Dia ini kerjanya sekarang bawa teksi.
Mula-mula sampai di lapangan terbang antarabangsa Dhaka, aku dah nampak satu susuk tersengih-sengih dari jauh. Aku syak inilah Ebraheem Yali. Yang bestnya muka dia ni sebijik macam seorang ahli politik yang suka lompat parti di negara aku, Malaysia. Mungkin betul kata orang, "ade 7 individu wajah seiras kita".
Masuk dalam teksi, aku terus menyandarkan badan. Punyalah selesa. Tambang teksi yang mahal memang tidak menjadi masalah kerana semuanya ditanggung. Dalam perjalanan, Ebraheem Yali, si pemandu teksi, bertanya tujuan aku bertandang ke Bangladesh. Nak kata balik kampung beraya, macam bukan.
"Abang tengok muka hang ni macam kenai ja. Asai mana?"
"Johor", aku jawab sepatah, badan pun masih penat.
"La awat hang tak habaq awai-awai! Abang pernah mai Kodiang dulu, dekat doploh tahun dah dok kerja cari makan sana. Mesia lagu mana la ni? Madey dok jadi PM lagi ka?"
Dalam hati aku berkata, wah fasih betul Bangla ni berbahasa loghat utara. Aku pun menjelaskan satu -persatu perihal politik semasa Malaysia kepada dia. Dia pun terangguk-angguk dan kadangkala terbahak-bahak apabila aku menyebut nama Hishamuddin dan Shabery Chik. Entah kenapa pun aku tak tahulah.
Aku pun tanpa melengahkan masa, terus mengajukan soalan pertama aku kepada Ebraheem Yali.
"Apa yang kita boleh lakukan dengan 40K orang pendatang Bangladesh? Ke mana harus mereka tujui untuk meneruskan survival mereka di Malaysia yang serba maju itu? Memangkah pun sudah. Nak diserapkan dalam projek mega Barisan Nasional pun belum ada lagi yang sesuai rasaya," panjang lebar aku tanya dia.
"Untuk menjawab persoalan tentang Bangladesh ni, kita perlu berfikir cara Bangladesh." tenang Ebraheem Yali menepis soalan aku tadi walaupun tanpa jawapan jitu. Kini loghat utaranya sudah hilang.
"Untuk menjawab persoalan tentang Bangladesh ni, kita perlu berfikir cara Bangladesh." tenang Ebraheem Yali menepis soalan aku tadi walaupun tanpa jawapan jitu. Kini loghat utaranya sudah hilang.
"Ramai yang tak tahu bakat Bangla bukan hanya terhad kepada isi minyak, kira harga makanan dan membancuh simen. Bakat kami lebih besar dari itu. Bangla ni kalau kita pupuk dia betul-betul, mereka mampu menggoncang dunia tau."
Aku yang mendengar hanya mampu tersenyum sambil menggeleng-geleng kecil. Masa tu aku terpikir juga, celah mana yang Bangla ni mampu menggoncang dunia? Pakai baju pun petak-petak. Setahu aku kalau Neelofa tu memang betullah mampu menggoncang bukan setakat dunia, malah iman yang rapuh ini pun belum tentu mampu bertahan. (walaupun Neelofa pakai baju petak-petak macam Bangla).
Aku yang mendengar hanya mampu tersenyum sambil menggeleng-geleng kecil. Masa tu aku terpikir juga, celah mana yang Bangla ni mampu menggoncang dunia? Pakai baju pun petak-petak. Setahu aku kalau Neelofa tu memang betullah mampu menggoncang bukan setakat dunia, malah iman yang rapuh ini pun belum tentu mampu bertahan. (walaupun Neelofa pakai baju petak-petak macam Bangla).
"Bukan Neelofa fokus kita. Bangla adakah agenda utama kita,"
Selamber Ebraheem Yali mencelah lamunan aku yang sedang membayangkan Neelofa berbaju kemeja petak tanpa butang. Hebat firasat Bangla ni.
"Abang kalau berbicara memang takkan lari dari topik sukan terutamanya bola sepak. Bukankah elok mempergunakan baka baik dari Bangla untuk kemajuan sukan bola sepak negara kamu tu. Mengikut ranking FIFA tekini pun ranking Bangladesh atas dari Malaysia. Dok gitu?."
"Memanglah bang, tapi abang ada apa-apa idea tak nak merealisasikan cadangan tu?," tanya aku dengan sopan sambil-sambil mengintai jalan raya sekitar Dhaka yang berlobang-lobang. Dalam hati aku..macam Shah Alam.
Lama jugak abang Ebraheem Yali berdiam diri. Diturunkan tingkap kereta. Lalu sebatang rokok Gauloises dikeluarkan dan dia menghulurkan sebatang kepada aku. Aku tolak dengan sopan, tak merokok. Ebraheem Yali geleng kepala dan menyalakan sebatang untuk dirinya.
Asap tembakau hitam Syria bercampur dengan tembakau Turki mencucuk hidung. Macam best, aku kata dalam hati. Aku minta sebatang. Ebraheem Yali sengih macam kambing. Ini rokok Jean Paul Sartre dan Albert Camus, rugi kalau tak try. John Lennon pun hisap menatang ni.
"Apa susah. Kat Malaysia ada macam-macam program 1 Malaysia. BR1M lah, KRIM lah. Apa kata wujudkan saja satu dasar baru. BKB1M"
"Hape tu bang?"
"Bantuan Kahwin Bangla 1 Malaysia. Kahwinkan jejaka kacak Bangla dengan baka-baka comei dari Malaysia. Kalau dapat mek klate macam Neelofa lagik bagus. Nah!! Cukup 40 tahun kemudian, Malaysia sudah boleh main Piala Dunia. Lagipun alang-alang dah kena kencing dengan Soltan Bola 40 tahun, hang tunggulah lagi 40 tahun sebelum menuai benihnya."
Ternyata ilmu abang ni penuh di dada. Aku terharu. Terfikir juga, kalaulah ada menteri bola yang cerdik macam abang Ebraheem Yali ni di Malaysia, aku yakin bolasepak kita pun boleh maju. Ini tidak, semuanya gila jawatan. Baru memang Sukan Sea, Suzuki dah dapat pangkat Datuk. Player pulak main bola sebab nak pakai kereta bukan nasional, lepas tu kahwin dengan artis kat Siam. Apa barang?
Balik nanti aku nak usulkan pada Menteri Sukan yang baru. Kalau Menteri Buih kekal jawatan lagi, pun akan aku cadangkan pada beliau. Maklumlah 40K tu ramai. Boleh bahagi-bahagi ke sukan hoki, kriket. Aku tengok kawasan sekitar. Hujung jalan sana sekumpulan pemuda Bangla sedang melepak hisap rokok sambil main terup. Muzik Hindi dendangan Udit Narayan berkumandang dari mini compo second hand mereka. Sebelah kiri jalan pula tidak ketinggalan juga yang sedang bermain kabadi. Kini satu jek yang terlintas dalam kepala otak aku. EMAS OLIMPIK MALAYSIA yang pertama dalam genggaman.
Selamber Ebraheem Yali mencelah lamunan aku yang sedang membayangkan Neelofa berbaju kemeja petak tanpa butang. Hebat firasat Bangla ni.
"Abang kalau berbicara memang takkan lari dari topik sukan terutamanya bola sepak. Bukankah elok mempergunakan baka baik dari Bangla untuk kemajuan sukan bola sepak negara kamu tu. Mengikut ranking FIFA tekini pun ranking Bangladesh atas dari Malaysia. Dok gitu?."
"Memanglah bang, tapi abang ada apa-apa idea tak nak merealisasikan cadangan tu?," tanya aku dengan sopan sambil-sambil mengintai jalan raya sekitar Dhaka yang berlobang-lobang. Dalam hati aku..macam Shah Alam.
Lama jugak abang Ebraheem Yali berdiam diri. Diturunkan tingkap kereta. Lalu sebatang rokok Gauloises dikeluarkan dan dia menghulurkan sebatang kepada aku. Aku tolak dengan sopan, tak merokok. Ebraheem Yali geleng kepala dan menyalakan sebatang untuk dirinya.
Asap tembakau hitam Syria bercampur dengan tembakau Turki mencucuk hidung. Macam best, aku kata dalam hati. Aku minta sebatang. Ebraheem Yali sengih macam kambing. Ini rokok Jean Paul Sartre dan Albert Camus, rugi kalau tak try. John Lennon pun hisap menatang ni.
"Apa susah. Kat Malaysia ada macam-macam program 1 Malaysia. BR1M lah, KRIM lah. Apa kata wujudkan saja satu dasar baru. BKB1M"
"Hape tu bang?"
"Bantuan Kahwin Bangla 1 Malaysia. Kahwinkan jejaka kacak Bangla dengan baka-baka comei dari Malaysia. Kalau dapat mek klate macam Neelofa lagik bagus. Nah!! Cukup 40 tahun kemudian, Malaysia sudah boleh main Piala Dunia. Lagipun alang-alang dah kena kencing dengan Soltan Bola 40 tahun, hang tunggulah lagi 40 tahun sebelum menuai benihnya."
Ternyata ilmu abang ni penuh di dada. Aku terharu. Terfikir juga, kalaulah ada menteri bola yang cerdik macam abang Ebraheem Yali ni di Malaysia, aku yakin bolasepak kita pun boleh maju. Ini tidak, semuanya gila jawatan. Baru memang Sukan Sea, Suzuki dah dapat pangkat Datuk. Player pulak main bola sebab nak pakai kereta bukan nasional, lepas tu kahwin dengan artis kat Siam. Apa barang?
Balik nanti aku nak usulkan pada Menteri Sukan yang baru. Kalau Menteri Buih kekal jawatan lagi, pun akan aku cadangkan pada beliau. Maklumlah 40K tu ramai. Boleh bahagi-bahagi ke sukan hoki, kriket. Aku tengok kawasan sekitar. Hujung jalan sana sekumpulan pemuda Bangla sedang melepak hisap rokok sambil main terup. Muzik Hindi dendangan Udit Narayan berkumandang dari mini compo second hand mereka. Sebelah kiri jalan pula tidak ketinggalan juga yang sedang bermain kabadi. Kini satu jek yang terlintas dalam kepala otak aku. EMAS OLIMPIK MALAYSIA yang pertama dalam genggaman.
Thursday, November 15, 2012
Nasihat
Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.Banyak pahala kak ros korang kutuk2 dia. Mana pergi hikmah nasihat, kata2 unjuran yg baik yg dianjurkan Nabi Muhammad SAW? Muslim yg baik xda masa der nak cari aib org sbb terlalu sebok duk belek aib sendiri. Semoga kak ros dirahmati Allah SWT. Wallahu Taala a'lam.
Monday, August 20, 2012
Perutusan Hari Raya.
Salam Aidilfiti dari kawe Muhammad Hadri@Daie@Mata Pena Hitam. Mohon Maaf Zahir dan Batin atas segala kesilapan dalam tempoh kawe menulis, mengkritik dan tersalah info. Kawe akan tetap berjuang dan terus menjadikan impian kita sebagai rakyat Malaysia untuk melihat Pasukan Harimau Malaya beraksi di Piala Dunia 2058 secara merit.
EID MUBARAK!!!!!!
Thursday, April 26, 2012
Lilitan Lengan
Kapten pasukan untuk sebuah pasukan bola sepak, kadang kala dikenali sebagai skipper ialah ahli pasukan yang dipilih untuk menjadi ketua dalam padang. Ia juga merujuk kepada seseorang yang berkebolehan atau berpengalaman daripada ahli-ahli pasukan yang lain, atau seorang pemain yang boleh mempengaruhi permainan. Dalam bola sepak, kapten sering mengambil tugas yang boleh dikenali sebagai pengurus dalam peringkat lebih tinggi. Secara umum kapten membekalkan 'rallying point' untuk pasukan. Sekiranya pasukan dalam keadaan moral yang rendah, kapten yang akan berfungsi untuk menaikkan semangat pasukan.Turut sama, kapten mungkin menyertai pengurus dalam menentukan kesebelasan utama untuk sesetengah perlawanan.
Dalam sejarah bolasepak moden, terdapat beberapa orang kapten terhebat dan terbilang. Antaranya sebagai contoh ialah Franz Beckenbauer, Lothar Matthaus, Roy Keane, Paolo Maldini, Franco Baresi, Didier Deschamps dan Steven Gerrard. Mereka semua ini kalau dilihat telah mengetuai kelab atau negara mereka beroleh pelbagai kejayaan. Selain itu, kehadiran mereka ini di atas padang memang amat diperlukan serta memberi pengaruh yang kuat kepada aksi rakan sepasukan yang lain. Bagaikan irama dan lagu, begitulah juga dengan kapten dan anak buahnya. Saling memerlukan dan menghiburkan penonton yang pergi ke stadium.
![]() |
| DD mengetuai FRANCE menjulang WORLD CUP 1998 dan EURO 2000 |
![]() |
| Dengan selamba menampar pipi comel RDM demi mempertahankan pasukannya |
Namun begitu, kelantangan seseorang kapten ada batasnya. Sebagai contoh Roy Keane. Beliau telah meninggalkan Manchester United selepas mengkritik 7 rakan sepasukan mereka di dalam stesyen MUTV.Antara komen beliau telah ditujukan kepada pembelian rekod Sir Alex iaitu Rio Ferdinand. Katanya.."Jange sebab mu dibayar pitih 120 ribu rial seminggu dan bermain cemerlang selama 20 minit menentang Spurs,mu dah bule belagok koya superstar?" Atas sebab kelancangan inilah beliau ditendang dari Manchester United.
![]() |
| JT gagal mengawal tekanan sehingga hampir-hampir menyebabkan Chelsea tersingkir pada separuh akhir ECL 2012 menentang Barcelona |
Dalam salasilah bolasepak moden juga melahirkan beberapa ekor kapten yang teruk perangainya sama ada di dalam padang ataupun di luar padang. John Terry misalnya telah meniduri bekas isteri Wayne Bridge ketika mereka masih lagi menjadi rakan sepasukan di Chelsea. Terbaru sekali ialah kenyataan berbaur perkauman yang ditujukan kepada Anton Ferdinand sehingga menyebabkan JT dilucutkan dari jawatan menjadi kapten pasukan England.Walaupun di dalam padang beliau sangat cemerlang. Tetapi tingkah laku beliau di luar padang menjatuhkan kredibilitinya sebagai ketua pasukan.
![]() |
| Mamaaaaaaaa...... |
Tidak dapat kita lupakan seorang lagi kapten yang teruk ialah William Galas. Aksi ibarat anak kecil yang tak dapat makan aiskrim ketika pertemuan menentang Birmingham City pada 2008 meloyakan tekak setiap peminat bolasepak. Sebulan selepas itu, beliau dengan lancangnya mengkritik Theo Walcott. Katanya..."Theo perlu lebih banyak berlatih dan memahirkan penggunaan kari kiri. Lebihkan fokus dan jangan terlalu lama menyimpan bola". Walaupun beliau seorang kapten, kedua-dua peristiwa di atas menyebabkan Arsene Wenger melucutkan lilitan kaptennya dan kemudiannya diganti oleh anak muda yang hebat, Fabregas.
Kesimpulannya...sedangkan anda seorang kapten pun dilarang untuk membuat kenyataan sesuka hati yang bole menjatuhkan air muka rakan sepasukan yang lain, inikan pula sekiranya anda hanya seorang pembancuh air di dalam pasukan. Amatlah tidak 'APPROPRIATE' sekiranya si pembancuh air itu mengkritik kapten beliau dan dia boleh disingkirkan dari kerja-kerja membancuh air. Tetapi jika kapten itu sehebat Raul Gonzalez, memang tidak layaklah kita hendak mengutuk beliau. Bagaimana pula jika kita mempunyai kapten seperti Gallas?Sendiri mau hengatlaaaaaa....
Friday, January 20, 2012
Khas Preview: Rapat Silaturohim & Riadah (RSR) 2012
Salam Satu Malaysia..hahaha..Rapat Silaturohim & Riadah (RSR) Edisi 2012 akan dilangsungkan buat pertama kalinya dalam sejarah. Tema Putsol dipilih pada kali ini kerana mengambil kira keadaan peserta yang sibuk dengan komitmen masing-masing. Mungkin pada masa hadapan akan difikirkan aktiviti yang lain. Perlawanan putsol suka-suki akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 28 Februari 2012
Masa: 9.00 - 11.00 p.m
Tempat: Centremart, Setapak.
Acara:Putsol (takan galah panjang pulok)
Dibawah ini antara peserta-peserta yang setuju untuk membuat penampilan khas setelah berkurun lama bertapa di kawasan masing-masing. Setakat ini masih ade lagi beberapa orang ahli yang belum dapat 'mengkompenkan diri. Sedikit info akan disediakan untuk tatapan anda semua..TAKBIIIRR!!!
Ujang
Ujang merupakan antara pemain penting era lewat 90-an bagi pasukan Peladang Tangkak. Juga anggota penting skuad Sastera pada musim 2000/2001. Aksi lincahnya dahulu sangat dahsyat sehinggakan beliau pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan 2000 bagi bulan April, Jun dan September. Penampilan beliau kali ini amat-amat dinantikan oleh peminat beliau yang sudah lama menrindukan jeritannya di tengah padang. Gambar di bawah ini bersama Taring yang hampir-hampir tidak nampak lehernya akibat terlalu gembira bertemu Ujang.
![]() |
| Taring(kemeja) tersenyum manis di sebelah Ujang (baju itam) |
Beliau merupakan pemain misteri bagi pasukan sastera pada satu ketika dahulu. Aksi yo-yo beliau menyebabkannya hampir menggantung but pada usia yang muda.Namun kini beliau bangkit dan menjadi seorang penyokong Liverpool yang amatlah mengerikan hati saya..hihihi...adekah beliau benar-benar sudah berubah?Tunggu sahaja aksinya nanti..
![]() |
| Senyuman penuh dgn muslihat... |
![]() |
| Posing ala-ala jutawan..takutnyer |
Kini beliau antara usahawan yang berjaya dan hampir-hampir melupakan rakan-rakannya di Tangkak seperti Azimin dan Anuar.Dahulu beliau merupakan penyerang terbilang bagi pasukan peladang bersama-sama Ujang. Memimpin pasukan Sains bersama-sama pemain lain seperti Arep dan Omar dalam menghadapi Pasukan Sastera sepanjang musim 2000/2001.Kehebatannya membolehkan beliau menerima Anugerah Bunga Emas bagi peringkat Hostel Aspuri. Mampukah beliau 'membungakan' kembali jiwa-jiwa rakyat jelata??
Gambar diatas adalah keitka Apoi mahu pergi ujibakat Lebai Muda Astro Super Sport. Namun beliau terkandas di pusingan U-turn. Dahulu beliau antara ahli skuad Pasukan Taman yang seringkali bertemu Pasukan Peladang di peringkat akhir petang-petang jam 5.00 p.m. Beliau berhijrah ke Melaka pada tahun 2000 dan selepas itu hanya sekali sekala tampil utk Pasukan Sains. Namun beliau kembali menjadi pemain penting Pasukan Tangkak bagi menghadapi Padang Lalang pada musim 2002/2003. Idolanya adalah KALUNGA.
Milo
Namanaya sahaja sudah menggerunkan. Lihatlah gambar beliau dibawah ini..menakutkan..beliau ini boleh dikatakan pemain yang tenggelam timbul. Ketika rakan-rakan sastera yang lain bertungkus lumus 'cuba' menewaskan Pasukan Sains, kelibat beliau seringkali tak kelihatan. Sangat misteri..Kini beliau ingin melakukan perubahan dengan mempunyai sepasang lutut yang kuat!!!
Syam
Seorang penjaga gol yang tidak malu untuk meletakkan dirinya di atas tanah yang keras. Pakar dalam menyediakan tiang yang mempunyai simetri yang sangat tepat. Peristiwa dikejar hanjeng membuktikan beliau memang seorang yang sangat berani beradu tenaga sehinggakan hanjeng pun diajaknya berlumba lari. Kini aktif dalam sukan larian akibat kesan dari dikejar hanjeng.
Begitulah serba sedikit info tentang pemain-pemain yang setakat ni kompem menghadirkan diri pada majlis Rapat Silaturohim & Riadah (RSR) 2012. Mungkin ade antara ahli-ahli Pailang Tangkak lain yang tak dapat saya kupaskan profil mereka disini. Harap maaf bebanyak..di harap edisi 2012 ini adalah permulaan kepada RSR yang lain-lain.Terima Kasih kepada semua yang merialisasikan edisi pertama RSR 2012 ini. Jumpa anda semua 28 Februari ini.TAKBIIIIIIIRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tuesday, October 4, 2011
Seniman Menangis
Malam ini akulah seniman
Setelah kita putuskan tunangan
Tiada kawan yang dapat meneka
Ku berduka...
Ku berikan majlis bergembira
Ku tertawa, minum dan berdansa
Hingga diri yang sedang berduka
Tak percaya...
Aku tersenyum ku tersenyum
Dan berdansa... ha...
Ku berdansa ku berdansa
Bagai nak gila...
Ku ikut tertawa bersama
Kawan dinda... ha...
Tapi engkau tahu ku hanya berpura
Tapi dinda
Bila kawan ku pulang
Seniman ini duduk keseorangan
Hampa hiba mengenangkan dirimu
Oh dinda...
Tapi dinda
Apabila tabir ditutup oh...
Lampu-lampu gelap-gelita
Ku keseorangan...
Kalau kau berada...
dibelakang tabir menyaksikan
Kau akan melihat
Seniman ini Menangis...
Sunday, August 21, 2011
Nur Hasya Zafira (Cahaya Kesempurnaan yang beroleh Keuntungan)
Friday, August 5, 2011
Blogger Sukaneka Eksiden..
Salam...semalam saye eksiden.Dengan negerinya moto aku dilanggar oleh Satria ketika disatu simpang di PJ yang mana trafic lightnyer rosak.Malasla nak ulas.Trauma giler and aku bersyukur kepada ALLAH kerana masih lagi bernafas.Semua orang layak mendapat peluang kedua...Disini saye letakan gambar sebelum luka dicuci di Hospital KPJ..
Wednesday, July 27, 2011
Perlu ade kesedaran...
Saturday, July 9, 2011
Perihal Manusia: KES 2
KES 2:Hari ini merupakan upacara besar-besaran pihak Polis untuk menghalang penyokong2 BERSIH dari memasuki KL.So,banyak jalan yg disekat.Aku mujur keluar dari KL sebab mau balik kampung dan berbincang dgn family mengenai hal2 isteriku yg bakal bersalin nanti.Tapi on the way balik dari office aku terserempak dgn 2 road block.Semuanya from Shah Alam to KL.Aku nak ke Shah Alam ni mujur takde roadblock.
On the way balik tangkak ni adelah 2 orang rakan aku yg SMS mengatakan mereka tersangkut dlam jem.Masa dan waktu kami kelua opis memang bole dikatekan serentakla.Tapi aku jam 9am dah sampai tangkak.Rakan2 aku ni still sangkut dlam jem dan mereka hanya sampai umah masing2 pun lebih kurang jam 10.30pm.Bayangkan dekat 4 Jam sangkut. Dan ade juga yg sangkut 5 Jam.Semasa aku menaip blog ni kira2 1.20am 9 JULY 2011 pun masih ade rakan2 FB yg sangkut dalam jem.WTF apekah ini semua??
Aku takmau sembang politik di sini.Aku mau cerita pasal orang yg tak sadar diri dan peka dgn masalah sekitar.Berbalik pada kes diatas.Aku pun sampai2 kampung terusla update status kat FB..seperti berikut:
"Tahniah PDRM, anda telah berjaya : (Magrib + Isya') x Jumlah Pemandu Muslim = VICTORY!!!"
Aku tau memang agak bias dan jahat komen aku tu.Tapi mengenangkan rakan2 aku yg still sangkut kat dlam jem sedangkan aku sudah siap makan nasik di kampung.Aku suarakan juga ketidakpuashatian pada situasi ketika itu.Seperti biasa..ade jaguh2 yg terdiri dari fren list aku jugak (kawan study masa diploma,baru jek bulan lepas dier request nak jadi fren aku) menyuarakan pendapat dier di statusnya sendiri seperti di bawah:
Memangla dier tak mention name aku.Tapi malangnya post dier ni kua hanyalah beberapa saat lepas post aku wei..Saat tu..................................ko dahla dlm list fren aku.Takan aku tak baca status ko kot?Aku kondem POLIS ni bukan saje2 suka2 cari pasal ataupun sbab aku PRO-Pembangkang.Aku takde sebelah mane2 wei.Aku cume concern dgn keadaan semasa dan ketika itu sahaja.Janganla samekan situasi roadblock dengan kes rogol,ragut,samun tu..otak ada ka?maybe ko tak tesangkut dlam jem kot..itu ko punyer pasal la..
Dalam masa yg sama juga aku terus meminta maaf dgn sahabat aku yg juga anggota polis yg terpaksa bertugas 9 JULY 2011.Sempat aku chat dgn dier yg ketika tu sdg bertugas.Esoknya plak dier kena menjaga kawasan Masjid Negara.Dia pun sempoi jek tak amek hati pun dgn ape yang aku post kat FB.Gentle beb..aku siap ucap gudluck kat dier supaya dapat menjalankan tugas dgn baik ketika BERSIH nanti.POLIS sendiri pun bukan suka nak roadblock semua ni.Puncanya orang2 yg di atas tu yg suruh.
Mamat yg post perli2 status aku tu telah pun selamat aku removekan dari frenlist..diharap beliau dpt tidur lena tanpa perlu memikirkan nasib dan situasi penduduk Lembah Klang/KL/Selangor.Moral of the story..janganlah sibuk menjaga tepi kain orang..jagalah tepi kain Fazura ke..Rosnah Mat Aris ke...barulah ade hasil...kan dah kena remove..akhir kate...
TAK BAIK TAU.!!!!
Friday, July 8, 2011
Perihal Manusia: KES 1
Salam Satu Malaysia...chewah..Selalu aku sembang bola.Aini aku nak cerita sikit perihal manusia.Sejak ade FB ni kita makin mudah dpt info.Kalau salah guna memang padah jadinya.Tapi kita semua tau mane yg baik dan buruknya.Gunalah otak dan akal untuk berfikir...dipendekan cerita..Kegawatan politik makin menjadi2 dan sejak 1998 memang aku sentiasa amek tau hal2 ini.Cuma kebelakangan ini ia semakin menjadi semakin hangat.
Liwat,zina,video dan dot dot dot..sampailah satu hari yg mana adenyer Sumpah Lahnat yg hendak dibuat oleh Trio Datuk K.So, pada hari jumaat tu,macam2 la komen status kat FB kelua..aku pun menyibuk jugakla nak update status.Lebeh kurang macam nila bunyinya..
"Sumpah lahanat Datuk K di Mesojid Negara lepas asar "
Pastu adelah rakan yg sambung komen kat bawah status aku tuh.Aku pun melayanla..hehehe...tiba2 lepas aku refresh aku pun tejumpa salah satu rakan aku komen ini macam kat status dier..
"nasib baik hp aku dah ok..ni apahal bnyak sgt cite psl sumpah2 plak ni..ferarila..sepitla..sapa yg tersepit ni?"Perbualan kami adalah seperti gamba di bawah:(kalau tak jelas:press button Ctrl + scroll mouse)
OK.Ape yg dier tulis tu semuanya ade dlm komen aku.Aku tulis,kalaulah institusi kehakiman kita telus,tiada rasuah,mesti kita dah lama pakai ferari (perumpaan jek sebenanya).Takdelah hidup kita tersepit.Then aku pun menjadi pelikla..apehal ko update status ko dgn memerli status dan perbualan aku besama2 rakan aku yg lain?ape ko takde idea ke?nak kata ko bodoh,masa blaja dulu pinter ko memang tinggi dari aku.
Aku salah ke?aku emosi lebeh ke?hehehe...peduli ape aku.Aku tak penah perlekah komen/status fb/pendapat orang lain kat FB ni.Jadi kenapa ko nak mempermainkan status aku?ko tak berani plak join perbualan aku dgn rakan2 lain kat status aku tu?sebaliknya ko mengambil jalan bacul dgn memperli status aku di status kamu.Silap orang beb...aku pantas jek sambut ayat ko tu..hehehe..
Beberapa minit lepas tu aku pun remover dier dari fren list aku..Aku tau kita bebas bersuara.Tapi kita kena hormat pendapat orang lain.Seingat aku,aku tak pernah perli status dia.Ramai jek rakan2 aku yg fahaman diorang berbeza dari aku.Tapi aku tak kacau mereka dan mereka tak kacau kau.Dengan meremove beliau ni,maka dia bolelah hidup aman tanpa membaca status2 aku yg meloyakan di FB.
Tamat..KES 2 akan menyusul...
Thursday, November 18, 2010
K.A.H.W.I.N
Aku semakin hampir mau kahwin..itu saje yg mahu di katekan...huhuhu...
Thursday, March 11, 2010
Kemudahan hati...
Salam takbir...rasenyer dah lama tak menulis blog ni..rasaagak kekok jugak..sepanjang dekat sebulan tak bercerita..macam2 kejadian dah berlaku..ade sedih..ade gumbira..ade marah..di sini saye rumuskan beberapa kejadian yg telah berlaku..
23-January-2010.Berlansungnyer majlis pertunangan Muhammad Hadri dgn NursyafeezaMazlan.Alhamdulillah segalanyer berlaku dgn sempurna.Selepas4 thn mengenali hati budi masing2 kami pun bertunang.Huhu..dah melangkah setapak lagi nampaknyer..
Selain dr majlis ni...macm2 perkara lain yg berlaku pd diri aku.ade yg tak sepatutnyer aku cerita di sini.Persediaan kawin kamiplak dah hampir 100% siap di bahagian hantaran..cume bahagian kenduri jek belum.barang2 umah sperti set meja makan,sofa,tv,peti ais,mesin basuh...semua dah ade...cume yg paling penting spt katil,rumahbelum ade lagi..hehe..
paling aku sedih kekalahan chelsea pd man city..kejatuhan liverpool..tersingkirnyerac milan dan real madrid dr UCL...keterujaan piala dunia pun kian terasa..maaf sbb tak dpt provide info world cup dgn lengkap..Insya'allahulasan bola akan di sambung dlm masa terdekat..
Moga bejumpa lagi...
Saturday, January 9, 2010
Barcelona atau Ac Milan...
Ketika ini sdg melayan ricerd dan jelai menikmati pertarungan mlam yg agak hanjeng.
Tiba aku kelaparan tp maleh mau mkan.mate pun dah ngantuk tp maleh mau tido.
Ape yg aku rajin sebenanyer???korek idung?goreng ikan?ontahlaaaa...
Ditinggalkan serangkap pantun di sini...
Kuih Bahulu Sayur Kobis...
Pokok kayu Batangnyer Buruk..
Semua modal pun dah Habis..
Patutla diri semakin buruk...
ek??
Tiba aku kelaparan tp maleh mau mkan.mate pun dah ngantuk tp maleh mau tido.
Ape yg aku rajin sebenanyer???korek idung?goreng ikan?ontahlaaaa...
Ditinggalkan serangkap pantun di sini...
Kuih Bahulu Sayur Kobis...
Pokok kayu Batangnyer Buruk..
Semua modal pun dah Habis..
Patutla diri semakin buruk...
ek??
Tuesday, December 22, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)























