There was an error in this gadget

Friday, March 29, 2013

UEFA Champions League 2012/13 - Quater Final - 1st Leg




UEFA Champions League 2012/13
Quarter-finals (1st leg)
April 03, 2013 (Rabu) : 3.45 AM
1st legParis Saint-Germainvs
Barcelona
1st legBayern Munichvs
Juventus
April 04, 2013 (Khamis) 3.45 AM
1st legMalagavs
Borussia Dortmund
1st legReal Madridvs
Galatasaray





PSG vs Barcelona

Rezeki sememangnya bergolek buat peminat bola sepak dunia apabila 2 gergasi dari Perancis dan Sepanyol ini bertembung sesama sendiri di kandang PSG, Parc des Princes yang berkapasiti  48,712. PSG akan melayani kunjungan mesra Barca tanpa kehadiran penyerang agung mereka, Zlatan Ibrahimovic yang masih menjalani penggantungan 2 perlawanannya ketika aksi pertama menentang Valencia di pusingan 16 pasukan tempohari. PSG juga akan turun tanpa kelibat Marco Verratti yang masih mengalami kecederaan. Keadaan yang sama juga turut dialami oleh Barcelona apabila Jordi Alba dijangka tidak sempat sembuh menjelang perlawanan ini. Namun berita kembalinya Eric Abidal dan Tito Vilanova ke Nou Camp adalah antara yang paling dinantikan oleh peminat kelab Catalan ini. Sama ada Barcelona akan meneruskan kecemerlangan dengan membelasah PSG nanti, semuanya akan bergantung kepada prestasi pengadil dan juga Messi. 

Ramalan: PSG 2 - Barcelona 3


PSG vs Barcelona 2-2 Highlights : 4 August 2012


Bayern Munich vs Juventus



Juara 4 kali Bayern Munich dan juara 2 kali Juventus akan bertemu dalam satu pertarungan Super Heavyweigt  bagi mencari pasukan yang layak untuk beraksi di peringkat separuh akhir. Kali terakhir kedua pasukan bertemu di dalam kejohanan ini adalah pada 2009. Dec 9, 2009 (Juventus 1 - FC Bayern München 4) ; Oct 1, 2009 (FC Bayern München 0 - Juventus 0). Kedua pasukan memiliki barisan pertahanan yang mantap dan serangan yang ampuh. Juventus memiliki Vucinic, Matri dan Giovinco. Manakala Bayern mempunyai Muller, Kroos dan juga Mandzukic. Walaubagaimanapun, perlawanan ini dijangka akan ditentukan oleh sejauh mana kemampuan barisan tengah masing-masing mencorak peluang untuk meraih kemenangan mutlak. Claudio Marchisio, Arturo Vidal, Andrea Pirlo, Martinez, Schweinsteiger dan juga Gustavo antara calon-calon yang akan mewarnai arah tuju perlawanan penuh dramatik ini.


Ramalan: Bayern Munich 3 - Juventus 1.



Malaga vs Borussia Dortmund

Malaga akan berhadapan dengan Dortmund di La Rosaleda dalam salah satu perlawanan yang disifatkan sebagai paling suam-suam kuku pada peringkat suku  akhir ini. Dortmund dilihat sebagai pilihan untuk menang dalam aksi ini. Manakala Malaga sudah tentu akan cuba membuktikan kehadiran mereka di peringkat ini bukanlah satu nasib semata-mata.

Jurulatih Malaga, Pallegrini akan menggunakan elemen pengalaman sebagai senjata utama untuk memenangi pertarungan ini melalui pemain seperti Demichelis, Toulalan dan Baptista. Sementara itu, Isco pula akan sekali lagi menunjukkan kehebatannya dalam mencorak bahagian tengah meneyerang Malaga dengan sesekali melakukan cubaan jarak jauh yang semestinya adalah kepakaran utama beliau.

Dortmund dijangka akan menghadapi masalah dengan kepantasan yang dimiliki oleh Isco dan Saviola. Namun kehadiran Hummels mengetuai barisan pertahanan mungkin tidak akan menggusarkan Jurgen Klopp. Dortmund akan kelihatan lebih berbahaya ketika menyerang dengan kepantasan yang dimiliki oleh Marco Reus dan Mario Gotze sekaligus akan mendatangkan masalah kepada Malaga. Jadi, siapakah yang akan memenangi perlawanan pertama ini?

Ramalan: Malaga 1 - Dortmund 2.


Real Madrid vs Galatasaray

Real Madrid sebenarnya melalui jalan yang sukar apabila diundi bertemu pasukan gergasi Turki ini. Namun barisan pemain bintang ataupun lebih mesra dengan panggilan Galactico milik The Special One Mourinho ini sentiasa dilihat mempunyai kelebihan berbanding Galatasaray. Gandingan ampuh Pepe dan Ramos serta kelajuan pantas bagaikan kijang milik Marcelo dan Arbeloa adalah ramuan terbaik barisan pertahanan Real Madrid. Menanti mereka adalah penyerang lagenda Drogba dan anak muda tempatan Turki, Burak Yilmaz. Pertembungan menarik dibahagian tengah antara Wesley Sneijder dan Xabi Alonso pula akan kembali mengimbau memori perlawanan akhir Piala Dunia 2010. Real Madrid perlu mengelakkan diri daripada bolos ataupun tewas dalam perlawanan pertama ini kerana menanti mereka di Türk Telekom Arena nanti ialah 'neraka' ciptaan Ultras Galatasaray.

Ramalan: Real Madrid 2 - Galatasaray 0.

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara

1. Malaysia 2 - Yaman 1
  
Malaysia bangkit dari ketinggalan satu 1 dan berjaya menewaskan Yaman. Dan selepas itu seperti biasa, pelbagai pujian diberi kepada Harimau Malaya.
 
 
2. QPR tidak takut.
 
Tony Fernandes dengan angkuhnya mengakui langsung tidak risau sekiranya QPR tersingkir ke Championship League.
 
 
3. Wan Zack + Mahali = KABOOOOM!!!!
 
Bagaikan pasangan dua sejoli yang sentiasa menggegar apabila bermain bersama. Melangkaui kehebatan gandingan Marcelo, Ronaldo di Real Madrid.
 
4. Brazil
 
Sebagai tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil tidak melalui pusingan kelayakan. Beberapa aksi persahabatan diatur dan mereka berjaya seri dengan Itali (2-2) dan Russia (1-1). Kira okaylaaaa...
5. Harimau Muda B buntu!!

Harimau Muda B bimbingan Razip Ismail gagal menang dalam 3 perlawanan mereka dan ini merupakan permulaan kurang baik untuk mereka. Ek?
 
 
6. Harimau Malaya kalah lagi.

Seperti biasa dan dijangka Harimau Malaya tewas kepada Palestin - sebuah negara yang sentiasa berperang menentang Israel jahanam.


7. AFF Best XI (Piala Suzuki 2012).

Goalkeeper  : Kawin Thamsatchanan (THA)

Right Back  : Nguyen Minh Duc (VIE) ,Centre Back  : Baihakki Khaizan (SIN),Centre Back  : Panupong Wongsa (THA), Left Back: Theerathon Bunmathan (THA).

Right Midfield : Kyi Lin (MYA), Centre Midfield: Safiq Rahim (MAS), Centre Midfield : Mustafic Fahrudin (SIN), Left Midfield  : Anucha Kitpongsri (THA).

Striker : Mohd Shahril Ishak (SIN),Striker : Teerasil Dangda (THA).

8.  Stefan Kiessling vs Joachim Low.
 
Saya tidak akan bermain untuk Jerman selagi beliau menjadi jurulatih - Kiessling.

9. PFSLJ !!!!

Sekali lagi kumpulan Presiden FAM Sila Letak Jawatan telah membuat sidang akbar mendesak FAM yang bangang itu.


10. Jose Mourinho.

Masih menjadi tajuk panas tentang akan kembalinya beliau ke London. Sama-sama kita tunggu....

Sunday, March 24, 2013

Prebiu Liga Super Perlawanan 11


Liga Super 11 Mac 29, 2013 (Jumaat)



Tekad Budak Felda
KL Felda United FC mln Selangor 
4.45ptg, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya


Pasukan Felda tidak rela diperbodohkan lagi. Impian untuk meneruskan survival di dalam Liga Super musim 2013 kembali memutik selepas meraih kemenangan kedua liga dengan menewaskan pasukan tercorot sensasi ketika ini, Negeri Sembilan. K. Devan mungkin boleh tersenyum nipis kerana beroleh kembali khidmat 4 orang penyerangnya. Ini kerana Mat Ghaddar, Shahrizal Saad, Rudie Ramli dan 'El Nino' Razali Umar Kandasamy kini bebas dari kecederaan dan boleh diturunkan secara bergilir-gilir walaupun Felda bukanlah mengharungi banyak sangat kejohanan musim ini. Khaironnisam Sahabudin masih lagi antara nadi penting pasukan bersama-sama Helmi Eliza menjadi benteng terakhir buat pasukan Felda. Paling dirindui mestilah kelibat Fauzi Shaari dan tugas berat ini akan dipikul oleh Amar Rohidan dengan megah diri ketika menanti kunjungan Gergasi Merah di Petaling Jaya.


Kegembiraan Irfan Bakti dan pembantunya P. Maniam menewaskan JDT masih belum pudar. Mereka dikhabarkan masih lagi berdekah-dekah meraikan kejayaan manis ini. Berdepan Felda nanti Irfan Bakti dijangka akan mengekalkan gandingan padu 'Fantastic-4' di bahagian tengah iaitu S.Kunalan, S.Veenod, K.Gurusamy dan K.Soley. Larian serta gerakan tanpa bayang dari mereka akan mengkucar-kacirkan pertahanan Felda yang turut dibarisi Azmizi Azmi, Riduwan Maon serta Shafizan Hashim. Penjaga gol Selangor, Norazlan Razali sekali lagi akan menjadi pilihan benteng terakhir sambil beliau akan dilindungi rapi oleh Charappan, Mahali dan Asrarudin. Sementara itu ketajaman Forkey Doe serta kepantasan Wak Amri menghidu peluang gol akan menjadi harapan seluruh warga Gergasi Merah untuk meraih 3 mata dalam perlawanan yang dijangka berat sebelah ini.  


Pemain Tumpuan : 'El Nino' Razali Umar Kandasamy
Pemain Tumpuan : K. Gurusamy
Ramalan: Felda 0 - Selangor 2

Di Mana Kuasa Budu Sebenar?
ATM mln Kelantan
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi.


Empat pertemuan sebelum ini dilihat berpihak kepada Kelantan dengan ; 2 Menang, 1 Seri, 1 Kalah. Satu-satunya kejayaan terkini ATM ke atas Kelantan ialah ketika berjaya menjulang Piala Soltan Bola 2013 awal tahun ini. Oleh itu, ini boleh dikira sebagai misi membalas dendam oleh anak didik Bojan Hodak yang juga dalam masa sama mahu memperbaiki kedudukan liga. Namun begitu, beberapa pemain perlu mengubah cara permainan mereka sekiranya ingin menewaskan ATM. Sebagai contoh ialah  ialah Nik Shahrul Azim yang nampak seperti berjalan di shopping kompleks pada gol pertama Lions XII. Shakir Shaari yang tidak berjaya mengekang barisan tengah, barisan pertahanan yang memalukan dan lembab, Keita Mandjou yang kaku seperti tidak biasa main bola, entah apa diingatnya! Apabila melihat gandingannya ialah Haris Safwan, satu Singapura ketawa! Semua pemain, jika diberi rating, akan dapat 5/10. "Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo!!!"


ATM seperti biasa akan turun dengan barisan pemain terkuat mereka yang mana sekarang ini adalah kunci utama kepada kedudukan teratas mereka di persada liga. Semua pemain kelihatan ceria turun berlatih dalam persiapan mejadikan Kelantan sebagai santapan di malam hari. Kelantan yang dahulunya dikatakan pasukan bola sepak terkuat di Malaya dijangka tidak mampu menghalang pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia yang bermain mengikut disiplin batalion yang tinggi dan semangat proletariat dari menjaringkan gol. Marlon Alex James juga bercadang menghadiah gol serta kejayaan menewaskan Kelantan nanti kepada pasukan tentera yang berjuang menentang pengganas Sulu. “Gol tersebut nanti adalah untuk semua warga tentera yang terlibat dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta ini..” tegas Marlon Alex. Gol tersebut juga tegasnya adalah hasil semangat bersatu padu seluruh pasukan demi menaikkan nama tanah air dan Pemimpin Tertinggi Negara, Najib Razak.


Pemain Tumpuan ATM: Farizal Harun
Pemain Tumpuan Kelantan: Badri Radzi
Ramalan: ATM 3 - Kelantan 2

Liga Super 11 Mac 30, 2013 (Sabtu)


Tidak Sekufu
Lions XII FC mln Negeri Sembilan
7.45mlm, Std Jalan Besar, Singapura


Pasukan temasik dijangka tidak akan mengalami sebarang masalah untuk menundukkan skuad Jang yang semakin hari semakin tenat. Skuad Jang akan bermain menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar yang saiznya tidak dapat menandingi kapasiti 40,000 penonton yang dipunyai oleh Stadium Paroi kebanggaan warga buruh dan petani Negeri Sembilan dan dinamakan sempena nama Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Sementara itu, jurulatih pasukan Lions XII, V. Sudramoorty menyifatkan kejayaan menewaskan Negeri Sembilan kelak sebagai bukti bahawa Lions XII akan menjuarai Liga Super 2013. Sangat angkuh!!

Pemain Tumpuan : Safuwan Baharudin
Pemain Tumpuan : Fauzi Nan
Ramalan: Lions XII 3 - Negeri Sembilan 0.

Saat Manis Del Nero

Menghitung Nasib
Johor Darul Takzim FC mln Terengganu
8.45mlm, Std Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, JB


KUALITI. Itu yang skuad JDT tiada ketika ini. Mereka tidak menepati jangkaan atau 'hype' yang digemburkan oleh media serta umat Johor sendiri. Tiada apa atau siapa yang harus dipersalahkan kecuali Fandi Ahmad. Beliau patut dipertanggungjawabkan kerana beliau berkuasa penuh pada pemilihan pemain, lifestyle pemain, aweks, legoland, hello kitty, taktikal dan sebagainya. Apa punya Singaporean! Memalukan aje kerana pertahanan hancur! Strategi dari Manager termahal di Liga Super ini saling tak tumpah gaya permainan Malaysia B.


Johor perlu perubahan 100%. Mereka perlu seorang jurulatih yang boleh mengurus dengan disiplin tinggi, tidak kira betapa hebat sekali pun pemain itu. Fandi Ahmad perlu disingkirkan dan diganti dengan seorang jurulatih  yang punya passion dan kekejaman. Seorang pengurus yang tidak peduli dengan glamer. Mampu membuang mana-mana pemain yang tidak hormat padanya. Imaginative luarbiasa dan punya kualiti 'semburan' yang mampu menakutkan hatta Halim Napi sekalipun. Dengan kekalutan di kem JDT ketika ini, tidak mustahil Terengganu akan berjaya mencuri 3 mata di Larkin.


Pemain Tumpuan JDT: Dani Guiza
Pemain Tumpuan Terengganu: Abdul Manaf Mamat
Ramalan: JDT 1 - Terengganu 2



Misteri T-Team
Terengganu PBDKT T-Team mln Pahang
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT


Minggu lepas saya berkesempatan pulang ke kampung pak mertua di Bera, Pahang. Rata-rata demam bola di sana begitu terasa, sana sini cerita tentang pasukan Tok Gajah yang bakal berdepan pasukan T-Team. Saya juga sempat menemani keluarga ke Restoran McDonalds yang paling canggih di Pekan, Pahang yang juga kawasan Parlimen Perdana Menteri 1 Malaysia yang tercinta, Najib Razak. Di sini saya mendapati kemuncak demam Liga Super semakin menjadi-jadi.


Sementara itu, bahang perlawanan ini sudah semakin terasa. Dollah Salleh akan memasangkan Fauzi Roslan bersama bintang Harimau Malaya, Azamuddin Akil dengan disokong di belakang oleh Faizul Hussin. Tetapi T-Team memang pasukan yang tidak boleh dibawak pandang sebelah mata. Mohd Muinuddin Mokhtar dan Fazuan Abdullah tetap menjadi 2 benda berbahaya yang bakal bergerak bebas menerobos ruang penalti Pahang kalau tidak dikawal oleh pemain-pemain pertahanan Pahang. Saya syak Saiful 'Poyeng' Nizam akan bermula bersama Razman Roslan. Bahagian tengah sudah pasti milik gandingan Amirulhadi dan Azidan. Cuma hati ini berdebar-debar sama ada mampukah T-Team memberikan aksi terpuji memandangkan Caleb Folan sudah pun  digugurkan.


Pemain Tumpuan T-Team : Fazuan Abdullah
Pemain Tumpuan Pahang : Saiful 'Poyeng' Nizam
Ramalan : T-Team 2 - Pahang 1


Sengat Sang Semut
Selangor PKNS FC mln Perak
8.45mlm, Std Shah Alam


Setelah berehat panjang, PKNS yang semakin konsisten dalam liga super musim ini akan menantikan kunjungan pasukan yang mengalami persembahan di luar jangkaan ramai, Perak. Jika dahulu di atas kertas memang mudah buat skuad seladang. Namun kini ia berbeza. PKNS semakin digeruni oleh pasukan-pasukan lain berikutan selalu menewaskan lawan yang biasanya lebih kuat daripada mereka. Jika dilihat kepada rekod terkini selepas 10 perlawanan, PKNS mengumpul; 4 menang ; 2 seri ; 4 kalah. Statistik ini cukup untuk meletakkan PKNS di tangga ke-5 liga. Sesuatu yang boleh membuatkan Pengurus Besar PKNS FC, Othman Omar tersenyum lebar sambil menghirup kopi di waktu petang di halaman rumahnya.


Pasukan Perak perlu berhati-hati dengan rekod ini dan perlu mendapatkan satu gol awal serta berusaha menambah sekurang-kurangnya satu gol lagi di sepanjang permainan. Selangor PKNS sering mendapat gol melalui set-piece khasnya sepakan penjuru, yang kemudiannya disudahkan melalui tandukan khususnya pemain pertahanan mereka, Helmi Rameli. Bagi memastikan kemenangan di dalam perlawanan ini terjamin, Perak perlu mengawal tempo di bahagian tengah, di samping perlu rajin melakukan serangan menggunakan bahagian sayap. Keputusan perlawanan ini juga akan memastikan sama ada kerjaya Azraai Khor akan terus bersinar ataupun gelap buritan!!!


Pemain Tumpuan PKNS: Patrick Ronaldinho
Pemain Tumpuan Perak: Failee Ghazali
Ramalan: PKNS 2 - Perak 1.

Friday, March 22, 2013

Ulasan Minit ke Minit: Malaysia vs Yaman.





Ada cakap-cakap mengatakan malam ini adalah ibarat penentu hidup dan mati buat Rajagopal. Pelbagai kritikan dilemparkan kepada beliau. Namun hatinya tetap tenang. Beliau membulatkan tekad untuk membuktikan kepada semua bahawa gelaran Datuk itu adalah sesuatu yang paling dibanggakan pernah dicapai dalam hidupnya. Harapan untuk membelasah Yaman dikandang sendiri menjadikan darah pahlawan Rajput dalam dirinya berkobar-kobar. 


Sebelum perlawanan bermula beliau sempat berpesan kepada semua pemainnya. "Beraksilah umpama ini perlawanan terakhir kamu!! Saya tidak menjadikan kamu pemain terbaik. Semua ini kurniaan dari Tuhan kepada kamu. Bakat yang kamu ada membolehkan kamu mewakili negara. Jangan sesekali menghampakan harapan rakyat Malaysia"


Pesanan Rajagopal disambut dengan sorakan semangat dari ketua pasukan Safiq Rahim. Ada juga segelintir pemain yang hampir menitiskan air mata mengenangkan pelbagai kritikan yang telah dihamburkan kepada mereka lewat ini. Tapi itu semua dilupakan. Mereka kini bersedia untuk misi yang sangat penting. Misi hidup mati!!

Preeeeetttt!!!!

Pengadil Peter Green meniup wisel permulaan.

Sepak mula dari pasukan Yaman. Selama 10 minit perlawanan berlangsung dan Malaysia jelas menguasai bola. Namun hujan yang turun pada minit ke-11 bagaikan rahmat besar buat Yaman. Penyerang harapan mereka Aiman Saleh Abdullah Al-Hagri berjaya meloloskan diri dari kawalan Mahali lalu membuat lambungan cantik menewaskan Khairul Fahmi. Seluruh penyokong Harimau Malaya terdiam sebentar. Hanya titis hujan sahaja yang kedengaran ketika ini.


Tetapi pemain Harimau Malaya tidak patah semangat. Bagaikan mengimbas kenangan menewaskan Indon pada Suzuki 2012 yang lalu, Wan Zack dan Azamuddin Akil mula memainkan peranan mereka. Mereka bertukar posisi sekali lagi. Hasilnya Mahali dapat bermain satu-dua dengan Wan Zack dan larian kencang pemuda dari Selayang itu ke dalam kotak penalti disusuli dengan hantaran lintang terus mencari Azamuddin Akil yang kosong di sebelah kanan. Azamuddin Akil yang tidak dikawal tenang menewaskan penjaga gol Yaman, Salem Abdullah. Seluruh Malaysia bersorak kegembiraan. Bergegar sebentar restoran mamak yang menyiarkan perlawanan ini. Namun diharap tiada kerusi dan meja yang beterbangan.

video

Keputusan 1-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama. Penjual burger dan kuaci memulakan operasi mereka. Harga masih sebelum sepak mula, RM2 untuk satu burger dan RM1 untuk sepaket kuaci. Mungkin ramai yang merancang untuk membeli selepas perlawanan kerana waktu itu ada potongan 50%.

Preeeeetttt!!!!

Separuh masa kedua dimulakan. Masih ada 45 minit lagi untuk skuad Harimau Malaya memenangi perlawanan ini. Rajagopal ketika ini lebih tenang di tepi padang berbanding sebelum perlawanan ini bermula.


Malaysia menguasai hampir 90% perlawanan pada separuh masa kedua dengan tidak kurang daripada 20 cubaan ke arah gol yang berjaya mereka hasilkan. Serangan bertali arus dari rangkaian peyerang Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan sesekali membuatkan kem Yaman tersentak. Namun gol kedua masih tidak kunjung tiba.


Pada minit ke-78, pemain kegemaran ramai buat masa ini, Badri Radzi dibawa masuk untuk menggantikan Gurusamy. Seluruh stadium bersorak kegembiraan. Norshahrul Idlan bagaikan terkena sawan apabila melihat kelibat Badri Radzi. Dengan mengambil iktibar daripada kesilapannya sendiri yang melepaskan banyak peluang gol, Norshahrul Idlan mula menukar status penyerangnya kepada pengumpan pula. Pada minit ke-79, satu hantaran dari beliau singgah  tepat ke kepala Khyril Muhymeen yang masuk menggantikan Amri Yahyah. 

video

Gooooooooooooooool!!!!!!!!!!! 2-1. Kali ini bukan sahaja restoran mamak. Malahan seluruh rumah urut di sekitar Damansara juga bergegar dengan jaringan hebat Khyril Muhymeen ini. Menteri Buih tersenyum kembali sambil semakin laju mengunyah kacang di kerusi VIP. Penyokong Yaman pula semakin tertekan. Dan mereka mula merasakan masa bergerak terlalu pantas. 


Preeeeetttt!!!!

Tamat perlawanan dengan Malaysia menang 2-1. Walaupun bukan menang dengan bergaya, tetapi ia sudah cukup untuk menyelamatkan karier Rajagopal untuk kesekian kalinya. Ternyata strategi beliau pada malam ini menjadi dan berhasil. Apa yang pasti ruangan sukan di seluruh akbar akan terus memuji kejayaan ini paling tidak pun selama seminggu lamanya.

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara


1. Van Persie

Ketika ini Van Persie sudah mengharungi 6 perlawanan dan 0 gol. Ini peluang cerah buat Suarez menjauhkan jarak bagi memenangi kasut emas BPL 2012/13.


2. Harimau Malaya 1 - Arab Saudi 4.

Seperti dijangka. Malaysia kalah. Dan ini keputusan sebelum aksi sebenar bertemu Yaman.


3. Datang dan Pergi.
Beberapa pemain import Liga Super akan ditamatkan kontrak dan diganti oleh pemain yang lain. Antaranya De Porras(Negeri Sembilan), Karim Rouni (Perak), dan Caleb Folan (T-team).

4. Manchester United dan Bayern Munich hampiri kejuaraan Liga.
Manchester United perlu menang 4 perlawanan. Bayern Munich pula hanya perlu menang 2 perlawanan. Giler kencang!!

5. Salah pemain import!!!
Selepas kalah kepada Arab Saudi, Rajagopal dengan selamba hanjeng menyalahkan kehadiran pemain import di dalam liga M sebagai punca utamanya. Bagaimana dengan liga Singapura, Indonesia dan Thailand??


6. Jodoh Del Nero

Import kesayangan warga JDT yang kononnya akan menggegar Liga M semakin hampir ditunjukkan jalan keluar oleh pemilik kelab yang pandir.


7. Selamat tinggal Owen

Budak ajaib dari Liverpool, Michael Owen telah mengumumkan persaraannya pada hujung musim ini.


8. Norazlan Razali

Nama bekas pelajar Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak ini secara tiba-tiba menjadi bahan bualan seluruh umat Malaysia. Aksi cemerlang dalam Liga Super serta ketika menentang Arab Saudi membolehkan beliau sekarang semakin hampir untuk memegang status penjaga gol No. 1 Malaysia.


9. Cinta 200 gol Frank Lampard.

Isnin lepas Lampard berjaya menjaringkan gol ke-200 nya untuk Chelsea. Paling WOW!!!


10. Malaysia vs Yaman.

Semuanya ada di sini:
http://hadriegas.blogspot.com/2013/03/prebiu-kelayakan-piala-asia-2015.html

Tuesday, March 19, 2013

Kelayakan Piala Dunia 2014

AMERIKA SELATAN
 
 
 
OCEANIA
 
 
 
CONCACAF
 
 
 
EROPAH
 
 
 
ASIA
 

AFRIKA
 



 

Saturday, March 16, 2013

Suku Akhir Champions League dan Europa League



Champions League
2/3 April dan 9/10 April 2013

Málaga CF (ESP) v Borussia Dortmund (GER)

Real Madrid CF (ESP) v Galatasaray AŞ (TUR)

Paris Saint-Germain FC (FRA) v FC Barcelona (ESP)

FC Bayern München (GER) v Juventus (ITA)



 Europa League
4 & 11 April 2013

Chelsea v Rubin Kazan

Tottenham v FC Basel

Fenerbahce v Lazio

Benfica v Newcastle

Friday, March 15, 2013

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara


1. JDT Menjadi Lauk.
 
Sabtu lepas JDT telah menjadi lauk santapan Gergasi Merah dan ia bukan lagi rahsia bahawa JDT adalah pasukan ayam yang baru nak naik.

 
2. Barca Bangkit Dari Abu.
 
Tewas 0-2 di San Siro. Skor 4 gol di Nou Camp. Itu adalah Barcelona. Setaraf Selangor gamaknya.

 
3. Lagi undang-undang baru dari FAM.
 
FAM membenarkan kemasukan baharu daripada kalangan pemain tempatan bagi setiap pasukan menjelang pintu pendaftaran pemain kali kedua Liga Malaysia yang bermula 8 hingga 22 April ini. Bagaimanapun, ia hanya dihadkan kepada tiga pemain sahaja sementara kuota penukaran dua pemain import kekal seperti mana kebiasaan pada musim lalu. Jadi, boleh tukar 5 orang la gamaknya.


4. TV 9 mungkir janji.

Pada mulanya TV 9 berjanji akan menayangkan siaran teertunda Kelantan vs Ayeyawadey. Tapi tunggu punya tunggu, tak juga muncul-muncul. Khabarnya ramai warga Kelantan yang naik hangin.


5. Liga Inggeris tiada wakil.

Suku akhir Champions League menampilkan 2 pasukan Jerman (Borussia Dortmund,Bayern) Galatasaray, Juventus, Paris Saint-Germain  dan 3 pasukan Sepanyol (Barcelona dan Real Madrid, Malaga)


6. Tukar Suka sama suka

Nampaknya JDT dan JFA akan bertukar-tukar pemain April nanti. Inilah cara sesebuah oraganisasi pandir diuruskan.


7. Palermo pecat Gian Piero Gasperini.

Beliau dipecat selepas hanya 2 perlawanan (ini kerja kali kedua beliau di Palermo). Bekerja dari 24 Februari 2013 hinggalah 11 Marc 2013. POWER!!!

 
8. FC Rukyu

Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim telah mendapat tawaran bermain dengan pasukan kelab divisyen 3 Jepun, FC Rukyu. Moga tidak berlaku Peristiwa Nazmi II.

9. Kisah Ranking Tidak Penting
 
Ranking Harimau Malaya Jatuh lagi ke tangga 164. Semakin hancor lodoh gamaknya

10. Europa League.

Tottenham, Rubin, Chelsea , SL Benfica, S.S. Lazio, Newcastle United FC, FC Basel 1893 dan Fenerbahçe SK adalah antara pasukan yang berjaya meneruskan cabaran di dalam Europa League.

Wednesday, March 13, 2013

Prebiu Kelayakan Piala Asia 2015: Malaysia vs Yaman



Pengenalan Yaman

Negara Yaman telah dan sedang menghadapi pelbagai jenis bentuk peperangan. Mereka tidak seperti Malaysia yang aman damai di bawah pemerintahan Perdana Menteri 1 Malaysia kita, Mohd Najib Razak. Antaranya Yaman telah berhadapan dengan perang saudara dengan sebahagian besar penduduk Syi’ah di bahagian utara. Ia juga berhadapan dengan puak pemisah di selatan yang menuntut rundingan semula kesepakatan penyatuan wilayah utara dan selatan yang termeterai pada tahun 1990. Yaman hari ini merupakan negara yang sebahagian besarnya masih mundur dan dipimpin oleh pelbagai suku (kabilah), manakala kerajaan pusat pula masih gagal mengubah kenyataan ini.

Walaupun pelbagai krisis melanda negara Yaman, namun semangat kecintaan mereka terhadap sukan bola sepak tidak pernah  pudar. Kanak-kanak masih tegar menyepak bola buatan sendiri sambil ditemani periuk api dan diselang seli dengan tujahan motar jenis LLR 81 mm. Mengimbau sejarah bola sepak mereka juga sangat unik. Sebelum tahun 1990, negara Yaman terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Yaman Utara dan Yaman Selatan. Tetapi Yaman Selatan lebih berjaya berbanding Yaman Utara. Yemen Selatan juga pernah mengambil bahagian di dalam Piala Asia 1976 dan Kelayakan Piala Dunia 1986. Malangnya mereka terkandas awal. Pada tahun 1990 kedua negara bergabung, maka terbentuklah sebuah negara yang kononnya serba moden dan maju bernama Yaman.


Kenali Pasukan Yaman


Pasukan Yaman diuruskan oleh ABDULWAHAB AHMED MOHAMMED AL-ZURQA dan dilatih seorang warga Belgium bernama TOM SAINTFIET yang menjawat kerja suci ini sejak Oktober 2012. Beliau telah memulakan karier sebagai jurulatih sejak berusia 24 tahun lagi. Dan setakat ini telah melatih pelbagai pasukan antaranya Namibia, Zimbabwe, Ethiopia dan Nigeria (Pengarah Teknikal). Bekerja di Yaman juga amat mencabar buat beliau. Dengan jumlah pemain berbakat yang sangat kecil, beliau terpaksa mengerah segala kudrat untuk mencari yang terbaik di antara yang terbaik di kalangan rakyat Yaman. Maka terbentuklah pasukan Yaman di bawah ini yang terdiri daripada 21 kelab Liga 1 dan 2 serta beberapa liga kampung di Yaman.

Dalam kempen selamatkan Palestin


Penjaga Gol

SALEM ABDULLAH AWADH SAEED
MOHAMMED EBRAHIM ALI AYASH

Pertahanan

AL-RADAEI MUDIR ABDURABU ALI
MOHAMMED FUAD MOHAMMED OMAR
AHMED SADEQ AHMED AL-KHAMRI
MOHAMMED AHMED ALI BOQSHAN
Hamada Al Zubairi
ABDULAZIZ MOHAMMED ALI AL-GUMAEI
AHMED ALI M. AL-DHAHERI

Tengah

AKRAM KAMEL ALI AL-SELWI
AKRAM HAMOOD ABDO AL-WORAFI (C)
ESSAM AL-WORAFI
HUSSEIN AHMED HUSSEIN AL-GHAZI
OSAMAH ANBAR
MOHAMMED AL-DAHI
Mohammed Abdullah Ali Ba Rowis

Penyerang

KHALED HASAN HUSSEIN BALEID
WAHID MOHAMMED MOHAMMED AL-KHYAT
AHMED ALI M. AL-DHAHERI


  
Rekod Pertemuan


Pertemuan pertama:Malaysia 0 - Yaman 1.

Malaysia telah berbesar hati untuk menjadi pasukan pertama yang ditentang Yaman selepas penggabungan negara tersebut pada tahun 1990. Perlawanan penuh sejarah itu telah diadakan pada 8 September 1990 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Walaupun Malaysia beraksi di stadium keramat yang berlumpur dan becak, Harimau Malaya masih tetap tewas kepada Yaman dengan skor 1-0.

Pertemuan terakhir: Malaysia 1 - Yaman 0.

Kali terakhir Malaysia berjumpa Yaman pula adalah pada 27 Februari 2010 ketika rangka persediaan Harimau Malaya untuk ke Piala Asia dan Suzuki. Ketika itu Harimau Malaya menang dengan hasil jaringan dari sepakan percuma Baddrol Bahktiar pada minit ke-55. (video di bawah ini)




Peluang Harimau Malaya

Kedudukan Ranking Semasa Malaysia-Yaman

Berdasarkan ranking semasa, pasukan Harimau Malaya memang sangat boleh menewaskan Yaman. Sebagai contoh, cuba kita lihat pada tahun 2010. Ketika itu ranking Yaman ialah di kedudukan 105 dunia. Sedangkan Malaysia hanya berada pada 159 dunia. Namun berkat semangat dan kebetulan ketika itu ramai pemain Harimau Malaya belum tercemar dek penangan Zandra Aziela serta Leuniey, maka mereka bermain bola sepak sebenar tanpa ada gangguan dari anasir luar.




Perbandingan Statistik Ranking 4 tahun terakhir


Sekiranya Malaysia mahu menewaskan Yaman di Shah Alam nanti. Harimau Malaya perlu bermain seolah-olah dengan 22 pemain di atas padang. Cuba bermain dengan lebih banyak memberi tekanan kepada pasukan Yaman serta membuat hantaran kepada kawan bukannya lawan atau mengikut arah telor.


Beberapa pemain yang dipanggil Rajagopal menjelang pertemuan dengan Yaman ini juga mampu memberikan keputusan cemerlang untuk Harimau Malaya. Berdasarkan prestasi semasa, antara pemain yang patut bermain dalam kesebelasan utama ialah Norazlan Razali. Ini kerana Lan lebih konsisten buat masa ini berbanding Apexs dan Farizal. Di Perak, Khairul Amri sering bermain berbanding Farizal. Manakala Apexs pula seperti sudah hilang aura budunya selepas masuk dalam kepitan Leuniey.


Di bahagian pertahanan tengah, Rajagopal boleh memadankan Fahli Shas dengan kapitan sensasi Selangor, Asraruddin. Manakala disebelah kanan dan kiri pula kita memerlukan pemain yang agresif untuk menyekat pergerakan lawan dan dalam masa yang sama  mampu naik ke atas membantu bahagian serangan. Siapa lagi yang lebih layak kalau bukan Mahalli Jasuli dan Zubir Azmi. Jika ingin melihat pilihan lain, pemain seperti Faizal Muhammad dan Helmi Rameli boleh memecah gandingan di atas. Tetapi tolonglah jangan masukkan Aidil Zafuan dan K Reuben. Sesiapa yang layan liga super setiap perlawanan akan faham maksud kawe ini.

Paling menjadi tumpuan

Mampukah kita melihat aksi Piya di atas padang? Inilah peluang terbaik buat Rajagopal membuktikan adakah beliau yang betul kerana selama ini memerap nama Piya ataupun peminat bola sepak tempatan yang 'tidak mengenali pemain saya'. Rakyat Kelantan mungkin boleh 'menyilang jari' sambil berdoa agar Piya digandingkan dengan Shaakir di bahagian tengah untuk menghidupkan enjin pasukan Harimau Malaya. Sesuatu tugas yang selalu gagal dilaksanakan oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan. Jika mahu melihat bagaimana pemuda pantai timur menggelecek bola sambil mengunyah keropok lekor, King Raja boleh meletakkan Mohd Ashari Samsudin dan Abdul Manaf Mamat di kiri dan kanan sebagai pemain sayap menyerang.


Penyerang hebat Johor Darul Takzim iaitu Norshahrul Idlan Talaha pula semakin pasti berada dalam kesebelasan utama kerana prestasi semasa beliau yang amat cemerlang sekali. Cuma gandingannya sahaja yang masih menjadi tanda tanya. Sekiranya King Raja mahukan pemain yang pantas, kita ada Azamuddin Akil. Sekiranya King Raja mahukan penyerang yang tajam di hadapan gol, kita ada Khyril Muhymeen. Tetapi jika King Raja mahukan pemain yang verstail serta mengamalkan pemakanan tempe secara sihat, tidak lain dan tidak bukan...maka Mohd Amri Yahyah selayaknya diberi peluang bermain.


Namun begitu kita perlu sedar bahawa pasukan Harimau Malaya tidak ada pemain bintang seperti Rooney atau Suarez, tidak juga bermain ala samba atau tiki-taka atau dilatih oleh ‘tuhan’ bernama Maradona. Harimau Malaya hanya bergerak di atas paksi yang lemah berdasarkan pentadbiran FAM yang caca marba. Mengharapkan Harimau Malaya meratah Yaman dengan selesa adalah sesuatu yang agak mustahil tetapi bukanlah langsung tidak boleh dilakukan. Apa yang kita boleh lakukan sebagai peminat ialah dengan penuhkan stadium dan terpacak didepan kaca televisyen. Iringkan mereka dengan doa agar kita tidak dimalukan sekali lagi di rumah sendiri. Sekian...(gila serius...)

Monday, March 11, 2013

UEFA Champions League 2012/13 - Round of 16 - 2nd Leg II



UEFA Champions League 2012/13
Round of 16 (2nd leg)
Mac 13, 2013 (Rabu)
FC Schalke 04 (1)vsGalatasaray (1)
FC Barcelona (0)vsAC Milan (2)
Mac 14, 2013 (Khamis)
Bayern Munich (3)vsArsenal (1)
Malaga (0)vsPorto (1)



FC Schalke 04 (1) vs Galatasaray (1)


FC Schalke perlu berhati-hati berdepan Galatasaray walaupun beraksi sebagai tuan rumah. Kecekapan Hilderbrand akan diuji apabila Galatasaray membariskan penyerang agung Drogba dan pemain yang sedang meningkat naik dari Turki, Burak Yilmaz. Turut menarik perhatian adalah pertembungan di bahagian tengah antara Sneijeder  dan Jemaine Jones. Kedua mereka adalah nadi untuk pasukan masing-masing. Peluang untuk kedua pasukan mara ke peringkat seterusnya adalah sama rata. Berikan tumpuan juga kepada Huntelaar (mungkin tidak dapat beraksi kerana kecederaan ketika bertemu Borrusia Dortmund) dan Farfan kerana mereka inilah penentu hala tuju pasukan FC Schalke 04 di dalam kejohanan ini.
Ramalan: FC Schalke 04 (2) vs Galatasaray (2): Galatasaray layak kelebihan gol tempat lawan.

FC Barcelona (0) vs AC Milan (2)


Ketika ini Barcelona masih lagi belum berada dalam prestasi tebaik mereka. Kalah dua kali kepada Real Madrid merupakan kepedihan azali yang sukar dipadam dari lubok jiwa lelaki lemah lembut Barcelona. Sedangkan AC Milan pula semakin gagah perkasa umpama lelaki termakan viagra di malam pertama. Dan Barcelona tidak syak lagi akan menjadi santapan batin buat skuad asuhan Massimiliano Allegri. Beberapa pemain AC Milan telah mencapai tahap persembahan terbaik ketika ini antaranya Christian Zapata (pertahanan), Montolivo (Tengah) dan El-Shaarawy. Mereka inilah yang akan membuatkan pemain Barcelona seperti Messi, Victor Valdes dan Iniesta menangis teresak-esak di penghujung wisel penamat. Barca Bungkus! 

Ramalan: FC Barcelona (2) vs AC Milan (1): AC Milan layak 3-2.


Bayern Munich (3) vs Arsenal (1)



Bayern Munich masih belum selesai menyekolahkan Arsenal. Dalam perlawanan yang dijangka berat sebelah ini jelas lagi nyata sesungguhnya ia akan berpihak kepada Bayern Munich. Perlawanan menentang Arsenal akan dijadikan medan latihan buat anak buah Jupp Heynckes menjelang aksi sebenar dalam Bundesliga bertemu Bayer Leverkusen 2 hari selepas itu. Tetapi penyerang hebat Bayern, Mario Mandzukic tetap bemanis mulut dengan mengatakan bahawa pertarungan dengan Arsenal masih belum lagi selesai. Ini semua bagi memberi sedikit harapan kepada Arsene Wenger supaya yakin anak didik beliau mampu mengganas apabila diperlukan. Arsene Wenger Harus Bersara.
Ramalan:Bayern Munich (3) vs Arsenal (0): Bayern Layak 6-1.
Malaga (0) vs Porto (1)

Seperti yang dijangka Porto berjaya menjaringkan satu gol sebagai bekalan untuk dibawa ke La Rosaleda. Dan sekali lagi tugas besar bakal digalas Joao Mountinho dalam menjadi paksi utama pasukan Porto untuk mencatatkan kejayaan sekaligus mara ke Suku Akhir. Beliau juga telah melafazkan ikrar untuk memberi kejayaan kepada jurulatih Porto, Vitor Pareira dan ini menambah keyakinan rakan sepasukan yang lain. Moutinho juga akan dibantu oleh Fernando  yang akan bertindak sebagai pemain tengah bertahan. Manakala di bahagian pertahanan pula Porto memiliki Alex Sandro dan Danilo yang begitu serasi bermain bersama serta penyerang berbisa Jackson Martinez yang bersedia menyumbat gol ke gawang Malaga bila-bila masa sahaja.


Jurulatih pasukan Malaga, Manuel Pellegrini nampaknya perlu berfikir dua kali sama ada untuk menurunkan gandingan Julio Baptista dan Santa Cruz sekali lagi pada perlawanan ini yang mana jelas gandingan ini telampau perlahan dan tidak mampu menggugat pertahahan Porto. Willy Caballero akan dikekalkan menjadi benteng terakhir buat Porto ketika Kameni dijangka akan hanya menjadi pemain simpanan. Demichelis akan mengetuai bahagian pertahanan. Manakala Joaquin, Isco dan Toulalan akan mengatur gerak pasukan Malaga dari bahagian tengah. Pertarungan ini dijangka seimbang dan pasukan yang tidak mensia-siakan peluang akan berjaya di akhir perlawanan.

Ramalan Malaga (0) vs Porto (1) : Porto layak 2-0.

Friday, March 8, 2013

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.
 
 
1. Real Madrid Terhebat.
  •  Menewaskan Barcelona dan Manchester United dalam masa seminggu dan ia sudah cukup   untuk mengangkat Real Madrid sebagai pasukan terhebat masa kini.
     
2. Johor Darul Takzim.
  •  TMJ akhirnya dikenakan hukuman gantung 6 bulan dan denda RM23 ribu kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia. Puas hati? Sikit sangat?
 
 
3. Piya Terpilih.
  • Akhirnya beliau terpilih ke latihan skuad Harimau Malaya dalam persediaan bertemu Yaman. Khabar angin mengatakan seluruh Kelantan sujud syukur mendengar berita ini.
  •  
4. Charappan Ganti Ramez
  • Charappan telah menggantikan Ramez Dayoub melalui satu akta iaitu : PENDAFTARAN KHAS KERANA RASUAH MENGIKUT PERKARA 4.5.5 (vi) PERATURAN LIGA -M 2013-2016. Baru buat ke akta ni? Kemah keming betol FAS dan FAM ni.

 
5. Barcelona Ke Malaysia.
  •  Barcelona ke Malaysia dan FAM mula meroyan. Maklumlah takut duit komisyen terlepas kalau Barca tak lawan Harimau Malaya. Barca nak lawan ATM laaaaa..
     

6. Bendtner Mabok.
  • Penyerang Juventus, Nicklas Bendtner telah dikenakan penggantungan antarabangsa selama 6 bulan kerana berada dalam keadaan mabok ketika memandu. Beliau mungkin kecewa dengan karier sendiri yang semakin malap gamaknya.
 
 
7. Maradona Rindu Napoli.
  • Maradona menyatakan hasrat ingin kembali ke Napoli sebagai jurulatih. Almaklum sajalah Napoli kan semakin kuat sekarang.
 
 
8. Akta 88
  •  Isu ini masih tidak ada penghujungnya. Suara dan hak sesetengah pihak dirasakan tersekat. Bagi kawe elok kita buat liga sendiri aje. Semua ahli gabungan keluar dari FAM.
 
9. Impak Maksima Bale
  •  Prestasi beliau ketika ini amat menakjubkan. Sedang memacu Spurs ke arah kejayaan layak ke Champions League musim depan.
 
10.  Tiket Percuma
  • Kedah dan Selangor berbesar hati menghadiahkan sejumlah tiket percuma kepada peminat bola sepak mereka sempena sambutan 5 tahun pemerintahan PKR di sana. Pulau Pinang bila lagi? Nak tunggu layak piala AFC ke baru nak bagi free? 
 

Wednesday, March 6, 2013

Pemilihan Dan Latihan Pusat Skuad Kebangsaan Bertemu Yemen

Mac 11 2013: Lapor diri
Mac 17 2013: Perlawanan Persahabatan Antarabangsa: Malaysia mln Arab Saudi (8.45mlm, Stadium Shah Alam)
Mac 22 2013: Kelayakan Piala Asia 2015: Malaysia mln Yemen (8.45mlm, Stadium Shah Alam)
Mac 26 2013: Perlawanan Persahabatan Antarabangsa (Perlawanan Amal): Malaysia mln Palestine (8.45mlm, Stadium Darul Makmur, Kuantan)
 
Senarai pelatih:

1. Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
2. Mohd Farizal Marlias (Perak)
3. Yong Kuong Yong (Perak)
4. Abdul Hadi bin Yahya (Perak)
5. Mahalli Jasuli (Selangor)
6. Norazlan Razali (Selangor)
7. Mohd Amri Yahyah (Selangor)
8. Asraruddin Putra Omar (Selangor)
9. Abdul Shukor Jusoh (Selangor)
10. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak (Johor Darul Takzim)
11. Norshahrul Idlan Talaha (Johor Darul Takzim)
12. Safiq bin Rahim (Johor Darul Takzim)
13. Azamuddin Mohd Akil (Pahang)
14. Gopinathan a/l Ramachandra (Pahang)
15. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
16. Nik Mohd Shahrul Azim bin Ab Halim (Kelantan)
17. Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
18. Mohd Badhri bin Mohd Radzi (Kelantan)
19. Mohd Faizal Muhamad (Terengganu)
20. Mohd Ashari Samsudin (Terengganu)
21. Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
22. Abdul Manaf bin Mamat (Terengganu)
23. Amiridzwan Taj Tajudin (ATM)
24. Reuben Thayaparan Kathiripillai (ATM)
25. Helmi bin Remeli (PKNS FC)
26. Mohd Fahli bin Mohd Shas (Harimau Muda 'A')
27. Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda 'A')
 
Pemain-pemain yang mewakili Pasukan Selangor dan Kelantan yang akan bermain untuk AFC Cup 2013 di beri pengecualian dan perlu melapor diri sehari selepas perlawanan.
 
Manakala empat belas (14) pemain yang tersebut dibawah diminta bersedia menjalani latihan dan pemilihan Pasukan Bolasepak Kebangsaan sekiranya  dipanggil untuk menggantikan mana-mana pemain yang tersebut diatas sekiranya terdapat pemain-pemain yang disahkan oleh Doktor Pasukan mengalami kecederaan.
 
1. Kunanlan a/l Subramaniam (Selangor)
2. Gurusamy Govandar a/l Kandasamy (Selangor)
3. Muhammad Ramzul Zahini bin Adenan (Selangor)
4. Mohd Fauzi bin Roslan (Pahang)
5. Mohd Amirulhadi bin Zainal (Pahang)
6. Mohd Saiful Nizam bin Miswan (Pahang)
7. Mohamad Azmi bin Muslim (Johor Darul Takzim)
8. Kamarul Afiq bin Kamaruddin (Johor Darul Takzim)
9. Mohd Nazrin bin Mohd Nawi (Negeri Sembilan)
10. Sivakumar a/l Munusamy (Perak)
11. Mohd Fauzan bin Dzulkifli (PKNS FC)
12. Mahathevan a/l Gengatharan (PBDKT T-Team)
13. Amar bin Rohidan (KL Felda United)
14. Thamil Arasu a/l Ambumamee (Harimau Muda 'A')

Prebiu Liga Super Perlawanan 10


Liga Super 10 | Mac 08, 2013 (Jumaat)

Seladang Menanti Serangan Askar.
Perak mln ATM
8.45mlm, Std TLDM, Lumut



Kejayaan Perak mengikat Kelantan dengan skor 1-1 berjaya mengelakkan Azraai Khor daripada mencari pekerjaan yang baru. Keyakinan pemain Perak kian memuncak menjelang pertemuan dengan Naib Juara Piala Malaysia 2012, ATM. Farizal Marlias yang berada pada kelasnya yang tersendiri sentiasa bersedia menghadapi cubaan gol dari Marlon Alex dan Hairuddin Omar. Sementara itu bahagian tengah pasukan Perak kembali kreatif dengan kehadiran semula kapitan mereka iaitu Shahrulnizam Mustafa. 


Bahagian serangan dan pertahanan Perak juga semakin menunjukkan peningkatan mendadak. Bertemu ATM nanti, 'back four' yang terdiri daripada Rafael Silva Novais yang berjaya mengemudikan benteng Seladang dengan kental bersama Mohd Sharom Kalam, Mohd Khairi Kiman dan V Thirumurugan akan bersiap siaga mematahkan setiap serangan dari Jayaseelan, Martelotto dan Shukor Adan. Manakala Hadi Yahya sudah pasti akan membuatkan Farizal Harun tidak senang duduk di malam Jumaat.


Berjayakah ATM mencari rentak kemenangan semula selepas 2 perlawanan tanpa kejayaan? Jelas tugas sukar menanti anak buah Sathianathan kerana apabila Perak beraksi sebagai tuan rumah, 70% kemenangan akan berpihak kepada skuad 'The Yob'.


Pemain Tumpuan Perak: Shahrulnizam Mustafa. 
Pemain Tumpuan ATM: Farizal Harun
Ramalan: Perak 1 - ATM 2.

PKNS bersedia beraksi!!!

Hajat Sang Semut Meratah Tok Gajah.
Pahang mln Selangor PKNS FC
8.45mlm, Std Darul Makmur, Kuantan


"Saya mesti menjaringkan gol untuk Pahang. Ini kerana Pahang hanya akan menang sekiranya saya berjaya membolosi gawang pasukan lawan," itulah janji penuh yakin dari penyerang berbisa Pahang iaitu Fauzi Roslan a.k.a Koji. Mungkin keyakinan ini timbul kerana rakan-rakannya bermain bola sepak menggunakan otak dan bukannya hanya tahu menyepak bola mengikut arah telur. PKNS akan berdepan dengan barisan anak muda Pahang yang sememangya hebat dalam bola sepak. Rosfaizul Azuar Ali membuktikan kepada semua bahawa berbadan gempal bukanlah penghalang untuk menjadi pemain bola sepak yang cemerlang kerana pemuda dari Maran ini berjaya menggantikan tempat Nasril Nourdin dengan baik sekali.


PKNS yang masih terkejut kerana tewas kepada pasukan bawahan, Terengganu di tempat sendiri tempohari dijangka akan berjuang habis-habisan demi mengutip 3 mata penuh. Kali terakhir mereka mengaut 3 mata ialah pada 16 Februari 2013. Bolehlah dikatakan persembahan anak buah Haji Abdul Rahman ini sebagai tidak konsisten. Kadangkala mereka ibarat kehilangan idea dalam mencorakkan bentuk serangan yang hendak dilakukan. Perkara ini perlu diatasi segera kerana Pahang bukannya calang-calang pasukan. Adalah sesuatu yang kurang elok sekiranya hanya bergantung kepada seorang pemain sahaja untuk mencari gol.


Walaupun begitu, Patrick Ronaldinho sudah berjanji kepada pengurusan PKNS untuk merobek gawang Pahang dan akan menjadikan Jalaluddin Jaafar sebagai lubok utama.


Pemain Tumpuan Pahang : Rosfaizul Azuar Ali
Pemain Tumpuan PKNS: Patrick Ronaldinho
Ramalan:  Pahang 3 - PKNS 1.



The Ganu Derby
Terengganu mln Terengganu PBDKT T-Team
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT


Ia ibarat pertemuan Manchester-manchester. Namun sedikit berbeza kerana kekurangan elemen X dalam aksi 'The Ganu Derby' ini. Maklum sahaja keduanya berada pada kedudukan bawahan liga. Terengganu dipilih sebagai tuan rumah walaupun pada hakikatnya kedua pasukan ini berkongsi stadium. Elavarasen ketika ini mungkin boleh berlapang dada dengan aksi barisan serangannya. Effa Owona dengan 4 gol. Manakala Ashaari Samsuddin pula telah menyunbat 3 gol setakat ini. Bak kata pepatah Ganu "Apabila Saha menjaringkan gol, Ganu mesti menang!".


Peter Butler kini semakin kesuntukan masa untuk mencari kemenangan sekaligus mengelakkan dirinya daripada menjadi jurulatih pertama yang dipecat musim ini. Menurut Sky Sport, kebarangkalian untuk Butler dipecat buat masa ini ialah 4/1 dan ini bukannya perkara yang mengejutkan. Mungkin barisan pemain yang terlalu muda dan kekurangan pengalaman menjadi penghalang utama skuad The Titans musim ini. Pemain seperti Mohd Hasbullah Awang dan G. Mahathevan masih memerlukan banyak pendedahan sebalum benar-benar bersedia untuk mengharungi Liga Malaysia yang penuh cabaran ini.


Pemain Tumpuan Terengganu: Ismail Faruqi
Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team  : Mohd Nuraliff Zainal Abidin
Ramalan: Terengganu 2 - Terengganu PBDKT T-Team  2.



Liga Super 10 | Mac 09, 2013 (Sabtu)




Rasukan Sang Singa.
Lions XII mln Kelantan
7.45mlm, Std Jalan Besar, Singapura


Musim lepas kedua pasukan ini bertarung merebut gelaran takhta liga super. Musim ini amat berbeza. Kedua pasukan ini perlu menerima hakikat bahawa hidup ini umpama roda. Kadang di atas, kadang di bawah dan terkena tahik pula.


V Sundramoorthy sekali lagi akan mengharapkan gandingan kebal Baihaki dan Safuwan Baharuddin melindungi Izwan Mahbud dari dibocori kemantapan serangan Kelantan yang diketuai Keita Mandjou dan Nor Farhan. Malahan Safuwan juga boleh disuruh naik ke atas dan menjaringkan gol ketika mereka benar-benar memerlukannya. Di sini kehebatan Khairul Fahmi akan diuji terutamanya ketika Lions XII mendapat sepakan penjuru. Moga-moga Leuniey telah membekalkan kasih sayang secukupnya kepada Apexs sebelum perlawanan ini bermula.


Paling menarik untuk dilihat ialah pertembungan di bahagian tengah. Lions XII akan dikawal oleh Isa Halim dan Harris Harun. Manakala Kelantan akan mengembleng seluruh tenaga dari Piya dan Shakir untuk menyerap asakan lawan sambil sekali sekala merencana gerakan serangan untuk Indra Putra. Namun begitu, Lions XII mungkin boleh menewaskan The Red Warriors sekiranya mereka mengambil kesempatan daripada kelemahan pertahanan Kelantan yang kelihatan sedikit goyah buat masa ini. Nampaknya Obinna dan Nik Shahrul akan berjuang habis-habisan menyekat pergerakan bahaya dari Shahril Ishak dan Fazrul Nawaz.


Pemain Tumpuan Lions XII: Safuwan Baharuddin
Pemain Tumpuan Kelantan  : Izzuan Solahuddin
Ramalan: Lions XII 0 - Kelantan  1.



Mencari Pasukan Agung.
Selangor mln Johor Darul Takzim FC
8.45mlm, Std Shah Alam


Selepas Selangor menang 2-0 ke atas Kelantan, pasukan agung ini telah ketandusan jaringan gol dalam 4 perlawanan berturut-turut (ATM 0-2 | PKNS 0-0 | East Bengal 0-1 | T-Team 0-0). Tetapi peminat Selangor semua tidak perlu menggelabah sepertimana perangai peminat Kelantan dan Pahang. Skuad asuhan Irfan Bakti ini menyimpan seribu rahsia taktikal untuk menjerat Johor Darul Takzim FC Sabtu ini. Ketajaman Amri Yahyah dan Forkey Doe di hadapan gol akan terserlah apabila kedua pasukan ini bertemu dalam pertarungan 'heavyweight' mencari pasukan teragung. Shah Alam akan menjadi saksi dan seluruh umat tidak sabar menantinya.


Bekas pelajar Sekolah Sukan Jalan Junid

Keterlampauan pasukan Johor Darul Takzim FC yang terlalu bergantung kepada dua lelaki berjambang (Guiza | Del Nero) boleh memakan diri mereka sendiri. Ini kerana barisan pertahanan Selangor yang dibarisi Peter Charappan, Asraruddin dan Mahali amat kebal dan berpengalaman beraksi menentang pemain-pemain yang hebat serta berprofil tinggi. Fandi Ahmad mungkin terpaksa menggunakan khidmat Wak Lan Talaha dan mungkin juga Safee Sali dalam usaha mereka mencari pilihan lain untuk menjaringkan gol. Namun diposisi penjaga gol Selangor, segak menanti untuk menepis segala cubaan Johor Darul Takzim FC ialah anak watan negeri Johor sendiri iaitu Nor Azlan Razali.


Taktikal yang terbaik dari kedua jurulatih akan menentukan pasukan mana yang akan berdiri megah memikul status sebagai Pasukan Teragung.


Pemain Tumpuan Selangor : Shukor Jusoh
Pemain Tumpuan Johor Darul Takzim FC: Del Nero
Ramalan: Selangor  2 - Johor Darul Takzim FC 1.






Waghih Penegak Kebenaran
Negeri Sembilan mln KL Felda United FC
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi


Dua pasukan tercorot dalam liga bertemu sesama sendiri dalam perlawanan yang digelar sebagai 'Battle of Relegation' . Negeri Sembilan masih bernasib malang apabila tidak berjaya mengukir satu pun kemenangan dalam sembilan perlawanan. Kejayaan mengutip 3 mata dalam pertemuan dengan Felda ini juga tidak akan mengubah kedudukan mereka. Kekal corot namun boleh menyamai mata pasukan Felda. Nasib yang hampir serupa juga menimpa Felda United apabila segala percaturan K.Devan tidak berjalan dengan lancar walaupun beliau sebenarnya memiliki sekumpulan pemain yang berbakat dan ada sebahagian daripada mereka mewakili pasukan Harimau Malaya.


Masa semakin suntuk buat kedua pasukan. Pusingan kedua akan bermula kurang dari sebulan. Jika masih gagal mengubah rentak dan mencari keputusan yang baik, tidak mustahil mereka akan tersingkir ke Liga Perdana musim depan. Pray for Nogori and Felda!!


Pemain Tumpuan Negeri Sembilan : Aliff Samsudin
Pemain Tumpuan KL Felda United FC  : Azmizi Azmi
Ramalan: Negeri Sembilan  0 - KL Felda United FC  1.