Showing posts with label Fakri Hero Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Fakri Hero Kebangsaan. Show all posts

Tuesday, November 17, 2015

Malaysia Melawan UAE.

Malaysia Melawan UAE.
1. Perlawanan dimulakan dalam suasana aman damai dengan Malaysia bermain dalam stadium yang kosong.

2. Aku macam biasa menengok bola ditemani ulasan Bahasa Arab yang lebih bersemangat dan emosi. Tak sanggup aku seksa diri aku mendengor ulasan syok sendiri dalam bahasa Melayu Astro Arena.

3. Pada mulanya aku malas nak buat ulasan ni. Tapi selepas menengok kesilapan haramjadah Alex Akil, aku terus bukak notepad dan menaip dengan rasa marah di hati.

4. Gol Pertama UAE berpunca daripada kesilapan Alex Akil sendiri. Dia terkial-kial nak keluarkan bola dan akhirnya menyepak lemah tepat ke pemain berambut kerinting dari UAE. Pemain tersebut tidak menunggu lama dan terus merembat bijak daripada jauh menewaskan Izham Tarmizi. Minit ke-21 Malaysia ketinggalan 1-0.

5. Tepat pada minit ke-45 pemain Malaysia mula mempamerkan perangai sebenar. Sudahlah bodoh main bola. Tak boleh nak beat pasukan lawan, diajaknya bergaduh pulak. Perangai jenis memalukan negara ni kita bagi pada budak-budak Melayu jek yang buat. Depa handal.

6. Tamat separuh masa pertama. Malaysia ketinggalan satu gol. Tiada apa yang hendak dipelikkan.

7. Separuh masa kedua dimulakan. Namun tak sampai 6 minit Malaysia bolos lagi.

8. Secara peribadinya aku berpendapat pemain Malaysia gagal bermain dengan cemerlang dalam satu unit yang lengkap dan baik. Dalam perlawanan menentang UAE ini sahaja kita ada beberapa pemain terbaik yang baru sahaja menakluk Asia. Antaranya bermain di posisi penjaga gol, pertahanan, tengah dan penyerang. Kita ada juga pemain kacukan. Ada bekas 'wonderkid' yang pernah beraksi di Jepun. Juga pemain yang mendapat peluang berlatih di Chelsea pada suatu masa dahulu. Tidak ketinggalan juga yang pernah bermain di Portugal. Jelas kita tidak ketandusan bakat sebenarnya. Jadi kenapakah kita menjadi belasahan dan lengit? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh Tengku Bola dan hulubalang FAM.

9. Goooooool!!! Macam biasa apabila aku menaip panjang, mesti ada gol yang dijaringkan. Akhirnya dapat jugak Malaysia menyumbat gol melalui Badrol Bahtiar pada minit ke-59. Aku rileeeeeksss sikitpun tak bersorak kegembiraan.

10. Selepas daripada gol ini perlawanan kembali membosankan. Mungkin UAE tak kuasa nak all-out dan bermain bola secara biasa-biasa sahaja. Manakala pemain Malaysia lebih gemar bermain tanpa hala tuju.

11. Akhirnya tamat permainan dengan keputusan 1-2. Pintu ke Piala Dunia 2018 sudah tertutup rapi. Manakala Piala Asia 2019 pula mungkin akan turut menjauhi pasukan Harimau Malaya.

12. Selamat Malam. Ingat..jangan hisap vape taaaauuuuuu...XOXO.




Saturday, March 8, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 6


Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 6 

8 Mac 2014 (Sabtu) 

Lions XII FC mln Kelantan 
7.45 mlm, Stadium Jalan Besar 

Jika kedudukan liga diambil kira, sudah pasti Kelantan akan menjadi pasukan pilihan untuk menang dalam perlawanan ini. Ditambah pula dengan aksi kurang meyakinkan dari pasukan Singa Dua Belas di Stadium Plastik kegemaran mereka musim ini. Tapi status pasukan pilihan mungkin akan menjadi beban buat Kelantan berbanding Singa Dua Belas. Kenapa beban label 'favourite' ini tidak diberikan pada Singa Dua Belas sebabnya mudah. Singa Dua Belas tidak ada bintang. Tidak ada Fakri Saarani, Piya, Khairul Fahmi atau Mohammaed Ghaddar yang dikatakan superstar bola sepak Kelantan. Jadi secara realistiknya pula Singa Dua Belas mungkin boleh menewaskan Kelantan di hadapan penyokong mereka sendiri. 

Pemain Tumpuan Lions XII FC : Hafiz Sujad 
Pemain Tumpuan Kelantan : Mohammaed Ghaddar 
Ramalan: Lions XII FC 1 - Kelantan 0 


Pahang mln ATM 
8.45 mlm, Stadium Darul Makmur 

Sebelum perlawanan, semua pundit bola sepak di dunia telah meletakkan ATM sebagai pemenang. Ini kerana barisan pemain ATM yang lebih ternama dan berpengalaman berbanding Pahang. Tetapi mereka mungkin lupa pasukan Pahang adalah penyandang Juara Piala Malaysia 2013 dan Juara Piala Sumbangsih. Serta masih lagi kekal beraksi dalam saingan Piala Akhir sedangkan ATM sudah bungkus awal. Oleh itu aku tidak akan termakan dengan demam Marlon-Martelotto-Arestegui dan terlupa prinsip asas bola sepak Liga Malaysia yang penuh seni dan kejutan. Walaupun Pahang tewas perlawanan terakhir liga tempohari kepada Terengganu, aku yakin skuad Tok Gajah tersenyum gembira selepas 90 minit perlawanan. 

Pemain Tumpuan Pahang :  Matias Conti 
Pemain Tumpuan ATM :Amiridzuwan Taj Tajuddin 
Ramalan: Pahang 2 - ATM 0 


Perak vs Selangor PKNS 
8.45 mlm, Stadium Perak 

Pasukan Perak yang masih kebal di gelanggang sendiri menanti penuh tenang kehadiran PKNS ke Stadium Perak. Jadi, teman harap Yob serta Yong sekalian semuanye udoh siap berbaju kuning. Dari Lumut sampei ke Sungai Siput,  dari Grik sampei ke Teluk Intan,  dari Parit Buntar sampei ke Tanjung Malim, moh kite memenuhkan Stadium Perak buat menyambut kedatangan PKNS. Inilah masanya untuk kite menilai keupayaan pasukan Yob yang telah diasuh Abu Bakar Fadzim. Teman dikaborkan gandingan import Yob dari Myanmar dan Brazil, Kyaw Zayar Win dan Eliel da Cruz Guardiano bukan aje cemerlang di padang tapi udoh reti makan gulai tempoyak. Tiada masalah buat Yob untuk mengutip 3 mata!!! 

Pemain Tumpuan Perak: Kyaw Zayar Win 
Pemain Tumpuan PKNS: Nazmi Faiz 
Ramalan: Perak 3 - PKNS 1 


Terengganu PBDKT T-Team vs Sarawak 
8.45 mlm, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 

Terpelosoknya T-Team di tangga kedua tercorot liga adalah kerana ketiadaan strategi dan taktik yang jitu. Memang Azraai Khor sudah terkenal sebagai jurulatih yang pernah berjaya bersama Kedah dan Negeri Sembilan. Tetapi dengan pengurusan dan beberapa pemain yang kurang berkualiti menjadikan mereka tidak bermaya di awal saingan liga ini. Menentang Sarawak yang terkenal dengan aksi penuh taktikal dan bertenaga, mungkin dungu T-team dibuatnya meskipun bermain di gelanggang sendiri. 

Coach Tumpuan T-Team : Azlan Johar 
Pemain Tumpuan Sarawak : Milorad Janjus 
Ramalan: T-Team 0 - Sarawak 2 


KL Sime Darby FC vs Johor Darul Ta'zim 
8.45 mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Perlawanan ini adalah testimoni bahawa skil dan kemahiran individu mengatasi taktik dan strategi pasukan. Itulah kelebihan utama milik JDT berbanding Sime Darby.  JDT mesti menang. Jika tidak, akan banyak teori punca-punca kekalahan JDT akan timbul. Azlan Johar, Lelaki Jambang, semangat bola sepak yang lemah, igauan terowong, Irfan Ghani dan tidak lupa juga Sultan Bola turut dituduh terlibat sama. JDT akan membawa pulang 3 mata penuh. 


Pemain Tumpuan KL Sime Darby FC : TIADA 
Pemain Tumpuan Johor Darul Ta'zim : Izham Tarmizi 
Ramalan: KL Sime Darby FC  0 - Johor Darul Ta'zim 3 

Thursday, February 20, 2014

Piala FA 2014 : Separuh Akhir



Separuh Akhir Perlawanan Pertama  - 13 Mei 2014 (Sabtu) 

Johor Darul Takzim FC mln Pahang 8.45mlm, Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos 
Kelantan mln KL Felda United FC 8.45mlm, Stadium Sultan Muhammad IV 

Separuh Akhir Perlawanan Kedua  - 20 Mei 2014 (Selasa) 

Pahang mln Johor Darul Takzim FC 8.45mlm, Stadium Darul Makmur 
KL Felda United FC mln Kelantan 8.45mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Thursday, February 6, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 4


Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 4 

7 Februari 2014 (Jumaat) 

Pahang vs Johor Darul Ta'zim (Siaran Langsung 801)
8.45 malam Stadium Darul Makmur 

Selepas 3 perlawanan Liga Super, Pahang hanya mampu mencatat 1 kemenangan. Ia adalah permulaan yang agak perlahan buat pasukan Pahang jika hendak dibandingkan dengan status mereka selaku Juara Piala Malaysia 2013 dan Piala Sumbangsih 2014. Tetapi kemampuan mereka meleburkan rekod 19 bulan tanpa kalah pasukan Singa Dua Belas di Jalan Besar adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh pasukan JDT. 

Kali terakhir JDT berkunjung ke Darul Makmur, mereka disajikan dengan aksi kucing berak. Kali ini seramai 784 anggota polis dan 2 ekor hanjeng pula akan turun menyambut kehadiran mereka dengan penuh mesra. Lupakan cerita terowong, lelaki berjambang dan perbalahan engkorang sesama penyokong yang dah macam hape jek aku nengok walhal liga kita bukan power mana pun. Jadi, 3 mata perlu dikutip oleh JDT meskipun beraksi sebagai pelawat. Agak mustahil, tetapi masih logik akal untuk dilakukan. 

Pemain Tumpuan Pahang : Hafiz Kamal 
Pemain Tumpuan Johor Darul Ta'zim : Luciano Gabriel Figueroa 
Ramalan: Pahang 2 - Johor Darul Ta'zim  1 


Selangor PKNS vs Sarawak 
8.45 malam Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Segala-galanya bermula agak cantik buat Wan Jamak dan pasukannya PKNS FC pada awal musim ini. Menewaskan Kelantan di Kota Bahru dan seterusnya layak ke suku akhir Piala FA adalah antara pendorong buat mereka bagi menjadikan skuad Bujang Senang sebagai santapan seterusnya. Lawan mereka yang dinanti adalah pasukan yang paling sukar dijangka musim ini iaitu Sarawak. Sarawak baru sahaja menyingkirkan pasukan Gergasi Merah Selangor daripada Piala FA dan ini merupakan tonik terbaik buat anak didik Robert Albert mengejutkan pasukan Selangor yang satu lagi ni pulak. 

Pemain Tumpuan Selangor PKNS : Primorac Karlo 
Pemain Tumpuan Sarawak  : Reshafiq Alwi 
Ramalan: Selangor PKNS 3 - Sarawak  2 


8 Februari 2014 (Sabtu) 

Lions XII FC vs Terengganu 
7.45 malam, Stadium Jalan Besar. 

Fandi Ahmad, bekas pujaan JDT pada musim lepas akan menghadapi jurulatih paling prolifik dari segi taktikal iaitu Haji Abdul Rahman. Penangan tewas kepada Pahang mungkin masih dirasai dan menjadi igauan ngeri buat seluruh pasukan dan pengurusan Singa Dua Belas. Namun dalam bolasepak moden, kalah dan menang adalah rencah penyedap. Sudah pasti Terengganu mahukan kemenangan bagi menyedapkan lagi kedudukan mereka di dalam Liga Super yang mana ketika ini mereka sedang menghuni tangga kedua. Mampukah Terengganu? 

Pemain Tumpuan Lions XII FC : Safuwan Baharudin 
Pemain Tumpuan Terengganu : Ashaari Shamsuddin 
Ramalan : Lions XII FC 0 - Terengganu 0 


Perak vs Kelantan 
8.45 malam, Stadium Perak. 

Hari Sabtu nanti, kedua-dua pasukan hebat ini bakal bertembung dalam perlawanan yang secara kasarnya akan menjadi milik pasukan Kelantan. Engkorang pasti akan setuju dengan apa yang aku cakap ni. Itupun jika engkorang betol-betol menengok macam mana pemain import Perak dan pemain muda mereka menahan dan menghantar bola. Jika bukan menggunakan lutut, mereka akan melakukannya dengan hidung. Kalah atau menang itu adat permainan. Tapi sebagai seorang yang lebih cenderung kepada Kelantan pastinya aku harapkan kemenangan Kelantan dan lebih manis lagi melalui gol jaringan Fakri Saarani. 

Pemain Tumpuan Perak : Eliel da Cruz Guardiano 
Pemain Tumpuan Kelantan : Fakri Saarani. 
Ramalan Perak 0 - Kelantan 1 


Terengganu PBDKT T-Team vs ATM 
8.45 malam, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 

ATM yang masih tidak tentu hala selepas tersingkir awal dalam saingan Piala FA terpaksa bertandang ke Kuala Terengganu untuk berdepan T-Team, yang mana minggu lalu terlibat dalam kes terowong paling sensasi di dunia mengatasi mana-mana siri pergaduhan Roy Keane dan Patrick Vieira.  T-team pastinya akan bangkit dengan jiwa yang bengis dan aksi penuh bertenaga bagi menewaskan ATM. Namun, satu lagi kekalahan kepada ATM bakal meletakkan kerjaya Azraai Khor selaku jurulatih T-Team dalam bahaya kerana mereka sekarang berada di tangga tercorot liga. 

Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team: Evaldo Rodrigues 
Pemain Tumpuan ATM : Juan Arosteguei 
Ramalan : Terengganu PBDKT T-Team 2 - ATM 0 


KL Sime Darby FC vs Selangor 
8.45 malam, Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Ini adalah pertembungan antara 2 pasukan yang berbeza darjat. Selangor ketika ini adalah pendahulu liga. Manakala Sime Darby pula di tangga kedua tercorot liga. Persoalannya kini adakah Ismail Zakaria bakal terus bersandar kepada taktik 'long ball' kerana ia bersesuaian dengan barisan pemain yang kurang berkemahiran milikinya? Dan adakah Mehmet Durakovic yang sebelum ini gagal dalam laga Piala FA bersama Selangor bakal terus gagal apabila bertemu Sime Darby pula? 

Pemain Tumpuan KL Sime Darby FC: Juzaili Samion 
Pemain Tumpuan Selangor : K. Gurusamy 
Ramalan KL Sime Darby 1 - FC Selangor 3 

Wednesday, October 30, 2013

Perlawanan Akhir 2013: Kelantan vs Pahang


Perlawanan Akhir 2013: Kelantan vs Pahang
Stadium Shah Alam, Selangor.
8.45 PM | 3 November 2013.

Sebelum apa-apa, aku ingin menyampaikan rasa simpati kepada pasukan Sarawak dan ATM yang tewas pada laga separuh akhir yang lalu. Aku faham kekalahan merupakan sesuatu yang pahit untuk ditelan. Jadi aku doakan semoga mereka cepat sembuh dari luka kekalahan hendaknya.

Satu lagi suka untuk aku ingatkan. Ini bukan pertemuan 'This Is Pantai Timur' lagi. Ini adalah antara Kelantan dan Pahang. Dua pasukan teragung yang memiliki sejarah dan kegemilangan masing-masing. 

Kelantan Masih Dahagakan Kejayaan.

Perlawanan separuh akhir kedua yang lalu, meminjam kata orang putih, ialah ‘magnificent comeback’. Bangkit menjaringkan 2 gol pada minit-minit akhir, selepas ketinggalan hampir 82' minit permainan merupakan satu aksi yang sukar dilupakan oleh seluruh pejuang dan pendukung setia pasukan yang dikenali dengan jolokan The Red Warriors ini.

Untuk merumuskan keseluruhan, The Red Warriors masih cemerlang tanpa kelibat Subra Kental dan Daudsu The Card Collector. Nik Shahrul ‘overlapping’ macam tak cukup padang. Piya datang semangat ‘Kapitan Marvel’. Shakir Shaari macam kereta kebal. Dickson menghuru-harakan pertahanan lawan. Indra Putra cemerlang walaupun terlepas beberapa peluang terbaik. Farhan, perrrrgh! Para pemain simpanan: terutamanya Fakri Saarani terbaik dalam membalas kepercayaan yang diberi oleh Bojan Hodak.

Meminjam kata-kata seorang sahabat, Kelantan terlampau ‘power’ buat masa ini. Sebenarnya era dominasi Kelantan dalam bola sepak Malaysia ini masih hijau. Semuanya bermula pada 2009. Tetapi sejak dari 2009 hingga 2013, Kelantan telah menjuarai 2 Piala Malaysia, 2 Liga Super dan 2 Piala FA. Ini merupakan satu dominasi yang total.

Dengan hanya baki 1 sahaja perlawanan untuk Kelantan menjulang piala kedua tahun ini selepas Piala FA, Kelantan masih perlu menentang Pahang. Ya, Pahang pasukan paling mendadak peningkatannya musim ini.

Bualan di jalanan sekarang ialah jika Kelantan menang ke atas Pahang maka hasilnya ialah Kelantan akan mengekalkan statusnya sebagai Kuasa Baru Bola Sepak Malaysia.

Tetapi dalam musim yang cacamarba ini, semuanya boleh berlaku. Kelantan dan Pahang bertemu sebanyak 4 kali musim ini. 2 kemenangan berpihak kepada Kelantan (aksi di Kota Bharu) manakala 2 seri ketika bermain di Darul Makmur. 

Jadi, yang terbaik ialah untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada aksi di Shah Alam kerana ia adalah gelanggang berkecuali buat kedua-dua pasukan.



Inilah Masanya Buat Pasukan Pahang.

1992......
"Apa lagi yang boleh saya katakan? Pastilah gembira. Kami melakukan double, cukup untuk membuktikan Pahang adalah yang terbaik. Berbanding apa yang saya menangi di Manchester United, kejayaan ini jauh lebih bermakna!" - Mike Brown Jurulatih Pasukan Pahang. 
Seluruh rakyat Pahang wajib bergembira dengan kejayaan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Dari Karak di barat ke Kuantan di timur, dari Jerantut di utara sehingga Rompin di selatan, semuanya sudah tidak sabar mengulangi kejayaan tahun 1992.

Aku memang memasang keyakinan semenjak Pahang membungkuskan JDT (perlawanan pertama Liga Super, 3-2) bahawa anak buah Dollah Salleh ini berpotensi menjulang sekurang-kurang sebiji piala musim ini. Dan sebaik saja Pahang layak ke suku akhir, aku yakin mereka akan sampai ke perlawanan akhir.

Pahang seperti biasa ialah pasukan yang bermain dengan corak yang kita panggil 'free flowing football'. Pantas, menyerang dan cantik. Menggunakan sepenuhnya kepantasan pemain sayap yang mereka miliki untuk melakukan hantaran lintang yang merbahaya ke dalam kotak penalti. Penuh idealisme. Apa yang ada pada diri Dollah Salleh ialah dia seorang pakar taktikal idealisme yang semulajadi. Lihat apa yang dia lakukan kepada Sarawak dan PKNS sebelum ini. Hancor lodoh dibueknyo.

Gol Fauzi Roslan ataupun lebih mesra dengan panggilan Koji pada aksi separuh akhir yang lepas sudah cukup manis untuk menampung keperluan gula dalam badan semua peminat Tok Gajah. Jadi, kurangkan pengambilan gula untuk hari ini demi menyahut saranan kerajaan.

Koji. Ketenangan, tanpa sedikit rasa debaran dan keraian hebat selepas jaringan. Dia mungkin tak dapat mengambil tempat Mathias Conti, tapi, siapa yang perlukan Conti bila anak jati kelahiran Pekan itu mula mengganas di hadapan gawang?

Kedatangan Pahang ke Kuching bagaikan sang gajah menyerah diri kepada si bujang senang. Namun seperti juga keadaan sebenar, tak pernah pula aku dengar cerita gajah dimakan buaya. Tetapi Pahang tetap memberikan penyokong mereka 'kepanasan' dan 'kehausan'. Agak tertekan jugak la perasaan menghabiskan 90 minit.

Jentera tengah Pahang ketika ini antara yang terbaik dalam sejarah. Amirulhadi dan Azidan Sarudin bertindak baik untuk menguasai bahagian tengah. Dengan Amirulhadi dan Azidan menguasai sepenuhnya bahagian tengah, baik Gopi mahupun Surendran mereka bebas untuk naik ke atas dan melakukan serangan. Selain itu mereka juga masih memiliki Faizol Husin dan Hafiz Kamal yang sentiasa bersedia untuk mengganas sekiranya diberi peluang.

Kelantan atau Pahang?

Keseluruhan musim ini Kelantan secara purata menguasai 68% setiap perlawanan tetapi kita semua tahu Bojan Hodak kadangkala lebih mementingkan keputusan dari gaya permainan. Sekali lagi ini adalah contoh terbaik pragmatisme dalam bolasepak mengalahkan idealisme.

Dollah Salleh dan para peminatnya gerenti tak puas hati dengan pendapat ikhlas aku ini.

Jadi sama ada Kelantan atau Pahang, siapa pilihan juara?

Namun apa yang pasti, orgasme Piala Malaysia akan mencapai kemuncak apabila kalendar menuju tanggal 4 November 2013. Sama ada kita terpaksa berpuasa tomyam selama sebulan, atau melilau mencari ikan patin masak tempoyak. Semuanya akan terjawab Ahad ini.

Akhir kata "UNDURLAH SOLTAN BOLA DEMI BOLA SEPAK NEGARA"


Friday, March 1, 2013

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.
 
 
1) TMJ masih selamat.
  • FAM menggunakan undang-undang zoo mereka dalam isu ini. Makin parah dah FAM ni gamaknya.
 
2) Selangor, ATM cuma bermesra.
  • Lagi satu keajaiban berlaku. Astro punyela berulang kali tunjuk video gaduh ATM dan Selangor. Tetapi FAM seperti biasa..bagaikan orang buta tidak nampak apa yang berlaku. Mereka semua cuma bersalaman tangan rupanya.
 
3) Barca Lauk.
  • Barcelona semakin lauk. Terbaru tewas kepada Real Madrid dalam Copa de Rey. Padanla muko!
 
4) Fakri Kembali.
  •  Hero Kebangsaan kembali ke Malaysia selepas berguru di Portugis. Entah ilmu apalah yang dia nak bawak ke sini ek..Adakah beliau makin bangang?
     
5) Benitez Meroyan.
  •  Dahlah dibenci, lepas tu buat perangai keji pulak. Jose Mourinho dalam perjalanan ke Stamford Bridge. Sementara itu, si yahudi Avram Grant akam melatih Chelsea.
     
6) Ramez Rasuah.
  •  FA Lubanan mengggantung Ramez seumur hidup atas kesalahan rasuah. Tapi beliau mengaku tidak bersalah dan akan membawa perkara ini ke FIFA.
     
7. Pahang Amuk.
  •  Pahang telah membelasah Tentera Darat 7-1. Alex skor 4 gol. Gila power pasukan gajah duduk ni.
     
8. Beckham Gembira di PSG.
  •  Manusia hebat macam dia ni campak kat mana-mana pun berguna. Bukannya macam Michael Owen atau Sapiq Rahim.
 
9. FAM Persatuan Makan Duit
  • FAM telah mendenda Terengganu FA dengan pelbagai kesalahan berjumlah 50 Ribu dan tanpa rayuan. Kalau kita tak pergi stadium pun FAM masih boleh bernyawalaaaaa..
 
10. Swansea dan 101 tahun
  •  Swansea berjaya menjulang trofi pertama dalam 101 tahun penubuhan mereka. Paling manis musim hadapan mereka akan bermain di Liga Europa. Selamat berjaya.
 

Monday, December 31, 2012

IMBAS KEMBALI 2012 : SEANTERO DUNIA


Sepanjang tahun 2012, kita dihidangkan dengan pelbagai kisah dan peristiwa. Ada yang sedih, gembira, seronok sendiri dan tidak kurang juga menyakitkan mata pena hitam yang memandangnya. Tetapi peristiwa yang mana satukah yang menjadi pilihan? Adakah kejayaan Olivia Culpo menjadi Ratu Alam Semesta meninggalkan kesan yang mendalam? Ataupun kejayaan UMNO secara cemerlang serta konsisten mentadbir negara sejak merdeka? Satu yang pasti semua yang disebutkan itu tidak akan diceritakan di sini. Ingin saya tegaskan di sini hanya akan menceritakan perihal bola sepak. Bukan bola tanding mahupun perihal LEMBU.


Selepas mendengar pendapat dari peminat bola sepak serata dunia termasuk dari Perlis hinggalah ke Kepulauan Papua Nugini. Berikut adalah peristiwa paling terkesan dalam jiwa mereka sepanjang 2012. Baca dengan hati terbuka dan hindarkan perasaan marah-marah tidak tentu pasal. Kalau rasa tidak setuju atau tidak puas hati, sila buat buku sendiri dan zahirkan pendapat anda itu dengan sepuas-puasnya. Diingatkan bahawa ini adalah penulisan secara percuma dan tidak mencuri duit melalui cukai dari kamu semua.

 
Kelantan Juara 'TREBLE'.

Jika sesebuah pasukan itu dengan selamba hanjengnya melakukan 'treble' untuk semusim. Maka sudah tentu ada sesuatu rahsia besar di sebalik kejayaan itu. Rahsia itu elok kita tanyakan sahaja kepada pengurusan KAFA. Tetapi pastinya dalam ramai-ramai peminat Red Warriors, tidak ada yang lebih layak untuk bergembira dan sujud syukur melainkan...Ya, Perdana Menteri kita yang merupakan anak jati kelahiran Pekan, Pahang dan juga peminat nombor 1 Red Warriors!





Van Persie Si Penderhaka Zaman Moden.

Ketika Van Persie membuat keputusan untuk menyertai perjuangan gelap syaitan merah, ada khabar mengatakan bergegar tapak perumahan di Highbury. Tidak kurang juga ramai remaja Geng Bas Sekolah yang remuk hati lalu membakar jersi bernombor 10 milik RVP itu. Ada RVP kisah? Yang penting kini beliau sedang berjuang di alam kejahatan bersama pasukan syaitan merah.

Mengaku meminati Arsenal sejak dari dalam perut ibunya lagi.


Isu Rasuah Mengheret Antonio Conte.

Selepas dengan angkuh membawa kejuaraan ke-28 Scudetto untuk Juventus serta berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah untuk semusim, Antonio Conte didakwa dalam satu kes berkaitan rasuah. Beliau di gantung 10 bulan kerana gagal membuat laporan berkenaan 'match-fixing' antara Novara-Sienna dan AlbinoLeffe-Siena iaitu ketika beliau masih lagi menjadi jurulatih di Sienna.


Nazmi dan Fakri Menakluk Portugis.


Jika dahulu lanun-lanun Portugis sibuk datang ke Melaka untuk menakluk Tanah Melayu, tapi kini ia sudah berbeza. Nazmi Faiz serta pemain kegemaran rakyat Malaysia Fakri Saarani  dengan penuh berani berkelana ke negara Luis Figo untuk mengembangkan bakat demi sesuap nasik. Ia menunjukkan satu perkembangan bagus buat mereka berdua yang berani mencabar diri sendiri. Tetapi jika di tanya kepada Safee yang menonggeng, bermain untuk pasukan Selatan Tanah Air adalah yang terpaling 'WORLD CLASS' dalam hidup beliau. SYM!!!


Rafa Benitez Kembali Mencari Rezeki.

Entah apalah yang difikirkan oleh Saudara Roman ketika beliau memanggil Rafa untuk menjaga anak-anak berbakat dalam pasukan Chelsea. Seorang jurulatih yang pada mulanya dikatakan pandir oleh sesetengah puak penyokong Chelsea, namun kini secara perlahan-lahan sedang berjaya menawan hati peminat kipas mati 'The Blues'. Keberanian Chelsea menukar jurulatih bagaikan menukar kekasih membuktikan jati diri jantan wujud dalam jiwa pengurusan Chelsea. Hanya pasukan yang lemah batin sahaja percaya kepada jurulatih tunggal yang tua bangka.


Johor FC jadi Johor jadi Darul Takzim FC.

Bermula dengan cara ambil alih pasukan, cara menandatangani pemain serta pemilhan logo pasukan, semuanya serba tidak kena buat pasukan ini. Namun begitu, bagi peminat setia yang dahagakan aksi pasukan Johor di liga tertinggi selepas hampir 20 tahun menonton bola sepak negara luar di rumah melalui stesen satelit berbayar, ia dipanggil sebagai "ERA KEBANGKITAN BOLA SEPAK JOHOR". Tolong jangan samakan proses urusan seperti Pejabat Tanah ini dengan apa yang berlaku di Chelsea, Manchester City mahupun Paris Saint Germain.

Bukan Legoland, bukan JPO...tetapi inilah tarikan sebenar.


Sepanyol Pasukan Agung.

Tiada apa yang dapat menandingi kehebatan pasukan Sepanyol yang mencatat hatrik pada tahun ini selepas kejayaan mangaut Piala Eropah 2008, Piala Dunia 2010 serta Piala Eropah 2012. Namun apa yang menarik ialah mereka berjaya mempopularkan kembali taktik "FALSE 9" yang biasa diguna pakai oleh AS ROMA (Totti) dan BARCELONA (Messi). Tidak sabar menanti Piala Dunia Brazil 2014 untuk melihat aksi pasukan ini.


Harimau Malaya Gagal.

Kegagalan ini sudah dijangka. Ia dapat dilihat jelas bermula dari pemilihan pemain membawa kepada siri perlawanan persahabatan yang amat mengecewakan. Entah sampai bila agaknya kita akan terus dikecewakan seperti ini. Mujur kita semua ada perasaan sedih, marah dan malu sekiranya Harimau Malaya tewas. Tetapi masih ada individu kebal dan bebal yang tidak berasa bertanggungjawab dengan siri kegagalan Harimau Malaya selama 28 tahun ini.

Kekal Agung di Puncak!!!

Namun ada juga beberapa peritistiwa hebat yang berlaku pada 2012. Antaranya jaringan sepakan gunting Zlatan ketika secara solo dan angkuh memewaskan England dalam perlawanan persahabatan. Real Madrid menjulang kejuaraan La Liga dengan kemenangan ke atas Barcelona di Nou Camp. Ketenangan tahap hanjeng Andrea Pirlo dengan penalty 'Panenka' ketika bertemu England di Piala Eropah 2012. Sergio Aguero memberi kejayaan juara BPL 'hujung nafas' kepada kepada Manchester City.


Anda semua boleh memilih peristiwa mana yang paling berkesan di hati sepanjang 2012 ini. Tepuk perut tanya Rosnah Mat Aris. Akhir kata Majulah Bola Sepak 2013 untuk semua kecuali Perlis, Kedah dan Pulau Piang.

Saturday, December 1, 2012

Ulasan Minit ke Minit Malaysia vs Indonesia



Hujan yang turun membasahi rumput di Bukit Jalil bagaikan satu rahmat buat anak buah Rajagopal. Mereka melangkah gagah ke atas padang dengan sedikit perasaan bangga kerana stadium dipenuhi dengan lautan hitam kuning. Lagu negaraku berkumandang dan secara tiba-tiba darah pejuang Hang Jebat menyelinap ke dalam urat darah pemain Harimau Malaya.


Dalam masa yang sama perlawanan di Stadium Shah Alam turut berlangsung antara Singapura dan Laos. Peluang masih terbuka untuk semua pasukan layak ke separuh akhir. Dan mereka semua mesti berjuang sehingga titisan peluh yang terakhir.


Sepak mula oleh Indonesia. Setelah 4 minit berlangsung, Malaysia kelihatan hilang arah. Sehingga membolehkan pemain Indonesia, Taufiq menguji Farizal Marlias. Namun Farizal tangkas menyelamatkan bola dari masuk ke dalam gol. Huru-hara sebentar kem Malaysia. Ultras pula kelihatan tak senang duduk, lagu nyanyian mereka seakan-akan sumbang.


Tersentak dengan aksi garang Indonesia, Rajagopal bingkas bangun. Dia kelihatan membisikan sesuatu ke telinga Alex yang bermain di sebelah kanan pada malam ini. Nampaknya Alex diarahkan bertukar posisi dengan Wan Zack. Kini Wan Zack di sebelah kanan, manakala Alex di sebelah kiri.


Pergerakan pasukan Malaysia lebih lancar selepas pertukaran posisi ini. Bahagian kanan lebih hidup dengan gandingan Harimau Muda dari Mahali dan Wan Zack. Hasilnya Malaysia berjaya menjaringkan gol pada minit ke-27 hasil jaringan Alex. Seluruh negara bersorak. Mendahului Indonesia dengan satu gol bagaikan kejayaan melayakkan diri ke Piala Dunia. Kini semua rakyat Malaysia boleh berasa lega. Yang berada di rumah dengan tenang boleh ke dapur sebentar untuk membancuh kopi.


Walaupun mendahului satu gol, namun Malaysia kelihatan akan melalui malam yang panjang. Tetapi langit memang tak selalu cerah untuk Indonesia. Tidak sampai tiga minit Malaysia sekali lagi menjaringkan gol. Gerakan menarik Wan Zack dan Mahali Jasuli membolehkan pemuda dari Selayang itu menjaringkan gol kedua untuk Malaysia pada minit ke-30. Ternyata Mahali Jasuli adalah Barracuda sejati Harimau Malaya. Kali ini seluruh kedai yang memilih saluran RTM bergegar dengan ulasan berapi-rapi dari Hasbullah Awang.


Namun pada minit ke-40 Shakir Shaari telah mengalami kecederaan. Tempatnya diganti oleh Gary Steven yang tak kurang hebatnya. Dengan kemasukan Gary ini jelas bahawa Malaysia mahu mempertahankan kelebihan 2 gol ini. Malaysia melangkah ke bilik persalinan dengan penuh bangga pada masa rehat separuh masa.


Ketika masa rehat, Rajagopal berpesan kepada pemainnya agar lebih fokus. Jadikan perlawanan ini sebagai pemangkin semangat untuk lebih mengharumkan nama negara. Dengan nafas turun naik, ketua pasukan Safiq Rahim melaungkan kata-kata semangat sambil di sambut oleh rakan sepasukan yang lain. MALAYSIA BOLEH!!!!


Separuh masa kedua bermula. Namun tiada satu pun gerakan menarik dari Malaysia melainkan bertahan bermati-matian. Hasilnya ramai pemain Malaysia mengalami kecederaan. Alex dikeluarkan dan diganti dengan pemain idaman ramai Ahmad Fakri Saarani. Aura milik beliau amat mengujakan. Seluruh stadium bersorak nama beliau. Yang berada di kedai mamak pula terus menambah secawan air lagi. Mungkin untuk membasahi tekak yang kekeringan kelak akibat memaki hamun pemain tersebut.


Pada minit ke-67, entah apa yang difikirkan oleh Rajagopal apabila pemain kegemaran beliau Amar Rohidan dimasukan menggantikan Mat Yo. Mungkin untuk lebih menerapkan corak bertahan barangkali. Ternyata taktik ini berhasil. Malaysia berjaya mengekalkan skor 2-0 sehingga tamat permainan. Wisel penamat pun ditiupkan oleh pengadil, Kovelenko.


Seluruh negara bersorak kegirangan. Hasbullah Awang tak henti-henti memuji 'Golden Boy' Pahang iaitu Alex dan Wan Zack. Jelas bahawa Soltan Bola berjaya mengharumkan nama negara pada malam ini. Semua umat Malaysia terlupa sebentar tentang kebangangngan FAM. Namun kita biarkan seketika kegembiraan ini menyalur dalam darah dan sanubari rakyat Malaysia. Ini kerana lawan diseparuh akhir bukan pasukan sebarangan, THAILAND menanti penuh nafsu!!!


Hayatilah detik-detik manis ini....


Thursday, November 24, 2011

HERO KEBANGSAAN

Hero kebangsaan ini dilahirkan di  Kota Bahru, Kelantan pada 8 July 1989. Ketika ini beliau bermain untuk Negeri Sembilan. Beliau juga boleh bermain sebagai seorang penyerang dan sayap kanan. Karier beliau bermula agak baik apabila mewakili pasukan kebangsaan Malaysia bawah 20 tahun.  Aksi cemerlang beliau membolehkan dia menerimaa panggilan dari Rajagopal utk mewakili skaud masia di Piala AFF Suzuki 2010. Tapi amat malang sekali dia mengalami kecederaan dan tempatnya diganti oleh Ashaari Samsudin.

Kecederaan beliau pada hujung 2010 ini memberi impak negatif pada aksi beliau. Hanya dapat bermain sedikit sahaja sepanjang dalam Liga Super 2011. Namun nasibnya amat baik. Pulih dari kecederaan, beliau terus mendapat panggilan dari Rajagopal utk pertemuan bertemu Singapura. Malang menjelma lagi, dan dia dilayangkan kad merah ketika hanya baru sahaja masuk sbg pemain gantian ketika itu.

Kejayaan Negeri Semilan menjadi Juara Piala Malaysia 2011 pula seakan2 menjadi batu loncatan utk dia mewakili skuad negara. Sedangkan sepanjang kempen Piala Malaysia, Azraai Khor tidak menurunkan beliau secara kerap dalam kesebelasan utama. Tapi dia masih lagi mendapat kepercayaan kali ini dari OKS pula. Seterusya dia desenaraikan dalam skuad Sukan Sea 2011.

Kehadiran beliau dlam skuad kali ini amat dipersoalkan. Mungkin semakin ramai yg menyedari ada pemain yg lebih mantap dan layak utk beraksi di tempat dia. Namun 'ribut' reda seketika apabila dia menjaringkan gol ketika saingan separuh akhir dan jaringan tunggal itu membawa skuad OKS ke Final. Ketika di Final, beliau beraksi dlam kesebelasan utama. Amat malang dia mengulangi aksi longlai dan mengakhiri kejohanan dgn tidak berjaya menjaringkan gol ketika penentuan sepakan penalti(walaupun Msia menang tapi beliau tetap di caci).

Jarak sehari sebelum bertemu Syria, beliau manjadi topik hangat di serata Msia (blog/fb/twiter). Begitu ramai yg mencaci dan ade juga yg masih bertolak ansur dgn corak permainan lemau beliau. Termasuklah saya yg masih berharap beliau dapat mengubah cara dan corak permainan beliau. Maka tibalah hari perlawanan dgn Syria. Semua org tengok game tu kan???So takpayahla aku ulas....

Tamat permainan 2-0. Pemain Syria semua sujud syukor. Pemain Msia pula tertunduk kecewa. Namun kami di stadium tetap memberi sorakan sebabgai sokongan setelah penat memaki hamun 'Hero Kebagnsaan'. Pemain Syria bertepuk sorak keatas penonton Msia. Begitu juga dgn 10 orang pemain Malaysia yg diketuai Apek. Eh eh????10 ajek???Mane lagi sorang???

Hero Kebangsaan itu berlalu begitu sahaja dan terus duduk di bangku. Sedangkan rakan2 yg lain walaupun tewas, tetap mengililingi stadium sbg tanda penghargaan terhadap penonton. YA, itulah Hero Kebangsaan. Kalau setakat main bola lemau, aku bole maafkan lagi. Tapi perangai macam ni mmg tak layak bergelar pemain bolaspeak professional. Maybe yg dirumah tak dapat melihat aksi ini. Aku di stadium betol2 kecik hati dan marah dgn perangai  mabok macam ni. Ape ko ingat ko Hero sangat ke???

Kepada Hero Kebangsaan aka Ahmad Fakri Saarani, berharaplah dan berdoalah karier bolasepak kamu akan maju. Tapi kalau macam gitulah perangainya..ermmmmm entahla..Peduli la apa orang nak kata kat lua padang tu. Yang engkau bodoh sangat terpengaruh dgn cakap2 orang ape pasal??Ko bukan ade skandal macam Apek yg jauh lebeh kacak dan bergaya aksinya didalam padang. Hero Kebangasaan...oh Hero kebangsaan...